Novel : Kau + Aku = Cinta 24

8 January 2011  
Kategori: Novel

4,509 bacaan 5 ulasan

Oleh : vanilla_ice

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Selepas mandi dan sembahyang subuh, aku menarik beg besar di bawah katil. Harini Farish kata nak pindah rumah. Maknanya syarat ke-2 aku akan ditunaikan. Ketika itu Farish berada di dalam bilik air; mandi barangkali.

Pintu almari itu aku buka seluas-luasnya. Baju-baju kurung yang tergantung satu-persatu penyangkutnya dibuka. Selepas semua baju kurung sudah di asingkan di satu sudut, kini baju kurung itu dilipat pula. Aku duduk bersila di depan almari. Baju kurung yang sudah dilipat, kumasukkan ke dalam beg. Aku berdiri dan mengambil pula baju-baju t-shirt, checkered tee’s, baju tidur, seluar jeans, seluar slack dan baju-baju kecil. Itu sendiri mau faham arr…

Kesemuanya aku masukkan ke dalam beg. Aku terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Farish sudah keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Dia membentangkan sejadah dan memakai songkok yang diletak di atas meja disebelah katil. Aku buat tak nampak kelibatnya dan meneruskan lipatan. Siap semuanya, aku bangun dan menuju ke arah bilik air pula. Berus gigi, pencuci muka, deodorant, syampu, conditioner dan scrub badan dicapai. Aku berjalan keluar dari bilik air dan pergi ke meja solek. Minyak wangi, bedak compaq, sikat rambut dan pelembut rambut Rejoice pula dicapai kali ini. Semuanya aku letakkan di dalam tempat khas di dalam beg itu.

Aku berdiri dan pandang sekeliling. Farish sudah pun selesai menunaikan solat subuh. Dia memandang aku sekilas tapi aku buat derk je. Dia melipat sejadah dan sangkutnya di tepi tingkap. Aku zip beg baju. Ermmm… apa lagi ek? Rasanya semua aku dah letak kot. Entahlah.
Aku tarik getah rambut yang berada di pergelangan tangan dan mengikat rambut yang sudah melepasi bahuku itu. Rambut yang panjang di bahagian hadapan di biarkan jatuh berjuntai. Aku berdiri di depan cermin dan membetulkan rambut depan yang jatuh berjuntai. Bukan tak boleh ikat, tapi saja je lepas macam tu. Style budak Jepun la katakan. Tapikan, tiba-tiba je aku teringat sesuatu. Apa ek?

“CJ7!” dengan tiba-tibanya aku menjerit. Nasib baik tak kuat sangat. Farish yang tengah pegang remote control tv pun sampai terjatuh. Terkejut kot.

“Ni apa kes jerit pagi-pagi buat ni?” ayat pertama yang keluar dari mulut dia untuk pagi ni. Remote control yang terjatuh diambil balik.

Aku garu-garu kepala. Patut la tak best aku tidur kat sini. CJ7 aku tak bawak sekali. Huhuhu… patung feveret aku tu. Dah la besar sampai paras pinggang aku. Lembut pulak tu. Kalau tak boleh tidur, peluk je menatang tu sure nyenyak tak ingat dunia.

“Nanti nak pergi rumah papa jap, nak ambik barang.”

“Barang apa?”

“Barang la. Banyak yang tertinggal.” Aku duduk di atas sofa dan menongkat dagu. Cuba fikir barang apa lagi yang tertinggal. Laptop, bantal busuk, CJ7 dengan sikit-sikit lagi baju aku. Kasut aku pun sama. Tapi kasut aku tu banyak sangat la. Takpe, angkut sikit-sikit. Hehehe…

“Nanti kita singgah la.” Farish duduk di atas katil dan menekan butang alat kawalan jauh.

Aku hanya mengangguk. Buat seketika, aku terlupa apa yang terjadi semalam. Aku bangun dari sofa dan pergi ke pintu bilik. Aku mahu menolong apa yang patut la. Cheh, bajet.

“Yana, milo panas satu!” Farish memberi arahan apabila aku berada di muka pintu. Aku merengus kasar.

“Turun buat sendiri!” aku terus tutup pintu bilik.

Aku berlalu ke dapur. Kelihatan Mah Jah dan Santi sedang sibuk membuat sarapan pagi. Jam di tangan dikerling. 7.02 pagi.

“Assalamualaikum.” Aku memulakan bicara.

Mak Jah berpaling ke belakang. “Wa’alaikumsalam. Puan nak minum ke?”
“Mak Jah, jangan la panggil saya puan. Tak biasa la.”

“Habis tu nak panggil apa?”

“Panggil Yana je.”

“Yelah, Yana. Ni, Yana nak apa ni? Nak makan?”

“Nak makan awal lagi. Tunggu yang lain turun dulu la. Mak Jah, selalunya breakfast pukul berapa?”

“Pukul 8 nanti.” Tangan Mak Jah masih mengupas bawang merah.

“Kalau kat sini breakfast dia macam mana? Makan roti je ke?” aku bertanya kepada Mak Jah. Mana tau diorang makan ala-ala orang putih. Dah lahir kat sana sampai terbawak-bawak ke Malaysia ni. Kalau aku la kan, bantai dua bungkus nasi lemak pagi-pagi ni.

“Takde la. Makan dah berat sangat dan tak ringan sangat. Macam bihun goreng, mee goreng. Kadang-kadang kalau Puan nak tukar selera, Mak Jah masak nasi lemak pulak. Kadang-kadang pun makan roti sapu jem jugak.” Panjang lebar Mak Jah menerangka. Wah, sepuluh markah. Semua benda Mak Jah tau.

“Sekarang ni Mak Jah nak masak apa?”

“Pagi ni kita makan nasi goreng pulak.” Mak Jah membawa bawang merah yang sudah dikupas ke singki untuk dibasuh. Aku mengambil pisau dan tolong Mak Jah potong bawah merah tadi. Mula-mula Mak Jah menghalang, tapi lepas aku pujuk baru dia bagi.

Lepas potong bawang merah, aku serahkan kepada Santi yang sedang memanskan minyak di dalam kuali. Dia tumiskan bawang-bawang merah tadi sehingga naik bau. Aik, aku dah jadi chef yang tak bertauliah la pulak nak cerita tentang naik-naik bau ni.

Mak Jah sedang menyediakan air. Ada air kopi dan teh. Ala, aku tak minum la dua benda tu pagi-pagi. Kopi lagi la, langsung aku tak sentuh!

“Mak Jah, kalau Yana nak buat air lain boleh tak?”

“Kenapa? Yana tak minum air kopi dengan teh ke?” Mak Jah berhenti menyusun cawan di atas dulang.

“A’ah.” Aku tersengih.

“Takpe, biar Mak Jah buat yang lain.” Mak Jah mencapai sebuah lagi teko tapi cepat-cepat aku menghalangnya.

“Tak payah satu teko la Mak Jah. Banyak sangat. Nanti tak habis kang. Biar Yana buat sendiri.” Aku mencapai mug yang tergantung. “Ada milo tak Mak Jah?”

“Ada dalam almari. Kalau nak yang 3 in 1 punya ada dalam balang kaca tu.

Aku buka almari dan mencapai balang kaca. Sepaket milo 3 in 1 dikeluarkan. Aku mula membancuh air milo.

“Yana, bancuh air milo untuk abang satu.” Terdegar suara seorang lelaki di belakangku. Terus aku letakkan sudu di tangan. Anak sape la yang mesra alam sangat nak ber’abang’ dengan aku pepagi buta yang indah ni? Nak jugak kena sekeh dengan aku nanti!

Aku terus berpaling ke belakang. Farish sudah menarik kerusi di ruang dapur dan duduk. Dia tersengih memandangku. Aku mengecilkan mata tanda memprotes tapi dia boleh pandang tempat lain. Kureng betul!

Aku mengambil lagi satu mug dan sepaket milo

“Susu nak berapa sudu?” aku bertanya tanpa berpaling.

“Satu sayang.”

Aku mengacau air milo dengan kasar sehingga berdenting bunyi mug itu apabila Farish memanggilku sayang. Geli geli geli!

Aku letakkan mug air milo di hadapannya dengan kasar.

“Letak baik-baik sayang, nanti pecah.” Sempat lagi Farish bersuara sebelum meniup air milonya yang masih panas.

Aku sabarkan hati lagi. Apabila Mak Jah dan Santi ke meja makan untuk menghantar makanan, terus aku memarahi Farish.

“Apa abang, sayang ni hah?” aku letakkan mug di atas meja dan memandang tepat ke arah Farish.

“Peraturan ke-3, mesti panggil dengan panggilan abang di hadapan keluarga, kawan atau sesiapa sahaja. Tak baca sayang?” sempat lagi Farish mengusik.

Eh, ada ke? Kenapa aku tak nampak pulak ni? Aduh, aku ni rabun ke dah buat terus?

“Tapi, tapi, tapi… tak nak.” Perlahan saja aku kata perkataan ‘tak nak’ tu.

“Nak tak nak kena nak jugak sayang.”

“Apa sayang-sayang ni?” aku sudah hilang sabar. “Kena panggil depan keluarga je, belakang tak payah.”

“Pak Farish sama Buk Yana bisa ke depan sekarang. Semunya udah beres. Puan sama Tuan juga udah turun.” Santi berkata dengan loghat indon pekat dia tu. Entah bila la dia masuk sini.

Aku bangun dari kerusi dan pegang mug. Farish juga sama. Sebelum keluar dari dapur, sempat lagi aku berkata pada Santi. “Santi lain kali panggil Yana je. Jangan nak Buk, Buk. Tak sedap la pulak. Okey?”

“Iya buk.” Santi tunduk.

“Ha, tu.”

“Iya Non Yana.”

“Yana je.”

“Iya Yana.”

Aku tersenyum dan terus keluar dari dapur dan menuju ke meja makan. Tengku Hamdan dan Tengku Hasnah sudah pun duduk di meja makan. Tengku Hamdan duduk di hujung sekali dan Tengku Hasnah di sebelah kirinya. Farish mengambil tempat di sebelah kanan Tengku Hamdan. Aku tarik kerusi di sebelah tempat duduk Farish dan duduk di situ. Tengku Hasnah mencapai mangkuk kaca besar yang berisi nasi goreng dan menceduk sedikit ke dalam pinggan Tengku Hamdan dan kemudian di pinggannya. Tengku Hasnah menyuakan mangkuk itu kepadaku. Aku ambil dan menceduk sedikit. mula-mula nak je aku letak kat pinggan aku dulu. Tapi bila nampak Tengku Hasnah pandang aku, terus aku letak dulu dalam pinggan Farish. Baru je aku nak ceduk nasi goreng ke dalam pingganku, Farish berkata di telingaku.

“Banyak sikit.”

Aku ceduk lagi sedikit untuknya. “Banyak makan.”

Farish tersenyum. Aku cedukkan nasi goreng dan letakkan di dalam pingganku.

“Farish kamu nak pindah harini kan?”

“A’ah. Kenapa papa?”

“Rumah kat Damansara Height semalam papa dah suruh orang bersihkan. Kalau tak rumah tu berhabuk sikit. Dah lama tak pergi tengok. Yelah, dulu beli rumah tu tapi tak duduk. Tu yang papa bagi rumah tu kat Farish.”

“Okey pa. Thanks sangat. Tapi, kalau tak bersihkan pun takpe. Yana ni kan rajin.” Sengaja perkataan rajin itu Farish tekankan.
Suapanku terus terhenti. Memang mamat ni suka cari gaduh dengan aku tau.

“Apa ka…” aku pandang muka Farish dan ingin membalas kata-katanya tadi. Tapi Farish membuat muka. Mulutnya bergerak-gerak memberi isyarat suruh memanggilnya ‘abang’. Huh! Tak jadi aku nak balas!

“Apa yang Yana nak cakap?” Tengku Hasnah menyampuk.

“Ha… tak ada apa-apa la aunty.”

“Apa aunty ni Yana? Sekarang ni panggil mama.”

“O… key kot.” Aku mengecilkan mata. Okey, aku ada sorang je mama dalam dunia ni. Macam mana aku nak panggi Tengku Hasnah mama? Dia bukannya mama aku pun!

“Apa kot-kot? Yana kena jugak panggil mama.” Kata-kata Tengku Hasnah berbaur ugutan.

Aku mengangguk dan tersenyum. Ah, senyum sajalah!

Selesai menghabiskan nasi goreng, aku mengambil pingganku dan Farish. Tengku Hamdan dan Tengku Hasnah belum habis makan lagi.

“Eh Yana, tak payah buat. Nanti Santi kemaskan meja ni. Dah, biarkan je.” Tengku Hasnah menghalangku membawa pinggan kotor ke dapur.

“Takpelah, kejap je. Tak lama pun.”

“Ha, kan Farish dah cakap dia ni terlebih rajin.” Farish pula tiba-tiba menyampuk.

Aku terus cubit lengannya. “Yana ke dapur dulu ye mama.” Terus aku jalan ke dapur membawa dua biji pinggan. Aku letakkan pinggan di dalam singki dan membuka air.

“Ngak perlu basuh Yana. Biarin aja di situ. Sebentar lagi saya basuhkan.” Santi menutup air dan menolak tanganku lembut. Dia mengganti posisiku di singki sekarang.

“Ala, pinggan je pun. Bukannya nak basuh periuk belanga pun. Dah, biar saya buat.”

“Nanti Puan marah sama saya. Udah, biarin saja saya basuh.”
Akhirnya, terpaksa jugak aku mengalah.

“Santi, umur berapa ya?” tiba-tiba aku terfikir soalan tu. Yelah, dia nampak muda lagi. Tapi kenapa kerja jadi orang gaji je?

“Saya baru 23 tahun.”

“Oh, muda lagi. Kenapa tak sambung belajar?”

“Saya ngak punya uang. Keluarga saya susah. Karna itu saya datang ke sini, cari pekerjaan. Untung-untung Puan sama Tuan ambil saya kerja di sini.” Santi meneruskan basuhannya. “Tanggungan saya banyak. Ibu saya di Jakarta sama adik-adik. Saya punya 7 adik-beradik. Saya yang sulung. Tiap-tiap bulan saya hantar uang ke sana.” Santi bercerita tanpa dipinta. Aku hanya mendegar luahan hatinya.

“Sabarlah ye, Santi. Sekejap kita kat atas, sekejap lagi kat bawah. Mana tau nanti Santi pulak boleh lagi atas dari saya? Saya pulak yang kat bawah.” Aku tergelak buat-buat. Sengaja untuk mengembirakan hatinya.

Santi menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

“Okeylah Santi, saya nak ke atas dulu kemas barang.” Aku bangun dari kerusi dan tolak ke dalam.

“Lorh, Yana mau ke mana?”

“Harini saya dan Farish nak pindah.”

“Kok mau pindah? Rumah Puan sama Tuan ngak cukup besar?” lurus Santi bertanya. Aku tergelak. Gila tak besar? Rumah tiga tingkat ni siapa cakap tak cukup besar memang orang tak kenal erti bersyukur la.

“Besar. Terlebih besar pun ada jugak. Cuma, nak privacy la Santi.”

“Oh, gitu. Yana mau saya tolong kemaskan barangnya?”

“Takpe la. Saya boleh buat sendiri. Saya naik atas dulu ye?”

Santi mengangguk. Aku terus keluar dari kawasan dapur dan mendaki anak tangga. Tengku Hamdan dan Tengku Hasnah berada di ruang tamu, sedang menonton berita pagi. Farish tidak berada di situ. Di dalam bilik barangkali. Aku meneruskan langkah menuju ke bilik.
Farish kelihatan sedang duduk bersila di atas katil dan memegang remote control televisyen. Matanya tepat memandang skrin tv itu. macam nak tembus ke dalam je.

“Tak nak kemas barang ke ha?” aku menegurnya sambil membuka pintu almari. Tidak langsung memandangnya. Sibuk sangat tengok tv, entah cerita apa la yang dia tengok.

“Nanti nanti nanti.”

“Nanti apanya? Dah pukul…” aku berpaling dan memandang skrin televisyen 42 inci itu. Mataku membulat. Speaker besar di kiri dan kanan tv itu sudah cukup jelas kedengaran suara seorang lelaki dan perempuan korea di telingaku. “TaeJa-Jeonha! Bingoong Mama!” terus aku menjerit dan melompat ke atas katil. “Tengok Princess Hours tak ajak orang!” aku tarik sebiji bantal dan duduk di sebelah Farish. Wajah Joo Ji Hoon dan Yoon Eun Hye terpampang di muka skrin.

“Mana aku tau kau nak tengok.”

“Ni episod berapa ni?”

“Episod lima.”

“Ala, ulang balik episod satu.” Aku merengek. Bukannya aku tak pernah tengok. Dah khatam tujuh kali siap beli CD dia lagi. Tapi saja aku nak tengok balik. Cerita ni the best of the best punya la. Cerita korea paling best yang aku pernah tengok. Walaupun aku tak berapa minat cerita korea, tapi ada certain cerita tu aku tengok jugak.
“Tak nak.” Pendek je dia jawab.

Aku memuncungkan bibir. Bantal di tangan kupeluk. Drama Princess Hours bermain di mata. Aku dan Farish leka menonton cerita itu sehingga lupa untuk mengemas barang.
_____________________________________




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Kau + Aku = Cinta 24”
  1. sufi says:

    eh?xkan xde kesan lebam kat muka farish kot?ke xde sape yg perasan?hmmmm….
    aku tggu next N3!huii…suspen tol!

  2. secret says:

    cpt2 smbg ek .. besttttttttt …… ;-)

  3. amylia says:

    citer nie best sngt..
    cpt smbung ek…

  4. semek cun says:

    :razz: ;-) :grin: :cry:
    Hai vanillaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!
    citer mmg best sngt.. :mrgreen:
    pastu kan bleh x V smbng cpet skit?……………
    da penat da tguu nih….

  5. nor says:

    haah lah sufi. saya tertunggu2 gak kot2 mama dia ker @ papa dia ker, x pun org gaji dorg yang nanya. punyalah teruk kena belasah, x tinggal kesan. huhu….magic.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"