Cerpen : Dia untukmu

26 March 2011  
Kategori: Cerpen

6,997 bacaan 17 ulasan

Oleh : Nurrizzwana Cik Zull

Elviera memandang jauh kehadapan. Memandang keadaan sekeliling asrama yang dihuninya itu. Walaupun dalam kegelapan malam, dia seakan akan terlihat kelibat kembarnya, Elfiera melambai-lambai dibawah setiap kali keluarganya datang melawat dirinya disitu. Terbayang-bayang gelagat dia dan sahabatnya bermain bola keranjang di gelanggang hadapannya setiap petang. Sebentar lagi, semuanya hanya akan tinggal kenangan, asrama ini, rakan-rakannya, dan telatah Elfiera. Dia mengeluh. Tiba-tiba dia terasa bahunya ditepuk.
“Viera, ko jangan sedih macam nie. ko buat aku sedih je.” Rungut Fatin.
“Eh, tak da la. Sebenarnya dah lama aku nak balik sana. Nak sekolah sama dengan Fiera. Tapi Fiera tak bagi.” Luah Elviera perlahan. “katanya, biar dia jadi anak manja mama dengan papa.” Sambung Elviera sambil ketawa. Dia mengesat pipinya yang tiba-tiba basah. Fatin memeluk bahu sahabatnya.
“Viera nak balik sana la. Tak nak la duduk sini. Bosan. Viera nak satu sekolah dengan Fiera. Bosanla kalau Fiera tak da.” Rungut Elviera ketika dia menghubungi kembarnya.
“Ala.. Viera nie. dua tahun je kan? Sabar je la. Fiera pun kalau boleh nak sekolah dengan Viera. Tapi Viera tau kan? Fiera sakit. Tak mungkin la dapat sekolah situ.” Pujuk Elfiera. Elviera sedar. Dengan penyakit yang dihidapi kembarnya sejak lahir itu, banyak membataskan pergerakannya. Dan kerana penyakit jantung berlubang itu juga la, dia tidak dibenarkan berada jauh dari kedua ibu bapanya.
“Tapi Viera nak dengan Fiera.” Rengek Elviera manja.
“Viera ingat lagi tak impian kita. Dulu kita sama-sama nak masuk sekolah asrama. Tapi Viera pun tau kan? Kesihatan Fiera tak izinkan Fiera tunaikan impian kita tu. Viera jela harapan Fiera.” Ujar Fiera.
“Yela yela.” Elviera akhirnya mengalah. Terbayang-bayang senyuman lebar yang terukir dibibir comel Elfiera setiap kali dia mengalah dalam perdebatan mereka.

“Viera!” Panggil Fatin kuat. Elviera tersentak. Hilang wajah Elfiera dimatanya. “kau penat ye? Sudah la. Pergi masuk tido. Aku da tolong kemaskan barang-barang kau da tadi.” Ujar Fatin perlahan. Elviera mengangguk. Dia melangkah masuk. Fatin hanya memandang langkah Elviera yang longlai itu. “Aku tau kau rindukan Fiera. Sabarla. Aku pun rindukan dia.” Bisiknya sendirian.
**********
“Papa! Mama!” jerit Elviera apabila terlihat kelibat kedua-dua orang tuanya di pejabat sekolah.
“Hai sayang!” ujar Puan Emelda sambil memeluk anak perempuannya. Elviera mencium pipi papanya.
“Viera betul nak tukar sekolah nie? Muktamad? ” soal Encik Shamsul meminta kepastian anaknya itu.
“ish papa nie. kan Viera da cakap. Viera nak tukar sekolah. Viera nak sekolah kat sekolah Fiera.” Kata Elviera. Encik Shamsul mengangguk.
“Sayang…… mari makan.” Panggil Puan Emelda lalu membuka pintu bilik Elviera. Namun kosang. Dia melangkah kebilik yang pernah didiami anak sulungnya, Elfiera. Dia terdengar esak tangisan dari dalam bilik itu.
“Fiera. Viera minta maaf. Viera tak tunaikan impian kita tu. Viera balik sini juga Fiera.” Elviera memeluk erat frame gambar Elfiera. “Viera da tak nak jauh dari mama dan papa. Viera nyesal sangat sebab sekolah sana dulu. Kalau kita sama sekolah, mesti Viera boleh jaga Fiera.” Dia mengusap frame tersebut. Wajah Elfiera disitu sangat gembira. Seceria ketika dia menghantar Elviera melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama setahun yang lalu.
“Sayang…” Puan Emelda melangkah menghampiri Elviera lalu mengusap anak rambutnya.
“Viera rindukan dia ma..” Elviera memeluk mamanya erat.
“mama tau.. Mama dengan papa pun rindukan dia.” “kita turun makan ye? Esok Viera da nak masuk sekolah baru.” Pujuk mamanya. Viera mengesat air matanya yang mengalir.
**********

“Viera..” panggil Puan Emelda lalu membuka pintu bilik Elviera. “Dah mandi? Mama ada bawakan baju Fiera.” Ujar Puan Emelda apabila terlihat kelibat Elviera keluar dari kamar mandi. Dia menghulurkan sepasang pakaian milik Elfiera. “cepat pakai. Papa da tunggu kat meja makan.” Sambungnya lagi. Viera memandang sepasang baju seragam sekolah yang pernah digunakan Elfiera. Dia memegang tag nama yang tertampal didada kirinya. ELFIERA. Dia tersenyum. ‘kau tetap akan tersemat disini.’ujarnya sambil mengusap tag tersebut. Dia berlari turun kebawah.
“Hai mama. Hai papa, morning!”
“morning”jawab mama dan papanya ringkas.
“Fiera..” ujar Encik Shamsul tanpa sedar apabila dia mendongak untuk melihat kelibat Elviera. Elviera menaikkan keningnya sambil tersenyum.
“Nampak sangat ke pa? Dah lama Viera tak ikat tocang dua macam nie.” ujarnya sambil memintal hujung rambutnya. Encik Shamsul tersenyum melihat telatah Elviera. Anak kembarnya itu memang suka bergaya sama macam kembarnya, Fiera.
“Cantik da anak papa nie”
“papa hantar kan?” soal Elviera. Dia mencapai roti yang telah disapu jem oleh mamanya.
“Viera betul nak sekolah situ? Kalau tak nak, papa boleh carikan sekolah lain.”
“papa nie. dari semalam tanya soalan yang sama. Penat la Viera nak jawab.” Rengek Elviera manja. Dia menarik nafas. “betul la. Viera nak sekolah situ. Viera nak tau , macam mana kehidupan Fiera masa Viera tinggalkan dia dulu.” Jawab Elviera yakin.
“tapi…” ujar Encik Shamsul ragu-ragu.
“Papa.. Viera yakin. Viera mesti boleh laluinya.” Pintas Elviera.
“Betul tu pa. biarla kat Viera. Apa salahnya dia sekolah situ?” ujar Puan Emelda cuba memujuk suaminya.
“Tapi ma.. papa tak nak Viera jadi macam Fiera.” Ujar Encik Shamsul perlahan meluahkan kerisauannya. Mana hati kecilnya tidak risau. Hanya Viera yang menjadi permata hatinya kini sejak anak sulungnya, Fiera dijemput Illahi dua bulan yang lalu.
“Viera kuat pa. betul!” ujarnya bersemangat. Siap ditumbuknya meja makan. “Betul pa.. Viera kuat.” Dia tersengih. Cuba menutupi kesakitan di buku limanya gara-gara menumbuk meja makan sebentar tadi. Encik Shamsul tersenyum.
“Viera.. Viera.. masih tak berubah.” Katanya sambil menyambung suapannya.
“Viera nak masuk sendiri atau nak papa temankan?” Soal Encik Shamsul setibanya mereka dihadapan pintu pagar sekolah menengah. Elviera memandang papanya.
“papa teman la.” Ujar Elviera tersengih.
“Eh! Tadi ada orang tu berani sangat. Sampai tumbuk tumbuk meja. Takkan da takut kot?” usik Encik Shamsul sambil ketawa. Elviera memuncungkan mulutnya. “merajuk!” sambungnya lagi lalu mencuit hidung Elviera.
“Viera… Cepat sikit sayang.” Panggil Encik Shamsul apabila melihat Elviera seakan-akan terleka melihat persekitaran sekolah tersebut.
“Assalamualaikum Encik. Boleh saya bantu?” tegur seorang perempuan setibanya Encik Shamsul dihadapan kaunter pejabat.
“Elviera!” Panggil Encik Shamsul apabila terlihat kelibat Elviera dimuka pintu pejabat sekolah.
“Encik nak daftarkan adik Encik ke?” soal kerani itu lagi sambil tersenyum.
“Adik?” Encik Shamsul buat muka pelik. Dia memandang Elviera yang sedang berdiri disebelahnya sekilas sebelum mengangguk. “Erm, saya nak jumpa dengan..”
“Siti, tolong printkan laporan nie.” ujar satu suara. Gadis bernama Siti itu mengangguk lalu berlalu meninggalkan Encik Shamsul dan Elviera. Encik Shamsul memandang lelaki disebelahnya.
“Eh Ahmad!” tegur Encik Shamsul sambil berjabat tangan.
“Shamsul! Apa khabar?”
“Alhamdulillah. Baik.” Encik Ahmad memandang gadis yang berdiri disebelah sahabat lamanya itu.
“ini… Elviera? Kembar Elfiera?” soal Encik Ahmad sambil memandang Elviera. Elviera hanya tersenyum apabila papanya mengangguk. Dia memandang Elviera dari atas kebawah. “Pelanduk dua serupa. Betul betul sama.” Elviera tersenyum mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu.
“Viera, nie pengetua sekolah nie. Uncle Ahmad. Nanti kalau Viera ada masalah, Viera boleh jumpa dia.” Ujar Encik Shamsul.
“Betul tu. Kalau Viera ada masalah, Viera boleh jumpa dengan uncle. Anggap jela uncle nie papa Viera kat sekolah nie.” ujar Encik Ahmad sambil tersenyum. Elviera memandang papanya. Encik Shamsul tersenyum.
“Dia kawan papa masa sekolah dulu.” Ujar Encik Shamsul seakan akan tahu persoalan yang muncul dibenak anaknya.
“Elviera boleh pergi ke kelas Elviera. Elviera naik tangga dekat situ, belok kanan, kelas no lima. 5 Sains 1.” “Boleh kan?” sambung Encik ahmad apabila Elviera Nampak ragu-ragu. Elviera memandang papanya. Mengharap agar papanya menemaninya.
“Erm. Saya hantar Elviera dulu ya, Ahmad? Nanti saya singgah semula.” Ujar Encik Shamsul seakan akan memahami keinginan Elviera. Encik Ahmad mengangguk. “cikgu tu kata kelas no berapa?” soal Encik Shamsul setibanya mereka ditingkat tiga.
“kelas no 5, 5 Sains 1.” Jawab Elviera sambil memandang setiap kelas yang dilewatinya. Namun dia hairan. ‘kenapa semua orang pandang dia pelik?’ Detik hatinya. Tiba-tiba tangannya direntap.
“Elfiera!” jerit lelaki yang mengenggam erat lengannya. Muncul lagi seorang lelaki dari kelas yang sama mendapatkan mereka. Elviera tergamam. Dia gagal meloloskan dirinya sedangkan papanya sudah jauh kehadapan.
“Hafiz!” jerit lelaki tersebut cuba meleraikan pegangan tangan lelaki yang dipanggil ‘Hafiz’ itu. Dia memandang dua lelaki dihadapannya. Bersilih ganti. Seorang Nampak kemas manakala ‘Hafiz’ ini agak tidak terurus. Lama dirinya ditatap oleh dua orang lelaki yang pelik dihadapannya. Dia melambaikan tangannya dihadapan lelaki ‘kemas’ tersebut.
“Awak nak tolong saya atau tak nie? saya..” belum sempat Elviera menghabiskan katanya, muncul Encik Shamsul mendapatkannya.
“kenapa sayang?” soal Encik Shamsul hairan. Elviera menunjukkan lengannya yang dipegang erat oleh dua orang lelaki yang tiba-tiba kaku setelah melihat dirinya. Macam Nampak hantu. Encik Shamsul cuba meleraikan pegangan tersebut dan menarik tangan Elviera supaya membontotinya. Namun, Elviera tetap tidak mengalihkan pandangnya daripada memandang lelaki aneh tersebut.
‘Elfiera? Apa hubungan diorang dengan Fiera?’ soal hatinya pelik.
“Elviera, awak tak rehat?” tegur seorang rakan sekelasnya, Dina. Elviera hanya menggeleng. Sambil menunjukkan bekal makanan dihadapannya.
“Saya sempat bawa bekal tadi. Awak nak?” pelawa Elviera ramah. Dina menggeleng.
**********

Elviera memandang keluar tingkap. Sepi. Kelas itu sepi sesepi hatinya. Hanya dia berseorangan didalam kelas tersebut. Tiba-tiba dia terasa dirinya diperhatikan. Dia menoleh kearah pintu belakang. Namun kosong. Dia memberanikan diri melangkah menuju ke pintu belakang kelas. Dari jauh, dia dapat melihat kelibat lelaki aneh yang dijumpainya pagi tadi. Dia hanya memandang tanpa mengendahkan kehadiran lelaki tersebut. Cuma satu yang menjadi persoalannya sekarang ini. ‘apa hubungan lelaki itu dengan Elfiera.’ Dia menanti andai lelaki aneh itu akan melewati koridor kelasnya. Tapi hampa. Lelaki itu masuk ke kelasnya. Dengan berbekalkan sudu ditangan, dia melangkah perlahan ke kelas tersebut. Setibanya dia disitu, dia menjengukkan kepalanya kedalam. Dia pelik. Kelas itu kosong. Sedangkan dia tidak melihat kelibat lelaki aneh itu keluar dari mana mana kelas tadi. Dia memberanikan diri untuk masuk kedalam kelas itu. Baru selangkah kakinya menjejaki lantai kelas tersebut, dia dikejutkan dengan satu susuk tubuh yang tiba tiba muncul dari sebalik dinding. Elviera terkejut. Hampir saja dia menjerit, tapi mulutnya pantas ditekup oleh lelaki tersebut. Dia kaget.
“Elfiera.. awak janji ye? Yang awak takkan tinggalkan saya lagi? Saya sayang awak sangat.” Ujar Hafiz sambil memandang jauh kedasar mata Elviera.
“Hafiz!!” jerit satu suara yang entah muncul dari mana. Tiba tiba muncul seorang lelaki dan menarik tangan hafiz dari terus menekup mulut Elviera. Elviera memandang lelaki dihadapannya. ‘Siapa diorang berdua nie?’ bisik hati kecilnya. Fikiran dia bercelaru. Dia buntu. “Elfiera da tak da. Terima je la kenyataan.” Bentak lelaki ‘kemas’ itu. Namun hafiz merentap tangan yang dalam pegangan kawannya dan berlari. Hampir saja Elviera terjatuh apabila ditolak oleh lelaki bernama ‘Hafiz’. Nasib baik tubuhnya berjaya disambut oleh lelaki ‘kemas’ itu. Lelaki yang muncul sebagai penyelamat. Segera dia melepaskan dirinya dari pegangan lelaki tersebut dan berlari kekelasnya. Elviera memandang kehadapan. Cuba menbuang perasaan takut, nafasnya turun naik.
“awak tertinggal nie tadi.” Ujar Izham sambil menghulurkan sudu milik Elviera. Elviera memandang lelaki dihadapannya. Mukanya pucat. Menampakkan ketakutan yang teramat sangat. “Hey, awak jangan la takut sangat. Saya tak makan orang la.” Tegur Izham. Dia melabuhkan punggungnya dihadapan Elviera. Elviera memandang lelaki dihadapannya. Riak wajahnya tenang. Setenang nada suaranya. Izham menghadiahkan senyuman kepada Elviera. “Nama saya Izham. Kawan saya yang gila tu namanya Hafiz.” Sambungnya lagi sambil ketawa. Namun tawanya terhenti apebila dia terlihat riak wajah Elviera.
“saya Elviera.” Ujar Elviera setelah lama membisu.
“Da agak da.” Izham bersuara perlahan.
“apa??” soal Elviera pantas.
“ha? Saya da agak da. Awak bukan Elfiera. Mula mula memang saya tergamam tengok awak. Saya fikir Fiera hidup balik. Tapi bila saya fikir balik, tak mungkin la. Mungkin awak kembar Fiera yang sekolah asrama tu.” Jawab Izham selamba.
“Apa hubungan awak dengan Fiera?” akhirnya keluar juga soalan yang sering bermain difikirannya.
“Dia tak cerita kat awak ke? Elfiera tu awek hafiz. Dekat setahun da diorang couple..” Elviera tergamam. Awek? Setahun? Couple? Apa semua nie?
“apa semua nie? awak tipu!” bentak Elviera kuat. Izham terkejut.
‘apahal minah nie?’ bisik hatinya.
“awak keluar! Saya tak nak tengok muka awak lagi.” Jerit Elviera.
“Eh! Awak nie kenapa? Bila masa pula saya tipu? Betul la diorang tu couple.” Ujar Izham.
“Keluar!!” jerit Elviera. Izham menurut. Dia seperti orang kebingungan dengan sikap Elviera. Elviera menundukkan wajahnya. Air matanya mengalir deras. ‘Tak!! Tak mungkin. Elfiera tak mungkin tipu Elviera. Lelaki tu yang penipu.’ Bentak hatinya.
**********

“Elviera sayang, mari makan.” Panggil Puan Emelda.
“Viera tak lapar.” Jawabnya kasar.
“Sayang.. kenapa nie?” soal Puan Emelda. Elviera menggeleng. Dia menarik selimut dan berpura pura tidur. Puan Emelda mengerti. Itu tandanya Elviera tidak mahu diganggu. Kata kata Izham sebentar tadi benar benar menganggunya. Air matanya mengalir. “Tak mungkin!!” jeritnya sendirian. Dia berlari ke bilik Elfiera. Menangis semahunya di atas katil Elfiera. Dia memandang potret Elfiera yang terletak diatas meja solek. Segera dia mendapatkannya.
“Fiera tak mungkin tipu Viera kan?” soalnya sendirian. Dan tanpa disedari, potret itu tiba tiba terjatuh. Ketika dia membongkok untuk mengambilnya, dia terlihat sesuatu. Segera dia mencapai sebuah buku yang tersorok dibawah meja solek.
Eeii.. Fiera tak suka la dengan Hafiz tu. Tak habis-habis ganggu Fiera. Tapi.. Dia sweet la. Lagi-lagi bila dia senyum. Eii.. Fiera suka hafiz ke? kalau Viera tau mesti dia marah..~
28 Februari.
Tadi Hafiz nak Fiera jadi awek dia. Dan tanpa Fiera sedar, laju je mulut nie cakap Fiera setuju. Fiera kena rahsiakan tentang nie dari Viera. Viera kan tak suka lelaki? Tapi, fiera yakin. Hafiz tak macam abang Eddy. Dan hafiz juga tak kan buat Fiera macam apa yang abang Eddy buat kat Viera dulu. Abang Eddy memang jahat. Fiera pun bencikan dia. Entah kenapa, hati Fiera yakin yang Hafiz baik. Kalau satu hari nanti Viera terbaca diari nie, Viera kena tau. Hati kita sama. Naluri kita pun sama. Kalau Fiera rasa hafiz tu baik, mesti Viera pun rasa macam tu..~
3 Mac.

Elviera melempar diari itu kedinding. “Tak.. semua lelaki sama! Jahat! Aku benci lelaki.!!” Jeritnya.
“Viera tak boleh cakap macam tu. Tak semua lelaki jahat. Kalau semua jahat, maknanya papa pun jahat la? Kalau Viera cakap semua lelaki jahat kecuali papa, macam mana dengan Uncle Syam, Uncle Akif, Uncle Shahril? Diorang pun jahat la?” suara Elfiera menegurnya terniang-niang dicuping telinganya,
“mungkin betul cakap Fiera. Tak semua lelaki macam Eddy.” Detik hatinya. Namun dia cuba untuk menafikan kenyataan itu sekeras-kerasnya.
**********

“Hai awak! Morning…” tegur Izham ketika Elviera melewati kelasnya. Namun Elviera hanya memandangnya lewat ekor mata tanpa sebarang bicara. “awak sihat?” ujar Izham sambil mengekorinya. “Awak sarapan apa pagi tadi?” “Tidur lena tak semalam?” “Awak..”
“Awak boleh diam tak? Saya tak suka awak. Saya benci lelaki!” Bentak Elviera kuat apabila Izham terus menerus menyoalnya. Izham terkejut dengan tindakan Elviera.
“Awak tak boleh hukum saya kerana kesalahan yang dia lakukan. Kerana saya bukan dia.” Ujar Izham perlahan antara dengar atau tidak. Elviera berpaling menghadap Izham yang tunduk. Dia mengetap bibir lantas berlari meninggalkan Izham.
‘Awak tak boleh hukum saya kerana kesalahan yang dia lakukan. Kerana saya bukan dia.’
Ayat yang terbit dari bibir Izham ibarat pita rakaman yang berputar-putar ligat di mindanya. Kerana dia. Ya kerana dia. Dialah penyebab segala-galanya. Kalau tak kerana peristiwa dia hampir diperkosa bekas teman lelakinya, Eddy dua tahun yang lalu, tak mungkin semua ini terjadi. Tak mungkin dia akan membenci lelaki dan melarang Elfiera daripada memiliki teman lelaki. Dia tak sanggup andai Elfiera akan melalui perkara yang sama dengannya. ‘Namun benarkah, aku terus menyeksa lelaki yang tidak bersalah. Seharusnya yang harus disalahkan adalah Eddy. Bukan lelaki-lelaki ini. Adakah aku sudah terlalu lewat untuk menyedarinya?’ detik hatinya sendirian.
**********

Dia duduk bersendirian didalam kelas. Tiba- tiba dia ditegur oleh Hafiz. Lelaki yang tidak terurus ketika dia mula-mula mengenalinya. Namun hari ini penampilannya berbeza. Kemas.
“Awak Elviera kan? Kembar Elfiera.” Soal hafiz ramah.
Elviera memandang lelaki dihadapannya. “Awak jangan takut. Dulu saya memang tak boleh terima kehilangan Fiera. Sampai saya jadi tak terurus. Macam mula-mula awak nampak saya dulu. Tapi Izham banyak bantu saya. Kalau tak da dia, mesti sampai sekarang saya tak boleh terima kenyataan nie.” terang Hafiz panjang lebar. “saya tau awak bencikan lelaki. Tapi saya tak tahu apa sebabnya. Elfiera tak nak cerita. Tapi saya janji dengan dia, saya akan bahagiakan dia selagi saya masih ada.” “masa mula-mula dapat tau Fiera sakit, saya tak boleh terima. Tapi saya kuatkan hati supaya dia pun mampu untuk bertahan. Saya cuba buatkan dia bahagia dan buktikan pada awak yang tak semua lelaki nie jahat.” Sambungnya lagi. “Eh! Awak jangan nangis!” pujuk Hafiz apabila terlihat mutiara jernih mengalir dipipi gebu milik Elviera. Elviera menggeleng.
“Awak nak tau kenapa saya bencikan lelaki? Saya nyaris nyaris diperkosa bekas teman lelaki saya dulu. Tapi saya sempat lari dan bertemu seorang lelaki. Mula mula saya ingat dia akan bantu saya. Tapi saya silap tafsir hatinya. Dia pun sama. Masa tengah bergelut untuk lepaskan diri itu la, muncul ‘dia’. Lelaki itu la yang bantu saya lepaskan diri. ‘Dia’ bawa saya pulang kerumah. Tapi sayang. Saya tak sempat ucapkan terima kasih kat ‘dia’.” Ujar Elviera sayu. Hafiz terkejut.
“Awak. Saya rasa, orang yang tolong awak tu Izham.” Jawab Hafiz yakin setelah lama membisu. Elviera terkejut.
“Izham? Tak mungkin la.”
“Izham pernah cerita, dia ada tolong orang nak kena rogol.” ” masa mula- mula nampak Fiera pun, dia terus tegur. Macam da kenal lama. Tapi Fiera nafikan hal tu dan kata bukan dia mangsanya. Izham berusaha menyakinkannya, dan mereka ada menyimpan satu rahsia tentang tu.” Elviera cuba mengingati wajah lelaki yang pernah menolongnya dulu. ‘benar, lelaki itu persis Izham. Mungkinkah dia?’
“Erm, Viera. Saya balik kelas dulu tau? Nanti Izham cari pulak.” Ujar Hafiz lalu melangkah keluar dari kelas tersebut meninggalkan Elviera yang kelihatan cuba memikirkan sesuatu.

Ketika dia melangkah oulang, dia terlihat Izham. Izham hanya memandangnya sekilas sebelum berlalu. ‘Adakah aku memang terlalu kejam terhadap lelaki? Aku membenci lelaki hanya kerana kesalahan seorang lelaki’ detik hatinya.
**********

“Sayang. Kenapa papa tengok Viera lain macam je dua tiga hari nie? Viera sakit ke?” soal Encik Shamsul sambil melabuhkan punggungnya diatas katil Elviera. Elviera menggeleng.
“pa.. Viera salah ke kalau Viera bencikan lelaki hanya kerana Eddy?” soal Elviera sambil memandang papanya. Encik Shamsul diam sebelum berkata.
“Salah. Sebab tak semua lelaki macam Eddy. Papa, Uncle Akif, Uncle Shahril dengan Uncle Syam pun sama macam Eddy la ye?” soal papanya kembali. Elviera menggeleng. “jadi, Viera tak boleh cakap semua lelaki jahat macam Eddy selagi Viera tak kenal hati budi diorang. Betul tak sayang?” elviera mengangguk.
“macam Hafiz?” soal Elviera. Encik Hafiz tersentak.
“Hafiz?”
“ye….. Hafiz.” Encik Shansul mengangguk. “Jadi Viera tak boleh bencikan lelaki hanya kerana Eddy? Eddy yang jahat kan pa?” soal Elviera persis anak kecil.
“Pandai pun anak papa!” ujar Encik Shamsul lalu memeluk anak tunggalnya itu.
**********

Elviera meninjau-ninjau kelas 5 Akaun bagi mencari kelibat Izham. Namun hampa. Izham tiada disitu. Hafiz juga tiada. Ketika dia berpaling, tiba- tiba dia terlanggar sesuatu. Elviera mendongak. Izham! Izham hanya memandangnya. Tiada lagi soalan-soalan yang muncul dari bibirnya. Elviera hanya mampu memandang apabila Izham berlalu masuk ke kelas.
“Awak.. Saya minta maaf pasal hari tu.” Ujar Elviera perlahan. Izham berhenti. Namun tiada reaksi. “Awak.. Saya betul betul minta maaf. Awak betul. Saya tak boleh benci awak sebab awak bukan dia..” ulang Elviera. Dia menundukkan wajahnya.
“Apa awak cakap. Saya kurang dengar.” Usik Izham seraya menrapatkan telinganya ke muka Elviera. Dia tersengih. Namun Elviera hanya membisu. Izham menjarakkan kedudukannya. Cuba berlagak serius. Elviera mati kutu. ‘nape dengan mamat nie?’
“Saya minta maaf!” ujar Elviera lalu berlari ke kelasnya. Izham terkejut.pantas dia mendapatkan Elviera.
“Eh.. Awak nie.. Merajuk pulak. Saja gurau jela. Saya tak ambil hati pun.” Ujar Izham sambil tersenyum. “Saya paham masalah awak.” Elviera memandangnya sambil tersenyum.

Ketika rehat, sekali lagi Elviera dikunjungi Hafiz. ‘Erm, aku tunggu Izham. Tapi Hafiz yang datang. Tak pe la. Boleh borak borak.’ Bisiknya sendirian. Izham memandang sekuntum bunga yang dalam pegangannya. Hatinya berlagu riang ketika melewati kelas bagi menuju kekelas Elviera.
“Mesti Viera suka bunga nie. Walaupun aku petik curi curi kata Taman sekolah tadi.” Katanya girang. Langkahnya terhenti setibanya dia dipintu belakang kelas 5 Sains 1. Dia dapat mendengar dengan jelas segala butir bicara Elviera dan…. Hafiz!
“Saya sukakan awak. Saya sayangkan awak. Saya nak jadikan awak teman wanita saya. Selamanya…. El….Viera..” Hafiz bersuara setelah suasana sepi diantara mereka. Elviera tergamam.
“Hafiz memang sayang gila dengan Fiera. Bagi dia, Fiera tu la nyawa dia. Sebab tu, bila dia kehilangan Fiera, dia macam orang gila. Dan, saya nampak dia gembira lepas jumpa awak. Mungkin awak ingatkan dia pada Fiera.” Kata-kata Izham terlintas difikirannya.
‘Tak mungkin. Hafiz sukakan Fiera. Bukan aku. Dia nampak Fiera sekarang nie. bukan aku.’
Serta merta bunga yang dalam pegangan Izham terlepas dan jatuh kelantai. ‘Mungkin ini yang terbaik. Elviera dan Hafiz. Lagipun sejak Viera muncul, Hafiz Nampak gerbira.’ Bisik Izham sendirian. Segera dia berlalu dari situ.

“Izham.” Jerit Elviera apabila dia terlihat kelibat Izham dilobi sekolah. Izham hanya berpaling sebelum berlalu pergi. Elviera hanya memandang gelagat Izham. Dia pelik.

Elviera memerhati keadaan sekeliling. Mencari kelibat Izham. Tiba- tiba matanya tertumpu pada satu susuk tubuh seseorang yang sedang berbual dengan seorang perempuan. Elviera segera menghampirinya. Berdiri dibelakang perempuan tersebut, betul betul menghadap Izham. Izham terkejut melihat wajah marah Elviera. Elviera berlari pergi dari kantin tersebut. Izham cuba untuk mengejar namun langkahnya terhenti apabila terlihat kelibat Hafiz mendapatkan Elviera yang sedang menangis.
“Izham minta maaf sayang. Mungkin Hafiz layak untuk bahagiakan awak.” Ujarnya sendirian. Dia berlalu pergi.

“Kenapa awak jauhkan diri daripada saya?” Bentak Elviera. Puas dia menghalang laluan Izham bagi membolehkannya berbicara dengan lelaki ini. Namun Izham masih lagi begitu. Tiada butir bicara yang keluar dari bibirnya. Masih lagi membisu. Tiada reaksi. Elviera semakin hilang sabar. “Awak kecewakan saya. Awak buatkan saya bencikan lelaki sekali lagi gara-gara sikap awak!” marah Elviera lalu berlalu. Tiba-tiba pergelangan tangannya disentap.
“Saya cuma nak tengok awak bahagia. Dan kalau Hafiz boleh bahagiakan awak, saya rela lepaskan awak. Saya terima segalanya, walaupun saya akui, saya teramat sayangkan awak.” Seusai berkata kata, Izham melangkah meninggalkan Elviera yang terpinga-pinga.
“Hafiz?” Elviera pelik. “Bila masa pulak aku dengan hafiz nie? bukan aku da tolak dia dulu ke? Aku pun ada cakap yang aku nak kawan je dengan dia. Sebab aku suka kat Izham. Tapi kenapa Izham cakap macam tu?” ujarnya sendirian.
**********

Izham melangkah malas ke wakaf. “Hafiz cakap nak jumpa aku. Tapi kenapa ada Viera sekali? Diorang nak apa sebenarnya nie?” Detik hatinya apabila terlihat kelibat Elviera dan hafiz diwakaf.
“Okey, korang berdua da sampai.memandangkan Cuma korang berdua je kawan baik Hafiz kat sini, Hafiz nak bagitau satu perkara.”
“cakap jela.” Ujar Izham malas.
“Erm.. Sebenarnya Hafiz nak pergi Sydney.” Ujar Hafiz perlahan. Izham dan Elviera terkejut. Hafiz tersenyum. “Hafiz nak ikut mama pergi sana. Mungkin lebih dari lima tahun. Lagipun hafiz rasa, hafiz perlu tinggalkan sini. Walaupun berat, Hafiz harus tinggalkan Elfiera. Dan anggap semua tu hanya satu sejarah antara kami.” Tambahnya sayu. “Kalau rajin datang la KLIA esok. Flight pukul 8 malam.” Hafiz tersenyum sebelum menghampiri Izham. Dia memasukkan sesuatu kedalam poket seluar Izham sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.
Izham membelek pendrive yang diberi Izham semalam. “Ada apa dalam nie ye? Ah.. pasang la.”
Terdapat dua fail didalamnya. Fail bertulis ‘kisah kita’ itu menarik perhatiannya. Didalamnya tersimpan kemas gambar gambar mereka berdua dan satu video yang dibuat khas menceritakan persahabatan mereka. Dia tersenyum mengenangkan peristiwa yang pernah mereka lalui. Dia membuka fail kedua. Satu video tidak bertajuk dibukanya. “hafiz nie memang gila buat video. Xda kerja agaknya.” Katanya sambil ketawa.
“Assalamualaikum Izham. Aku nak cakap banyak perkara dengan kau. Elviera tu baik. Rugi kalau kau sia-siakan dia. Nampak juga macam dia betul-betul sukakan kau. Aku pun sukakan dia. Tapi betul cakap dia. Aku sukakan dia bukan sebab dia. Tapi kerana dia mirip Fiera. Aku nampak Fiera dalam diri dia Am. Dia betul-betul ingatkan aku pada Fiera dan buatkan aku terus semangat untuk hidup. Tapi aku harus terima kenyataan. Dia bukan Elfiera. Gadis yang aku cintai. Dia Elviera. Gadis yang kau suka. Aku tau kau minat dia. Dia pun sama. Dia cerita semua kat aku Am. Pasal kau. Dan aku buat keputusan,bukan kau yang harus lepaskan dia, tapi aku. Aku yang harus lepaskan dia sebab dia bukan Elfiera. Aku Cuma cintakan Elfiera. Tiada lain. Tolong Am. Jangan kecewakan dia. Kalau kau kecewakan dia, aku takkan lepaskan kau Am. Kerana ia sama macam kau lukakan hati Elfiera. Aku takkan biarkan.”
**********

Izham melihat jam ditangannya. 5.30 petang. Segera dia keluar untuk menemui Hafiz di lapangan terbang. Izham memandang sekeliling lapangan itu. Mencari bayang Hafiz. Tiba-tiba matanya terlihat dua susuk tubuh yang amat dikenalinya. Elviera dan Hafiz. Dia berlari menghampiri mereka. Elviera hanya memandang Hafiz yang sedang membetulkan bagasinya. Wajahnya sayu. Kerana dia akan kehilangan seorang kawan yang rapat dengannya. Dia akan bersendirian lagi. Tanpa hafiz, tanpa Izham.
“Hafiz!” panggil Izham setibanya dia disebelah Elviera. Segera hafiz mendongak. Elviera memandang lelaki yang tiba tiba muncul disebelahnya. “Aku mintak maaf Hafiz. Aku marahkan kau tanpa sebab.” Ujar Izham. Hafiz menepuk belakang sahabat baiknya.
“Tak la. Kau tak salah. Aku yang salah.” Hafiz bersuara perlahan. Serta merta air mata Izham mengalir. “Hey dude! Jangan nangis la. Malu Viera tengok.” Pujuk Hafiz sambil ketawa. “Viera, Izham nie jenis sensitif sikit. Manja. Tengok tu. Nangis. Tapi Hafiz minta tolong sangat dengan Viera, tolong jaga dia baik baik. Nanti hafiz balik sini balik.” Ujar Hafiz sambil memandang Elviera. Elviera mengangguk sambil mengesat air matanya. “Ha! Diorang da panggil tu. Hafiz pergi dula ya? Bye. Take care! “ujar Hafiz sebelum berlalu pergi. “Ingat Am, apa yang aku pesan!” laungnya lagi. Sempat lagi dia melambai sebelum memasuki balai berlepas. Izham memeluk bahu Elviera. Dalam hatinya, dia berjanji, dia tidak akan sesekali mengingkari amanat Hafiz padanya. ‘Terima kasih Hafiz. Kau memang kawan dunia akhirat. Aku sayang kau.’

FINISH
Tq kerana membaca~
=)

k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Cerpen : Dia untukmu”
  1. lovelynanacerpen says:

    terbelit ckit..tpi terbaik la awk..nak jmpe penulis nie boleh??hehe..

  2. Qaseh massayra says:

    best ape citewr nih………….
    sweet karya……….
    ape2 pown………all the best………..klu bleh buatlah sambungan…..
    hehheheehehe…….ske lah…………

  3. iman says:

    agak brbelit2..tpi best..truskn usaha anda!

  4. Iman says:

    walaupun berbelit-belit,cerite tetap best ! :D

  5. Lily says:

    cite ni syok and ada moment sedih dia …..haha

  6. elle netto says:

    the sweet story i never read!!

  7. izasania says:

    nice story….teruskn menulis.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"