Cerpen : Bukan tercipta untukku

20 February 2011  
Kategori: Cerpen

4,929 bacaan 5 ulasan

Oleh : Meea

PROLOG

“Maafkan abang timah, abang tak ada pilihan. Abang dah janji dengan Joseph dan Sophia yang abang akan bagi anak yang lahir ini pada mereka. Demi kepentingan anak kita, kita harus berkorban sayang…”. kamal cuba memujuk isterinya tatkala melihat kesedihan terpancar dari sinar matanya. Kamal tahu, isterinya sedang berperang dengan gelodak rasa yang menggila. Tapi dia tidak punya pilihan lain melainkan menyerahkan bayi yang baru lahir itu kepada Joseph, seperti yang dijanjikan. Dia sedar, kata-katanya suatu ketika dahulu telah membawa dirinya ke kancah dilema yang maha hebat. Bukan dia tidak sedih, tapi apa boleh dia buat? Nasi sudah menjadi bubur. Masa yang berlalu tidak boleh diputar kembali menjadi satu permulaan. Masa yang telah berlalu bukan seperti pita video yang boleh diputarkan kembali setelah tamat dipertontonkan.

“Jangan sedih Joseph, aku yakin satu masa nanti impian kau untuk mempunyai anak akan jadi kenyataan. Aku akan serahkan anak kedua aku yang bakal lahir itu pada kamu sebagai tanda persahatan kita, macamana? “. Kata kamal kepada Joseph, pada suatu petang yang hening. Joseph kaget! Seolah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Betulkah apa yang Kamal katakan? Adakah hanya sekadar menyedapkan hatinya? Namun, hatinya berbunga bahagia bila menyedari kata-kata Kamal bukan sekadar gurauan, bagi Joseph, pucuk dicita, ulam mendatang. Joseph datang ke Malaysia semata-mata untuk menceritakan masalah rumah tangganya kepada Kamal. Joseph, anak kelahiran Sabah yang mempunyai campuran antara british dan Kadazan itu sudah tidak asing lagi bagi Kamal. Masalah Joseph, masalah Kamal juga. Bapa Joseph berbangsa british manakala ibunya dari etnik kadazandusun di Sabah. Persahabatan mereka bagai isi dengan kuku, dari sama-sama menabur pasir di atas kepala sehingga masing-masing sudah berumah tangga. Persahabatan mereka tidak pernah berubah. Namun, nasib tidak begitu menyebelahi Joseph apabila perkahwinan yang dibina bersama isteri tercinta tidak seperti yang mereka harapkan. Setelah beberapa tahun membina mahligai dengan pilihan hati, mereka masih gagal mempunyai cahaya mata. Rumah tangga yang dibina umpama retak menanti belah. Sedangkan rumah tangga kamal dan isterinya, Fatimah sangat bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka. Yang pertama Razif Adam berusia 4 tahun ketika anak kedua mereka dilahirkan.

“Tapi kenapa anak kita yang abang janjikan bang….apa, dah tak ada benda lain yang abang janjikan? Imah sayangkan anak kita. Imah tak sanggup berpisah dengan dia bang…”. suara serak basah Fatimah telah mengembalikan Kamal ke alam nyata. Dia sedar, dia bakal melakukan sesuatu yang akan merubah seluruh kehidupannya. Bagaimana rumah tangganya nanti? Apa tanggapan keluarganya nanti? Joseph adalah sahabatnya. Tanpa Joseph, dia tak mungkin mengecap kehidupan yang mewah seperti sekarang. Terlalu banyak budi Joseph terhadap dia sekeluarga. Tak terbalas rasanya. Fatimah pula isteri yang amat dicintai. Dia betul-betul buntu. Tapi, perlukan dia mengorbankan anaknya semata-mata ingin membalas budi Joseph? Apa dia tak punya perasaankah? Apa sudah tak punya cara lain untuk dia membalas budi? Dia bingung. Akhirnya dia mengeluh untuk kesekian kalinya..”Bukan kepentingan anak kita yang abang fikirkan, tapi budi yang pernah Joseph taburkan pada abang dulu! begitu sekali nilai harga anak kita pada mata abang! Saya tak sanggup berpisah dengan anak saya bang..”. setiap kata-kata yang keluar dari mulut Fatimah begitu menyakitkan. Terasa bagai disiat-siat. Rumah tangga yang dahulunya umpama syurga dunia kini bagaikan neraka bagi mereka berdua. “Imah kena faham keadaan kita Mah..abang tak sampai hati kecewakan Joseph. Dia kawan baik abang. Lagipun budi dia terlalu besar pada abang. Kita hidup mewah sekarang kerana budi yang ditaburkan. Abang pun sedih sayang…tapi apa pilihan yang abang ada. Abang yakin, mereka dapat bagi kasih sayang seperti yang kita harapkan pada anak kita nanti”. Fatimah sudah tidak terkata. Apa dayanya? Ya Allah…begitu hebat ujianmu..inikah lelaki yang selama ini aku dambakan? Kenapa dia lebih memikirkan perasaan orang lain tanpa sedikit pun tidak memikirkan perasaan aku…

5 january 2011

“Rania…” bagai terngiang-ngiang suara seorang gadis memperkenalkan dirinya petang tadi”. Gadis melayu yang memperkenalkan dirinya sebagai Rania itu betul-betul membuatkan aku jadi bingung! Siapa dia sebenarnya? Sikapnya tiba-tiba berubah. Bukankah 2 minggu yang lalu dia telah menengking aku di khalayak? Malu giler aku masa tu. Rasa nak lempang je dia. Tapi aku cuba bersabar, perempuan…biasa la tu. Hari ini, dia datang pada aku memohon maaf atas sikapnya itu. Dia mengaku kesilapannya. Aku akui, cara hidupnya tak ubah seperti orang barat. Dengan cara pemakaian yang agak menjolok mata! Peristiwa 2 minggu yang lalu kembali mengimbau… “awak buta ke? Jalan tu pakai mata! Bukan pakai kaki je! Awak tengok sekarang, habis basah baju saya tau tak! Saya dah lambat nak masuk kelas ni tau tak. Awk betul-betul menyusahkan saya! Huh!!!” Tanpa pamitan, dia terus berlalu dengan wajah yang mencuka. Aku hanya diam, mulutku bagai terkunci! Burung-burung merpati yang sedang enak mematuk dedak tiba-tiba berterbangan seolah-olah memberi laluan kepadanya. Lenggokan yang menggoda dengan rambut yang panjang mengurai keperangan betul-betul membuatkan diriku terbuai seketika. Ahhh…..cantiknya dia…! Namun itu seketika cuma, setelah aku sedar, aku bukan ‘sesiapa’ pada pandangan matanya. Aku sedar, aku yang bersalah, aku tergesa-gesa kerana masa terlalu mencemburuiku. Tapi dia salah juga, dia tidak berhati-hati.

Namun, tanpa diduga, suatu petang, sedang aku duduk seorang diri di atas bangku di bawah pohon sakura yang sudah tidak berdaun itu, dia datang menghampiri aku. “saya minta maaf, saya tidak ada niat untuk bersikap kasar dengan awak tempoh hari. Saya betul-betul bengang dengan awak hari tu. Dah la saya nak cepat, awak pula buat hal”. Gulp! Aku dipersalahkan? Tak sedarkah dia yang dia juga bersalah? Baju aku pun basah juga hari tu. Aku tak masuk kelas tau hari tu disebabkan insiden tu. Gara-gara insiden tu juga, aku hilang dua peratus dari keseluruhan kehadiranku. Tapi aku tak marah-marah pun? Jauh sekali nak salahkan dirinya. Tapi aku sedar, aku seorang lelaki yang mana aku harus mengalah dengan kerenah seorang perempuan. Aku tak mahu dianggap dayus nanti. Sebab aku bukan begitu! “oh, it’s okey…just forget it. It’s a small matter. I’m already forget it”. Wow! Dengan senang hati aku memaafkannya sedangkan hari tu aku bengang giler dengan minah ni”. Oh, thank a lot because forgive me, i’m Rania…ok, i’ve to go..bye-bye”. Rania??? Em….entah kenapa aku dapat merasakan yang aku terlalu sinonim dengan nama tu. Macam pernah dengar je? Mungkin perasaan aku je kot?

Pop! Bahu aku ditepuk. Dengan sendirinya kenangan dua tahun yang lalu lenyap seperti buih-buih sabun pecah berderai. Wajah ayu Rania hilang tiba-tiba. “apa dah jadi dengan kau? Berangan je dari tadi? Aku panggil sampai nak terkeluar anak tekak pun kau buat tak tahu je!”. Alamak! Aku berkhayal rupanya! Aku langsung tak sedar teman sebilikku, Yusof memanggil namaku. “errrggghhh….tak ada apa-apa..aku tengah pening fikir pasal tugasan yang nak kena hantar ni. Satu benda pun tak siap lagi”. “Hahahahaha…macam la aku tak kenal kau. Ni mesti duk fikirkan Nia kan? Kau jangan bagitau aku yang kau dah tak sabar nak kahwin sudah la…”. tempelaknya. “Woi! Mana ada, aku tak pernah pun terfikir nak kahwin dalam masa terdekat ni tau…” Aku cuba mengawal gelodak perasaanku. “betul ke?” yusof menduga. Alamak dia ni! Muka aku nampak macam penipu ke???”ye….betul la…aku tak fikir pasal dia pun!” Semenjak merantau ke bumi inggeris ini, aku dan Yusof adalah teman rapat. Tidak pernah ada perselisihan faham antara kami. Apa-apa cerita kami akan kongi bersama. Aku? Aku adalah pelajar Malaysia yang menuntut di bumi inggeris ini. Harvard University! Kampus yang pernah menjadi impianku suatu ketika dahulu. Kini aku berada di tahun terakhir dalam jurusan kejuruteraan kimia. Selama di sini, aku tidak pernah pulang ke tanah airku. Emak, kebanggaanmu pada diriku adalah kejayaan yang paling besar buat diriku. Akanku pulang membawa satu kejayaan yang selama ini engkau harapkan. Perempuan? Jujur aku perkatakan…perempuan tidak ada dalam kamus hidup ini. Bukan aku tak sukakan perempuan. Aku lelaki, sesuatu yang tidak normal andai aku seorang lelaki tidak berminat dengan perempuan. Lagipun atas alasan apa yang membolehkan aku membenci perempuan? Aku juga lahir dari seorang perempuan. Tapi aku tidak percaya pada cinta! Aku pernah dikecewakan gara-gara kerana aku orang miskin. hmm…itulah perempuan, materialistik! Ibuku juga menderita kerana kegagalan perkahwinannya yang atas dasar cinta! Jadi, ada apa dengan cinta? Ibuku menderita kerana kehilangan anak tercinta. Cinta? Kalau cinta, kenapa korbankan anak itu, anak yang terhasil atas dasar cinta antara mereka. Mana nilai cinta ayahku pada ibu? Aku benci ayah! Adik? Ya! Aku punya seorang adik yang aku sendiri tak tahu apa pun tentang dirinya. Namun, jauh di sudut hati, aku berharap agar suatu masa nanti aku dipertemukan dengan dia, akanku bawa dia pada emak. Itu janjiku! walaupun aku sedar, harapan untuk bertemu dengannya umpama mimpi di siang hari. Tapi tak mustahil kan? Menurut ibuku, adikku diserahkan kepada sahabat bapaku tiga hari selepas dilahirkan yang kononnya tidak mempunyai anak pada masa tu. Ya! Tiga hari je! Bayangkan, anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu hanya mampu dilihat dan dibelai tiga hari cuma. Hati ibu mana yang tak sakit? Selepas itu, ibuku memilih untuk hidup sendirian selepas merasakan cintanya terhadap bapaku kian pudar. Apa guna hidup mewah andai kebahagiaan bukan lagi milik mereka? Ibuku menjanda sehingga kini…dengan membanting tulang empat kerat, ibu menampung kehidupan kami berdua. Aku bangga dengan ibu! Walaupun susah, dia mampu memberi aku pendidikan lebih dari yang sepatutnya! Ijazah yang bakal aku genggam itu buktinya!

Ahhhhh……aku sedar, aku hanya manusia biasa yang punya seribu satu kelemahan. Setelah hampir dua tahun berkawan dan bercinta dengan Rania, kini aku sedar, prinsip aku sudah tidak boleh dipakai! kehadiran gadis itu telah merubah prinsip aku! Dia berjaya merobohkan tembok keegoan yang selama ini aku pertahankan! Bukan tidak ada perempuan yang selama ini datang ‘mencuba nasib’, tapi keegoanku mengatasi segala-galanya. Tapi kini? Ah…begitu rapuhnya tembok itu. Apa, tak cukup tiangkah? Atau bahan-bahannya yang kurang berkualiti? Ya! Gadis yang bernama Rania itu telah berjaya merobohkan tembok itu! Kekuatan yang ada padanya tidak mampu mempertahankan tembok itu! Siapa dia? Apa kekuatan yang ada pada dia? dia mampu menggegarkan jiwaku yang selama ini kaku! Kehadirannya dalam hidup ini telah melenyapkan kesepian yang sekian lama mencengkam jiwa! Tapi kenapa dia? Apa keistimewaan dia? Dia adalah gadis melayu yang mengamalkan cara hidup barat! Dia pernah beritahu yang dia dibesarkan di kota London. Aku tidak tahu secara mendalam tentang latar belakangnya…yang aku tahu, dia seorang gadis melayu, dan beragama islam. Islam? Aku tahu kerana dia yang beritahu. Kalau tak beritahu? Entahla………tapi yang pastinya, aku bahagia mengenalinya. Aku sudah mabuk kepayang! Kehadiran Rania dalam hidupku telah mengisi kekosongan yang sekian lama bertakhta di jiwaku. Dia telah membawa sinar baru dalam hidupku. Aku bahagia… Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu! Kalung! Ya, itu kepunyaan Rania! Sampai sekarang aku lupa memulangkan kalung itu kepadanya. Sudah dua tahun aku menyimpannya. Semasa insiden yang menemukan kami suatu ketika dahulu, kalung yang dipakainya tercicir. Aku segera mengambil kalung yang aku simpan dalam laci mejaku. Kalung itu terletak elok dalam kotak yang aku sengaja beli. Aku ambil dan aku tatap seketika. “FDK, love 4ever”. Itulah perkataan yang terukir cantik di situ. Apa singkatan FDK itu? Hm….aku sendiri pun tak tahu. Yang pasti, aku mesti jumpa Rania esok! Akanku pulangkan padanya! Ya pasti!

Tiga bulan lagi? Ya! Itulah yang dia katakan tadi. Lepas konvokesyen tiga bulan lagi, dia akan bawa aku pulang Malaysia. Jumpa emaknya! Gembirakah aku? Ya! Memang aku gembira. Dia telah memberitahu suatu hajat yang sekian lama aku nantikan, iaitu bertemu dengan ibunya.! Hati kecil Rania melonjak gembira.. Perkenalan dengan lelaki itu telah mengajarnya erti cinta dan kehidupan yang sebenar.” Ya! Rania bahagia mengenali lelaki bernama Razif Adam! Mama? Ya, mama pasti hampa dengan keputusannya untuk tidak terus pulang ke pangkuan keluarga selepas tamat belajar nanti. Dia tahu itu, akan tetapi niat baik Razif tak mungkin ditolak. Bukankah ini yang dia harapkan selama ini? Dia akui, pertama kali bertemu dengan Razif suatu ketika dahulu, dia sudah tertarik dengan perwatakan lelaki itu. tetapi dia ego! Dia ego untuk mengiakannya! Selain mempunyai wajah dan senyuman yang mampu mencairkan setiap gadis yang melihatnya, dia juga mempunyai keperibadian yang tinggi. Itu yang lebih penting. Ya, Rania Alyssa sangat cintakan Razif Adam!

Tiga bulan kemudian…

Menggeletar seluruh tubuh Fatimah dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Hatinya sudah menduga sesuatu yang tidak diingini akan berlaku setelah Razif menghubunginya tiga bulan yang lalu memberitahu dia akan membawa balik seorang gadis untuk diperkenalkan kepada emaknya. Gadis yang bakal dikahwininya itu bernama Rania Alyssa! Sangkanya, mungkin ramai yang mempunyai nama itu dalam dunia ini. Namun, kini dia sedar, ini Rania Alyssa. Satu nama yang amat keramat baginya. Satu nama yang amat dirinduinya setelah sekian lama! Kalung yang tersarung di leher jinjang gadis itu, “FDK love 4ever”, kenangannya bersama Kamal. Ditambah dengan tanda kelahiran yang terdapat pada belakangnya membuktikan segala-galanya. Fatimah yakin, gadis itu adalah anak kandungnya! Semua itu dilihat secara tidak sengaja ketika Fatimah masuk ke bilik Rania untuk menghulurkan kain batik untuknya,”kenapa mak cik?” Rania hairan apabila Fatimah merenungnya.”ergghhh…tak ada apa-apa nak. Nah, ini kainnya. Razif balik nanti, kita makan sama-sama ya”. Fatimah keliru, selama ini, dia tidak pernah menceritakan apa-apa tentang Rania kepada Razif. Dia tak mahu membuka kisah lama. Kini semuanya sudah terlambat. Razif anaknya, kebahagiaan Razif, kebahagiaan dia juga. Dia tak sanggup mengecewakan hidup Razif. Rania adalah segala-galanya bagi anak terunanya itu. apakah Razif boleh menerima kenyataan nanti? Bagaimana dia akan meneruskan kehidupan tanpa Rania? Mereka sudah lama menjalinkan hubungan. Dan, bagaimana dengan Rania? Apa tanggapannya nanti? Apakah dia boleh menerima hakikat bahawa aku ini ibunya? Ya Allah, tabahkanlah hatiku berhadapan dengan ujianmu…

“Mak kata tak boleh, maknanya tak boleh! Kamu tak boleh kahwin dengan Rania. Itu keputusan muktamad mak!”. Fatimah bertegas. “tapi kenapa mak. Selama ni mak tak bantah pun. Mak…selama ni Zif tak pernah minta apa-apa dari mak. Ini saja yang Zif minta mak…izinkanlah Zif kahwin dengan Rania…ini kebahagiaan Zif, Zif tak boleh hidup tanpa Rania mak…apa salah Rania mak…” luluh hati Fatimah mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Razif. Ibu mana yang tak mahu tengok kebahagiaan anaknya? Ibu mana yang sanggup melihat penderitaan anaknya? Dia mahu Razif bahagia. Anaknya itu tak pernah merasa bahagia. Kehidupannya sepi selepas dikecewakan oleh seorang perempuan yang kononnya mencintainya sepenuh hati. Razif menderita kesepian selama hidupnya…dia nampak satu kebahagiaan mula terpancar pada mata anaknya setelah mengenali Rania. Fatimah tahu itu. tapi apakan daya…”mak…tolong beritahu Zif kenapa tiba-tiba berubah hati mak…mak bukan tak tahu betapa bermaknanya Rania dalam hidup Razif mak…” aku tak puas merayu. Aku tak boleh kehilangan Rania. Fatimah menghela nafas. Berat! “Rania itu adik kamu! Adik kamu yang pernah kamu berjanji dengan mak dulu yang kamu akan cari dia sampai lubang cacing! Itulah dia Razif. Itulah adik kamu!”dengan tidak sengaja dulang yang berisi minuman yang berada di tangan Rania yang ketika itu muncul dari dapur terhempas ke lantai. Aku terkedu! Dugaan apakah ini? Apa emaknya berkata jujur? Emaknya tak mungkin berbohong. Emaknya tak pernah berbohong! Sepahit-pahit kenyataan, emaknya akan berkata jujur. Dan kali ini, emaknya juga berkata jujur! Allah…..aku meraup muka…

Maafkan Nia mak. Terima kasih kerana melahirkan Nia. Nia terpaksa pergi mak…mama dan papa pun Nia tak jumpa lagi. Nia tak boleh berlama kat sini, akan menimbulkan fitnah nanti. Lebih-lebih lagi Nia dan Razif masing-masing ada perasaan. Nia tak pernah berdendam dengan mak kerana menyerahkan Nia pada orang lain. Nia tahu, bukan niat mak untuk melakukan itu. mak terpaksa. Untuk pengetahuan mak, Nia bahagia hidup di samping mama dan papa. Mereka tatang Nia bagai minyak yang penuh. Akan tetapi, Nia tahu, kasih mak pada Nia melebihi segalanya. Nia juga bahagia mengenali abang Razif…dia telah berjaya mengubah cara hidup Nia. Hidup Nia dulu tak seperti yang mak tengok sekarang. Mak akan sedih kalau mak tengok cara hidup Nia yang dulu…Mak…Nia selama ini tak pernah bertudung, Nia tak pernah solat, Nia islam hanya pada nama mak…sekarang baru Nia rasa nikmat kehidupan yang selama ni kosong…walau apapun, mak, mama dan papa adalah ibubapa Nia dunia dan akhirat…dan Razif, abang Nia…Nia pergi dulu mak…

EPILOG

Hembusan angin yang menderu…alunan ombak yang mendayu…selama aku pulang ke tanah air, ini kali pertama aku datang ke sini. Tempat yang penuh dengan nostalgia…aku telah membesar di sini…Rania…alangkah bahagianya andai ketika ini aku bersama Rania…Rania telah pergi…pergi jauh dari aku…dia telah pulang ke pangkuan Joseph dan Sophia…aku tak mungkin akan ketemu dengannya lagi…aku tak bisa berhadapan dengannya. Macamana aku boleh bercinta dengan adik aku sendiri? Bagaimana aku tidak perasan nama kami ada persamaan? Rania Alyssa dan Razif Adam…aku bingung! Betapa kecilnya dunia! Sekembalinya Rania ke London seakan merenggut seluruh hidupku…kesepian kembali bertamu dalam jiwaku yang kian kosong. Betapa berertinya Rania dalam hidupku…kini hanya tinggal kenangan bersamanya..kenangan yang tak mampu aku lupakan..kenangan yang menyeksa batinku! kenangan yang tidak mungkin berulang….

Dan…..andai itu takdirnya, aku harus menerimanya….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Cerpen : Bukan tercipta untukku”
  1. super senior says:

    siannye…
    bercinta dgn adik sendiri…

  2. lynna lynn says:

    yg lebih ksiannya,Rania tinggal mcm 2 ja kluarga kandungny..

  3. dd says:

    ngerinya bercinta dgn abg sendiri

  4. bearberry says:

    cerita dr awl dah tau end dia..tp jln cite best gak..
    tp yg best nape nia tinggalkan mak dia mcmtu je..
    kesian family kandung dia
    ayah dia pun sanggup tinggalkan mak dia sbb kwn..

  5. tikus says:

    best cite ni…jarang jumpa cite mcm ni kat sini…tp ending dah dapat duga…apa2pun good job…. ;-) ;-) ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"