Novel : Mencari Cinta 13

25 February 2011  
Kategori: Novel

1,187 bacaan 1 ulasan

Oleh : cikbuwlan

Air mata bercucuran mengalir. Adiela pegang tangan Maisara erat.

“Mai bertahan. Arief, panggil doktor!” arah Adiela.

Baru sahaja Arief mahu melangkah, Maisara menahan Arief.

“Arief..” panggil Maisara dengan susah-payahnya.

Arief pandang Maisara.

“Tak payah panggil doktor. Sini,” ujar Maisara dengan susah-payah.

Arief hanya menurut. Langkahnya menuju ke arah Maisara. Pak Razak hanya memerhatikan sahaja.

“Mai tahu umur Mai dah tak panjang,” Maisara pandang Adiela dan Arief.

Adiela semakin teresak-esak.

“Selama seminggu Mai dekat hospital ni, Mai rasa bahagia sangat,” ujar Maisara lagi tersekat-sekat.

Tangan kanan Maisara pegang tangan Maisara dan tangan kiri Maisara pegang tangan Arief.

“Mai cuma minta satu je,” Maisara terbatuk.

Adiela dah rasa semacam.

“Mai nak Arief dan Adiela bersatu,” ujar Maisara.

Tangan Maisara diletakkan di tangan Arief. Adiela dan Arief terkejut mendengar permintaan Maisara.

“Mai, benda lain boleh but not this,” ujar Adiela lemah.

“Pleasee.. Aku tahu Arief mampu bahagiakan kau. Dengarlah cakap aku,” ujar Maisara tersekat-sekat.

Adiela dan Arief berpandangan lima saat. Kemudian Adiela cepat-cepat menarik tangannya dari pegangan Arief.

“Baiklah,” setuju Adiela.

Arief terkejut.Wajah Adiela direnungnya. Adiela buat tak peduli. Baginya, apa yang penting ialah Maisara!

“Arief?” soal Maisara.

Arief pandang Maisara. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. Maisara tersenyum.

“Ayah,” panggil Maisara.

Razak mendekati Maisara.

“Maafkan Mai kalau Mai ada buat salah dekat ayah. Mai tahu, Mai bukan anak yang solehah. Mai banyak lawan cakap ayah. Mai minta maaf,” ujar Maisara tersekat-sekat.

Razak usap kepala Maisara.

“Ayah sentiasa maafkan anak ayah. Bagi ayah, Mai dan Adiela anak yang baik. Tak pernah terlintas di fikiran ayah untuk membenci anak-anak ayah,” ujar Razak.

Maisara tersenyum. Tiba-tiba nafas dia turun naik seperti sesak nafas. Adiela panik.

“Panggil doktor!” arah Adiela kuat.

Arief segera memanggil doktor.

Adiela pegang tangan Maisara.

“Bertahan Mai,” ujar Adiela.

Razak pula mendekati Maisara.

“Mengucap nak, mengucap!” ujar Razak.

Razak mengajar Maisara mengucap. Maisara mengikut dengan suara yang tenggelam timbul.

Selesai sahaja kalimah itu diucapkan, Maisara kaku. Tidak bergerak. Adiela meraung.

“Innalillah Wainna ‘Illayhi Raji’un,” ucap Razak.

Arief masuk bersama doktor. Tercengang Arief melihat Maisara begitu. Doktor pula segera memeriksa keadaan Maisara.

” Innalillah Wainna ‘Illayhi Raji’un,” ucap doktor itu.

Razak menarik Adiela daripada terus meraung di situ. Dipeluk erat tubuh anaknya. Kini hanya Adiela sahaja hartanya yang berharga di dunia ni.

“Adiela, sabar! Biarkan Mai pergi dengan tenang,” pujuk Razak.

“Adiela sayangkan Mai!” ujar Adiela.

Arief berjalan mendekati mereka berdua.

“Ayah pun sayangkan Mai tapi Allah lebih sayangkan Mai. Die ingat tak lagi apa ayah pernah ceritakan dekat Die dulu?” soal Razak.

Pelukan dilepaskan. Adiela mengangguk. Air matanya yang deras mengalir disekanya.

“Die kena kuat mengharungi dugaan ini. Mungkin ada hikmah di sebalik pemergian Mai,” ujar Razak.

Adiela diam. Dalam hati, dia turut mengakui kata-kata ayahnya itu. Arief hanya memerhatikan sahaja. Pilu hatinya melihat orang yang dicintai pergi.Namun, mengapa sukar air matanya mahu mengalir? Adakah ini dinamakan ego? Entah, Arief sendiri tidak tahu.

***

Sudah dua minggu pemergian Maisara. Namun, Adiela masih jua murung. Tidak bermaya! Dan dalam tempoh itu, Arief langsung tidak bercakap dengannya. Sejujurnya, Adiela berasa sunyi!

Angin petang di tepi pantai itu membuatkan Adiela berasa tenang. Fikirannya melayang ke detik-detik bersama Maisara dan kemudian diikuti detik-detik bersama Epul. Epul? Sesungguhnya dia masih menyayangi lelaki itu.

Memang kalau boleh, dia nak terima Epul tapi kata-kata yang diucapkan Epul tempoh hari membuatkan dia tidak mampu. Sakit hatinya hanya Allah yang tahu. Luka hatinya hanya Allah yang tahu.

Kau! Aku penat-penat bekerja siang malam cari duit nak kahwin dengan kau! Kau pula berseronok dengan jantan lain! Perempuan jenis apa kau ni?

Aku menyesal sayangkan kau! Aku tak sangka kau penipu macamni! Mulai hari ini kita dah tak ada apa-apa lagi ikatan! Bagi balik cincin dekat jari kau tu!

Air mata Adiela menitis juga. Kata-kata itu seperti lagu yang dipasang berulang-ulang kali. Sentiasa menyapa telinganya.

“Adiela…” panggil Epul dari belakang.

Adiela segera menyeka air matanya.

“Maafkan abang. Abang tahu semuanya salah abang. Abang tahu kata-kata abang menyakitkan Adiela. Please forgive me!” rayu Epul.

Adiela bangun dari batu yang didudukinya. Dia berhadapan dengan Epul. Dapat dilihatnya wajah Epul seperti meraih simpati.

“Please Adiela! I’m begging you. Even if Die suruh abang melutut depan Die pun abang sanggup,” rayu Epul lagi.

Adiela tersentak. Air matanya mengalir. Perlahan kepala dia menggeleng.

“Maafkan Die. Die tak mungkin dapat terima abang dalam hidup Die,” ujar Adiela perlahan.

Bagaikan dicucuk duri sembilu. Itulah yang dirasakan Epul ketika ini.

“Kenapa Die? Abang cintakan Die! Abang tahu abang bodoh sebab putuskan tali pertunangan kita. Abang tahu abang terlalu emosi. Abang minta maaf,” rayu Epul.

Epul sudahpun melutut di hadapan Adiela. Adiela pandang Epul dengan perasaan sayu.

“Bukan abang yang perlu minta maaf tetapi Die. Die tak boleh terima abang. Die takkan boleh. Die kena tunaikan permintaan terakhir Mai. Maafkan Die, abang!” ujar Adiela.

Perlahan Adiela melangkah meninggalkan Epul keseorangan. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Aku reda andai ini takdirku.

Tiba-tiba tangannya ditarik dari belakang. Adiela pandang Epul. Air mata Epul mengalir. Ye! Air mata seorang lelaki mengalir hanya kerana dia! Ya Allah!

“Abang perlukan Die. Kalau Die pergi dari abang, siapa lagi yang dapat penuhkan ruang hati ini? Please Die. Jangan tinggalkan abang,” ujar Epul.

Tangan Die dilepaskan.

“Abang, Die bukan siapa-siapa. Die hanyalah manusia biasa. Takdir yang mempertemukan kita dan takdir juga telah memisahkan kita. Andai memang jodoh Die bersama abang, kita pasti akan bersama jua,” Adiela bermain dengan kata-kata.

“Kalau tak?” soal Epul.

“Kalau tak, taklah. Abang kena reda. Mungkin lepasni abang akan dapat perempuan yang lebih baik untuk abang. Bang, Allah sayangkan semua umat-Nya. Allah dah tentukan jodoh abang. Dan jodoh itu mungkin orang lain selain Die,” ujar Adiela.

Epul diam.

“Die pergi dulu. Die doakan abang bahagia sentiasa. Sekali lagi, Die minta maaf sebab buat abang macamni,” ujar Adiela.

Adiela melangkah menjauhi Epul. Epul pula terduduk di atas pasir. Lemah lututnya mendengar bicara Adiela. Pilu hatinya ditinggalkan Adiela.

Adiela duduk di satu batu yang agak besar menghadap pantai. Air matanya yang ditahan pada tadi mengalir. Sejujurnya dia juga tidak sanggup untuk merobek hati insan yang dicintainya. Namun dalam hal ini, dia terpaksa.

“Awak okay?” soal Arief seraya duduk di sebelah Adiela.

Adiela yang terkejut dengan kehadiran Arief menyeka air matanya.

“Tak apa. Awak menangislah. Luahkan apa yang terbuku di hati awak. Mungkin dengan cara tu, awak akan lebih lega,” ujar Arief.

Lalu air mata Adiela gugur lagi. Lima minit, Adiela menangis. Kemudian Adiela menarik nafas dalam lalu dihelakan perlahan-lahan.

“Feel more better?”soal Arief.

Adiela angguk. Satu senyuman tawar dihadiahkan.

Diam dua minit.

“Kalau awak rasa permintaan Mai itu cukup menyeksakan awak, saya tak kisah,” ujar Arief.

Sepantas kilat, Adiela menoleh ke arah Arief.

“Tak. Saya akan tunaikan juga permintaan tu,” ujar Adiela.

“Tapi awak cintakan….”

“Saya akan belajar mencintai awak dan melupakan Epul,” potong Adiela cepat-cepat.

Arief lega.

“Muktamad?” soal Arief.

Adiela angguk.

“Tapi,” sengaja Adiela tidak mahu menghabiskan ayatnya.

Arief angkat kening.

“Awak kena belajar pasal agama Islam dengan lebih mendalam,” ujar Adiela.

Arief kerut dahi.

“Dengan siapa?” soal Arief.

“Of course ayah saya,” ujar Adiela.

Arief diam tiga saat kemudian dia angguk.

“Esok juga saya datang,” ujar Arief.

Adiela tersenyum. Arief turut tersenyum. Dalam fikiran masing-masing memikirkan adakah keputusan yang mereka buat itu betul.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Mencari Cinta 13”
  1. faz87 says:

    I loikeeee….. :mrgreen: :mrgreen:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"