Novel : Biarkan Ia Berlalu 1

14 February 2011  
Kategori: Novel

6,346 bacaan 11 ulasan

Oleh : sha ibrahim

PROLOG
“Nad…bl lg ko nk muncul?”

Nadia hanya membiarkan sahaja pesanan ringkas yang dihantar oleh orang kanannya. Malas dia nak melayan pesanan ringkas tersebut. Rasanya sudah beratus kali dia beritahu bahawa dia masih belum bersedia untuk menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Masanya masih belum tiba. Dia tidak mahu kemunculannya pada masa sekarang akan merosakkan segala rancangannya yang telah dirancang dengan rapi dalam beberapa tahun ini. Dia perlu jatuhkan musuh ketatnya. Musuh ketatnya mesti dikalahkan. Oleh itu perancangan yang terperinci harus dilakukan. Tambahan pula musuh ketatnya itu bukannya calang-calang orang.
“I think u should come back to Malaysia”

Nadia merengus kuat. Balik? Perkara inilah yang sememangnya agak susah untuk dia lakukan dalam masa beberapa tahun ini. Sudah ramai yang memujuknya agar dia kembali. Namun pujukan mereka semua hanya sia-sia dan menemui jalan buntu. Tiada sesiapa pun yang mampu memujuknya. Dia tidak akan pulang kecuali ada sebab-sebab tertentu yang memerlukan dia untuk kembali ke tanah air.

“He’s gonna married OK!!!!”

Nadia berhenti melangkah sebaik sahaja menerima pesanan ringkas yang seterusnya. Dia terus melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi kayu yang terdapat di taman tersebut. Niatnya untuk jogging pada pagi itu terpaksa dibatalkan. Niatnya sudah terbantut. Dia mengeluh dengan kuat. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar sebarang berita mengenai lelaki itu. Salah seorang yeng telah membuatkan dia menjadi dirinya pada hari ini.

“Kahwin? Sekarang baru kau nak kahwin, aku rasa dah lama kau bercinta dengan minah tu, tapi sekarang baru kau nak kawin, ok! Kita tengok kau boleh kawin ke tak?” bicaranya sendirian kemudian tersenyum dengan senyuman yang penuh dengan kebencian dan dendam yang masih belum berbalas.

Dengan pantas Nadia menaip pesanan ringkas untuk dihantar kepada orang kanannya yang merupakan kawan baiknya sendiri. Sudah pasti pesanan ringkas yang bakal dihantarnya itu akan membuatkan kawan baiknya itu tersenyum gembira. Dia pasti dengan itu semua. Nampaknya umpan yang kawannya gunakan kali ini mengena. Dia terpaksa mengalah.

“OK! 2 mggu lg aku blk.” Dia terus menekan butang ‘send’. Kemudian dia bangun dan terus menyambung lariannya untuk pulang ke rumah. Dalam masa dua minggu ini banyak benda yang harus dia lakukan bagi persiapan untuk pulang ke tanah air. Dia tahu keputusan yang diambil olehnya kali ini pasti tidak akan dipersetujui oleh seseorang.

“Macam mana aku nak explain kat dia ni pula, aduh, sakit kepala aku,” ujar Nadia sambil berlari. Belum sempat dia melintas jalan menuju ke rumahnya yang berada di seberang jalan, dia terpandang seorang lelaki yang sedang menyandar di kereta sambil melambai tangan ke arahnya.

“Macam tahu-tahu pulak aku nak bincangkan sesuatu dengan dia,” bisik Nadia dalam hati. Dia mengangkat tangan membalas lambaian lelaki itu.

BAB 1
Nadia tersenyum sebaik sahaja terpandang dua orang sahabatnya sedang menunggu dengan penuh setia. Dia terus sahaja berjalan mendapatkan teman-temannya yang paling setia. Teman yang sentiasa berada di sisinya di kala dia senang dan susah. Sahabat yang terlalu memahami.

“Rindunya aku kat kau Nad,” Tiara terus sahaja memeluk Nadia dengan begitu erat.

“Ala, apa ni? Lemas la aku wei,” Nadia bersuara dan cuba meleraikan pelukan sahabatnya itu namun gagal kerana pelukan Tiara yang terlalu erat. Setelah hampir seminit barulah Tiara melepaskan pelukannya.

Mata Nadia tertumpu kepada seorang lagi gadis yang sedang memerhati tajam ke arahnya. Nadis tersenyum apabila melihat wajah gadis itu yang kelihatan seperti mahu menangis. Nampaknya sahabatnya yang seorang ini tidak pernah berubah. Mudah sangat mengalirkan air mata.

“Aku dah balik la, tak payah la kau nak menangis segala, kau tak nak peluk aku ke?”

Tanya Nadia sambil mendepakan tangannya menunggu gadis yang dikenali sebagai Baby oleh dia dan Tiara. Nama sebenar sahabatnya itu adalah Bibi Harlina, gadis yang dikenali sebagai anak mummy Penang. Tengok hidung pun sudah tahu. Malah wajahnya yang hitam manis telah menarik minat ramai lelaki untuk mendekati gadis tersebut. Namun gadis itu bukannya seseorang yang mudah untuk didekati. Satu-satunya di antara mereka bertiga yang memakai tudung.

” Kau memang, dah lama aku suruh kau balik, kau bukannya nak ikut apa yang aku suruh, kau tahu tak aku rindukan kau sangat-sangat!” ujar Baby terus menagalirkan air mata.

“Aduh! Ni yang aku lemah ni, ala, tak payah la nangis, aku kan dah balik, tangan aku dah lenguh dah ni, kau tak nak peluk aku lagi ke?” Nadia masih mendepakan tangannya. Serentak dengan itu Baby terus sahaja menerkan ke arahnya dan tubuhnya dipeluk erat. Entah mengapa di kala itu Nadia sendiri terasa sebak. Namun dia cuba menahan dirinya dari turut menangis. Dia harus kuat. Dia sudah nekad sebelum dia menjejakkan kaki ke Malaysia. Dia harus kuat sekiranya dia mahu matlamatnya tercapai.

“Eiii, kau ni kan, orang dah pandang semacam dah ni, dah la geli tau tak,” Nadia bersuara apabila Baby tiba-tiba mencium pipinya berkali-kali. Tiara yang melihat situasi tersebut ketawa girang.

“Ala, aku cium sikit je, bukannya aku cium kau kat mulut pun, aku pun normal lagi tau tak,” ujar Baby lalu melepaskan pelukan. Kemudian mereka semua tergelak.

“Jom balik, aku penat la, kau masak apa kat aku?” tanya Nadia terus sahaja memaut lengan Tiara. Dia tahu di antara mereka bertiga Tiara yang paling pandai masak walaupun yang rajin memasak adalah Baby.

“Masak apa? Makanan yang kau nak makan tak payah masak, kau kan dah lama duk kat sana kau makan je la KFC ke, Mc D ke, Pizza ke, kat Malaysia ni berlambak makanan tu semua, kan Baby?” Tiara cuba mengusik sahabatnya itu. Baby mengangguk setuju. Nadia mencebik.

“Kalau sekadar nak makan benda tu semua, baik aku tak payah balik, baik aku terus duduk kat sana je, senang!” Nadia cuba melangkah kembali menuju ke balai berlepas namun tangkas dihalang oleh Tiara dan Baby. Mereka tergelak lagi.

“Korang masak tak untuk aku?” Tanya Nadia sekali lagi.
“Dah, kita orang dah masak dah makanan yang paling kau suk, ayam masak lemak cili api, dengan sambal belacan, apa lagi Baby…..

“Ikan bakar berempah dengan paprik daging,” Baby menyambung.

“Wow! Memang tak sia-sia la aku balik, jom, perut aku dah berbunyi,” ujar Nadia. Kemudian mereka bertiga beriringan menuju ke pintu keluar sambil menolak troli yang berisi bagasi Nadia.

Beberapa langkah mereka melangkah, tiba-tiba Nadia berhenti akibat getaran telefon bimbit di dalam kocek seluar jeansnya. Dia segera mengeluarkan telefonnya dan nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya cukup mengejutkannya.

“Abang Im, korang beritahu dia ke aku nak balik?”Tanya Nadia tanpa menjawab panggilan tersebut.

“Tak, kau dah aktifkan nombor kat Malaysia ke?” Tanya Tiara.
“Baru je aku aktifkan masa turun dari flight tadi, macam mana dia boleh tahu?” Nadia mulai pelik.

“Kau angkat je la” Baby pula bersuara.

“Kau gila! Kalau aku jawab aku tak tahu nak cakap apa? Nanti kalau Abang Im nak jumpa aku macam mana? Tentu ibu pun nak jumpa dengan aku jugak, kau tahulah aku belum bersedia nak jumpa Abang Im dengan ibu, adui! Macam mana ni?” Nadia kalut sendirian. Telefon bimbitnya tak berhenti dari terus bergetar. Dia akur!

“Hello…

***************

” Sampai hati Nadia tak beritahu abang langsung yang Nadia nak balik Malaysia,” suara lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya di kala itu mendatar. Nadia hanya mendiamkan diri. Hanya itu jalan yang paling selamat. Jika tidak, dia akan terus menipu lelaki tersebut.

“Kenapa Nadia tiba-tiba nak balik?” Tanya Imran merenung tepat ke arah gadis yang berada di hadapannya. Kopi panas yang baru dihantar oleh pelayan sebentar tadi langsung tak disentuhnya. Begitu juga dengan gadis yang berada di hadapannya di kala itu. Gadis itu lebih banyak tertunduk tidak berani memandang wajahnya.

“Sebab dah lama duduk kat sana,” jawab Nadia ringkas. Dia berbohong lagi. Tapi dia tak mahu menceritakan perkara yang sebenar kepada lelaki tersebut. Dia tahu sekiranya dia bercerita mengenai perkara yang sebenar sudah tentu dia akan dimarahi.

“Tiba-tiba, selama ni abang, ibu ajak Nadia balik, Nadia tak nak balik pun, sampai nangis-nangis ibu. Nadia tetap degil, tapi kenapa sekarang tiba-tiba balik lepas tu pulak langsung tak beritahu kami, nasib baik kawan abang ada naik flight yang sama dengan Nadia, dia kenal dengan Nadia, kalau tak, rasanya Nadia tak akan beritahu kami yang Nadia dah balik Malaysia,” Imran memulakan sesi membasuh adiknya yang seorang itu. Degil. Sejak kecil lagi degil adiknya itu tak pernah nak berubah.

“Ala, bukan Nadia tak nak beritahu abang dengan ibu, saja, Nadia nak buat surprise! Tak boleh?” Tanya Nadia sambil tersengeh. Walaupun itu bukannya hakikat yang sebenar. Kalau tak kerana kawan abangnya terserempak dengan dia atas kapal terbang, memang dia tak akan beritahu kepulangannya kepada abang dan ibunya. Bukan dia lupa daratan tapi ada perkara yang menyebabkan dia lakukan itu semua. Tetapi memandangkan abangnya itu sudah tahu mengenai kepulangannya jadi terpaksalah dia berjumpa dengan lelaki itu.

“Ni bila nak balik jumpa ibu?” Tanya Imran.

“Ibu dah tahu ke yang Nadia dah balik?” Tanya Nadia kembali.

“Belum, abang tahu kalau abang cakap kat ibu yang Nadia dah balik, tentu ibu tak sabar nak jumpa dengan Nadia sedangkan Nadia ni entah nak jumpa ibu ke tak,” kata-kata yang cukup sinis keluar dari mulut Imran. Nadia tertunduk. Raut wajahnya terus sahaja berubah. Dia tahu abangnya iu masih lagi marah kepadanya.

“Abang jangan la cakap macam tu, Nadia bukan tak nak jumpa ibu, nanti Nadia jumpa la, esok Nadia jumpa ibu, abang tak payahla cakap kat ibu lagi yang Nadia dah balik, boleh?” pinta Nadia sambil tersengeh meminta simpati.

“Betul? Nadia boleh berjanji dengan abang yang Nadia akan balik jumpa ibu esok?” Tanya Imran inginkan kepastian.

“Janji!” Nadia mengangkat tangan sebagai tanda sumpah. Imran tersenyum. Dengan pantas tangannya menggosok kepala adiknya itu. Dia tahu adiknya itu tak akan mungkir janji. Itu kelebihan Nadia, gadis itu agak susah untuk berjanji tetapi sekiranya dia berjanji dia akan pasti tuanikan janjinya itu. Janji? Janji adiknya yang diungkapkan lima tahun dahulu begitu menakutkannya. Dia berharap sangat adiknya itu akan melupakan janji tersebut.

********************

“Macam mana?” Tanya Baby sebaik sahaja sahabatnya itu duduk di sampingnya yang sedang menonton televisyen ketika itu.

“Macam mana apa?” Tanya Nadia kembali. Matanya lebih tertumpu kepada televisyen pada ketika itu. Dia langsung tak faham dengan soalan yang sedang dikemukakan oleh sahabatnya.

“Abang Im la, dia marah tak kat kau pasal kau balik Malaysia tak beritahu dia,” ujar Baby. Nadia menoleh ke arahnya kemudian tersengeh. Dia malas nak menjawab soalan yang dikemukakan oleh sahabatnya itu. Baby terus mencebik. Tahu sangat dengan perangai Nadia yang lebih suka mendiamkan diri sekiranya dia malas nak menjawab soalan yang dikemukakan.

“Tak payah kau nak tanya Baby, dah sah-sah dia kena bebel dengan Abang Im, takkan kau tak tahu dengan perangai Abang Im tu, kuat sangat membebel, kita pun selalu sangat kena bebel,” tiba-tiba Tiara menjampuk. Gadis tinggi lampai yang sedang mengadap laptop tidak jauh dari mereka menjawab tanpa matanya tak beralih langsung dari komputer riba. Banyak sangat kerja yang dia harus selesaikan.

“Tahu pun, tu pun nak tanya lagi, nasib baik la aku cepat bertindak, tak adalah panjang sangat dia membebel,” jawab Nadia masih lagi tersengeh.

“Kau buat apa?” tanya Baby bersungguh.

“Aku dengar je la apa yang dia bebel, jangan menjawab, nanti lagi teruk kau kena, lepas tu aku janji dengan dia aku nak jumpa ibu esok, terus dia berhenti membebel,” sambung Nadia.

“Patutla, kalau tak aku rasa boleh bernanah telinga kau tu, kita orang pun selalu gak kena bebel sebab kau,” bicara Tiara yang masih lagi tertumpu kepada komputer riba di hadapannya. Sejak kebelakangan ini syarikat yang diuruskan oleh dia dan Baby agak sibuk kerana terdapat banyak projek baru yang masuk. Sebab itulah dia menelefon Nadia agar gadis itu balik ke Malaysia. Dia dengan Baby sudah tidak menang tangan.

“Sebab aku? Kenapa?” Nadia kehairanan.

“Yalah, siapa suruh kau degil sangat, dah letih aku dengan Baby nak pujuk kau balik Malaysia, alih-alih kita orang kena bebel dengan Abang Im, dia marah kat kita orang, yang kita orang ni tak pujuk kau betul-betul,” rungut Tiara lagi. Baby hanya mengangguk menyokong apa yang diberitahu oleh Tiara.

“Ala, kau halalkan je, kau sendiri pun tahu perangai Abang Im tu macam mana kan, ni aku nak tanya sikit pasal syarikat, macam mana semua ok?”

“Aku ingat kau dah tak nak ambil tahu lagi pasal syarikat ni,” bicara Baby bersahaja. Nadia terus mencubit bahu rakannya itu. Baby mengaduh sakit.

“Yalah, kau bukannya nak balik awal-awal tolong kita orang kat sini, penat tau tak, banyak kerja yang kita orang kena uruskan,” rungut Baby. Bukannya dia nak berkira. Dia langsung tidak kisah sebenarnya untuk bekerja di situ. Itu adalah kerjayanya. Dia yang membuat keputusan dulu untuk bekerja dengan Nadia bila gadis tersebut membuka syarikat. Begitu juga dengan Tiara. Mereka sama-sama berjanji untuk membantu Nadia.

“Ala, cakap korang nak tolong aku, aku minta tolong sikit pun dah nak berkira, aku just suruh korang uruskan syarikat tu je, aku bukannya tak ambil tahu langsung kan, kan aku selalu pantau korang dari sana,” ujar Nadia terus memuncung.

“Memang la kau ada pantau kita orang dari jauh, tapi masalah sekarang ni Nad, bila kau nak buat pengumuman rasmi yang kau tu bos Syarikat Friends Coperation yang sebenar, selama ni semua orang anggap aku la bos, aku la pemegang saham tersebesar Friends Coperation, aku rimas la,”giliran Tiara pula meluahkan apa yang dirasakannya. Dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah Nadia dan duduk di sofa berhampiran dengan gadis itu.

“Kenapa pulak nak rimas?” tanya Nadia pelik.

“Rimas la, wartawan asyik kejar aku je, sampaikan lelaki dah naik takut nak dekat dengan aku, yang berani dekat dengan aku semuanya yang tua-tua, yang datuk-datuk tak sedar diri, menyampah aku tau tak,” Tiara menyambung rungutannya. Serentak dengan itu Nadia tergelak besar. Entah mengapa dia merasakan kenyataan sehabatnya sebentar tadi agak lucu.

“That’s not funny ok,”marah Tiara terus mendapatkan Nadia dan gadis itu dicubit semahu mungkin.

“Sakitla! Sorry, sorry, ala, korang tolong la aku sikit lagi, belum masanya untuk aku tunjukkan siapa diri aku, kalau aku tunjukkan diri aku sekarang, nanti semua rancangan aku yang aku planning bertahun-tahun hancur macam tu je, matlamat aku tak tercapai lagi, kalau aku muncul sekarang, mungkin musuh ketat aku dapat detect aku nanti,” Nadia meminta simpati. Dia memandang Baby dan Tiara bersilih ganti.

Baby terus memandang Tiara dengan pandangan yang hanya mereka berdua sahaja yang faham. Kemudian Tiara pula memandang Nadia sambil berkerut.

“Ok, kita orang setuju kau tak payah tunjukkan siapa diri kau dulu, tapi jangan lama sangat, kita orang takut kita orang tak mampu bertahan, memanglah syarikat kita sekarang antara syarikat hartanah yang paling maju tapi aku takut nanti ada orang dapat hidu ada orang lain di sebalik aku dan Baby, kacau bila rahsia ni bocor tanpa kau terlebih dulu dedahkan diri kau, aku tahu sekarang banyak sangat syarikat-syarikat hartanah yang tak puas hati dengan kita, aku tak mahu timbul sebarang spekulasi buruk yang boleh jatuhkan imej syarikat,”

Baby mengangguk setuju. Serentak dengan itu Nadia terus sahaja mendapatkan Tiara dan gadis itu dipeluk erat sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali. Kemudian dia mendapatkan Baby dan gadis tersebut diperlakukan sama seperti Tiara. Baby terus sahaja menangis.

“Kenapa pulak kau yang nangis? Sepatutnya aku yang nangis,” tanya Nadia terus melerai pelukan mereka. Kemudian dia dengan Tiara serentak ketawa. Lucu dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh Baby yang sememangnya digelar ratu air mata oleh mereka.

“Terharu tau tak, korang jangan la gelakkan aku,” bicara Baby sambil mengesat air matanya.

“Tapi…..

Baby dan Tiara terus sahaja memandang tepat ke arah Nadia. Mereka seakan-akan dapat menghidu ada sesuatu yang ingin dicakapkan oleh gadis itu.

“Aku akan turut pergi ke syarikat dan bekerja di sana, tapi…

“Tapi apa?” serentak Baby dan Tiara bersuara.

“Wait and see…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Biarkan Ia Berlalu 1”
  1. BylaLurveBiela says:

    best la..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"