Novel : Suami Aku Ustaz?! 13, 14

24 February 2011  
Kategori: Novel

53,738 bacaan 52 ulasan

Oleh : aku_dia

Aku tengok jam, lagi sepuluh minit nak pukul 2. Kelas tambahan start pukul 2 tepat. Tadi dah makan mee sup dekat kantin sekolah. Mee sup yang tak seberapa nak sup. Air masak campur ajinomoto je yang aku rasa. Jadilah untuk alas perut sampai habis kelas petang pukul lima nanti. Telekung aku lipat kemas sebelum aku letak dekat almari.

“Jom?” Aku mengajak Wati setia menunggu aku sejak tadi. Sempat dia ni tidur nak menunggu aku solat. Beg di sebelah Wati aku capai. Langkah diatur keluar surau. Elok lepas memakai kasut, mata terpandangkan langit yang dah mula nak gelap. Gaya macam nak hujan lebat je petang ni.

“Hai.. mengantuknya!” ujar aku sambil menguap.
Tangan menyeluk kocek baju kurung sekolah. Gula-gula HACKS aku keluarkan lalu aku masukkan ke dalam mulut.

“Aku…” kata-kata Wati terhenti.
Aku pandang Wati yang tiba-tiba bersuara. “Apa?” aku menyoal.

“Aku pelik kena kau suka makan gula-gula sekarang,” sambung Wati.
Dahi aku berkerut. “Kenapa?”
Bibir Wati membentuk senyuman.

“HACKS je pulak tu yang kau makan. Sebelum ni engkau lah yang paling jarang makan gula-gula ni walaupun mengantuk macam apa,” komen dia.
Aku tersengih je dengar kata Wati. Dalam hati, mak oi! Mengalahkan orang berlari 100 meter je dengar Wati cakap macam tu.

“Sebab hari ni dah start busylah sayang. Lagipun dah ada dalam kocek ni. Takkan nak buang pulak kan?” Aku menjawab. Memang takkan sesekali aku cakap gula-gula ni ustaz tu yang bagi.

“Iyalah tu.”
Aku diam. Kalau menjawab nanti panjang cerita, semua rahsia terkeluar. Habis rahsia sulit kerajaan aku nanti.

“Lisa, jangan lupa eh, hujung minggu ni.”
Aku pandang muka Wati blur. “Ada apa eh?” Dia tak cakap lagi apa benda pun aku dah lupa dah.
Wati pandang aku macam nak telan. “Kenduri akak akulah! Isk kau ni…” rungutnya.

Aku tergelak. Aduh! Lupa pulak anak saudara Wati nak cukur jambul. “Oh! Ok… ok.. Tapi aku tak janji lagi dapat datang ke tak.” Kalau ustaz dekat rumah tu tak bagi keluar, takkan aku nak keluar jugakkan? Ada jadi kes lain pulak dekat sekolah nanti. Cukuplah sekali tu aku kena.

“Lah, kenapa pulak kau ada hal ke?” Wati menyoal.
Masa tu kitorang dah nak naik tangga menuju ke kelas. “Tak adalah. Sebab kalau tiba-tiba ada aral melintang ke… mana kita tahu?”
Aku dengan Wati dah berdiri kat depan pintu masuk kelas. Pa’an tiba-tiba berdiri depan kami dengan tangan di pinggang.

“Lambat!” Suara dengan muka Pa’an dah macam suara Cikgu Linda tiap kali ada pelajar yang lambat.

Aku dengan Wati tergelak-gelak. Tak lama lepas tu, muka Pa’an tiba-tiba berubah cuak. Laju je dia berjalan masuk ke dalam kelas. Aku dengan Wati berbalas pandang. Kemudian aku menoleh ke belakang. Terpandang Cikgu Linda yang elok berdiri dibelakang kami. Erk! Bulat mata aku. Laju aku tarik lengan baju Wati untuk masuk ke dalam kelas. Habislah kau Pa’an… Baru nak berlakon jadi Cikgu Linda… dah terkantoi. Aku dah rasa nak tergelak berdiri je dekat sini.

***

Buku-buku latihan Biologi milik pelajar seramai 32 orang aku angkat ke bilik guru. Angkat pun separuh je sebab lagi separuh Joe tiba-tiba jadi gentleman nak tolong. Angkat ni pun sebab tadi Cikgu Linda yang minta tolong. Agaknya sebab aku duduk dekat kawasan depan tadi, muka aku ajelah yang dia nampak. Hujan dah mula renyai. Dari pukul 2 tadi gelap, baru ni nak hujan. Aku mengeluh. Nak kena laju pulaklah bawak motor petang ni. Kalau tak, adalah yang terperangkap dalam hujan.

Joe berjalan perlahan di sebelah. Saja nak teman aku katanya. Mengada betul budak ni. Tapi memang selalu pun kitorang balik sama. Nanti bila sampai simpang yang aku kena belok dan Joe kena terus, baru kitorang berpisah.

“Lisa, kau pernah bercinta tak?” Soalan daripada Joe buat kening aku terangkat sebelah.

“Apahal tanya soalan luar silibus ni?” Aku letak buku latihan atas meja tengah-tengah bilik guru. Lepas tu kaki melangkah keluar bilik.

“Thank you, Alisa.” Kata Cikgu Linda bila kami berselisih. Aku hanya mengangguk.

“Jawab ajelah soalan tu. Kau pernah bercinta ke tak?” Joe bertanya lagi bila kitorang berjalan ke garaj meletak motor.

“Cinta sebelum kahwin ke lepas kahwin?”
Joe gelak dengar soalan aku. “Kenapa? Kau dah kahwin ke?”

Erk! Aku buat-buat terbatuk dengar ayat yang keluar daripada mulut Joe. ‘Dah kahwin Joe… dah kahwin dah…’ aku menjawab dalam hati.

“Serius lah weh. Kau pernah bercinta?” Joe tak habis lagi dengan soalan dia.
Aku geleng kepala je tengok Joe. “Tak. Aku tak berminat pulak dengan benda-benda ni. Apahal kau sibuk sangat ni? Dah jatuh cinta pulak ke?”

“Oh… Kenapa eh tak minat?” soal Joe lagi.
Aku buat muka. Soalan aku tanya dia tak berjawab, aku pulak yang kena asak dengan soalan.

“Entah. Sebab aku rasa tak perlu kut semua tu. Nanti bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain, Buang masa aku je. Lagipun sekarang ni kan masa untuk belajar?” Nak tak nak aku jawab jugaklah. Lagipun Joe ni selagi tak jawab soalan dia, selagi itulah dia tanya.

“Oh…” tu je jawapan yang keluar daripada mulut Joe. Punyalah penat aku membebel panjang-panjang. Ceh!

“Oklah, aku gerak dulu. Lambatlah kau ni.” Kata aku bila tengok Joe tak start lagi enjin motor dia.

Hujan dah mula nak lebat. Ni ada naya je nak berjalan dalam hujan ni. Sudahlah aku memang jenis tak bawak baju hujan mana pergi. Sampai dekat traffic light, hujan dah mencurah-curah ke bumi. Aku dah rasa nak menggigil dekat atas motor. Terdengar Joe panggil dekat sebelah, aku menoleh.

“Berhenti dululah dekat bus stop. Hujan lebat sangat ni.” Dia menjerit.

Aku menggeleng. Hujan entah bila nak berhenti. Kalau duduk dekat bus stop nanti entah berapa lama pulak nak menunggu. Kena pulak berdua dengan Joe. Isk! Cari masalah je nanti. Aku terus pecut ke rumah. Pecut pun tak adalah pecut mana. Kalau silap pecut, mahu tergolek jatuh aku dekat atas jalan yang dah basah ni.

Sampai dekat rumah, aku dah basah kuyup. Hidung pun aku rasa dah merah sebab tadi je bersin macam apa masa bawak motor. Kalah betul aku dengan hujan ni lah. Aku berdiri depan pintu rumah, dengan tangan sibuk membuka helmet. Elok aku nak beri salam, Abang Hafiz dah bukak pintu dari dalam. Terkejut muka dia tengok aku.

“Kenapa balik dalam hujan ni? Apasal tak call abang?” laju dia menyoal.

“Nak membebel lepas ni ye? Lisa dah sejuk macam apa dah ni,” jawab aku.

Abang hafiz pandang aku geram. “Orang sikit punya risaukan dia, boleh dia jawab macam tu. Lain kali cuba belajar jawab elok sikit.” Abang Hafiz menegur.
Aku dah malas nak kisah dah dengan dia ni. “Yelah. Sorry.”

Elok menghabiskan ayat, aku terus terbersin lagi sekali. Kaki cepat-cepat melangkah masuk ke dalam rumah. Tempat pertama yang aku tuju semestinya bilik aku. Lepas ambil baju dengan tuala, aku terus masuk bilik air. Lepas mandi, aku duduk dekat meja makan. Bau sup dari arah dapur… fuh! Kena betul dengan aku yang tengah kesejukan ni.

“Beli?” aku bertanya.

Abang Hafiz menggeleng. Fahamlah tu maknanya masak sendiri. Baru aku hirup kuah satu sudu Abang Hafiz membuka mulut bertanya. “Mashita?”
Aku pandang Abang Hafiz dengan muka tak percaya. Mak aih! Ustaz pun cakap Korea! Lepas tu aku tergelak. “Hrm. Mashita!” pujiku.
Abang Hafiz senyum je lepas tu dia gelengkan kepala dia. “Lisa…” dia memanggil.
Aku menoleh. “Ye?”

“Next time bawak baju hujan.”
Aku angguk je dengar.

“Pakai jacket naik motor tu. Tak pun sweater.”

“Kenapa?”

“Hujan, baju putih, basah…” Dia berhenti sekejap. “Seksi?”
Erk?! Aku tersedak kuah sup. Nasib baik tak pedas. Air yang dihulur Abang Hafiz aku capai. Tak sampai seminit, gelas kosong diletakkan kat atas meja.

“Apalah abang ni.” Aku mengesat mulut dengan tisu. Tapi mura terasa panas jugak bila dia cakap tadi. Isk! Memang lelaki nampak dan fikir macam tu ke?

“I’m telling you the truth.”

“Iyalah.” Baik berhenti topik ni.

“Abang kena pergi kursus.” Barulah Abang Hafiz bersuara bila kami sama-sama tidak bersuara sejak tadi.
Aku hanya mengangguk. “Bila?”

“3 hari. 14, 15, 16 nanti.”

“Oh!” aku tak tahu nak jawab apa lagi. Tiba-tiba teringat mak dengan ayah dah nak balik. “17 mak dengan ayah sampaikan?”

Dia mengangguk. “Sempat kita pergi ambil lepas abang balik. Lagipun dekat Senai je.” Kemudian Abang Hafiz memandang aku. “Lisa nanti duduk rumah Umi ok?”
Aku diam berfikir bila dengar arahan keluar daripada mulut ustaz seorang ni.

“Malaslah. Jauh. Tak apalah, sekejap je kan kursusnya? Susah sangat Lisa ajak je Afrina tidur sini. Kalau nak berteman.”
Rumah Umi lagi menjauhkan jarak aku ke sekolah pulak nanti. Tak naklah pukul 6.30 pagi dah kena gerak.
Abang hafiz diam je. “Oklah kalau macam tu. Afrina tak apa. Lain-lain jangan.”

“Lain-lain?” Kening aku bertaut. “Johan dengan Farhan?” tanya aku dalam ketawa. Buat apa nak ajak mamat berdua tu.
Abang Hafiz diam. Kemudian dia memanggil lagi. “Lisa?”
Aku mengangkat kening tanda mendengar.

“Tak sedih ke kena tinggal?”
Terpinga-pinga kejap aku dengar soalan dia. “Kena sedih ke? Bukannya abang tak balik-balik langsung kan?”
Abang Hafiz menguntum senyum. “Kalau abang tak balik sedihlah?”

“Nanti Lisa fikir nak sedih ke tak,” terasa kalut je aku menjawab. Isk! Apalah dia ni cakap macam tu. Err… tapi Lisa, kalau dia tak balik langsung macam mana? Aku tergeleng-geleng. Ya Allah… mintak simpang!

———————–

Bangun pagi aku rasa tekak perit semacam. Tangan aku melekap dekat dahi. Aku rasa dahi, biasa je. Tapi badan aku rasa tak selesa. Rasa macam panas sikit daripada biasa. Ah, sudah. Nak demam pulak ke? Kepala pun rasa berpusing sikit. Rasanya kesan daripada selesema sebab kena hujan semalam.

“Dah solat Subuh ke belum ni?” Abang Hafiz menyoal sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.
Aku menggeleng.

“Enam empat puluh lima dah ni. Nak tunggu matahari naik ke baru nak qada’ solat?” dia dah bising.

Mesti dia ingat aku sengaja tidur balik masa dia kejut. Tapi, memang pun. Tak larat betul rasa nak bangun awal-awal ni. Malas mahu menjawab, aku mendiamkan diri.Lepas tu aku bangun jugak ke bilik air. Selesai menunaikan solat, Abang Hafiz tiba-tiba datang dekat aku masa aku tengah lipat telekung. Tangannya melekat dekat dahi aku.

“Kenapa ni?” Terkejut dengan tindakan dia, spontan aku ke terkebelakang.

“Demam ke?” Itu soalan yang keluar daripada mulut Abang Hafiz. Oh! Nak rasa badan panas ke tak. Lain kali cakaplah awal-awal.

“Tak adalah.” Aku menggeleng.
Dia pandang aku semacam. “Muka nampak sangat tak sihat. Tengok mata tu pun dah tahu. Itulah semalam berhujan. Macam tak boleh nak call suruh abang ambil,”bebel Abang Hafiz.

Aku buat tak dengar. Nombor dia pun aku tak hafal, macam mana nak call? Lepas lipat telekung, aku masuk bilik air sekali lagi untuk membersihkan badan.

Selesai bersiap dengan baju sekolah, aku masuk ruang tengah. Kat atas meja makan dah ada 2 bungkus nasi lemak yang Abang Hafiz beli masa balik dari surau tadi. Baru aku duduk nak makan, Abang Hafiz keluar dari dapur dengan air teh yang dibancuhnya. Tiba-tiba rasa bersalah sekejap sebab tiap-tiap hari dia yang sediakan sarapan untuk aku. Itu tak masuk makan malam lagi.

“Lisa?”
Aku menoleh.

“Ok ke tak ni?” Muka Abang Hafiz risau semacam.

“Ok je. Kenapa?” Kepala pening sikit. Badan pun rasa macam nak demam. Makan panadol 2 biji nanti, oklah ni.

“Sebab bila abang bising Lisa tak menjawab.”
Tersenyum aku dengar dia cakap macam tu. Sakit kepala. Nak menjawab apanya.

“Kan abang suka?” Selalu dia yang bising aku banyak menjawab.

“Menjawab-menjawab pun, abang tahu Lisa dengar apa abang cakap. Kan?”
Aku diam. Tak rasa nak berbual. Nasi lemak pun aku larat habiskan separuh je. Dengan tekak macam ni. Nasi yang sedap pun rasa entah apa-apa dah jadinya. Aku bangun ke dapur mencari panadol. ‘Tak adalah pulak!’ aku mengeluh sendiri. Selalu ada je simpan kat sini.

“Lisa, kalau tak larat tak payah pergi sekolah.” Risau je nada abang Hafiz bersuara bila tengok aku tercari-cari panadol atas rak. Tiba-tiba rasa terharu sekejap ada orang ambil berat dekat aku ni.

Aku menggeleng. Mengada yang amatlah tu kalau tak sihat sikit terus nak ambil MC. Bukannya demam tahap tak boleh bangun dah.
“Lisa gerak dululah,” kata aku bila tengok jam dah 7.05 pagi. Harap ok jelah bila dekat sekolah nanti. Baru nak ambil kunci motor yang aku sangkut dekat dinding, Abang Hafiz dah memanggil.

“Abang hantar.”
Rasa nak terkeluar mata aku dengar ayat penyata daripada Abang Hafiz. Dalam tak sihat-sihat aku ni, rasanya otak masih boleh lagi mencerna maksud ayat dia tu.
“No!” Aku lagi gagah bawak motor daripada semua orang nampak kitorang berdua.

***

“Kau ok ke tak ni?”
Aku senyum je tengok Wati. “Oklah sayang. Larat lagi ni.”

“Kalau sakit kepala, lepak je dekat bilik sakit.” Dia mencadangkan.
Aku menggeleng. Tapi badan rasa makin panas dengan kepala berpusing semacam. Ah, kalah betul aku dengan air hujan ni. Walhal bukannya kena kepala pun sebab dah pakai helmet. Ini sebab selesema ni yang melarat jadinya. Hidung pun dah macam paip air bocor.

“Tak selesalah…” keluar jugak keluhan daripada mulut ni.Tadi berlagak gagah sangat! Ambik kau. Jam baru pukul 9.05 pagi. Lebih lima jam lagi nak balik rumah.
Wati menggeleng. “Pergi bilik sakitlah!”

“Lepas ni BM dua masa kan? Cikgu Jaafar pun tak ada. Nanti time Miss Lai, aku naiklah.” Aku mencapai satu buku teks. Kononnya nak baca. Tapi aku rasa masuk bilik tu, makin sakit adalah. Mahu tertidur terus aku dekat dalam tu.

“Tak naik pun tak apalah. Nanti aku cakap dekat cikgu kau demam,” cadang Wati.
Aku hanya mengangguk.

Tidur aku terasa terganggu. Takkan cikgu bertugas cek student sampai pegang-pegang dahi dengan tengkuk aku ni? Spontan aku bukak mata. Erk!
“Buat apa kat sini?” Aku bertanya bila ternampak Abang Hafiz depan mata. Terkejut monyet aku dibuatnya.

“Abangkan duty minggu ni.” Terjawab dah soalan aku. “Panas ni. Tadi abang cakap tak payah datang, nak datang jugak.” Dia menambah. Sebotol air mineral dengan sebungkus roti dihulurkan dekat aku.
Aku menyambut.

“Makan roti dulu. Lepas tu baru makan panadol.” Dia menunjukkan 2 biji panadol sebelum letak dekat sebelah aku. “Kalau rasa tak ok lagi nanti, balik tengah hari dengan abang. Terus pergi klinik.” Dia mengarah lagi.

Aku diam je. “Kalau tak ok. Tapi kalau ok tak payahkan? Rasanya lepas makan ni oklah.”
Geleng kepala Abang Hafiz bila aku menolak. “Degil!” Itu je kata dia sebelum keluar bilik sakit. Nasib baik aku seorang je kat sini. Kalau tak?

Lepas waktu rehat aku naik balik ke kelas. Adalah sejam lebih duduk dalam bilik sakit tu tadi. Itu pun satu kerja budak bertiga tu bawakkan aku roti dengan air. Walhal sebelum waktu rehat lagi aku dah rehat. Petang ada kelas macam biasa. Langit dah mula gelap macam petang semalam. Nasib baik aku tergerak nak bawak baju hujan tadi. Tak adalah basah kuyup kalau balik nanti.

“Oit, budak tak sihat. Larat ke ni?” Joe menegur bila aku masuk kelas lepas solat Zohor.
Aku angguk je. Panas badan dah kurang. Kepala pun dah mula ok. Berkesan jugak makan panadol tu.

“Ingatkan nak skip je? Kalau tak larat baik kau balik je, Lisa.” Wati menegur lagi. Dia sejak dari dekat surau tadi bising suruh aku balik. Beriyalah aku cakap aku dah ok, dia buat tak dengar je. Terharu betul aku dapat kawan yang ambil berat ni.

“Semalam aku suruh tunggu dekat bus stop masa hujan kau tak nak. Kau tu kan baby, antibodi tak kuat!” sempat Joe mengutuk. Gelak sakan Pa’an bila dengar.

“Kureng!” Aku di samakan dengan baby. “Ini namanya demam mengada-ngada. Tahu? Bukan sebab anti bodi ke apa,” kata aku.
Demam mengada nak mintak perhatianlah ni. Perhatian daripada Ustaz Hafiz. Hahaha. Tapi rasanya tak payah demam pun, perhatian dia dekat aku terlebih macam yang Wati cakap.

“Balik ni, kalau hujan jangan nak redah je. Elok nak baik demam nanti makin teruk pulak,” nasihat Joe.

“Wah Joe! Risau betul kau ya Lisa demam. Aku demam kau buat bodoh je?”
Muka Joe memerah. “Kau lelaki. Lisa perempuan. Lain tu…” bidas Joe bila kena bahan dengan Pa’an.
Aku buat tak faham. Nanti kalau banyak sangat fikir pasal diorang ni, tak jadi kerja aku.

Lepas habis kelas, hujan dah mula nak renyai. Sama macam semalam. Ni tak lama ni lebatlah. Aku laju melangkah ke garaj tempat letak motor. Lepas baju hujan aku sarung, motor terus aku hidupkan. Malas menunggu Joe, aku dah pergi dulu. Baru sampai dekat pintu pagar sekolah, hujan dah mula turun lebat.

Aku berhenti dekat traffic light bila lampu merah menyala. Baru aku nak belok ke kiri, motor aku bagaikan tergelincir je bila aku membrek. Tak sampai 10 saat, aku dah terbaring atas tar dengan motor dekat atas badan. Tak lama dalam keadaan macam tu, dah ada orang datang.

“Lisa, kau ok ke tak ni?” Joe yang dah parking motor dia dekat tepi jalan, tolong angkat motor yang elok landing atas badan aku.
Dengan hujan yang makin lebat, dicampur dengan aku yang masih terkejut, kata-kata yang keluar dari mulut Joe bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je rasanya. Ya Allah! Sakitnya tangan dengan kaki ni, tak terucap dah. Mujur kereta dari belakang tak banyak.

“Jom ke tepi dulu. Tangan kau pun bleeding tu,” kata Joe bila ternampak siku aku berdarah.
Mengingatkan kami dekat tengah-tengah jalan, aku terus bergerak ke tepi dengan kaki terhincut-hincut. Hah, malam tadi Abang Hafiz duk bercakap pasal tak balik-tak balik, sekarang ni aku pulak yang accident. Nasib baik panjang lagi umur aku ni dapat jugak balik ke rumah.

“Alisa? Awak ok?”
Aku mengangkat muka bila ditegur Cikgu Liana yang berpayung. Kemudian aku terpandangkan kereta Wira merah dia yang tadi dekat belakang aku masa berhenti tadi.

“Bleeding sikit, cikgu.” Aku menjawab. Sekarang rasa nak cepat-cepat naik motor terus balik rumah.

“Sikit apanya? Macam dalam je aku tengok luka tu?” tegur Joe.

“Nak pergi klinik ke Alisa? Saya hantarkan?”
Aku hanya menggeleng bila Cikgu Liana menawarkan diri nak membantu.

“Tak perlulah. Ok ni. Sikit je. Oklah cikgu. Saya gerak dululah.” Aku cuba melangkah. Tapi tapak kaki terasa macam tak boleh nak bergerak. Rasanya macam terseliuh.

“Macam mana nak masuk gear dengan kaki macam tu?” Joe dah bising. “Siku pun payah nak bengkok, macam mana nak bawak motor tu?” bebel dia lagi.
Geleng kepala Cikgu Liana tengok aku. “Hujan makin lebat ni. Awak tak boleh nak buat apa, Alisa. Daripada kita berdiri dekat sini, lagi baik saya hantarkan awak.”

“Aku boleh hantarkan motor kau. Nanti cikgu tolong hantarkan saya ke sini balik boleh cikgu?”
Cikgu Liana hanya mengangguk. Tiada pilihan, aku naik juga kereta Wira merah tu.

“Belok kanan, cikgu.” Aku memberitahu.
Kereta dibelok. Belum pun sampai depan rumah, dari jauh mata aku dah terpandangkan kereta Abang Hafiz. Damn! Terlupa dia dekat rumah. Kenapalah masa-masa macam ni dia tak keluar beli makanan ke? Beli groceries ke? Ah!

“Dekat simpang yang ada pokok bunga kertas tu, cikgu belok kiri.”
Aku pejam mata rapat-rapat. Ya Allah, tolonglah jangan dia perasan. Tolonglah Abang Hafiz jangan keluar rumah sekarang.

“Eh? Bukan ke ni kereta…”

Belum sempat Cikgu Liana menghabiskan ayat, Joe pulak sampai. Dia terus masuk bawah garaj, untuk letak motor. Abang Hafiz dah mengintai di sebalik tingkap. Aku mengetap bibir kuat. Pintu rumah di buka. Abang Hafiz muncul dari dalam. Aku bukak pintu kereta. Baju hujan dengan beg aku ambil. Cikgu Liana dekat sebelah langsung aku tak pandang. Ah, mati aku… mati!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

52 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 13, 14”
  1. hana hasanah says:

    Xsaba nk tngok filem suami aku ustaz g dilakonkan oleh nora danish dan adi putra

  2. sakura says:

    blh tau, bila filem tu akn kluar?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"