Novel : Suami Aku Ustaz?! 2

10 January 2011  
Kategori: Novel

65,082 bacaan 37 ulasan

Oleh : aku_dia

Hari ni hari Selasa. Lepas perhimpunan pagi dalam 5 minit untuk bacaan doa, subjek pertama yang aku kena tempuh Pendidikan Islam. Aku menarik nafas dalam-dalam. Bagi semangat kat diri sendiri untuk menempuh hari yang baru ini. Apatah lagi bila dipagi hari kena menghadap muka Abang Hafiz a.k.a. Ustaz Hafiz. Lagi-lagi lepas apa yang mak dengan ayah cakap malam tadi. Insomnia terus aku.

“Oit!” Wati menyapa dari belakang.
“Hrm. Lambat sampai?” soalku sebaik sahaja terpandangkan dia dengan beg sandang dibelakang.
“Tayar basikal aku pancitlah. Tak pasal-pasal kena kejut abang aku suruh hantar.” Cerita Wati sambil meletakkan beg di lantai.
“Syyy!” tegur satu suara. Spontan kami berdua memandang ke depan. Abang Hafiz merenung aku dengan jari telunjuk dibibir. Terus kami terdiam.

Abang Hafiz ni jenis tepati masa sikit. Kalau kelas start jam 7.25 pagi, pukul 7.25 pagilah dia terpacak depan kelas. Kalau kelasnya start jam 9.25 pagi lepas kelas Matematik Moden contohnya, 9.25 pagi itulah dia akan berdiri tepi pintu. Cikgu Liana yang ajar Matematik Moden aku itu apa lagi, tersenyum-senyum bila nampak Abang Hafiz. Lagilah dia sengaja lambat-lambat keluar. Huh, satu sekolah rasanya dah tahu Cikgu Liana ni minat dia. Lepas tu sempat pulak tegur Abang Hafiz, ‘Maaf ya saya curi masa’ dan Abang Hafiz hanya mengangguk. Macam mana aku boleh dengar? Iyalah, dah duduk tepi tingkap. Mestilah dengar. Huh, menyampah aku! Eh, apahal aku ni gaya cemburu yang amat je ni bila cerita pasal Cikgu Liana ni?

“Kamu ni, Lisa. Tengah berdoa sempat lagi berbual. Kalau awak minta duit dekat mak awak, ada ke awak sibuk berbual dekat telefon?” tegur Abang Hafiz sebaik sahaja bacaan doa berakhir.
Aku hanya tersengih sumbing. Mengaku kesalahan sendiri. “Sorry.”
Abang Hafiz menggeleng. “Bukan dengan saya.”
Faham dengan apa yang dimaksudkannya, cepat-cepat aku beristigfar di dalam hati.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas, seperti biasa Abang Hafiz akan meminta kami membaca ayat hafazan untuk tingkatan lima. Kemudian, seperti biasa dia mencari satu hukum tajwid untuk diuji kepada kami. Selalunya, aku terselamat daripada dipanggil. Hehe, besar mandat aku jadi adik sepupukan?

“Nur Alisa?”
Aku mengetap bibir. Baru nak bangga sebab abang sepupu aku yang jadi ustaz aku. Duh!
“Apa hukum tajwid bagi potongan ayat ni?” tangannya menunjukkan sepotong ayat yang dituliskan di papan hitam.

Mata aku membulat sebaik sahaja mendengarkan soalannya. Shit! Tajwid! Sumpah bahagian ni yang paling aku lemah. Aduh, lain kali tanyalah soalan lain! Ibadat ke, Tauhid ke… Walaupun taklah hebat sangat, tapi ok lagilah. Dulu masa belajar dekat sekolah agama, aku selalu aim lulus dan dapat naik ke darjah yang lagi tinggi je. Manalah ilmu nak lekat dekat kepala ni hah! Niat belajar dah tak betul.

Aku membaca potongan ayat tersebut. Ini hukum mad ni. Tapi mad apa eh? Huruf mad bertemu dengan alif. Ah sudah! Mad Jaiz ke…. Mad Wajib ke? Eh, Mad Arid Lissukun yang mana pulak eh? Mad Arid yang tengah-tengah ayat rasanya. Aku mengerutkan dahi kemudian memandang Wati di sebelah. Dia tekun memandang ke hadapan. Ah, hentam sahajalah labu!

“Err… Mad Jaiz kot…” balasku teragak-agak.
Mencerun mata Abang Hafiz memandang aku. “Kenapa mesti ada perkataan kot dekat belakang tu?”
Aku diam.
“Berikan sebab kenapa awak cakap Mad Jaiz.” Arahannya membuatkan aku rasa nak lari balik rumah.
“Err… Sebenarnya tajwid saya lemah sikitlah errr, ustaz! Kalau Mad Asli saya terrorlah,” ujarku. Darah dah naik ke muka. Duh! Terasa macam dimalukan gila-gila kat tengah kelas ni. Segannya!
Abang Hafiz memerhatikan aku lebih kurang setengah saat tanpa berkata apa-apa. “Tak apalah. Awak boleh duduk,” arahnya.
Aku duduk. Muka aku hadapkan ke bawah meja. Waaa! Terasa macam kena gelakkan satu kelas walaupun sebenarnya masing-masing tak bersuara.

“Ini Mad Wajib Muttasil,” ujar Abang Hafiz. Kemudian dia membuat bulatan pada ayat tersebut. “Ia Mad Wajib Muttasil sebab huruf mad, bertemu dengan alif di dalam satu kalimah.” Abang Hafiz kembali memandang ke arah kami sekelas selepas menerangkan.
“Hrm… Macam nilah, untuk memudahkan awak tak keliru dengan Mad Jaiz, awak tengok jarak antara huruf mad dengan alif tu, dekat ke jauh.” Abang Hafiz berfikir sejenak sebelum menulis sepotong ayat. Kemudian dia membuat 2 bulatan pada ayat tersebut.
“Yang ini Mad Jaiz Munfasil. Kalau Mad Jaiz, huruf mad dengan alif bertemu di dalam 2 kalimah. Jadi, ia jauh. Jauh untuk Jaiz. Dan untuk mengelakkan awak keliru, untuk Mad Wajid Muttasil ingat Muttasil, ingat dekat. Muttasil, ‘T’, ta, dekat.” Panjang penjelasan Abang Hafiz.
“Faham Nur Alisa?”
Memang sekarang aku rasa nak lari keluar kelas. “Faham.”
“Hah, berapa harakat untuk Mad Wajib?” soalan lain yang diberikan Abang Hafiz.
“Err…” Aku berfikir sejenak. Cuba untuk mengingat. Keliru sebenarnya. 2, 4 atau 5 ke… 4 atau 5?
Melihatkan aku terkial-kial Abang Hafiz geleng kepala. “Kelas? Macam mana kamu semua baca Al-Quran kalau tajwid simple macam ini pun tak lepas lagi? Hrm? Tajwid ini nampak je simple. Tapi, kita kalau baca Al-Quran wajib bertajwid. Ingat, baca Al-Fatihah dalam solat itu rukun. Macam mana solat awak kalau awak baca main langgar je semua?” lembut nasihatnya.
Aku meletakkan kepala atas meja. Gila! Kalau memang jadi aku ni menikah dengan dia, memang tiap-tiap harilah aku dapat ceramah percuma! Itu satu hal, tambahan… malunya aku dengan dia ni. Sudahlah ustaz, sudahlah dia yang mengajar aku, sudahlah dia yang menanda kertas test dan exam aku. Dengan jawapan yang entah apa-apa aku hentam kalau tak tahu. Wah! Malu tahap tak ingat dah ni.

***

2 minggu sebelum mak dengan ayah ke Mekah, aku dengan Abang Hafiz dinikahkan. Rasa macam kena tangkap basah je dah rasanya. Adalah buat doa selamat sikit dekat rumah Tok Dollah dekat Melaka. Kira kenduri doa selamat untuk mak dengan abah sekalilah. Aku yang tak nak buat dekat Pontian nun. Mahu tahu satu Pontian nanti aku kena nikah dengan abang sepupu aku ni.

Isk! Tapi mak cakap nak kenduri jemput kawan-kawan lepas aku SPM. Wah… tak dapat aku bayangkan. Malu weh! Dekat Wati pun aku tak cakap apa-apa. Bukannya tak percayakan kawan, tapi buatnya dia terlepas cakap dekat sekolah nanti? Tak ke naya aku? Ada diorang fikir bukan-bukan dekat Abang Hafiz. Jatuh imej dia sebagai seorang ustaz nanti.

Dalam bengang tak boleh terima dengan tindakan mak dengan ayah ni, aku bertambah bengang dengan jawapan Abang Hafiz masa aku tanya kenapa setuju. Isk! Walaupun aku dulu dengan dia boleh dikira rapat jugaklah, tapi sejak dia belajar dekat UIA dulu, terus aku dengan dia jauh. Iyalah, dah dia balik sekali sekala. Aku pulak bukannya rajin pun nak jumpa dia kalau dia balik. Berbalik kepada soalan aku tadi, jawapan dia…

‘Abang terima kerana Allah…’

Sungguhlah aku tak faham. Sebab Allah? Kenapa? Aku ni ada gaya anak dara yang dah hanyut dalam gelora maksiat dunia ni ke sampai terima aku kerana Allah? Gaya aku macam anak dara dah tak ada dara aje dah, atau terima aku sebab takut aku makin hanyut atau apa? Argh! Apa aku merepek ni. Ataupun sebenarnya encik hati ni mengharapkan jawapan, ‘abang terima sebab abang sayang Lisa’ ke? Sungguh aku dah gila.

Sekali lagi aku menghendap di celah pintu melihat apa yang Abang Hafiz tengah buat. Isk! Boleh pulak baca buku dah tengah-tengah malam ni? Pergilah tidur abang saudaraku oi… Kalau dia dah tidur, taklah segan sangat aku nak masuk bilik ni.

“Tidurlah. Dah malam dah ni.”
Aku terasa macam jadi ais dekat belakang pintu. Macam mana dia tahu ni?
“Inikan rumah papan. Kalau Lisa duk bukak pintu 10 kali ingat abang tak perasan ke?” soalnya lalu buku ditangan ditutup.

Pandangannya di arahkan ke aku. Eii dia ni. Macam tahu je apa yang aku fikir. Aku membuka pintu perlahan-lahan. Kaki dah selangkah masuk ke dalam milik Mak Usu aku ni. Konon sebab siang tadi dah nikah, terus dapat bilik sendiri. Walhal sebelum ni kalau balik, aku lepak je sebilik dengan sepupu perempuan aku yang lain.

Badan tiba-tiba rasa seram sejuk. Aduh! Kat fikiran dah terfikir benda yang bukan bukan. Erk! Walaupun aku ni menikah atas ‘kerelaan’ sendiri tanpa perlu persetujuaan mak ayah, aku tetap kira bawah 18 tahun tau.
“Lisa?”
Aku menoleh.
“Tak selesa ke nak abang tidur sini? Kalau tak abang tidur bawah?” Dia menunjukkan ke arah lantai yang kosong tiada alas.
Rumah ni rumah papan. Sedangkan tidur atas katil berselimut pun sejuk dia sampai ke tulang. Inikan pulak tidur dekat bawah. Aku pulak yang rasa kesian. Terus aku menggeleng. Abang Hafiz tersenyum. Alahai, walaupun dia ni abang sepupu aku, aku tetap nampak dia sebagai ustaz aku. Itulah, siapa suruh dia mengajar kat sekolah aku lepas habis degree 2 tahun lepas?
“Tidurlah dah pukul berapa dah ni.” Aku tengok jam dekat meja sebelah Abang Hafiz. 1.30 a.m. Dia ni tak mengantuk lagi ke?
Tanpa mengeluarkan sepatah kata, aku terus baring kat atas katil. Isk! Mimpi buruk aku malam ni.
“Abang tak kacaulah. Tidur ajelah.” Janji yang keluar daripada mulut dia membuatkan aku rasa lega sedikit. Mata aku pejamkan. Selimut aku tarik sampai ke dada. Tak apa Lisa… dia suami kau.. suami kau..
“Zikirkan apa tu Lisa? Lebih baik Lisa baca 3 Qul, selawat sebelum tidur daripada sebut benda bukan-bukan,” tegur satu suara. Siapa lagi kalau bukan ustaz aku tu.
Darah terasa menyerbu ke muka. Dush dush dush! Ada sahaja benda yang memalukan aku bila dengan dia ni. “Diamlah!” marahku. Selimut aku tarik terus tutup kepala. Abang Hafiz dah tergelak-sorang-sorang. Kureng! Ustaz tu ustaz jugak, perangai sebagai abang sepupu tetap tak berubah dari kecik.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

37 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 2”
  1. latifah says:

    hehe..best..

  2. afrina says:

    Selamat sejahtera. Mohon maaf ye. Cuma nak kepastian. Sefaham yang saya belajar, mad jaiz dan mad wajib yang diterangkan di dalam cerita ini ada kemusykilanlah. Boleh tolong perbetulkan dulu ye, nanti salah info pula.

  3. aku_dia says:

    kemusykilan bahagian mana? boleh tolong nyatakan?

  4. best sangat cerita nie … :)

  5. lyna sweet says:

    comelnye.. :)

  6. sakura says:

    lawak abis , smpai aq ddk trgelak sorg2

  7. rossie says:

    haha..best giler..klakar arr..haha

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"