Novel : Suami Aku Ustaz?! 5, 6

25 January 2011  
Kategori: Novel

65,750 bacaan 65 ulasan

Oleh : aku_dia

5

“Alisa?”
Aku mengetap gigi. “Ingkar atau derhaka?” jawabku.

“Kalau isteri nusyuz pulak macam mana?” dia dah tukar soalan lain.
Ngee… aku jeling je dekat Abang Hafiz. “Isteri yang tak ikut cakap suami tanpa sebab,” jawabku geram.

“Contohnya?”

Mata aku membulat tengok Abang Hafiz. Agak-agaklah pun kalau nak attack aku. Aku jeling dekat budak kelas. Punyalah ramai budak kelas lain yang dia boleh panggil. “Contohnya…” aku diam sekejap. Contoh paling mudah macam malam tadi ada isteri seorang ustaz tu keluar tak mintak izin… kan?

“Contohnya… lawan cakap suami kalau suami suruh pakai tudung?” spontan idea tu datang.

Aku nampak Abang Hafiz dah nak tersenyum. “Itu bukan setakat ingkar perintah suami, Alisa. Itu ingkar perintah Allah,” komennya.

“Macam mana pulak dengan keluar rumah tanpa izin suami?” tambahnya pulak.

“Err… Samalah tu.”

“Sama apa?”

“Nusyuz…”

“Hukumnya?”

Ok, sekarang aku rasa macam satu kelas tengok aku dengan Abang Hafiz pelik. Aku melemparkan pandangan ke seisi kelas. Macam yang aku jangka. Satu kelas tengok aku dengan Abang Hafiz. Aku menelan air luir. Kut iya pun cik abang, janganlah buat sampai satu kelas tahu pasal kita. Eeii dia ni kan!

“Berdosa.”

“Jadi, apa yang perlu awak buat kalaulah awak nusyuz?”

Kening aku bertaut. Weh! Kantoi… kantoi! Joe tiba-tiba mengangkat tangannya. “Ustaz! Saya rasa ustaz terlompat satu topik ni? Bahagian talak pun kita tak masuk lagi. ”

Abang Hafiz mengalih pandang ke arah Joe. Kemudian dia tersenyum. “Saya tahu. Saja nak tengok Alisa tak faham ke maksud nusyuz.” Abang Hafiz menjeling aku sekilas. “Sepatutnya hari ni kita belajar Aqidah kan? Jadi, saya mahu seorang volunteer untuk terangkan maksud Ahli Sunnah wal Jamaah.”

“Oh ya, sebelum tu, handout yang saya bagi 2 hari lepas, tolong hantar hari ni ya? Nur Alisa, saya nak awak kutip. Then, bagi saya after class dekat bilik guru,” arahnya.

Wati dekat sebelah tengok aku macam nak telan. Mesti dia dapat rasa ada benda yang aku rahsiakan. Kalau tak, kenapa tak pasal-pasal Ustaz Hafiz ‘berminat’ betul dengan aku hari ni. Semua benda aku yang kena. Bagi soalan pada aku. Kutip nota aku jugak yang disuruhnya. Walhal si Hanif mata empat tu AJK untuk subjek Pendidikan Islam ni.

Kelas selama 70 minit itu berlangsung dalam suasana tenang. Nasib baiklah Ustaz Hafiz dah tak ada attack aku. Barulah aku boleh tarik nafas lega. Isk! Bahaya betullah dia ni. Suka-suka hati je guna kuasa ustaz dia kalau dekat sekolah. Nanti kalau aku buat benda pelik-pelik lagi, entah apa pulaklah yang dia kenakan aku.

Sebaik sahaja kelas tamat, Abang Hafiz sudah keluar dahulu. Selalunya memang dia keluar awal sedikit sebab lepas kelas dia, kitorang ada kelas Biologi dekat makmal. Nak elak kena marah dengan Cikgu Linda yang garang tak boleh blah tu, awal-awal lagi si Farhan AJK Biologi consult dengan Abang Hafiz mintak dia habiskan kelas awal.

“Handout! Handout!” aku melayang-layangkan handout Tajwid yang diminta Ustaz Hafiz tadi. Kemudian aku berjalan dari satu meja ke satu meja untuk kutip benda alah ni. Hanif tolong kutip dekat meja kawasan dia. Terasa ni kerja dia agaknya sebab dia AJK Pendidikan Islam.

“Kau dengan Ustaz ada apa-apa ke?” Nisa tiba-tiba bertanya bila aku dekat meja dia. Kuat pulak tu. Budak lain tengok aku tersengih sengih.

Aku tak tahu kenapa muka aku tiba-tiba panas. Nasib baik kulit aku tak putih sangat sampai boleh blush. Haih… Janganlah budak-budak ni fikir apa pulak.

“Eh… tak adalah. Hari tu… aku terbaca satu artikel pasal nusyuz. Aku terlupa apa makna dia. Aku tanyalah Ustaz. Dia tolong explain. Ni agaknya saja nak test aku faham ke tidak. Lagipun kan masuk dalam silibus kita? Kan?”

Sengaja aku menjawab kuat. Macam nak bagi kelas seramai 31 orang pelajar ni dengar. Nisa hanya mengangguk mendengarkan jawapan aku. Aku tak tahu kenapa aku perlu nak cakap benda ni panjang lebar. Sudahlah menipu pulak tu. Erm… tak nak bagi diorang ni fikir bukan-bukan kut. Isk! Ni kalau Abang Hafiz tak buat benda merepek tadi, tak adalah diorang fikir bukan bukan. Buatnya kantoi, kan dah susah hidup aku nanti?

Lepas aku ambil handout dari Hanif, aku terus capai buku teks Biologi sekali dengan buku nota dan kotak pensel. Dekat Wati, aku mintak tolong dia bawakkan pergi makmal dengan sampaikan pesanan yang aku lambat sikit pada Cikgu Linda sebelum dia mengamuk aku masuk lambat nanti.

Langkah aku hayun ke bilik guru. Pintu kaca itu aku tolak. Tak ramai cikgu. Meja Abang Hafiz aku tuju. Ek eh, dari jauh aku ternampak gambar aku masa baby dekat bawah kaca meja dia. Aku tersengih. Kalau tak silap umur aku masa ni setahun lebih. Baru pandai duduk. Abang Hafiz duduk sebelah aku cium pipi aku. Cis! Kecik-kecik dah gatal. Hahaha… walhal aku pun tak tahulah siapa yang jadi cameraman suruh Abang Hafiz buat macam tu. Budak-budak, ikut ajalah orang suruh. Bukannya faham apa!

“Eh?” Abang Hafiz menoleh dengan kening terangkat kening bila terperasan aku dekat sebelah.

Handout di tangan aku hulur kepada dia. Tengok je muka dia perasaan geram dengan kes dekat kelas tadi datang balik. Dia ni nampak kecik je kat mata aku walaupun sebenarnya kalau berdiri sebelah dia, aku ni paras bahu je.

“Kenapa buat macam tu dekat kelas? Kalau kantoi dengan budak-budak ni macam mana?” Aku menyoal Abang Hafiz bila tak ada cikgu yang dekat dengan kitorang.
Abang Hafiz tayang muka selamba lagi tak bersalah. “You asked for it, right?”

Aku pulak yang kena balik. “Bila masa pulak?” balasku geram.

“Last night? Siapa agaknya yang cakap dekat abang, ajar PI masa kat kelas hari ni? Hrm?” dia dah mengungkit kata-kata aku semalam. Kureng betul.

“Tapi Lisa tak maksudkan betul-betul!” marahku.

Abang Hafiz hanya menjongketkan bahu. “Lisa yang suruh. Abang ikutkan aje. Lagipun itu je cara untuk Lisa dengar cakap abang.”

Aku membuat muka. Eii dia ni! “Jangan buat macam tu lagi. Nanti diorang suspicious apa je. I’m not ready yet to declare about us,” pintaku perlahan.

Abang Hafiz memandang muka aku tak berkelip. “If and only if Lisa dengar cakap abang dekat rumah,” putusnya.

Aku mencebik. “Tengoklah macam mana.”

Abang Hafiz gelak je dengar jawapan aku. Tiba-tiba dia bukak laci meja dia. 3 biji gula-gula HACKS berplastik ungu dia bagi pada aku. “Nah. Makan time kelas. Malam tadi sudahlah tidur lambat. Sakit belakang abang angkat Lisa, tahu?”

Wargh! Aku rasa nak cari ais letak dekat muka. Panas… panas…! “Siapa suruh abang angkat? Lisa tak suruh pun,” jawabku.

“Isk. Menjawab je.” Abang Hafiz menggeleng. “Sudah-sudah. Pergi masuk kelas. Sambung dekat rumah nanti. Ni dah lambat 5 minit dah ni. Nanti Cikgu Linda marah, abang tak nak bertanggung jawab.”
Aku tersengih je mendengarkan kata-kata dia. “Iyalah.”

Baru aku nak pusing, mataku menangkap susuk tubuh Cikgu Liana yang berdiri di pintu memandang kami berdua. Erk! Janganlah dia dengar apa yang kami bualkan tadi. Kalau dikira jarak meja Abang Hafiz dengan tempat dia berdiri… ditambah pula dengan suara kitorang yang berbual perlahan, aku yakin Cikgu Liana tak dengar apa-apa.

Langkah di atur ke pintu. Pada Cikgu Liana aku menghadiahkan senyuman dan salam aku berikan kepadanya. Sebaik sahaja melepasi dia, aku berjalan pantas keluar dari bilik guru. Ngee… kalaulah dia tahu lelaki yang dia minat selama ni suami orang, macam mana agaknya reaksi dia? Suami aku pulak tu!

Cikgu Linda terdiam sekejap apabila aku memberi salam sewaktu masuk ke dalam makmal. Sebaik sahaja meminta maaf atas kelewatan, aku terus duduk sebelah Wati. Kemudian, Cikgu Linda kembali menyambung pengajarannya.

“Lambatnya?” tegur Wati perlahan. Bimbang menganggu kelas.

“Aku singgah bilik air tadi.”

Wati mengangguk faham. “Eh, makan seorang je? Nak sebijik?” Wati minta gula-gula HACKS bila aku makan sebiji. Plastik gula-gula aku simpan.

“Tak boleh!” Tiba-tiba aku jadi kedekut yang amat. Entah kenapa, aku tak terasa nak bagi orang gula-gula yang Abang Hafiz bagi ni.

“Eii… kedekut! Ni mesti ada yang special bagi ni. Siapa? Joe eh?” usiknya.

Joe yang duduk sebelah kanan aku menoleh. Terdengar agaknya nama dia disebut-sebut.

Aku menggeleng. “Bukanlah!” Orang yang bagi ni lagi istimewa tahu? Tak ada orang lain boleh lawan.

“Kau pernah dengar tak?” suara Wati tiba-tiba jadi lebih perlahan daripada biasa.

“Apa?”

“HACKS tu, maknanya Hanya Aku Cinta Kau Seorang!”

Spontan aku tertelan gula-gula yang kat dalam mulut. Uwaahh! Sudahlah besar lagi gula-gulanya! Ada lagi 2 je ni! Ruginya aku tak dapat nak menikmati gula-gula ni. Huk huk.

“Ah, tak ada maknanya!” balasku laju.

Sebiji lagi gula-gula aku keluarkan. Ni kalau tiap-tiap hari Abang Hafiz bagi, boleh kena kencing manis aku dibuatnya. Wati dah tergelak-gelak. Apa yang lawak pun aku tak tahu. Hrm… Hanya Aku Cinta Kau Seorang? Ustaz Hafiz nak cakap macam tu? Euw… tak sesuai!

———————————

“Tengok cerita apa tu?” Abang Hafiz menyoal bila tengok aku leka menghadap laptop sejak dari setengah jam tadi. Baru ni tergerak nak tanya agaknya.

“Goong.”

Dahi Abang Hafiz dah berkerut. “Apa?”

“Goong…”

Muka dia masih nampak tak faham.

“Goong. Bukannya gong gong bunyi anjing tu!” Aku dah tergelak. “Goong. G.O.O.N.G.” Aku siap tolong ejakan. “Kalau bahasa Inggeris dia orang panggil Princess Hours.”

Abang Hafiz tumpang ketawa. “Lah… cakap ajelah nama English dia. Ni bila abang tanya dia cakap gong je.”

Aku tersengih lepas tu tengok balik skrin laptop. Baru nak fokus balik tengok Shin yang kacak tu, tetiba aku terfikir sesuatu. “Abang tak kisah ke Lisa tengok cerita macam ni?” Manalah tahu ustaz seorang ni tak bagikan?

Abang Hafiz tengok je muka aku. “Kalau abang cakap, Lisa! Jangan tengok cerita tu. Agak-agak Lisa nak ikut tak cakap abang?”
Makin lebar aku tersengih. “Mestilah susah nak ikut!” balasku. Bukannya susah, aku rasa memang tak adanya aku nak ikut terus.

“Hah, dah tu?”

Dahi aku berkerut. “Abang, soalan Lisa tak terjawab lagi tau. Lisa tanya abang kisah ke tak?”

“Mestilah abang kisah.”

“Habis, kenapa abang tak suruh Lisa stop tengok cerita ni?”

Abang Hafiz tersenyum. “Lisa, kalau abang terus paksa Lisa buat benda yang Lisa tak biasa, mesti nanti Lisa terus tak nak kan? Jadi, tengoklah. Tapi jangan tengok bodoh gitu je. Cuba ambil pengajaran dia. Contohnya…” Abang Hafiz tumpang tengok dekat skrin laptop aku.

“Hah! contohnya, kalau dah kahwin tu, janganlah pulak keluar jumpa lelaki lain. Belajar cintakan suami sendiri. Kan lebih bagus?” Aku tengok muka Abang Hafiz dah nak tahan gelak.

“Ceh! Sengajalah tu nak mengenakan orang!” Ke aku je yang terasa sendiri? Itulah, dah ada ustaz dekat rumah, sibuk nak keluar cari Joe dengan Pa’an. Hahaha.

Abang Hafiz menjongketkan bahu. “Betul apa? Lagi satu, bila tengok tu cuba comparekan life diorang dengan kita. Insya Allah iman kita pun boleh bertambah. Lepas tu, bila tengok tu janganlah pulak sampaikan lupa semua benda. Solat kemana, apa ke mana,” sempat dia nasihatkan aku.

Hah, itulah! Siapa suruh tanya soalan macam tu? Aku sambung balik tengok cerita Goong. Tiba-tiba aku teringat ayat Abang Hafiz tadi, belajar cintakan suami sendiri. Aku tersengih. Macam lawak je kalau bercinta dengan ustaz ni. Mesti tak romantik macam Yul kan? Yul tu bagi Chae Kyung gula-gula masa Chae Kyung tengah tension kena belajar adat dekat istana. Sweet je walaupun dia suruh Shin yang bagikan. Tapikan Alisa, bukan ke tadi kau pun dapat gula-gula HACKS dari ustaz ni? Haha!

“Sengih sorang-sorang!” Mati terus senyuman aku bila kena tegur dengan Abang Hafiz.

“Dah siap dah kerja?” Aku tanya bila nampak abang Hafiz dah kemas barang-barang dia.

“Belum. Sambung malam ni. Jom masak! Abang dah lapar. Lisa, malam ni study pulak. Jangan nak leka sangat dengan benda bukan-bukan. Tahun ni awak nak ambil exam…”

“Ok, ok!” Laju aku kemas laptop bila Abang Hafiz dah mula nak bagi pesanan khidmat masyarakat dekat aku.

Cekap Abang Hafiz buat kerja kat dapur. Kalah aku yang perempuan ni. Agaknya dia ni rajin memasak kut. Tak macam aku, malas masuk dapur. Mak dengan ayah selalu makan luar je sebab sampai rumah dah lambat. Aku pulak kalau nak makan, masa lepak dekat luar dengan Joe dan Pa’an tu lah. Kadang tu memang tak berasap dapur rumah. Hujung minggu je mak selalu masak sebab cuti.

“Ah! Mashita!” ujarku lepas suap nasi masuk mulut.

Abang Hafiz pandang aku pelik. “Hah? Siapa Mashitah?”

“Hah?” Aku pulak yang blur.

“Tadi Lisa sebut. Siapa Mashitah?”

Aku dah gelak. Abang Hafiz pandang aku tak puas hati. “Mashita. Bukan Mashitah. Mashita tu maknanya sedap dalam bahasa Korea!”

Abang Hafiz menjuihkan bibir. “Amboi! Baru tengok cerita Korea dah terror dah bahasa dia. Lepas ni Abang nak tengok Lisa betul semua ye dekat soalan tanya makna perkataan tu eh!”
Aku tersengih. Ada saja benda yang dia ni nak kenakan akulah!

Sambil menyuap nasi dengan lauk yang Abang Hafiz masak buat aku rasa lagi baik dia pindah balik rumah umi dia tu. Terjaga sikit makan minum dengan pakaian dia. Eh, tapi kalau bab pakaian dia aku jaga jugak. Rajin aku tolong ‘iron’kan baju dia. Iyalah, dah bila masa aku nak iron baju kurung sekolah aku, dia bagi aku baju kemeja dia dengan baju Melayu dia stok untuk seminggu, takkan aku nak buat bodoh ajekan?

Malam tu pun aku tak pergi mana-mana. Ada jugak Joe mesej aku ajak keluar, tapi aku malas pulak nak cari pasal dengan Ustaz Hafiz ni lagi. Risau je aku dengan dia ni. Isk! Buatnya dia buat benda pelik-pelik dekat sekolah, huru hara hidup aku. Mengelakkan masa terbuang, aku bacalah soalan tahun lepas Pendidikan Islam. Baca tau, baca. Saja nak ambil hati ustaz seorang ni. Masa aku bawak keluar buku teks agama, Abang Hafiz sengih je. Ceh.

Baru tengok soalan nombor satu, aku terus langkau ke muka surat belakang. Bukannya apa, soalan first dia dah tanya makna perkataan. Bab itulah yang den lomah tu. Kalau ustaz depan aku ni, pejam mata dah boleh jawab. Itulah, sibukkan sangat belajar bahasa Korea. Bukannya aku nak hidup kat Korea nun. Aku jeling Abang Hafiz yang tengah isi buku rekod mengajar. Lepas dah habis isi, dia keluarkan pulak kertas handout Tajwid yang dia mintak aku kutip masa dekat kelas tadi.

Abang Hafiz tak menanda terus. Dia menyelak-nyelak bagaikan mencari nama seseorang. Perasaan dah serba tak kena. Alahai… ini yang susah bila duduk serumah dan sebilik dengan ustaz sendiri ni. Kalau ada yang salah mesti aku yang kena dulu. Empat helai kertas dikeluarkan. Dahi Abang Hafiz tiba-tiba berkerut. Terus aku berlakon bagaikan menyelak-nyelak mencari jawapan di dalam buku teks.

“Lisa?”

“Hrm?” aku buat selamba je bila Abang Hafiz panggil aku.

“Kenapa jawapan Lisa sama dengan Afrina, Johan dengan Farhan ni? Hrm?”

Abang Hafiz tengok aku dengan muka tak puas hati. Oh ya! Afrina tu nama Wati yang betul. Dia kata masa kecik-kecik dia selalu menangis kalau orang panggil dia nama Afrina. Bila panggil Wati baru ok. Aku pun tak faham sebenarnya. Agaknya macam dalam cerita Ahmad Albab tu kut.

“Kitorang buat sama-sama. Discuss,”

Abang Hafiz terima je jawapan aku tak banyak soal. “Faham tak?”

Aku angguk.

“Erm… Lisa cakap Lisa lemah bab Tajwid kan?”

Aku sengih je. Lepas tu aku angguk.

“Lepas ni, after Maghrib, Lisa mengaji abang cek. Boleh abang test sekali.”

Aku diam je.

“Lisa?”

“Iyelah. Lagipun Lisa bukannya boleh cakap ‘no’.”

Abang Hafiz sengih. “For your own good, Lisa. Bukannya untuk SPM je…”

“Baiklah ustaz!” Abang Hafiz geleng je tengok perangai aku.

Seketika kemudian handset dalam bilik berbunyi. Laju aku pergi kejar sebelum talian mati tak bersambut. Tengok nama dekat skrin buat aku sengih sampai ke telinga.

“Assalamualaikum. Mak? Sihat?” Aku berbual sambil berjalan keluar bilik.

“Oh… dah makan ubat? Panas ke kat sana?” Abang Hafiz hanya memerhatikan aku dari hujung mata.

“Ah, ada-ada. Dia sihat sangat! Makin sihat. Hahaha!”

Abang Hafiz menggeleng.

“Mak nak cakap dekat dia? Boleh. Sekejap.” Aku menghulurkan telefon dekat Abang Hafiz.

Dalam 5 minit berbual, telefon kembali bertukar tangan kat aku. Aku meletakkan telefon dekat telinga, eh! Ada bunyi lagi!

“Helo, mak?”

Mak memberi nasihat panjang lebar dekat aku. Aku tak tau dah nak buat apa. Kalau tak ada Abang Hafiz, aku buat ‘loudspeaker’ je lepas tu letak atas meja. Penat nak pegang lama-lama macam ni.

“Ok mak. Mak! Doakan orang cepat jumpa jodoh eh! Ok mak. I love you! Kirim salam ayah! Assalamualaikum!” Aku buat tak dengar je mak membebel bila aku cakap part jodoh tu. Marah betul dia. Bila handset aku telak atas meja, aku tergelak. Tapi bila terpandang pulak muka Abang Hafiz yang tiba-tiba serius macam aku buat salah besar, terus aku terdiam. “Kenapa?”

“Cuba belajar jaga hati orang lain sikit,” serius je Abang Hafiz cakap.

Aku dah cuak. “Kenapa?”

“Jodoh awak tu, bukan je cepat. Tapi dah sampai dah pun. Kenapa macam tak redha je ni? Hrm? Lain kali, mintaklah dekat mak doakan jodoh kita ni berkekalan.”
Waaa… aku rasa nak nangis. “Lisa gurau ajelah. Mak pun tahu.”

Abang Hafiz diam je sambil buat kerja dia.

“Abang?” aku panggil. Wah? Tak toleh? Merajuk betul ni!

Aku terus selak balik kertas past year yang tak bersentuh dari tadi. Baru nak ambil pen dalam kotak pensil, mata aku terpandangkan gula-gula Choclairs dekat dalam. Aku tersengih. Ni gula-gula favourite dia ni. Perlahan-lahan gula-gula tu aku tolak dekat dia.

“Sorry…”

Abang Hafiz tengok je aku.

“Sorry ye?”

Dia ambil gula-gula tu tak bercakap. Lepas tu dia terus makan. Amboi! Tak cakap apa main makan je. Ni maafkan ke tidak ni?

“Abang?!” ni yang dah start nak angin ni.

“Maafkan ke tak ni?” geram je aku tanya. Isk! Minta maaf pun gaya macam nak marah. Nasib ustazlah dapat isteri macam ni.

“Iyalah!” malas je Abang Hafiz menjawab. Aku kembali tersenyum.

“Heee.. Thank you! Ni gula-gula favourite abang kan? Tak sangka dah tua pun suka makan gula-gula eh?” aku menyakat.

Abang Hafiz buat selamba. “Ada sejarah gula-gula ni. Mana tahu abang suka?”

“Selalu nampak ada dekat kereta.” Bila dah nak habis je, mesti bertambah gula-gula ni.

“Nak tahu kenapa abang suka?”

Aku dah malas nak melayan. “Sebab abang sukalah. Takkan tu pun nak ada sebab specific.”

Aku bukak bahagian Sirah. Kalau periksa suka sangat keluar tulis biodata. Nasib baik 2 tahun punya silibus. Kalau dari form 1, lagi harulah aku nak mengingat. Kalau biodata aku kan senang? Bila tengok aku tak berminat, Abang Hafiz terdiam. Kemudian dia sambung balik buat kerja dia yang terhenti tadi sebab kena kacau dengan aku.

“Lisa.”

Aku angkat muka.

“Thank you!”

“Untuk apa?”

“Gula-gula ni?” dia tersenyum.

Aku balas senyuman dia. “Tak payah nak say ‘thank you’ pun tak apa…” balasku berahsia.

“Kenapa?” Abang Hafiz dah buat muka pelik.

“Sebab gula-gula tu abang punya. Lisa curi dalam kereta abang. Bawak pergi kelas. Hahaha!” Aku dah ketawa. Redha ajelah ye ustaz!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

65 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 5, 6”
  1. ain says:

    rasa macam besttttt….

  2. nono70 says:

    so naughty

  3. rossie says:

    nakal lisa nihh..heee

  4. lili says:

    sweetlah diorang tu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"