Novel : Cerita Cinta Kita 16, 17

4 March 2011  
Kategori: Novel

12,491 bacaan 14 ulasan

Oleh : shazie kz

Bab 16

“Eh, awal pulak dia balik hari ni,” Enjin kereta dimatikan. Kereta suaminya sudah pun terletak di sebelah keretanya. Humayra pelik melihat kereta Hasif Harraz di situ. Selalunya ketika dia pulang dari sekolah, suaminya pasti masih berada di pejabat lagi. “Aik? Apasal dia balik cepat hari ni? Alah.. malasnya nak menghadap muka dia!”

Humayra melangkah masuk ke dalam. Ruang tamu banglo setingkat itu tetap kosong. Tidak kelihatan langsung kelibat Hasif Harraz di mana-mana. “Ya Allah! Dengan kipasnya tak ditutup. Tv terpasang. Orangnya tak de pun! Mentang-mentanglah anak Datuk! Suka hati dia je nak membazir! Tahukah kamu, sifat suka membazir itu amalan syaitan, encik Arraz oi!” bebel Humayra.

Punggungnya dilabuhkan di atas sofa empuk itu. Penatnya masih belum hilang. Tiba-tiba dia terpandang jam yang tersangkut di dinding itu.

“Dah pukul 5.00! Belum solat asar! Nanti nak buat kek lagi. Kang tak sempat pulak,” Humayra menepuk dahinya. Dia pulang lambat kerana dia ada mempunyai kelas tuisyen dengan para pelajar tingkatan lima bermula jam 2 petang. Lantas dia berlalu ke biliknya. Namun, matanya sempat melirik ke arah bilik Hasif Harraz. ‘Mana dia ni? Tak nampak batang hidung pun? Eh, buat apa aku nak cari dia? Lantak dia lah! Bukannya penting pun kan!’

Humayra menuju masuk ke dalam biliknya. Tudung di kepala dibuka. Terserlah rambutnya yang panjang. Suhu penghawa dingin dinaikkan. Seharian bertudung ditambah pula dengan karenah pelajar-pelajarnya yang agak gila-gila membuatkan Humayra pening kepala. Walaupun pelajar-pelajarnya itu terdiri daripada tingkatan empat dan lima, namun mereka suka menyakatnya. Lebih-lebih selepas dia berkahwin dengan Hasif Harraz!

“Leganya dapat bukak tudung. Panas betol hari ni. Budak-budak pulak tadi buat hal! Tension aku dibuatnya!”

Humayra membuka baju kurung modennya yang berwarna hitam bercorak bunga ros putih itu. Dia kini hanya memakai singlet hitam kerana baju kurung modennya tadi agak jarang. Dia bergerak menuju ke tempat penyidai tuala bersebelahan dengan bilik air. Tuala ingin dicapainya. Namun, tiba-tiba…

“Argghhh!!!!!!!!”

Humayra menjerit sekuat hati. Seolah-olah ada hantu di hadapannya. Mahu sahaja dia lari dari situ. Namun, kakinya seolah-olah sudah terpaku di situ. Pada masa yang sama juga, makhluk yang berdiri di hadapan Humayra turut menjerit akibat terkejut mendengar jeritannya tadi. Masing-masing menjerit kerana terperanjat.

“Kau buat apa dekat sini?!” jerkah Hasif Harraz yang jelas kelihatan terkejut melihat Humayra turut berada di situ. Humayra yang masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku itu bertambah terkejut apabila melihat keadaan Hasif Harraz dari atas hingga ke bawah. Suaminya itu hanya bertuala sahaja! Terserlah tubuh Hasif Harraz yang sasa. Ternganga mulutnya melihat ‘tayangan free’ itu.

“Apa pandang-pandang aku ni?!”

Hasif Harraz menyilangkan kedua-dua belah tangannya menutupi dada. Seperti tidak rela Humayra melihat tubuh sasanya. Macam perempuan pulak! Pantas Humayra berpusing ke belakang. Dia malu melihat suaminya dalam keadaan begitu. Sebelum ini, tidak pernah sekali pun dia melihat Hasif Harraz dalam keadaan sedemikian.

“Awak buat apa dalam bilik ni?” soal Humayra.

Matanya memandang ke seluruh ruang bilik tersebut. Setiap sudut bilik itu diteliti. Sampai terbongkok-bongkok dia memerhatikan setiap barang yang ada di dalam biliknya itu. Manalah tahu kalau-kalau dia tersilap masuk bilik ke. ‘Betol lah ni bilik aku. Takkanlah aku tak kenal bilik aku sendiri kot. Habis, kalau ni bilik aku, kenapa dia ada dalam bilik ni pulak?’

“Aku tanya kau, kau tanya aku balik ye. Suka hati akulah nak buat apa dekat dalam bilik ni!” ujar Hasif Harraz. Terjengil mata Humayra mendengar jawapan daripada suaminya itu. Humayra lantas memusingkan badannya semula menghadap Hasif Harraz. Tangannya dicekak ke pinggang. Suaminya itu dipandang geram.

“Apasal pulak suka hati awak? Ni bilik saya tau! Bilik awak dekat depan bilik saya nun. Awak tu yang dah silap masuk bilik!” marah Humayra. Dah lah masuk bilik orang sesuka hati dia je. Lepas tu nak marah-marah pulak. Tak sedar silap sendiri!

Wajah Hasif Harraz memerah. Malu sebenarnya. Dia tahu silap dia kerana masuk ke bilik Humayra. Walhal, dari mula lagi dia sengaja masuk ke dalam bilik isterinya itu. Tapi semuanya kerana dia terdesak. Bukannya dia suka sangat pun hendak masuk bilik perempuan itu!

“Tak kisahlah ni bilik kau ke, bilik aku ke, lagi pun aku just tumpang mandi je dekat dalam toilet ni hah! Bukan buat apa pun!” jelas Hasif Harraz.

“Apa? Tumpang mandi? Toilet dalam bilik awak tu dah roboh ke sampai guna toilet dalam bilik saya ni nak mandi? Takde alasan lain ke awak nak bagi, hah? Dekat dalam rumah ni ada lima bilik air tau. Kenapa mesti guna toilet dalam bilik saya ni jugak?” marah Humayra. Geram sekali dengan suaminya itu.

Hasif Harraz sudah mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. ‘Haah kan. Kenapa dalam banyak-banyak toilet yang ada dalam rumah ni, toilet dalam bilik perempuan ni jugak yang aku guna? Dengan selamba je aku menonong masuk tadi. Hmm, pelik jugak kan! Aku boleh je guna toilet dekat dapur tu. Tak pun dekat bilik kerja tu. Tapi, bilik ni jugak yang aku masuk! Kenapa ye?’

“Awak!” panggil Humayra. Sakit hatinya melihat suaminya yang sedang khayal itu. Sempat pulak dia berangan! Aku yang tengah membebel ni bukan nak dengar!

Hasif Harraz tersentak dengan jeritan Humayra. Lantas wajah isterinya dipandang.

“Toilet aku rosaklah! Air tak de. Suka hati aku lah nak mandi dekat toilet mana pun. Ni rumah aku! Toilet yang ada dalam bilik kau ni pun toilet aku jugak! Aku nak mandi dekat toilet sini ke. Toilet lain ke. Tu aku punya pasal. Kau jangan nak menyibuk pulak ye!”

“Saya tahu lah ni rumah awak! Tapi, saya terpaksa menyibukkan diri saya sebab ini bilik saya! Awak tak boleh masuk bilik saya tanpa kebenaran saya! Mentang-mentanglah ini rumah awak, awak ingat awak berhak main ceroboh je bilik orang! Awak dah melam……….”

Kata-kata Humayra terhenti. Matanya tertumpu kepada mata Hasif Harraz yang sedang merayap meneliti tubuh badannya. Apasal mata dia tu? Lain macam je. Dia tengok apa dekat baju aku ni? Humayra memandang tubuhnya. Hampir terkeluar biji matanya melihat dirinya sendiri. Baru dia teringat yang dia hanya memakai singlet dengan kain baju kurungnya sahaja.

‘Macam mana aku boleh lupa yang aku dah bukak baju tadi! Ish..Malunya aku!’ Tuala yang tidak sempat diambil tadi dicapai. Lantas dia menutupi bahagian badannya yang terdedah. Hasif Harraz pula hanya tersengih macam kerang busuk melihat isterinya itu. Nasib baik dia masih mampu mengawal nafsunya. Kalau tidak, sudah tentu isterinya itu dipeluk.

“Saya cucuk mata awak tu baru tau! Takde benda lain ke awak nak tengok hah! lelaki gatal!” marah Humayra.

“Aku peduli apa! Dah orang tu kasi tayang, rugilah tak tengok!” Hasif Harraz masih tertawa. Sakit telinga Humayra mendengarnya.

“Dahlah. Tak payah nak pakai-pakai tuala. Nak tutup badan kau tu buat apa. Bukannya aku tak pernah tengok badan kau tu pun. Tak luak pun. Lebih daripada yang kau tutup tu aku dah pernah tengok tau!” ujar Hasif Harraz dengan senyuman sinis. Terus dia berlalu untuk keluar dari bilik Humayra. Suara ketawa Hasif Harraz kedengaran di luar bilik.

Wajah Humayra merona merah. Dia tahu maksud Hasif Harraz tadi. Teringat kembali peristiwa dia berhujan menunggu Hasif Harraz pulang. Kini, dia pasti. Suaminya itulah yang menukarkan pakaiannya yang basah dulu! Tak guna punya Hasif Harraz!

Televisyen yang terletak pada suatu sudut dapur itu dipasang. Malam ni ada perlawanan bola. Humayra tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton pasukan kesayangannya beraksi. Bukan sebab Hasif Harraz tau! Semuanya disebabkan oleh pasukan Selangor yang bakal bertemu dengan pasukan Kelantan dalam perlawanan Liga Super itu benar-benar ditunggu oleh Humayra dari semalam lagi.

Selepas dia mengerjakan solat mahgrib tadi, kelibat Hasif Harraz sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah bertolak ke stadium Shah Alam. Patutlah suaminya itu pulang awal siang tadi. Rupa-rupanya dia ada game malam ni. “Kalau Selangor kalah, aku belasah Arraz tu cukup-cukup! Biar tak payah main bola dah!” Humayra tertawa sendiri. Macamlah berani sangat kau nak belasah dia, Mayra!

Disamping telinganya jelas mendengar pengulas perlawanan malam itu berceloteh, tangannya ligat menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek perisa coklat dan sunquick. Sebenarnya, esok ada sedikit jamuan dalam kalangan guru. Sengaja diadakan jamuan tersebut pada setiap hari jumaat dalam seminggu bagi mengeratkan hubungan sesama guru.

Bagi mengelakkan kebosanan, Humayra mula berangan hendak menjadi seorang chef yang memiliki rancangan memasaknya sendiri.

“Okey ye para penonton sekalian. Hari ni Chef Mayra nak tunjukkan cara-cara menyediakan kek coklat dan kek sunquick. Bagi bahan-bahan untuk membuat kek sunquick, kita memerlukan 1 cawan marjerin, 1 cawan gula yang telah dikisar halus,3 biji telur, esen vanilla, sodium bikarbonat, susu, air suam dan juga pati sunquick. Oh ye! Tertinggal pulak tepung kek jenama BlueKey. Kalau takde tepung kek ni, macam mana nak masak kek ni kan!”

Humayra tergelak sendiri. Lagaknya bertutur seolah-olah ada penonton sahaja di hadapannya. Kenyataannya, hanya dia seorang sahaja ketika itu. Berangan nak jadi cheflah konon. Sebut bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek pun boleh lupa. Apalah kau ni, Mayra!

“Hasif Harraz berlari laju ke gawang gol! Dan………….”

Suara pengulas dari televisyen itu spontan membuatkan tangan Humayra yang ingin memecahkan telur terhenti. Matanya kusyuk memerhatikan arah bola yang ditendang oleh Hasif Harraz. sayangnya, bola itu tersasar.

“Ee..tendang bola pun senget! Macam mana nak masuk! Kalau aku sepak tu gerenti dah masuk. Tengok! Kan dah rugi satu peluang. Nak kena brainwash dia ni!”

Humayra merungut geram. Matanya masih tepat memandang televisyen yang menayangkan siaran langsung perlawanan pasukan suaminya dengan pasukan Kelantan. Peluang yang berada di hadapan mata gagal digunakan dengan baik oleh Hasif Harraz. Itu yang menyebabkan Humayra berasa geram.

“Kalau macam tu lah dia main bola, habislah kalah Selangor! Macam manalah dia boleh terpilih sebagai penyerang terbaik negara, kalau setakat jadi penyerang pun macam nak menghalau ayam, baik tak payah!”

Humayra sudah mula mengomel sendirian. Daripada berdiri, dia sudah pun duduk di bangku meja makan itu. Matanya tertumpu kepada televisyen. Tergendala sebentar agendanya hendak membuat kek. Bilalah nak masak kek tu cik Mayra oi!

Jam sudah pun ke angka 2 pagi. Hasif Harraz masuk ke dalam banglo setingkat itu dalam keadaan kepenatan. Perlawanan tadi berakhir dengan masing-masing terikat mata seri iaitu 1-1. Hasif Harraz terasa perutnya lapar. Walaupun dia baru sahaja pulang daripada keluar makan bersama rakan pasukannya yang lain, namun perutnya masih lagi berbunyi. Laju langkahnya dibawa ke ruangan dapur. Dia membuka peti sejuk besar yang berjenama Panasonic itu. Ketika itulah dia ternampak sesuatu yang menyelerakan.

“Wow! Ada keklah! Mesti perempuan tu yang buat ni. Macam sedap je. Rasa sikitlah!” Hasif Harraz mengambil pisau lalu memotong kek coklat yang telah dibuat oleh Humayra tadi. Pantas disuakan sepotong kek itu masuk ke dalam mulutnya.

“Fuyoo! Sedap giler! Betol ke dia yang buat ni? Sedap semacam je. Rasa sikit lagilah,” kek itu dipotong lagi. Kenikmatan ketika memakan kek itu menyebabkan Hasif Harraz tidak sedar sudah separuh daripada kek itu habis dijamahnya.

Dia ingin memasukkan semula kek coklat tersebut ke dalam peti sejuk. Namun, kali ini dia terpandang pula kek sunquick yang terletak di bahagian atas. “Eh, ada kek lagilah. Banyak pulak dia buat kek hari ni. Rezeki jangan ditolak beb! Try test lah!” Pantas dibawa keluar loyang kek itu. Dipotong kek tersebut dan diambil sedikit untuk dirasa.

“Delicious! Lagi sedap daripada tadi. Pandai jugak dia ni buat kek ye. Boleh bukak bakery ni. Mesti untung nanti. Aku ingatkan orang cantik macam dia ni tak reti buat apa-apa. Rupanya pandai jugak. Selama ni pun masakan dia not bad lah!”

Sempat lagi Hasif Harraz memberikan komen terhadap masakan isterinya itu. Tanpa sedar, satu daripada per empat bahagian kek itu sudah pun masuk ke dalam perut Hasif Harraz. Sedap punya pasal, sanggup dia makan lewat malam.

“Ark!”

Hasif Harraz pantas menutup mulut. Terkuat pula bunyi sendawanya. Dia memandang ke kiri dan kanan. Terukir senyuman kecil di bibirnya. Takut juga jika Humayra terjaga. Yelah. Dia telah memakan kek yang dibuat isterinya itu tanpa kebenaran. Tak pasal-pasal mengamuk pulak cikgu Mayra tu pagi-pagi buta ni kang! Hasif Harraz berlalu meninggalkan dapur dan masuk ke dalam biliknya.

Bab 17

Humayra sudah pun siap berpakaian. Baju kurung Pahang berwarna hijau muda itu membuatkan dia kelihatan comel sekali. Dia melangkah keluar dari biliknya. Sebelum berlalu, bilik suaminya yang bertentangan dengan biliknya itu sempat dikerling.

“Dia dah balik ke belum ek? Dahlah kot. Mesti tengah membuta lagi tu. Dia.. hmm jangan haraplah nak bangun awal pagi. Entah solat subuh atau tak!” bebel Humayra seorang diri.

Humayra berlalu ke ruangan dapur. Dia hendak menyediakan kek yang perlu di bawa ke sekolah. Kek yang istimewa, khas untuk rakan gurunya itu. Humayra berharap rakan gurunya suka dengan kek itu nanti. Humayra sudah pun tersenyum sendirian.

Peti sejuk besar yang mempunyai dua pintu itu dibuka. Membulat matanya melihat isi di dalamnya. Dua buah loyang kek coklat dan sunquick dipegang. Dadanya mula turun naik menahan tahap kegeraman yang semakin hampir ke tahap kemuncak.

“Arraz!!!”

Humayra meletakkan loyang tersebut di atas meja yang sedia ada di ruangan tersebut. Hatinya sakit. Sakit melihat sebahagian keknya yang sudah ‘hilang’.

“Ni memang takde kerja orang lainlah ni. Memang sah dia! Si kucing kepala hitam! Jagalah awak, Arraz!!”

Humayra mula menyingsing lengan baju kurungya. Dadanya sudah berkobar-kobar hendak menyerang pencuri yang memakan keknya. Si pesalah itu perlu diberi hukuman! Laju Humayra mengatur langkah menghala ke bilik suaminya.

Buk! Seperti nangka busuk, Hasif Harraz jatuh tergolek daripada katilnya. Tangannya menggosok-gosok dahinya yang sakit terhantuk meja kecil yang terletak di sisi katilnya. Matanya yang masih belum terbuka sepenuhnya itu memandang ke seluruh genap ruang biliknya.

“Siapa pulak yang jerit panggil nama aku pagi-pagi ni?”

Hasif Harraz bangun. Lalu duduk di birai katil. Otaknya ligat berfikir walaupun dia kelihatannya masih mamai.

“Macam mana aku boleh tergolek tadi tu ye? Selalunya tak pernahlah pulak aku tidur sampai jatuh katil. Tadi aku mimpi macam ada orang jerit nama aku. Tu yang aku terkejut sampai jatuh tu,” ujar Hasif Harraz seorang diri. Penat otaknya memikirkan sebarang kemungkinan tentang siapakah gerangannya yang memanggil namanya semasa dia tidur tadi.

“Argh… lantaklah siapa ke orangnya. Sambung tidur lagi bagus!”

Oleh kerana matanya yang masih mengantuk dan badannya yang jelas letih itu, Hasif Harraz berniat untuk menyambung semula tidurnya. Namun, baru sahaja hujung rambutnya mencecah bantal, dia terdengar suara isterinya memangil-manggil namanya.

“Arraz!! Bukak pintu ni!”

Kening Hasif Harraz berkerut. Pelik mendengar jeritan isterinya itu. Lantas, dia duduk semula di birai katil. Matanya dihalakan ke arah pintu.

“Macam pernah dengar je suara orang menjerit ni. Tapi, dekat mana ye?”

Otak lelaki itu mula berfikir lagi. Cuba untuk mengingati sesuatu. Tidak sampai satu minit, dia sudah pun mendapat jawapan kepada persoalan yang bermain di fikirannya sebentar tadi.

“Ni suara macam dalam mimpi aku tadi. Sampai tergolek aku jatuh! Yang si Mayra ni apahal pulaklah dia memekak pagi-pagi hari ni? Nak tidur pun tak senang!”

“Awak tak dengar ke saya panggil ni Arraz?! Bukak pintu ni?!” suara Humayra masih jelas kedengaran. Pintu bilik Hasif Harraz bergoyang-goyang seperti hendak tercabut akibat diketuk bertalu-talu oleh isterinya itu.

Hasif Harraz mencapai tombol pintu biliknya itu. Perlahan daun pintu dikuak. Kelihatan Humayra yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Merah padam muka isterinya ketika itu. Di tangan kiri isterinya itu pula terdapat sebuah loyang.

“Kau nak apa ni? Memekak mengalahkan ayam berkokok! Ayam pun kalau berkokok sekejap je tau tak. Kau berkokok macam ayam kena cabut ekor! Ketuk pintu bilik aku ni sampai nak roboh. Slow-slow dahlah. Hah! Apa halnya?!” ujar Hasif Harraz selamba. Tidak peduli langsung dia dengan Humayra yang sedang naik angin itu.

Pap! Pap! Tepat loyang aluminium itu mengenai dahi Hasif Harraz. Tangannya laju mengosok-gosok dahinya itu. Tempat pukulan itu sama dengan bahagian ketika dia terhantuk di meja semasa jatuh katil tadi. Semakin bertambah rasa sakit itu. Mana tidaknya, dengan sekuat hati isterinya memukul dahinya menggunakan loyang tersebut.

“Woi!! Kau gila ke?! Sakit tau tak!” marah Hasif Harraz.

“Sakit ye? Nah! Amik lagi ni!”

Humayra memukul lagi dahi suaminya sebanyak tiga kali. Geram sungguh hatinya mengenangkan sikap suaminya itu. Rasa mahu ditumbuk-tumbuk mulut Hasif Harraz. Biar giginya rongak. Geram dan sakit hatinya!!

“Woi! Adoi…!! Sakitlah! Kau ni kenapa?!”

“Kenapa awak tanya? Pencuri macam awak ni memang patut kena hukum! Ee.. geram betol saya dengan awak tau tak!” ujar Humayra sebal.

Hasif Harraz memandang Humayra. “Sedapnya mulut awak cakap saya pencuri ya. Apa yang saya curi? Jangan nak main tuduh je!”

“Ni! Nampak tak ni? Mana menghilangnya lagi separuh kek saya ni? Mesti kerja awak kan?!” Humayra menunjukkan isi di dalam loyang tersebut. Kelihatannya hanya tinggal separuh sahaja bahagian kek sunquick yang tinggal. Selebihnya sudah pasti dimakan oleh Hasif Harraz. Dia yakin itu!

Hasif Harraz menjenguk ke dalam loyang tersebut. Kemudiaan, cepat-cepat dia memandang tempat lain. Sengaja tidak mahu bertembung pandang dengan mata isterinya. Tangannya masih memegang dahinya yang sudah pun kemerahan.

“Err.. kau jangan nak main tuduh je ye. Kau ingat aku kemaruk sangat ke nak rasa kek kau tu? Bukannya sedap sangat pun. Setakat kek kau ni, kek kat kedai tu lagi sedaplah! Jangan-jangan orang lain yang makan. Cakap aku pulak yang curi!” Hasif Harraz membela dirinya sendiri.

“Tak payahlah awak nak menipu. Dalam rumah ni hanya ada saya dan awak je! Awak nak mengaku ke tak nak yang sebenarnya awak yang makan kek saya ni?!” ujar Humayra yang semakin geram dengan perangai suaminya itu.

“Nak mengaku buat apa? Memang bukan aku yang makan! Jangan-jangan hantu yang makan tak?” Hasif Harraz masih tidak mahu mengaku. Seboleh-bolehnya dia mempertahan dirinya sendiri.

“Haah! Memang hantu pun yang makan. Hantu kebulur! Awaklah hantu yang kebulur tu kan! Awak tau tak, kek ni saya nak bawak pergi sekolah. Untuk rakan guru saya! Tapi sekarang ni tengok apa yang awak dah buat! Suka hati awak je makan. Sampai tinggal separuh hah. Tak tanya saya dulu pulak tu!”

Terasa mahu pecah dadanya menahan geram. Bertambah rasa sakit hatinya apabila melihat muka toya suaminya itu. Ya Allah, berikanlah kesabaran kepadaku..

“Hmm.. yelah. Aku mengaku. Memang aku yang makan kek tu lepas aku balik game pagi tadi. Aku lapar sangat masa tu. Sorrylah,” Hasif Harraz menunduk. Akhirnya dia memberitahu juga hal yang sebenarnya. Entah kenapa, pagi itu takut pula dia hendak berhadapan dengan Cikgu Hannah Humayra itu. Orang dah buat salah, mestilah takutkan…

“Memang saya dah agak dah! Ni mesti kerja awak, Arraz! Ee..geram betol saya dengan awak ni! Saya nak awak ganti balik kek saya tu. Sekarang jugak!” marah Humayra.

“Aku nak ganti kek kau tu macam mana? Kek tu dah masuk dalam perut ni hah. Dah nak siap diproses untuk disalurkan ke lubang jamban pun. Kau nak suruh aku luak balik ke? Kalau kau betul-betul nak, aku on je nak keluarkan balik on the spot dekat sini,” balas Hasif Harraz loyar buruk.

“Ee..pengotor betol awak ni! Huh! Tak payahlah!”

Humayra lantas melangkah laju meninggalkan Hasif Harraz yang sedang bersandar di sisi pintu. Dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Melihat muka toya si suami yang sememangnya menyakitkan hati. Namun, Hasif Harraz yang sedang memerhati hanya tersenyum sumbing.

“Mayra minta maaf ye. Tak dapat nak bawa kek yang Mayra cakap. Sorry ye Kak Mar,” Humayra memohon maaf atas kesilapan yang dibuat oleh suaminya pagi tadi. Gara-gara Hasif Harraz, dia tidak dapat membawa keknya yang sudah pun siap dibakar malam tadi. Takkan nak bawak kek yang tinggal separuh tu kot. Ee.. Arraz!! Semua ni awak punya pasal!

“Eh, takpe lah Mayra. Akak tak marah pun. Tengok ni hah. Banyak lagi makanan lain. Tak payahlah rasa bersalah,” pujuk Cikgu Mariam. Bukannya dia marahkan Humayra pun.

“Betul tu Mayra. Tapi, lain kali jangan lupa bawak tau!” Cikgu Salina tersenyum memandang Humayra.

“Sorry sangat-sangat. Mayra janji nanti Mayra buat yang lain okey.”

Suasana di bilik guru itu agak bising dengan suara para guru. Mana tidaknya, ada jamuan kecil. Hari ini giliran Cikgu Mariam yang membawa makanan. Namun, ada juga beberapa orang guru lain yang membawa makanan.

“Assalamualaikum!”

Satu suara yang memberi salam dari arah pintu menyebabkan hampir semua mata menghala ke sana. Suasana di dalam bilik guru itu mulai senyap secara tiba-tiba. Kalaulah ada yang terkentut ketika itu, pasti akan kuat kedengaran.

“Mayra! Cik abang datang tu,” ujar Cikgu Salina perlahan. Tersengih-sengih lagaknya. Sempat dia menyiku lengan Humayra.

‘Cik abang? Cik abang siapa pulak yang datang ni?’. Humayra yang ketika itu membelakangi pintu menoleh ke belakang. Terbeliak matanya melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di laluan keluar dan masuk bilik guru itu. Dia seperti tidak percaya melihat lelaki itu berada di situ.

“Err.. saya nak jumpa Cikgu Hannah Humayra kejap,” ujar Hasif Harraz. Dia memberikan senyuman kepada semua guru yang sedang memandangnya. Semua guru seolah-olah terpaku melihat kehadirannya pada hari itu.

“Eh, Hasif Harrazlah.. kacaknya!” bisik beberapa orang guru muda perempuan di situ. Hasif Harraz yang dapat mendengar bisikan itu mulai bangga. Rasa macam dah nak terkoyak seluarnya sebab bangga sangat. Baru tau ke aku ni hensem..haha..

Hasif Harraz berjalan ke arah Humayra. Sempat juga dia bersalaman dengan para guru lelaki yang berada di situ. Lama tangannya dijabat oleh Cikgu Daniel. Maklumlah, peminat setia pasukan Selangorlah katakan. Bukannya selalu peluang ada di depan mata. Inilah pertama kali cikgu yang berusia hujung 30-an itu dapat berjumpa dengan Hasif Harraz. Selalunya hanya menonton di dalam televisyen sahaja.

Hasif Harraz berdiri tepat di hadapan Humayra. Kedua-dua belah tangannya menjinjit sesuatu. Humayra tidak tahu apa isi di dalam beg itu. Bibir Hasif Harraz tersenyum memandang isterinya itu.

“Nah! Sorry pasal pagi tadi.”

Hasif Harraz meletakkan beg tersebut di atas meja guru Humayra. Humayra pula sudah pelik melihat sikap suaminya itu. ‘Benda apa yang dia bawak ni? Jangan-jangan bom tak? Ish! Jahatnya fikiran kau ni, Mayra. Think positif!’

“Apa ni?” tanya Humayra.

“Kek. Sorrylah pasal pagi tadi. Saya tak sengaja termakan kek tu. Hmm.. ni saya dah belikan kek yang lain. Saya beli dua-dua kek coklat. Saya ganti kek awak pagi tadi tu ye!” ujar Hasif Harraz sambil tersenyum.

Humayra sudah ternganga. Matanya terkebil-kebil memandang Hasif Harraz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Bukan sebab jatuh hati tengok muka si Arraz ni. Tapi kerana sikap Hasif Harraz yang jelas jauh berbeza. Tiba-tiba ber’saya’ ‘awak’ pulak. Pagi tadi bukan main menyakitkan hati, sekarang baik pulak. Sampai sangggup gantikan kek lagi.Tak ke pelik tu…

“Amboi! Romantiknya husband Cikgu Mayra ni ye. Siap belikan kek lagi. So sweet! Sanggup cik abang ni hantar dekat sekolah pulak tu. Untungnya jadi Cikgu Mayra!” sakat Cikgu Bad yang sudah pun tersengih-sengih itu.

Gulp! Air liur yang tersekat di kerongkong ditelan. Humayra baru tersedar yang ketika itu mereka dikelilingi oleh para guru yang lain. Dan, ketika itu juga dia baru mengerti kenapa sikap suaminya itu berubah terhadapnya.

‘Patutlah baik semacam je. Nak cover line la tu kononnya hubungan rumah tangga kita ni aman damai la ye, Encik Arraz! Pandai Encik Arraz berlakon. Boleh dapat anugerah pelakon terbaik ni!’ getus hati Humayra. Matanya sempat mengerling ke arah suaminya di sebelah.

“Sayang.. kenapa senyap je ni? Marah dekat saya lagi ke?”

Hasif Harraz meraih tangan Humayra. Spontan Humayra tersentak. Perlahan-lahan Hasif Harraz menarik Humayra menghampiri dirinya. Pinggang isterinya diraih. Pelukan itu semakin kejap. Guru-guru lain yang sedang menyaksikan adegan ‘sensasi’ itu hanya tersengih. Humayra pula sudah malu dengan sikap berlebihan suaminya itu. Nasib baik Cikgu Linda tak datang hari ni. Kalau tak, mesti dah kena kutuk dengan dia!

‘Aduh! Merayap dah tangan dia ni! Ni yang nak kena cepuk ni!’ Humayra mendongkol geram. Tidak pula dia menolak tangan Hasif Harraz. Humayra tahu. Dia harus menjaga maruah suaminya di depan rakan gurunya yang lain. Kalau dekat rumah, pasti sudah diketuk dahi suaminya itu menggunakan loyang kek tadi.

“Sayang marah lagi ye? Okeylah.. saya minta maaf ye. Saya janji saya tak buat lagi dah!”

Hasif Harraz mengangkat tangan kanannya. Seperti mahu mengangkat sumpah saja lagaknya. Sengaja wajahnya di’comel’kan. Kononnya, beria-rialah hendak memohom maaf. ‘Ingat hati ni aku cairlah tengok muka kau tu! Jangan harap aku nak maafkan!’ monolog Humayra di dalam hati.

“Err..ye. Saya maafkan!” ujar Humayra terpaksa. Takkanlah dia tidak mahu memaafkan suaminya itu dihadapan yang lain pulak. Kecoh satu sekolah tu nanti!

“Thanks sayang!” Hasif Harraz tersenyum lebar. Manakala Humayra pula hanya mencebik. Humayra tahu. Pasti semua sudah menganggap Hasif Harraz adalah seorang suami yang terbaik. Sedangkan, hanya dirinya seorang sahaja yang tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Tapi, sehingga kini dia tidak tahu mengapa suaminya itu sanggup menggantikan keknya. Kenapa?

‘Sampai bila pernipuan ini harus berlaku? Sampai bila?’ Humayra mengeluh di dalam hati. Hasif Harraz yang sedang galak bersembang dengan rakan gurunya diperhati dari jauh. Hatinya berbisik. Semakin dia ingin membenci Hasif Harraz, semakin bercambah rasa sayang untuk suaminya yang lansung tidak mencintai dirinya itu..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Cerita Cinta Kita 16, 17”
  1. Zun-Nur Ahlaiah says:

    So sweet story.. nak sambungannya ini.. ;) memang loving husbandnya.. suka2!!~ hehehehhehehe~

  2. aznie says:

    best2 sweet jer

  3. oraeqin says:

    cpt la smbung x saba nk bace la..dh lme dh ni..

  4. Kasyaff says:

    Hahhaaha sumpah sweet

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"