Novel : Cintaku Milik Siapa 1

10 January 2011  
Kategori: Novel

4,558 bacaan 7 ulasan

Oleh : Umi Kalsom

Diana tunduk menekur lantai. Sejak dari pemuda bernama Fariz itu meninggalkan bangku ini, dia terasa sesak. Nafasnya tersekat-sekat. Mungkin dia harus luahkan pada seseorang, tetapi siapa yang akan menjadi pendengar terbaiknya. Angin yang menderu-deru di tepi pantai itu belum tentu dapat meredakan kegelisahan di jiwanya pada saat ini.

Dia seolah-olah tersepit dan dikepit. Kenapa dia? Kenapa bukan orang lain? Perlahan punggungnya diangkat dari bangku yang didudukinya. Deretan bangku lain di tepi pantai itu nyata penuh. Tiada ruang kosong. Sesak! Sama seperti jiwanya. Sesak!

Langkah kakinya diatur menuju ke kereta yang diparkir di tepi jalan. Enjin kereta dihidupkan. Air cond dipasang dengan sekuat mungkin dengan harapan dapat meredakan gelodak dalam arteri dan vena yang membawa darahnya.

“Kita kahwin!” ayat yang diucapkan Fariz. Bukankah dua perkataan itu sepatutnya membahagiakan jiwa seorang gadis seperti aku. Tetapi kenapa tiada bahagia yang menyapa. Hanya kepedihan dan kesakitan saja yang dirasa. Keluhan kasar dilepaskan dengan harapan biar segala kesesakan minda, resah, gelisah… turut hilang dengan sekali hembusan nafas itu.

Tidak mahu menunggu lama. Dia terus saja memasukkan gear ‘D’. Minyak kereta ditekan dan kereta Proton Wira berwarna Putih itu bergerak menyusuri jalan raya yang lenggang hari ini. Mujur!

Tangannya mula menekan siaran radio yang digemarinya. Memandu dalam keadaan sunyi dan sepi ini hanya membuatkan jiwanya bercelaru. Terasa kosong apabila matanya tertumpu pada jalan raya yang lurus itu. Stereng yang sepatutnya dipusing ke kiri dibiarkan. Kereta bergerak lurus. Sehingga tiba di roundabout. Sekali lagi dia memilih untuk bergerak lurus. Kali ini, pedal minyak ditekan laju dan keretanya menyusur di Jelutong Expressway yang kini sudah bertukar nama, Lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Rumah aku di Bayan Baru, aku nak menghala ke Tanjung nak buat apa? Soalnya sendiri.

Hang tuang minyak pakai apa Diana? Soal hatinya lagi.

Ingat pakai pasir ke? Pakai duit tau! Patah balik rumah. Duduk di rumah melayan perasaan lagi bagus dari memusing kereta tak tentu hala di jalan raya ini. Marahnya dalam hati.

Pantas tangannya memusing stereng ke kiri sebaik saja tiba di simpang Batu Uban. Terus saja dia melajukan kereta menuju ke Lengkok Mahsuri, Bayan Baru. Rumahku syurgaku terletak di situ. Sudah hampir lima belas tahun mereka sekeluarga mendiami rumah itu. Biar pun hanya rumah flat tiga bilik. Biar pun orang cakap rumah kos rendah, asal ada rumah tempat nak berteduh sudah. Tak perlu nak memilih sangat.

“Orang dah balik…,” ucap Diana sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah-wajah yang setia menanti kepulangannya ditatap sekilas.

Mak dan abah nampaknya sedang menanti kepulangannya dengan penuh harapan. Dia pura-pura tidak faham dan terus saja melangkah masuk ke dalam bilik. Mereka tak bertanya, dia pun tidak hendak bercakap.

“Abang… awat dia masuk bilik terus! Tak habaq apa pun?” emak Diana, Puan Laila sudah tidak sabar. Bila Diana melangkah keluar dari rumah tadi harapannya menggunung. Doanya hanya satu, semoga Diana setuju.

“Puan Laila… awak tau erti sabaq tak? Dia baru ja balik, biar la sat. Jangan ganggu dia selagi dia tak buka mulut. Abang bagi warning… jangan!” ucap abah Diana, Encik Ahmad dengan tegas sambil melangkah keluar nak menuju ke surau. Sekejap lagi nak masuk waktu Asar.

“Abang pi sembahyang dulu…,” lantas dia pun terus saja mengatur langkah menuju ke surau yang terletak di seberang jalan dari blok rumah mereka. Dekat saja, tidak jauh. Tidak sampai tiga minit sudah boleh sampai.

“Wawa…,” Puan Laila menggamit Najwa, adik bongsu Diana. “Pi tanya sat kat Ana… apa jadi?” ucap Puan Laila tidak sabar. Peringatan dari suaminya sekadar dibuat tidak mengerti. Dia hendak tahu jawapan Diana pada detik ini juga. Tidak boleh tangguh-tangguh. Hatinya dah berdebar-debar semacam.

“Mak dah nerbes dah ni… hang pi lah tanya sat Wawa…,” desak Puan Laila lagi. Najwa tergelak kecil. Haru sungguh mak aku… nerbes! Lagi terasa nak gelak besar.

“Mak… sebutan nerbes tu salah!,” tegur Najwa selamba. Sengaja hendak melengah-lengah masa Puan Laila. “Nervous mak… cuba sebut… nervous…,” tersenyum-senyum Najwa mengajar emaknya sebutan yang betul. Puan Laila dah menjeling tajam.

“Perli mak nampak!” tegurnya tidak senang. Najwa masih tersenyum.

“Mak… kalau Wawa nak perli, Wawa tak akan ajar mak sebut bagi betul…,” Najwa tersenyum lagi. Suka benar menyakat emaknya yang mudah merajuk kalau sebarang perkataan Inggerisnya ditegur. Ayat standard yang akan diucapkan oleh mak, ‘Mak tau la ampa semua belajaq pandai… mak ni sekolah pun tak pi dulu…’ ceh! Dah boleh hafal dah.

Part yang paling best bila abah pun join sekali nak menyakat mak, ayat yang abah keluarkan lagi sempoi… ‘Depa tipu abah kata pengantin belajaq sampai SPM… tengok-tengok…’ ayat abah dibiarkan meleret. Serentak itu emak akan menarik muncung panjang. Seronok sakan bila dapat mengenakan emak.

“Wawa!!!” suara Puan Laila sudah naik volume. Geram melihat anaknya yang tersengih sendiri. Fikirkan apa pun tak tahu. Suruh disiasat pada kakaknya, itu pun tak hendak. Patuh dengan arahan abah! Arahan mak, seorang pun tak nak layan. Bebel Puan Laila pada Najwa.

“Apa mak? Abah balik satgi, mak dengan abah duduk la sekali… tanya dengan kak Ana apa dah jadi… Wawa tak mau subahat buat kerja belakang abah!” kata-kata Najwa terus saja menoktahkan bebelan Puan Laila. Memang sah, Najwa ni anak abah!

******

Diana duduk di kusyen single. Abah dan emaknya di kusyen double. Najwa di kusyen triple. Sekali pandang macam Diana pesalah, abah dan emak pula pendakwa raya. Najwa… hakim! Erk, sangatlah tak padan.

“Diana… apa yang kamu bincang tadi?” suara Encik Ahmad memecah kesunyian antara mereka. Itu pun setelah dicubit oleh Puan Laila yang sudah tidak sabar menunggu di sebelah.

“Ana tak nak kahwin dengan Fariz”.

Jawapan Diana terus membuatkan Puan Laila tergamam. Tidak sangka, jawapan itu pula yang keluar. Diana silap skrip ke? Encik Ahmad… wajahnya tenang saja. Mungkin dia sudah dapat membaca riak wajah anak sulungnya itu.

“Awat Ana? Macam mana mak nak cakap kat Aunty Zuby?” soal Puan Laila bertalu-talu. Dia pula kecewa lebih.

“Nak cakap macam mana lagi… cakap Ana tak nak lah…,” Encik Ahmad menyampuk. Puan Laila dah memuncung. Najwa pula dah mula tarik senyum.

“Abang… tak bolehlah macam ni. Aunty Zuby tu kawan baik mak Ana… dah lama. Ana bukan tak kenai anak-anak Aunty Zuby… Fariz tu baguih apa. Kerja pun tinggi… Ana nak apa lagi?” jelas Puan Laila tidak boleh terima jawapan yang diberikan oleh Diana.

“Mak… kalau ikut-ikut nak kata kawan baik mak mai merisik macam ni, berapa ramai kawan baik mak yang Ana kenai… habis kalau semua mai minta Ana, mak nak Ana kahwin dengan semua orang tu… macam tu?” Diana dah mula mengeluarkan hujah. Puan Laila pula mati kata-kata. Abah dan Najwa, ambil langkah selamat. Jangan menyampuk!

“Mak yang duk kata Fariz tu baguih, dah Ana tak suka dia nak buat macam mana. Dah la perangai dia, dari dulu Ana tak berkenan! Berlagak sangat!” semakin bersemangat pula Diana memberi alasan. Bayangan Fariz muncul di minda. Uffhhh! Sungguh aku tak berkenan.

“Abang Fariz, yang hensem tu kan akak… yang belajaq kat UK… kan?” Najwa pula teruja. Diana mencebik. Hensem nak buat apa? Bukan boleh bawa bahagia.

“Hah… Najwa suka?” Diana alih pandang pada Najwa. Najwa mengangguk dengan teruja.

“Mak… bagi tau kat Aunty Zuby, Ana tak setuju, tapi Wawa nak… pengantin laki sama, perempuan ja kita exchange… ,” Najwa sudah terangguk-angguk. Suka! Cadangan Diana nampak bernas sekali.

“Ampa dua toksah duk buat lawak merapu kat sini… Najwa…,” pandangan Puan Laila tepat pada wajah Najwa. “Baru nak masuk form 4 duk menggatai nak kahwin pulak!” marah Puan Laila. Najwa menjeling manja. Alah mak ni… tak boleh bawa bergurau.

Encik Ahmad dah tersenyum melihat wajah Puan Laila kemerah-merahan menahan marah. Diana juga turut tersenyum. Aduh! Mak kami kurang sense of humour. Cuba menghayati lawak jenaka sikit. Takkan la Najwa betul-betul nak kahwin dengan Fariz tu, beza umur pun dah dekat… err… jauh sangat tu, 14 tahun. Tak mungkin. Aku pun tak sanggup nak beradik iparkan lelaki yang tua dari aku. Desis Diana sendiri.

“Mak… orang nak melawak pun tak boleh ka?” Diana masih bercanda. Hendak bergurau senda.

“Mak tak suka lawak merepek merapu ni semua. Sekarang ni, bagi alasan kukuh sikit… pasal apa tak mau?” Puan Laila nampaknya tidak akan melepaskan topik ini dengan begitu sahaja.

Diana melepaskan keluhan. Cakap tak suka, mak tak mahu terima. Apa ingat aku main-main ke? Aku memang tak suka anak sulung Aunty Zuby! Dari dulu lagi. Sebab… dia merupakan seorang lelaki yang tidak mampu untuk menerima kekalahan. Angkuh. Dia fikir, dia boleh dapat apa saja. Sekarang biar dia tahu, bukan senang-senang dia boleh dapat Diana Ahmad.

“Mak… Ana memang tak suka! Lainlah kalau mak suruh Ana kahwin dengan Saiful… mak tak paksa pun, Ana rela…,” tutur Diana selamba. Makin terlopong Puan Laila mendengar kata-kata Diana. Tak nak kahwin dengan abang, tapi sudi dengan adik.

“Tapi Aunty Zuby nak cari calon untuk Fariz…bukan Saiful…,”

“Apa kata mak tanya pada Aunty Zuby… jodohkan Ana dengan Saiful. Ana suka… Saiful lagi kacak dari Fariz,” yang berlagak tu. Sambungnya dalam hati. Diana tidak lepas pandang wajah emak dan abahnya yang kelihatan serius berpandangannya sesama sendiri. Spontan bibirnya mengukir senyuman mengusik. Tak sangka pula mak akan berfikir dengan serius, tapi kalau jadi dengan Saiful apa salahnya. Dia lagi bagus daripada abang dia tu. Bibirnya terus tersenyum lebar.

“Ana… betul ke nak dengan Saiful?” soal Encik Ahmad serius. Diana terus telan air liur.Gulp! Aku main-main saja. Tapi…

“Ana tak kisah dengan siapa pun, asal bukan Fariz!” ucap Diana tegas. Riak wajah emak yang serba salah jelas terpampang di depan mata. Apa yang susah sangat nak cakap tak nak? Tahulah Aunty Zuby tu kawan baik mak… tapi takkan dia tak faham kalau aku tak hendak. Takkanlah….

“Betul Ana… tak kisah dengan Saiful?” Puan Laila pula menyoal. Diana dah menepuk dahi. Apa mak aku gelabah biawak macam ini?

“Mak… Ana tak kisah kalau dengan Saiful… Dia baik sangat mak… mak pun kenal dia kan,” emak sekadar mengangguk kecil. Semestinya emak akan kenal dengan anak-anak Aunty Zuby. Nama pun kawan baik. Yang Aunty Zuby ini pun satu… dalam banyak-banyak anak kawan dia, kenapa aku juga yang terpilih dalam senarai calon untuk Fariz? Apa dah tak ada perempuan lain ke untuk lelaki berlagak tu?

“Nantilah, mak dengan abah habaq kat Aunty Zuby…,” akhirnya tercapai juga kata putus. Diana menghembuskan nafas lega.

******

Mata Diana tertancap pada dinding bilik. Susah pula hendak pejamkan mata hari ini. Selalunya letak saja kepala atas bantal, terus padam. Apa masalahnya hari ini? Mungkin dia terlalu memikirkan tentang kejadian petang tadi. Iya ke?

Walaupun mulut sudah tegas mengatakan dia tidak mahu! Tapi terasa hatinya menyangkal tindakan yang diambil. Aku tak boleh terima Fariz sebab diri dia atau sebab apa yang dia ceritakan pada aku? Argh!!! Malas hendak fikir. Pantas tangannya mencapai bantal kecil di hujung katil dan terus menekup wajahnya. Tidur lagi bagus…

[bersambung]


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Cintaku Milik Siapa 1”
  1. nisha aini says:

    cam best?!!!!! :???:

  2. ira says:

    wahh best2..pndi cik.umi kita nie yerkk..
    klu uat kwin sepupu x nx kerr..=)
    umi, diana n fariz..sepupu????
    g0od j0b…

  3. umi kalsom says:

    thanks for reading.
    kawin sepupu? xkot… tngu smbgn ya :)

  4. Adah Hamidah says:

    gud job…truskan bkarya… menanti sambungannya :lol: :lol:

  5. sweet smile says:

    best……cntinue la cpt2….

  6. Siti Soleha Yahaya says:

    nih yg best nih….keluaq bhs utaqa….
    hehehe

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"