Cerpen : Jodoh

20 February 2011  
Kategori: Cerpen

15,688 bacaan 41 ulasan

Oleh : Elly Yanie

Perasaan sedih marah semuanya menjadi satu, marahku pada Farah adikku masih lagi berbaki.Patung kristal kesayanganku kini berderai di hadapan mata.Aku merenung tanpa kata,merah mataku menahan tangis.

“Cik Zana,biar saya saja yang bersihkan kaca-kaca ni,”Mak cik Leha bersuara cemas.

“Tak apa Mak cik, saya oleh buat sendiri,” mataku masih lagi terpaku pada kaca-kaca kristal yang berderai.

“Tapi Cik….”

“Mak Cik saya tak apa-apa,mak cik sambunglah balik kerja Mak Cik ya,”aku cuba tersenyum,tidak mahu membuatkan Mak Cik Leha sera salah.Perlahan Mak Cik Leha pergi meninggalkan akau yang masih lagi berlutut memerhatikan kaca-kaca kristal yang berderai.Memori zaman persekolahanku kembali bermain di ingatan.

Minggu pertama persekolah, aku sudah melanggar peraturan.Bukannya sengaja, kebetulan hari ini tayar motosikalku pancit,terpaksalah aku menapak kesekolah, itupun selepas meninggalkan motosikalku di workshop yang berhampiran.Tepat pukul 7.45 pagi aku selamat menjejakkan kaki di depan pintu pagar sekolah,memang nasib aku malang, lima minit aku lewat ,dalam keaadaan terpaksa rela aku membiarkan saja namaku di catat dalam buku laporan kesalahan pelajar, nasib aku di kira baik juga kerana pengawas yang berjaga di pintu pagar sekolah hari ini adalah pengawas perempuan,tak banyakla songehnya.namun dari jauh aku nampak dengan jelas seorang pengawas lelaki berjalan menuju ke arahku,kalau tak silap aku dia ketua pengawas sekolah,lagaknya seperti aku akan di hukum dengan hukuman yang berat.

“Nama sapa,”soalnya keras,wajahnya tegang.Pengawas tadi yang aku kenal sebagai kak Lisa sudah berjalan menuju ke kawasan sekolah meninggalkan aku berhadapan dengan ketua pengawas yang seperti harimau lapar yang ingin menerkam mangsa.

“Zzzana….”terketar-ketar aku menjawab pertanyaannya.

“Awak tak ada nama penuh ke??”soalnya lagi.Matanya tajam menyorot mataku,aku gelisah tidak terkata,macam lah aku buat satu kesalahan yang sangat besar.

“Farah Fauzana Fazlan,”

Begitulah perkenalan aku dengan Tengku Iman,perkenalan yang bukan di sengajakan.Sejak peristiwa itu aku langsung tidak berani datang ke sekolah menaiki motorsikal.Buatnya di buat ragamnya, sekali lagi aku akan di kenakan dengan Tengku Iman,ketua pengawas merangkap ketua pelajar Sekolah Menengah Desa Kencana. Walaupun yang membezakan kami cuma umur,namun aku dan teman-temanku yang lain langsung tidak berani menegur waima untuk bertanyakan soalan tentang pelajaran ,sekalipun kami belajar dalam course yang sama.Tidak seperti pelajar Tingkatan 6 Atas 3 yang lain,mereka lebih mudah untuk di dekati .
Mungkin di sebabkan oleh jawatan yang di sandangnya membuatkan aku dan teman-teman takut untuk mengambil risiko, lebih-lebih lagi selepas kes aku datang lewat hari tu.

“Okey ,mulai hari ini ,kamu akan belajar dalam group yang akan di ketuai oleh mentor-mentor dari kelas 6 Atas 3,mereka akan membantu kamu semua dalam pelajaran,setiap kumpulan mesti ada 4 orang dengan seorang mentor,setiap group mesti mengisi penuh jadual belajar yang saya dah tetapkan,”

Pengunguman yang di buat Puan Fatimah pengetua sekolah mengembirakan aku dan teman-teman sekelas,sekurang-kurangnya kami tidaklah berasa susah untuk belajar di tingkatan 6 ini.

Aku,Rin,Pozi dan Ripin satu kumpulan,memang group yang kami buat untuk study.Aku dengan Rin memang kamcing dari dulu,tapi tak sangka pula aku dengan dia akan menjejakkan kaki di tingkatan 6 bersama,malah menduduki kelas yang sama.Pozi dengan Ripin pula, tak sangka pulak aku boleh ngam dengan mereka berdua, al maklumlah pelajar yang boleh di katakan ada rupa and popular jugalah,tapi perangai memang sempoi, tak ada nak cover –cover macho, mungkin di sebabkan itu aku dengan Rin senang bergaul dengan mereka berdua.

” Okey saya akan bagi tahu nama-nama mentornya,ada 8 orang mentor iaitu Siti,Rohani,Mohd Syafiq,Faizal,Hazirah,Ahmad Fitri,Ainun dan Iman,”semua nama-nama mentor yang di panggil sudah berdiri di hadapan kelas.

“Semua nama-nama mentor yang ada di hadapan kamu sekarang ni,adalah yang paling terbaik dalam course yang kamu semua ambil,dan sekarang saya akan masukkan mereka dalam setiap kumpulan,”

Aku,Rin,Pozi dan Ripin berdoa bukan Iman yang menjadi mentor kami.Aku lebih senang dengan Kak Ainun,paling tidak pun abang Syafiq.Namun semuanya bukan seperti yang aku mahukan.

” Zana,Rin,Fauzi dan Ariffin,mentor untuk kumpulan kamu ialah Iman,jadi saya harap awak semua boleh belajar dengan dia sebaik mungkin,” Suara Puan Fatimah umpama menyekat pengaliran darah ke tubuhku,malah aku yakin Rin,Pozi dan Ripin juga seperti aku.Itu pun selepas aku melihat mereka semua tidak berkelip memandang wajah Puan Fatimah,umpama tidak percaya apa yang baru di umumkan.

Deruman enjin kereta papa mematikan lamunanku,pantas aku mengambil penyapu dan penyodok sampah.Perlahan-lahan aku menyapu serpihan kaca-kaca kristal yang yang berderai.Pantas juga aku berjalan masuk ke bilik bersama serpihan kaca-kaca kristal tadi.Tidak mungkin bagiku untuk membuang,walaupun kristal itu sudah pecah berderai,akan ku simpan sebagai kenangan.Fikiranku kembali melayang jauh.

” Rin aku tak boleh datang study petang ni,”

” Hah, kenapa?” laju sahaja aku menaip membalas hatiku bertukar resah memandang bait-bait ayat dari Rin yang tertera di skrin hondphone.Tak sampai seminit mesej aku tadi sudah di balas.

” Mak Cik aku dekat Tanjung Karang sakit tenat,jadi aku dengan family aku nak balik kmpung,aku dah bagi tau abang Iman,” aku mengeluh perlahan membaca mesej yang di berikan Rin.

Perjalanku ke library awam sedikit menggusarkan hatiku, di dalam hati aku berdoa agar Pozi dan Ripin sudah sampai,untuk berhadapan dengan Iman seorang diri membuatkan hatiku jadi sesak.Setibanya di library,dari jauh aku sudah dapat melihat Iman,namun tidak pula aku nampak Pozi dan Ripin, hatiku mula rasa cuak,debaran di dadaku makin menyesakkan.Perlahan aku menapak menghampiri Iman.

” Assalamualaikum,” aku duduk bertentangan dengan Iman selepas salam yang di berikan di sambut bersama senyuman.

” Awak,dah tau kan Rin tak dapat datang hari ni,’soal Iman perlahan,tidak mahu suaranya mengganggu penghuni lain.Aku hanya mengangguk lemah.Tiba-tiba handphone yang aku letakkan di atas meja bergetar menandakan satu panggilan masuk,nama Pozi tertera di skrin.

” Rin, sorry aku dengan Ripin tak dapat datang, motor aku rosak, sekarang kami ada dekat workshop,lambat lagi motor aku boleh siap,kau tolong bagi tahu dekat abang Iman,”Aku mengeluh berat,perkhabaran yang baru di terima membuatkan debaran hatiku makin menggila.
“Abang, Ripin dengan Pozi tak dapat datang, motot Pozi rosak,sekarang diaorang dekat workshop,”Perlahan aku memberitahu Iman,getar suaraku jelas kedengaran di pendengaranku sendiri.

“Tak apa,nampaknya, abang akan ajar awak sorang lah hari ni,”

“Hah!!! Nak belajar juga ke hari ni? Tak susah ke nanti kena ulang lagi sekali,” soal ku,sebenarnya aku berharap sangat yang hari ini pembelajaran di batalkan,tapi nampak gayanya,harapan tidak akan mejadi kenyataan.

“Tak salahkan,lagi banyak kita ulang,lagi cepat kita ingat, kenapa awak ada masalah ke?

“Owh..tak adalah,”aku menggeleng laju, kepalaku masih lagi tunduk memandang buku Ekonomi di atas meja.Gerun untuk menentang sepasang mata milik Iman.

“Kenapa,awak takut dengan saya ke?tak payah risaulah saya tak makan orang,saya makan nasi,”sempat lagilah pula mamat ni nak buat lawak.Debaran hati aku yang semakin menggila macam mana nak buat.

“Taklah,saya tak takut,cuma tak biasa dengan abang,lagipun abang ni kan serba serbi pandai,rasa segan pula,” aku masih lagi tunduk pura-pura membaca,yag aku tahu satu patah haram pun ayat yang aku baca tidak masuk ke otak.Tiba-tiba buku yang aku baca hilang dari pandangan,manakan tidak rupanya di ambil oleh Iman,tak pasal-pasal aku kena mendongak mencari wajahnya.Memang nak buat aku marah,namun demi saja memandang senyuman yang terukir di bibir Iman membuatkan hatiku yang marah menjadi cair,aku terpegun melihat senyuman manis yang terukir di bibir Iman.

” Abang tahu awak masih marah lagi dengan abang pasal kes hari tu,tapi abang tak salah, abang just menjalankan tugas abang sebagai ketua pengawas,” aku masih lagi membisu.masih marahkah aku padanya??? Aku sendiri tak pasti.Yang aku betul-betul pasti aku masih lagi malu apabila mengingatkan yang aku terpaksa menjerit meminta maaf,itu pun di atas kesalahan kerana lewat datang ke sekolah.Macam tak adil je.

“Hello..abang cakap dengan awak ni,bukan dengan meja dan buku dekat sini,”

“Buat apa saya nak marah,lagi pun semua tu dah berlalu, lagi pun memang salah saya pun,memang patutlah saya kena hukum,” aku cuba tersenyum,aku capai pula buku Perniagaan di sebelahku,cuba untuk membuang rasa gugup yang mula menguasai diri.Sekali lagi buku aku di rampas.Aku mendongak memerhatikan wajah Iman yang masih lagi tersenyum.Aku terasa seperti di permainkan.

“Awak tau, abang suka tengok awak marah,”

“Abang ni sakit ke dah gila??”

Aku bangun meninggalkan Iman yang masih lagi tersenyum,hilang segala mood aku untuk study,biarpun sebenarnya mood itu sudah lama hilang dari aku mendapat tahu yang Rin tidak dapat datang. Melihat perangai pelik Iman hari ini membuatkan aku jadi sakit hati hati yang tadinya bergetar hebat dek kerananya kini terasa marah apabila aku tersa seperti di permainkan olehnya.Aku berjalan laju ke perhentian bas,menaiki bas dan terus pulang ke rumah.Di dalam bas,perlahan aku menarik sekeping kertas yang terselit di celah buku ekonomi.Niat di hati ingin melakarkan wajah budak kecil yang duduk di sisi ku.namun tulisan tangan yang tertulis kemas di kertas,membantutkan niatku.

“Assalamualaikum,
Tak tahu macam mana abang nak bagi tahu awak ,Abang still lagi rasa yang
awak masih lagi marah pada abang, abang minta maaf banyak-banyak.Tapi
hati abang akan rasa lega kalau awak dah maafkan abang.sebenarnya abang
ada nak bagi tahu awak satu perkara,abang tak tahu kenapa sejak dari hari
pertama abang kenal awak,hati abang asyik terganggu,buat semua kerja
akan nampak muka awak,susah juga kalau ada ‘hantu’ awak dalam hidup
abang ni.Terus terang abang akui yang abang dah jatuh cinta pada awak
mungkin cinta pandang pertama.Mungkin pelik bila awak dengar,tapi
hakikatnya abang tak boleh nak tipu diri abang lagi.Abang kena luahkan juga
apa yang terbuku di hati abang.Terpulang pada awak untuk membuat
keputusan, abang tak paksa untuk awak menerima abang,tapi
kalau boleh bagilah abang peluang untuk membahagiakan awak. Wassalam.

Cinta dalam hati,
Tg. Iman

Aku termanggu sendirian, ayat-ayat yang tertulis pada kertas itu aku baca berulang kali,bermimpikah aku?sememagnya aku tidak bermimipi.Wajah tenang Iman bermain di ruang fikiranku.Selama ini rupanya aku tidak bertepuk sebelah tangan,perasaan yang aku pendam selama ini rupanya sangat bererti.Tipu kalau aku katakan yang aku tidak meyimpan perasaan pada Iman,dengan perwatakannya yang menarik,aku pasti semua gadis seperti aku pasti mengiginkan untuk berdamping dengannya.
Huluran kasih yag di berikan Iman aku sambut dengan gembira.Semakin hari hubungan aku dengan Iman semakin rapat.Tidak aku sangka,lelaki yang dulunya aku takut untuk dekati dan hanya mampu memandang dari jauh kini menjadi teman istimewaku.Namun panas yang ku hrapkan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

” Zana, abang Iman kemalangan,dia cedera parah” perkhabaran yang aku terima dari Rin, menyentap tangkai jantungku.Pantas aku bergegas ke hospital.Aku harap tiada yang buruk terjadi pada abang Iman.Tiba di hospital aku dapat melihat,Mak Cik Zainab,ibu abang Iman menangis hiba,Rin,Pozi dan Ripin juga ada bersama,wajah mereka juga mendung.Aku dapat lihat manik-manik halus menuruni pipi mereka.Jiwaku resah.Perlahan aku menghampiri mak cik Zainab.

” Iman dah tak ada Zana,dia dah tinggalkan kita,Dia dah pergi untuk selama-lamanya,”kata-kata yang keluar dari mulut mak cik Zainab membuatkan duniaku seakan terhenti seketika,aku jatuh terjelepuk ke lantai,kenyataan yang amat pahit terpaksa aku terima.Air mata tidak mampu untuk aku tahan lagi.Aku menangis semahu-mahunya di dalam pelukan mak cik Zainab,sesugguhnya mak cik Zainab lebih merasai kehilangan abang Iman.

Rupanya petang itu Iman keluar untuk memberikan ku hadiah sempena hari lahir ku. Malang memang tidak berbau, dia di rempuh oleh kereta,yang di pandu oleh seorang yang mabuk.Aku tatap pemberian terakhir Iman untuk ku, kesan darah masih lagi ada pada pembalut hadiah.Perlahan-lahan jari jemariku membuka kertas yang membalut kotak hadiah,dengan hati-hati aku menarik keluar hadiah pemberian Iman,patung kristal seorang gadis memegang segulung ijazah,bersama patung tersebut terselit satu keping kad ucapan ringkas dari Iman.

” Selamat Hari Jadi Sayang,
Abang tak tahu kenapa abang rasa yang ini mungkin hadiah pertama
dan yang terakhir dari abang.Mungkin perasaan abang je kot.Tapi walau
apa-apa pun abang nak sayang janji pada abang yang sayang akan berjaya
dalam hidup sayang walau apa pun yang terjadi,dan satu perkara lagi yang
abang nak sayang ingat sampai bila-bila,
“Kasih abang akan kekal selamanya untuk sayang”

Wish you happy,
Lot of love….Iman

Air mataku mengalir laju, aku masih lagi berteleku di tepi kubur arwah Iman,Rin masih lagi setia di sisiku.Memang ini pemberian pertama dan terakhir dari Iman.

“Zana,aku harap kau tabah,aku pasti abang Iman tak nak kau sedih macm ni sekali,kau kena kuat Zana,kau meti tunaikan permintaan abang Iman untuk tengok kau berjaya.”

Betul kata Rin,aku harus bangkit dari kesedihan,aku mesti tunaikan permintaan Iman,untuk melihat aku berjaya.Aku bangun dari duduk ku,berjalan meninggalkan tanah perkuburan.Titis-titis air hujan mengeringi perjalanku.Akan ku semat memori indah bersama Iman selamanya di hatiku.Iman adalah insan yang pertama dan yang terakhir akan bertapak di dalam hati ku, tak mungkin ada sesiapa yang mampu menggantikan Iman.Tak mungkin.

**********************************

10 tahun sudah berlalu,kejadian itu umpama baru semlam berlaku.Tangisan Farah mematikan lamunanku.Aku bingkas bangun dari pembaringan dan melangkah turunmendapatkan Farah.rasa marahku padanya kini sirna sedikit.Dia masih lagi kecil dan ketandusan kasih sayang seorang ibu.Ibuku pergi meninggalkan aku dan Farah tatkala kami memerlukannya.Biarpun umurnya kini mencecah 11 tahun,namun peranginya masih tidak berubah,mingkin terlampau dimanjakan oleh aku.Semua permintaannya mesti di tunaikan,jika tidak dia pasti akan mengamuk.

“Farah,kenapa ni?”

” Farah nak ais krim,tapi papa tak bagi,”rengek Farah.Aku memandang Farah,papa mesti tertekan ,mana dengan kerja –kerja di pejabat dan karenah Farah di rumah.

” Farah,kakak bawa Farah pergi jalan-jalan nak,? Aku cuba memujuk.

“Tak nak,Farah nak ais krim,Farah nak ais krim,”rengek Farah makin menjadi-jadi.Air matanya mula laju menuruni pipinya.

“Zana, biarkan dia,jangan di manjakan sangat adik kamu tu,”tiba-tiba papa bersuara keras.Farah makin galak menangis.

” Tapi,papa….”

” Jangan degil,kamu ada kerja nak di siapkan kan,esok client nak tengok hasil kerja kamu,pergi siapkan jangan layan sangat karenah adik kamu ni,”Aku hanya mengangguk lemah,melawan arahan papa bermaksud aku memang cari nahas.Aku menapak perlahan naik ke atas meninggalkan Farah yang teresak-esak menahan tangis.Hati kecil ku terusik,memang aku selalu menurutkan kehendaknya.Mungkin aku hanya mahu mengisi kekosongan dalam jiwanya.Aku mengeluh memikirkan perjumpaan dengan client esok menyesakkan hatiku.Bukan tak biasa bertemu dengan mereka,namun acap kali mahu bertemu pasti hatiku gelisah,takut kertas kerja yang di sediakan tidak di sukai mereka.

Perjumpaan dengan wakil Syarikat Putra berjalan dengan lancar,nasib aku baik perjumpaan kali ini bukan bersama ketua pengarahnya.Ketua pengarah tidak dapat hadir kerana masalah tertentu, dan mujur juga bagi aku kerana kertas kerja aku di terima.Berkali-kali aku mengucapkan syukur pada Allah S.W.T.Aku juga bersyukur kerana aku berjaya menunaikan permintaan Iman untuk melihat aku berjaya.Sesungguhnya kejayaan ku kini adalah untuk papa,Farah dan Iman.

Aku tiba di pejabat tepat pukul 10.30 pagi.Perjumpaan dengan wakil Syarikat Putra tadi sedikit memenatkan.Aku bersandar lemah,Perlahan-lahan mataku di pejam,kepenatan yang yang menguasai diriku tadi kini sirna sedikit demi sedikit.Pintu pejabatku di ketuk,terjojol wajah manis Syasya di muka pintu.

“Ada apa Syasya,”soalku lembut.

” Cik Zana tak nak keluar makan,”

” Owh,saya dah kenyang,terima kasih,awak pergilah,”

” Kalau macam tu,saya pergi dulu ya cik Zana,”Aku hanya mampu mengangguk seraya tersenyum.

Jam sudah menunjukkan jam 5.30 petang,suasana pejabat kini sunyi,tiada lagi bunyi orang menaip dan berbual,aku terasa sedikit tenang.Handphone yang aku letakkan di atas meja tiba-tiba berbunyi,tertera nama Rin di skrin,pantas aku menekan butang answer.

” Assalmualaikum,Rin,kau apa khabar sihat?”

” Sihat,amboi kau Zana,kalau aku tak telefon kau,kau langsung tak telefon aku,”suara Rin seperti orang berjauh hati.

“Aku bukan sengaja Rin,aku sibuklah akhir-akhir ni,kau pun tahu kan perangai papa aku macam mana,jangan kan nak call kau,aku nak keluar makan pun kadang-kadang tak sempat” aku cuba memberikan penjelasan,tidak mahu Rin berjauh hati.

” Sekarang ni,kau sibuk ke tak,”
” Dah siap dh semua kerja aku,kenapa kau nak ajak aku pergi mana?

“Temankan aku pegi shopping,”

” Okey no problem,kejap lagi aku pergi ambik kaukat rumah.”

” Okey,” suara riang Rin di hujung talian jelas kedengaran.Terlalu sibuk bekerja sampaikan aku sendiri lupa untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan dan diri sendiri.

Aku tersenyum mengenangkan perangai Rin yang sedikit kelam kabut,dari dulu sampai sekarang tidak berubah.Namun aku betul-betul tidak sangka,yang kini dia bercinta dengan Ripin.Kalau dulu pantang bertemu pasti akan bertikam lidah.tapi kini segalanya sudah berubah.Dari jauh aku dapat melihat Rin sudah menunggu di depan pintu pagar ruamahnya,tersenyum sambil melambai tangan ke arahku.Sepanjang jalan ke gedung membeli belah ,mulut Rin tak lekang dari bercerita itu dan ini,boleh di katakan aku tak perlu untuk memasang radio di sebabkan banyak sangat cerita yang ingin di ceritakan oleh Rin.Kami tiba di pusat membeli belah Jusco,dari satu bahagian ke satu bahagian aku menamankan Rin mencari barang-barang yang di kehendakinya.Tiba-tiba mata aku terpaku pada wajah seorang pemuda di bahagian kasut dan selipar.Wajah itu,wajah yang selama ini masih segar dalam ingatanku,wajah yang amat aku rindui.Aku umpama bermimpi di siang hari,mengharapkan orang yang akau rindui berada di depan mata,namun aku sememangnya hanya bermimpi senyuman yang terukir di bibirnya ukan milik Iman,dan tatkala itu juga aku beristifar dan tersedar yang orang yang aku harapkan muncul di depa aku sudah kembali ke rahmatullah.Air mataku mengalir sepi,Pemuda yang asyikku lihat dari tadi perasan dirinya di perhati,segera aku memalingkan wajah dan melangkah menuju kearah Rin.Ku kesat baki air mata yang masih ada,tidak mahu kesedihanku merisaukan Rin.Melalui sahaja barang mainan,hatiku terpaut pada patung “stich”.Pantas aku berhenti dan membelek patung comel itu.Niat di hati mahu memberikan patung itu pada Farah.Aku melangkah ke kaunter untuk membuat bayaran.

” Cantik patung yang awak pilih,”

Aku tersentak,langkahku terhenti,tiba-tiba sahaja ada suara yang menegur,suara yang sudah lama aku tidak dengar,suara Iman,aku menoleh pada orang di sisiku,Pemuda yang wajahnya mirip Iman!sekarang bukan wajah sahaja yamh mirip Iman,suaranya juga persis Iman, hati ku tiba- tiba bergetar hebat,entah bila dia ada di sebelahku aku sendiri tidak sedar.

” Thanks” ujar ku,aku meneruskan langkah,berada lama di hadapan pemuda ini membuatkan nafasku jadi sesak,namun sekalilagi langkahku terhenti,kali ini dia berdiri tegak di hadapanku,menghalang aku dari terus melangkah.

” Boleh saya tahu,sapa nama awak,”dia tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua pelah pipinya.

” Penting ke untuk encik tahu,”soalku laju,kurang selesa berhadapan dengan ‘jelmaan Iman’ ini.

” Penting bagi saya,sebab saya betul-betul nak kenal dengan awak,” Aku mengeluh berat,dari jauh aku nampak Rin melambai-lambai meminta aku segera pergi kepadanya.Melihat pemuda yang masih lagi tersenyum di depan ku membuatkan aku tanpa melengah memberi tahu nama ku, biarlah bukannya aku akan bertemu dengannya lagi.

” Farah Fauzana Fazlan,” Habis sahaja nama aku sebut aku melangkah menuju ke kauter pembayaran,segera aku mahu pergi mendapatkan Rin yang sudah tidak sabar lagi menunggu, baru dua tapak melangkah aku mendengar namaku di panggil,aku berpaling.

” Zana,nama saya Ahmad Faris Yahya,selamat berkenalan,semoga kita di pertemukan lagi,” ucapnya lembut dan aku hanya mengangguk laju.Namun sebenarnya aku berharap tiada lagi pertemuan selepas ini kerana aku takut dengan bayang-bayang Iman pada diri Faris,aku takut untuk berhadapan dengan Faris,aku takut sekirayanya aku salah membezakan di antara Faris dan Iman.Namun aku akui aku senang bila berada dekat dengan Faris,mungkin di sebabkan oleh gaya dan percakapannya yang mirip Iman.Sepanjang perjalanan aku masih lagi terbayngkan wajah Faris,yang membezakan dia dan Iman hanyalah senyuman.Bebelan Rin mengisi ruang kereta ku sepanjang perjalanan pulang.

Hari minggu yang selalu aku nantikan,namun hari ini tiada perkara penting yang aku ingin lakukan.Aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah anak-anak yatim di Kampung Pandan. ” Rumah Impiana” yang di buka oleh arwah ibu,tak mungkin di sia-siakan,aku akan menjaga sebaik mungkin peninggalan arwah ibu ini.Farah awal-awal lagi sudah papa bawa pergi ke taman tema.Pelik juga aku denagna sikap papa,di suruhnya aku supaya tidak memanjakan farah,tetapi lain pula jadinya.Aku tersenyum sendiri,suara riuh rendah penghuni “Rumah Impiana” menyambut kedatanganku.dari jauh aku lihat mak long,kakak arwah ibu tersenyum manis kepadaku,kini mak longlah yang menguruskan rumah ini,nak di harapkan aku sorang memang tak menang tangan.mujur ada mak long yang sudi mengambil alih tugas,lagi pun maklong memang sukakan kanak-kanak,namun bukan rezekinya untuk punya anak sendiri,ketidakupayaannya untuk mengandung menyebabkan dia di cerai oleh suaminya.

“Lambat Zana sampai hari ni,”suara mak long mematikan lamunanku.

“Terlajak tidur mak long,”aku tersengeh.

” Tu la,mak long rasa dah berbuih mulut mak long ni pesan,jangan tido lepas solat subuh,rezeki payah masuk,degil juga,sebab tu boleh terlajak tidur tu,”padan muka aku tak pasal-pasal kena ceramah punya dari mak long.

“Sorry,lain kali tak buat lagi,”aku tersengeh sambil tangan aku di angkat seperti mengangkat sumpah.

“Dah,jom mak long nak kenalkan kamu dengan sorang pekerja social dekat sini,dah dua bulan dia tolong mak long dekat sini,nak harapkan kamu sorang kesian pula mak long tengok,tak pasal-pasal lingkup “Rumah Impiana” ni,”aku hanya mampu tersenyum,betul juga kata mak long,aku terlalu sibuk,sampaikan kerja-kerja dekat sini tidak mampu aku selesaikan.Aku membontoti mak long masuk sambil menjengjeng bekas KFC yang aku beli untuk penghuni “Rumah Impiana”.Dari Jauh aku dap[at lihat satu susuk tubuh yang seperti aku kenali.Aku letakkan bekas KFC yang aku beli tadi di atas meja,aku keluarkan ketulan-ketulan ayam dan di isikan di dalam pinggan.Anak –anak kecil sudah beratur tersengeh menantikan makanan siap.Penghuni ramah ini tidaklah ramai hanya memuatkan 20 orang kanak-kanak yang berumur dari awal 3 bulan dan paling besar berumur 5 tahun,ada diantara kanak-kanak yang pernah menghuni di sini akan di ambil sebagai anak angkat oleh keluarga-keluarga yang menginginkan mereka.

“Zana,mak long kenalkan, Faris,”Aku berpaling,mata aku menangkap sepasang mata redup milik insan yang bernama Faris,adakah ini di katakan jodoh?Ahmad Faris yang aku jumpa sebulan lalu kini sedang berdiri dihadapanku.

“Assalamualaikum,nampaknya kita memang ada jodoh,sebab tu kita bertemu lagi,”Faris bersuara.

” Kamu berdua dah kenaki ke?,Faris ni la anak saudara mak long yang mak long cerita dekat kamu dulu.”

” Mak long,Zana dah pernah jumpa Faris,dekat shopping complex,”

“Ehmm,eloklah macam tu,senang sikit kamu nak berurusan nanti,mak long nak pergi dalam dulu nak tengok barang-barang yang taka da,nanti kamu boleh tolong belikan.”aku hanya mengangguk,aku perhatikan tubuh mak long yang semakin hilang dari pandangan.

“Ekkhem…,Zana apa khabar,sihat,”Soala Faris lembut,sesungguhnya,dia mengingatkan aku pada Iman.Berhadapan dengannya kini membuatkan jantungku berdegup laju.

“Sihat Alhamdulillah,”

“Tak sangka saya “Rumah Impiana” ni milik Zana,”

“Bukan milik saya Faris,milik arwah ibu,dan sekarang milik mak long,saya hanya bantu apa yang termampu sahaja,”

“Kira samalah, kiranya warisan keluarga awak jugalah,”Aku hanya tersenyum,terserah apa yang mahu di katakan Faris,tepat pukul satu tengahari aku meminta izin untuk pulang,janjiku pada Farah mesti di tunaikan.Menemannya untuk makan tengahari.

“Baik-baik bawa kereta tu Zana,”

“Baiklah mak long saya pergi dulu, Assalamualaikum.” keretaku meluncur laju meninggalkan perkarangan “Rumah Impiana”.

Faris yang sibuk melayan kerenah kanak-kanak mengeluh kecewa, terkilan dia untuk bertemu Zana,dia mahu mengucapkan selamat tinggal.

“Biarlah,kami pasti akan bertemu lagi,”Faris bermonolog sendiri.

Petang itu aku pergi ke rumah Rin.Padanya aku ceritakan tentang Faris yang wajahnya seiras Iman

“Kau dah jatuh cinta dengan dia ke” Soal Rin pantas.

“Tak mungkin ada orang lain yang boleh gantikan Iman, Rin.”

“Tapi, tak kan selamanya kau nak hidup dalam bayangan Iman,takkan kau tak nak benarkan hati kau untuk jatuh cinta sekali lagi.”

“Aku masih belum bersedia Rin,” aku bersuara sayu,kata-kata Rin ada benarnya juga,aku tak boleh terus hidup dengan kenangan dan baynagan Iman,aku perlu membenarkan hati aku untuk menerima orang lain selepas Iman.Aku mengeluh berat .

” Maafkan aku Zana,kalau kata-kata aku buat kau terasa,”

“Tak lah Rin,apa yang kau cakap ada betulnya,aku tak boleh terus hidup dalam bayangan Iman,tapi…”

“Aku tau susah untuk kau lupakan Iman,tapi Zana dah 10 tahun pun,kau yang tak nak buang dia dari hati dan hidup kau,aku tak bermaksud untuk kau buang terus dia dari hidup kau,tapi cukuplah sekadar untuk kau ingat kenangan-kenangan kau dengan Iman,itu saja,”

Sesungguhnya aku bersyukur punya sahabat sebaik Rin,Rin semamngnya seorang yang tabah,dia redha dengan pemergian kedua orang tuanya.Itu pun semasa dia belajar di luar negara,tanpa sempat melihat wajah kedua orang tuanya, mayat mereka sudah dikebumikan setelah dia tiba di tanah air.Dia boleh bangun dari kesedihan yang teramat sangat,tapi kenapa aku tak boleh?.Mulai dari saat ini aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa sesungguhnya aku pasti bangkit dari kesedihan 10 tahun dulu.

Aku memandu terus pulang,setibanya di rumah ku lihat kereta papa sudah terpakir di garaj,ku lihat papa sedang berehat di ruang tamu,seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya,wajahnya mendung,dahinya kerut seribu,aku melangkah laju menuju ke arahnya,perlahan punggung aku letakkan duduk di sisinya.

“Papa.ada masalah ke,”soalku lembut.

“Zana, hmm, papa tak tau nak bagi tau kamu atau tak tentang masalah ni,”

” Papa, Zana anak papa,kalau Zana boleh tolong,Insyaallah Zana akan tolong,”

“Zana, tadi Uncle Razman call,syarikat kita mengalami kerugian yang besar akibat penarikan kerjasama kita dengan Syarikat Starz,kita kena tanggung semuanya.”

“Tapi Syarikat Starz tak boleh buat macam tu,bukan ke dalam syarat perjanjian sekiranya salah satu syarikat menarik diri,syarikat itu sendiri perlu menanggung segala kerugian di atas penarikan mereka,”

” Betul,tapi papa yang salah,papa tandatangan perjanjian tanpa membaca semua isi kandungan perjanjian tersebut,dalam perjanjian itu ada mengatakan sekiranya syarikat mereka menarik diri dalam sesuatu projek,syarikat kita akan menanggung semua kerugian itu sendiri tanpa menuntut dari syarikat mereka.Papa terlalu taksub Zana, papa terlalu inginkan majukan syarikat kita sampaikan papa tak tengok semua tu,”

Aku mengeluh berat,masalah apa pula yang datang sekarang ni.

” Perkara dah jadi papa,jangan salahkan diri sendiri,anggaplah Allah nak uji kita sekarang ni,”aku tersenyum,cuba menenangkan papa yang kelihatan kusut.

“Papa ada ikhtiar,”aku sendiri resah mengenangkan syarikat yang di bangunkan oleh papa dan arwah ibu sekarang berada di ambang kehaancuran.

“Papa,pun dah tak tahu macam mana nak fikir,fikiran papa buntu,”

“Apa rancangan Uncle Razman,?”

“Uncle Razman kata syarikat kita boleh di selamatkan,tapi ini melibatkan Zana,papa tak nak susahkan Zana,” aku lihat mata papa sudah berkaca.Aku tahu kalau boleh dia tidak mahu membebankan aku dengan masalah yang dihadapi kini.

“Apa dia pa,kalau itulah satu-satunya cara yang boleh selamatkan syarikat,Insyaallah Zana sanggup lakukan,”aku menatap wajah papa sayu,air mataku hanya menunggu masa untuk mengalir keluar.

“Zana kena kahwin dengan cucu Datuk Isa,”bagaikan halilintar yang menangkap pendengaranku,aku terkaku.

“Datuk Isa sanggup menjadi pengganti Syarikat Starz yang tarik diri dari dari perkongsian tu,tapi dengan syarat yang kamu sanggup kahwin dengan cucu dia,papa tak akan paksa kamu untuk lakukan benda yang yang kamu tak mahu lakukan.”

” Tak papa,Zana sanggup kahwin dengan cucu Datuk Isa,apa kyang Zana tak sanggup ialah tengok syarikat yang papa dan arwah ibu susah payah bangunkan jatuh musnah begitu sahaja.Zana sanggup buat apa sahaja asalkan dapat pertahankan syarikat kita,”keputusan yang bagiku amat tepat,aku pasti aku membuat keputusan yang tepat.aku tidak sanggup untuk melihat kejatuhan syarikat.Empangan air mataku pecah juga akhirnya,aku menangis dalam pelukan papa,sudah lama aku tidak merasa kehangatan pelukan seorang ayah.
“Maafkan papa,sebab papa kamu terpaksa berkorban,”air mata papa mengalir laju.

“Tak papa,Zana ikkhlas melakukannya,papa jangan rasa bersalah,Zana sayangkan syarikat kita seperti Zana sayangkan papa,ibu dan Farah,”aku mengesat air mata papa yang mengalir,tidak sanggup rasanya melihat wajah tua itu di saluti dengan air mata.Papa juga begitu,menyapu lembut air mata yang mengalir di pipiku.

Sudah sebulan berlalu,syarikat kami dapat di selamatkan.Hari ini hari yang amat mendebarkan,aku akan di tunangkan dengan cucu Datuk Isa,penyelamat yang sudah menyelamatkan syarikat.Aku berdoa agar cucu Datuk Isa sebaik dirinya,Aku masih lagi di bilik,bersiap untuk kali yang terakhir.Debaran yang aku rasakan begitu hebat,entah siapalah cucu Datuk Isa,aku mengeluh perlahan,aku tak boleh begini,aku ikihlas di atas apa yang berlaku.Semoga apa yang berlaku bukan satu kesilapan.

“Zana,aku bangga dengan kau,kau sanggup korbankan kebahagian kau demi keluarga kau,”

“Aku buat sekadar apa yang aku mampu,Rin,”Aku tersenyum tawar.

Majl;is akan berlangsung sebentar lagi,suara riuh rendah tetamu yang hadir meresahkanku,aku di bawa turun,dari jauh aku dapat melihat senyuman papa dan Datuk Isa,di sisi mereka pemuda yang tidak ku pasti adakah itu bakal tunanganku?.Papa menyambutku,dan di bawanya aku di sisi pemuda yang berdiri di sisi mereka tadi.

“Okey sekarang,kita akan teruskan majlis kita dengan pertunangan di antara cucu saya Ahmad Faris Yahya dengan Farah Fauzana Fazlan,” penguguman yang baru di buat oleh Datuk Isa mengejutkan aku,nama cucunya itu seperti pernah aku dengar,aku berpaling melihat pemuda yang berdiri di sisi ku,sah dia Ahmad Faris yang aku kenal,aku lihat Faris juga terkaku,terkejut barangkali melihat tunangannya adalah aku.

” Apa lagi,Faris sarungkan cincin,”suara Datuk Isa mengejutkan kami yang masih lagi terkejut,Perlahan Farus menyarungkan cincin pertunangan di jari manisku dan aku juga berbuat begitu,sekarang aku sudah sah menjadi tunangan kepada Ahmad Faris,aku dan dia masih punya masa 4 bulan untuk memahami dan mengenali hati masing-masing sebelum di ijab kabulkan.JIkalau dalam masa tersebut,kami tidak punya persefahaman ikatan ini akan di putuskan,itulah perjanjian di antara Datuk Isa dan papa.Walaupun kami tidak jadi untuk berkahwin namun Datuk Isa tidak akan sesekali menarik perkongsiannya dengan syarikat.

” Saya tak tahu yang saya akan di tunangkan dengan dengan awak Zana,”Faris bersuara seakan berbisik.

“Saya pun tak tahu yang awak ni cucu Datuk Isa,”Aku cuba tersenyum.Ikhlas atau tidak aku sendiri tak pasti.

“Zana saya nak cakap dengan awak sekejap,”Faris bersuara lagi,kali ini kami mengambil keputusn untuk bercakap di taman,suasana di siti lebih tenang.

“Zana,saya nak Zana tahu yang semua ini bukannya rancangan saya,saya pun tak tahu dengan sapa saya akan di tuanagkan,”Faris memulakan bicara setelah kami tiba di taman.

“Saya tahu,tapi kenapa?”aku menyoal pantas.

“Saya juga macam awak,awak nak selamatkan syarikat,tapi saya pula nak selamatkan perhubungan di antara ayah dan atuk.Perhubungan mereka umpama retak menanti belah,jadi saya fikir dengan cara saya menuruti kehendak atuk,hubungan mereka akan jadi baik semula.”

“Saya rasa tindakan awak mungkin tepat,cuba tengok tu,”aku dapat lihat sinar kegembiraan di wajah Datuk Isa dan Pak cik Yahya.Papa juga begitu.

“Saya tak pernah nampak mereka berdua segembira itu Zana,”

“Jadi jangan kecewakan mereka,”aku bangun melangkah meningglakan Faris,bukankah sekiranya faris tidak mahu mengecewakan mereka,perkara ini melibatkan aku.Aku lepaskan keluhan berat yang teramat sangat,aku juga tidak mahu sinar kegembiraan itu hilang pada wajah tua papa,dan datuk Isa aku juga tidak mahu mengecewakan orang yang telah ku anggap sebagai atuk ku sendiri.Aku memandang sayu Faris.Wajah dan tingkah lakunya yang persis Iman membuatkan aku menyenanginya.Namun dapatkah aku mengalihkan kasih dan sayangku padanya?dan adakah Faris akan menerimaku dan menyintaiku?

Sudah seminggu kini aku menjadi tunangan Faris,Rutin harianku seperti biasa.Aku memandang cincin pertunanganku yang tersarung kemas di jari manisku.Perlahan aku memandang Kristal pemberian Iman yang sudah hancur berderai yang sudah aku letakkan di dalam kotak kaca.Walaupun Kristal itu sudah hancur berderai namun untuk membuangnya aku tidak mampu.Bersilih ganti aku memandang Kristal pemberian Iman dan cincin pertunanganku.Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Rin tempoh hari sewaktu aku memberitahunya tentang Kristal kesayanganku yang sudah hancur berderai.

“Mungkin itu satu petunjuk buat kau,yang kau perlu terus hidup tanpa bayangan dari Iman,cukuplah untuk kau mengingatinya bukannya hidup dengan bayangannya sampai mati,”

Aku mengeluh panjang,kata-kata Rin ada betulnya.Handphoneku tiba-tiba berbunyi,satu sms dari Faris tertera pada skrin.

“Assalamualaikum,maaf ganggu…dah tido ke?? Kalau tak boleh kita sembang,sementara menunggu kantuk.”

Aku tersenyum,aku mengaku memeng sejak akhir-akhir ni aku senang bersama Faris,senantiasa menunggu mesej-mesej darinya,bahkan panggilan telefon darinya.Adakah aku sudah bersedia untuk menerima Faris sebagai peganti Iman di hatiku??

“Tak menganggu pun,Zana pun tak tido lagi,just baring-baring layan perasaan..”laju aku menaip membalas mesej yang di berikan Faris tadi.Tidak sampai seminit mesej dari Faris aku terima.

“Layan perasaan??? Ke tengah ingatkan Faris,”

Aku membiarkan sms dari Faris tidak berbalas,lama aku memerhatikan tulisan yang tertera di skrin handphoneku.Sebenarnya aku sendiri tidak tahu untuk membalas apa.Namun belum sempat aku menekan huruf-huruf untuk menaip,handphoneku berbunyi lagi,tapi kini bukan sms dari faris tapi panggilan darinya.

“Assalamualaikum,kenapa call,”soalku mendatar.

“Saja,lambat sangat balas ingatkan dah tido tadi,”

“Taklah,baru ja nak taip,tadi pergi toilet kejap,” aaku cuba berdalih,padahal alu sendiri tidak tahu tahu apa yang berlu di balas.

“Ye ke,ingatkan tak tahu nak balas apa?,”terdengar tawa Faris di hujung talian,ini tak lain nak menyakat akulah tu.

“Eh,tolong sikit,dari saya ingatkan awak, baik saya ingatkan kucing kat Rumah Impiana tu,dah makan ke belum kucing tu?sihat ke tak kucing tu?” dari hujung talian aku terdengar Faris terkekek-kekek ketawa,entah apa yang lucu aku sendiri tak pasti.

“Seronokkan jadi kucing,boleh awak ingat selalu,”ketawa Faris masih lagi bersisa.

“Hmmm,okeylah Faris,saya dah ngantuk,”Aku mematikan terus talian tanpa menunggu kata-kata dari Faris,sebenarnya hati aku sakit mendengar gelak tawa dari Faris.Takkan aku hendak mengaku yang aku memang sedang memikirkannya.lagilah dia seronok menyakatku.Isyarat mesej berbunyi lagi,nama Faris tertera di skrin.

” Sorry,tak niat nak buat awak marah,awak tu kalau tak pandai menipu jangan sesekali nak buat,mana ada kucing kat rumah Impiana sekarang,kan kucing tu dah mati…hehehe…tapi x pe biar saya jadi kucing tu,seronok sebab awak akan ingat selalu..Okey nite…sweet dream.”

Aku menepuk dahi mengenangkan kebodohan diri sendiri,kenapalah aku tidak ingat yang kucing di Rumah Impiana sudah mati,aku tersenyum sendiri rasa sakit hatiku pada Faris sirna sedikit.Faris umpama telah mengisi kekosongan yang ada dalam hatiku.Namun dapatkah aku mencintai dirinya.Mataku di pejam rapat,cuba membuang segala persoalan yang mula menyesakkan fikiran.Bolehkah insan yang bernama Ahmad Faris ini menggantikan Tengku Iman dalam hatiku?.Persoalan yang sering bermain di kotak fikiranku.

Aku tiba awal di pejabat,kantukku masih lagi terasa,semalam aku tidak dapat tidur dengan nyenyak,pelbagai persoalan mengganggu fikiranku.

“Selamat pagi Cik Zana,” Syasya setiausaha papa menyapaku ramah.

“Selamat pagi Syasya,”aku membalas dengan senyuman.

Aku terus masuk ke bilikku,kusandarkan kepala pada kerusi empukku,apa yang aku nampak sebentar tadi sedikit menggangguku.Faris dan seorang gadis manis sedang bersarapan bersama,mereka teramat mesra.Aku tidak pasti samaada Faris perasan aku di situ sebentar tadi,nampak sahaja mereka seleraku sudah mati.Terus aku mengambil keputusan untuk masuk ke pejabat.Cemburukah aku?sepanjang hari kau bekerja,fikiranku asyik memikirkan siapa gadis yang bersama Faris tadi.Adakah itu kekasih hatinya?kanapa hati aku gelisah?Adakah aku sudah dapat menerima faris?Panggilan dari Syasya mengejutkan yang asyik mengelamun.
” Maaf Cik Zana,ada panggilan dari En Faris,”aku membisu seketika membiarkan Syasya menunggu jawapan dariku.

“Awak bagi tahu dia,saya tak ada dekat pejabat,saya keluar jumpa pelanggan,” aku tidak bersedia untuk berbicara dengan Faris,aku pun tidak tahu kenapa aku bersikap sedemikian.

Lewat malam aku tiba di rumah,kepulanganku di sambut Mak Cik Leha,pembantu rumahku.

“Farah dah tidur Mak Cik,”soalku,melihat keadaan rumah yang sunyi sepi.

“Dah, Zana,baru sekejap tadi dia tidur,kamu dah makan?,”

” Dah Mak Cik,papa?”

“Papa kamukan outstation,”

“Ya Allah makcik,saya betul-betul lupa,”aku menepuk dahiku.

“Kamu ada masalah ke,?Mak Cik tengok muram je wajah kamu hari ni,”aku tidak mampu menjawab soalan yang di ajukan Mak Cik Leha,hanya gelengan sebagai tanda aku tidak apa-apa.

“Tadi Faris telefon,dia telefon handphone kamu katanya tak dapat,diaagak kamu dah sampai rumah,tapi Mak Cik kata kamu belum sampai rumah lagi,”

“Mak Cik saya naik atas dulu,Mak Cik pun masuklah tidur dah lewat ni,pasal Faris terima kasih sebab bagi tahu saya,”aku jadi cuak sebaik sahaja nama Faris di sebut.Kemesraannya dengan gadis bertudung pagi tadi bagaikan layar filem yang bermain di mataku,ku hempaskan tubuh ke tilam,mataku asyik memerhatikan kipas yang berpusing di syiling.Tiba-tiba air mataku mengalir,rinduku pada Iman kembali mengetuk ruang hatiku.Di kala aku pasti bahawa aku mampu menerima Faris di dalam hatiku kenapa perkara ini terjadi.Handphoneku berbunyi,nama Faris tertera di skrin,ku biarkan sahaja,aku tidak punya hati untuk berbicara dengannya saat ini,namun akhirnya aku terpaksa mengalah selepas berpuluh-puluh miscall darinya tercatat di handphoneku.

“Assalamualaikum,dah lewat malam ni Faris kenapa call,”jawabku acuh tak acuh.

“Waalaikumsalam,saja saya nak dengar suara awak,”
Aku mengeluh nafas berat,mungkin jelas kedengaran di telinga Faris.

“Faris,dah lewat malam pun,saya penat…”

“Penat sebab cuba lari dari saya,” belum sempat aku menghabiskan kata-kata Faris sudah menyambung.

“Apa yang awak merepek ni,” aku cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku,walhal apa yang di katakana Faris ada benarnya,aku memang mengelak untuk berbual dengannya dek kerana peristiwa pagi tadi.

“Siang tadi saya call awak,Syasya kata awak tak ada,” perlahan dia memulakan bicara,suaranya masih lagi tenag.

“Betullah saya tak ada,”

“Zana,lain kali kalau tak tahu menipu jangan buat,saya ada kat pejabat awak waktu tu,”Aku terkedu,Faris ada di pejabat ku,tapi kenapa aku tak nampak dia.

“Saya datang ambil report dekat Fahmi,saya nampak dengan jelas awak tengah termenung jauh,awak kenapa sebenarnya,”soalnya lembut.

“Saya,tak apa-apa,cuma tak sihat sikit,”aku cuba berdalih.

“Tak sihat,sampai nak jawab call dari saya pun tak boleh,”Faris masih cuba untuk mengetahui apa yang sudah terjadi kepadaku.

“Bukan,macam tu,saya cuma….”

“Awak sebenarnya cemburu?cemburu tengok saya breakfast dengan perempuan pagi tadi kan,”

Aku terpana,adakah Faris nampak aku pagi tadi?atau pun sebenarnya Faris seorang ahli nujum yang memang dapat membaca perasaanku saat ini.

“Apa yang awak merepek ni,”aku mula gugup.

“Awak,ingat saya tak nampak awak pagi tadi,ingat nak ajak breakfast sama,tapi tiba-tiba ja awak pergi macam tu je,dari senyum manis bertukar masam macam cuka,saya cuba call awak untuk tahu apa yang tak kena,tapi awak asyik larikan diri ,Zana,saya ikhlas menyayangi awak,kenapa bila saya pasti yang saya ada peluang untuk mendekati awak, awak tutup peluang tu untuk saya,”suara Faris kedengaran lemah.

“Faris,saya tak bermaksud untuk buat awak macam tu,saya cuma…”

“Awak cuma tak mampu buang bayangan Iman,awak nampak Iman pada diri saya,”aku terkejut,lama aku mendiamkan diri.

“Kenapa awak diam,betulkan apa yang saya cakap,”

“Mungkin betul apa yang awak teka,tapi awak mesti dengar cerita sebenar dari mulut saya sendiri.Saya nak jelaskan sendiri,saya tak pasti apa yang awak dengar betul atau tidak,kita perlu berjumpa,”tiba-tiba dtang keberanian dalam diriku,aku sedar kini sebenarnya aku tidak mahu untuk kehilangan Faris,aku tidak mahu untuk kehilangan insan yang aku mula sayang,dan sesungguhnya aku tidak mahu merasa kesakitan kehilangan orang yang aku sayang untuk kali yang kedua.

“Saya kat depan rumah awak,”kata-kata Faris sekali lagi mengejutkan aku,perlahan aku singkap langsir pada tingkap di bilikku,memang Faris ada di situ memakai t-shirt biru laut dan berseluar jeans,bersandar pada kereta dengan wajah yang masih lagi tenang.

Aku mengajak Faris ke taman,apa pula kata jiran jika melihat kami di hadapan rumah lewat-lewat malam begini.

” Sebelum saya ceritakan tentang Iman saya nak tahu dari mana awak tahu pasal Iman,”aku memulakan bicara.

“Fatin yang bagi tahu saya,”dahiku berkerut cuba mengingati siapa Fatin,setahuku aku tiada teman-teman yang bernama Fatin.Melihat aku seumpama memikirkan sesuatu,Faris bersuara.

“Fatin,perempuan yang awak nampak breakfast dengan saya pagi tadi,”aku memandang Faris,dia masih lagi tenang,tiada riak-riak resah di wajahnya.Aku akui kerana ketenangan itulah aku mula jatuh hati padanya.Namun mengingati sahaja hal pagi tadi hati aku tiba-tiba resah.

“Siapa perempuan tu,”tanpa sedar soalan itu meluncur laju keluar dari mulutku.Faris tersenyum.

“Kenapa,cemburu dengan bakal adik ipar ke,”Faris bersuara.

“Fatin adik awak,”soalku separuh menjerit.

“Syhhh,”Faris meletakkan jarinya di bibirku.

“Awak nak suruh semua orang bangun ke,”aku hanya menggeleng laju,aku sendiri tidak duga yang aku akan menjerit sekuat itu.

“Jadi dia yang bagi tahu awak pasal Iman,”

“Ya,tapi just a little bit,”

“Macam mana dia boleh kenal Iman,”soalku sepanjang aku mengenali Iman tiada pula dia bercerita tentang sesorang yang bernama Fatin.Faris memandang tepat ke wajahku,kedudukan kami yang agak rapat membuatkan aku dapat merasa hela nafasnya.

“Awak cemburukan Fatin dengan Iman,”soal Faris perlahan.

“Buat apa saya nak cemburu,Iman pun dah tak ada,”

“Fatin adik angkat Iman,Iman ada cerita sikit tentang awak pada dia,”

“Owh baru saya ingat Iman ada bagi tahu saya pasal dia ada adik angkat tapi saya tak pernah tanya dia lebih-lebih,sebab saya rasa semua tu tak penting,”aku tersenyum,lega barangkali.

“Okey,tadi awak kata nak cerita pasal dia,”

Segalanya sudah aku ceritakan dari awal pertemuanku dengan Iman sehingga kembalinya Iman ke rahmatullah.Mengenangkan insan yang bernama Iman ini membuatkan air mataku mengalir laju menuruni pipi.Entah apa yang di fikirkan Faris saat ini aku tidak pasti,namun yang aku tahu,aku berasa sangat lega dapat memberitahu segala tentang Iman padanya.

“Mungkin dulu saya masih hidup dalam bayangan Iman,tapi sekartang saya rasa saya dah dapat pengganti dia,”aku memandang Faris dengan senyuman,jari jemari ku yang sedari tadi berada di dalam genggaman Faris ke gunggam erat.

“Sebab rupa saya iras Iman,”soal Faris sayu.

“Bukan macam tu,awak lain,Iman lain,ada sesuatu pada diri awak yang buat saya tertarik untuk mengenali awak dan memberi peluang pada awak untuk mendekati saya,”

“Apa yang satu tu,”Faris merenung tepat ke wajahku.aku jadi kaku,sememangnya renungan itu yang membuatkan aku jatuh sayang padanya.Faris masih lagi setia menunggu.

“Ehmm,perlu ke awak tahu,”

“Okey,kalau awak tak nak bagi tahu,nampaknya saya kena cium dulu bibir awak tu,baru awak ada tenaga nak bagi tahu sayakan,”Bisik Faris lembut di telingaku,pantas aku menutup mulutku,Faris tergelak kecil,suka melihat aku yang mula gelabah.Perlahan dia menghampiri wajahku,apabila aku masih lagi berdiam diri.

“Okey,okey,saya suka tengok ketenangan yang ada pada awak,saya suka dengan renungan awak,senyuman awak,”laju aku menuturkan kata-kata.

“Tiga??tadi kata satu,”ujarnya separuh berbisik,wajahnya masih lagi pada kedudukan tadi,aku pasti jika aku bergerak sedikit kehadapan memang dia akan dapat ciuman percuma.

“Saya baik hati sebab tu saya bagi tiga,saya dah mengantuk nak tido,”aku cuba menarik jari jemariku yang ada dalam genggamannya,namun usahaku ternyata sia-sia.

“Faris,dah lewat ni,saya dah ngantuk,” akhirnya gengaman aku di lepaskan,aku bangun melangkah pergi,namun lagkahku terhalang,Faris berdiri hamper di hadapanku.Di raih kembali jari jemariku dan di bawa ke bibirnya lalu di kucup perlahan,aku jadi kaget,buatnya ada pegawai JAIS sekarang mesti aku dan dia kahwin awal dari apa yang di rancangkan.Namun aku lihat lampu di di bilik Mak Cik Leha masih lagi terpasang menandakan dia masih tidak tidur.Sebelum keluar berjumpa Faris tadi sudah aku khabarkan pada Mak Cik Leha yang aku ada di taman bersama Faris.

“Tolong bagi peluang pada saya untuk menyayangi dan menyintai awak lebih hebat dari Iman,pertama kali saya nampak awak saya dah jatuh cinta dengan awak,saya percaya pada jodoh,jika awak memang tercipta untuk saya,saya akan berjumpa awak lagi,pertemuan demi pertemuan membuatkan saya pasti yang awak memang jodoh yang di tentukan oleh-Nya untuk saya,sehingga awak seklarang menjadi tunangan saya,awak tahu sayalah lelaki paling gembira masa hari kita di tunangkan dulu,sebab saya sedar yang saya mula menyintai awak,dan sekarang saya tak akan lepaskan awak,awak untuk saya selamanya,”di kucupnya dahiku perlahan aku jadi sayu,benarkah apa yang aku dengar,bahawa Faris menyintai aku.

“Dah lama saya bagi awak peluang tu,”aku melangkah pergi meninggalkan Faris.

“Mimpikan saya,”laung Faris.Aku melambai tangan tanda perpisahan untuk malam yang indah ini.Sesungguhnya hati aku mula di selubungi kebahagian. Mungkinkah sinar bahagia ini akan kekal selamanya.

Sebulan sudah hubungan cintaku dengan Faris.Aku begitu bahagia,sikit demi sikit aku dapat menggantikan Iman dengan Faris di dalam hatiku.Namun hari ini kebahagian yang aku rasakan seumpama hampir hilang.Adakah semuanya di sebabkan aku ataupun Faris?.Namun yang aku pasti sejak munculnya Shuhada dalam hidup kami,ia telah merubah segalanya-galanya.Faris umpama lebih senang bersamanya.Hujung minggu begini aku lebih suka pergi “window shopping”,berpusing-pusing merehatkan fikiran.Kalau bab-bab shopping ini tak sah kalau aku tidak mengajak Rin.Kalau tidak pasti panjang sedepa mulutnya,sampai boleh di ikat.

“Rin,kau rasa aku yang salah ke?

“Salah apa,”soal Rin sambil membelek baju di hadapannya.

“Aku dengan Faris?” Rin meletakkan kembali baju yang di beleknya tadi,kepala di palingkan memandangku.

“Dalam kes kau ni Rin aku tak rasa yang kau tak salah,yang aku rasa salah ialah Faris,dia bagi kau harapan dan sekarang dia macam nak kecewakan kau je,tapi ni apa yang aku rasalah sebagai seorang perempuan,”

“Betul kata kau Rin,kadang kala aku rasa aku yang silap,”ku lepaskan keluhan yang menyesakkan dada.

“Zana ,tengok tu,”Rin menguis lembut lenganku.

“Apa dia,?” soalku kehairanan.

“Tu tengok tu,tunang kau Faris dengan Shuhada,”

Memang Faris bersama Shuhada,Jarak mereka hanya beberapa meter dari kami.Hatiku di serang rasa sakit yang teramat sangat melihat kemesraan Faris dan Shuhada.Faris bukan lagi seronok melayan kerenah Shuhada.Dalam asyik aku memerhatikan drama sebabk yang terladi di hadapan mata,tiba-tiba Faris menoleh,mata kami bertaut,lama dia memandangku yang masih lagi kaku berdiri di situ,manic-manik halus mula menuruni pipi.Aku umpama tersedar apabila faris mula melangkah kearahku,tanpa membuang masa aku melangkah laju meninggalkan Faris yang memanggil namaku.Mudah saja untuk aku melarikan diri di tempat yang penuh dengan orang awam.Air mata berterusan mengalir membasahi pipi.

“Faris apa salah saya pada awak,?”

?Mengapa kau pergi..
Mengapa kau pergi..
Di saat daku mulai menyintai dirimu…?
Berharap engkau jadi kekasih hatiku..
Malah kau pergi jauh dari hidupku..

?Menyendiri lagi..
Menyendiri lagi..
Di saat kau tinggalkan diriku pergi..
Tak pernah ada yang menghiasi hariku..
Di saat daku terbangun dari tidurku.. ?

c/o Aku inginkan dirimu..
Datang dan temui daku..
Kanku katakana padamu..
Aku sangat menyintai dirimu.. ?

Aku inginkan dirimu..
Datang dan temui aku..
Kanku katakan padamu..
Aku sangat mencinta.. ?

“Zana,Faris nak jumpa kamu,”lagu yang berkumandang di radio seumpama mengerti perasaanku.

“Mak Cik cakap saya tak sihat,”

” Zana berapa kali saya nak cakap kalau tak pandai nak menipu jangan sesekali buat,”Faris muncul di muka pintu,Mak Cik Leha pergi meninggalkan kami,memberi ruang untuk Faris berbicara denganku.

“Apa yang awak nak lagi Faris,tak cukup ke kesakitan yang awak dah bagi pada saya,”

“Saya nak bagi “ubat” pada hati awak yang sakit,”

“Saya tak perlukan “ubat” dari awak Faris,”Aku melangkah ingin meninggalkan bilikku,hatiku bertambah sakit melihat wajah tenang Faris.

” Awak tak boleh pergi selagi awak tak dengar penjelasan dari saya Zana,”Faris menghalang langkahku,pintu bilik di tutup rapat.

“Apa yang awak nak buat Faris?,”hatiku jadi kalut,kalau-kalau dia bertindak di luar jangkaan.

“Saya tak akan buat sesuatu yang tak elok,saya cuma nak awak dengar penjelasan saya,”

Aku duduk di birai katil,Faris masih lagi bersandar tenang di tepi pintu bilik,mungkin dia lebih senang begitu atau sebenarnya takut aku akan meluru keluar.

“Saya dengan Shuhada tak ada apa-apa,kami cuma rapat macam abang dan adik,tak lebih dari itu,”aku tersenyum sinis mendengar bait-baik kata yang baru sahaja keluar dari mulut Faris.

“Kenapa semua penjelasan yang di berikan semua lelaki sama,kami tak ada apa-apa,kami cuma rapat macam abang dan adik,”aku mengejek kembali kata-kata Faris.Macamlah aku tidak melihat keaadaan mereka tadi.Siap berpegang tangan macam laki bini kata tak ada apa-apa.Mataku mula berkaca,hatiku sakit,teramat sakit.

“Betul,saya dengan dia….”

” Cukup Faris,selama ni saya bagi awak peluang,saya bagi hati saya ruang untuk menyintai awak tapi kenapa awak buat saya macam ni,awak tau bertapa sakitnya dekat sini,”aku memegang dadaku,air mataku yang aku cuba tahan sudah mengalir menuruni pipi.

“Zana,dengar dulu apa yang saya nak cakap….,”Faris kaget tidak pernah dia melihat aku menangis sebegini.Wajahnya penuh dengan rasa bersalah.Padan muka dia,sapa suruh dia sakitkan hati aku.

“Saya tak nak dengar apa-apa lagi Faris,penjelasannya tetap samakan,Faris tolong keluar,”

“Tapi..”

“Kenapa awak risau tentang ikatan pertunangan kita,?awak jangan risau esok saya sendiri akan berjumpa atuk awak,kita putuskan ikatan yang bagi saya tidak mampu untuk di teruskan lagi,”bersama kata-kata itu air mataku mengalir laju,begitu sukar bagiku untuk men uturkan kata-kata itu,perlahan aku bangun membuka pintu bilik.

“Zana,jangan buat keputusan yang melulu,saya betul-betul ikhlas menyayangi dan menyintai awak,”

Aku menutup kedua-dua belah telingaku dengan tangan,tak mahu mendengar apa-apa perkataan lagi dari Faris.

“Tolonglah Faris,keluar,”Perlahan Faris melangkah keluar dari bilik,aku pantas menutup pintu bilik.Aku humbankan tubuhku di tilam,menangis dengan sepuas hati.Faris di luar bilik dapat mendengar dengan jelas tangisanku.dia mengeluh berat,dia sendiri sebenarnya keliru.
“Zana,kenapa awak tak nak dengar penjelasan saya,”rintih hatinya sayu.

*****************************************************************
” Kak Zana tak nak dengar penjelasan abang,?”jus oren di letakkan di hadapan Faris,dia hanya menggeleng,tidak mampu untuk meneruskan kata-kata.

“Kalau macam tu biar Shuhada cuba,”

“Mustahil Shuhada,Kak Zana kamu tu degil,”perlahan Faris meneguk jus oren di hadapannya.

“Macam mana pebincangan dia dengan atuk,?”soal Shuhada lagi.

“Nasib baik abang dah jumpa atuk dulu,dan jelaskan, so atuk faham dan suruk Kak Zana kamu fikir masak-masak dulu,”

“Salah saya juga,tak bagi tahu siapa saya sebenarnya,waktu abang Iman meninggal dulu saya tak dapat balik, tapi saya tahu semua tentang Kak Zana dari abang Iman sendiri bila saya cuti sekolah,tapi saya still tak berkesempatan untuk jumpa dia.Lepas tu masa arwah mak meninggal pun saya tak sempat jumpa dia,sebab saya terlalu sedih,saya tak ingat apa-apa,dan selepas tu saya sibuk dengan pelajaran hingga saat ini saya tak berkesempatan untuk bagitahu siapa saya sebenarnya,”terang Shuhada kesal.

“Perkara dah nak jadikan,yang abang rasa kesal sangat kenapa dia tak nak dengar penjelasan dari abang,”

“Bagi Kak Zana masa dulu,”Shuhada sendiri sebenarnya binggung,sekembalinya dia kembali ke tanah air,dia di jemput Faris.Baru dia tahu Pak Cik yang selama ini hilang membawa diri, mempunyai anak yang seiras abang Iman,dia sendiri kaget,namun bila di jelaskan oleh Pak Ciknya dia mula faham.Perselisihan faham di antara arwah emak dan pak ciknya membuatkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.Dan Faris baru sedar insan yang di cintai Zana dulu adalah sepupunya sendiri.Patutlah muka mereka seiras.Faris buntu.

“Zana begitu keraskah hatimu,”

Aku terjaga dari tidur,mimpi yang ku alami tadi amat menyedihkan.Iman datang dalam mimpiku tersenyum lalu hilang begitu sahaja,tiba-tiba Faris muncul dan di sisinya Shuhada tersenyum manis.Aku tak pasti apakah maksud mimpiku tdi tapi satu yang aku pasti senyuman Shuhada dan Iman sama manis,serupa dengan Iman,dan satu lagi yang membuatkan aku keliru,Shuhada datang bersalam denganku.Deringan telefon mengejutkan aku dari lamunan.

” Assalamualaikum,Hello,”

“Zana,ni aku ni,”

“Ehmm,aku tau, kenapa kau call pagi-pagi buta ni,”soalku acuh tak acuh,aku tiada mood sebenarnya pagi ini.

“Aku ada cerita hot ni,”

“Apa lagi Rin,”ada saja cerita yang ingin di hebahkan,kalah mami jarum.

“Tentang Shuhada,”aku jadi cuak,mendengar sahaja namanya amarah aku tiba-tiba kembali menguasai diri.

“Malaslah aku nak layan,”

” Kau kena layan juga,”

” Yelah,yelah apa yang kau nak bagi tau sebenarnya,”

“Shuhada sebenarnya adik Iman,”Aku terpana,aku tak terkata apa-apa,teringat kembali mimpiku malam tadi.

” Mana kau tau tentang ni Rin,”aku cuba untuk menidakkan berita yang baru aku dengar.

“Ripin,Pozi bagi tau dia,”aku bertambah hairan bila Pozi balik.

“Pozi?,bila dia balik?mana dia tahu citer ni,”

“Pozi tu pakwe si Shuhada mestilah dia tahu,dia balik semalam,terus ajak kitaorang jumpa tapi aku tak boleh pergi ada hal,Ripin je yang pergi, nak ajak kau,karang tak pasal-pasal kena maki,jadi dia tak call lah kau,kebetulan dia bawa Shuhada sekali,dia pun ceritalah semuanya.”aku terkedu.kecilnya dunia ni.

” Zana, you still there,”

” Ya,ya,”

“Lagi satu..”

“Ada lagi,”sampukku.

“You just hear,Faris tu abang sepupu dia,mak Iman dengan ayah Faris tu adik beradik kembar,sebab tu muka dia dengan Iman sama.Perselisihan keluarga membuatkan diaorang tak pernah berjumpa,”umpama batu yang menghempap kepala ku,hilang perasaan marah yang ada kini perasaan bersalah yang teramat sangat,salah kerana aku tidak mahu mendengar penjelasan dari Faris.

” Zana,kau okay,” suara Rin masih jelas kedengaran.

“Ya aku okey,ada apa-apa lagi,”

” Ada,Shuhada cakap yang kau tu buat dia rasa bersalah,dia cuma anggap Faris macam abang dia je,lagi satu dia cakap,baru dia tahu kenpa Iman cakap yang kau ni terlalu istimewa.sebabnya kau tu keras hati,degil,aku rasa tu je kot yang aku nak sampaikan,hope lepas ni kau dapat fikir dengan tenang,okey bye,”

” Bye,”aku terduduk di sofa,Shuhada adik Iman,sekarang baru aku terinagt yang Iman pernah memberitahu nama adik kandungnya Shuhada,dulu dia belajar di sekolah berasrama penuh.Dan Faris kenapa aku tidak mahu mendengar penjelasn darinya.memang aku degil,keras hati,Iman juga pernah cakap begitu malah pernah member nasihat supaya aku berubah, namun hingga saat ini aku tidak pernah berubah .Loceng pintu berbunyi aku bangun membuka pintu.Sebaik sahaja pintu di buka aku melihat Shuhada berdiri di situ,di sisinya Farah yang aku terlupa ambil dari sekolah,aku sednri tidak pasti apa yang berlaku pada diriku sekarang.

“Farah,naik atas dulu,mandi lepas tu turun makan okey,”Farah hanya mengangguk tanda faham.

“Terima kasih Shuhada,jom duduk dulu,”aku sendiri jadi kekok berhadapan dengan seorang yang aku telah salah faham.

“Akak minta maaf,”perlahan perkataan itu meluncur keluar dari mulutku.

“Saya juga yang salah kak, tak bagi tahu akak hal yang sebenar,dan saya tak sangka pula yang akak ni tunang abang Faris.,”aku tersenyum.

” Mungkin jodaoh akak dengan orang yang mempunyai wajah yang sama dengan abang Iman.”

“Mungkin,Okey lah kak saya minta diri dulu,ada date dengan Pozi,”aku hanya mengangguk,aku menghantar Shuhada hingga ke kereta.

” Satu lagi yang saya baru faham,kenapa abang Iman menyintai Kak Zana,hati Kak Zana kalau menyintai hanya satu,”Shuhada tersenyum,aku dapat melihat bayangan Iman pada senyumannya.

“Betul Shuhada,dulu abang Iman sentiasa ada di dalam hati akak,tapi sekarang bila munculnya abang Faris hati akak dah mula menyintai dan menyayangi dia,”

“Saya tahu,Kak Zana tau yang sebenarnya Kak Zana bertuah sebab dapat abang Faris yang sayangkan akak seperti mana abnag Iman sayangkan akak malah lebih lagi.”aku mengangguk lesu,aku masih lagi berdiri di situ sehingga kereta Shuhada hilang dari pandangan.Teringat sahaja faris aku jadi sedih kerana tidak mahu mendengar penjelasan darinya.Aku menapak perlahan menuju ke kolam ikan.Aku memerhatikan ikan yang berenang bebas,seronok melihat ikan yang berenang bebas tanpa perlu memikirkan perasaan.

“Jauh termenung,”aku terpaku,suara tu.Aku berpaling Faris berdiri hamper di hadapanku.

“Faris…saya minta maaf….sssaya…”

“Syhhh,”Faris meletakkan jari telunjuknya di bibirku.

“Saya yang salah tak bagi tahu hal yang sebenar pada awak,”

“Awak masih lagi dengan keputusan awak nak putuskan ikatan kita,”tangan Faris menggenggam lembut tanganku,masing-masing asyik memerhatikan ikan di kolam.

“Kenapa awak nak teruskan ke?

“Saya tak sanggup untuk kehilangan awak Zana,melihat awak menangis pun saya rasa macam separuh dari nyawa saya hilang bersama tangisan awak,inikan pulak untuk kehilangan awak,”ucap Faris separuh berbisik,namun masih lagi jelas kedengaran di pendengaranku.Aku berpaling memerhatikan wajah tenang Faris.Aku sukakan ketenangan itu.

“Janji dengan saya Zana,walau apa pun jadi awak akan bersama saya untuk selamanya,?”
“Saya janji Faris,walau apa pun yang jadi selepas ini saya akan ada di samping awak tidak kira susah atau senang,”aku membalas gengaman tangan Faris yang bertaut erat di tanganku.Faris tersenyum dia berpaling satu ciuman tepat mengenai dahiku.Aku tersenyum bahagia.

Sesungguhnya kini aku bahagia di samping insan yang bernama Ahmad Faris.Andai di takdirkan kami berpisah,aku akan menerimanya kerana itu ketentuan dari-Nya. Namun satu yang aku pasti yang dia di ciptakan untukku.Ahmad Faris satu realiti dan Iman adalah satu kenangan,namun kedua-dua insan ini adalah penghuni hatiku.Seorang sebangai ingatan dan seorang lagi sebagai teman seumur hidup ku.Ahmad Faris semoga insan yang ada di hatimu hanya satu nama iaitu Farah Fauzana Fazlan dan begitu juga aku dalam hatiku hanya ada Ahmad Faris.

“Kalau menyintai seseorang lepaskan dia pergi….
Jika ia kembali ia pasti milik kita…
Jika tidak terimalah hakikat yang dia bukan JODOH kita…”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

41 ulasan untuk “Cerpen : Jodoh”
  1. khairiahkhaizu says:

    banyak typing error, jln citer best tp blm kahwin mne blh nk kissing2….buat hilang mood nk baca

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"