Novel : Rantai Hati 15

7 January 2011  
Kategori: Novel

1,034 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Naz Zara

-Bab 15-

Eussofea terus berlari menuju ke arah laut sebaik sahaja mereka tiba di Jesselton Point, Kota Kinabalu. Dia menjerit-jerit kegembiraan. Jika dahulu dia hanya mampu menatap keindahan kawasan tersebut dalam dukumentari dan wayang gambar, namun kini, dia benar-benar berpijak di tempat tersebut. Akibat terlalu teruja, Eussofea tidak menyedari beberapa pasang mata sedang memandang ke arahnya.

“Hoi mak cik. Kau ni kenapa. Macam orang tak betul je aku tengok. Kalau ya pun kau tengah excited, jangan la sampai kau terlmpat-lompat macam beruk dapat bunga. Dah lupa nak malu ke? Tengok tu semua orang tengok show sarkas kau tu.” ucap Batrisya yang memerhatikan gelagat Eussofea sejak mereka sampai di Jesselton Point.

“Oh. Iye ke. Ala, aku tengah excited giler ni kau tau tak. Ada aku kesah dia orang tengok aku? Biarlah diaorang tengok aku yang cute ni. He. He. He.” Balas Eussofea dengan muka selambanya yang diselang seli dengan gelak tawa.

“Ha’ah la kak Sofea ni. Malu la sikit. Kita kat tempat orang ni” tambah Fiesya menyokong kata-kata Batrisya sebentar tadi. Eussofea masih lagi tersengih-sengih.

“Sebenarnya kak Sofea lupa la Fiesya” kata Eussofea

“Kau jangan nak buat hal lagi Sofea. Kau lupa apa?” ujar Batrisya sebelum sempat Fiesya bertanya.

“Ha’ah, lupa apa lagi. Kita dah jauh ni. Nak balik hotel makan masa” tokok Fiesya.

“Aku lupa bawa ‘malu’. Tadi aku tertinggal kat hotel. Tu la aku jadi camni. Ha. Ha. Ha” Kuat ketawa Eussofea setelah dia dapat mengenakan Batrisya dan Fiesya.
“SOFEA!!!” jerit Batrisya geram. Fiesya yang berada di sebelahnya hanya ketawa melihat telatah dua orang ‘kakak’ nya itu.

“Apa?” jawab Eussofea. Dia masih lagi dengan muka selambanya melihat Batrisya yang sudah naik angin.

“Kau pernah tak mandi air laut Sabah? Mesti tak pernah kan. Kau nak try tak” Ujar Batrisya dalam nada geramnya selepas dikenakan oleh Eussofea.

“Pandai la kau Tisya. Aku bagi 10 markah” jawab Eussofea sambil menepuk-nepuk tangannya seperti berada dalam kuiz akademik.

“Kau nak cuba tak. Aku rasa kalau setakat nak humban kau ke laut ni, aku masih kuat” balas Batrisya. Dia cuba mengugut Eussofea dan membuat Eussofea marah.

“Boleh juga kalau macam tu. Cepat la Tisya, humban aku kat dalam laut tu, mana la tau aku boleh jumpa duyung. Dia bagi harta dia yang banyak tu kat aku” ucap Eussofea sambil tergelak. Langsung dia tidak marah dengan ugutan Batrisya, malah jawapannya menambahkan lagi kemarahan Batrisya.

“Eii.. Budak ni, apa masalah kau Sofea. Kau lupa makan pil ke pagi tadi hah?” jerkah Batrisya.

“Pil apa pulak, pil perancang ek? Ala, tak perlu, tu lepas aku kawin nanti aku makan la. Kau dengan Fiesya pun bukan boleh buat apa-apa kat aku kan” Peluru yang dilancarkan Batrisya sekali lagi terpantul kembali kepada tuannya.

“Ah, malas la aku nak berdebat dengan kau ni Sofea. Perisai kalis peluru kau tu kuat sangat. Balik-balik peluru makan tuan” gerutu Batrisya. Malas dia hendak meneruskan debat antara dia dan Eussofea. Pasti Eussofea akan memanipulasi setiap kata-katanya untuk mengenakan dirinya kembali.
“Peluru makan tuan ke Tisya. La, selama ini aku ingatkan peluru tu makan nasi juga. Macam kita ni. He. He. He.” Semakin kuat tawa Eussofea. Batrisya hanya menjeling memandang sahabatnya itu. Entah kenapa dia menjadi hyper active hari itu.

Mereka terus berjalan menuju ke deretan kedai yang berada di Jesselton Point untuk mencari kaunter tiket untuk ke Pulau Manukan, antara kawasan peranginan yang terkenal di Sabah. Sementara menunggu giliran untuk ‘berlepas’, mereka sempat mengambil beberapa potret kenangan di situ.

Sesekali, melihat suasana dan lanskap di Jesselton Point yang mengikut senibina Inggeris itu membuatkan mereka seperti berada di luar negara. Ini ditambah lagi dengan keadaan laut yang bersih berwarna biru dan jernih. Eussofea begitu terpesona dengan keindahan tempat tersebut.

Ketiga-tiga mereka mendiamkan diri. Melayan perasaan. Beberapa ketika kemudian, Batrisya dan Fiesya kelihatan sibuk membuat bermacam-macam gaya untuk dirakam dan dibawa balik sebagai kenangan. Eussofea pula, masih lagi termenung sendirian. Tiba-tiba ingatannya menyapa seseorang. Lantas dia mengambil telefon bimbit di dalam beg sandangnya. Beberapa nombor ditekan dan akhirnya, terpapar wajah seseorang yang amat dirinduinya di skrin telefon.

“Fiq, penat Sofea call. Tak nak cakap dengan Sofea ke?” ujar Eussofea dalam nada merajuk setelah sapaannya sebentar tadi tidak berbalas, sebaliknya Rafiq hanya merenung wajahnya di skrin.

“Fiq cuma hairan. Apa mimpi tunang kesayangan Fiq ni buat video call dengan Fiq hari ni” jawab Rafiq lembut dan senyumannya memang tidak lekang dari wajah.

“Fiq tak suka Sofea call? Atau Sofea ganggu Fiq. Xpe la kalau macam tu” balas Eussofea. Dia sedikit kecewa dengan jawapan Rafiq

“Bukan macam tu sayang. Ye la, Fiq hairan, ni la first time Sofea 3G dengan Fiq. Selalu, kalau Fiq cuba 3G dengan Sofea, mesti Sofea reject. Fiq musykil la. Kenapa ek” Rafiq mula mengumpan Eussofea. Sememangnya itulah sahaja cara memujuk buat hatinya itu, dengan mengenakan dia semula. Jika tidak, pasti panjang rajuknya.

“Fiq!” ujar Eussofea yang hampir menjerit. Wajahnya yang tadi masam kini mula menjadi manis. Pandai sungguh Rafiq menambahkan gula ke dalam senyuman tunangnya itu.

“Iye sayang” balas Rafiq pendek. Sememangnya dia tidak tahu apa lagi yang harus dibicarakan. Baginya segala kerinduannya terhadap Eussofea telah terubat dengan menatap wajah manis itu.

“Sofea rindu Fiq” ucap Eussofea pendek. Luahan yang ikhlas dari lubuk hatinya.

“Kalau jauh, tau pulak rindu Fiq ya. Sian kat Fiq. Bila Fiq depan mata, selalu kena buli dengan Sofea. Nak manja-manja pun tak boleh” ujar Rafiq dengan wajah yang dibuat-buat sedih.Dia tiba-tiba mendapat idea untuk mengenakan Eussofea.

“Ala, mesti la. Baru ada feel. Nak juga rasa rindu. Nanti lepas kawin mesti Fiq asyik berkepit dengan Sofea. Mana ada peluang nak rasa rindu. He. He. He ” jawab Eussofea yang disertai tawanya.

“Amboi-amboi. Seronoknya mak cik kita ni ya. Siap 3G lagi. Patut la senyum boleh nampak dari seberang laut tu. Fiq, takkan aku dan Fiesya pinjam Sofea baru 2 hari kau dah nak ambil balik.” sampuk Batrisya yang datang tiba-tiba dari arah belakang.

“Ai, mak nenek ni, belum puas lagi kau berceramah. Kacau daun la. Fiq nak tau tak, Tisya selalu buli Sofea. Sian kat Sofea tau. Baru tadi dia marah Sofea” balas Eussofea dan kemudiannya dia berpura-pura mengadu dengan buah hatinya.

“Kesian sayang Fiq ni. Tak apa. Nanti balik sini Fiq marah dia balik ek” ucap Rafiq yang memujuk Eussofea. Seolah-olah dia sedang memujuk seorang anak kecil yang merajuk.

Eussofea mematikan talian sebaik sahaja pengumuman untuk mereka ‘berlepas’ ke Pulau Manukan kedengaran. Selepas menatap wajah Rafiq, rindunya terasa terubat. Biarpun bukan kesemuanya.

Perjalanan ke Pulau Manukan yang memakan masa 25 minit terasa begitu lama buat mereka bertiga. Semasa di dalam bot yang dikongsi bersama beberapa pelancong asing itu, ketiga-tiga gadis itu melayan perasaan. Masing-masing berasa begitu teruja melihat pemandangan di sekitar kawasan tersebut.

Dari jauh kelihatan Pulau Gaya, sebuah kawasan perkampungan air yang terkenal. Di situlah penggambaran filem Duyung lakonan Saiful Apek dan Maya Karin dilakukan. Kelihatan juga beberapa orang nelayan sedang menebarkan jala. Perahu yang mereka gunakan juga kelihatan unik. Perahu kecil yang memuatkan seorang nelayan dan mempunyai kayu yang selari dengan perahu tersebut di sebelah kiri dan kanan. Mungkin untuk mengimbangkan perahu kecil itu.

Setibanya mereka di Pulau Manukan, perasaan mereka bertambah teruja apabila dapat melihat dengan jelas batu karang yang sungguh menarik dari atas jeti. Kumpulan ikan yang berenang juga dapat dilihat dengan jelas. Eussofea menampar-nampar pipinya.

“Kak Sofea ni kenapa?” ujar Fiesya yang kehairanan melihat gelagat Eussofea yang menampar-nampar pipinya dan kemudian tersenyum sendirian.

“Ingatkan mimpi. Rupanya betul-betul da” jawab Eussofea yang mengajuk percakapan dalam filem P.Ramlee.

Mujurlah Batrisya tidak menyedari hal tersebut kerana leka merakam video pemandangan dasar laut yang cantik itu. Jika tidak, pastinya dia dan Eussofea akan mula berdebat lagi. Selepas merakamkan beberapa keping gambar, mereka bertiga berjalan menuju ke arah kawasan pantai yang dipenuhi oleh pelancong asing. Ada yang mencuba scuba diving, ada pula yang hanya berehat sambil membaca buku dan ada pula yang menelentangkan badan untuk proses ‘tanning’. Gelagat mereka membuatkan Eussofea malu sendirian. Mana tidaknya mereka hanya memakai bikini manakala yang lelaki pula hanya memakai swimming trunk.

Selepas puas seharian meronda sekitar kawasan pulau tersebut, mereka kembali ke tanah besar. Jam menunjukkan pukul 5.45 petang. Fiesya menyarankan agar mereka kembali sahaja ke hotel. Tambahan pula hari sudahpun mula gelap dan waktu Marghrib juga hampir tiba. Eussofea dan Batrisya yang kepenatan hanya menurut sahaja. Sebaik, sahaja masuk ke bilik hotel, ketiga-tiga gadis itu terus melepaskan kepenatan mereka. Biarpun kepenatan, namun mereka telah menempa satu pengalaman yang pastinya tidak akan mereka lupakan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"