Novel : Cinta kontrak 16

3 March 2011  
Kategori: Novel

102,051 bacaan 90 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

16

Seperti yang telah dipersetujui, aku dan Danial tidak perlu berhoneymoon sekarang. Aku juga boleh menarik nafas lega apabila Datin Aleeya yang merangkap mommy ku bersetuju dengan cadangan anak tunggalnya untuk membiarkan aku bekerja di butik sementara menunggu kemasukan ke universiti. Cuti seminggu sudahpun dihabiskan. Cuti seminggu aku rasa macam sehari je. Tak sempat nak rehat, Danial tarik aku ke kiri kanan. Kejap-kejap pergi sana. Kejap-kejap pergi sini. Kalau aku pakai kaki sencond hand, rasanya dah longgar skru-skru kat kaki ni. Boleh tercabut!

Keadaan makin membaik setelah aku dan kak long berkahwin. Duit untuk ayah dan ibu tidak perlu lagi dirisaukan kerana aku dan kak long sudah mempunyai gaji masing-masing untuk disuakan kepada orang tua kami. Aku kurang pasti pekerjaan kak long kerana kak long makin sibuk dengan kerja-kerja di universiti. Mungkin ini takdir hidup aku. Dulu mungkin aku susah, sekarang, alhamdulillah sudah makin membaik.

Dalam pada masa yang sama, aku dipaksa Danial untuk mengambil lesen kereta untuk memudahkan aku bergerak. Katanya, kereta belambak kat rumah takkan nak buat pekasam. Baik digerakkan sebelum kereta-kereta tersebut masuk liang lahad.

Setiap kali hujung minggu jika Danial tidak mempunyai kerja, dia pasti akan membawa aku ke padang berhampiran dan mengajarku cara untuk memandu kereta. Dalam hati aku bersyukur dengan Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang baik. Tetapi malangnya, kenapa dia suka sakitkan hati aku? Kalau tak perli aku satu hari, tak sah!

Aku membetul-betulkan baju yang bersangkut di almari kiri dan kanan butik. Butik memang pakai almari ke untuk sangkut baju? Hmm .. pandai jugak. Boleh elakkan baju senang kotor. Siap disimpan dalam plastik lagi tu.

Telefonku berdering kuat. CICAK KOBENG. Aku mengeluh perlahan. Ada apa la pagi-pagi buta telefon aku ni?

“Assalamualaikum.” Jawabku perlahan.

“Waalaikumussalam.” Jawab Danial sepatah. Sepi seketika talian.

“Apa?” soalku setelah tiga minit mendiamkan diri.

“Saja.” Sepatah yang ditanya. Sepatah yang dijawabnya. Aku mengeluh buat kali kedua. Entah kenapa dengan saluran pernafasan ni, macam tak cukup oksigen nak mengeluh banyak kali.

“Aku banyak kerja la.” Beritahuku.

“Okay.” Danial terus mematikan talian sebelum sempat aku memberikan salam. Peliknya. Kenapa dia tiba-tiba jadik macam ni?

“Hey.” Sapa Kimi sambil menjengahkan kepalanya di pintu bilik Danial. Danial yang sedang sibuk memutar pen di tangan terkejut.

“Hey-hey plak kau. Lain kali bagi salam.” Pesan Danial.

“Sejak bila main salam-salam ni? Banyak pengaruh angah bawak kat kau, kan.” Kimi melangkah masuk ke dalam bilik Danial dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan Danial.

“Pesal?” tanya Danial. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba muncul office aku ni pesal ?

“Aik? Jumpa kawan pun tak boleh?” soal Kimi pelik.

“Bukan tak boleh. Pagi-pagi kau jumpa aku. Kau tak kerja ke?” Danial bangun dari kerusinya dan berjalan-jalan di dalam biliknya. Dia tidak senang duduk. Hatinya masih di rumah. Teringatkan Airysha.

“Company bapak aku. Tak susah aku nak loloskan diri.” Kata Kimi.

Danial tetap diam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Bibirnya terkunci untuk berkata-kata. Kenapa dengan aku ni? Gilerr rindu kat minah tu! Hati Danial berperang sendiri. Rindunya dah sama tinggi dengan Everest!

“Kau ni, macam cacing kepanasan kenapa?” soal Kimi hairan. Lantas Danial duduk di tempatnya semula.

“Aku nak mintak pertolongan kau.” Danial terus menceritakan bermula dari A hingga Z kisahnya dengan Airysha. Adakalanya Kimi mengangguk faham, adakalanya dia ketawa.

Aku masuk ke dalam ‘istana’ sementara aku ni. Datin Aleeya dah masuk ke bilik. Kepenatan kot. Aku mengurut leherku setelah duduk di sofa. Aku memalingkan kepala ke kiri dan kanan. Mencari-cari kelibat Mak Som. Tiada! Laparnya! Segera aku bangun dan menuju ke dapur. Mencari-cari makanan yang tinggal. Aku membuka peti ais. Takde pun makanan yang siap dimasak. Haihh. Aku menutup kembali peti sejuk dan menuju ke meja makan. Oh! Nasib ada makanan.

Sedang aku asyik menjamu selera, aku terdengar derapan kaki menuju ke arahku. Aku melihat ke ruang tamu. Tiada siapa. Aku menjungkit bahu dan kembali ke meja makan. Sedang aku makan, terasa sesuatu di kakiku. Sesuatu yang berjalan-jalan dari kaki hingga masuk ke dalam seluar! Tindakan refleks! Aku mengangkat kaki. Wajahku pucat. Apa benda? Aku melihat ke bawah meja.

“Bahhh!” Danial mengejutkanku.

“Mak oii! Tikus mondok!” jeritku. Tikus mondok? Kurang asam betul minah ni. aku yang banyak punya encem ni, dia kata tikus mondok?

“Oihh!” Danial keluar dari bawah meja dan mengambil tempat di sisi aku.

“Apesal kau duduk bawah meja? Takde tempat lain kau nak duduk? Bila masa pulak kau masuk dapur?” soalan dah macam machine gun!

“Satu-satu la sayang oi! Saje je duduk bawah meja. Aku masuk dapur waktu kau tengok kat ruang tamu tadi. Boleh jadik James Bond kan aku ni. hahaha…” tawa Danial dah macam hantu mengilai. Aku meneruskan pemakananku. Kalau dilayan mamat sewel ni, aku pun ikot sekali sewel. Silap-silap, makanan masuk kat telinga.

“Lambat kau balik hari ni.” tegur Danial apabila melihatkan aku asyik dengan makananku.

“Mommy tutup butik lambat sebab ada costumer gila tadi. Cerewet! Nak itu, nak ini. Dah bagi baju yang ada kriteria yang dia mintak, dia tak nak pulak. Nak yang macam dia bayangkan tu, design la sendiri. Membebel macam mulut murai. Naik sakit telinga aku.” Bebelku. Astaghfirullah! Depan rezeki membebel. Silap-silap, rezeki lari nanti.

“Oh. Esok ikut aku boleh tak?” pinta Danial. Aku memalingkan wajah ke sebelah. Terjungkit kening kiriku.

“Mana?” tanyaku.

“Ikut je la. Ahh! Jangan lupa bawak makanan. Aku nak kau sediakan sandwich.” Danial senyum gembira. Aihh mamat ni? Tak kerja ke? Kalau kau tak kerja, ingat orang yang kau nak bawak ni! Aku kerja la cicak kobeng!

“Aku kerja la.” Aku meneruskan suapanku. Malas nak amek pusing dengan menda alah ni.

“Nanti aku cakap kat mommy. Aku dah mintak cuti sehari dari papa.” Katanya selamba. mentang-mentang lah company bapak dia, senang-senang mintak cuti! Baru je cuti seminggu hari tu, ni nak cuti lagi? Malu lah aku dengan mommy! Menantu jenis apa la yang suka sangat amek kesempatan. Mentang-mentang kerja dengan family.

“Ikut suka kau lah. Eh kejap! Kau suruh aku buat sandwich?” soalku.

“A’ah.”

“Sardin takde. Roti takde. Jom! Pergi beli.” Aku terus membawa pinggan ke sinki dan mencucinya. Nasib tudung belum bukak. Tak perlu susah-susah nak pakai balik. Jimat masa. Setelah usai mencuci pinggan, aku terus mencapai handbag dan berlalu ke pintu utama.

“Tunggu la kejap. Aku tukar baju.” Danial sudah mula bergerak ke tangga.

“Eh! Tak payah. Kau tunggu dalam kereta je. Biar aku yang turun.” Kataku. Wah! Dan macam madam besar! You! Dengar cakap I, kalau tak I potong gaji you. Hohoho. Diktaktor!

Hensem dah kot? Dengan seluar track, t-shirt hitam kosong dan tidak dilupakan, cermin mata hitam!

“Danial sayang, kat luar tu matahari dah lama tukar shif. Kau takkan bertemu matahari sebelum subuh esok. Tak payah bawak cermin mata gerhana kau tu!” bebelku. Yela! Buat malu je malam-malam pakai cermin mata hitam. Dah macam orang buta.

“Kau ni! suka aku la nak pakai ke tak nak. Bukan aku nak turun dari kereta pun.” Bidas Danial. Aiseh mamat ni! aku cakap kau tak payah turun sebab nak tunggu kau tukar baju tu mengalahkan perempuan. Abeh, siapa yang nak angkat barang-barang nanti?

“Yela-yela. Cepat la.” Daripada tunggu dia nak tukar baju, baik aku iye kan aje. Sampai kat supermarket nanti, aku tarik je la cermin gerhana dia tu.

Kereta dipandu Danial laju menuju ke Tesco. Baru pukul 8:30 malam. Setelah memarkingkan kereta, aku dengan sendirinya menutup aircond. Danial memandangku hairan.

“Bukak je la. Aku waiting dalam kereta.” Danial membuka kembali suis aircond.

“Jom. Tolong aku angkat barang.” Aku menghadiahkan senyuman kepadanya. Membuntang mata Danial.

“Tadi kata aku tak payah turun!” marah Danial.

“Aku malas nak tunggu kau salin baju. Kau kalau kata nak salin baju, bukan salin baju je. Siap mandi! Dengan perfume lagi kau pakai.

“Kau ni kan!” bentak Danial. Aku dah tak takut dengan bentakan dia. Dah naik lali!

“Ikut cepat!” aku membuka pintu kereta dengan senyuman yang aku rasa dah boleh sampai telinga. Danial mengekor. Dia jalan di belakangku. Bengang la tu! Aku ketawa kecil. Ahh! Lupa. Aku pusing ke belakang dan mendapatkan Danial. Danial yang ternyata terkejut dengan tindakanku berhenti melangkah.

“Dalam Tesco takde matahari. Yang ni, aku simpan kejap.” Aku mengambil cermin mata hitamnya dari kolar lehernya.

“Ada je!” sekali lagi bentakan Danial tidak aku pedulikan. Aku meraih lengannya dan berjalan ke pintu Tesco. Terpaku Danial dengan tindakanku. Dah itu je yang aku boleh buat supaya dia tak marah. Kena la sejukkan hati suami kalau nak jadik isteri solehah.

Senyuman Danial terukir apabila aku kekal berpaut di lengannya di mana pun kaki kami melangkah. Ya Allah, kekalkan lah hubungan baik ini. Bisik hati kecil Danial.

Troley diambil. Danial menolak perlahan. Aku masih berkepit di sisinya. Nak kena carik sardin dulu. Sesampainya di bahagian makanan bertin, Danial terus menyambar beberapa tin tuna.

“Aku tak makan tuna.” Kataku. Orang di sekeliling kami memandang pelik ke arah kami. Oh! Mesti dorang ingat Danial ni pakwe aku. Sebab aku beraku-engkau dengan dia. Tolong cikit! I bini dia okey! Tapi bila difikir-fikir, mana ada suami isteri beraku engkau.

“Sayang, I tak nak tuna.” Aku membetulkan panggilan. Tersentak Danial. Hampir terhambur tawanya.

“Tolong la cikit. Banyak orang ni. nanti orang pikir apa pulak.” Aku berbisik perlahan di telinga Danial. Danial senyum kepuasan. Hamek kau!

“Abeh? Kata nak buat sandwich. Pakai tuna ni la sedap. Takde la hanyir sangat rasanya.” Danial tetap dengan tunanya.

“I makan yang ni.” aku mengambil markarel cap ayam.

“Yulk! I tak makan yang tu la sayang. Hanyir, you tau tak.” Danial buat muka. Aku mengecilkan mata. Nak jugak! Aku meletakkan markarel itu ke dalam troley dan mengambil tuna dan meletakkankanya semula ke rak yang tersedia. Aku merapati Danial.

“Boleh kan, sayang?” aku menekankan perkataan sayang. Danial memejam mata. Entah geram atau puas hati bermain dalam hati serta fikirannya. Dia terus menolak troley ke tempat lain tanpa bantahan. Nak amek hati isteri aku yang sekor ni, bukan senang. Ikut je la apa dia nak.

Buttercup, roti, timun serta tomato sudah ada di dalam troley. Danial yang gatal tangan memasukkan dua botol Coke, dua paket keropok Twisties barbeque, dan strawberry sebekas. Aku menggeleng kepala. Tak padan dengan badan, makan punya lah banyak!

Kami beratur di kaunter pembayaran. Setelah selesai membayar, troley di tolak menuju ke kereta. Barang-barang sudah dimasukkan ke dalam kereta dan troley sudahpun ditolak ke tepi. Enjin kereta dihidupkan.

“Sayang. I tak suka sardin.” Kata Danial.

“Suka tak suka, makan jugak.” Aku menarik seat belt. Danial merengus geram. Dalam pada masa yang sama, lahir suatu perasaan indah yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Airysha, kau hanya untuk aku. Tiada yang lain selain aku. Kereta meluncur laju menuju ke rumah.

Penutup tin sudah dibuka. Dua tin isi markarel sudah berada di dalam mangkuk besar. Lantas markarel itu dihancur-hancurkan menjadikan isinya kecil-kecil. Danial yang dari tadi memerhatikan tingkahku, menelan air liur. Kedua belah kakinya diangkat dan dia duduk bersila di atas kerusi. Buat muka la tu!

“Takde selera I nak makan sardin you.” Kata Danial. Mak aih! I-you tak habis lagi.

“Tengok la orang buat macam mana.” Tanganku laju memasukkan cili kering yang sudah di rebus ke dalam blender. Tidak dilupakan bawang besar sebiji, halia seketul , cili padi lima belas biji dan bawang putih enam biji. Minyak dituang sedikit ke dalam blender supaya apabila dikisar, biji cili boleh hancur. Air dimasukkan sedikit supaya bahan kisar mudah hancur.

“Tu buat apa pulak?” tanya Danial. Aku memandangnya kosong. Tidak menjawab pertanyaannya.

Bahan kisar dimasukkan ke dalam kuali apabila minyak sudah panas. Aku menumis bahan kisar sehingga garing. Lantas markarel yang sudah hancur, aku masukkan ke dalam kuali bersama dua biji bawang besar yang sudah dipotong dadu.

“Aik? Kena masak ke sardin tu? Bukan makan mentah macam tu ke, sayang?” soal Danial lagi.

“Banyak tanya la kau ni. Bawak ke sini garam dengan gula.” Danial menurut. Bekas garam dan gula yang berada di kabinet di bawa kepadaku. Dua sudu kecil garam, aku masukkan ke dalam kuali. Empat sudu makan gula, aku masukkan juga ke dalam kuali. Danial menutup kembali bekas garam dan gula dan menyimpannya di dalam kabinet semula. Setelah itu, dia kembali di sebelahku. Memerhatikan pergerakanku. Cuka dimasukkan. Setelah mengacau rata, aku mengambil sudu dan menyudu sedikit sardin ke dalam mulut. Umm! Cukup dah.

“Nak rasa.” Danial yang dari tadi sudah tersedia nganga. Aku senyum dan menyuap sedikit sardin ke dalam mulutnya. Lama dia mengamati rasa sardin itu.

“Pergh!! Pandai sayang I masak. Tak hanyir. Sedap!” puji Danial.

“Haa! Jangan ingat semua orang boleh makan sardin dalam tin tu mentah-mentah. Memang la sebenarnya tak mentah. Tapi rasa dia I pun tak suka.” Aku meletakkan sudu ke dalam sinki. Danial senyap. Aku juga senyap. Sepi suasana di dapur. Mak aih! I??? Abeh aku kena bahan dengan dia kejap lagi! Ni sebab terjangkit virus merbahaya I-you Danial la ni!

“Apa yang perlu dibantu?” soal Danial. Aku memandangnya.

“Erk? Hmm. Tolong bubuh air masak segelas dalam kuali. Kacau sampai kering . lepas dah kering, tutup api and simpan sardin tu dalam tupperware. Esok senang nak buat sandwich.” Kataku. Dia hanya melakukan apa yang aku pinta. Mamat ni demam ke? Alhamdulillah la dia tak bahan aku.

Setelah selesai masak memasak, aku berjalan menuju ke ruang tamu. Datin Aleeya bersama suaminya sedang leka menonton televisyen.

“Cerita apa?” soalku.

“The Haunted Mansion.” Jawab papa ringkas.

“Boleh tumpang sekaki?” soalku lagi.

“Apa Rysh ni? mesti la boleh. Siap dah masak?” soal mommy. Danial yang baru muncul di ruang tamu terus mendapatkanku di sofa.

“Dah.” Jawab Danial.

“Esok, tinggal sikit sardin kat rumah. Tak payah la Mak Som susah-susah masak lagi. Takde orang pun dalam rumah. Kalau masak pun, membazir je.” Mommy yang dah tau rencana aku dengan Danial. Aku mengangguk.

Semasa balik dari butik tadi, mungkin mommy masuk bilik sebab nak mandi dengan solat kot. Aku ingat mommy nak tidur. Ni, tercanguk depan TV, elok je. Aahh!! Aku tak solat lagi!

“Rysh naik kejap. Lupa pulak, tak solat lagi.” Aku terus berlari naik ke bilik. Setelah mandi, aku menghampar sejadah dan menunaikan kewajibanku. Aku turun semula ke ruang tamu. Namun mommy dengan papa sudah tiada.

“Mana yang lain?” aku mengambil tempat di sebelah Danial.

“Tidur.” Mata Danial masih di televisyen. Asyik menonton.

“Oh.” Aku juga menonton televisyen. Entah keberapa kalinya aku menguap. Dan aku tidak pasti, bila masanya kepalaku landing kat bahu Danial! Danial hanya membiarkan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

90 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 16”
  1. jue says:

    kesilapan dia skit jer.. tak perlu diperbesarkan sgt.. apa pun citer dia best jugak cuma pengolahan citer perlu ditingkatkan skit.. try baca penulisan adah n cuba contohi dia k.. bg pembaca plak, benda skit2 ni tutup mata jer k..good luck utk penulis..

  2. nurul afiqah says:

    best giler..keep it up..

  3. inarina says:

    bestnye…..citer nie!!!
    sambung lagi

  4. Qaireena Airysha says:

    awesome!!!

  5. niesa says:

    knape x post smpai habs citer tuu . nak bace sesangat . p xjumpe-2 na beli . bli on9 x reti .

  6. pu3 says:

    haaa org da dpt novel ni…kwn punye.mmg best!twin baby………

  7. ila says:

    mak aii… best giler citer nie.. dh wpe kali katam… nie nk puji melambung nie… nsib bleh pinjam nvel yg kwan punyer..

  8. hana says:

    syu xdpt cri novel nie… huh sdeyyyy

  9. miera iera says:

    best giler novel ni..baca skali mmg x puas

  10. areena arief says:

    mmg terbaek novel ni..aq suke skali airysha yg brutal ala ala muslimah dn danial yg ego..haahaha..skit prut gelak..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"