Cerpen : Aku, Kau Dan Dia

20 February 2011  
Kategori: Cerpen

5,422 bacaan 13 ulasan

Oleh : IMRATUL SOLEHAH

“Jiwa lara”..itulah luahan yang selalu diungkapkan oleh Ariena Jasmine..
‘Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tahun 2011 genaplah 3 tahun Ariena bekerja. Tetapi, entah kenapa jiwanya semakin hari semakin terseksa apabila memikirkan masalah yang sentiasa ada dan berpanjangan..
“Ko dah siap kerja yang aku berikan tu? Emmm, baru je masuk keje aku dah dengar suara singa mengamuk..dia ni ape hal pulak, pagi-pagi lagi dah memekak…”wei, yang ko bising-bising kat aku ni kenapa? Ko tak nampak ke aku baru je sampai! Kerusi ni tak panas pun lagi..menyirap betul darah aku pagi-pagi ni..”itulah yeng perlu aku dengar hari-hari. Bisikan, tengkingan dah jadi santapan Ariena. Cuma prinsip Ariena buat tak tahu je..Mudah kan..
“Masa di ofis rasa terlalu lama dalam suasana yang hambar, sampai bila??
“Jam 5 petang, sebuah kereta menunggu untuk mengambil Ariena balik..Kenapa ni?masuk pintu kereta je buat muka masam? Getus Syed Adib.. Cuba la u ni buat muka hepi..ni tidak, asal balik kerja I tgk muka masam u je.. Ariena tidak menjawab persoalan tu, malahan membiarkan Adib membebel seorang diri di dalam kereta itu..
“Leganya sampai dirumah..home sweet home…life better at home..”Thanks awk, sebab hantar kita balik..Adib tersenyum. Sebelum Ariena melangkah keluar dari kereta, Adib menyampaikan sesuatu, u jangan la buat muka macam tu, tak cantik la..lepas ni I nak tengok rupa yang cantik ni selalu tersenyum k.Ariena hanya mengiyakan percakapan Adib tu.. Itulah lelaki yang dia kenal semasa dia posting di pekan kecil ini..lelaki yang selalu berada disisinya bila dia berada didalam kesusahan.. “Ok la awk, kita jumpa esok k..Ariena terus masuk ke rumah tanpa menunggu kereta Adib berlalu pergi..
“Handfon di tangan Ariena tiba2 berbunyi nada nokia tune…”Emm..nama yang sering dia rindui hari-hari..Im..lelaki yang dia kenal pada tahun kedua Ariena posting di sini..
Nak jawab ke tidak ye call mamat ni?Ariena berteka-teki sendirian..’Na,oh..Na, tiba-tiba suara dari luar mematikan lamunan Ariena terhadap Im..”Eh, sape pula yang datang ni? Dijenguknya diluar, rupa-rupanya kak Shima..”Ko nak keluar jogging tak petang ni Na??
“Kak, malas la saya nak keluar jogging, ni pun baru je sampai rumah, baju kurung ni, saya tak tukar lagi..hihihihi, lain kali ek kak…”ok la, lain kali.Kak shima berlalu pergi dari rumah sewa Ariena tu..
“Sedang asyik menonton Tv, nama Im berputar ligat didalam minda Ariena..Inilah lelaki yang telah membahagiakan dirinya, memberikan kasih sayang padanya, walaupun didalam bahagia itu, ada juga kedukaan yang perlu Ariena tanggung bagi menjaga hati pelbagai pihak..
2011, Genap sudah 1 tahun Ariena mengenali Im, walaupun hatinya sudah pun dimiliki oleh Syed Adib..”kenapa dengan aku ni, kenapa aku perlu sayang dia, perlu cinta dia, Adib nak letak mana?Tetapi, jiwa aku kat Im..pening betul la perasaan ni..”Ariena bermonolog sendirian.. “Ariena Jasmine, ko ni tak faham bahasa ke, ko ni degil, fikir sikit, ape yang ko tengok pada Im tu, ko tu tak lama lagi nak jadi isteri orang, cuba ko lupakan Im tu..ko dengar ni??Itulah kata-kata Atiqah pada bulan lepas selepas Ariena mengatakan yang dia tak mencintai Adib..
“Abang, kita kan dah janji, walau ape pun, kita nak jugak kahwin dengan abang,tetapi…..
Ariena tidak dapat menghabiskan ayat-ayat terakhir tu..Perkenalan antara Ariena dan Im mendapat tentangan serta campur tangan dari pelbagai pihak, termasuklah orang ofis Ariena sendiri..Segala kutukan dan cemuhan sudah lali Ariena dengar gara-gara menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki bernama Im..
“Rina, ko dengar ni, ko nak kahwin dengan lelaki tu? Ko tu muda lagi, tetapi, kenapa harus dia? Ko tu cantik, ramai lagi nak kat ko, aku tak setuju..ko betul-betul bodoh dalam membuat keputusan..”Ariena hairan, kenapa sanggup orang ofis kata macam tu sedangkan dia tak kenal pun siapa Im aku ni? “Eee, perempuan berlidah ular ni, nak je aku lempang dia masa tu juga..tapi, aku hormat dia sebagai pegawai tinggi di ofis je, kalau tidak, tangan dan kakiku dipipimu..”getus Ariena didalam hati…
“Im, lelaki berumur pertengahan 30 an. Lelaki ini adalah lelaki ke lima yang telah mencuri cintanya..tetapi, antara lelaki yang Ariena kenal, inilah lelaki yang selalu memberi kata-kata semangat, lelaki yang terlalu mengambil berat dan Ariena sendiri merasakan bahawa dirinya tak sesuai dengan Im. Mungkin jarak usia 10 tahun serta pemikiran Ariena yang kebudak-budakkan menyebabkan Ariena selalu memikirkan perkara yang bukan-bukan terhadap Im…
“Acap kali Ariena terfikir kenapa orang tak pernah cuba untuk faham apa masalah yang sedang kita alami, di mana kawan, sahabat? Apabila aku memerlukan mereka, semua melarikan diri?Bila aku senang, akulah yang dicari, tetapi, bila aku susah, merempat tak ada sorang pun datang untuk bertanyakan khabar serta masalah aku..Aku redha dan pasrah dengan ketentuan Mu..” Im, lelaki yang amat memahami aku dan kadang-kadang lagaknya menghiburkan aku. Walaupun orangnya serius,bila tengok dua kali dah macam rupa Mr.bean pun ada..” Ariena ketawa mengingatkan telatah Im..
“Diari disisiku aku tatap serta nukilan didiari ini adalah luahan hati sebagai pengganti hubungan antara manusia..Ariena…
Im, kenapa sehingga sekarang sukar untuk aku melupakan dirimu..walaupun aku cuba untuk berbuat demikian..Kenapa perlu hadir 2 orang didalam hidupku dalam masa yang sama..Adib, maafkan aku…hatiku Cuma pada ‘dia’..
Andai ada jodoh antara kita, tidak mungkin aku akan menolak…
Majlis perkahwinan Ariena akan berlangsung pada hari esoknya, dan malam ini selepas isyak akan diadakan majlis akad nikah.Ariena merasakan dirinya berbelah bahagi.
“Weh Rina, ko ni nak bersiap ke tidak..ni da dekat kul 6.Macam tak nak nikah je..kata-kata Atiqah mengejutkan Ariena dari khayalannya..”Emm..sori-sori..ko cakap apa tadi?
Jam 7.30 malam selepas maghrib Ariena bersiap-siap dengan pakaian baju akad nikahnya..Mak andam pula sibuk ‘make-up kan dirinya’ “wah lawanya ko Rina, ko kan sekali make up da macam pelakon pula aku tengok..hahahha…Tini memuji kejelitaan Ariena..”Ariena, kamu dah siap? Umi masuk ke bilik aku..hah!terkejut aku..Ariena menjawab, sudah umi..ni ramai-ramai dalam bilik ni buat ape, meh tolong auntie kat dapur tu.luah Datin Sabrina kepada kawan-kawan Ariena..”korang semua, keluar la, tinggalkan aku dengan mak andam and atiqah ni..
Jam 8.40 upacara akad nikah dimulakan..berwalikan Datuk Shukor, ayah Ariena, dengan sekali lafaz, Syed Adib telah sah menjadi suami kepada Ariena jasmine..Ariena mengalirkan air mata tika Syed Adib mencium dahinya serta tangan Syed Adib disambut dalam upacara pembatalan air sembahyang..Perasaan Ariena ketika itu sebak, tetapi dalam masa yang sama hatinya masih memikirkan Im..”Im, kat mana awk ni? Saya rindu awk..
Rumah tangga Ariena dan Adib amat bahagia..Setelah 2 bulan melayari hidup sebagai pasangan suami isteri..Alhamdulillah.Ariena masih lagi bekerja di tempat yang sama, manakala Adib merupakan software engineer di salah sebuah syarikat di ibu kota..Kini, Ariena telah dapat melupakan Im yang pernah menjadi kekasih gelapnya pada suatu ketika dahulu..Hubungan Ariena dan Adib Cuma melalui penggilan telefon setiap hari kerana jarak telah memisahkan mereka. Sehingga kini, Ariena masih tidak dapat bertukar lantaran bos nya masih memerlukan khidmatnya disini..Disebabkan Ariena masih lagi berkhidmat ditempat yang sama, kelibat Im sering nampak dimana-mana..Pelik?kenapa?
“Sayang, buat apa tu? Panggilan telefon daripada Syed Adib dijawab. Abang, kita kat pasaraya ni, nak beli barang dapur sikit. Nanti kita cakap lagi ye. Terus Ariena meletakkan handfon. Semasa ingin meletakkan barang di dalam kereta, Ariena telah ditegur oleh seseorang, suara yang biasa dia dengar..Terkejut Ariena melihat lelaki tersebut adalah Im..Kekasih lamanya itu..”Sayang, apa khabar? Sihat? Terkedu Ariena melihat Im..
“Em, awk rupanya.Sayang sihat? Im memulakan bicara. Awk, saya ni isteri orang, tak elok la awak panggil saya sayang. “Begitu mudah sayang lupakan abang ye, setahun sayang kita kenal.tetapi…Maafkan saya Ibrahim, saya isteri orang, di manakah awak apabila saya memerlukan awak, di manakah awak?? Janji yang pernah awak lafazkan untuk sehidup semati dengan saya hanya tinggal janji kosong..kenapa??air mata Ariena secara tiba-tiba keluar. Sebak hatinya..Sayang, maafkan abang..
Hujung minggu, Ariena Jasmine serta suaminya pergi bercuti. Suasana yang damai serta mengasyikkan ditepi pantai membuatkan Ariena serta Syed Adib melupakan segala masalah di pejabat. Ariena dan Adib merehatkan minda ditepi pantai. Tiba-tiba satu kelibat yang pernah Ariena lihat..”Bukankah itu Im..Apa dia buat disini, bersama seorang perempuan dan anak-anak kecil. Kelihatannya perempuan itu amat manja dan berpimpin tangan dengan perempuan itu, siapakah itu?Ariena bersoal jawab sendiri didalam hati… Syed Adib melihat isterinya itu seperti sedang mengelamun dan berfikir sesuatu..
“Sayang, kenapa ni? Tak ada apa-apa abang, saya tengok gelagat anak-anak kecil tu..seronok kan kalau ada anak. “Sayang, rezeki kita tak lama lagi tu.beberapa bulan je lagi kan.ni dalam perut ni, sudah ada benih cinta kita berdua, tentu anak ini comel seperti ibunya dan sekacak ayahnya..”Ariena tersenyum mendengar kata-kata Adib..”Sayang nak apa-apa tak? Abang nak pergi beli air dan jajan kejap..”Abang beli je apa-apa..
Tika Syed Adib hendak membayar air dan jajan yang dibelinya, dia telah ditegur oleh seseorang yang dia kenal..”Adib..Syed Adib terkejut,’Ape ko buat kat sini Dib? “ya Allah, Abang Im, buat apa kat sini? Syed Adib bertanya..Abang bercuti kat sini temankan anak-anak abang..”yang ko ni buat apa pulak kat sini? Saya macam abang jugak la, bawa isteri saya bercuti..”Ko dah kawin ye? Tak jemput aku pun..”Abang bukan saya tak jemput, Cuma saya tak dapat contact no abang..maaf ye..Abang, mari, saya kenalkan abang dengan isteri saya..”Ok, kejap, aku nak panggil anak-anak serta bini aku tu..
Syed Adib dan Im berjalan seiringin diikuti oleh isteri dan anak-anakya..Sayang..Ariena yang dari tadi mengelamun memerhatikan keindahan pantai tersedar apabila dipanggil oleh Syed Adib..”Sayang, ni air.Ariena menyambut air di tangan Adib tanpa mempedulikan orang disekeliling..”Sayang, ni abang nak kenalkan rakan abang, dia la kawan susah dan senang abang semasa abang mula-mula jejak kaki kat KL tu..’Ariena terpaku apabila melihat orang itu adalah Im..Lelaki yang pernah hadir didalam hidupnya suatu ketika dahulu..Abang, inilah isteri saya, Ariena Jasmine..Ariena dan Im saling berpandangan..”Abang, dengar tak ni? “Ye, abang dengar. “Abang, kenalkan la orang rumah dan anak-anak abang pada Rina ni..”Ariena hampir nak pengsan apabila Im kenalkan ahli keluarganya pada Ariena..
“Abang, saya tak sihat ni, saya naik atas dulu ye..Ariena minta izin suaminya untuk berehat dibilik. “Ok, sayang..elok-elok ye.”Abang, Ariena tu kurang sihat, maklumlah pembawakan budak. Telefon di tangan Ariena berbunyi..1 mesej diterima..
” Sayang, abang tak sangka rupanya Syed Adib tu adalah suami sayang, abang juga minta maaf, dulu bukan abang tak nak kahwin dengan sayang, tetapi, abang tak pasti sama ada sayang boleh terima status abang ni? Abang doakan semoga sayang dan Adib berbahagia hendaknya dan jagalah kandungan sayang itu baik-baik..”
Ariena membalas mesej Im.. “Kenapa awak mudah untuk melafazkan cinta pada orang lain, sedangkan awk masih ada tanggungjawab. Masih ada isteri, anak-anak..Apakah yang sebenarnya dicari? Saya bersyukur sangat kerana pada hari ini Allah telah membuka segala rahsia hidup awak di depan saya. Alhamdulillah..jagalah permata hati awak sebaik mungkin dan janganlah ganggu hidup saya lagi..Selamat tinggal. Salam..Ariena terlalu sebak sebab lelaki yang dicintainya selama ini tidak jujur dengannya. Ya Allah, aku bersyukur pada Mu kerana telah mengurniakan aku suami yang baik serta soleh. Akan ku jaga hubungan ini sehingga ke akhir hayat. Amin..Kepada Ibrahim, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan oleh Allah kepada Mu. Terima kasih kerana menyayangiku..Syed Adib, Rina akan jaga rumahtangga kita sebaik mungkin..InsyaAllah..
~iMRATUL SOLEHAH~




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Aku, Kau Dan Dia”
  1. Imratul solehah says:

    cik era : tq 4 the comment
    miss sundae : tq.. :grin:

  2. bila sy baca secara keseluruhannye.. jln criter cerpen ni dh nk nmpk best dh (wlaupn x brape paham..he3x..) cume text nye brterabur sdkit..apepn, g0d j0b utk writer..truskn brusaha n prbaiki lg mutu pnulisan yerr..sy tggu karya anda yg strusnye..:-)

  3. Imratul solehah says:

    afella : tq bc n komen.. ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"