Novel : Cinta kontrak 15

24 February 2011  
Kategori: Novel

77,966 bacaan 67 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

15

Terkejut beruk aku dibuatnya! Mana kan tidak? Sedap pulak aku landing kepala atas badan Danial. Dah tu, jemari kanan aku dalam genggaman Danial! Argghh! Pencabulan! Dengan serta merta aku bangun dari pembaringan.

“Perogol! Pencabul!” jeritku kuat. Tidak ku lepaskan peluang untuk memukulnya dengan bantalku. Segera Danial bangun memisat-misat matanya.

“Hei! Hei! Pehal ni?” soalnya. Masih mamai!

“Apa yang pehal?! Kau tengok sendiri la!” marahku.

“Takde apa pun.” Danial buat muka yang penuh dengan tanda tanya. Aku memandang tepat ke arah matanya. Namun, aku tidak dapat menahan panahan matanya. Walaupun keadaan bilik samar-samar, aku tetap kalah dengan panahan matanya.

“Kotor…” aku memalingkan muka ke tempat lain sambil mengucapkan perkataan itu dengan nada perlahan.

“Hei.. hei.. look at me.” Danial menarik wajahku untuk menghadapnya. Air mata tidak dapat aku tahan. Menitis jua.

“Mana ada suami yang berdosa memeluk isteri waktu tidur. Buku agama mana yang kau belajar ni? Nusyuz aku tau la. Tapi tu, kalau aku mintak hak aku sebagai suami, kau tak bagi, malaikat laknat kau sampai subuh tau.” Jelas Danial. Aku tau la mangkuk! Tapi aku tak rela! Paham tak!!! Tak rela!

“Baru pukul 2 pagi. Tido la.” Danial menyambung pembaringannya. Aku melihatnya dengan penuh tanda tanya. Tak faham ke mamat ni?

“Aku tak nak tido sekatil dengan kau. Aku tido kat sofa.” Lantas aku bergerak menuju ke sofa. Tanpa sempat aku melangkah pergi, tanganku sudah digapai Danial.

“Perintah suami, jangan ingkar. Sini! Tepi aku. Kau nak jadi isteri derhaka?” ugut Danial. Langkahku terhenti. Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Betapa geramnya hatiku.

Aku kembali ke pembaringan. Kali ni, jangan harap aku nak bagi peluang kat buaya darat macam kau! Bantal peluk diletakkan di sisiku, memisahkan aku dan Danial. Aku ke kiri hingga hampir jatuh ke lantai. Biar! Aku tak hingin tido dengan buaya darat! Kasanova! Cicak kobeng!

“Jangan tido tepi sangat. Aku takut je kalau ada apa-apa bawah katil tarik kau nanti.” Danial mengingatkan dengan mata terpejam. Sekilas aku memandang Danial. Budak ni kan!!! Perlahan-lahan aku mengesot ke kanan semula. Jauh daripada tepi katil. Danial tersenyum. Ni baru langkah pertama Airysha. Kau akan jadik milik aku.

Entah kenapa hari ini bagaikan hari yang terpanjang buatku. Letih! Dah la semalam cicak kobeng buat hal. Boleh pulak main ayat isteri derhaka. Rupa macam mat saleh, tapi sikap, memang aku salut habis! Pandai jugak la bab agama ni. Hai la! Seminggu cuti, aku tak tau nak buat apa kat rumah sebesar istana ni. Kalaulah aku jadik orang gaji, pancit aku nak kemas rumah banglo ni! Danial dah hilang entah ke mana. Mommy dengan papa jumpa kawan papa yang baru balik dari luar negara. Mak Som pulak sibuk menyidai baju. Aku nak tolong sikit pon tak boleh! Dah macam batu nisan aku ni! Tercongok dalam rumah. Telefon bimbit di dalam genggaman dibelek. Butang 1 ditekan. Lantas panggilan terus ke nombor Danial. Aku menekap telefon ke telinga.

Danial memandang telefon bimbitnya. MY SAYANGS. Senyuman lebar terukir di bibir Danial. Butang hijau ditekan laju.

“Helloooo sayang!” ucap Danial girang.

“Apa helo-helo? Tak reti nak bagi salam?” soalku dingin.

“Dia yang telefon, suruh orang yang bagi salam pulak.” Getus Danial.

“Apa-apa je la. Assalamualaikum! Kau kat mana ni?” seraya itu aku terus bertanya.

“Waalaikumussalam. Aku? Jumpa member kejap. Asal? Kau dah rindu aku ke?” soal Danial mengusik. Merona merah wajahku.

“Jumpa member? Hoi pakcik! Aku yang tercongok kat rumah macam batu nisan, takde pulak kau nak pedulikan. Boleh pulak jumpa member. Aku boleh mati kering kebosanan macam ni tau tak!” marahku. Sebal! Ada ke patut tinggal aku sorang-sorang kat rumah? Bukanlah sorang, sebenarnya ada Mak Som, kak Tipah, kak Siti, kak Ati. Tapi, aku nak ajak berborak, susah pulak. Selain mak Som, semua pakai bahasa indon! Mana aku nak paham!!

“Ala, kau ni. Bukan senang aku nak dapat cuti bergaji macam ni. Lepak la! Aku nak jugak jumpa kawan-kawan aku. Kau jumpa la kawan kau.” Seloroh Danial.

“Aku mana ada kawan kat sini, ngok! Yang ada, kakak aku, dengan kak Yati! Aaahhh!!! Kak long! Takpe-takpe! Bagi aku nombor abang Kimi jap.” Pintaku. Baru aku teringat. Kak long pon dah ada kat KL.

Danial menghantar nombor abang Kimi melalui mesej. Lantas nombor abang Kimi aku dail laju.

“Assalamualaikum?” kedengaran suara dihujung sana.

“Waalaikumussalam! Abang! Ni angah! Orang nak mintak nombor kak long!” teruja aku mendengar suara abang Kimi.

“Jap lagi abang text angah. Laju je mintak nombor kak long. Bukan nak tanya khabar ke, entah sihat ke tidak abang long awak ni. Tunggang terbalik ke, kaki atas, kepala bawah ke, ni tidak!” panjang pulak abang Kimi berjeda.

“Ala, haritu orang kawen, tengok abang long elok sihat je. Kira sihat la ni!” nak tergeliat lidah menyebut ‘abang long’. Bukan setakat tergeliat, entah dah berpusing-pusing lidah ni jadik bentuk hati ke, kucing ke. Lidah aku ni dah macam belon la pulak. Huhuhu!

“Angah ni, kalau orang cakap tu, ada je jawabnya! Alasan 1001 macam!” keluh abang Kimi.

“Orang nak cakap dengan kak long ni! Nanti kredit habis la!” gesaku.

“Kedekut kredit! Yela! Yela! Jap lagi abang long hantar. Assalamualaikum.” Talian terputus. Telefon bimbitku bergetar dua tiga saat menandakan mesej masuk. KAK LONG!

Lantas aku mendail nombor kak long. Tidak sabar rasanya nak dengar suara kak long.

“hello, assalamualaikum!” sapa kak long.

“Along!!! Waalaikumussalam. Angah ni.” Terjerit aku kerana teruja.

“Ish minah ni! Naik pekak telinga Along. Angah ni, kejap panggil kak long, kejap panggil along, pelik la!” seloroh kak long. Aik? Yang tu pon nak kena bebel jugak? Sama je. Kak long ke , along ke, kakak jugak!

“Apa-apa je la. Along buat apa?” soalku.

“Siapkan assignment. Along dah start belajar sekarang.” Kata kak long.

“Wah! Dah belajar! Bila start? Tak cerita kat angah pon.” Aku tarik muka. Apa la along ni! Menda cam ni pon tak reti nak habaq(bagitau)! Cerita demi cerita bertukar-tukar. Naik lenguh tangan memegang telefon bimbit. Hingga bunyi bip menandakan kredit habis aku bersembang dengan kak long. Sepuluh ringgit melayang macam tu je? Dalam sehari pulak tu. Mana tidaknya? Abang Kimi dengan kak long pakai Maxis!

Aku mendengus kasar. Bersandar ke sofa. Telefon bimbit diletakkan di atas meja kaca kecil di hadapanku. Aku memeluk kakiku. Fikirkan dari mula. Kenapa aku sanggup nikah dengan mamat ni? Kenapa aku tak sanggup menolak kata-kata Danial waktu dia memperkenalkan aku pada kedua orang tuanya? Kenapa aku rasa selamat waktu dia genggam tangan aku time kat Plaza Low Yat? Kenapa aku tak marah bermati-matian waktu aku tersedar aku tidur dalam pelukan dia? Airysha!!! Jangan cakap kau .. jatuh cinta?! Kau tak tau bila semua ni akan berakhir! Mungkin memang niat dia nak bagi kau jatuh cinta kat dia, kemudian tinggalkan kau terkapai-kapai tepi jalan!

Aku mengeluh. Aku dah jatuh cinta. Kenapa dia baik sangat dengan aku? Kenapa dia buat semua ni dekat aku? Sedangkan banyak lagi perempuan cantik yang nakkan dia. Aku yang comel pluss cute meletop ni jugak yang dia nak. Hahaha! Perasan!

Aku cintakan dia. Tapi dia? Dia just nak permainkan aku. Betul,kan? Dia mana mungkin akan jatuh hati dengan aku. Paling koman pon, dia nak permainkan aku. Aku mengeluh lagi. Kali ini, aku sudah meniarap di atas sofa panjang itu. Pipi kananku sudah pun mendarat di sofa. Pandanganku tembus ke televisyen.

Apa yang aku perlu buat? Apa yang aku nak buat? Teruskan macam ni? sampai dia muak dengan aku? Walau macam mana pun, aku tetap seorang isteri. Aku bukan isteri kontrak dia lagi. Aku tak sanggup menanggung dosa mempermainkan ikatan perkahwinan. Tiada kata kahwin kontrak di sisi Islam. Kerana itu juga aku hancurkan kontrak yang macam budak-budak tu! Bukan hanya untuk kepentingan aku.

Aku percaya dengan kata-kata yang pernah diungkapkan beberapa orang. Bercinta selepas kahwin adalah lebih indah. Tapi dengan perangai aku yang ala-ala brutal cap muslimah ni, nak ke dia? Aku menggaru-garu kepala yang terasa gatal. Posisi badan sudah berubah. Aku berbaring menghadap syiling.

Ya Allah! Aku dah jatuh cinta! Macam mana ni? perlu ke aku amek hati dia? Atau nafikan perasaan aku? Aku buntu! Lantas aku bangun dari pembaringan dan bergerak ke taman di belakang rumah. Aku tidak pedulikan selipar yang perlu aku pakai. Lantas, dengan berkaki ayam, aku berlari-lari di atas rumput yang menghijau. Taman yang besar, memenatkan aku untuk berlari dengan lebih jauh. Aku bergerak pula ke kolam ikan.

Aku mencelupkan tanganku ke dalam air kolam. Sejuk! Buat kerja gila la kejap! Dengan segera aku masukkan kaki ke dalam kolam ikan tersebut. Kolam separas lutut membuatkan seluarku lencun! Ikan yang bergerak-gerak di kaki menggelikan. Lantas aku mencangkung di dalam kolam tersebut. Mak oi! Rasa macam ikan pulak aku ni. Tak pernah dibuat orang mandi dalam kolam ikan.

Kini, bukan hanya seluar yang basah. Baju dan tudungku turut lencun! Boleh pulak aku menyelam dalam kolam ikan. Benda paling gila pernah aku lakukan! Macam ni la bila hati mula hadir perasaan cinta. This is the power of love!

“Ya Allah! Airysh!!! Buat apa dalam kolam ikan tu?” jeritan Mak Som membuatkan aku terkejut. Huiiihh! Nasib tak meloncat keluar jantung aku ni. kalau tak, free-free Mak Som kena masuk jail di atas tuduhan membunuh! Hahaha. Tali gantung! Mandatori! Hehehe.

“Mak! Hahaha..” tawaku entahkan ikhlas atau tidak. Malu pun ada. Aku menyapu air di wajahku.

“Kamu kalau nak menyelam, tu! Kat sana ada kolam renang. Takkan dalam kolam ikan jugak kamu nak berenang? Ya Allah!” mak Som yang sudah mendekatiku segera menarik lenganku supaya keluar dari kolam ikan.

“Ala, kejap la. Masuk kolam renang, takde geng nak berenang. Duduk dalam kolam ikan, boleh join ikan berenang. Kan? Kan? Kan?” aku menarik kembali lenganku dari pautan Mak Som.

“Airysh, Datin dengan Dato’ balik nanti tengok kamu macam ni, malu je. Sudah! Keluar. Bau ikan dah!” Mak Som menarik lenganku kembali. Dah gaya macam mak suruh anak balik rumah. Sketsa pelik je!

“Bau ikan? Ye ke? Nanti boleh la Airysh ganti ikan dalam kuali. Tak payah mak susah-susah pergi pasar cari ikan.” Masih dengan gaya loyar buruk aku hadapkan ke Mak Som. Wajah tua dihadapanku mengingatkan aku dengan orang tuaku. Takde ibu nak bermanja, mak pon jadik lah!

“Mak! Join orang nak?” soalku nakal. Aku cuba menarik lengan Mak Som pula. Dah macam acara tarik tali, Cuma yang ini, bezanya, acara tarik lengan. Tengok lengan siapa yang putus. Huhuhu. Kejam! Kejam!

“Oihhh!!” jerit suatu suara matang yang amat aku kenali. Danial?! Haissh! Kenapa waktu sekarang jugak yang dia nak balik?

Lantas Danial menuju ke kolam ikan. Menghadapku. Mak Som tertunduk seakan mengakui dia yang bersalah. Aku yang masih duduk bersila di lantai kolam dengan kepala terkeluar dari air hanya tersenyum.

“Hai!” sapaku ceria.

Danial ternganga melihatku. Cermin mata ‘gerhana’nya disepit di kolar leher baju.

“Maaf Niel, mak…” tak sempat Mak Som menghabiskan kata-kata, Danial lantas memotong. “Tak pe, mak uruskan yang lain. Minah ni, biar Danial yang uruskan.” Ucap Danial. Tiada nada marah, tiada juga nada evil-wanna-be. Mendatar biasa je suara dia. Apa la dia nak buat dengan aku ni.

Mak Som segera masuk ke dalam rumah.

“kau ni pehal? Mandi tengah-tengah hari dalam kolam ikan! Berangan nak jadik mermaid? Panas la sekarang ni. dah! Masuk.” Arahan Danial aku pandang sepi. Panas? Oit! Cik abang yang berjaya menarik hatiku, kolam ni dikelilingi pokok-pokok besar. Redup la!

“Bawah pokok mana panas..” selorohku. Namun suaraku sangat perlahan! Nanti kata melawan cakap pulak.

“Kolam renang ada, kolam ikan jugak yang kau nak landing? Kau ni spesies apa, ha?” Danial sudah mencangkung di tepi kolam. Aku memandangnya.

“Aku spesies mermaid-wanna-be! Pesal? Susahkan kau ke?” marahku. Ni nak perli sampai masuk spesies ni, apa kes? Bagi hangin je oh!

“Melawan! Melawan! Sudah! Keluar!” arah Danial. Aku hanya mampu menurut. Nak tak nak, dia suami yang memegang kuasa. Aku? Seorang isteri yang wajib patuh pada arahan seorang suami.

Aku bangun dan terus keluar dari kolam ikan. Danial membuntutiku. Untuk seketika, aku berhenti dan berpaling.

“Bye ikan. Lain kali kita mandi sama-sama lagi! Mamat ni jeles tengok aku mandi dengan kau. See ya!” aku melambai-lambai ke kolam ikan. Danial ketawa tidak percaya.

“Kau patut duduk tanjung rambutan!”

“Ala, bagus lah! Banyak rambutan. Kenyang perut aku. Daripada duduk rumah ni, dengar kau membebel macam murai kena tarik bulu, cot-cet cot-cet 24 jam! Sakit telinga aku. Bukan bagi kenyang perut pon.” Bidasku. Alamak! Melawan lagi. Huisshh.

“Melawan lagi! Dah la bau ikan! Busuk giler!! Nak muntah aku.”

“Muntah la. Ada aku kisah?” aku segera menapak ke dalam rumah sebelum disekat Danial.

“Kau tunggu sini. Jangan masuk lagi! Basah!” cermin mata hitam di kolar leher baju di tarik dan dilekatkan dimataku. Oi! Aku belum buta la.

“Pakai je la!” getusnya apabila aku cuba membuka cermin mata itu. Aku di tarik ke tepi paip air. Lantas pili air dipulas. Getah paip ditalakan kepadaku. Eh? Dia…?

Bussshhh!!!! Lencun buat kali kedua!! Mangkuk tingkat, mangkuk ayun, mangkuk segala mangkuk la! Sedap dia siram aku macam aku ni api. Apa? Ingat kau bomba ke nak siram aku macam ni!

“Woihh!!” jeritku.

“Duduk senyap-senyap lah! Aku nak bagi hilang bau ikan tu. Lumut-lumut pon melekat kat tudung kau.” Kata Danial. Nak bagi hilang lumut konon. Dah gaya percik air macam nak bagi hilang aku punya anggota badan je. Punya la kuat air dia picit ke aku.

Aku mendekati Danial dan merampas getah paip. Lantas menyiram badanku sendiri.

“Dah! Puas?” aku menghempas getah paip ke lantai. Danial mendekatkan wajahnya ke badanku. Aku mengelak sedikit.

“Much better. Kau tunggu sini, aku amek towel.” Arah Danial. Aku menarik getah paip dan melilitnya di batang paip. Nanti orang terpijak, susah pulak! Bunga-bunga yang berada di sekelilingku dipandang dengan pandangan kagum. Mawar! Bermacam-macam warna. Aku bergerak sedikit ke tengah panas. Untuk mengeringkan bajuku sementara menunggu Danial membawa turun towel. Rasanya dah pukul 12.30! Matahari dah terpacak atas kepala ni. aku duduk di atas rumput. Lambatnya mamat ni.

Telefon bimbit Danial berdering sewaktu dia ingin turun ke bawah memberikan towel kepada Airysha. IQBAL!

“Weyh bro!” sapa Danial girang. Dia duduk sebentar di atas katil.

“Kau sihat?” soal Iqbal dihujung talian.

“Alhamdulillah. Kau macam mana?” soalan dan jawapan bertukar-tukar sehingga Danial leka.

Aku menunggu dengan sabar. Masak nanti lama-lama kat sini! Panas! Agaknya, dah lebih 10 minit aku tunggu ni! Cicak kobeng ni, amek towel ke, buat towel?! Bikin panas hati je! Aku menarik nafas panjang dan terus masuk ke dalam rumah. Bajuku dah hampir kering! Aku segera menapak menuju ke bilik. Apabila pintu dibuka, mata aku membuntang melihat sekujur tubuh yang sedap dibuai mimpi.

“Danial!!!!!!!!!!!!!” runtuh! Runtuh! Runtuh! Rumah dah macam nak runtuh dek suara aku yang nyaring. Danial pula punya terkejut sampai terjatuh katil.

“Kau ni kan!” marahku. Betapa penat aku menahan terik matahari, dia sedap-sedap pergi Lalaland(mimpi). Danial memandangku terkejut. Untuk seketika, dia tersengih.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

67 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 15”
  1. cikbunga says:

    Saya sangat pelikk membaca novel ini pada episod 4, kata AIRYSHA seorang muslimah memakai tudung labuh tapi kenapa diawal cerita boleh pula penulis menulis mereka bersalaman. Mana ada muslimah bersalaman dengan seorang yang bukan muhrim. Haram. Penulis x alert ke?

  2. lurvea says:

    kata muslimah,tapi pegang tgn???

  3. student says:

    saya da bace citer ney sampai habis….boleh tahan citer dy…happy ending…hhehehe

  4. Hye mi says:

    ha ah ye tak ye jugaaakkk.. kan haram kan? huhu btw, citer ni mmg terbaikklah

  5. Qaireena Airysha says:

    terbaek!!!! danial encem la…

  6. aini says:

    klakar la time Airysha mandi kat kolam ikan uh .. x penah2 di buat org .. serius klakar ! btw .. cite nye swEet sangat ..

  7. budak_tomey 99 says:

    novel cinta kontrak n mmg terrrrrrrbaiiikk!!!! danial encem owt,,,

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"