Novel : Cinta kontrak 13

10 February 2011  
Kategori: Novel

66,751 bacaan 51 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

13

Usai sarapan pagi sebentar tadi, aku terus ke bilik. Mengemas begku. Meletakkan baju-bajuku di dalam almari. Sempat juga aku berfikir. Bila nak tamat semua ni? Kalau memang Danial jodoh aku, aku memang tak dapat lari.

Sedang aku memunggah almari Danial, meletakkan baju-bajunya di sudut kanan dan meletakkan bajuku di sudut kiri, aku terdengar derapan kaki sesorang. Lantas aku menoleh.

“Kontrak aku.” Kata Danial. Aku menyengetkan kepala 10 darjah.

“Kan dah masuk tong sampah.” Kataku selamba. panahan mata Danial betul-betul menikam jantungku. Fullamak aii! Mata dia!!

Dia semakin mendekat. Dan dekat… dan dekat. Sehingga jarak yang memisahkan kami hanya beberapa inci. Jantungku berdegup laju. Cool Airysha! Cool!

“Kontrak aku.” Katanya lagi.

“Dah macam zombie aku tengok kau ni. Dah! Pergi main jauh-jauh! Jangan kacau aku.” Kataku menghalaunya pergi. Aku berundur dua tapak ke belakang bagi menjarakkan diri. Lantas tangan Danial merangkul pinggangku. Memberhentikan unduranku. Terpana aku dengan tindakannya.

“Sayang… kontrak.” Suara Danial seakan merengek manja. Alamak! Comel la pulak. Ni, kalau iman tak kuat, bukan dia yang tolak aku ke katil. Silap-silap, aku yang terkam dia. Astaghfirullah! Ya Allah.. kuatkan imanku. Biarpun dia suami aku, aku tetap menganggapnya orang luar.

“Tak paham bahasa eak? Dah masuk tong sampah la!” kataku tegas. Aku cuba melonggarkan rangkulannya namun tidak berjaya. Malahan semakin kuat rangkulannya. Perfume Georgeo Amani miliknya menusuk hidungku. Wanginya! Boleh pinjam perfume ni.

“Kontrak.” Ulang Danial tidak berputus asa. Aku naik rimas.

“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!” selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

“Wangi perfume! Boleh pinjam tak?” soalku bersama senyuman. Dengan segera Danial melonggarkan rangkulan.

“Mana boleh! Mahal tau tak! Dua ratus lebih! Sedap-sedap je nak pakai perfume orang. Perfume laki, pompuan mana boleh pakai!” kata Danial tegas. Ek eleh! Kedekut giler! Dua ratus lebih? Dua ratus tu kalau aku beli barang makan tiga minggu pon berbaki lagi tau tak. Membazir duit je orang kaya ni. Aku pakai perfume RM 29.90 je tau. Tu pon, boleh kekal lama. Enchanteur Paris menjadi pilihan. Tu pon aku belajar pakai waktu tinggal dengan kak Yati. Waktu kat kampung dulu, pakai sabun pon wangi sampai ke malam tau! Aku mencebik.

“Orang pakai perfume murah je, tahan sampai ke malam. Kau pakai perfume mahal sebab nak tutup bau busyuk masyam badan kan?” lantas tawaku pecah. Dahi Danial berkerut.

“Sedap je mulut kau.” Danial mengambil tempat di atas katil.

“Kau ni, bebel-bebel aku pesal? Tak kerja ke?” soalku. Aku meneruskan kerjaku menyimpan pakaian di dalam almari. Masalah ni! baju dalam nak letak mana?

“Papa bagi cuti seminggu.” Lantas Danial baring di atas katil.

“Weh!” panggilku.

“Apa?” Danial memejamkan mata. Tidak langsung memandangku.

“Adik dengan kakak aku, nak tido mana malam ni?” soalku selamba. Sebenarnya malu! Tapi nak buat macam mana? Terpaksa tanya. Takkan nak letak dalam beg je baju-baju ni?

“Tido kat rumah kau la.” Jawab Danial malas.

“Sayang, intan, payung, berlian, emas, rubi, permata, perak… aku maksudkan baju aku la!” marahku. Buat-buat tak paham pulak mamat selenge ni! Danial terus terduduk.

“Oh! Cakap biar terang! Kau letak dulu kat kabinet kecik tu.” Danial menunjuk jari telunjuknya ke kabinet kecil di tepi almari baju. Lantas aku membuka kabinet itu dan menyusun pakaianku. Danial kembali baring. Selesai mengemas, aku terus beralih ke balkoni. Melihat keindahan halaman rumah Danial. Halamannya tak la sebesar taman kat belakang rumah. Belakang rumah, siap ada kolam ikan lagi. Ada air pancut pulak tu! Teringin pulak nak jadik ikan. Boleh mandi dalam kolam! Huhuhu!

Teringat aku pada cerita Secret Garden. Cerita korea yang dilakonkan Hyun-bin. Rumah dia lawa! Compare dengan rumah Danial, lebih kurang sama je. Tapi lawa lagi rumah Hyun-bin!

Danial memandang sepi tubuhku yang membelakanginya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Segera dia menukar pakaian. T-shirt putih dipadankan dengan seluar jeans biru. Tidak dilupakan cermin mata ‘gerhana’nya! Kunci kereta diambil.

“Airysha! Jom!” panggil Danial. Aku terpinga-pinga apabila menoleh. Bila masa pulak dia tukar baju?

“Apa?” tanyaku.

“Tak habis-habis dengan apa! Kejap-kejap, apa! Takde mende lain ke? Jom! Aku nak beli barang. Ikut aku.” Arahnya.

“Malas la nak keluar. Mommy bagi cuti kat aku seminggu, aku nak rehat je. Malas nak keluar. Kau beli la sendiri.” Tolakku. Aku meneruskan pemandangan di balkoni.

“Berani kau lawan cakap suami? Tak bau syurga la jawabnya.” Kata Danial selamba. seakan mengugut! Hampeh punya budak! Main ugut-ugut bawak nama syurga pulak. Ni yang lomah(lemah) sendi-sendi!

“Nanti kejap. Aku tukar baju.” Aku bergerak malas ke almari dan mengambil T-shirt putih berbunga hitam labuh dan seluar jeans biru. Tudung labuh berwarna hitam dicapai. Nasib dah gosok! Memang feveret aku baju ni! Ustaz aku waktu sekolah menengah ada cakap, nak pakai baju, biar menutup punggung. Baru boleh jadik muslimah yang cemerlang. Semenjak tinggal dengan kak Yati, bermacam jenis T-shirt labuh aku beli. Tak salah nak berfesyen, asalkan menutup aurat. Setelah siap menukar baju di dalam bilik air, aku menepuk sedikit baju ku. Siap!

Danial yang menanti di katil terkejut melihat bajuku. Atas bawah dia perhatikan. Aik mamat ni, aku cucuk mata tu kang!

“Pesal?” tanyaku.

“T-shirt putih, seluar biru. Kau sengaja nak pakai baju sama macam aku ke?” soal Danial mengusik. Aiseh! Sama warna la pulak. Macam nak pergi dating je gamaknya. Aku tidak ambil peduli.

“Lantak la. Asalkan aku pakai baju.” Terus aku berjalan menuruni anak tangga. Danial membuntutiku dengan senyuman. Kelihatan kaum kerabat Danial sedang berborak di ruang tamu. Datin Aleeya tidak ke butik hari ini kerana meraikan wedding kami. Katanya, 3 hari butik akan ditutup.

“Phewiiit!” suara sanak saudara kedengaran ketika aku dan Danial menuruni anak tangga.

“Baju sedondon! Nak pergi dating ke?” soal Faris, sepupu Danial yang berusia 16 tahun. Merona merah wajahku.

“Nak keluar kejap.” Jawab Danial.

Setelah meminta kebenaran Datin Aleeya dan Dato Eddy serta sanak saudara yang lain, kami berjalan menuju ke Mini Cooper milik Danial. Huduhnya(hodoh) kereta ni. Macam kereta Mr. Bean je.

“Kereta kau tak lawa la.” Bisikku pada Danial ketika kami berada di dalam perut kereta. Danial mencebik memandangku.

“Dua ratus ribu.” Katanya pendek. Macam nak tercabut rahangku! Dah la kecik! Nak kata cantik, boleh la. Takkan sampai dua ratus ribu?

“Kau tak dengar ke lalat bagi salam nak masuk mulut kau tu? Tutup mulut tu!” segera Danial menolak daguku ke atas. Tertutup sudah mulutku.

“Lain kali jangan nak komen sesedap mulut je. Ni mini cooper. Bukan sembarangan kereta.” Jelas Danial. Aku terus memandang ke hadapan. Terkejut kot!

“Sini!” ajak Danial. Dalam Plaza Lowyat ni, orang dah macam semut mengurung gula! Ramainya jangan nak kata. Dalam keramaian orang, aku hampir kehilangan pandanganku pada susuk tubuh Danial. Dah la badan aku kecik! Senang je kot kalau orang nak angkut aku, bawak lari. Alamak! Mana dia ni? Aku mencari-cari kelibat Danial. Hilang. Ibu! Angah dah sesat! Aku kalih ke kiri dan kanan mencari Danial. Tetap tiada. Kejap je lesap mamat ni!

Tiba-tiba seseorang menggenggam jemariku dari belakang. Aku menoleh. Alhamdulillah! Danial!

“Badan kecik macam kacang buncis. Senang je kau hilang jap gi. Kau hilang, apa aku nak jawab kat mak ayah kau?” bebel Danial. Haihh! Ceramah pulak dia ni kat tengah-tengah kompleks ni. aku hanya mengikuti langkahnya. Jemari kami masih berpaut! Dia menggenggam kuat tangan halusku. Baru aku perasan, tangan dia cantik. Jari dia runcing. Kuku gelas lagi tu! Lawa!!! Tangan dia pun takde la besar sangat. Comel! Aisey man! Boleh pulak aku belek tangan dia!

Setibanya di sebuah kedai Nokia, Danial meneruskan urusan jual beli telefon bimbit. Danial bercadang untuk menukar telefon bimbitnya. Katanya, nak ikut trend terkini! Amboi! Ingat tukar handphone ni macam tukar baju ke? Aku hanya memandang sepi. Sesekali aku melihat wajahnya di sisi. Hidung mancung. Bibir nipis pink! Mata, jangan nak cakap! Biru kehijau-hijauan. Bangga jugak ada suami encem macam ni!

“Lawa tak yang ni?” soal Danial sambil menunjukkan Nokia C7. Aku mengangguk laju. Cantik sangat! Harga dia pun cantik jugak!

“Colour apa yang cantik? Dia ada silver metallic, black and brown. Which one?” soal Danial. Aiseh! Mintak pendapat aku pulak. Dia yang nak pakai.

“Silver.” Jawabku pendek.

“I want two. Silver and black. Cash.” Aku memandang Danial dengan mata membuntang. Biar betul! Cash?! Ingat duit tu macam daun ke? Senang-senang nak bazir macam air. Dua? Membazir betul! Dia pakai dua nombor ke? Entah lah. Pedulikan!

Setelah urusan jual beli selesai, kami berjalan menuju ke food court.

“Nak makan apa?” soal Danial. Aku memandang board yang terpampang. Banyak pilihan! Akhirnya aku membuat pilihan untuk makan nasi goreng daging. Danial juga begitu. Meniru je keje(kerja)!

Sedang aku menjamah hidangan dengan berselera, Danial menolak plastik Nokia kepadaku.

“Silver metallic. Your choice.” Katanya. Rasanya, kalau kepala ni tak cukup skru, boleh tanggal jawabnya! Kalau lah jantung ni tak dilindung dengan tulang rangka, dah terkeluar kot! Aku memandang Danial tak percaya.

“Aku punya?” soalku.

“Yela! Siapa lagi? Ingat aku nak pakai dua phone sekali? Pakai je. Aku nak contact kau nanti senang.” Ujar Danial. Suapan Danial diteruskan. Aku hanya mengangguk. Rezeki depan mata. Kaut! Kaut! Alhamdulillah! Kalau kat rumah, dah meloncat kot! Nasib sekarang kat food court.

“Thanks.” Kataku rendah. Suapan diteruskan.

“Simkad aku dah beli sekali. Celcom.” Jelas Danial. Celcom? Ala! Aku baru nak pakai Maxis! Ada Youthclub. Murah! Hish! Potong line. Tapi apakan daya? Duit dia. Aku meminjam je. Aku akur.

“Lepas ni, jalan ke Pavillion pulak.” Cadang Danial. Haih? Lelaki pon suka shopping ke? Kalau aku pakai heels, naik lecet kaki aku ni. Nasib baik aku pakai sport shoes.

Kaki digagahkan jua melangkah ke Pavillion. Kedai demi kedai kami masuki. Kasut, baju, seluar, semua kami redah. Mamat ni memang cicak kobeng tau! Kata dia yang nak beli barang. Alih-alih, semua barang aku je yang melambak.

Waktu di kedai kasut, ada ke patut, heels setinggi 3 inci dia suruh aku try? Nasib tak terpelecok. Akhirnya aku memilih sandals yang menjadi trend terkini. Alah! Yang comel-comel tu! Takkan aku nak bergaya dengan heels sedangkan kaki berstoking? Tak padan lah!

“Penat lah!” aku berjalan perlahan di sisi Danial sambil mengomel. Sanggup suami terchenta ni buli aku? Disuruhnya aku angkat semua barang-barang ni! Naik lepuh lengan ni. Dia pulak sedap jalan menonong plus lenggang!

“Lemah betullah. Orang dah belikan, nak mengungkit pulak.” Bidas Danial. Wah! Wah! Bukan aku yang mintak semua ni eak! Tolong cikit! Aku pancung leher kau kang! Buat kari kepala manusia baru tau.

Terus aku meletakkan barang-barang di lantai. Aku duduk di tengah-tengah Pavillion tanpa segan silu. Protes! Danial menoleh ke belakang.

“Hey! Bangun lah! Buat malu je!” danial merapatiku. Dia menarik tanganku untuk bangun. Namun aku masih kaku di lantai.

“Kau angkat barang-barang ni, baru aku bangun.” Kataku. Aku tak mau kalah! Danial memandang kiri kanan. Orang lain memandang kami pelik. Mungkin tertanya-tanya, sinetron apalah yang kami lakonkan.

Hiyak! Aku terpempan. Tubuhku dicempung Danial.

“Turunkan akulah!” marahku. Muka dah macam udang terbakar! Lagi sikit nak hangit!

“Aku tak nak angkat barang, so aku angkat kau sudahlah.” Jawab Danial. Turun naik nafasku.

“Okay! Okay! Aku angkat barang tu!” aku mengalah. Danial tersenyum. Dalam hati, dia hanya berniat untuk menyakat. Tubuh kecilku diturunkan. Separuh daripada barang-barang yang dibeli, diangkut Danial. Aku menepuk-nepuk baju yang sedikit terlipat. Al maklum lah. Baju cotton, mudah sangat berkedut. Baki beg plastik di lantai, aku angkat. Keluhan kecil keluar dari mulutku. Dah pukul berapa ni?

Aku segera mengejar Danial yang sudah jauh ke depan. Oi! Mamat! Jangan lah jalan laju sangat! kaki aku dah la pendek. Nak kejar kau pon sampai kena lari.

Akhirnya! Berjaya juga aku berjalan seiringan dengannya.

“Dah pukul berapa?” soalku kepada Danial. Danial melihat aku pelik. Takde jam ke minah ni?

“Jam mana?” tanyanya.

“Aku mana ada jam. Jam dinding ada lah. Nanti aku balik, aku ikat tali kat jam tu, aku gantung kat leher.” Jawabku selamba.

Awal lagi. Baru pukul satu. Boleh lagi ni.

“Pukul satu. Jom!” tangan kanan Danial mencapai tangan kiriku yang tidak memegang apa-apa beg plastik.

“Mana?” soalku. Dah lah kaki macam nak terputus urat ni! Jalan sepuluh langkah lagi, boleh tercabut dibuatnya.

“Kedai jam.” Ahhh sudah! Patutnya aku diam je tadi.

Jam Guess berwarna hitam yang menarik perhatianku sudah berada di tangan kiriku. Tapi, memang membazir! Beli kat pasar malam baru RM 15. Boleh tukar-tukar selalu. Jarum jam pon masih menunjukkan waktu yang tepat. Ni, beli sampai beratus-ratus. Kalau disedekahkan duit tu kan bagus.

Sebelum keluar dari pintu EXIT, kami sempat lalu di kawasan perfume. Mata rambang! Mesti nak di tengok jugak mata aku ni! Danial menoleh melihatku. Teringat dia akan kejadian pagi tadi. Lagi sekali! Tanganku ditarik untuk mencuba satu-persatu perfume ni.

“Tak payah lah.” Tolakku.

“Amek! Jap gi mintak pakai perfume aku pulak!” gumam Danial. Berkira betul mamat ni!

“Berapa?” soalku kepada jurujual itu.

“Seratus enam puluh sembilan.” Kata-kata gadis kecil molek di hadapanku membuatkan aku hampir tercekik! Aku berbisik ke telinga Danial. Kaki ku jongket sedikit. Aku pendek kot!

“Kalau aku beli Enchanteur dengan seratus lebih tu, boleh la dapat dalam empat botol. Jomlah balik.” Aku memeluk lengan Danial untuk berlalu pergi.

“Okay.” Jawab Danial. Oh! Selamat duit!

“Bungkus.” Sambung Danial kepada jurujual itu. Aku terpinga-pinga.

“Aku tak boleh percaya dengan kau ni. Jap gi perfume aku, kau kebas. Kau tu, suka main aci redah je!” alasan tak munasabah Danial membuatkan aku menelan air liur. Lagi! Keluar duit lagi! Walaupun bukan duit aku, tapi rasa berat hati bila tengok Danial mengeluarkan kad kredit. Beg plastik yang berisi Noa dari Chacarel ditatap sepi. Apa boleh buat? Dah ada dalam tangan pon. Aku jungkit bahu. Balik!! Jam tangan dikerling. Sekejap je dah pukul dua setengah.

Mini Cooper Danial dipandu laju menuju ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, sempat kami singgah di masjid untuk menunaikan solat Zohor. Sesampai je di rumah, aku terus meletakkan beg-beg plastik di dalam bilik. Katil menjadi sasaranku. 1! 2! 3! Bummm! Letih! Aku terus berbaring di atas katil.

“Aku nak baring jugak!” pinta Danial.

“Tu! Sofa.” Jawabku malas.

“Aku nak tido atas katil. Permintaan suami kena turuti. Kalau tak, tak bau syurga.” Dengan segera Danial menyempit di tepiku. Nak makan kaki tau budak ni! Tapi aku memang dah tak larat nak bertekak. Ku biarkan dia baring di sisiku.

Pintu yang terlapang memberi peluang kepada Dato Eddy untuk menjengah masuk ke dalam bilik kami. Sewaktu kitorang(kita orang) balik, memang ruang tamu kosong. Orang rumah hilang entah ke mana. Tu yang kitorang terus naik bilik.

Penat sungguh budak-budak ni berjalan. Bisik hati kecil Dato Eddy.

Muhammad Danial Franz hanya seinci jaraknya dengan aku. Kami masing-masing meniarap. Wajah aku memandang ke kanan. Dia pula memandang ke kanan. Nyenyaknya tidur kami tengah hari itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

51 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 13”
  1. atikah says:

    sweet nyer..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"