Novel : Cinta Pertama 1

31 January 2011  
Kategori: Novel

11,061 bacaan 17 ulasan

Oleh : Angah

“Apa?! Kahwin?!” jerit Zaqwan terkejut apabila mamanya tiba-tiba memberikan pendapatnya pada petang itu. Mamanya hanya mengangguk. Selama ini mamanya tidak pernah mengambil kisah mengenai dirinya. Yelah, dia lelaki… masih jauh lagi masa depannya. Banyak lagi yang perlu dikejar olehnya sebelum memegang status ‘SUAMI ORANG’. Aahh!! Tidakkk!

“Tapi kenapa secara tiba-tiba? Selama ni tak pernah pulak mak bangkitkan soal kahwin ni?” soal Zaqwan kembali dengan nada yang sangat tak puas hati.

“Ini wasiat arwah papa. Selagi Wan masih belum berkahwin setelah genap usia 28 tahun, Wan mesti berkahwin dengan calon pilihan arwah.”

“Wasiat? Kenapa baru sekarang mama bagitahu Wan? Kenapa bukan dari dulu? Masih terlalu awal untuk Wan berkahwin, ma.” rungut Zaqwan tegas. Kalau arwah papanya sudah ada calon, siapa orangnya? Kenal kah aku? Tapi, kalau aku bertegas.. siapa pula yang ingin aku jadikan calon? Zara? Nelly? Ataupun Athia? Ahhh… mereka tu tak layak digelar isteri. Kaki ampu, kaki goda dan kaki kikis. Mungkin gelaran itu sesuai untuk diorang. Kalaulah aku kahwin dengan diorang, tak sampai setahun papa kedana aku! Huhuhuhu…

“Arwah menyuruh mama rahsiakan perkara ini, Wan. Mama kena ikut wasiat. Lagipun usia Wan makin meningkat, sampai bila Wan nak hidup membujang? Apa Wan dah ada calon?” tanya Datin Zaleha. Zaqwan menggelengkan kepalanya.

“Apa lagi yang kamu…”

“Kenapa papa buat macam ni?” Zaqwan memintas kata-kata mamanya.

Datin Zaleha memandang tajam anaknya. “Wan nak suruh mama korek kubur arwah papa baru Wan puas hati?”

Zaqwan resah. Dalam soal wasiat, memang tak boleh dibawa main. Selagi masih boleh ditunaikan, haruslah mengikutinya. Kecuali wasiat yang memang tak dibenarkan syarak. Err, kahwin tu masuk golongan mana eh?

“Mama taknak dengar apa-apa alasan yang tak masuk akal dari mulut Wan. Kecualilah Wan ada satu alasan kukuh yang boleh mama pertimbangkan.” Datin Zaleha berkata serius setelah melihat Zaqwan berjhayal mrmikirkan sesuatu. Dia tahu anaknya sedang berperang dengan perasaan. Tapi dia harus menyempurnakan wasiat arwah suaminya. Dia akan rasa bersalah jikalau tidak diberitahu kepada anaknya. Lagipun bagi pendapatnya, masa inilah paling sesuai dan Zaqwan memang layak bergelar suami pada umurnya yang semakin meningkat sekarang ini.

Zaqwan melepaskan keluhan. Dia tahu dia sudah kalah dengan mamanya. Alasan yang cuba diberitahu ditolak mentah-mentah. Setelah lama berfikir, dia bersetuju dan itu menggembirakan hati mamanya.

“Kalau Wan dah setuju, bolehlah mama perkenalkan calon menantu yang papa pilih tu!”

“Siapa?”

“Esok mama suruh dia datang. Mama yakin Wan mesti suka!” Datin Zaleha bermain teka-teki dengannya. Zaqwan ternganga. Cantik ke perempuan itu? Mama ni.. Jawab ajelah siapa dia? Err, mampu ke aku nak jaga anak orang dalam usia yang muda macam ni? Oh, tidakk!!

*****

“Tahniah la bro!” Aidil menepuk-nepuk belakang sahabatnya ketika mereka berehat untuk makan tengahari.

Zaqwan membulatkan matanya. “TAHNIAH? Kau perli aku ke Aidil?”

“Apasal pulak aku nak perli kau? Bukannya ada faedah pun.” Aidil selamba. Dia tahu Zaqwan sedang memandang tajam ke arahnya.

“Hei kawan, rilekslah. Akhirnya jodoh kau dah sampai, kau patut bersyukur!” sambung Aidil.

“Aku muda lagi lah. Enjoy pun tak puas lagi!” Zaqwan meluahkan ketidak puasan hatinya. Aidil menunjal dahi Zaqwan.

“Kepala luku kau muda lagi! Umur dah 28 tahun, patutnya kau sedar diri. Mengikut pemerhatian aku, umur macam kau patut ada tiga anak dah. Macam aku ni ha.” Aidil tersengih menayang gigi besinya yang tersusun rapi.

Zaqwan mendengus. Baginya, angka 28 hanya tua pada perempuan. Lelaki yang dikira tua pada umur 35. Ish, awal betul nak fikir bab kahwin ni!

“Then, macam mana dengan bakal bini kau tu? Comel lote ke?” tanya Aidil setelah lama dia melihat Zaqwan berkhayal seorang diri. Makanan di hadapan langsung tidak dijamah. Hai Encik Zaqwan. Takkan dengar pasal kahwin tak lalu makan, kot?

“Entah la! Malam ni mama aku nak bawa dia datang dinner kat rumah. Tunggu dan lihat ajelah.” Zaqwan menjawab malas.

“Hmm, bagi aku lah. Cantik atau tak itu tak penting. Asalkan dia gadis yang baik, jaga aurat dan hormat orang tua cukuplah!” ujar Aidil memberi idea.

“Maksud kau?” Zaqwan yang tidak kelihatan tidak berminat mula menunjukkan respon. Dia tidak memahami maksud tersirat sahabat baiknya itu.

“Aku tengok kawan-kawan perempuan yang selalu kepit dengan kau semuanya tak semenggah. Kalau pakai baju tu, macam tak cukup kain. Dah la tu, bila bercakap gedik bukan main. Aku harap bukan dioranglah taste kau yang nak dibuat bini?”

Sekali lagi Zaqwan mengeluh. “Diorang tu spare part aku jelah! Takkan aku nak jadikan diorang tu isteri aku. Aku ni masih waras lagi la, bro!” jawab Zaqwan bersungguh. Kalau untuk enjoy, memang diorang layak. Tapi kalau untuk sehidup semati, diorang tu list terakhir akan dia pilih.

*****

Malam yang tak diharapkan berkunjung tiba. Andainya ada wujud mesin penghenti masa, sudah pasti aku orang pertama yang akan beli! Zaqwan tersengih di hadapan cermin. Dia melihat t-shirt body glove berwarna putih dan seluar jeans Levi’s yang disarung ke tubuh. Setelah memastikan tiada cacat cela, dia turun ke bawah dengan langkah yang sangat perlahan.

“Jemputlah masuk!” Datin Zaleha teruja melihat tetamunya sudah sampai. Mereka bersalaman.

“Leha, apa khabar kau sekarang? Makin cantik pulak aku tengok.” pelukan mesra dua sahabat yang sudah lama tidak bertemu menarik perhatian Zaqwan di sebalik tangga. Mungkin ke penjodohan tanpa rela ni ada kena mengena dengan kawan mama? Kalau ye pun, aku nak heran apa?

“Alhamdulillah baik. Alah, kau Lijah apa kurangnya. Cantik jugak macam muda-muda dulu.” Datin Zaleha tersenyum lebar.

“Kau kalau bab memuji memang high-class kan?” dua sahabat bergabung ketawa. Datin Zaleha mengajak tamunya duduk di sofa.

“Ada-ada je kau ni. Eh, Liya mana?”

“Kat…”

“Saya kat sini auntie!” ujar seorang gadis tinggi lampai yang bersembunyi di sebalik langsir. Dia menjinjing satu beg plastik sebelum berjalan ke arah Datin Zaleha untuk menyerahkan beg plastik itu.

Datin Zaleha mengurut dada. “Liya ni memang tak sah kalau tak terkejutkan orang!”

Liya tersengih-sengih sebelum menyalam Datin Zaleha. Daripada pengamatan Zaqwan, not bad jugak this girl. Zaqwan cuba untuk melihat muka gadis pilhan mamanya, tetapi tak dapat kerana gadis itu membelakanginya.

“Apa Wan buat tu? Intai anak dara orang?!” sergahan Datin Zaleha secara tiba-tiba memeranjatkan Zaqwan. Ditambah pula kedudukan kakinya yang tak stabil membuatkan dia terjatuh di lantai. Semua mata memandang Zaqwan setelah terdengar suaranya mengaduh kesakitan.

Puan Alijah dan Aliya segera menuju ke tangga untuk melihat siapa yang terjatuh. Datin Zaleha tersengih melihat anaknya yang sedang mengaduh kesakitan. Aliya juga tak dapat menahan rasa lucu kemudian menghamburkan ketawa.

“Wan bangunlah cepat. Tak malu ke depan tetamu mama ni?”

“Sakitlah ma.” Sepatah hanya dijawab. Secara tiba-tiba, Datin Zaleha mengajak Puan Alijah masuk ke dapur. Alasan lain sebab nak biarkan anak-anak mereka berkenalan.

“Awak mesti Zaqwan kan?” tanya Aliya memecahkan suasana.

“Bukan. Ni roh dia.” Dengan kereknya Zaqwan menjawab. Aliya mencebik. Sumpah kerek! Pulak tu, bukannya nak cakap terima kasih kat aku yang dah tolong dia bangun tadi. Argh! Lelaki ni ke yang jadi bakal suami aku? Menyampah betullah!

Zaqwan control macho. Perasaan malu dibuang jauh-jauh. Egonya pula yang mula menguasai diri. Aliya yang perasan akan keadaan itu tersengih mengejek.

“Dah malu tapi masih nak buat selamba. Bukannya reti nak berbudi bahasa!”

Zaqwan membalas sinis. “Kalau tolong orang nak harapkan balasan, baik tak payah tolong.”

Nyittt!! Berdesing telinga Aliya mendengarnya. Aliya terdiam. Dia mengakui kesalahannya, tapi dia rasa lelaki ini patut ucapkan ‘Terima Kasih’ sekurang-kurangnya. Okey, kenapa tiba-tiba aku rasa semacam ni?

“Muka kau cute bila blushing macam ni.”

Aliya terkejut mendengar suara Zaqwan yang berada dekat di telinganya. Dia terlihat senyuman nakal di bibir lelaki itu. Aliya menjeling. Dia ni sengaja nak usik aku!

“Dahlah, malas layan orang utan macam awak ni!” Aliya mengangkat kaki dan menuju ke dapur dengan perasaan yang tak puas hati.

Zaqwan ketawa terbahak-bahak apabila melihat muka cemberut Aliya. “Ni baru permulaan pertama!”

*****

“Hei, ni tempat akulah!”

“Takde nama awak pun?”

“Tapi ni memang tempat aku!”

“Tapi saya nak duduk sini!”

Peperangan mulut antara Zaqwan dan Aliya memeningkan insan-insan yang turut berada di meja makan. Datin Zaleha menggeleng. Masing-masing tak mahu mengalah, sebijik je macam budak kecik. Segera dia mencelah.

“Aliya! Zaqwan! Kenapa berebut-rebut ni?”

“Ma…”

“Auntie! Liya nak duduk sini, tapi dia ni tak kasi.” Pantas Aliya memintas. ‘Dia’ merujuk kepada Zaqwan yang sedang tercengang.

Zaqwan menjeling Aliya. Tapi gadis itu menayangkan giginya yang tersusun rapi. Sengaja memarakkan api dalam hati Zaqwan.

“Ma, this girl sengaja nak naikkan darah Wan. Mama pun tahu kan, tempat makan Wan memang kat sini. Takkan sebab kena mengalah dengan dia ni, Wan kena duduk tempat lain pulak?” giliran Zaqwan mengadu kepada mamanya. Dia terjungkit kening disertakan dengan senyuman kemenangan. Aliya kalih pandang. Dia rasa sakit hati dengan lelaki tak berapa matang di sebelahnya ini.

“Apa salahnya? Kan Liya ni your future wife?” Aliya tersenyum kemenangan. Zaqwan tarik muka.

“Dahlah, depan rezeki tak elok bergaduh. Wan, duduk depan Liya ni.” Sambung Datin Zaleha setelah melihat Liya dan Zaqwan berperang saraf. Dia menggeleng kepala. Perkenalan pertama mereka nampaknya tak berapa baik.

*****

“Sedapnya masakan auntie tadi!” puji Aliya sambil memegang perutnya yang kekenyangan. Mereka berempat bersantai di laman milik Datin Zaleha setelah selesai menikmati makan malam.

Datin Zaleha senyum. “Biasa jelah, masakan kampung.”

“Nanti bolehlah auntie ajar Liya masak eh?”

“Mestilah. Untuk bakal menantu. Nanti bolehlah auntie ajar macam mana nak masak makanan kegemaran Zaqwan.”

Senyuman Aliya kelat. Entah kenapa, bila mendengar nama itu dia terasa loya.

“InsyaAllah auntie.” Matanya terpandang satu balang yang dipenuhi kerepek pisang di atas meja. Pantas tangannya mencapai balang itu.

“Kau ni memang tak sabar-sabar nak kahwin dengan aku ke?” perli Zaqwan apabila Aliya dengan selambanya memegang tangannya. Aliya terkejut.

“Apa pulak? Saya tak sedar pun tangan awak kat situ.” Aliya membela diri. Taknak dilabel sebagai perempuan murahan yang suka mengambil kesempatan terhadap kaum Adam.

“Alah, cakap je lah yang kau tak sabar nak kahwin dengan aku. Malam ni jugak aku suruh tok kadi datang untuk nikahkan kita.” Zaqwan senyum nakal. Puan Alijah dan Datin Zaleha menggeleng-geleng kepala melihat mereka. Tiba-tiba timbul satu rancangan di dalam kepala Datin Zaleha.

“Lijah, jom bual kat dalam. Aku rasa sejuk lah kat luar ni.” Suara sengaja dikuatkan. Puan Alijah tersenyum nakal.

“Haah lah. Jomlah, boleh kita gossip puas-puas kat dalam.”

Aliya bangun untuk mengikut ibunya dan Datin Zaleha, tapi dihalang oleh Zaqwan. “Kau ni lembap ke apa? Diorang tu nak kita sembang berdua tanpa ada gangguan.”

“Tapi saya taknak sembang dengan awak.”

Zaqwan ketawa. Lucu apabila melihat muka Aliya yang tak puas hati. Cute je. Tapi kalau masa cari gaduh atau melawan, ke‘cute’an terus hilang dari pandangan Zaqwan. Eee! Rasa nak cili je mulut dia tu.

“Apa yang kelakar hah?” perli Aliya.

“Muka kau macam tenuk bila merajuk macam tu. Hodoh betul. Serius aku tak tipu.”

Aliya kepal penumbuk. Ada ke patut aku yang comel macam teddy bear disamakan dengan tenuk? Memang tempah maut betullah mamat ni!!

“Hei, muka tenuk pun, muka saya jugaklah yang awak akan selalu tengok tau!” entah kenapa lancar saja ayat yang keluar dari mulutnya. Zaqwan terpempan.

Aliya tunduk malu. Ish, pahal lah aku merepek ni? Macam aku ni memang dah sedia je nak jadi bini dia.

“Kau memang sedia nak jadi isteri aku ke?” tanya Zaqwan serius.

“Err… lupakan apa yang saya cakap tadi. Main-main je lah.”

Zaqwan menggeleng. Dia perlukan penjelasan. “Kau takkan merepek kalau benda tu tak betul kan?”

“Awak, saya main-main je lah. Lagipun, memang logiklah apa yang saya cakap tu. Tak lama lagi kita pun nak kahwin kan? So, mestilah muka saya yang akan awak tengok hari-hari.” Aliya menjelaskan. Dalam hati, dia berasa lega.

Zaqwan terdiam seketika. Kenapa gadis ini yang papa jadikan sebagai calon untuk aku?

“Err, awak okey kan?” Aliya bersuara setelah keduanya lama menyepi.

“Aku okey je. Eh, nama kau apa?”

Aliya tersengih. Cari gaduh dengan aku tahu pulak, nama aku dia tak tahu. “Nur Aliya Binti Johari.”

“Nama sedap, tapi sayang tak secantik orangnya.” Zaqwan ketawa terbahak-bahak. Sengaja dia menyakat Aliya. Zaqwan yang merasakan keserasian dengan Aliya mula terbuka sedikit hatinya untuk mengenal gadis ini. Eh! Tak bermakna aku dah jatuh cinta tau! Tegasnya dalam diam.

Aliya ketap gigi. Okey, nampaknya mamat sengal ni nak mulakan perang dengan aku!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Cinta Pertama 1”
  1. Darwina says:

    mesti penulis ni minat kat aidilzaqawan kan?sbb tu dia letak nama hero tu zaqwan.aidil jdi kawan zaqwan.elok sngt lah tu.hehehe… ;-)

  2. nurul iman says:

    wah best lah cite ni….
    smbung lah lge…
    cepat taw smbung….
    :o

  3. WATI says:

    boleh tahan la novel ni…..sambung lagi la. boleh gak baca masa free2 kat office.
    lagi cepat lagi bagus.

  4. lora says: says:

    best la novel ni

  5. refesa says:

    best ar cta nie…. Gantung..

  6. T dyra t lee says:

    Bes jgk….

  7. nurul jannah says:

    best.. sambunglah cepat..please

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"