Novel : Suami Aku Ustaz?! 1

3 January 2011  
Kategori: Novel

83,468 bacaan 46 ulasan

Oleh : aku_dia

“Mak dengan ayah dah bincang dengan Mak Long dengan Pak Long.” Baru aku nak menyuap nasi ke dalam mulut, mak dah mulakan intro yang tak berapa sedap nak di dengar.

“Bincang apa mak?” Sengaja aku menyoal bagaikan tidak tahu apa-apa. Walhal aku ada terdengar mak dengan ayah berbual masa dekat ruang tamu minggu lepas.

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah,” jelas ibu.

Perit aku nak menelan nasi yang macam nak terlekat dah dekat kerongkong ni.

“Mak… kan Lisa dah cakap Lisa boleh jaga diri. Mak tak percayakan Lisa ke?” soalku geram.

Merepek betul sampai nak kahwinkan aku dengan Abang Hafiz. Sudahlah dia tu mengajar dekat sekolah aku. Mengajar kelas aku lagi. Subjek yang dia ajar pulak tu aku lemah. Nak tahu subjek apa? Pendidikan Islam. Huh, aku tahu ramai yang gelakkan aku bila dengar. Nak buat macam mana? Dan tentang Abang Hafiz. Ya, Abang Hafiz itu ustaz dekat sekolah aku. Ustaz yang popular pulak tu! Aduh!

“Sebab tak percayakan kamulah kami nak minta si Hafiz tu jaga kamu. Kamu ni bukannya boleh percaya sangat! Sedangkan kami dekat rumah pun kamu tu tak lekat di rumah. Keluar entah ke mana, entah dengan lelaki mana. Balik pula lewat malam. Kamu ingat kami tak risau?” bebel mak.

Aku hanya diam mendengarkan bebelan mak. Laju je nasi yang berbaki aku habiskan. Nasib baik memang ambil sedikit. Malas mahu duduk lama-lama dekat kerusi ni. Bukan setakat punggung je yang panas, telinga pun panas sama dengar bebelan mak.

“Hah, tengok tu? Baru kita cakap sikit laju je dia nak larikan diri. Lisa? Kamu dengar tak apa yang cakapkan tadi?” marah mak.
Ayah hanya menggelengkan kepala. “Sudah sudahlah tu emaknya. Nanti nantilah pulak kita berbincang. Depan rezeki ni.” Kata-kata yang keluar daripada mulut ayah mematikan kata-kata mak.
Aku tersenyum dalam diam.

***

“Setuju atau tidak, kamu mesti terima!” tegas ayah.
Aku mengeluh. Ingatkan ayah diam masa makan tadi sebab dia nak backing aku. Rupa-rupanya dia diam sebab malas hendak bertekak dengan aku depan rezeki.
“Orang baru form 5 lah ayah? Takkan dah nak kahwin?” marah betul aku dengar cadangan merepek mak ayah aku ni. “Kalau nak sangat suruh abang Hafiz je jaga orang, mintak tolong ajelah dia tengok-tengokkan orang,” usulku. Merepek, tak masuk akal!
“Sedangkan mak dengan ayah yang tengok kamu 24 jam pun tak terkawal, inikan pulak nak suruh abang sepupu kamu tu? Lagilah tak terkawal!” betah mak.
Aku mencebik. “Kalau macam tu, tak payahlah suruh.” Geram je aku membalas.
“Eii kamu ni! Menjawab aje mulutnya! Apalah nasib mak dapat anak macam kamu ni? Sudahlah tak mahu mendengar kata orang tua,” kesal mak.

Aku terdiam. Kata-kata mak bagaikan menusuk ke hati. Aku diselubungi rasa bersalah. Teruk sangat ke anak macam aku? Rasanya tak adalah teruk mana. Mak bebelkan aku tak lekat dekat rumah tu memang betul. Duduk rumah, bosan! Sudahlah tak ada kawan nak berbual. Mak dengan ayah dua-dua kerja dekat JB. Berulang hari-hari dari rumah ni. Malam sampai dekat pukul 8 ke 9.

Aku apa lagi lepak ajelah kat luar. Bukannya pergi mana pun. Lepak tambak, minum-minum dengan si Joe dengan Pa’an. Siapa lagi kawan yang aku nak ajak keluar malam? Si Wati memang tak adalah mak bapak dia nak bagi. Macam mak ayah aku jugak. Tapi iyalah, aku nikan degil. Takkan nak menghadap laptop, mengahadap tv 24 jam!

Kadang-kadang kalau si Joe dengan Pa’an mancing pun aku join sekaki. Bukan jauh mana, dekat tambak tu jugak. Cuma ada sekali je aku balik dekat pukul 2 pagi sebab ikut diorang mancing. Bukannya sengaja aku balik lambat, dah masa tu ada pesta memancing dekat sana. Orang pun ramai. Aku pun tumpang sekakilah. Eh, bukan sekali… 2 kali! Alah, lagipun bukannya buat benda pelik apa sampai mak dengan ayah nak risau sangat. Cuma malam ni je aku tak keluar sebab mak dengan ayah dah warning awal-awal jangan keluar.

“Sorry, mak.” Perlahan je aku menuturkan kata.
Mak terdiam memandang aku. Memang dah menjadi kebiasaan kalau aku ada buat salah aku akan minta maaf. “Hrm. Iyalah!”

“So, cancellah ye rancangan tu?” soalku tersengih. Muka kembali ceria. Selamat hidup aku! Ini nak kahwin dengan abang sepupu aku. Ustaz aku pulak tu. Apa kes?
Mak dengan ayah memandang sama sendiri. “No!” tegas ayah.

Aku rasa macam nak cair dah duduk dekat ruang tamu ni. “Alah… tak payahlah. Mak? Ayah? Kalau dah memang mak dengan ayah tak percayakan Lisa, biar Lisa je duduk rumah Mak Long. Habis cerita,” aku mengusulkan cadangan kedua apabila cadangan pertama ditolak.

“Bukan tak boleh, tapi nanti apa orang cakap kamu dengan Hafiz duduk serumah? Sebelum apa-apa lebih baik kamu disatukan. Lagipun Hafiz dah setuju dah pun. Dah, mak tak nak dengar apa-apa. Sebelum kami berangkat bulan depan, kamu menikah!”

Aku mengerutkan dahi. Ada sahaja alasan sampai aku dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi. Last-last memang tak boleh nak buat apa. Argh! Geramnya!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

46 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 1”
  1. ryhannah says:

    salam,,,sy dah baca novel ni,,, pinjam yang kawan punyer,,, pada mulanya,, sy sangka heroinnya da 20an,,, tapi baru 17 tahunn,,,hmmmm tapi tak jadi masalah pom,,, memang umur da layak kawen pom,,, Penulis,,Hannah Dhaniyah pandai mengolah cerita ni jadi sebuah novel yang menarik,,, memang TERBAEKK la,,, lagipun banyak point yang kt akan dapat,,, banyak ilmu yang dapat diperolehi,,, sy bagi 5 bintang,,, Syabas,, kak Hannah Dhaniyah,,, Arap dapat terbitkan novel yang berkualiti lagi di masa akan datang,,,

  2. anymous says:

    humm, kenapa novel ni tak sampai habis, ahhhhhh

  3. rossie says:

    cm best jerr citer niee..ehhe

  4. anisya syafiqah says:

    Novel ni best la.. Kelakar pm ade..

  5. Butterfly says:

    the best novel ever!!

  6. saja saja je says:

    hmm best giler citer ni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"