Novel : Cinta kontrak 9

20 January 2011  
Kategori: Novel

57,335 bacaan 33 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

9

“Danny! Aku dah nak nikah!” ceria Kimi menyusun kata. Danial terkejut. Kawen? Biar betul mamat ni! Waktu kat Belanda dulu, elok single-mingle je. Balik Malaysia tak sampai setengah tahun, terus nak kawen?

“Mana kau sembunyik aweks sebelum ni ha?” sengaja ditekan S di belakang.

“Banyak la kau punya aweks! Awek sudah! Aku bukan macam kau! Makwe keliling pinggang. mana satu yang dipanggil sayang, mana satu yang dipanggil baby. Weh! Macam mana haa kau sembunyik tanduk kasanova kau tu?” gurau Kimi.

“Aku pakai tanduk plastik. Bila-bila boleh bukak, bila-bila boleh pasang. Power tak?” bangga Danial. Kimi mencebik. Buaya darat punya budak! Dalam bahasa omputih nya, crocodile land!

“Ahh kau! Sudah-sudahlah kau permainkan budak perempuan ni. Umur tu! Ingat! Tahun depan dah nak masuk 25 tahun! Dah nak suku abad dah tau tak!” nasihat Kimi. Danial hanya mendengarnya sekadar untuk mengambil hati temannya. Padahal, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri! Sama je masuk telinga kiri, keluar telinga kanan!

“Baru suku, belum setengah.” Selamba Danial membalas kata-kata Kimi. Pandai betul budak ni nak bidas ayat aku.

“Kau tu yang dah masuk 26 tahun baru nak kawen, pe kes?” sambung Danial. Perbezaan umur 2 tahun antara Danial dan Kimi tidak membataskan mereka untuk beraku-engkau.

“Aku bagi nasihat. Nanti dah terlajak macam aku ni, mula la tak larat.” Ujar Kimi selamba.

“Tak larat? Tak larat buat pe?” soal Danial.

“Tak larat nak beranak!” ketawa Kimi pecah. Begitu juga Danial.

“Kau yang nak beranak ke? Meh aku tolong bina uterus kat perut kau. Kalau takde uterus, mana kau nak simpan anak kau?” cadang Danial nakal.

“Eh, apa pulak? Time mengandung, duduk perut mommy dia. Time beranak, baru dok kat aku. Nanti aku mintak pinjam perut la kat bini aku.” Lancar Kimi berkata-kata.

“Apa kau ingat perut boleh pindah-pindah? Kalau kau pakai baju mengandung kan, mesti cun habis! Aku pon boleh cair tengok kau!” Danial siap memandang langit cuba membayangkan Kimi dengan perut memboyot memakai baju mengandung. Nasib la Kimi ni jenis baby-face macam aku ni. Kalau muka bermisai, berjambang, berjanggut, ditambah pula dengan baju mengandung.. buat lawak je kot!

Terbahak-bahak dua ekor mamat ni ketawa. Lantas Danial mencapai gitar miliknya. Irama bukan diriku dialunkan. Saat jari mula memetik tali-tali gitar, Kimi memandang Danial sepi. Dia tahu tentang Nur Syuhada. Kerana gadis itu lah Danial berubah menjadi playboy. Kimi hanya mendiamkan diri. Saat Danial mengeluh kasar, Kimi menepuk lengan Danial lemah.

“Aku balik dulu lah. Nak kena prepare. Minggu depan wedding aku. Datang tau! Aku nak kau jadik pengapit aku.” Ujar Kimi. Mak aihh! Tetibe je jadik pengapit ni, pe kes ? Jadik pengapit terjun pulak aku ni. Dah la bagitau wedding pon last minute. Sesedap ikan cap ayam je mintak aku jadik pengapit. Member kamceng punya pasal, tarappa! Berehh! Danial mengangguk.

“Kau tu. Jangan diingatkan orang yang dah pergi. Life must go on, man!” sedikit nasihat yang diberikan Kimi kepada Danial. Danial hanya tersengih. Bukan Nur Syuhada yang berada diingatannya. Tetapi dia! Lantas Danial turun dari balkoni biliknya yang berada di tingkat dua. Dia berjalan memasuki bilik dan menutup pintu balkoni.

“Angah, jadik pengapit along tau!” ucap kak long kepadaku. Daripada minggu lepas tak habis-habis! Naik lunyai telinga aku dengar permintaan kak long ni. aku tau la. Bukannya orang ni pekak! Paham! Tak payah diulang tayang sejuta kali. Aku menonyoh bedak ke wajah kak long.

“Terhegeh-hegeh! Apasal orang yang kena jadik mak andam terjun along ni? orang bukan reti mekap. Sekali jadik momok nanti baru tau!” getus aku. Geram dengan kak long. Nak kawen pon anggap macam main-main.

“Along nak angah yang mekapkan. Nanti pakai mak andam, muka along macam opera cina!” muncung sedepa pulak along ni! saja je tau! Nak bermanja pon tak bertempat. Dah la banyak orang berada kat sini. Kalau mekap tak jadik, mampus aku! Buat malu je. Dah la kawen kat dewan.

“Angah.” Ujar kak long perlahan.

“Dok senyap-senyap. Orang nak letak lipstick ni!” marahku. Segera kak long memegang tanganku. Kerja mengandamku tergendala.

“Kenapa ni?” soalku.

“Angah.” Panggil kak long sekali lagi. Air matanya hampir jatuh. Segera aku mengambil tisu.

“Janganlah nangis! Penat orang mekap tau!” aku juga hampir menangis. Namun ku tahan jua.

“Angah jangan lupa jaga diri. Kerap-keraplah balik rumah.” Pesan kak long. Aku mengangguk dan meneruskan pekerjaanku.

“Jangan risau. Duduk senyap-senyap. Kalau tak, orang conteng je muka along ni.” ugutku. Lantas kak long ketawa. Angah, along sayang sangat kat angah. Bisik hati kecil kak long.

Setelah selesai diandam, kak long naik ke pelamin. Begitu juga aku. Kak long dengan abang Kimi plan wedding ni betul-betul! Tak payah kompang untuk mengarak pengantin. Terus je duduk atas pelamin. Smart jugak! Jimat duit nak bayar upah kompang. Ada sesuatu yang membuatkan aku terpana! Lelaki di sisi abang Kimi! Sewaktu di masjid tadi, ketika abang Kimi bergoncang tangan dengan tok kadi, aku perasan kehadiran lelaki tu. Tapi aku was-was. Mungkin bukan dia. Tapi ternyata aku salah. Muhammad Danial Franz! Memang dia pengapit abang Kimi. Aku terkedu. Danial tidak perasan kehadiranku. Tidak langsung dia memandang aku.

Usai walimatulurus, aku segera mendapatkan Danial. Aku cuba mencari dia di merata-rata tempat. Akhirnya aku bertemu dengan dia di meja makan bersama empat sahabatnya.

“Abang Kimi.” Panggilku. Abang Kimi menoleh ke belakang. Begitu juga Danial. Terkedu dia! Abang?!

“Hah, angah. Kenapa?” soal abang Kimi.

“Sedap je lepak sini. Makwe awak, takkan tinggal sorang?” perli aku. Abang Kimi tepuk dahi. Bila dah jumpa kawan, bini pon boleh lupa!

“Kau ni la Kimi! Pergi!” kata salah seorang daripada rakan abang Kimi. Danial tidak putus-putus memandangku.

“Aku nak cakap dengan kau jap.” Pinta Danial. Lantas lenganku ditarik kasar. Nasib berlapik! Kalau tak, bukak langkah kuda-kuda la aku petang ni!

“Apa?” soalku. Pada asalnya, aku yang nak tanya soalan. Alih-alih, terbalik pulak!

“Kau adik ipar Kimi?” tanya Danial. Aku menjawab dengan satu anggukan. Lantas Danial diam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan.

Sebulan yang lepas, dia tanam dalam diri akan membina tembok antara mereka. Tapi simen tak cukup untuk membina tembok itu. Tidak akan dia benarkan gadis kampung ini memasuki hatinya. Tapi sudah terlanjur hatinya diketuk. Danial sedar, jodoh itu kuasa Allah. Tapi pada dia, jodoh dia sudah mati apabila Nur Syuhada pergi selamanya.

Kali ni, dia tidak ingin kehilangan orang yang mengetuk pintu hatinya. Dia juga sudah nekad. Sebulan dia menjauh, hanya untuk memastikan kebenaran hatinya, Kerana itu Danial tidak pergi lagi ke butik mommynya. Dia hanya menumpukan perhatian kepada kerjayanya di syarikat papanya dan kesemua wanita disekelilingnya ditinggalkan begitu saja.

Danial merenung aku dalam. Aku tidak dapat menafsirkan renungannya. Segera aku membuka mulut.

“Aku nak mintak maaf pasal haritu.” Kataku lemah. Bersalah kot! Sekurang-kurangnya aku ni tau rasa bersalah. Tak macam cicak kobeng ni!

“Mintak maaf?” soal Danial. Tiba-tiba marahnya membuak.

“At least I do feel guilty!” intonasi suara aku makin meninggi. Danial ketawa sinis. Aku seperti tidak lagi mengenali dirinya. kenapa dia macam ni? takkan sebab kes dulu dia punya dendam dengan aku? Apa sebab dia jadik macam ni?

“Guilty?” makin aku sakit hati dengan dia apabila dia menanyakan soalan itu kepada aku.

“Kau rasa bersalah?” soal Danial lagi. Aku makin gelisah. Kenapa ni?! lantas tanganku ditarik. Tidak pasti ke mana halanya kaki ini melangkah. Aku hanya mengikut daya tarikan yang dikeluarkan Danial. Energy punyalah banyak nak tarik aku! Nasib la aku ni cekeding je. Kalau anak gajah, rasanya berpeluh kot dy nak tarik aku! Mata aku tertacap pada sebuah susuk tubuh yang cukup aku kenali! Datin Aleeya. Dia bersama seseorang. Bila aku tengok betul-betul, muka sebijik macam Danial. Dia..?

“Mom, dad, introduce. The apple of my eye.” Lancar Danial berkata-kata. Apa maksud dia ni? the apple of my eye?! Ingat aku tak paham bahasa omputih ke? Idiom tingkatan 1 aku! Sampai bila-bila aku ingat idiom ni! sebab aku pernah kena ketuk-ketampi sebab tak ingat maksud idiom ni. The person they love most dearly!

Nyata Datin Aleeya terkedu. Dato Eddy hanya diam. Tiba-tiba segaris senyuman daripada bibir Datin Aleeya dan Dato Eddy terukir. Kenapa aku tak mampu nak berkata-kata? Kenapa aku tak mampu nak protes? Kenapa?!

“Since when, darling?” soal Datin Aleeya.

“Since she ask me to respect other people.” Kata Danial. Aku terpana! ‘Lain kali, belajar tinggi-tinggi cara nak hormat orang!’ ayat aku yang aku lontarkan kepadanya ketika di KL Central.

Dato Eddy ketawa perlahan. Datin Aleeya juga begitu.

“Then, when will be your wedding?” soal Dato Eddy. Aku tambah-tambah terpana. Kenapa lidah aku kelu sangat ni?

“ASAP!” jawap Danial ringkas. As soon as possible. Dia ni nak bunuh aku ke? Lantas Datin Aleeya merapati tubuhku.

“Mommy sangat-sangat bahagia kalau Airysha lah yang menjadi menantu kami. Rysh jangan risau. Semua Mommy akan handle. Mommy memang berharap Rysh menjadi teman hidup Danial.” Ujar lembut Datin Aleeya. Ya Allah! Aku nak rebah je rasa ni! air mata nak leleh pon tak boleh nak keluar! Drama apa ni? mimpi ngeri apa pulak ni? Airysha! Bangun! Bangun!!!

Danial hanya memerhatikan wajah sugulku. Tiada niat untuk membantu menyelesaikan salah faham ini. Salah faham ke? Rancangan dia ni! apa dia nak?! Ya Allah.. aku nak pengsan! Kalau buat adegan pengsan-memengsan kat sini, agak-agak berjaya tak? Aku cuba untuk pengsan. Tiba-tiba seorang wanita di suatu sudut pandanganku terlebih dahulu pengsan. Orang ramai mengerumuni wanita tersebut. Aku membatalkan niat.

Danial, kau memang gila! Kau tak kurang, tak lebih! Sama je macam Hitler! Kau nak seksa aku macam ni? apa salah aku? Aku tak hingin jadik queen Elizabeth! Aku tak perlu kekayaan melampau macam kau. Cukup dengan apa yang aku ada.

Tapi kenapa badan aku kaku? Kenapa lidah aku kelu? Tengok la nanti! Wedding is off! Gerenti haru kau punya wedding!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 9”
  1. lurvea says:

    hrp lps ni penulis akn lebih b’hati2 utk buat cerita mcm ni…

  2. chiqa says:

    hmmm…novel ne ada beberapa susunan cerita yg memeningkan kepala..harap penulis lepas ne pastikan betul2 jalan cerita yg lebh baik..

  3. syaqinahami says:

    setakat yg sya bacani,cite ni,mmg best..tp ade susunn ceritany yg kurang faham sikit…:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"