Novel : Suami Aku Ustaz?! 9, 10

9 February 2011  
Kategori: Novel

58,440 bacaan 55 ulasan

Oleh : aku_dia

Abang Hafiz bangkit untuk mengambil Al-Quran di rak. Aku duduk je diam tengok dia ambil. Walhal dalam hati punyalah meronta-ronta menolak. Argh! Sungguh aku tak ada jiwa nak membaca depan dia inilah. Ok, itu satu hal. Satu lagi, aku sebenarnya tak nak baca dekat rumah Umi ni. Seganlah kalau Umi dengan Walid dengar aku mengaji. Mesti banyak salah. Amboi, Alisa? Depan orang tahu malu. Depan Allah tak rasa malu pulak mengaji langgar je semua hukum? Wah… tak sangka aku dah pandai menasihatkan diri sendiri. Ni mesti sebab banyak sangat duduk dengan ustaz ni.

Aku ni, bukannya tak pernah mengaji langsung. Selalu je. Kadang tu lepas solat maghrib, aku bacalah sehelai muka surat sehari walaupun tak faham langsung. Sebab orang kata mengaji ni membersihkan hati kita. Tapi itu aku mengaji sendirian berhad. Ini dengan ustaz pulak ni… malunya! Dulu masa kecik-kecik memanglah mak ayah hantar pergi kelas mengaji dekat rumah Ustaz Awang. Lepas dah khatam, tak adalah aku pergi lagi.

Lepas baca Al-Fatihah, Abang Hafiz suruh aku mulakan balik daripada surah Al-Baqarah. Aku dah merungut-rungut. Kat rumah aku mengaji dah nak masuk surah Ad-Dukhan dah! 10 ayat pertama aku baca tanpa masalah. Ayat ke sebelas, fokus aku hilang.

“Lisa, panjang dekat situ kan? Mad Wajib tu.”
Aku mengeluh.

“Ulang balik dari awal ayat.”
Dan aku pun menurut.

“Jangan baca laju sangat. Kan ada dengung dekat situ.”

Aku terdiam sekejap. Kemudian kembali menyambung bacaan. Kalau 10 ayat pertama tadi elok je, kali ni aku baca tersangkut-sangkut. Apa tidaknya, kena tegur je memanjang. Dahi aku dah berkerut-kerut. Geramnya! Tapi tak tahu pada siapa. Pada diri sendiri? Atau pada Abang Hafiz yang banyak sangat menegur? Argh! Aku pandang Abang Hafiz dari hujung mata. Tak puas hati? Tak boleh! Sebab apa yang dia ajar benda betul.

“Lisa,” Abang Hafiz memanggil. Aku mendongak dengan muka tak puas hati.

“Sakit perut ke?” Dia tanya bila nampak muka aku berkerut-kerut.

Aku dah tak tahu nak rasa gelak ke nak menangis dekat sini. Yang pasti geram tadi tak hilang lagi. Isk! Lisa tak sakit perutlah! Sakit hati je!
Aku menggeleng.

“Kalau macam tu, teruskan. Dapat habiskan satu muka ini pun dah ok.” Dia memujuk.
Aku diam je. Mata kembali melihat Al-Quran yang terbuka. Bacaan diteruskan. Baru tiga suku muka surat, aku menutup Al-Quran. Bila kesekian kalinya kena tegur.

“Sadaqallahul ‘Azim.”
Abang Hafiz terkejut tengok aku bangun dengan Al-Quran kat tangan. Bukan nak berkurang ajar. Tapi, aku dah tak dapat nak tahan perasaan. Daripada elok aku rasa nak mengaji, nanti ada yang aku menyampah terus baca bila kena tegur selalu. Dia tengok je aku lipat telekung lepas letak Al-Quran tadi lepas tu barulah Abang Hafiz bangun.

“Sorry.” Aku mintak maaf bila Abang Hafiz berdiri dekat sebelah untuk sidai sejadah.
Dia tengok aku. Muka dia tak beriak.

“Lisa tak boleh nak baca lagi tadi. Tiba-tiba rasa menyampah.” Aku meluahkan apa yang aku rasa. “Geram pun ada sebab banyak sangat kena tegur.” Aku menambah.
Abang Hafiz senyum je dengar aku merungut. Aik? Dia ni tak marah ke aku cakap macam ni?

“Mula-mula Lisa. Memanglah banyak salah. Sekurang-kurangnya Lisa ada usaha jugak nak belajar kan?” lembut dia dia bersuara.

“Lisa, orang yang belajar mengaji ni beruntung tau?”
Aku tengok dia. “Tak faham?”

Abang Hafiz pandang aku depan-depan. Tangan dia pegang kepala aku.

“Orang yang mengaji biasa, dia dapat 1 pahala je. Pahala membaca Al-Quran. Itupun kalau bacaan dia bertartil.”
Kening aku bertaut.

“Kalau orang yang belajar mengaji ni pulak, dapat 2 pahala. Pahala membaca dan pahala belajar. Kan untung tu?” Dia tersenyum lagi.

Aku menghela nafas perlahan. Sejuk sikit rasa bila kena pujuk. Ah! Pandai ustaz ni ambil hati ya? Baru aku nak melangkah keluar bilik, tiba-tiba Abang Hafiz memanggil lagi.

“Apa dia?” aku buat muka bosan.

“Apa ni buat muka bila abang panggil?” wajahnya mencuka.

“Yelah… sorry…. Ada apa?”
Muka Abang Hafiz kembali normal. “Lisa, nanti bila Abang Ipin sampai, jangan lupa pakai tudung. Ok?” Abang Hafiz mengarah lembut.

Aku menggaru kepala. “Alaahhh.. selama ni Lisa tak pernah pakai pun kalau dengan sedara-mara ni.”

Abang Hafiz menggeleng. “Sedara bukan adik-beradik.” Dia menegaskan. “Kalau sebelum ni tak pernah, lepas ni pakai. Ok?”

“Lecehlah pakai tudung dekat dalam rumah. Lagipun, Abang Ipin seorang je pun. Tak boleh ke kalau tak pakai?”
Abang Hafiz tengok aku macam nak makan. “Ada je alasan dia ni lah.” Penat agaknya nak melayan aku. Itulah, tadi dia cakap elok-elok nak membantah.

“Jangan tanya abang, Lisa. Susah sangat, tanya Allah. If yes, then do it. If no, then follow it. Faham?” soalnya sambil mengangkat kening.

Hah, ambik kau Lisa! Sekali dia balas, terus tak terjawap dibuatnya! “Iyalah… iyalah!”

Abang Hafiz sengih. “Good girl!”

“Abang?”
Abang Hafiz menoleh.

“Depan abang nak kena pakai jugak ke?” saja aku nak menyakat.
Abang Hafiz tengok aku geram. Tak payah tunggu dia bukak mulut, aku dah lari keluar bilik. Nanti entah apa pulak yang dia bebelkan dekat aku.

***

“Eh! Lisa?” tegur Kak Suraya lepas dia masuk rumah.
Aku hanya tersengih kemudian bersalam dengan dia.

“Eh? Siapa ni?” Abang Ipin pulak yang bertanya. Bila aku mendongak, dia menepuk dahi dia.

“Lah… pengantin baru! Abang ingatkan siapalah tadi.”Dia mengusik.
Muka aku panas. Ceh! Pengantin baru apanya.

“Ni ha Lisa, ada lemang sikit. Tadi singgah Alor Gajah beli. Lisa tolong bawak masuk boleh?” Abang Ipin menghulurkan beg plastik kepada ku dengan lemang yang dibalut dengan kertas. Wah! Dah macam beraya je dah! Walhal Aidiladha lagi 2 hari.

Tanpa banyak soal aku menyambut. Kemudian, aku ke dapur. Rendang pedas daging aku salin ke dalam mangkuk. Lepas tu, lemang pulak aku keluarkan daripada balutan surat khabar. Elok aku tengah nak cari orang tolong belahkan lemang ni, Abang Hafiz masuk ke dapur.

“Need help?” dia bertanya.
Aku tersengih jahat. “Yup!” Parang aku ambil di belakang almari lepas aku hulur dekat dia.

Dia tayang muka terkejut. “Eh? Lisa nak bunuh abang ke?”

Aku blur kejap. Lepas tu tengok parang yang aku pegang. Sejahat-jahat aku ni, tak adalah sampai nak bunuh orang! Lagipun aku bagi dengan cara elok ni kan? Isk dia nilah!

“Mana ada. Daripada bunuh abang, baik bunuh nyamuk.” Lepas tu aku gelak. Dari mana pulak datangnya nyamuk ni.

Abang Hafiz sengih. “Sayang jugak Lisa dekat abang eh? Habis tu yang tiba-tiba hulur parang ni kenapa?”

Muka aku panas. “Bluek!” aku jelirkan lidah. “Perasan je orang sayang dia. Ni, Abang Ipin beli lemang. Dah abang masuk dapur, abang tolong bukakkan lah eh?”
Abang Hafiz tengok je parang yang aku hulur.

“Tak nak.”
Aku pulak yang terpinga-pinga dengar jawapan dia. “Apahal pulak?”

“Sebab Lisa cakap abang je yang perasan Lisa sayang?”

Aku gelak.

“Sengallah dia ni. Baik belah cepat. Kalau Umi tanya Lisa tak nak bertanggungjawab.” Terus aku keluar dapur. Dapat dia tanya soalan pelik-pelik, mana aku nak korek jawapan?

***

“Best tak kahwin Lisa?”
Tersedak rendang aku bila dengar soalan Kak Suraya. Sudahlah pedas rendangnya. Rendang orang nogori! Nasib baik Abang Hafiz tolong hulurkan air suam.

“Ada tanya soalan macam tu, Kak Su ni pun.”
Abang Hafiz tolong backup. Aku tersenyum pada dia yang duduk dekat sebelah. Thank you my ustaz!

Kak Suraya tergelak. “Manalah sangka dia nak tersedak.”

“Lepas ni Lisa nak sambung mana?” tanya Abang Ipin.
Aku diam sekejap. Berfikir. “Hrm… Cita-cita tu nak apply scholar MARA. Lepas tu terbanglah pergi mana-mana. Boleh jalan tempat orang.” Wah! Cita-cita… tinggi melangit!

“Nak ambil kos apa?” tanya engineer tu lagi.

“Mula ingat nak ambil Medic. Tapi bila fikir-fikir balik, macam tak layak je nak jadi doktor. Ada mati pesakit dibuatnya.”
Abang Ipin tergelak.

“Jadi ingat nak ambil engineeringlah. Boleh jadi engineer macam abang!” aku mengangkat kening pada dia.

“Oh! Bagus jugak tu. Mana tahu dapat KMS ke. Sekali akak yang ajar Lisa nanti.”

*KMS-Kolej Mara Seremban.

Laju aku menggeleng. “Taknaklah. Akak dengan adik nanti dua-dua jadi cikgu Lisa nanti.”

Kak Suraya tergelak je dengar jawapan aku. Bercakap pasal belajar, tiba-tiba aku teringat dekat ustaz dekat sebelah.

“Abang kisah ke kalau Lisa study abroad?” Tiba-tiba terasa ingin bertanya.

“Eh? Pandai mintak izin suami rupanya ye?” sempat dia mengenakan aku.

Aku mengetap gigi. Dia ni lah… teringat kes aku keluar tak ada izin dialah tu.

“Depends pada keadaan. Tapi ada syaratnya…”

Aku tunggu kata-kata dia yang bakal keluar.

“A1 for my subject. Tak nak B macam masa PMR.”

Semua dekat meja makan gelakkan aku. Kureng betul! Dah memang-memang kalau nak ke luar negara kena A1 untuk Agama Islam. Itu ustaz aku cakap masa kat kelaslah. Tapi siapa lagi ustaz aku kalau bukan dia!

——————————–

Pagi-pagi Subuh lagi, aku dah kena kejut dengan Abang Hafiz. Nak Subuh berjemaah. Bukan berdua, tapi berlima. Eh, campur aku ber-enam lah jadinya. Lepas solat Subuh, tiba-tiba Abang Hafiz panggil aku masuk bilik masa aku tengah curik rendang yang Umi masak semalam dekat dapur. Sedap pulak aku rasa masa tengah masak malam tadi. Bila masuk bilik, aku ingat Abang Hafiz nak bagi duit raya. Rupa-rupanya…

“Ada call,” kata dia.

Hancur harapan aku nak tambah duit poket. Tapi tak apa, kita tengok raya puasa nanti, dia bagi ke tak. Abang Hafiz menghulurkan handset ke arah aku. Tak berbunyi pun? Dia dah angkat ke? Handset bertukar tangan. Aku tengok skrin hendset. 1 missed call. Wah! Bagus betul ustaz ni tak tolong angkatkan! Ceh! Aku kutuk dia dalam hati.

Tengok je nama pemanggil, muka aku berubah. Ok, sekarang aku sangat bersyukur gila sebab dia tak angkat tadi. Baru aku nak menghendap dia dari hujung mata, handset berbunyi. Laju aku keluar bilik. Tak naklah jawab call depan ustaz ni. Pintu dapur aku bukak, lepas tu aku lepak dekat belakang rumah.

“Assalamualaikum. Hah, kau! Ada apa?” terus aku bertanya pemanggil lepas dia menjawab salam aku.

“Dahlah angkat lambat. Lepas tu terus terjah je. Anak dara siapalah ni?” Joe dekat sana dah bising.

Aku gelak je dengar dia membebel. “Yelah, sayang, intan payung. Kanda call adinda pagi-pagi ni ada apa? Orang sembahyang raya pun belum tahu?” aku dah bising. Apa taknya, baru pukul 7 pagi dia dah call. Tahulah dah 3 hari tak jumpa.

Joe gelak besar dengar ayat yang keluar dari mulut aku. “Kau beraya kat mana? Sorang je ke?” Dia bertanya bila ketawa dia dah ok.

Wah! Concern jugak mamat ni dekat aku. Aku senyum melebar. “Taklah. Aku balik rumah Mak Long akulah. Kan dekat je?”

“Oh…” Itu je jawapan dia.

“Kenapa tiba-tiba tanya? Kau rindu aku eh?” sengaja aku menyakat.

Joe gelak. “Ha’ah. Rindu gila wa cakap lu!”

Aku sengih je. Ada je budak ni melawaklah.

“Aku ingatkan kau beraya sorang. Baru ingat nak ajak datang rumah aku beraya,” dia berkata bila aku diam je tadi.

“Ohh! Terharunya! Ada jugak orang ingat dekat aku, anak perantauan ni eh?”

Joe gelak je. “Ada-ada jelah kau ni, Lisa. Kat sana ada siapa je?”

“Kat mana?” Aku terblur sekejap.

“Kat rumah Mak Long kau tu lah! Isk budak ni… taulah rindukan aku, tak payahlah blur sangat bila dapat cakap dengan aku.” Sempat dia mengutuk aku. Lepas tu Joe gelak.

Aku mencebik. Bila masa entah aku rindu dia entah! “Perasanlah kau. Lain kali cakaplah terang-terang.”

“Kat sini mak ayah aku jelah yang tak ada. Mak mentua dengan pak mentua, ipar duai semua ada!” jawabku spontan.

Joe ketawa. Mesti dia ingat aku buat lawak. Aku tepuk dahi sendiri bila tersedar aku terlepas cakap. Nasib baik jugaklah dia tak fikir apa-apa. Aku pun entah kena sampuk apa entah tiba-tiba terkeluar ayat tu. Ni mesti Ustaz Hafiz ada baca doa apa-apa masa bagi aku handset ni. Hahaha! Lepas habis call, aku bangun balik nak masuk rumah. Baru aku nak pusing tombol pintu, Umi terlebih dahulu bukak daripada dalam.

“Umi ingatkan siapalah tadi duduk bersembang dekat belakang rumah,” dia bersuara bila ternampak muka aku.

“Siapa yang call pagi-pagi raya ni?” Umi bertanya.

“Kawan Lisa, Umi…” Aku menggaru pipi yang tiba-tiba terasa gatal. Kena gigit nyamuk agaknya tadi.

“Lelaki?” tanya Umi lagi. Macam tahu-tahu pulak aku bercakap dengan lelaki.

Aku mengangguk. Tapi dalam hati rasa tak sedap. Kenapa Umi tengok aku semacam je ni?

“Mesra betul berbual?”

Soalan Umi buat aku rasa macam kena hempap dengan batu bata dari atas. “Err, kitorang memang rapat.” Aku menjawab. Tapi tergagap sikit. Aduh!

Umi diam je tak cakap apa. Lepas tu aku mintak diri masuk ke dalam bilik. Duh! Nafas aku tarik dalam-dalam. Pandangan Umi menakutkan!

Masuk bilik, Abang Hafiz pulak yang tengok semacam. “Siapa call?”

Dia orang kedua yang bertanya selepas Umi. Tapi aku rasa dia tahu siapa. Kan dia sendiri yang bagi aku handset masa aku dekat luar.

“Anak orang.” Malas je aku nak menjawab soalan yang dia dah tahu jawapan.

Abang Hafiz diam. Dia pandang aku sekejap lepas tu dia pandang ke tempat lain.

“Perlu ke sampai angkat call dekat luar bilik? Kenapa? Takut sangat dengan abang?” Cara Abang Hafiz bertanya, ala-ala orang terasa hati je dengan aku.

“Kenapa pulak tiba-tiba ni?” Peliklah aku dengan dia ni.

“Tadi tu Johan kan?”

Aku mengangguk.

“Ada apa pagi-pagi lagi dah call?”

Aku tersengih. Kenapa aku rasa ustaz ni tiba-tiba macam cemburu? “Dia ajak beraya dekat rumah dia. Dia ingat Lisa seorang je.” Aku bercerita.

“Habis? Tak cakap Lisa beraya sini?”

“Eh, Lisa cakap. Siap cakap lagi Lisa beraya dengan mak mentua.”

Abang Hafiz pandang aku tak percaya. “Dia dah tahu? Pasal kita?”

Aku tergelak. “Of course not!”

Muka dia berubah balik.

“Dia ingat Lisa melawak. Siap gelak-gelak lagi.”

“Siapa Johan pada Lisa?”

“Apa jenis soalan tu?” Aku tarik nafas.

Abang Hafiz menggeleng. “Budak zaman sekarang, bukannya boleh percaya sangat!” tuduhnya.

Geram aku dengar ayat yang keluar daripada mulut ustaz ni. “Heh, macam mak ayah tak percayakan Lisa, kan? Sebab tu kena kahwin dengan abang!” aku dah mula nak marah. Benda kecik pun boleh jadi hal besar. Abang Hafiz aku jeling.

Abang Hafiz pandang aku macam nak telan. Tiba-tiba rasa bersalah.

“Sorry.” Lepas cakap, aku terus keluar bilik. Lemas!

***

Lepas Solat Sunat Aidiladha dekat surau kawasan kampung ni, kami bersalam-salam memohon maaf. Bukan hari raya puasa je yang bersalam pagi raya dekat rumah ni, raya Haji pun sama. Tapi aku tengok taklah sedramatik kalau bersalam masa hari raya puasa. Hari raya Aidiladha dekat sini pun, tak adalah semeriah mana. Adalah juadah special sikit nak membezakan hari biasa dengan hari kebesaran ni.

Aku pernah dengar orang cakap, raya Haji dekat pantai timur lagi meriah. Macam raya puasa kita. Hrm… dulu teringin jugak nak merasa meriahnya beraya dekat sana. Tapi sekarang tak dapatlah aku nak merasa sebab dah terkahwin dengan ustaz ni.

“Senaraikan dosa Lisa pada Abang. Kalau tak, abang tak nak maafkan.”

Haaah….? Ternganga aku dengar arahan dia. Aku buat muka. Tolonglah. Tolonglah faham ini bukan dekat rumah kita.

“Kata, dosa yang sebelum ni abang dah maafkan?” aku bertanya. Tangan masih tak lepas lagi ni.

Abang Hafiz angkat kening dekat aku.

“Hari ni tak ada ke?” sengaja dia nak provok aku.

Aku sengih geram. Kes pagi tadi tak selesai lagi ke? Ok, silap aku yang terus je keluar bilik. Pergi surau pun Abang Hafiz langsung tak tegur aku.

“Apa pun dosa Lisa, Lisa mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.” Kalut aku bersuara. Akhirnya itu yang terkeluar daripada mulut aku.

Abang Hafiz tergelak tengok muka aku. “Iyalah, abang maafkan.”

Tangan aku dilepaskan. Ceh! Sengajalah tadi tu mengenakan aku. Mood dia dah ok agaknya. Nasib baik dia tak buat hal kat sini macam masa dekat kelas hari tu. Tapi, pagi tadi dia memang terasa hati betul ke dengan aku?

***

“Walid?”
Walid mengalih pandangan daripada kaca televisyen ke arah aku. “Ye Lisa?”

“Kenapa ye dekat Malaysia raya Haji lambat sehari daripada Mekah? Bukan ke sepatutnya kita raya 10 Zulhijah?”
Walid senyum je tengok aku. “Lisa rasa kenapa?”

Aku termangu. Ceh! Aku jugak yang kena tanya balik. Baik tak payah. Last-last, aku jongketkan je bahu. “Entah?”

Senyuman Walid masih tak hilang. “Sebab kita kan awal 5 jam daripada Mekah?”

Aku blur. Lepas tu aku pandang Abang Hafiz yang duduk sekali dekat sebelah aku. Muka tak faham aku tayang. Tolonglah explain sikit ustaz!

Abang Hafiz tengok aku. Lepas tu dia sengih. Kening dia naikkan. Ceh!

“Tak fahamlah, Walid?”

“Kan kita awal 5 jam daripada Mekah. Kan raya haji mesti lepas jemaah haji wukuf di arafah?”
Otak aku ligat berfikir. “Maknanya?”

“Maknanya, kalau kita dah masuk 10 Zulhijjah, dekat Mekah masih 9 Zulhijjah. Takkan kita beraya dulu baru Mekah? Kan raya haji disambut lepas wukuf?” baru Abang Hafiz membuka mulut.
Aku hanya mengangguk. Tapi fikiran masih ligat berfikir. Cuba mengaitkan satu persatu dengan keterangan yang aku dapat.

“Nanti satu hari nanti, abang nak pergi sana.” Perlahan je dia cakap dekat sebelah aku.
Aku terpinga sekejap. Hilang dah semua benda yang aku fikir tadi.

“Apa dia?” aku tanya balik sebab tak dengar apa yang dia cakap tadi.

“Abang cakap, satu hari nanti abang teringin nak pergi sana.”
Dahi aku berkerut. “Sana tu mana?”

“Mekah.”

“Oh….”
Abang Hafiz tengok aku tak puas hati. “Oh je?”

Aku pening kejap. Ada masalah ke dengan jawapan aku? “Kenapa?”

“Ingatkan Lisa nak tanya abang. Tak nak bawak Lisa ke?”
Aku gelak dengar jawapan dia. “Siapa lagi nak bawak Lisa pergi sana kalau bukan orang tu.”

“Orang mana?” Dia senyum mengusik.

“Suami Lisalah!” aku dah naik geram. Ada sahajalah dia ni nak mengenakan aku.

“Manalah tahu kalau Lisa maksudkan orang lain…”
Aku pandang dia. “Orang lain?”

Abang Hafiz hanya menjongketkan bahu. Isk! Banyak sangatlah berahsia ustaz seorang ni. Tak faham aku!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

55 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 9, 10”
  1. assalamualaikum… crita nie best sangat…. bnyk pengajaran yg dpt kta ambil…
    jlan crita yang menarik
    sangat sesuai utk remaja….

  2. afrina al-islam says:

    nuvel ini sngt menyer0n0kkn bgi sye ….tatusnyee tntang suamiku ustaz mmng best …jdi jgn terlepas yeer mmbca novel suamiku ust …best sngt bgiku ..hrp sma2 kte mmbce ….0key …

  3. royalhipster says:

    Novel suamik aku ustaz?!9,10 ni bab 9 ngan 10 ke?novel ni full x?ke ade 6g kene cut?

  4. royalhipster says:

    Novel suami aku ustaz 9,10 ni bab 9 ngan 10 eh?kat sini full x?ke ade yg kene cut???

  5. saja saja je says:

    anak sape lah yg pandai tulis novel yg menyebabkan semua org suka…berbakat benor org yg nulis ni:)…good luck and buat lah novel yg banyak lagi dan best…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"