Novel : Kemelut Di Muara Rindu 3

24 February 2011  
Kategori: Novel

3,492 bacaan 5 ulasan

Oleh : Dianza

BAB 3
**********
HARI ini semua kerjaku seperti tidak kena. Bayangan wajah Hakim asyik terbayang di ruang mata. Hakim kelihatan semakin kacak. Apatah lagi apabila nama itu kini tidak ubah seperti lagu top hits di pejabat. Kalah lagu Justin Bieber, budak lelaki cute yang suara macam perempuan tu!Tidak henti-henti nama lelaki itu disebut oleh Encik Rashdan dan kakitangan pejabat saban hari. Semakin tension aku dibuatnya.

Bekerja selama dua tahun di firma ini meyebabkan aku mengenali sebahagian besar pekerjanya. Paling rapat denganku tentulah Fadhila dan Kak Maz atau nama sebenarnya Mazlina. Tatkala aku sudah selesa dan mulai menyenangi tugas harianku yang membosankan ini tiba-tiba sahaja pemilik syarikat ini mengambil keputusan mendadak untuk menyerahkan hak milik saham syarikat kepada Megah Holdings Constructions & Architecture, sebuah syarikat yang terkemuka yang rupa-rupanya milik keluarga Hakim.

Disebabkan peralihan kuasa ini banyak perubahan pentadbiran dilakukan secara besar-besaran. Teraju pemerintahan sudah pun berpindah ke tangan Hakim. Kerja yang sudah tersedia banyak terbeban di bahuku bertambah.

Encik Rashdan awal-awal sudah mengingatkan sekiranya tidak berkenan dengan pentadbiran baru, jalan terbaik adalah meletakkan jawatan masing-masing. Tidak mungkin kerana Hakim, aku terpaksa mengundur diri. Lagipun pada zaman sekarang, bukannya senang untuk mendapatkan kerja. Mengelakkan diri darinya adalah jalan terbaik.

Tidak pernah aku menduga dalam banyak-banyak firma yang terdapat di Malaysia ini tempat aku cari makan jugalah di take over oleh Hakim . Adakah takdir tengah mempermainkan aku? Apakah ini satu lagi dugaan? Sampai bila harus aku melarikan diri? Berapa kali aku harus berkorban? Kenapa aku harus dipertemukan lagi dengan dia?

Memikirkan semua perkara itu membuatkan kepalaku bertambah pening. Banyak kerja terbengkalai kerana leka melayan perasaan sendiri. Terpaksalah aku balik lewat lagi hari ini. Aku mengutuk diri sendiri kerana membiarkan emosi mengatasi fikiran yang waras. Aku harus bangkit semula demi Aiman! Ya…demi Aiman! Silapku kerana terlalu meratapi nasib diri.

Tekakku terasa kering. Aku mengorak langkah gontai menuju ke pantry, fikiranku masih padat dengan dilema yang melanda jiwa. Suasana petang yang lengang membuatkan mindaku semakin menerawang jauh. Aku membuka sepeket Milo Fuze tiga dalam satu dan mencurahkannya ke dalam mug kesayanganku. Kemudian, air panas kucurahkan ke dalam mug sebelum mengacaunya supaya sebati. Kuhirup air milo perlahan-lahan. Tak manislah Milo ni! Automatik mataku mencari botol gula di atas rak.

Di dalam keluargaku memang ramai yang menghidap kencing manis. Ini kerana, makanan dan minuman yang manis memang mendapat tempat pertama di dalam rutin pemakanan harian kami. Maka, tidak hairanlah obesity menjadi masalah utama yang melanda keluarga kami termasuklah aku. Tapi itu dulu, sekarang aku dah tak chubby lagi yer…

” Cik gula, oo…gula! Kau main hide and seek dengan aku ke?” panggilku. Aku membuka peti sejuk. Tiada. Buka rak atas, juga tiada. Last sekali, aku membuka tin roti. Manalah tau kan, kot ada orang sembunyikan gula didalamnya? Aku masih riuh memanggil ‘cik gula’. Kalaulah ‘cik gula’ tu menyahut, confirm aku buka langkah seribu.

” Kau kat sini rupanya, cik gula? Puas aku cari kau, tau tak!” rungutku sambil mengambil dua sudu gula dan mencampurkannya dengan air Miloku. Milo kuhirup sedikit. Sedap! Asyik melayan perasaan, sehingga senja pun kerja aku tidak juga beres. Semua orang dah pulang meninggalkan aku seorang di office yang sepi ni. Harap-harap tak adalah ‘benda tu ’ kacau aku. Langkah ku atur dengan lebih bersemangat.

Tetapi langkahku berhenti mendadak. Sedetik kemudian mug di tanganku terlepas dan terhempas ke lantai. Bunyinya bergema. Air Milo memercik ke sekeliling.

‘Hakim!’ Jerit hatiku. Buntang mataku memandang wajah tampan lelaki di hadapan. Wajahku pucat tidak berdarah. Seperti mahu terbang rohku. Semangat yang dibina tinggi pada mulanya melayang entah ke mana.

“I’m sorry! You tak apa-apa?” tanya Hakim cemas.

Aku masih tergamam. Sukar untuk mempercayai mata sendiri. kakiku terasa lembik. Baru sekejap tadi aku mengenang wajah itu. Dan sekarang wajah itu ada di hadapanku.

” I’m sorry! I tak berniat nak kejutkan you. Masa masuk tadi I terdengar suara, jadi I saja check. Are you okay?” soal Hakim lagi apabila melihat gadis di hadapannya masih termangu. Jelas sekali gadis itu masih terkejut melihatnya. Mana-mana perempuan pun akan melayang semangat bila melihat lelaki yang tidak dikenali muncul di kala sedang bersendirian di dalam pejabat.

” Hmm…I’m okay!” jawabku tergagap-gagap. Aku segera membongkok lalu mencapai serpihan pecahan mug dan membuangnya ke dalam tong sampah .

” Come on , have a sit,” arah Hakim lembut. Dia segera mencapai gelas dan memenuhkannya dengan air suam lalu disuakan kepada gadis di hadapannya.

” Minum…tenangkan perasaan you,” bisik Hakim.

Gelas kucapai dan kuminum sekaligus. Dah minum pun aku masih terasa haus. Kulirik wajah disebelahku yang tersenyum manis. Killer smile si Hakim ni memang telah lama membunuh aku! Manis macam madu! Entah-entah sekarang aku sudah dimadukan? Siapalah gadis bertuah itu? Mengenangkan semua itu menyebabkan hatiku terasa perit.

” Nama you?” tanya Hakim.
” You tak kisah beritahu siapa you?” tanya Hakim lagi bila soalannya tidak dijawab.
” Kenapa nak tahu?” tanyaku. Cubaan untuk mengelak diri.

Siapa aku? Cepatnya Hakim melupakan aku? Takkanlah wife or ex wife sendiri pun tak cam lagi kot? Musuh lagikan dikenang apatah lagi bekas isteri! Tambah-tambah lagi, aku nikan pemusnah kebahagiaan dia! Sepatutnya dia kenal aku walaupun dari segi fizikal terdapat sedikit perubahan! Dah tiga kali jumpa takkan masih tak cam lagi!

” Marah lagi ke?” tanya Hakim dengan senyuman masih tersungging dibibir.
” Nope… Why should I ?” jawabku pantas. Jual mahal konon!
” I akan bekerja di sini. I baru nak berpindah masuk,” jelas Hakim. ” So, I think sebelum I masuk kerja, tak salah kalau kita berkenalan terlebih dahulu kan? Untuk mengeratkan silaturrahim. ” sambung Hakim lagi.

Aku menggaru dagu yang tidak gatal. Muka Hakim kutatap dalam-dalam. Nasib baik office bos-bos besar kat tingkat tujuh. Tidaklah aku terpaksa menghadap muka dia ni tiap-tiap hari.

” Cik…cik…cik okay ke ni? Is something bothering you?” melamun pulak dia! Nak bagitahu nama pun susah sangat ke!

“Aaa…,”
“Hakim! Kat sini rupanya kau! Puas aku cari!” Awang Ramli,

Eksekutif Pemasaran di tingkat tujuh muncul tiba-tiba. Kepalanya yang dijengul dahulu di muka pintu sebelum badannya. Mata Awang Ramli terarah kepadaku. Dahinya berkerut seribu sebelum kembali memandang Hakim.

” Jom ikut aku ke bilik Encik Rashdan sekejap! Dah lama dia tunggu kau! Kata nak discuss pasal projek di Sarawak! Cepatlah,” gesa Awang Ramli tidak sabar. Datang macam ribut, pergi macam angin. Cepat sahaja Awang Ramli menghilangkan diri.
“Kemudian sajalah kita berkenalan,” putusku. Aku tersenyum girang. Gembira dengan gangguan kecil yang dilakukan oleh Syed Ramli
Perlahan-lahan Hakim bangun dari kerusi dan berjalan keluar. Air mukanya menunjukkan perasaan hairan dan ingin tahu apabila melihat keriangan yang muncul tiba-tiba di wajah gadis di hadapannya.

” Talk to you later,” katanya sebelum menghilang di muka pintu.
Aku menarik nafas lega. Tak sanggup aku berlama-lama dengan Hakim. Mop kucapai untuk mengelap lantai yang terkena tumpahan Miloku.. Aku menyanyi penuh perasaan sambil menari-nari menghayati lagu. Lagu Trouble is a friend nyanyian Lenka adalah favourite aku. Sememangnya, kesusahan adalah teman dan juga musuhku yang paling akrab!

Hakim berdiri di muka pintu pantry sambil memeluk tubuhnya. Tergelak kecil melihat free show yang tidak disangka . Niat untuk mengambil handphone yang tertinggal dilupakan apabila melihat gelagat gadis di hadapannya. Matanya meneliti wajah dihadapannya yang riang menyanyi sambil mengemop lantai. Tidak menyedari akan kehadirannya.

Gadis yang dijumpainya di dalam lif dan di dalam bilik mesyuarat. Hatinya menegaskan yang gadis itu pernah ditemuinya dimana-mana sebelum kejadian pagi tadi. Mindanya bekerja kuat untuk memproses maklumat yang terdapat di dalam kepalanya dan akhirnya mendapat jawapan tatkala terpandangkan lesung pipit di pipi gadis itu. Adakah dia? Dia yakin yang tekaannya tepat.

” Iman Shartina…”desisnya perlahan.
“Saya….”

Aku berpaling bila mendengar namaku disebut. Mataku bertemu dengan mata Hakim. Kami sama-sama tergamam. Aku mengundurkan kaki dua langkah ke belakang sambil menggeleng-gelengkan kepala apabila Hakim semakin menghampiriku.
” Tina…?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Kemelut Di Muara Rindu 3”
  1. nisa' says:

    best….nk lagi
    ada blog x??nak

  2. hieda says:

    omg….no!!! baru bab 3 i baca nmpk sangat ciplak cerita ma lee chuswan-selamat tinggal sayang!!!!!!!shame on you Dianza!

  3. laila says:

    @hieda-dasyatnya mulut u!emosi tulla!cite cm ni punye bes..u x suke tp i suke sgt wlpun 1st time bc.1st tm bc dh nk dtrbitla plak.xpela,i bli je novelnya nnti

  4. Hasfira says:

    wakaka,,marahnya hieda. x byk pun yg sm jd jgnlh emosi sgt yer

  5. juju says:

    kebnyakn nya samala..siap dgn nama lgi..^^

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"