Novel : Cinta Si Musuh 4

11 January 2011  
Kategori: Novel

617 bacaan 2 ulasan

Oleh : Nursa Marza

BAB 4

Farish memandang kosong jalan raya yang berada di hadapannya. Sesekali matanya meliri pada adiknya yang berada tidak jauh darinya. Penat duduk, dia beralih pula pada posisi berdiri. Sudah beberapa kali dia melakukan perkara yang sama.

Farish mengeluh.
‘Manalah pulak Pak Husin ni?’ soalnya didalam hati. Dia juga ingin menanyakan soalan yang sama pada adiknya tetapi dibatalkan niatnya kerana dia sudah tahu bahawa, adiknya tidak akan memberi sebarang respons. Dia tahu bahawa adiknya masih marah pada dirinya. Tetapi pada pendapat dia sendiri, yang patut berasa marah ialah dirinya sendiri. Tindakan Arisya yang seolah-olah ingin menangkan musuhnya berbanding dirinya membuatkan Farish berasa sangat kecewa.

Setiap kereta yang lalu lalang di pandang sepi. Mengharapkan kedatangan Pak Husin. Dia mengeluh lagi.
‘Takkan Pak Husin terlupa nak amik.’

Farish terkejut apabila sebuah kereta Mercedes Benz CLS-class biru berhenti dihadapannya. Tanpa berlengah, Farish bergerak dan mendekati kereta itu. Tindakannya itu dituruti oleh Arisya. Kemudiannya, mereka memboloskan diri didalam kereta itu.

“Sorry. I’m late. Ada hal tadi.” Razif memandang wajah anak saudaranya satu persatu dengan kasih sayang.
“It’s okey lah pak su. Pak Husin mana?” soal Farish. Perasaan marah yang menebal dalam dirinya tadi telah hilang dengan serta merta apabila melihat kereta pak ciknya itu.
“Pak Husin? Ada. Pak su ada pesan dengan dia tadi yang hari ni pak su nak amik anak-anak buah pak su ni. Tapi tak sangka pulak yang tiba-tiba tadi client pak su nak jumpa. Dalam kelam kabut tu, pak su lupa pulak nak bagi tahu Pak Husin suruh amik kamu berdua. So, sorry lah ye.” Terang Razif.
“Dekat dalam dunia ni tak ada yang percuma, pak su.” Arisya yang dari tadi hanya mendiamkan diri menyampuk.
Razif memandang pelik wajah Arisya melalui cermin pandang belakang.
“Apa maksud adik?” Razif binggung. Setahunya, dia tidak ada menyebut hal tentang jual beli ataupun harga yang melibatkan percuma.
“Tadi pak su cakap nak minta maaf kan? Zaman sekarang ni, dah tak ada minta-minta. Semua benda kena beli.” Arisya tersenyum apabila melihat kerutan di dahi pak sunya itu.
“Jadi, pak su kena beli lah ni maaf dari kamu tu?” Razif menyoal sambil ketewa kecil.
Arisya mengangguk.
“Okey. Kalau macam tu, berapa harga yang patut pak su bayar untuk mendapatkan kemaafan dari kamu ni?” Razif menyoal lagi.
“Adik tak kesah. Tak tahu pulak kalau abang.”
Farish memandang ke belakang. Merenung adiknya. ‘Dah tak marah ke?’
“Abang pun tak kesah. Ikut pak su lah.” Balas Farish sambil melemparkan senyuman pada Arisya. Namun, senyumannya mati apabila Arisya menjelingnya. ‘masin marah lagi lah’ Farish mengeluh.
Razif berfikir sejenak.
“Herm… macam ni lah. Lusa sabtu kan? Pak su nak sabtu pagi kamu bersiap, nanti pak su amik kamu dekat rumah.”
“Pak su nak bawak pergi mana?” dengan pantas Arisya menyoal pak ciknya itu.
Razif tersenyum mendengar soalan anak buahnya itu.
“Pak su nak belanja kamu shopping. Nak tak?” Razif merenung Arisya.

Daripada cermin pandang belakang, dia nampak Arisya tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Senang dia melihat senyuman gadis kecil molek itu. Sejak kematian abang dan kakak iparnya, dia kini susah untuk melihat senyuman daripada gadis itu. Seolah-olah senyuman itu juga dibawa pergi oleh abang dan kakak iparnya.

“Shopping? Boring lah pak su. Tak ada aktiviti lain ke?” Farish mengeluh. Bukan dia tidak menghargai pelawaan Razif itu. Pada pendapat dia bershopping hanya membuang masa dan tenaga. Sebab itulah dia tidak suka membeli belah.
“Kenapa? Best apa shopping. Tapi kalau Ris tak nak ikut, tak apa. Pak su tak kesah. Pak su boleh bawa adik aje.” Balas Razif.
“Bukan Ris tak nak ikut. Tapi boringlah pak su. Lagi pun, pak su nak beli apa pergi shopping tu?” Farish menyoal.
Razif tersenyum sambil memandang Farish.
“Pak su tak nak beli apa-apa pun. Tapi pak su nak bawa kamu berdua berjalan-jalan dekat shopping complex tu. Biar hilang sikit tekanan. Lagi pun tahun ni Ris nak SPM kan? Adik pun nak PMR. Tak kan nak duduk rumah 24 jam baca buku? Kadang-kadang, kita kena juga lari daripada study tu. Tapi kalau Ris tak berminat dengan cadangan pak su nak bawak pergi shopping, pak su tak paksa Ris untuk ikut.” Razif memandang Farish yang sedang tekun mendengar kata-katanya itu.
“Siapa cakap Ris tak nak ikut?”
“Laa… tadi tu?” Farish di pandang pelik.
“Ris cuma luahkan perasaan je tadi tu. Mana boleh Ris tak ikut. Rugilah kalau macam tu. Dah lama tak keluar ramai-ramai. Asyik lepak dengan mamber aje. Sesekali nak jugak berkumpul sekeluarga kan?” Farish melemparkan pandangannya pada jalan yang berada di hadapannya.

Wajah ayah dan uminya menjelma lagi dalam ingatannya. Rindu pada mereka tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Andai dia punya kuasa untuk mengundurkan masa, akan dia pastika ayah dan uminya tidak pergi meninggalkan dia dan Arisya.
Bukan mudah untuk dia menerima hakikat kematian kedua ibu bapanya dengan begitu saja. Dia masih ingat lagi kemalangan itu berlaku sebulan sebelum peperiksaan PMR nya dijalankan. Bagaimana dia terpaksa menjawab soalan PMR dengan hati yang tidak karuan, dengan jiwa yang sebak tanpa semangat daripada kedua ibu bapanya.

Namun, pada suatu hari dia mula belajar untuk terima takdir Tuhan itu dengan hati yang rela apabila dia mendengar tangisan adiknya yang inginkan ibu dan ayahnya semula. Sejak itu, dia mula hidup berdikari tanpa kedua ibu bapanya bila mengingatkan bahawa dialah tempat untuk adiknya mengadu memandangkan hanya dia yang adiknya punya kini. Dia tidak mengharapkan Razif dalam hal ini, kerana Razif mempunyai banyak komitmen dalam menguruskan syarikat milik arwah bapanya.
“Baiklah! Pak su nak kamu berdua bersiap pada sabtu ni. Siapa yang lambat, dia tinggal!” Farish terkejut dengan sergahan Razif yang secara tiba-tiba itu. Khayalannya tadi juga terbang entah kemana.

ARISYA mengetuk-ngetuk jarinya pada permukaan meja sambil matanya tekun menghadap novel yang sedang dibacanya. Namun, pembacaannya terganggu apabila terasa ada seseorang yang menarik kerusi dihadapannya.
“Boleh saya duduk sini? Meja lain penuhlah.” Tegur Aleeya.
Arisya terdiam. “Duduklah. Silakan.” Pelawa Arisya. Dia memandang wajah Aleeya lama.
“Herm… abang saya masih kacau awak?” memandangkan dia berada di perpustakaan, Arisya berkata separuh bisik.
Aleeya terkejut dengan soalan Arisya.
“Nama saya Aleeya. 4 Mawar.” Aleeya menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Di biarkan soalan Arisya tadi tidak berjawab.
Arisya terkedu. Perlahan-lahan dia menyambut huluran itu.
“Saya Arisya. 3 Mutiara.”
Aleeya mengangguk.
“Abang saya masih ada kacau akak?” soal Arisya lagi. Bahasanya juga sudah diubah memandangkan bahawa Aleeya lagi tua daripadanya.
“Herm… buat masa sekarang ni tak ada lagi. Tak nak lah cerita tentang ni. Nanti akak terkutuk pulak abang awak.” Balas Aleeya sambil ketawa. Arisya jugak turut ketawa.
“Senyap sikit! Kalau nak berborak jangan dekat sini. Keluar!” marah Puan Zabidah, Penyelia Pusat Sumber Sekolah.
Aleeya dan Arisya memandang sesama sendiri sebelum kedua-duanya bangun melangkah keluar.

“GARANG betul lah.” Tempelak Arisya.
Aleeya hanya tersenyum memandang Arisya.
“Minat baca novel ke?” soal Aleeya apabila dia terpandang novel yang berada pada Arisya sejak dari tadi.
Arisya berfikir sejenak sebelum menjawab.
“A’ah. Saya minat sangat membaca. Akak? Minat tak baca novel?” soal Arisya pula. Dia semakin senang berborak dengan Aleeya.
Aleeya mengangguk.
“Samalah. Akak pun minat jugak novel. Tapi sekarang akak dah jarang baca. Sebab biasanya kalau akak nak baca novel, akak pinjam dekat cousin akak dekat johor. Sekarang akak dah pindah sini, jadi tak dapatlah nak baca novel lagi.” Terang Aleeya.
“Oh! Ya kah? Eh! Akak boleh pinjam dari saya. Saya ada banyak novel dekat rumah. Saya dah baca semuanya. Apa salahnya kalau akak nak pinjam.” Pelawa Arisya.
“Eh! Tak apalah. Akak tak kesah dapat baca ke tak.” Tolak Aleeya.
“Alaa… pinjam lah saya punya. Akak datang rumah saya ek petang ni. Nanti saya kasik pinjam banyak novel pada akak.” Arisya cuba memujuk.
Aleeya tersenyum melihat kesungguhan Arisya.
“Petang ni tak boleh lah Arisya. Akak kena balik JB.”
“Hah? Habis tu, bila akak nak datang rumah saya? Atau… akak memang tak sudi?” kata Arisya berbaur kecewa.
“Eh! Mana ada akak tak sudi. Akak nak sangat pinjam novel Arisya. Tapi petang ni memang akak kena balik JB. Tapi tak apa, akak janji nanti bila akak ada masa lapang akak datang rumah Arisya.” Aleeya memujuk.
“Eh! Tapi akak mana tahu rumah awak dekat mana?” sambung Aleeya.
“Yang tu akak jangan risau. Saya akan uruskan.” Kata Arisya penuh yakin.
Aleeya mengangguk sambal tersenyum. Namun, senyumannya mati apabila teringatkan sesuatu. ‘Kalau aku datng rumah Arisya, bermakna… aku jugak datang rumah monyet sakit tu ke? Oh! Tidak!!!’ Aleeya menjerit didalam hati.
“Okeylah kak. Waktu rehat dah nak habis ni. Saya masuk kelas dulu. Akak jangan lupa tau pasal novel tu. Kalau akak tak pinjam novel dari saya, siap akak! Assalamualaikum.” Arisya bercanda sebelum melangkah meninggalkan Aleeya.
“Wa’alaikumsalam.” Aleeya memjawab salam tersebut sambil mengeluh perlahan.
Perlahan-lahan, dia juga menyusun langkah masuk ke dalam kelas.

*BERSAMBUNG*
p/s : komenlah karya saya ni… :-]




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Cinta Si Musuh 4”
  1. arisa says:

    bestla novel ni .
    sambungla cepat

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"