Cerpen : Antara Cinta & Sahabat

13 February 2011  
Kategori: Cerpen

3,800 bacaan 8 ulasan

Oleh : jemari kecil

Di sebuah kedai makan….

dua teman sedang berbicara…

” Aein, Sha nak bertunang minggu depan. Jemputlah datang rumah yea, dapat sama-sama raikan hari bahagia Sha.” ujar Arisha kepada sahabat baik merangkap teman sepejabatnya itu.

” Apa?? kau dah nk bertunang Sha? kau tak pernah ada boyfriend pun, tetiba ja nk bertunang… kau tak main-main kan Sha?. Aein seakan-akan terkejut dengar berita yang baru disampaikan oleh Sha.

” Iye..aku tak main-main Aein. Memang aku tak ada boyfriend, tapi tak bermakna aku tak nak kawin kan. Aku masih perlukan insan yang bernama lelaki.” balas Arisha.

”Tapi…..”, Aein masih tidak puas hati dengan penjelasan sahabatnya itu.

Arisha hanya tersenyum melihat kelakuan Aein yang masih ragu-ragu dengan berita pertunangannya. ” Aein, mcm ne la. kau percaya kan manusia dicipta berpasangan, lelaki dan perempuan? “. Aein mengangguk.

” Tapi Sha, Aein tak perlukan lelaki.. Aein ada semuanya, rumah, kereta, harta, kawan-kawan, dan keluarga…Aein rasa itu semua dah dapat melengkapkan hidup Aein. takpe la Sha, ini dah takdir kau, sebagai sahabat aku akan sentiasa doakan kau bahagia..” Aein tersenyum melihat Sha yang berada di depannya.

”Terima kasih Aein. Aku pun doakan kau bahagia macam aku jugak..Aein, boleh aku cakap sikit?” soal arisha. “Cakapla Sha, aku sedia mendengar”. balas Aein.

” aku tau Aein, kau sangat kecewa dengan lelaki..tapi kau tak boleh cakap kau tak perlukan mereka. Kau salah Aein. sebenarnya hidup kau belum lengkap Aein…percayalah. Aku sendiri tidak bercinta tapi aku masih menerima kehadiran seorang lelaki, bukalah pintu hati kau Aein, berbahagialah seperti aku..”

”Tapi kenapa Sha?? lelaki semuanya sama..hanya tahu kecewakan perempuan”. balas Aein.

” Tak semua lelaki macam tu..ada ayah kau skitkan ibu kau? tidak kan..jadi kau tak patut menghukum lelaki kerana cerita silam kau Aein. itu tidak adil..Aein, lelaki tu adalah tulang belakang kepada seorang perempuan, begitulah sebaliknya..saling memerlukan..kau cakap kau ada kawan-kawan, tapi nak ke diorang berkepit dengan kau 24 jam sehari?.. nak ke kongsi semua masalah-masalah kau??..tak semudah tu Aein…percayalah Aein, lelaki bertuah yang kau pilih sebagai teman hidup kau nanti akan terus menemani kau walau susah dan senang.” terang Arisha panjang lebar.

Aein hanya diam mendengar kata-kata Arisha sambil matanya terus memandang makanan di hadapannya. “Aein, aku minta maaf kalau kata-kata aku tu dah buat kau sakit hati.” sedikit sebanyak Arisha merasa bersalah melihat keadaan Aein di hadapannya.

” takda papela Sha, kau tak salah pun..bila difikirkan balik, ada betulnya kata-kata kau tu. Aku tak sepatutnya bersikap macam tu. Aku dah menghukum diri sendiri dan orang lain kan..”

”Sha, kalaulah kau tahu apa yg sedang aku rasai..aku sebenarnya takut menerima kehadiran seorang lelaki. Aku takut dihukum lagi atas salah yang aku sendiri tidak pasti..sakit di hati lebih parah dari luka yg terhasil di luaran Sha..aku takut ditinggalkan sekali lagi, aku tak mampu untuk bangun kembali seperti sekarang Sha..” getus hati kecil Aein. Mungkin Arisha tidak dapat mendengar kata-kata itu, tetapi Arisha seakan-akan dapat membaca kesedihan yang terbuku di hati Aein. Mereka telah berkawan sejak di bangku sekolah, tak mungkin Arisha masih tidak dapat memahami reaksi wajah Aein.

Seperti yang dijanjikan,hari pertunangan Arisha akan berlangsung hari ini..Arisha kelihatan sangat manis dalam persalinan berwarna merah jambu yang serba indah. Sesuai sekali dengan kulitnya yang putih dan bersih itu. Terpancar riak kebahagiaan di wajah Arisha setelah bakal ibu mertuanya menyarung cincin di jari manisnya. Meskipun Arisha tidak mengenali siapa bakal suaminya, tetapi dia tetap menerima takdirnya dengan ikhlas.

Aein tidak mahu menganggu sesi bergambar Arisha bersama bakal ibu mertuanya, jadi dia mengambil keputusan untuk pergi menolong di dapur sahaja. Aein membantu menghidangkan makanan kepada rombongan yang hadir pada majlis pertunangan tersebut. Tiba-tiba hati Aein rasa berdebar setelah terpandang satu wajah yang cukup dikenalinya. Ya, itu Ashraf. Walaupun kedudukannya agak tersorok, namun Aein masih dapat mengenali wajah itu. Selesai sahaja majlis itu, rombongan dari pihak lelaki meminta izin untuk pulang, begitu juga dengan Aein. Tetapi Arisha memintanya untuk menunggu sedikit masa lagi kerana katanya mahu dikenalkan dengan tunangnya. Aein akur dengan permintaan sahabatnya itu.

Setelah hampir setengah jam menunggu, terdengar satu suara memberi salam. Bagaikan terhenti jantung Aein ketika itu apabila suara itu milik Ashraf. Ashraf telah diperkenalkan sebagai tunang Arisha. Aein berlagak seperti tiada apa yang berlaku ketika itu, begitu juga Ashraf yang berpura-pura tidak mengenali Aein. Setelah mengucapkan tahniah kepada Arisha dan Ashraf, Aein terus meminta diri untuk pulang. Dia sudah tidak dapat bertahan jika masih berlama-lama di situ kerana tidak mungkin dia menitiskan air mata di atas kebahagian sahabatnya sendiri.

Bagi Ashraf, tidak mungkin dia lupakan cinta pertamanya itu. Tetapi kemarahannya mengatasi segalanya. Kekasihnya yang dianggap curang itu tidak mungkin akan dimaafkan. Disebabkan itu, dia berpura-pura tidak mengenali Aein walaupun dia tahu hati Aein sedang menangis dengan perlakuannya itu.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, air mata Aein tidak henti-henti mengalir, dia tidak menyangka tunang sahabatnya sendiri adalah bekas kekasihnya. Hanya kerana dia berkawan rapat dengan seorang lelaki, Ashraf telah menuduhnya curang. Tetapi kerana tidak mahu bergaduh, Aein telah mendiamkan tuduhan itu sekaligus telah mengiakan tuduhan Ashraf itu walaupun dia tahu dirinya tidak bersalah. Dia telah merelakan perpisahan cinta agung yang telah mereka pupuk selama bertahun-tahun itu.

Di sebalik semua yang berlaku, Arisha merasakan dirinya sangat bertuah kerana dikurniakan seorang lelaki yang baik serta wajah yang tidak kurang kacaknya. Sesungguhnya dia bersyukur diberikan jodoh seperti yang telah diidamkannya walaupun tanpa perasaan cinta.

Tiga bulan berlalu….

” Aein, minggu depan aku nikah… kau datang rumah aku awal sikit yea. Aku nak kau jadi pengapit aku nanti.. boleh kan??” terdengar suara Arisha di corong telefon.

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Aein bersuara. ” maaflah Sha, aku tak dapat pergi majlis kau nanti.. aku ada urusan di luar..kau tau kan, masalah yg berlaku di cawangan syarikat kita, aku yang kena uruskan”.

“yeke??” soal Arisha.

“Iye..takkan kau tak ingat?” Aein terpaksa berbohong kepada Arisha.

”Tak apala kalau macam tu..majlis di pihak lelaki nanti kan ada lagi dan kau boleh datang time majlis tu nanti…” balas Arisha.

Setelah seminggu…

”Hai Lynn…terima kasih yea sudi datang majlis aku ne..” sapa Arisha pada Lynn yang juga merupakan teman sepejabatnya.

“Erm, takda papela…Sha, ne ada hadiah untuk kau daripada Aein, nanti aku letak dalam bilik kau ya”.. kata Lynn.

“Ok Lynn, thanks ya”.

Di sebelah malam, Arisha terpandang hadiah daripada Aein itu. Arisha mengambil keputusan untuk membuka hadiah tersebut bersama-sama suaminya, Ashraf. Aein telah menghadiahi mereka dengan sebuah pasu yang sangat cantik. Bersama-sama pasu itu terdapat sepucuk surat dan dengan pantasnya Arisha membuka lipatan surat itu.

Sha….

Tahniah yea dia atas perkahwinan kau..aku doakan kau bahagia dengan Ashraf.

Semasa kau baca surat ini, mungkin aku telah selamat sampai di tanah suci untuk mengerjakan umrah.

Maafkan aku Sha kerana terpaksa berbohong..aku disini untuk mencari ketenangan yang tak mungkin aku akan dapat di majlis perkahwinan kau Sha.

Sha, maafkan aku juga kerana tak berterus terang tentang hal yg sebenarnya…

Sebenarnya Sha, Ashraf la satu-satunya lelaki yang pernah aku cintai sepertimana yang pernah aku ceritakan pada kau satu masa dulu..

Tapi,janganlah kau salah anggap di atas pengakuan aku ini Sha.. aku tak mungkin akan merampas suami yang kau nikahi..

Dialah syurga kau sekarang Sha..kau hargailah dia..

Janganlah kau melakukan kesilapan yang sama seperti aku yang tidak tahu menghargai insan sebaik Ashraf..

Sha…kalaulah kau dapat merasai kesedihan aku semasa aku melihat sebentuk cincin disarung ke jari kau oleh ibu Ashraf. Wanita yg pernah aku angan-angankan untuk menjadi ibu mertuaku..remuknya hati aku bila Ashraf diperkenalkan sebagai tunang kau Sha…tapi aku redha, mungkin kau jodoh yang terbaik untuknya…

Sha, janganlah ada dendam di hati kau terhadap aku..dan janganlah kau menghukum Ashraf dia atas pengakuan aku ini…

Kau bahagiakan la dia Sha..

Kau pernah kata pada aku kan, lelaki adalah tulang belakang seorang perempuan..

Kini, dialah tulang belakang kau Sha…

Tanpa dia, tak mungkin kau akan dapat berdiri dengan betul..

Aku telah mendapat ketenangan aku di sini Sha..

Dan mungkin kebahagiaan yang aku cari akan singgah setelah aku membuka hati aku ini untuk insan lain..

Sha…pinjamkanlah semangat dan keyakinan kau pada aku…

Aku perlu berdiri semula supaya aku dapat berkongsi kebahagiaan yang kau rasai..

Ashraf..

Mungkin kau juga sedang membaca surat ini bersama-sama isteri yang baru kau nikahi yang juga merupakan sahabat yang paling aku sayangi..

Kau sayangilah Arisha melebihi sayang kau padaku dulu..

Dialah yg akan menjadi penemanmu seumur hidup..

Ibu kepada anak-anak kau yang comel..

Jadi, janganlah kau sia-siakan hidupnya…

Dialah wanita yang terbaik yang dihadiahi tuhan kepada kau…

Arisha & Ashraf..

Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat..

Bertindaklah sebagai tulang belakang antara satu sama lain supaya kalian dapat berdiri tegak seiring denganku..

Semoga bahtera yang kalian bina akan terus belayar di laut yang tiada penghujungnya ini…

Insyaallah….

Sahabatmu yang kejauhan,

-AEIN-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Cerpen : Antara Cinta & Sahabat”
  1. faeza says:

    walaupun ringkas tp penyampaiannya cukup menyentuh perasaan pembaca.

  2. jemari kecil says:

    thanx ea faeza..

  3. tikus says:

    cite dia best….i harap ada sambungan sbb cite ni mmg patut ada part 2….i akan tunggu part 2 dari cite ni. ;-) ;-) ;-) ;-) ;-) ;-)

  4. walang says:

    bt la smbungan crita ni ye.

  5. shishi says:

    bt smbg crta nie
    please

  6. piejot says:

    very impressive….
    setuju ngan faeza, ringkas tp penyampaian yg bagus…
    good job writer….
    & wish u da best…. (“_,)

  7. sushi'naa says:

    hrap ada smbungan..
    mybe dlm sstengah part bley
    di perkmbangkn lgi

  8. sushi'naa says:

    bgi sya
    ia bley di prkmbangkn lgi

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"