Novel : Dia Segalanya 36

24 March 2011  
Kategori: Novel

5,504 bacaan 3 ulasan

Oleh : sha ibrahim

BAB 36

Faizul masih menggeliat di atas katilnya. Kemudian dia memandang jam dinding yang berada di dalam biliknya yang sudahpun menunjukkan jam 12 tengah hari. Sudah tentu semua orang tiada di rumah. Hari ini Faizal akan keluar dari hospital. Sudah pasti semua ke hospital untuk menjemput abangnya itu. Kemudian telefon bimbitnya yang berada di bawah bantalnya kedengaran.

“Hello baby….jom keluar….I rindu sangat kat you,” sebaik sahaja telefon bimbitnya dijawab dia terus sahaja mendengar suara manja Ereena.

“Hari ni tak bolehla…abang I baru keluar dari hospital…I tak rasa I boleh keluar dengan you,” jawab Faizul sambil menguap. Walaupun tidurnya dirasakan telahpun mencukupi namun matanya seakan-akan masih belum mampu dibuka sepenuhnya.

“Ala…bolehla…hari ni I ingat I nak suruh you temankan I jumpa dengan akak I…jadi bolehla I kenalkan you dengan dia,” seperti biasa suara Ereena seperti sedang merayu.

“I memang tak boleh keluar, I bukannya tak nak temankan you, tapi tak elok la I keluar waktu macam ni. Nanti apa pula family I cakap,” Faizul tetap dengan keputusannya. Alasan itu bukannya sengaja direka-reka namun itulah hakikat yang sebenarnya. Tidak mungkin dia akan dibenarkan keluar dalam keadaan yang sebegitu. Dia bukannya tidak kenal dengan ayahnya yang terlalu mengambil berat tentang hubungan kekeluargaan. Malam ini mereka akan makan bersama-sama sempena kepulangan abangnya dari hospital. Sebelum itu mereka juga akan bersembahyang berjemaah bersama-sama. Itulah maklumat yang dia perolehi daripada mamanya semalam sebelum dia keluar bekerja.

“You memang tak sayangkan I…you selalu sangat bagi alasan…kalau you tak sudi keluar dengan I you cakap jelah….tak payah nak bagi banyak alasan,” suara Ereena merengek mulai kedengaran. Faizul merengus. Inilah bab yang dia paling tidak suka sekiranya dia berhubungan dengan mana-mana wanita.

“Reena, jangan buat sesuatu yang I tak suka ok, kan I dah cakap I memang tak boleh nak keluar, boleh tak kalau sekali you percaya dengan apa yang I cakap, jangan suka sangat tuduh I yang bukan-bukan,” mata Faizul mulai terbuka luas. Gadis yang sedang berbual dengannya melalui telefon betul-betul membuatkan rasa mengantuknya hilang malah rasa marah pula yang datang.

“Habis tu bila kita boleh keluar, susah sangat nak jumpa dengan you, I rasa I ni macam tak wujud langusung dalam hidup you,”

“Memang pun!” mahu sahaja kata-kata tersebut diungkapkan oleh Faizul namun dia masih mempunyai sifat bertimbang rasa. Dia tidak mahu terlalu kejam sangat terhadap wanita walaupun wanita tersebut langsung tidak bermakna di dalam kehidupannya.

“Joe! You dengar tak apa yang I cakap ni?” soal Ereena sekali lagi.

“Ya! I dengar….ok macam ni..malam esok..kalau I free kita keluar ok?” pujuk Faizul.

“Promise!”

“Kan I cakap tadi, kalau I free, kalau I free I’ll call you, and then kita keluar ok…ok la…I nak mandi…kejap lagi abang I akan sampai kat rumah…bye!”

“Bye,”

*******
Suraya memanjat tangga dengan laju sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Anak tangga dipijak tanpa matanya sedikit pun tidak memandang ke bawah. Belum sempat dia menghabiskan langkahnya memijak kesemua anak tangga dia berhenti dengan mengejut setelah terserempak dengan Faizul yang kebetulan mahu menuruni anak tangga. Mereka berdua saling berpandangan. Agak lama. Akhirnya mereka berdua sama-sama mengalah. Faizul cuba ke kanan mahu meneruskan langkahnya untuk ke bawah namun dalam masa yang sama Suraya turut ke kanan menyebabkan mereka bertembung. Kemudian terus sahaja Faizal ke kiri kononnya mahu memberi laluan kepada Suraya namun sekali lagi gadis itu turut ke kiri kononnya turut mahu memberi laluan kepada Faizul. Beberapa kali mereka berkeadaan sedemikian.

“Ok! Stop it!” Faizul bersuara tiba-tiba. Dengan bersahaja tangannya yang besar itu menyentuh bahu Suraya dan gadis itu ditolak ke tepi sehingga badan Suraya rapat ke dinding dan dia terus sahaja turun menuruni anak tangga. Suraya mencebik. Kemudian terus sahaja menyambung langkahnya.

“Suraya!”

Suraya sekali lagi terpaksa menghentikan langkahnya apabila terdengar Faizul memanggil namanya. Dia menoleh dan memandang Faizal yang sudahpun menjenguk ke atas memandangnya.

“Kalau kau langkah tangga perlahan-lahan boleh tak?”

“Kenapa pulak! Orang nak cepatlah. Tak payah risau. Tak jatuh la,” jawab Suraya pendek.

“Sebab tak jatuh lagi la aku cakap! Kalau dah jatuh tak ada guna dah aku cakap! Lagipun bukannya lari bilik kau tu kalau kau langkah perlahan pun” beritahu Faizul tanpa sebaris senyuman di wajahnya.Dia mulai terlupa dia dengan Suraya masih lagi berperang dingin. Tambahan pula Suraya kelihatannya sudah boleh memaafkanya walaupun tidak terucap dengan kata-kata. Setelah itu kelihatan gadis manis itu mencebik.

“Tengok. Kalau orang cakap sikit dia buat muka,”

“Mana ada?”

“Mana ada, mana ada,” Faizul begitu geram dengan sikap Suraya yang semakin hari dirasakan semakin degil. Setelah dia agak rapat dengan gadis itu semenjak kebelakangan ini sikap degil Suraya makin dapat dirasainya. Kadang-kadang sikap degil gadis itu agak membuatkan dirinya sedikit tercabar.

“Yang Joe ni membebel mengalahkan mama ni kenapa?” tanya Suraya. Geram dia dengan sikap Faizul yang jarang sangat ditunjukkan oleh lelaki itu kepadanya iaitu sikap mengambil berat.

“Melawan ek?”

“Yalah. Dah la mama tu pun dah suka sangat membebel. Along pun sama. Takkan Joe pun nak kuat membebel jugak. Kalau macam ni matilah Su, asyik kena bebel je” Suraya mulai bersuara manja. Kebiasaanya setiap kali mamanya membebel dia hanaya akan mendiamkan diri. Begitu juga dengan Alongnya, hanya waktu-waktu tertentu sahaja dia akan menjawab bebelan abangnya itu. Tetapi apabila tiba giliran lelaki yang sedang berdiri mendongak memandangnya dari jauh itu membebel, mulutnya dengan spontan akan menjawab. Semakin lama perasaan takut yang dia simpan sejak kecil terhadap lelaki itu semakin menipis.

“Aku bukan saja-saja nak membebel! Aku……

“Su tahu…Joe sayangkan Su kan?” tanya Suraya dengan niat berseloroh dan terus sahaja tersengeh manis memandang Faizul yang sudahpun menjeling tajam padanya. Kemudia dengan segera lelaki itu tertunduk ke bawah dan berdehem beberapa kali kemudian kembali memandang Suraya.

“Tak ada maknanya, aku cuma tak nak kau tu susahkan semua orang kat dalam rumah ni, cukuplah Along dah susahkan hati semua orang kat rumah dalam minggu ni. Ni kalau kau tiba-tiba jatuh tangga, patah kat mana-mana, tak ke masuk hospital. Lepas tu tak ke susahkan semua orang sekali lagi” sebaik sahaja Faizul menghabiskan kata-katanya Suraya hanya mendiamkan diri. Kali ini ia membuatkan Faizul sedikit tertanya-tanya. Tak melawan pulak? Detiknya dalam hati.

“Dah?” tanya Suraya setelah agak lama mendiamkan diri.

“Dah la, kau ingat aku ni suka membebel macam mama dengan Along ke panjang lebar!” soal Faizul kembali.

“Good! Su dah boleh pergi kan?” tanya Suraya. Belum sempat Faizul mengangguk mahupun menngatakan ya, dia terus sahaja berlari menyambung langkahnya mengahabiskan anak tangga yang masih lagi berbaki beberapa langkah. Faizul terdiam. Tiba-tiba sahaja dia begitu geram dengan sikap Suraya.

“Oh ya, jangan nak ngada-ngada terbalikkan keadaan, siapa yang patut marah siapa ni? Su belum maafkan lagi tau apa yang Joe buat kat Su!” Suraya tiba-tiba muncul kembali dan kemudian cepat-cepat menghilangkan diri.

“Mai ai, dia ingat lagi ke? Aduh! Pening la kepala aku!” Faizul menggerau-garukan kepalanya dan terus sahaja menuruni anak tangga.

************

“Angah bercakap dengan siapa?” tanya Datin Rafidah terus sahaja menyoal sebaik sahaja terpandang wajah anaknya yang tengah itu yang sedang melangkah menuju ke ruang tamu.

“Dengan Surayalah siapa lagi,” Faizul terus melabuhkan punggung di sisi Faizal yang sedang duduk menyandarkan badannya di sofa. Kelihatan abangnya itu agak keletihan.

“La, sempat lagi dia singgah!” Datin Rafidah terus sahaja tersenyum dan menoleh memandang suminya yang berada di sebelah. Datuk Rasyid hanya menguntumkan senyuman.

“Kenapa pulak” Faizul memandang Datin Rafidah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

“Dia nak buang air tadi tu, atas kereta tadi tak sempat-sempat, turun dari kereta terus saja berlari masuk dalam rumah,” jawab Datin Rafidah terus sahaja tergelak kecil. Lucu membayangkan telatah anak bongsunya itu. Faizul terdiam seketika. Kemudian dia turut menguntumkan senyuman. Patut la budak tu panjat tangga macam nak terbang. Detik hatinya.

“Long, kau dah ok ke ni?” tanya Faizul beralih kepada Faizal yang hanya tersandar di kerusi tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. Hanya terdengar suara lelaki itu bernafas kuat dengan matanya yang terpejam. Namun Faizul tahu, abangnya itu tidak tidur.

“Ok la sikit, cuma aku penat je,” suara Faizal kedengaran sedikit lemah.

“Dah la tu Along, naik atas rehat, doktor kan dah pesan suruh Along rehat banyak-banyak,” kedengaran suara Datuk Rasyid memberikan arahan.

“Betul cakap papa tu, jomlah aku hantar kau naik atas, nanti tak pasal-pasal kau jatuh tangga, kau lagi teruk dari aku, sekali sakit terus kena tahan kat wad,” jampuk Faizul sambil tersengeh memandang abangnya yang sudahpun mencebik.

*************

“Siapa?” tanya Suraya sebaik sahaja terdengar ketukan pintu di biliknya. Segera dia mencapai tudung yang memang tersedia ada di birai katilnya.

“Along la dik..boleh Along masuk?” suara yang kedengaran dari luar bilik sedikit melegakan Suaraya. Dia ingatkan Faizul. Semenjak Faizul mempunyai hobi mengetuk pintu biliknya hampir setiap malam membuatkan dia sedikit cuak bila mendengar sebarang ketukan pintu biliknya. Entah dari mana Faizul belajar hobi baru tersebut dia sendiri pun tak tahu. Namun setelah mereka berdua bergaduh tempoh hari lelaki itu sudah menghentikan hobi tersebut. Ada sedikit rasa ralat di situ.

“Along tak tidur lagi ke? Along kena banyak berehat kan?” soal Suraya setelah dia membuka pintu dan lelaki itu melangkah masuk ke biliknya dan hanya membiarkan sahaja pintu bilik adiknya itu terbuka. Dia sudah biasa dengan perangai adiknya yang tidak suka menutup pintu bilik sekiranya dia memasuki bilik itu.

“Boring la dik, asyik berehat je, dah sakit dah badan Along ni,” Faizal terus sahaja menarik kerusi yang ada di meja tulis adiknya dan duduk sambil memerhati sekeliling bilik adik kesayangannya itu. Dia akui memang agak lama dia tidak masuk ke bilik tersebut. Dia terlalu sibuk dengan urusan kerja dan masalah peribadi yang sering kali menghalang dia untuk duduk berbual dengan Suraya.

“Ala, Along berehat la dulu, bila dah sembuh betul-betul kita keluar jalan-jalan ek, hilangkan rasa sakit badan Along tu,” Suraya tersenyum manis. Dia hanya duduk di birai katil sambil memerhati wajah abangnya yang sedikit tidak bermaya. Masih lagi kelihatan agak lemah.

“Honestly, Along rindu gila nak jalan-jalan dengan adik, nak lepak dengan adik, sorry ek dik, Along dah abaikan adik,” suara Faizal kedengaran mendatar. Dia begitu rindu dengan adik kesayangannya itu. Semenjak dia mengambil keputusan untuk bekerja dia begitu sibuk sehinggakan untuk beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain pun dia rasakan tidak sempat. Perkara ini membuatka dia sedikit kagum dengan papanya yang boleh membahagikan masa untuk bersama keluarga walaupun sibuk memanjang.

“Ala Along ni, saja la tu nak suruh adik ni terharu, adik pun rindu kat Along tahu, tapi adik faham, Along kerja, tak pe, nanti kalau ada masa kita keluar la jalan-jalan, tengok wayang, lepas tu Along boleh la ajak Kak Rina sekali,”

Faizal tersenyum. Dia tahu adiknya itu pasti memberikan jawapan yang akan membuatkan hatinya tenang. Tidak mungkin adik bongsunya itu akan mengeluarkan kata-kata yang bakal menyakitkan hatinya. Matanya mula beralih ke atas meja belajar adiknya yang dipenuhi dengan buku-buku yang cukup tebal. Dia tersenyum lagi. Kemudian matanya beralih kepada satu balang kaca yang berpenutup dan cukup cantik dan di dalam balang tersebut terdapat beberapa biji coklat. Dia mulai mengerutkan dahi.

“Ni sejak bila pulak adik suka makan coklat ni?” Faizal terus mencapai balang kaca tersebut dan serentak dengan itu Suraya bangun dari tempat duduknya dan merampas balang kaca itu. Dia tersengeh memandang abangnya. Jantungnya mulai berdegup kencang. Janganlah abangnya itu bertanya lanjut mengenai balang kaca yang sudah berada di dalam tangannya itu.

“Mana ada adik suka makan coklat,” jawab Suraya dengan suara yang sedikit bergetar. Mati dia kali ni.

“Habis tu coklat tu siapa yang punya?”

“Ni? Coklat ni? Sebab balang dia cantik, adik pulak tak tahu nak isi dengan apa, adik isi la dengan coklat,” Suraya langsung tidak pasti adakah jawapan yang dia berikan akan memuaskan hati Faizal.

“Sikit benar coklatnya,”

“Sebab yang bagi tu kedekut,” keluar ayat spontan dari mulut Suraya. Kemudian dia menutup mulutnya dengan segera akibat ketelanjuran katanya sebentar tadi. Faizal mulai merenung adiknya dengan pandangan yang cukup membuatkan Suraya gementar. Dia faham dengan renungan tersebut.

“Siapa yang bagi?”

“Mana ada orang bagi, adik beli sendiri,” Suraya sudah tidak tahu apa yang keluar dari mulutnya. Dia main keluarkan sahaja ayat apa yang terlintas dalam fikirannya.

“Adik cuba rahsiakan sesuatu dari Along ek?” tangan Faizal pantas merampas kembali balang kaca dari tangan adiknya. Suraya hanya mampu memerhati. Abangnya lebih pantas melarikan balang tersebut sebelum sempat dia merampasnya kembali.

“Tak…tak adalah Along..mana ada,” suaranya mula tersekat-sekat. Matilah aku! Rungutnya dalam hati.

“Emm, adik beli sendiri ek? Along nak sebiji boleh? Adik tak suka makan kan. Along ambil semua sajalah,” Faizul cuba menduga. Dia seperti dapat menghidu sesuatu Cuma dia belum tahu apakah perkara tersebut.

“Along! Mana boleh, coklat tu adi punyalah, memang la adik tak suka makan, tapi tak salahkan kalau adik nak simpan kan?” Suraya mulai panik.

“Simpan saja tak boleh, membazir, nanti expired!” Faizal mulai membuka botol balang tersebut.

“Along! Janganlah!” Suraya cuba merampas balang coklat tersebut. Seperti tadi, Faizal dengan pantas melarikan balang tersebut sehinggakan dia masih lagi gagal merampas balang kaca tersebut.

“Siapa yang bagi coklat ni ek, sampaikan dengan Along pun adik nak berkira,” Faizal mulai mengusik. Dalam masa yang sama dia cuba untuk mengorek rahsia.

“Along, mana ada sesiapa bagi, bak la balik coklat adik,”

“Ni apa yang bising-bising malam-malam ni,” tiba-tiba Faizul menjengah dari pintu bilik Suraya dan melangkah masuk ke bilik gadis tersebut. Faizal dan Suraya agak terperanjat. Namun Suraya mengambil kesempatan tersebut untuk merampas kembali balang coklat yang berada di tangan Faizal dan kali ini dia berjaya. Dia tersenyum dan terus sahaja melarikan balang coklat tersebut dan diletakkan di rak buku yang terdapat di sudut biliknya dan agak jauh dari tempat duduk Faizal.

“Kau dah sihat ke Long, kau kena banyak berehat,” Faizul bersuara sambil matanya menjeling tajam kepada Suraya. Suraya yang menyedari jelingan tersebut hanya melarikan pandangangannya dari terus menatap wajah lelaki itu.

“Kau ni pun dah sama macam adik la, asyik suruh aku berehat je, aku dah cukup rehat dah kat hospital,” jawab Faizal sambil merengus.

“Kau pun Suraya, kau pun kena banyak berehat jugak,” Faizul tiba-tiba beralih kepada Suraya pula. Suraya terus mengerutkan dahinya.

“Adik tak sihat jugak ke?” tanya Faizal agak kalut.

“Yalah dia…..

“Along dengan Angah boleh tak keluar dulu, Adik ngantuklah nak tidur, Along pun sama, baik Along masuk tidur sekarang, kalau mama dengan papa tahu Along tak tidur lagi, bising pulak nanti,” Suraya terpaksa memotong kata-kata Faizul sebelum lelaki itu memberitahu Faizal mengenai perkara sebenar mengenai kesihatannya. Dalam masa yang sama dia menjeling ke arah Faizul menunjukkan dia tidak suka dengan apa yang hampir dilakukan oleh lelaki itu.

“Yalah-yalah, bising betul la nenek ni, kuat betul membebel!” Faizal mengomel sambil tersenyum.

“Dia pun sama,” balas Suraya.

Faizal bangun dari tempat duduknya. Dia kemudian melangkah menuju ke pintu dan diikuti Faizul dari belakang. Suraya pula melepaskan rasa leganya. Nasib baik abang-abangnya itu mahu mendengar cakapnya.

“Kedekut ek? Nanti aku bagi banyak-banyak coklat tu, ok?” tanpa disedari oleh Faizal, Faizul sempat berbisik ke telinga Suraya yang sudah berjalan beriringan dengannya menuju ke pintu. Tangannya pula dengan pantas mencubit hidung Suraya. Dengan serta merta Suraya dapat merasakan darahnya menyerap naik ke muka. Sudah tentu mukanya merah padam di kala itu. Rupa-rupanya Faizul mendengar perbualan dia dengan Faizal sebentar tadi. Malunya!

“Good night dik,” ucap Faizal sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik Suraya. Kemudian dengan perlahan lelaki itu melangkah menuju ke biliknya yang berada sedikit jauh dari bilik Suraya.

“Good night Long,” balas Suraya yang sedang berdiri di muka pintu. Kemudian matanya beralih kepada Faizul yang masih berdiri di luar biliknya.

“Yang Angah ni kenapa? Tak nak tidur ke?” tanya Suraya cuba mengawal rasa malunya sebentar tadi.

“Nak tidur la ni, gud night!” Faizul mengenyitkan matanya dan terus sahaja berjalan menuju ke biliknya yang berada di sebelah. Suraya terkesima tiba-tiba. Jantungnya berdegup pastas sehinggalan dia merasakan nafasnya sedikit sesak. Dia menggosok-gosok dadanya dengan harapan degupan jantungnya kembali perlahan.

“Ya Allah apa ni?” dengan segera dia menutup pintu biliknya. Dia mulai takut dengan perasaan sendiri.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Dia Segalanya 36”
  1. Jannah says:

    Bestnya,nak jgk coklat,hehehe…bila nak msuk bab suraya jth cinta ngan faizul ni..cpt ckit story

  2. soffi says:

    g0od j0b (^__^)

  3. diana says:

    da 2minggu tunggu.xde n3 bru ke?..huhuhu,nk jg..nk jg.. :’(

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"