Novel : Dia Suamiku 27

19 February 2011  
Kategori: Novel

35,879 bacaan 133 ulasan

Oleh : norisha natasya

Seperti biasa setibanya dipejabat aku terus sahaja meletakkan begku dilaci dan kemudian berlalu ke pantry untuk bersarapan. Aku terus sahaja menjerang air. Roti dikabinet dicapai dan kemudian diletakkan ke dalam pembakar roti. Sementara menunggu segalanya siap aku melabuhkan punggungku di kerusi.

Kejadian semalam sedikit sebanyak telah menyentuh pintu hatiku kembali. Renungan Aleef Aakif begitu menusuk jiwaku. Tenang sekali. Dan tatkala mataku bertemu matanya hatiku berbunga mekar. Perasaan yang semakin lama menghambar di dalam diriku. Namun perasaan ini adalah perasaan yang sama ketika aku mula-mula jatuh hati kepadanya dahulu.

‘Bukk!!’
Buku yang dibawa bertaburan. Bahuku terasa sakit akibat dilanggar oleh seseorang. Aku memandang tubuh yang semakin hilang dari pandangan. Hati merengus geram. Pemuda yang baru sahaja melanggarku bagaikan tidak menyedari kewujudanku.

Aku membongkok dan mengutip buku-bukuku. Namun sesaat itu, seseorang turut membantuku. Ada juga yang sudi membantu. Dan ketika aku ingin mengambil buku yang terakhir hatiku berdegup pantas. Tanganku tersepit antara buku dan tangan lelaki dihadapanku. Aku terus memandangnya. Dia juga begitu. Untuk seketika sesuatu perasaan baru mula menular ke dalam diriku tatkala kami berbalas renungan. Ianya sungguh indah sekali.

Dan wajah itu amat sempurna. Senyumannya cukup indah. Hidungnya cukup terletak diwajahnya. Matanya yang sedikit sepet namun begitu redup pada pandanganku. Bibirnya pula… Ya, bibirnya begitu indah mengukir senyuman. Dan aku benar-benar terpana akan keindahan ciptaan Allah ini.

“Awak tak apa-apa?” tanya pemuda itu. Aku yang bagaikan tersedar terus sahaja menarik tanganku dan bangun.
“Errr… okay…okay… Tak apa,” tergagap-gagap aku menjawab sambil membetulkan cermin mataku.
“Okay, saya pergi dulu,” pemuda itu terus sahaja meninggalkanku.

Aku hanya memandang. Memandang langkah dan tubuhnya yang semakin jauh meninggalkanku. Kemudian pemuda itu mula beriringan dengan seorang gadis yang telah setia menantinya di hujung kaki lima.

Aku tersenyum sendirian. Ya, kenangan itu begitu menggamit jiwaku. Walaupun kejadian itu berlaku tanpa diduga namun perasaanku ketika itu cukup indah. Dan demi mencari sekeping hati yang hilang ini akhirnya aku sanggup mencari tahu semua perkara mengenai pemuda itu. Pemuda yang diberi nama Aleef Aakif. Dan kini perasaan itu muncul kembali. Adakah dia turut merasakan perasaan yang sama? Ingin sekali rasanya mengetahui jawapan dari si dia. Namun aku sedar, hatiku tidak pernah diterima dalam hidupnya. Sekeping hati milikku itu masih tidak mampu lagi mengetuk pintu hatinya.

“Amboi-amboi, berangan je,” teguran Mayesa mengejutkanku.
“Ish, mana ada,” aku berdalih lantas kembali menyiapkan sarapanku.
“Yelah tu. Dari tadi aku tengok tersenyum sorang-sorang. Ingatkan orang gila mana tadi,” usik Mayesa.
“Kalau tahu ada orang gila dalam pantry ni kenapa datang dekat? Tak takut ke?”
“Tak takut pun. Sebab orang gila ni baik. Dia selalu sediakan sarapan untuk aku,” kata Mayesa sambil tersengih sumbing.
“Owh, kata aku gila lepas tu nak suruh aku buat sarapan untuk kau. Banyak cantik,”
“Terima kasih my friend atas pujianmu itu. Aku tahu aku cantik. Nah! Terimalah flying kiss dari ku. Muah…” kata Mayesa sambil melemparkan flying kiss kepadaku.
“Eee.. bini orang ni. Bukan nak tolong. Main-main pula,” kataku bernada sedikit keras.
“Anak dara tak elok marah pagi-pagi. Nanti tak cantik macam aku. Mari, aku tolong kau bawa jug air ni,” Mayesa terus sahaja merampas jug air dari tanganku. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatahnya.

Aku yang tidak mahu memanjangkan lagi gurauan ini terus sahaja menyuap roti ke mulutku. Kami sama-sama duduk bersarapan disitu.

“Ryna, guess what!” tiba-tiba Mayesa bersuara tatkala aku sedang mengoles kaya di roti keduaku.
“Guess what apa pagi-pagi ni. kalau cerita laki bini jangan cerita dekat aku, okay? Tak larat dah telinga aku nak bersantap cerita kau tiap pagi,” aku menyindir.
“Ala, kau ni Ryna. Tak bestlah,” suara Mayesa seakan merajuk.
“Alalalala… my darling ni, janganlah merajuk. Come talk to me. Tak elok tau pagi-pagi merajuk. Nanti roti tak nak masuk mulut,” kataku sambil mensuakan roti ke mulutnya. Mayesa tersenyum gembira.
“Guess what! I’m gonna have a baby!” ceria Mayesa memberitahu perkhabaran itu. Aku turut terkejut namun gembira dengan perkhabaran itu.
“Owh, really! Congratulation May. I’m happy for you,” kataku sambil mengenggam erat tangannya.
“Yeah, finally. I’m really excited,”
“Now you have to take care the baby and yourself. Jangan buat kerja-kerja berat. Bila kau tahu hal ni?”
“Semalam…” kata Mayesa sambil menyuap roti yang berbaki ditangan.
“Patutlah semalam Harith cakap kau cuti,”
“But I’m a little bit worry la…”
“Kenapa pula? Kau jaga diri kau, kesihatan kau… Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja,”
“Aku tahu. Cuma aku takut masa nak melahirkan nanti. Orang cakap sakit. It’s really scared me,” luah Mayesa.
“Don’t think to much. Pedulikan apa orang kata. Yang penting sekarang ni kau kena jaga diri kau,” aku cuba memberi Mayesa semangat.
“Thank you my friend. Really love you,” kata Mayesa sambil memeluk erat bahuku.
“Dah, finish your breakfast. Nak loving-loving dengan aku pula. Orang nampak karang timbul gosip lain pula. Tak pasal-pasal aku jadi bapa kepada baby kau pula,” kataku bergurau dan pecah tawa Mayesa disitu. Aku turut tergelak sama.

***************************************

Mesyuarat tergempar sebentar tadi benar-benar membuatkan aku buntu. Aku membelek senarai tugas yang berada di tanganku. Keluhan kecil dilepaskan. Perlukah aku untuk menerimanya?

Memandangkan syarikat ini akan melebarkan sayapnya, En. Hisham memberitahu beliau akan menempatkan tiga orang pegawai pentadbiran ke syarikat Bandar Baru Bangi. Setelah berbincang panjang dalam mesyuarat tadi nama aku turut dicalonkan. Dua orang pegawai telah pun bersetuju untuk ditempatkan di sana selama sebulan. Namun hanya aku yang masih memerlukan masa untuk berfikir. Disebabkan itu En. Hisham meletakkan namaku sebagai calon simpanan.

Aku tahu ini adalah satu peluangku untuk menunjukkan prestasiku kepada syarikat. Tetapi bila memikirkan jarak rumah dan tempat kerja hatiku sedikit gagau. Kerja sudah tentulah semakin bertambah. Namun bukan itu yang paling aku risaukan. Aku cuma risaukan mengenai hatiku yang bakal berlagu rindu. Walang hati ini andai kata tidak dapat melihat wajah Aleef Aakif seharian.

“Wei, makcik! Kau ni asyik berangan je,” Mayesa datang menegur.
“Bukan beranganlah. Aku tengah fikir pasal mesyuarat tadi,” aku tersenyum hambar.
“Pasal outstation tu kan? Hurm, kau nak terima ke? Kalau kau terima tak bestlah aku kat sini,” luah Mayesa.
“Itulah pasal. Lagipun banyak yang perlu dibuat di sana nanti. Entah-entah lebih dari sebulan,”
“So apa keputusan kau?” tanya Mayesa dan aku hanya mampu menggeleng.
“Kau buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kau. Pasal kerja aku tahu kau mampu lakukan. Tapi aku takut kat sana kau terlalu sibuk sehingga lupa pasal diri kau. Aku risau kawan aku ni masih solo lagi. Umur kau semakin meningkat,” Mayesa meluah rasa.
“Baiknya kawan aku ni. Hal tu kau tak perlu bimbang okay? Tahulah aku macamana nak uruskan. Cuma aku masih belum buat keputusan lagi sama ada perlu terima atau cari pengganti,” kataku. Hati sedikit sayu atas keprihatinan Mayesa.
“Atau kau dah ada yang berkenan di hati? Dengan aku pun nak berahsia,” duga Mayesa yang sememangnya gemar mengutarakan soalan begini.
“May, kau ni semua nak tahu. Kalau ada nanti aku beritahulah,”
“Ala, kau kalau ada pun bukan nak beritahu. Suka sangat berahsia. Macamlah aku nak kebas,” Mayesa bernada merajuk. Aku tahu dia sengaja untuk memancingku supaya bercerita. Kesian Mayesa. Aku masih tidak boleh lagi membuka pekungku kepadanya. Belum masanya lagi.
“Ibu mengandung ni cepat betul sensitif. May, nanti kalau dah ada aku beritahulah. Kau kan kawan aku. Kau asyik tanya pasal hal ni lagi aku nervous tahu,” kataku memujuk. Mayesa hanya mampu tersengih sumbing.

Sesaat setelah itu telefom dimejaku berdering. Aku mengerling ke arah jam dinding. Hampir waktu makan tengahari. Siapa pula yang telefon pada waktu-waktu begini? Aku berdehem beberapa kali sebelum menjawab panggilan tersebut.

“Selamat tengahari. Boleh saya bantu?” tuturku sopan.
“Afrina, bersiap sekarang. Jumpa dibawah lima minit dari sekarang!”

Klik!!
Talian diputuskan. Aku terpinga-pinga menerima arahan tersebut. Berkerut-kerut dahi ini cuba memikirkan sekiranya aku ada terlupa sesuatu. Namun seingatku aku tiada apa-apa temujanji hari ini. Aku yakin suara itu milik Aleef Aakif. Tetapi untuk apa dia mengarahku sebegitu? Penting sangat ke?

“Siapa Ryna?” tanya Mayesa disisi.
“Err… tak ada siapa pun. May, lunch ni aku ada hal. Aku tak lunch dengan kau tak apa kan?” tanyaku sambil mengambil beg tangan di laci.
“Tak apalah. Aku suruh husband aku datang sini jelah,”
“Nasib baik office dia dekat-dekat sini saja. Beruntung kau,”
“Tahu pun. Kau tu kenalah cari orang dekat-dekat juga kalau nak beruntung macam aku,”
“Okay, nanti aku cari. Aku pergi dulu ye,” kataku sambil meminta diri. Sebuah senyuman dilemparkan kepada Mayesa dan kemudian langkahku laju sahaja berlalu pergi meninggalkan pejabat.

Setibanya aku diperkarangan lobi, aku mencari sesusuk tubuh itu. Bayangnya masih lagi tidak kelihatan. Aku melangkah keluar. Ternyata dia telah pun berada di sisi keretanya dan aku terus sahaja merapatinya.

“Ada apa En. Aleef?”
“Masuk kereta,” wajahnya tetap sahaja bersahaja. Aku pelik. Dia nak bawa aku ke mana pula.
“Cakap dekat sini jelah,” aku cuba menolak.

Namun Aleef Aakif telah lebih dulu membuka pintu untukku. Hatiku berbelah bagi. Ada apa sebenarnya ni? Aku mulai rasa tidak sedap hati.

“Cepatlah…. Sebelum yang lain keluar makan,” kata Aleef Aakif.

Dengan ragu-ragu akhirnya aku masuk juga ke perut kereta Aleef Aakif. Aleef Aakif terus sahaja memandu keretanya tanpa aku ketahui arah tujuannya. Suaraku bagaikan tersekat dikerongkong. Aleef Aakif turut membisu. Aku mengeluh. Mujur aku membawa beg tanganku. Kalau tidak tentu sahaja aku bagaikan seorang pelarian yang tidak mempunyai identiti diri.

Akhirnya kami tiba disebuah restoran yang amat aku kenali. Aku pernah menjejakkan kaki direstoran ini. Itupun bersama dengan dia ketika dia mula-mula masuk bekerja. Tapi kenapa dia bawa aku ke tempat ini kembali? Hatiku semakin tidak keruan. Sepertinya ada sesuatu yang bakal berlaku. Aku tidak mahu tempat ini menjadi tempat nostalgia pilu kami. Tempat yang indah namun telah dicemari dengan hubungan kami yang agak bercelaru ini.

Hidangan telahpun tersedia di depan mata. Namun seleraku bagaikan mati sebaik sahaja tiba direstoran ini. Hatiku sedikit walang andai sahaja pertengkaran yang bakal mengenyangkan seleraku.

“Kenapa diam?” tiba-tiba Aleef Aakif bersuara.
“Err… tengah makan,” jawabku pendek. Aku perasaan Aleef Aakif sedang tersengih mendengar jawapanku.
“Makan? Dari tadi terkuis-kuis. Macam tu rupanya orang tengah makan,” Aleef Aakif memerliku. Aku memandangnya geram sambil meletakkan sudu dan garpuku dipinggan.
“Apa tujuan En. Aleef sebenarnya? Saya tahu mesti ada yang tak kena. Hal apa yang penting sangat sampai En. Aleef nak jumpa saya di luar?” luahku.
“Saja,” jawabnya bersahaja dan aku terlopong. What!!
“En. Aleef ni sakit ke? Kalau sakit saya hantar ke klinik,” perliku.
“Kenapa? Kau rasa aku tak ada hak untuk ajak kau temankan aku makan?” aku terkelu dengan apa yang baru didengar. Benarkah? Atau aku sememangnya sedang bermimpi ketika ini?
“Cepatlah makan. Waktu lunch pun dah nak habis ni,” kata Aleef Aakif lagi.

Perlahan-lahan aku kembali menyuap hidanganku. Fikiranku masih lagi menerawang jauh. Masih lagi memikirkan perkara yang sedang berlaku ini. Sesungguhnya aku tidak menyangka tujuan dia berjumpa denganku hari ini adalah untuk makan bersama. Sungguh tidak percaya! Adakah hati dia telah terbuka untukku? Aku benar-benar bingung.

“En. Aleef……” perlahan sahaja aku memanggil. Namun Aleef Aakif tetap sahaja berdiam. Dia bagaikan seperti terpukau dengan keenakan hidangannya sehingga tidak memberi sebarang reaksi kepadaku.
“En. Aleef…..” sekali lagi aku memanggil. Malah lebih kuat dari sebelumnya.
“Hurm…” suapan Aleef Aakif terhenti. Dia membalas renunganku.
“En. Aleef, I know there must be a good reason for this,” aku masih lagi tidak berputus-asa untuk mendapatkan jawapan darinya.
“Tak boleh ke kalau kita habiskan makan and get back to work?” tanya Aleef Aakif.
“No!” Aleef Aakif mengeluh.
“Degil!” kata Aleef Aakif separuh berbisik namun amat jelas pada pendengaranku. Aku menentang matanya. Amat tidak berpuas hati!
“Terima kasih untuk semalam. Puas?” jawapannya sedikit mengejutkanku. Terima kasih? Semalam? Apa yang berlaku semalam? Hurm… Takkan sebab dia tumpang kereta aku pula. Takkanlah hal itu sampai dia ajak aku keluar?
“Semalam??”
“Afrina, I have no time for this. Cepat habiskan makanan atau kau nak aku tinggal kau dekat sini?”

Jawapan Aleef Aakif benar-benar menyakitkan hatiku. Ego terlalu tinggi. Tidak pernah menyatakan sesuatu dengan terang. Dia ingat aku boleh baca apa yang berada difikirannya? Seandainya aku mempunyai keistimewaan membaca buah fikiran orang lain tentu sahaja aku tidak perlu mengeluarkan pelbagai pertanyaan.

Aku merengus geram. Geram dengan sikap sesusuk tubuh yang berada dihadapanku. Lagaknya tetap sahaja bersahaja. Balik-balik kita sahaja yang sakit hati. Balik-balik kita sahaja yang bakal terkena. Aku terus sahaja menghabiskan saki-baki hidanganku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

133 ulasan untuk “Novel : Dia Suamiku 27”
  1. sue says:

    Bilalah writer nak sambung cerita ni? already 2 years, bila nak sambung ? pleasee, cerita best sangat, tertunggu-tunggu ending die. plssssss.

  2. lina says:

    smbglh cept……….dh bnyk kli ulg bce……..bpe thn bru nk siap citer niee

  3. lina says:

    ble nk smbg cite ni…..10thn lgi ke

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"