Novel : Suami Aku Ustaz?! 11, 12

16 February 2011  
Kategori: Novel

61,743 bacaan 59 ulasan

Oleh : aku_dia

“Banyakkan jelah bersabar, Fiz…”

Aku terdengar Umi bercakap dengan Abang Hafiz masa aku nak cari ustaz aku tu dekat dapur. Bila terdengar je Umi cakap macam tu, terhenti terus langkah aku. Telinga aku pasang, mahu mencuri dengar.

“Insya Allah Umi…” Itu sahaja aku dengar Abang Hafiz membalas. Hai? Macam dah habis berborak je? Ah! Ruginya aku tak datang sini awal-awal! Apalah agaknya ye yang Umi bualkan dengan Abang Hafiz?

“Eh? Lisa? Buat apa berdiri dekat sini?” Baru aku nak berpusing, jantung aku pulak macam nak terlompat keluar bila kena tegur dengan Abang Ipin. Terus aku mengurut dada aku. Abang Ipin tengok aku pelik.

“Lisa nak ambil barang tadi. Bila dah sampai sini, terlupa pulak apa yang ambil tadi.”

Abang Ipin gelak je dengar jawapan aku. “Apalah budak ni…”

Aku sengih. “Oklah. Lisa nak masuk bilik dulu. Nak kemas barang.” Risau pulak aku kalau tiba-tiba Abang Hafiz keluar dari dapur ni. Habis aku kena tangkap sebab curi dengar walaupun sebenarnya tak berapa nak dengar.

“Bila balik? Petang ni?”
Aku mengangguk.

“Awalnya balik?” Pelik Abang Ipin bila tahu kami balik awal. Iyalah, rumah sikit punya dekat. Bukannya macam Abang Ipin yang duduk KL nun. Dia pun balik lepas Maghrib nanti.

“Biasalah bang. Student…”
Abang Ipin hanya mengangguk tanda faham. Bibirnya tersenyum. “Iyalah Lisa… sekarang ni zaman Lisa belajar. Zaman abang dah lama lepas. Belajar ajelah elok-elok.” Dia memberi semangat. Lepas tu dia ke tepi, memberi aku laluan.

Masuk ke bilik, aku mengemas baju untuk dibawa balik. Johor cuti raya Haji sehari je. Pukul 6 ni dah nak gerak balik rumah. Esok dah sekolah balik. Kerja sekolah aku banyak lagi yang tak tersentuh. Walaupun kadang tu cikgu tak mintak, aku risau juga kalau tiba-tiba ada sport check. Kalau ustaz tahu, habis aku kena dengan dia nanti dekat rumah.

“Dah siap kemas?” Abang Hafiz bertanya bila dia melangkah masuk ke dalam bilik.
Aku menoleh.

“Baju Lisa yang last dah ni.” Aku tunjukkan t-shirt pada tangan aku ni dekat dia.

“Tinggal baju abang jelah belum. Abang kemas sendiri kan?” Aku tanya sebab masa ke sini, dia yang kemas baju dia sendiri.
Dia buat muka tak tahu. “Eh, apa guna ada isteri kalau baju kena kemas sendiri?”

“Lah? Masa datang sini kan abang kemas baju abang sendiri?” Aku mengingatkan.

“Itu masa datang.” Selamba je jawapan dia.
Aku buat muka geram. Ngee dia ni. Nak suruh aku kemaslah tu. Nak tak nak, lepas zip beg aku, beg dia pulak aku capai. Satu-satu baju dia aku lipat dan aku masukkan dalam beg.

“Buat kerja tu biar ikhlas. Daripada elok-elok dapat pahala, jadi sia-sia je nanti.”

Aku pandang muka Abang Hafiz. Macam tahu-tahu je aku merungut dalam hati. “Lisa ikhlas lah ni!” balasku geram.

Abang Hafiz ketawa. “Ikhlas tu tak payah nak cakap Lisa. Lagipun macam mana Lisa tahu Lisa ikhlas? Lisa lupa ya? Ikhlas tu kan ibarat semut hitam, yang berjalan di dalam batu hitam, dalam malam gelap gelita?” Panjang pulak dia bercakap. “Kalau buat kerja dengan muka berkerut macam tu… nampak sangat tak ikhlas.” Dia menambah lagi

“Mana tahu Lisa tak ikhlas?” Sengaja aku tanya dia balik.
Abang Hafiz terpinga-pinga.

“Ustaz Lisa cakapkan, ikhlas tu ibarat semut hitam, yang berjalan di dalam batu hitam, dalam malam gelap gelita. Macam mana abang tahu Lisa tak ikhlas? Abang nampak ke semut tu?”
Abang Hafiz pandang aku macam nak telan. Lepas tu dia jalan ke arah aku. Aku buat selamba je tengok dia. Tangan laju melipat baju.

“Manalah tahu muka Lisa berkerut sebab sakit perut ke.. pelik cari baju abang tak jumpa ke? Fikir macam mana nak susun baju abang yang berlambak ni ke?” kata aku. Walhal baju Abang Hafiz ni sikit je. Bila tengok tak ada balasan daripada Abang Hafiz, aku mendongak. Serentak dengan itu, hidung aku kena tarik. Maaak!

“Sakitlah!” marahku bila dia dah lepaskan hidung aku. Tak lama lepas tu, terus aku terbersin. Hidung aku ni sudahlah sensitif yang amat.

Abang Hafiz gelakkan aku. Jahat je bunyi dia gelak. “Itulah, lain kali jangan banyak menjawab. Orang ingatkan dia, dia kenakan kita balik.”

Aku pandang dia tak puas hati. Pangkal hidung aku urut dua tiga kali..

“Sakit ke?”

“Tak!” geram je aku menjawab.

“Kalau tak, abang tarik lagi. Biar lepas ni beringat sikit.” Dia dah mengacah nak tarik lagi sekali. Spontan aku tolak tangan dia. “Tarik lagi, abang kemas sendiri,” ugutku.

Abang Hafiz ketawa. “Macamlah abang takut.” Dia mendekatkan tangan dia ke muka aku. Aku mengelak. Mata aku tutup. Abang Hafiz mencuit hidungku. Eh? Bila aku bukak mata, Abang Hafiz senyum je tengok aku. Tiba-tiba muka aku panas. Waaaa!

***

Tepat pukul 6, kami bertolak ke rumah. Umi dengan Walid tak cakap apa bila Abang Hafiz cakap nak balik awal. Umi pulak beriya bekalkan makanan untuk kami. Risau betul dia anak dia seorang ni tak makan. Duduk dalam kereta hanya diriuhkan dengan lagu-lagu nasyid koleksi ustaz seorang ni. Sesekali aku menguap. Bukannya mengantuk, tapi bosan sebab duduk diam je dari tadi.

“Abang?” Aku panggil Abang Hafiz bila terasa bosan duduk diam dalam kereta.

“Ya?” Dia menjawab dengan mata masih fokus dekat jalan raya.

“Kenapa kita kahwin?” Aku tak tahu kenapa aku nak sangat tanya benda ni.

Abang Hafiz menoleh dekat aku sekejap. Lepas tu dia kembali menghalakan pandangan ke hadapan.

“Kenapa?” Dia bersuara tiba-tiba. Ingatkan dah bisu kejap tadi.

“Kenapa apa?” Pelik aku dengan soalan dia ni lah.

“Lisa menyesal ke kena kahwin dengan abang?”
Aku diam.

“Still can’t accept me?”
Aku diam lagi. Waahhh, kenapa masa-masa sekarang ni baru mulut tak pandai nak menjawab?

“Lisa, kalau tak sekarang pun, satu hari nanti kita kahwin juga. Apa bezanya?”

Terpinga-pinga kejap aku dengar ayat yang baru keluar daripada mulut dia. “Kenapa abang cakap macam tu? Lepas tu, orang tanya satu soalan, sepuluh soalan dia tanya. Soalan orang dia tak jawab-jawab jugak.”

Tak puas hati betul aku. Dan Abang Hafiz hanya tersenyum. Isk! Satu benda yang aku tak suka dekat dia ni. Suka sangat macam tu. Buat aku tertanya-tanya sendiri. Straight to the point ajelah cakap tu.

“Yang Lisa tanya tiba-tiba ni kenapa? Memang betullah menyesal ni?”
Aku menggeleng. Bila tersedar ustaz kat sebelah ni tengah bawak kereta, laju aku menjawab. “Tak adalah. Cuma… Lisa tak ready lagi kut nak kahwin?”

“Tapi dah kahwin dah pun kan?” Dia sengih mengusik.

“Hrm… Tapi tak adalah terfikir secepat ni…” nak tak nak je aku menjawab. Lepas tu aku leka memerhatikan suasana kampung orang sementara nak sampai rumah.

“Kiranya Lisa perlukan masa lah nak prepare sebelum kahwin?”
Aku mengangguk. “Lebih kurang.”

“Masa macam mana?” dia bertanya.
Aku diam. Kalau cakap bercinta dan bercouple sebelum kahwin confirm aku kena balun dengan ustaz kat sebelah ni.

“Masa bercinta?” Dia serkap jarang.

Kening aku terangkat. Abang Hafiz ni macam boleh baca je fikiran aku.

“Kan di antara kebesaran Allah tu bila Dia ciptakan suami isteri untuk berkasih sayang. Apa masalahnya?”

“Maksud abang?”

“Iyalah, bercinta lepas kahwin. Apa masalahnya?”
Muka aku panas. “Bila masa pulak Lisa nak bercinta dengan abang?” Wah.. nak ais.. nak ais…
Abang Hafiz ketawa.

“Lisa, abang tak pernah mintak apa-apa pun dari Lisa. Just focus on your study and capai apa yang Lisa nak. In the same time, Lisa boleh improve diri Lisa jugakkan? To be a good wife?” Dia cakap bila kami berdua dah diam sekejap tadi.

“Macam Afrina, bercouple dengan Farhan beriya-iya. Sepuluh tahun lagi belum tentu dia bersedia nak kahwin kan? Itupun kalau memang Farhan jodoh dia. Kalau tak?”
Terkejut aku bila dengar Abang Hafiz cakap macam tu. “Abang tahu?”

“Tahu apa?” dia menyoal kembali.

“Wati dengan Pa’an?”

“Wati?” Dahi dia dah berkerut.

“Afrina dengan Farhan.” Aku membetulkan ayatku.

Dia mengangguk. “Biasalah dekat bilik guru tu. Ada sahaja yang bercerita.”

Oh! Bahayanya jadi anak murid. Kalau aku rapat sangat dengan ustaz mesti ada juga cikgu yang membawa cerita. Agaknya sebab tulah yang dia nak sangat kitorang declare je. Wah… tak nak, taknak. Aku tak sedia lagi oh!

“Janganlah risaukan sangat pasal hal Lisa tak bersedia tu. Insya Allah kita ada banyak masa lagi. Abang yakin, satu hari nanti Lisa akan jadi isteri yang abang boleh banggakan.”
Berkerut aku dengar ayat terakhir dia.

“Amboi? Sekarang tak banggalah?”
Abang Hafiz tersenyum. Kemudian dia menggeleng. Wah? Sampainya hati! Kut iya pun tak bangga, janganlah jujur sangat!

“Bukan tak bangga. Tapi nak bangga macam mana? Seorang pun tak tahu kita dah kahwin kecuali saudara dekat?”
Ceh! Aku menarik nafas dalam. Mata terpandangkan rumah Ustaz Awang yang ajar aku mengaji masa kecik-kecik. Terpandangkan Isteri dia yang tengah menghantar anak dia nak balik agaknya membuatkan aku terfikir. Isteri macam mana yang dibanggakan Ustaz Hafiz ni ye?

——————————-

“Lisa memang serius ke nak study oversea?”

Soalan daripada Abang Hafiz kat sebelah membuatkan aku terhenti membuat latihan Fizik. Kepala aku angkat daripada buku latihan.
“Kenapa?” Aku bertanya.

Abang Hafiz hanya menggeleng. “Tak ada apa.”

Hish… Kecik je Abang Hafiz aku nampak sekarang ni. Dia ni kan suka sangat buat aku tertanya-tanya. Apa yang dia tengah fikir pun aku tak boleh nak agak.
“Kenapa? Tiba-tiba abang rasa nak tukar fikiran ke?” Aku menyoal. Ini je cara terakhir nak tahu apa yang dia tengah fikir.

Abang Hafiz pandang aku sekilas. “Fikiran apa?”

“Manalah tahu tiba-tiba tak bagi Lisa pergi pulak ke?”

“Tak payah nak sibukkan fikir benda yang tahu lagi, lebih baik Lisa belajar je sungguh-sungguh kalau betul nak belajar oversea.” Tu je yang dia cakap.
Ceh! Aku mencebik. “Dia yang mula dulu, kita pulak yang kena.”

Abang Hafiz tersenyum. “Lisa memang dah cadang nak ambil engineering ke?” Dia bertanya lagi. Agaknya memang nak tahu sangat ke perancangan hidup aku?

“Hrm.. Cadang macam tu lah. Jadi macam ayah. Tapikan…”

Abang Hafiz tunggu je ayat aku habis.

“Tapi tiba-tiba Lisa rasa nak ambil bidang agama pulak. Boleh jadi ustazah? Sesuai dengan ustaz. Iya tak Ustaz Hafiz?” Aku mengusik. Nak jadi ustazah? Pendidikan Islam yang simple tu pun payah nak score.

Abang Hafiz geleng kepala je dengar idea aku. “Tak semestinya ustaz pasangannya ustazah. Kalau engineer tapi berpegang kepada fikrah yang sama, pun boleh jugak kan?”
“Fikrah?” Macam biasa dengar je perkataan tu.

“Ideologi. Pemikiran. Cara berfikir.” Ringkas Abang Hafiz menerangkan.
Aku diam. Kalau sambung berbual, mahu jadi kuliah lepas Isyak pulak dekat sini.

“Saya kencing malam…” suara Shin Chan tiba-tiba keluar daripada handset tanda mesej masuk. Spontan aku berbalas pandang dengan Abang Hafiz. Muka dia dah pelik. Aku pulak dah tak tahan nak tergelak. Adoi! Macam manalah boleh terlupa nak tukar tone ni. Aku jeling Abang Hafiz, dia senyum sikit. Kesian dia kan dapat bini macam aku?

-Lisa, tempat biasa?-

Ayat mesej daripada Joe macam biasa kalau nak ajak aku lepak. Lepas aku balas, mesej tu terus aku padam. Kenapa eh? Sebab takut ustaz cek handset aku ni ke?
“Siapa?” Abang Hafiz bertanya.

Aku tersengih. “Anak orang.”

“Johan?” Dia meneka.
Angguk.

“Kenapa?”

“Biasalah ajak jumpa.” Malas aku menjawab. Aku mendekatkan buku rujukan Fizik ke pada aku. Lagi bagus aku belajar.

“Habis Lisa cakap apa?”
Aku jeling Abang Hafiz sekilas. “Cakap suami Lisa ikat kaki tak bagi keluar rumah?” jawabku sarkastik.
Abang Hafiz ketawa. “Ada ke abang buat macam tu?”

Tak sempat aku mejawab, Joe pulak menelefon. Teragak-agak aku nak menjawab dekat depan ustaz seorang ni. Dahlah siang tadi dia dah tegur. Ni kalau aku pergi tempat lain untuk jawab telefon, ada dia ingat aku memang saja nak melarikan diri daripada dia. Last-last aku angkat jugaklah sebab ustaz ni dah tengok aku semacam.

“Susah betul nak lepak dengan kau sekarang. Kau busy ke?” Joe bertanya lepas salam berjawab.

“Tak adalah. Aku malaslah nak keluar.” Tu je alasan yang ada kat fikiran aku sekarang.

“Lah? Selama ni kau lah yang bising kalau aku keluar tak ajak.” Dia mengungkit.
Aku ketawa je dengar dia cakap. Memang pun aku selalu bising dekat Joe kalau dia keluar tak ajak. Bosan kut duduk rumah sorang-sorang. Tapi bila terpandangkan muka Abang Hafiz, terus gelak aku mati.

“Kau dekat rumah ke?”

“Hrm…” Mak oi! Kaku gila nak berbual dengan Joe depan Abang Hafiz ni.

“Seorang?”

“Taklah.”

“Oh! Mak Long dengan Pak Long kau ada eh? Patutlah malas nak keluar! Ingatkan seorang je tadi.”

“Kalau seorang kenapa?’

“Boleh aku datang teman,” Joe membalas dalam ketawa.
Aku pun buat-buatlah gelak dengar lawak dia yang tak berapa nak lawak tu. “Gila kau, tak pasal-pasal kena tangkap basah…” dengan ustaz sebelah ni. Tapi bahagian last tu aku tak sebutlah. Mata aku terpandangkan jelingan ustaz sebelah. Erk! Petanda tak baik.

“Eh, oklah Joe. Aku tengah study sebenarnya ni.” Aku bagi sign nak berhenti. Cuak jugak tengok mata Abang Hafiz pandang aku tajam semacam.

“Oho.. Study tak ajak. Lisa, apa kata kita buat study group? Kau master Kimia, aku ok Fizik. Joe dengan Wati, Math dengan Bio. Hah, cun sangatlah tu. “Joe menyambung. Aku dah mengurut dahi. Hai… makin panjang pulak dia nak sambung berbual.

“Hrm… Tengoklah esok ke kita cerita. Oklah ek? Esok sambung lagi.”

“Ah, kau ni Lisa. Risau sangat. Aku yang call lah, bukannya kau.”
Aduh! Encik Johan, ni bukan masalah kredit, Encik Johan. Ni masalah lagi besar tahu?

“Err, Joe. Ada orang datanglah. Bye. Assalamualaikum.” Spontan idea itu datang. Aku terus mematikan talian. Handset aku letak balik dekat tempat tadi. Agaknya kalau aku off kan handset dengan tanggalkan bateri dia macam dalam cerita Korea tu, over tak? Hahaha.

“Lisa nak keluar ke?” tiba-tiba Abang Hafiz menyoal.

“Abang bagi ke?”
Dia mengangguk. Aku pandang muka Abang Hafiz tak percaya. Ni kalau dalam cerita kartun, mesti mata aku dah bling-bling dah ni.

“Serius?”
Dia angguk lagi. Aku rasa pelik tiba-tiba. Takkan semudah tu dia nak bagi aku keluar? Hari tu aku keluar pun sampai ke kelas aku kena.

“Boleh keluar. Tapi abang ikut sama.” Akhirnya dia bersuara.
Ceh! Dah agak dah. Mesti ada motif lain ni. “Baik tak payah.” Aku merungut. Duduk dalam rumah ni lagi bagus.

***

Aku keluar daripada koperasi dengan Joe. Baru kami nak berjalan melintasi blok yang menempatkan bilik guru, Abang Hafiz dah melambai dari jauh. Aku mengetap gigi. Sengaja je dia ni tau.

“Kebetulan jumpa. Alisa, ikut saya ke bilik guru.”Dia mengarah macam tak nampak Joe dekat sebelah.

“Ok.”

Abang Hafiz mengalih pandang ke arah Johan dekat sebelah. “Johan, awak pergi dulu. Saya nak jumpa Alisa sekejap.”

Joe terpinga-pinga bila kena ‘halau’ dengan Abang Hafiz. Dia pandang aku sekejap. Bila tengok aku mengangguk, Joe bergerak pergi.

“Saja je…” perlahan aku merungut. Tapi cukup untuk Abang Hafiz dengar.
Aku melangkah masuk bilik guru selepas Abang Hafiz. Sampai dekat meja dia, Abang Hafiz duduk. Gaya macam aku tak ada dekat sebelah je dia buat.

“Dari mana tadi?” Dia menyoal dengan mata dekat kertas atas meja.

Aku buat muka bosan. “Dari kedai kasut. Kan dah habis kelas ni?” sindirku. Dahlah aku tak makan apa lagi ni. Keluar koperasi ingat nak lepak dekat taman tempat selalu tu. Last-last dekat sini pulak perginya.

Abang Hafiz memusingkan badan untuk pandang aku. “Orang tanya elok-elok, cuba jawab elok-elok?” Dia menegur.

Aku menarik nafas. “Iyalah… iyalah. Baru balik koperasi. Ingat nak pergi makan. Ada apa ustaz nak jumpa saya ni?”

Abang Hafiz tersenyum. “Macam tulah cakap dengan suami.”

Aku membulatkan mata. Dia ni suka hati je cakap lepas dekat sekolah. Kalau cikgu lain tahu, malu aku tahu? Nasib baik sebelah ni tak ada orang.

“Ada apa?” aku tanya lagi sekali bila soalan aku tak berjawab tadi.

“Tak ada apa. Saja je tak nak Lisa berjalan dengan Johan.” Tu je jawapan dia.

Aku pandang dia tak puas hati. Isk! Kalau dekat rumah ni memang dah kena dengan aku. Kena apa eh? Huhuhu.

“Hrm… Pergilah naik kelas. Masa rehat pun dah nak habis. Ada 5 minit je lagi ni.” Abang Hafiz memandang jam di pergelangan tangan.

Ya Allah, kecik je aku rasa dia ni lah. Rehat dah lah 15 minit je. Sudahlah tadi bersesak-sesak dalam koperasi entah berapa minit. Lepas tu dengan perut nak ada isi apa-apa lagi ni, dia nak jumpa dekat sini. Tak sampai 5 minit dah suruh aku keluar. Nak tak nak, badan aku pusing jugaklah nak keluar.

“Lisa?” Abang Hafiz bersuara balik.
Aku menoleh.

“Tolong passkan dekat kelas.” Abang Hafiz memberikan helaian handout untuk kelas Pendidikan Islam hari ni.

Aku pandang je kertas yang dia hulur. “Kan ada agama sebelum balik?” Seingat aku nanti Abang Hafiz akan masuk ke kelas nanti sebab ada satu masa Pendidikan Islam sebeum balik.
“Tak nak bagi sudah.” Dia mengambil balik kertas tadi.

Aku terfikirkan sesuatu. Sekurang-kurangnya handout yang dia bagi ni boleh tolong aku bila orang tanya kenapa ustaz nak jumpa kan? Bagus jugak idea Ustaz Hafiz ni walaupun kadang tu aku rasa dia saja nak orang ‘suspicious’ dengan kitorang.

“Meh lah!” Akhirnya aku mintak balik kertas tadi.
Abang hafiz tersengih je tengok aku. Kertas bertukar tangan.

“Hari ni dah start kelas tambahan kan? Elok-elok bawak motor balik nanti. Musim hujan petang je sekarang ni,” pesannya sebelum aku pergi.
Aku angguk je. Belum sempat aku nak berpusing, sempat Abang Hafiz menghulurkan 3 biji gula-gula HACKS. Terus aku teringatkan kata-kata Wati. Ah, tak ada maknanya! Abang Hafiz bagi ni pun sebab banyak dekat atas meja dia.

***

“Lamanya?” Wati menegur aku bila aku sampai dekat tempat kitorang selalu relaks masa rehat.
Joe pulak pandang je aku sejak aku datang.

“Lama ke? Kejap je aku rasa. Tak sampai lima minit kan?” Aku menarik sedikit hujung baju untuk melihat jam di pergelangan tangan.

“Ada apa ustaz nak jumpa?” Joe menyoal.

“Dia suruh bagi ni.” Aku menunjukkan handout yang aku bawak tadi. “Mana roti aku?” Aku menyoal Wati. Roti dihulur.

“Itu je? Kenapa dia tak suruh aku je tadi?” Joe menyoal lagi.
Aku malas dah nak menjawab. Nanti panjang pulak cerita dia.

“Jealous ke bro?” Pa’an yang sejak tadi diam tiba-tiba bersuara.
Aku dengan Wati sama-sama pandang Joe. Muka Joe dah mula nak merah. “Nope!” Dia menidakkan.

Sebaik sahaja loceng berbunyi, kami semua mengangkat punggung mahu masuk ke kelas. Joe dengan Pa’an dah berjalan di hadapan. Aku pulak yang berjalan dengan Wati. Sampai dekat kawasan tak ramai orang, Wati tiba-tiba menarik lengan baju aku.

“Apahal?” Terkejut aku tiba-tiba kena tarik ni.
Wati pandang aku semacam. Aku menelan air liur. Ah, kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

“Kau dengan ustaz ada apa-apa ke yang aku tak tahu?”soalan Wati buat aku rasa macam kena cekik.

“Apa-apa tu apa?” Aku menyoal kembali. Saja buat tak faham dengan soalan dia.

“Tak adalah. Aku rasa pelik je dengan ustaz tu. Dahlah masa dekat kelas perhatian dia pada kau lain…”
Erk! Lain? Tak perasan pulak aku.

“Kau ni, banyak fikir yang bukan-bukanlah. Akukan selalu dapat B dalam agama. Tu yang perhatian lebih kut? Dahlah tu, jom naik kelas.” Cepat-cepat aku mematikan perbualan kitorang.

“Kau kalau ada apa-apa janganlah sorok beb. Kata kawan…” Wati tak habis lagi.
Aku buat-buat tersenyum. “Iyalah.. nanti aku kahwin aku jemputlah! Jangan risau.” Jemput ke kenduri nanti lepas SPM. Oklah tu kan?

“Ingat… jangan rahsiakan apa-apa daripada aku.. Kalau tak, aku merajuk dengan kau sampai mati.” Wati mengugut.
Erk! Aku menelan air liur. Ah sudah! Kalau tak sebab Abang Hafiz yang lebih-lebih mesti aman damai hidup aku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

59 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 11, 12”
  1. aira_257 says:

    bila nak terbit novel?x sabar nak beli…

  2. raja says:

    terbaik…!!!!

  3. nur diyana says:

    cepat la tebitkn novel ni…dah xsabar nie,,,,,hehehehe

  4. jayjay says:

    adik saya ckp sye gile ktawe dpn i pad snsorng.. ayo gmpak citer ni.

  5. sarimah bt sulaiman says:

    jalan cerita menarik,tidak membosankan…sesuai dgn tajuk
    saya suka…

  6. eye apple says:

    bile bace nbovel , tersenyum sorg2 . haha ..
    gelak pon mcm org gile ..
    best giler .

  7. norys says:

    wow! menarik…saya akn cri novel ni….terbaik la…tahniah penulis…
    anda mmg terbaik..

  8. Mata _ Hati says:

    Fuhh .. !! Best giler novel nim ..

  9. rossie says:

    hahaha..mata bling2 cam kartun pulak dah..santai abis..tak sbr nk tengok movie die..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"