Novel : Takdir Kau dan Aku 4

2 February 2011  
Kategori: Novel

1,343 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : anis hazleena

Pagi yang sangat tenang dihayati bersama lagu yang tenang membuatkan jiwa berasa nyaman.Letihnya semalam dah la kena tumpang Adam dan mulai sekarang aku tak boleh panggil dia kau dah kena panggil awak yang tu perjanjian yang dikotakan semalam tapi bila difikirkan aku agak malu untuk memanggil dia sebegitu di sekolah sebab orang lain akan fikir macam-macam.Haih.

“Mengeluh panjang nampak?ada masalah ke?”sapa abang Adam dari belakang.

“Macam mana abang Adam boleh masuk dah la tak ketuk pintu!”kataku tegas.

“Adik yangku sayangi,telah ku ketuk pintu itu bagai nak pecah tapi tak dek yang bukak ingat tidur lagi jadi masuk nak kejut la tapi rupa-rupanya tengah termenung jauh sampai orang masuk pun tak sedar”

“Anis tak fikir apa pun cuma rasa tenang ja kalau dekat sini sampai tak sedar apa-apa jadinya sory ye abang”kataku sambil tersenyum.

“Abang nak mintak maaf pasal semalam abang memang ada kerja banyak sampai abang balik kul 4 pagi tadi je”kata abang Adam.

“La kenapa lambat sangat balik rumah dah tu pulak bangun awal-awal macam ni tak letih ke?pasal nak keluar ngan Anis tu tangguh je la dulu.Minggu depan bawak Anis pergi k”kataku.

“Thanks tapi kita still boleh duduk dalam rumah ni sama-samakan?jadi jom temankan abang tengok tv.Anis kena temankan abang harini.Lagipun abang ingat nak ajak kawan abang ngan makwe datang rumah la baru meriah sikit”

“Anis tak kisah”kataku sambil tersenyum.

Nak pakai baju apa pulak?Apasal aku yang nak pakai cantik-cantik sedangkan aku Cuma nak kena sambut ja.Pakai baju ni je la lagi pun abang baru beli je.

“Ala abang kenapa buat air pulak ni?kata nak Anis buat?”

“Ni kawan abang bukannya kawan Anis jadi biar la abang yang buat.Anis pergi tunggu kat depan sebab kawan abang dah nak sampai”

“Baik”

Kata nak sampai aku dah tunggu 5 minit dah kat sini satu kereta pun tak muncul.Panjang umur baru je cakap tapi dah sampai.Macam abang Syafiq?biar betul tak kan dia dengan perempuan tu teman wanita kot.Kesian dia dah ada awek tapi kena jodohkan dengan orang lain.

“Adik ni sapa?”tanya wanita itu.

“Adik abang Adam,dia suruh masuk dulu nanti dia datang”kataku sambil menyalam tanganya.

“Sofea,Syafiq masuk la kenapa tunggu kat luar tu?”kata abang
Adam menyapa dari belakang.

“Masa bila kau ada adik Adam?bukan kau anak tunggal ke?”tanya Kak Sofea.

Abang Adam melihat aku sambil tersenyum.Aku pun begitu kitaorang daripada couple jadi adik-beradik.Kalau difikir-fikirkan balik perkara tu agak melucukan.

“Dia ni bukan adik aku la tapi makwe aku.Kau ni elok-elok sikit cakap tu”kata abang Adam dengan gembiranya.Kami berdua berpandangan sesama sendiri selama beberapa saat.Argh!!malunya memang nak kena betul abang aku ni.

“Cun gila sih makwe kau,kesian Fara kalau tahu kau dah couple.Mana tak nya dia punya heboh satu sekolah tu yang kau ni couple ngan dia”kata Kak Sofea.

“Biar la dekat minah tu aku tak kuasa nak melayan.Nasib dah habis spm kalau tak setiap hari nak kena main nyorok-nyorok kat sekolah”kata abang Adam.

Setelah itu semua orang yang berada disitu ketawa untuk beberapa minit.Aku pun tidak ketinggalan untuk menyertai.Semalam Adam ada bagi sesuatu kat aku tapi aku tak larat semalam jadi terus tidur.

“Anis nak pergi mana pulak tu?”tanya Abang Adam.

“Tak pergi mana pun la,Anis nak pergi ambik sesuatu jap”kataku sambil tersenyum.

Mana pulak pergi benda ni?Kan semalam aku letak atas katil ja.Tanya abang Adam la mungkin dia ada ambik.

“Abang Adam ada nampak kotak hadiah dalam bilik Anis tak?”jerit ku dari atas.

“Abang ada nampak tapi bukan dalam bilik tapi kat luar abang jumpa.Kotak tu ada kat tepi telefon”

FUHHH!!!nasib tak bukak lagi kalau dah bukak mesti abang aku tu yang bukak tak dek orang lain dah tinggal kami berdua je dalam rumah ni.

“Benda apa dalam kotak tu Anis?”tanya Abang Adam.Aku berlalu pergi mendekati Abang Adam lalu duduk rapat disebelahnya.

“Adam bagi semalam,dia suruh Anis bukak tapi malam semalam Anis tak larat sangat.Jadi balik tu terus tidur”kataku lalu membukaknya.Aku melihat Abang Adam terkejut begitu juga kak Sofea dan abang Syafiq.

“Dapat hadiah ke dapat lamaran?”tanya abang Adam.

“Hadiah la tapi ni dah melebih”kataku.

“Mana surat dia?kan dia bersertakan surat?”

Aku pantas bangun lalu pergi ke tepi telefon dan mengambil surat itu lalu membacanya.Masin betul la mulut abang adam ni,ni bukannya hadiah tapi lamaran.Aku tak sedia lagi nak couple tapi memang aku suka kat dia jugak.Dia cakap kat sini call sebelum pukul 12.HA???ada 10 minit je lagi sempatkah aku?.

“Abang,mana fone Anis?tadi Anis letak dekat sini je?”tanya ku.

“Ni ha?Asal?”tanya abang Adam.

“Nanti Anis story-story ok.Anis nak keluar kejap”kataku.

Adam angkat la call ni cepat.”Helo”bergema suara lelaki dihujung talian.

“Helo Adam ni Anis pasal surat ni boleh tak kita bincang dulu?”tanyaku.

“Awak tak terima ke?”soal Adam.

“Bukan tapi saya perlu masa untuk berfikir dan cincin ni terlalu mahal”kataku lagi.

“Ok,bila awak nak jumpa saya dan kita bincang?”

“Esok masa dekat sekolah boleh?”

“Saya tunggu ok”

Aku menamatkan panggilan lalu memasuki rumah.Tak larat nya hari ni.Nak masuk tidur la.

“Anis jangan menuju ke bilik tu nanti ada yg tidur.Anak dara tak baik tidur tengah hari la sayang”kata abang Adam dari depan.

“Ish!orang tahu la,orang nak pergi letak benda ni je pun takkan salah kot?”kataku.

Aku mengambil tempat disebelah abang Adam.Kalau esok aku nak jumpa dia mesti ada halangan seperti:

1.Hana datang.

2.Cikgu panggil.

3.Sakit perut.

4.Hana datang.

Hahahaha…memang banyak yang Hana akan mehalang sebab dia dah terlalu suka dekat Adam tapi Adam tak suka kat dia.

“Anis, dah tak betul ke?”tanya abang Adam

“Amboi sedap mulut aje kata orang tak betul, macam la betul sangat”kataku.

“Abang memang dah betul tapi Anis ni tak,ada ke senyum sumbing sorang-sorang?”kata abang Adam.

Keadaan yang tadinya sunyi terus bising akibat gelak tawa.Aku tak sedap duduk dari tadi sebab abang Syafiq asyik pandang aku je.Jangan salahkan aku pasal jodoh tu kalau nak putus sekarang jugak aku boleh call mak.

“Syafiq,Sofea mari sini makan”kata abang Adam.Aku mengambil tempat di sebelah abang Adam dan bertengtangan dengan abang Syafiq.Sedapnya ayam tu!!!belum sempat tangan aku mencapai ayam tu tangan aku terlebih dahulu dipukul.

“Asal ni abang Adam?sakit tau!”kataku ala-ala merajuk.

“Boleh tak makan tu ditangguh dahulu,sekarang ni kita bincang pasal kamu dan abang Syafiq kamu ni.Sekarang ni abang Syafiq dah ada kak Sofea dan Anis pun dah ada Adam jadi suruh mak batalkan perkahwinan ni”kata abang Adam.Aku ingat dia tak tahu pasal benda ni rupa-rupanya dialah orang tengah.

“Anis boleh cakap yang kitaorang nak batalkan majlis ni tapi abang kena ingat mak tak suka Anis couple dengan budak sekolah Anis walaupun dia tu kawan baik Anis”kataku sambil menunduk sebak.

“Anis tak marah kan abang kan?”tanya abang Syafiq.

“Anis pun tak setuju apa yang mak buat jadi Anis tak marah pun.Lagipun Anis sendiri akan cakap dengan mak yang Anis tak setuju dan kalau mak tanya Anis cakap la Anis nak cari sendiri”kataku sambil tersenyum menawan.

“Kalau Anis tak boleh kawin dengan Abang Syafiq,kawin dengan Abang Adam pun dah cukup”kata abang Adam.Dengan pantas tangan aku menyubit pipinya.”Aduh!!”kata abang Adam sambil memegang pipinya.

“Padan muka lain kali cakap lagi macam tu Anis buat lagi.Kita ni kan adik-beradik mana boleh berkahwin!”kataku tegas.

FUHHH!!penat habis je solat isyak berjemaah terus abang Syafiq dengan kak sofea pulang.Abang Adam ajak tidur kat sini tapi kak Sofe masih perlu ke pejebat esok.Aku pulak mengantuk sangat dan meminta izin untuk tidur awal walaupun aku dah janji nak tengok cerita Alvin and the chipmunks dengan abang Adam.

ARGHH!!bising betul la jam tu pagi ni orang nak tidur pun tak senang.Jam menunjukkan pukul 6 pagi dan masa untuk aku bangun bersiap ke sekolah.Habis aje solat subuh,aku terus mencapai tudung lalu memakainya dengan kemas dan cantik.

“Sedapnya lauk dekat atas ni!abang Adam masa ek?”tanyaku.”Abang nak masak?abang bangun-bangun tadi makanan ni dah siap abang ingat Anis yang masak”kata abangku mengambil tempat.

“Betul jugakkan abang kalau masak bukannya sedap pun.Dah tu sape yang masak?”tanyaku

“Uncle yang masak la”sapa seseorang dari belakang.Seorang yang aku sayang bagaikan keluarga telah datang.YEI!kami berdua bangun lalu bersalaman dengan uncle Hisyam.

“Tapi macam mana uncle boleh masuk sini?”tanya abang Adam.

“Mama kamu yang bagi kunci dekat uncle.Lagi pun pagi tadi uncle masak banyak jadi bawak datang rumah kamu.Dah lama uncle tak jumpa kamu Anis,uncle faham bukan senang nak terima hakikat kamu dengan Adam ni adik beradik.Tapi kamu tahu tak perasaan Mama kamu masa tu?dia sangat gembira bila tahu anak perempuannya dah dijumpai semula.Mak angkat kamu pun kenal siapa Mama kamu tapi dia tak sanggup lepaskan kamu”kata uncle Hisyam sambil menitiskan air mata.Aku lantas memeluk uncle Hisyam.Anis memang tak dapat terima semua ni tapi Anis dah biasakan diri Anis kat sini uncle,dan Anis sangat sayangkan semua orang kat sini iaitu keluarga baru Anis.

“Anis,cikgu Mia panggil kau”kata salah seorang budak kelas aku.

“Aik??pagi-pagi dah panggil?kau ada nampak ina,mira dengan fain tak?tanyaku.

“Diorang tak datang lagi la,cepatla pergi cikgu dah panggil tu”katanya.

Aku berlalu pergi ke bilik guru.Cikgu pun suruh la aku datang tengah hari,kalau pagi-pagi ni tak best la tak dapat nak mengusha abang-abang senior yang hensem.Niat tak betul la kau ni Anis,nanti tak berkat.

“Assalammualaikum cikgu”sapaku dari belakang.Aik?macam ku kenal lelaki sebelah cikgu tu tapi entahla buat susah je fikir.Muka dia boleh tahan jugak.

“Waalaikummussalam,Anis kamu tolong cikgu hantar budak baru ni ke kelas dia iaitu kelas 102,boleh??”tanya cikgu Mia.

“Tapi saya kelas 101 cikgu”kataku lagi.

“Cikgu tahu tapi cikgu tak tahu nak suruh siapa lagi selain kamu”kata cikgu Mia.

Aku mengganguk setuju.

ADUH!!!sakitnya badan aku ni sapa la pulak yng melanggar ni.Aku ditolong oleh Izzam yang berada dibelakang aku.

“Kau dah tak dek mata ke nak tengok orang?HA!!”tanya Arie player sekolah number 1.

“Dia yang tak dek mata kan aku dah jalan ke tepi yang kau ke tepi lagi asal?lepas tu tak reti dah nak mintak maaf ke?dasar player!!”kataku dengan kuat.

“Aku jadi player pun sebab kau la!”kata Arie.

“”Asal sebab aku pulak?kalau kau nak jadi player kau jadi la seorang-seorang jangan libatkan orang lain.Dah la aku ada kerja lagi nak buat tapi disebabkan layan kerenah kau ni aku dah membuang masa”kataku sambil berlalu pergi.Tidak sempat aku mahu menuruni tangga tangan aku dipegang lalu ditarik ke badannya.

“Kau lari la dari aku sejauh mungkin tapi ingat aku akan dapatkan kau balik!”kata Arie mengugut.Aku menyentap tangan nya lalu berlalu pergi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"