Novel : Sebuah Pertemuan 1

24 January 2011  
Kategori: Novel

396 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : MyMye

Mira aiyra Natasha Rashid seorang yang sangat manis dan berdikari. Dia seorang yang sangat tegas dengan apa sahaja yang dia lakukan. Sebagai seorang penguam, Mira sangat berdikari dan sangat petah bercakap.Dia anak tunggal dari keluarga yang berada, namun malangnya kedua-dua orang tuanya telah pun meninggal dunia. Semua asset harta milik kedua orang tuanya telah diserahkan kepadanya dan sebuah syarikat guaman. Ayah mira ‘Dato Rashid’ juga seorang peguam yang amat terkenal dan disengani oleh persatuan peguam. Sekarang mira hanya tinggal seorang diri bersama mak mah, pengasuhnya dari kecil sehingga lah sekarang. Mira suda menganggap Mak mah sebahagian dari keluarganya.

Seperti biasa, Jam locang mira akan berbunyi tepat jam 6.30 pagi.
“kringgggg !!! kringgggg !!! kringgggg !!!” jam lonceng dah pun menunjuk jam 6.30 pagi.
“Aduh !! bising je jam nie tau, tak boleh tengok orang senang sikit.Baru je nak mimpi dengan putera idaman, kacau daun tul lah.” Cebik mira dalam hati.
Mira tidak ingat, dia mempunyai appointment dengan En.Bahkir clientnya yang baru jak menuntut saman malu dengan sebuah syarikat yang telah memecatnya dengan alas an yang tidak munasabah.
“Mira !! ohhh mira !!” jerit mak mah kepada mira yang masih lagi nyenyak tidur.
Mira mengeluh dan menutup telinganya dengan bantal.
“Aduh !! Mak mah nie, pagi-pagi dah bising dah. Mira nak tidur pun tak senang.” Detik hati mira.
“Mira !! bangun cepat, bukan mira ada appointment dengan en.Bahkir kah pagi nie??” jerit Mak mah lagi.
“Opps !! matilah aku, jam berapa dah nie.” Mira melihat jam lonceng yang berada tepi katilnya.
“hah??? Dah jam 7.30 pagi !!” mira sedikit menjerit panic.

Mira mencapai tuala mandinya dan terus masuk ke dalam toilet dengan tergesa-gesa. Kelam kabut mira jadinya. Apa taknya,mira patut berjumpa dengan En.Bahkir jam 8.00 pagi di pejabat guamannya. Setelah siap mandi, mira pun bersiap dengan kemasnya sambil menyusun dfail-fail yang ingin dibawa bersama.
“Mak mah, mira jalan dulu yea…….” Ujar mira kepada mak mah yang berada di dapur.
“Mira ! mira tak sarapan dulu ker??” Tanya Mah mak.
“Taklah, tak sempat dah nie mak mah, jalan dulu…Assalmualaikum. Sambil tangan mira melambai kepada mak mah dan kelibatnya pun hilang dari pandangan mak mah.

Mira menghidupkan enjin kereta, lantas membuka pangar rumah menggunakan remote ditangannya. Lalu mira pun beredar dengan lajunya. Jam dah pun menunjukkan jam 7.50 pagi.
“Aduh, dah lewat dah nie. Mesti En.Bahkir tertunggu-tunggu.” Detik hatinya.
Mira memecut laju dengan harapan dapat sampai ke pejabatnya tepat jam 8.00 pagi. Namun nasib mira tak menyebelahinya. Tetiba tanpa mira sedari sebuah kereta keluar tanpa melihat mira yang telah memecut laju. Dengan laju, kaki mira mencapai brek dan menekannya dengan sepenuh hati. Hati mira berdetak kencang dan merasa sangat panik.

“hitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” bunyi brek kereta mira kedengaran.
” Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!” teriak mira dengan kuat dan sepenuh hati.
Mata mira dibuka perlahan-lahan. Dia melihat kereta yang berda di depannya berhenti. Mira bersyukur, kerana tidak berlanggar dengan kereta itu. Namun, hati mira mula berasa marah dengan empunya kereta itu, kerana tidak melihat kiri kanan sebelum keluar dari simpang. Mira keluar dari kereta dengan rasa marah dan geram yang amat sangat. Walaupun kepalanya sedikit pening namun hatinya tetap membuak-buak ingin memarahi tuan punya kereta yang sikit sahaja dilanggarnya.

” Hoi !!! kau nie pandai bawa kereta ker tak??? Dah lah main keluar je tak tengok kiri kanan, ada kereta ker tak…..” bebel mira kepada orang tue.
Pemuda itu keluar dari keretanya dengan penuh sombong dan angkuh.
“ahhh, mamat nie sombong betul lah…dah tue serius sangat pula.” Cebik mira dihatinya.
” Ada apa???” Tanya pemuda itu kepada mira.
Mira bertambah sangat geram. Apa tak yea, dah lah dia yang keluar tanpa tengok kiri kanan dan sikit lagi nak langgar kereta mira. Boleh dia Tanya ada apa pula.
” kau nie buta ker atau buat-buat tak nampak haaa??? Marah mira.
“Kamu bercakap dengan aku kah???” jawab lelaki itu pada mira.
Mira rasa macam nak tampar je pemuda tue. Tapi hatinya ditenangkan.
“Iya encik. Aku memang bercakap dengan kamu.Takkan lah bercakap dengan kereta kamu pula kan???” sindir mira.
“owh….i see…” jawabnye dengan pendek.
Mira melihat jam ditangannya, jam telah pun menunjukkan jam 8.30 pagi. Mira berasa malas nak bertekak dengan pemuda yang sombong tue. Makin dia layan, makin lambat dia akan tiba di pejabatnya.
“Xpe lah encik…..” Tanya mira menunggu jawapan dari pemuda itu.
” Haikal…..” jawab pemuda itu.
“Owh, En.Haikal….xpe lah, kamu pun ok je kan.tak hilang kaki or tangan juga kan. So saya nak minta diri dulu. Manatau saya jumpa kamu lagi boleh minta ganti rugi terus.” Sindir mira yang berasa sangat geram dengan pemuda itu.

Tetiba haikal masuk ke dalam keretanya lalu mencapai satu buku cek. Haikal menulis sesuatu di dalam buku ceknya lalu di koyakkan dan diberikan kepada mira.
“Haaaa??? Untuk saya ker??” Tanya mira kepada haikal.
“Yup, tuk Kamu. Anggap je benda ni dah selesai. Kamu pun ok je. Masih gak macam tue.” Dengan angkuh dan sombong haikal masuk ke dalam kereta lalu memecutkan kereta BMW milikinya. Mira terdiam tanpa sempat berkata apa-apa. Mira masuk ke dalam keretanya. Lalu memandu seperti biasa.Hati mira terdetik, “kalau lah aku jumpa pemuda tue lagi, aku samam dia. Baru padan muka dia. Memandu dengan berbahaya.”
Mira telah pun sampai di pejabat guamannya. Dengan pantas mira mengambil beg di belakang keretanya dan masuk ke dalam pejabatnya.

“Alya,…En.Bahkir dah sampai ker??” Tanya mira kepada peyambut tetamu di pejabatnya itu.
“Owh…En.Bahkir ada telifon tadi. Dia minta maaf, dia terpaksa batalkan appointmentnya dengan cik mira. Ada urusan yang mendadak katanya.” Beritahu alya kepda cik mira.
“Kalau macam tue, takpe lah alya. Saya masuk dulu yea…” jawab mira.
Mira berlalu dan hati nya mengeluh lega kerana En.Bahkir membatalkan appointment itu.Kalau tak memang kecian lah en.Bahkir tunggu mira lama sangat. Mira membuka pintu pejabatnya dan meletakkan begnya diatas meja. Ingatannya tetiba teringat kejadian yang berlaku tadi pagi yang membuatkan dia sakit hati sangat. Mira pun mengelamun sekejap.

” Nampak je handsome, tapi perangai sombong tul. Dahl ah satu senyum pun tak melekat kat bibirnya.Malang sungguh siapa jadi gf dianya. Kalau dia bagi free pun dengan aku. Sori too say lah. Baik lagi mamat yang jual nasi lemak kat tepi jalan tue…huhuhu” bebel mira dalam hati.
Ketukkan pintu biliknya mematikan lamunan mira.
“Masuk….” Jawab mira.
“Cik mira, ada tetamu nak jumpa kat luar?” beritahu alya.
Mira mengeluh…huhuhu siapa lagi nak jumpa aku nie. Client ker???
“Em,…suruh dia masuk.” Jawab mira.
“Baik cik mira.”
“tok !! tok !! pintu bilik mira diketuk lagi.
“Masuk………”

Mira tidak menyangka. Kejadian tadi pagi menemukan dia lagi dengan haikal di pejabat guamannya.
Mira terdiam.Matanya tidak berkelip sekalipun melihat pemuda yang baru je masuk ke ruangannya pejabatnya itu. Hatinya berdebar-debar.

“Mamat nie buat apa datang kat pejabat aku pula.” Dengus hati mira.
“Duduk lah.” Tegur mira dengan haikal.
“Yup, Saya adam haikal mohd idris,” sambil tangannya berjabat dengan mira. “Dari syarikat insurans. Saya ingin hikmat penguam bela untuk kes yang kami tengah alami sekarang. Atas tuduhan punca kematian atas seorang client.” Kata haikal dengan selamba dengan mira, seolah-olah dia tidak pernah bertemu dengan mira.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"