Novel : Suami Aku Ustaz?! 3, 4

18 January 2011  
Kategori: Novel

64,220 bacaan 48 ulasan

Oleh : aku_dia

Rutin harian aku berubah sikit lepas Abang Hafiz wujud dalam hidup aku selain sebagai seorang abang sepupu dan ustaz aku. Dia pindah masuk rumah ni duduk sekali dengan aku. Mula aku bising jugak cakap tak payah sebab risau kalau tiba-tiba si Joe atau Wati datang bertandang tanpa diundang pula. Mesti ada jadi gossip Ustaz Hafiz dekat rumah Nur Alisa, berduaan. Isk!

Sekarang ni, setiap pagi sebelum Abang Hafiz pergi surau, mesti dia kejut aku sampai bangun. Kadang tu aku gagahkan jugaklah bukak mata ni walaupun mata macam kena gam dengan gam gajah. Takut dia terlepas jemaah dekat surau. Bila dia dah pergi surau, aku tidur balik. Ngeh ngeh ngeh. Bangun 6.30 pagi. Minta maaf ye Ustaz Hafiz, macam mana awak buat pun, saya ni kan budak-budak lagi.

Pergi sekolah pun asing-asing. Selalunya, aku pergi dulu merempit naik motor. Rumah dengan sekolah pun jauh jugaklah. Dia pergi kemudian, naik kereta dia. Nasib baiklah rumah aku kira jauh jugak dari budak-budak sekolah. Dulu aku bising jugak dekat mak sebab tak ada kawan. Sudahlah anak tunggal, kawan-kawan pulak jauh. Sekarang memang aku bersyukur gilalah rumah jauh ni. Ada hikmahnya iya tak?

-Lisa, malam ni tempat biasa?-

Aku baca mesej daripada Joe. Nak ajak lepaklah tu. Dah banyak kali dah Joe ni ajak sebenarnya. Tapi sejak tinggal sekali dengan Abang Hafiz ni, boleh kata aku jarang keluar rumah. Iyalah, nak keluar pun lagi bagus aku habiskan masa buat mak ayah yang nak berangkat ke Mekah. Kata Abang Hafiz, buatnya diorang tak balik lagi macam mana? Peh! Rasa macam nak pengsan bila dengar dia cakap macam tu.

Aku menimbang tara dalam fikiran. Rumah tengah tak ada orang sekarang ni. Aku pun tengah bosan menghadap dinding bisu. Abang Hafiz pun tak ada malam ni. Pergi rumah Cikgu Hamidon, ada cukur jambul cucu dia. Dia ajak juga aku ikut, tapi nak mati? Memang sengaja cari masalahlah kalau aku ikut Ustaz Hafiz pergi kenduri Cikgu Hamidon.

-On. 9.00 aku sampai.-

Balasku laju. Sementara menunggu balasan aku mencapai tuala untuk membersihkan badan. Dari balik sekolah tadi aku tak mandi. Nasib baik Abang Hafiz balik lambat sebab ada meeting dengan panitia Pendidikan Islam petang tadi. Dinner pun dia beli bungkus je dekat kedai Mak Cik Bibah. Dah faham sangat dengan aku yang sememangnya pemalas sikit nak ke dapur.

-Ok-

Ringkas balasan Joe. Aku tengok jam dekat dinding. 8.45 malam. Naik motor adalah 15 minit dari rumah ni. Lepas mengemaskan tudung, aku terus capai helmet dekat atas rak kasut. Tak sampai 5 minit, motor laju membelah kepekatan malam.

***

“Lisa!” Joe melambai dari tempat duduk dia. Pa’an kat sebelah tengah sibuk tengok bola.
“Lambatnya sampai?” Pa’an menegur sambil memandang aku sekilas.
Aku tersengih. “Isyak kejap tadi,” balasku. “Berapa dah?”
“1-0,” Joe tolong jawabkan.
Aku mencapai gelas teh ‘o’ ais yang dah tersedia atas meja. Memang dah selalu dah si Joe ni orderkan untuk aku kalau aku lepak sekali dengan diorang.
“Susah betul nak lepak dengan kau sekarang. Apahal? Busy jaga anak?” tergelak-gelak Pa’an bertanya.
Soalan yang keluar dari mulut Pa’an membuatkan aku tersengih. ‘Sibuk jaga suamilah, Pa’an’. Agak-agak kalau aku jawab macam tu, diorang kena ‘heart attack’ tak?
“Mak ayah aku kan pergi Mekah. Takkan aku nak sibuk keluar pulak kan?”
Joe dan Pa’an mengangguk. “So sekarang kau lepak soranglah dekat rumah?”
Aku dah tak tahu nak mengangguk ke nak menggeleng. “Kadang aku pergi rumah Mak Long aku.” Lain ditanya lain yang aku jawab.
“Elok-elok duduk rumah seorang. Baik kau lepak je rumah Mak Long kau. Kau tu dahlah perempuan,” nasihat Joe. Aku hanya tersengih. Dengan adanya Ustaz Hafiz korang dekat rumah tu, insya Allah aku selamat. Lagipun, mak dengan ayah suruh kahwin pun sebab nak suruh dia jaga aku.

Duduk dengan budak dua orang ni, memang macam-macam cerita yang keluar. Walhal, tiap-tiap hari dah jumpa dekat kelas. Kadang tu, kalau aku cerita pasal kucing belakang rumah Mak Long beranak pun diorang layankan ajelah. Kawan terbaiklah diorang berdua ni. Tengah aku layan pemain nombor 8 menggelecek bola, (Ok, aku tak tahu pun nama dia sebab aku memang tak minat bola. Memancing aku boleh lagi join sekaki) telefon bimbit yang aku letak dekat sebelah helmet hitam milik Pa’an berbunyi.

-Hafiz Calling…-

Dahi aku dah berkerut. Jam di pergelangan aku jeling. Baru pukul 9.15 malam. Takkan awal sangat Abang Hafiz balik? Teragak-agak aku nak menekan button hijau untuk menerima panggilan. Lagi-lagi depan si Joe dengan Pa’an ni.

“Lisa kat mana ni?” serius je suara Abang Hafiz di hujung talian. Aku buat selamba je dengan nada suara dia yang tak macam selalu.
“Err… Kat tambak ni. Kenapa?”
“Dengan siapa?”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Alah, macam tak biasa je kena bebel. “Farhan dengan Johan.” Jawabku bosan. Bukannya ada orang lain lagi yang sudi nak lepak mamak dengan aku. Buat-buat tak tahu pulak dia ni. Lagipun Abang Hafiz kenal budak dua orang ni. Dah kitorang sama-sama anak murid dia.
Abang Hafiz diam dihujung talian. “Balik sekarang,” arahnya.
Kening aku dah bercantum. “Tak panas punggung lagi orang dekat sini. Kejap lagilah.”
“Now.”
“Ok! Ok!” ujarku geram sebelum mematikan talian.

“Apahal? Macam tension je bunyinya?” tegur Joe bila tengok muka aku yang tak puas hati.
“Err… Mak Long aku panggil balik. Ada hal. Aku gerak dululah.” Telefon aku letak dalam kocek. Kunci motor aku capai. Bukannya Mak Long, tapi anak Mak Long aku yang suruh aku balik sekarang.
“Lah? Baru sampai dah nak balik?” soal Pa’an bila nampak aku dah siap nak gerak.
“Hrm. Ada hal lah kat rumah. Ok, aku gerak dulu.”

Sampai di perkarangan rumah, terasa darah berderau turun dari muka. Kereta Waja hitam milik Pak Long dah ada dekat belakang kereta Abang Hafiz. Aduh! Mati aku! Sebab ini ke Abang Hafiz beriya suruh aku balik sekarang? Motor aku ‘park’ dekat dalam garaj. Sempat mata menangkap susuk tubuh Abang Hafiz yang keluar dari pintu.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Serius je wajah Abang Hafiz menjawab salam aku. Tiba-tiba aku rasa cuak sendiri.

—————————-

“Pukul berapa keluar tadi?” Abang Hafiz memulakan sesi soal jawab lepas Mak Long dengan Pak Long balik. Diorang datang pun saja nak cek kitorang berdua ni sihat ke tidak. Mesti dia risau anak dia kurus kering sebab kena tinggal dengan aku.
“Lapan empat puluh lima.”
“Siapa bagi Lisa keluar?” soalnya lagi.
“Tadi Lisa call abang tak angkat. Kan Lisa dah bagi mesej?”
Mata memandang aku tak berkelip. Ceh… aura ustaz dia keluar dah. “Ada abang kata, ‘ya’ Lisa boleh keluar?”
Aku diam. “Mak Long ada cakap apa-apa ke?” soalku mengalih fokus Abang Hafiz. Tapi masih berkisarkan topik yang sama. Manalah tahu dia bebelkan aku keluar sesuka hati ke…
“Umi,” dia membetulkan sebutanku.
“Abang cakap Lisa pergi jumpa kawan je.” Dia pandang aku tak puas hati. “Nasib baik Umi tak banyak soal. Kalau tak apa abang nak cakap?”
“Cakap ajelah orang jumpa kawan, study.” Aku dah buat muka. Itupun susah ke?
Abang Hafiz pandang aku geram. “Nak ajar abang menipu pulak?”
Aku rasa tersentap. Peh! Bunyi macam jahat gila je aku ni nak ajar dia menipu. “Orang bosanlah duduk rumah,” aku merungut.
“Tadi abang ajak pergi kenduri, tak nak?” dia dah mengungkit.
“Nak satu sekolah tahu ke pasal kita? Sekalipun cakap kita ni sepupu, apahal pulak orang beriya sampai nak ikut pergi kenduri cukur jambul tu?” nada aku dah meninggi.

Aku naik geram. Remote Astro aku capai. Sebaik sahaja televisyen hidup, channel Astro Oasis tengah terpasang. Aku mencebik, ni ustaz nilah yang tengok tadi. Eii… geram aku bila semua benda aku buat berkaitan dengan dia ni. Terus aku tukar ke channel AXN.

Melihatkan reaksi aku, wajah tegang Abang Hafiz sedikit mengendur. “Lisa, apa hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami?” lembut dia bertanya. Tapi gaya nak ‘basuh’ aku tetap ada. Aku rasa nak tercekik dengar ayat penyata yang keluar daripada mulut Abang Hafiz. Bagus betul, suami dengan ustaz ditambah dengan abang sepupu punya kuasa, semua keluar malam ni. 3in 1!

“Lisa?”
Aku menarik nafas panjang. Malas sungguh nak mendengar orang membebel malam-malam ni.
“Abang, kalau nak ajar agama kat kelas esok.” Aku diam, berfikir sejenak. “Hah, esokkan ada PI lepas rehat. 2 masa lagi. Boleh abang ajar satu kelas. Tak adalah Lisa seorang yang dapat ilmu malam ni kan?” sindirku.
Abang Hafiz yang sedikit tenang tadi kembali geram. “Ada je jawab dia ni lah. Orang cakap semua tak nak dengar. Suka hati Lisa lah!” Dia dah bangun dari kerusi makan terus melangkah masuk ke bilik. Tak keluar keluar walaupun selepas setengah jam.
Aku tiba-tiba terasa bersalah. Hah, itulah! Mulut tak ada insuran. Isk! Nak masuk bilik pun rasa tak sanggup nak menghadap muka Abang Hafiz. Aduh…!

***

Esoknya masa rehat, aku lepak je dalam kelas. Joe elok je landing atas meja aku. “Apasal mata kau macam panda?” Aku tergelak je dengar soalan dia. Patutlah dia pandang aku dengan pandangan pelik sejak pagi tadi.

Ini pun aku pergi sekolah dalam keadaan mengantuk yang amat. Malam tadi disebabkan rasa bersalah nak masuk bilik, aku menonton tv hampir ke jam 3 pagi. Nasib baik dekat HBO ada movie best yang boleh teman aku. Lepas movie habis baru bukak pintu nak masuk bilik, mata aku terpandangkan Abang Hafiz yang tengah qiam. Malas nak ganggu, aku lepak balik dekat ruang tamu.

Sedar-sedar je tadi dah nak Subuh. Itupun Abang Hafiz kejutkan. Tapi yang peliknya, aku rasa aku tertidur dekat ruang tamu. Tapi bila bangun aku ada dekat dalam bilik aku. Tak sangka pulak aku ni tidur berjalan. (Ceh, walhal aku rasa Abang Hafiz yang angkat aku malam tadi. Wahhh! Malunya! Dahlah baru-baru ni aku timbang berat aku naik!)

“Tidur lambatlah malam tadi.”
“Pukul berapa? Buat apa?” soalnya mengambil berat. Matanya tak lari daripada muka aku. Aku pulak yang naik segan.
“Layan movie. Adalah sampai pukul 3 kut.”
“Hai? Selalu lepak dengan kitorang mancing sampai 2 lebih, kau lepak je?” sampuk Pa’an yang baru masuk ke dalam kelas. Kemudian dia memberikan aku dengan Joe roti keju dengan Nescafe ais yang kitorang kirim.
“Ini lagi satu, selalunya kau yang tak nak minum nes, ni apa cerita ni?” soal Wati. Tadi dia dengan Pa’an yang pergi beli dekat koperasi. Aku dah tak larat dah nak bergerak. Orang jarang tidur lambatlah katakan.
“Memancing tu time weekend je. Esoknya lepas subuh aku tidurlah balik.” Aku membelek-belek tin Nescafe ais berwarna putih-biru di tangan. “Air ni pulak nak elak mengantuk. Nanti ada aku tertidur time agama nanti.” Dahlah suami aku yang ajar. Huk huk huk.

Kitorang menghabiskan masa rehat berempat. Memang selalu macam ni sejak tingkatan 4. Kalau aku dengan Joe beli makanan, Pa’an lepak dengan Wati. Walaupun sepatutnya aku yang pergi dengan Wati, Pa’an pergi dengan Joe. Tapi apa boleh buat, dah si Pa’an ni memang mana pergi dengan Wati, orang bercintalah katakan.

Tepat 10.30 pagi, loceng tamat dah berbunyi. Belum pun semua kawan kelas aku masuk, seperti biasa. Abang Hafiz oppss, dekat sekolah jadi Ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz dah selamat duduk dekat kerusi guru sementara menantikan rakan sekelasku tiba. Tapi aku perasan mata dia tak lari daripada melihat Joe yang bersenang lenang duduk atas meja aku.

“Joe, dah dah. Pergi balik tempat duduk kau. Masa rehat dah habis dah ni.” Aku menolak Joe dengan buku.
“Ceh, menghalau!” ujarnya dalam tawa.
Aku hanya tersengih.
“Sudah sudahlah tu Joe. Lisa dah tolak dah cinta kau dah tu,” kutuk Pa’an bila Joe tak bangun-bangun lagi.
Muka Joe serta-merta merah. Aku rasa tak sedap hati. Diorang melawak je kan? Joe bangun sambil ketawa. Aku tak tahulah tu ketawa betul ke dia sengaja buat-buat.
Aku menghabiskan air di dalam tin. Mata Abang Hafiz yang tadi memerhatikan Joe kini beralih ke arah aku. Nasib baik tak tersedak air aku. Kalau tak buat drama je dalam kelas ni.

5 minit menunggu kawan sekelas masuk, Abang Hafiz ke menulis sesuatu di hadapan. Ibadat. Aku eja satu dari satu huruf ke satu huruf. Ibadat? Kalau tak silap aku hari ni sepatutnya belajar aqidah sebab 2 hari lepas kitorang belajar Hadith. Hrm… pelik.

“Ustaz? Bukan sepatutnya kita belajar Aqidah ke?” Joe yang baik hati tolong bertanya. Aku ingat aku seorang je yang perasan.
Abang Hafiz tersenyum. “Bukan ke awak suka tajuk ibadat form 5, Johan?” soalnya. Tapi aku rasa macam ada nada sinis disitu. “Kan awak semua suka bab munakahat ni. Bab kahwin?”
Satu gelas tergelak mendengarkan kata-kata Abang Hafiz. Tapi kenapa aku rasa macam ada yang tak kena dengan Abang Hafiz hari ni?
“Nur Alisa?” Abang Hafiz memandang aku.
Shit! Aku dah agak ada yang tak kena ni. Teragak-agak aku bangun.
“Apa yang faham dengan maksud nusyuz?” soalnya dalam senyuman yang aku tak dapat nak tafsir.
Aku mengetap bibir. Bab talak pun tak masuk lagi, dah nak masuk bab nusyuz? Aku berfikir sejenak. Tersedarkan sesuatu, mataku membulat. Kureng! Nusyuz tu bukan ke… argh! Aku dah agak ada yang tak kena dengan dia ni!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

48 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 3, 4”
  1. aen kaseh says:

    fuhhhhh!!!!! giller best novel ni

  2. vanillachocolate says:

    best citer nie… ^_^

  3. g-dragon says:

    best giler novel ni!!!!

  4. yan says:

    salam..saya nk tnya nvel nie..mgkut m/s k @ stiap bab??

  5. faziera says:

    hahaha………series…memang the best cite neyh..!!

  6. pizah says:

    ada adaptasi utk movie…. nora danish jd lisa, adi putra jadi ustaz hafiz, izzue jadi joe……tak sabar nk tgk ni

  7. sakura says:

    cita nie lain dari yg lain.aq suka,x sabar ingin tau cita selanjutnya

  8. rossie says:

    ade citer drama ker novel ni..best giler arr..perr..lawak abez..haha

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"