Novel : Kahwin Lagi? No Way!! 2, 3

29 March 2011  
Kategori: Novel

3,992 bacaan 17 ulasan

Oleh : jasmin_neza

Pagi Isnin selalunya orang panggil Blue Monday. Kesya tiada mood untuk bekerja pada hari tersebut ditambah dengan berita tergempar perkahwinanya membuatkan kesya bertambah-tambah tiada mood hendak bekerja. Nasib badan…

Kereta kelisa miliknya dipandu berhati-hati celoteh Fafau, FBI dan Wak AG dari corong radio Hotfm langsung tidak menarik minatnya. Kesya tiba tiga puluh minit sebelum pukul 8 pagi iaitu waktu rasmi pejabat beroperasi. Kesya turun semula ke lobi bangunan untuk membeli sarapan pagi. Pejabat Kesya terletak di tingkat 15 bangunan Peransang di Bandar Shah Alam. Pagi itu, Kesya membeli roti arab dengan kuah ayam di cafeteria milik MBSA dalam bangunan MBSA yang terletak seberang jalan Plaza Peransang.

“Hoi Kesya!”Sergah satu suara dari belakang siap dengan tepukan separa kuat dibelakang bahu semasa Kesya sedang berjalan balik ke pejabat “Kau kena paksa kahwin erkk?” Ayu sudah tersengih panjang. Kesyareena menjeling geram.

“Diamlah kau, memekak je pagi-pagi ni. Tak reti nak bagi salam?” marah Kesya perlahan sambil memerhati keadaan sekeliling takut ada yang mendengar. Ayu, sahabat baik Kesyareena sejak mula bekerja di SNP Engineering Sdn.Bhd milik bumiputera.

“opss! Sorry darling. ASSALAMUALAIKUM CIKGU!!!” Ayu mengucapkan salam bersemangat ala-ala budak tadika sambil tersengih.

‘minah ni nak kena debik agaknya’ Kesya geram namun ucapan salam Ayu tetap disambut “Waalaikummussalam warahmatullahiwabarakatuh” Kesya menjawab panjang lebar. Kesya dan Ayu ketawa kelucuan apabila masing-masing mengangkat kening. “apa kes?”

“beb, kau kena kahwin ek?” Ayu mengulangi pertanyaan tadi sambil jalan beriringan dengan Kesyareena.

“hmm… tapi aku tak suka la. Aku tak kenal pun mamat tu. Parent’s aku beria-ia suruh aku kahwin. Mama lagi la kecoh.”. Jawap kesya sambil memuncungkan bibir.
Ala.. relax la beb, bukan mati pun kalau kena kahwin.” Selamba Ayu berkata kuat.

“Ya Allah! Minah ni, kau ni kalau bercakap tu boleh perlahan sikit tak?, nak bagi satu kawasan ni dengar ke?. Aku sekeh karang timbul benjol kat dahi tu.” getus Kesya geram. Seperti biasa, Ayu tetap tersengih apabila Kesya marah kepadanya. Bukan marah betul pun Kesya. Bagi Ayu, Kesyareena merupakan sahabat sejati bukan sahaja masa senang tetapi Kesyareena tetap bersamanya di masa-masa susah. Mana nak jumpa sahabat sejati macam ni lagi wei….

“ni awat yang tersengih sorang-sorang?, makan kerang ke tadi?” Ketawa besar Ayu sampai keluar air mata bila Kesya berkata demikian, hilang keayuan seketika. Tak senonoh punya anak dara….

“ni awat pulak, dah kena sawan gelak ke?” Ayu tetap ketawa. Muncung kesya semakin panjang, berlalu pergi meninggalkan Ayu yang memegang perut menahan ketawa.

“Oitt! Tunggula, takkan merajuk pula pagi-pagi ni?” Ayu berlari-lari anak mengejar Kesyareena. “Kau ni comel la Kesya” sempat dipaut lengan Kesya untuk memperlahankan langkah kaki. “tu mamat engineer, si Fuad punya la syok kat kau. Boleh kau buat de je” Ayu provok Kesya.

“apa kes dengan si Fuad tu?Bulat mata kesya mendengar nama Fuad disebut. Fuad engineer satu department dengan Ayu dan memang diketahui syok gila kat Kesyareena. Tapi kalau hati tidak boleh terima nak buat macamana…

“Kau ni salah makan ubat ke? nak makan ubat batuk dah makan ubat biul, sembang bab lain cerita bab orang lain?” Sekali lagi Ayu ketawa besar. Kesya semakin geram dengan perangai Ayu yang asyik ketawa macam dengar cerita lucu. “tak betul apa si Ayu ni” fikir Kesyareena.

“lagi sekali kau ketawa macam puntianak, aku baling kau dengan roti arab ni” Kesyareena sudah mengacukan bungkusan roti arab diagah-agah seperti hendak baling ke arah Ayu “aku suka, baling la.hahahaha…..” giat Ayu sambil berlari-lari anak menuju kearah lif lobi, Kesyareena mengejar. Keakraban mereka selalu dijadikan contoh dikalangan rakan-rakan pejabat, tetapi biasala kalau ada benda baik sudah tentu ada yang cemburu.

Masing-masing kembali ke workstation untuk menjalankan tugas pada pagi itu. Salah satu polisi syarikat iaitu silent hour dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi. Pekerja syarikat di minta menumpukan sepenuh perhatian untuk tugas-tugas baru atau tugas yang belum selesai pada hari sebelumnya. Satu kaedah yang tegas tetapi berkesan.

“kreng-kreuik” perut Kesyareena dah start menyanyi. “Adoi, pedih pula perut ni” Kesyareena menjeling jam di monitor komputer pukul 10.15 pagi. “Patutla hang menyanyi-nyanyi beb.dah overdue time makan ye.” Kesyareena tersengih sendiri sambil menepuk-nepuk manja perutnya lalu bergerak ke pantry pejabat. Kesyareena hanya sempat makan sekeping roti dan secawan milo suam di rumah, mogok sarapan la konon,ceh!.. sendiri yang gastrik sekarang. Sambil menunggu air masak Kesyareena termenung memikirkan masalah yang dihadapinya. “Kahwin? tak kahwin?, kahwin?, tak kahwin?…adoi…pening” Kesyareena berkata sendiri tidak sedar Ayu sedari tadi memerhatikan tingkah laku best friendnya.

“Kesya, tak salah kalau kau ikut cakap parents kau. Mestila dia orang nak yang terbaikkk (sambil menunjukkan ibu jari keatas) untuk anak-anak. Lain la kalau parents kau tu geng gengster. Tapi gengster pun sayang anak juga tau” Ayu cuba memujuk Kesyareena. Ayu menarik kerusi disebelah Kesya dan duduk.Seperti biasa muncung Kesya keluar tanpa dipaksa.

“Kau cakap senang la, bukan kau yang kena kahwin. Aku… Aku yang kena paksa kahwin. Kau untungla bertunang dengan pilihan hati sendiri.” Kesyareena membalas kata-kata Ayu.

“dah tu, masa Taufik tunang aku nak kenalkan kau dengan officemate dia kau tak nak. Jual mahal konon. Ayu mencebik bibir memerli Kesya . “Kat office ni berapa orang yang syok kat kau. Bukan sebarangan orang semua ada pangkat engineerla, accountantla, tu head manager Mr. Amir yang mualaf tu pun syok kat kau. Tapi semua kau tak layan. Hello!!! Umur tu dah nak dekat 30 tau. Tak takut ke orang cakap nanti anak dara tua. Kusyi pun nak kahwin juga tapi sebab kakak dia tak kahwin lagi takkan dia nak langkah bedul pulak. Last-last dua-dua jadi andartu. Kau nak ke?” Tu dia…Ayu dah keluar ayat separuh laser.

“Dia boleh kahwin la kalau aku tak kahwin lagi. Mana ada hadis cakap yang tua kena kahwin dulu baru yang muda boleh kahwin? Sekarang dah moden ramai orang perempuan kahwin lambat.So, apa kisah, carry on je la kalau dia nak kahwin dulu. Lagi pun ini kan hidup mati aku, so, i will do whatever i want it to be” Balas Kesya tidak mahu kalah.

“memangla hidup mati kau. Tapi ada kau fikir pasal perasaan mak bapa kau yang susah hati bila tengok anak dara dia orang tak kahwin lagi tapi umur dah banyak? Ada kau fikir? Hampeh, tak pernahnye kau fikir. Aku berani kerat jari la. Aku kenal kau bukan sehari dua. Kau tak fikirkan Kusyi?. Come on la, kau pun tau dia dah ada boyfriend dah tentu dia nak kahwin, tapi sure tak berani nak cakap because kakak dia yang kepala batu ni tak kahwin-kahwin. Kalau kau tak fikirkan perasaan Kusyi, kau fikirla perasaan parents kau. Bukan orang lain tapi parents kau sendiri. Grow up la!” Terletus juga ayat laser tahap satu daripada Ayu umpama peluru kapur tetap sakit bila terkena badan.

Kesyareena diam tidak membalas kata-kata pedas sahabat baiknya. Sememangnya dia seorang yang keras kepala, degil tetapi masih mampu berfikiran waras. Kesyareena menarik nafas panjang. Berat sungguh masalahnya, tapi macamana dengan perasaan babah dan mama serta Kusyireena? Telan la apa-apa formula yang ada, nampaknya dia terpaksa beralah. Beralah bukan kerana kalah…

“apa yang kecoh sangat ni sampai kat tempat akak boleh dengar.” Kak Ani PA Hakim datang menjengok. Serentak Kesyareena dan Ayu menoleh melihat Kak Ani sudah terpacak didepan muka pintu pantry.

“eh? Ye ke kak? kita orang cakap kuat ke?” Ayu bertanya kembali kepada Kak Ani dengan mimik muka separuh terperanjat. “Kuat sangat ke kami sembang kak?” Ayu bertanya lagi. Pelik pula macamana boleh dengar sampai ke bilik bos yang terletak dihujung globe ffice.rasanya dia dah control volume tadi.

“taklah, akak memang nak datang pantry pun nak buat air milo untuk bos, akak terdengar la korang bersembang chit chat gosip ke? Mengumpat? Tak baik tau pagi-pagi dah buat dosa separuh besar ni” Kak Ani tetap ayu dan lawa walaupun umur telah melepasi 4 series. Awet muda katakan..

“kita orang ni bukan spesis makan ketupat tau.takde maknenye. Ni ha si Kesya, dia dok perang dingin dengan parents dia. Almaklum kena paksa kahwin.” Ayu menerangkan perkara sebenar kepada Kak Ani, Kesyareena pantas mencubit lengan Ayu sambil membuat mimik muka. ‘mulut takde insurance minah ni’ bentak hati Kesyareena

“la… itu je ke yang dikecohkan?” Kak Ani ketawa kecil.

“hmm..akak ingat kita orang ni spesis suka mengumpat orang ke?” Ayu bertanya tidak puashati.

“tak, tak terlintas pun fikir pasal korang mengumpat. Korang ni diklasifikasikan bersih daripada aktiviti mengumpat, mengata dan sewaktu denganya tapi masyaallah nakal mengalahkan budak-budak” Kak Ani memberi kenyataan. Tersengih Kesyareena dan Ayu . Kenakalan mereka berdua memang diketahui semua pekerja dalam syarikat tersebut. Pernah sekali Ayu tertidur di kerusi kerana keletihan semalaman tidak tidur menyiapkan tender syarikat yang hampir due date penghantaran. Kesyareena telah menconteng muka Ayu dengan melukis misai kucing di kedua-dua belah pipi Ayu. Apabila Ayu bangun dan berjalan menuju ke bilik meeting untuk menyambung semula kerja-kerja yang tertangguh, hampir keseluruhan pekerja di bahagian engineering ketawa serentak,terpinga-pinga Ayu, dan bila diberi cermin muka kepada Ayu, apalagi adengan kejar mengejar pun berlaku dengan keadaan muka Ayu yang berceloreng.

“Kesya, selalunya pilihan family ni tak salah. Memang la bukan pilihan sendiri tapi berkatnya insyaallah bawa sampai mati.” Pujuk Kak Ani. Ayu sudah tersengih sambil menjungkitkan keningnya “betulkan apa aku kata”. Kesya pula mencebikkan bibir.‘Suka la tu ada peguambela’

“Kesya, cuba baca kes-kes yang keluar kat suratkhabar, majalah atau mana-mana sumber cerita fasal perkahwinan yang bermasalah, ia selalunya bermula dengan perkataan‘kahwin atas dasar suka sama suka’ . Ada ke kes yang terpampang tu kes kahwin atas pilihan keluarga? Jarangkan?” Kak Ani menambah. “akak tak campur tapi sebagai orang yang dah lama dalam hal rumahtangga, akak boleh nasihatkan ikut aje pilihan family. Tak rugi pun. Kalau betul memang takde jodoh nanti, keluarga tak boleh nak salahkan kita sebab kita dah ikut nasihat dan pilihan mereka. Contoh ada depan mata, akak sendiri kahwin atas pilihan keluarga” Kak Ani dengan bangga berkata demikian. Kebahagian jelas terpancar di sinar matanya.

“serious?”Kesyareena terperanjat.

“iye, memang akak ada pakwe sebelum kahwin tapi keluarga dah ada calon sendiri, akak ikut ajelah. Bagi akak, pilihan keluarga selalunya tepat sebab mata orang tua-tua ni selalunya tak salah buat keputusan. Kahwin ni memang satu perjudian, kalau kita pertaruhkan kepada kebahagian dan kesejahteraan, baling la dadu kearah mana sure kita akan bahagia. tapi kalau dari awal kita dah aim kalah, itu yang ramai kecundang.”

“Kesya, lebih baik jodoh yang datang tanpa kita tahu apa-apa, kalau jodoh tu kita cari sendiri, start dari proses berkawan, bercinta macam nak rak, alih-alih kahwin tak sampai lima tahun dah bercerai, sebab…. masa bercinta kentut pun tak bunyi, tahan tu… tapi bila dah kahwin, habis semua perangai buruk keluar.”

“aik kak.. perli nampak” Ayu terasa dengan kata-kata Kak Ani.

“tak betul ke apa yang akak cakap ni? Banyak contoh kita boleh tengok, baca dan dengar. Tak payah nak sembunyi.” Kak Ani berkata selamba. Ayu pula yang tersengih mungkin terasa dengan ayat megatron kak Ani.

“akak tak paksa, kesya perlu selidik sendiri, banyak contoh disekeliling kita.” Kak Ani menepuk lembut belakang Kesya dan berlalu pergi.

“Akak, mana air milo bos? Tadi bukan akak cakap nak buat air untuk bos ke?” Ayu bersuara apabila Kak Ani keluar dari pantry tanpa membawa mug air.

“Allah, tengok berborak dengan korang berdua terlupa akak nak buat air untuk bos. Kesya, tolong buat air milo boleh? Awak buat air milo sedap.” Manja betul suara kak Ani minta tolong Kesyareena buatkan air milo.

“Aik! Kak, ampu nampak. Saya buat tak sedap ke?” Ayu sudah mengangkat kening apabila Kak Ani tersengih kepadanya. Kesyareena pula tanpa membuang masa membancuh dua mug milo. Satu untuk bos dan satu lagi untuk dirinya.

“kamu pandai buat air neslo. Akak suka.”puji Kak Ani ikhlas. Apalagi keluarla senyum nakal si Ayu apabila dipuji oleh Kak Ani. Macamana senyum nakal Kesyareena dan Ayu, kalau pernah tonton cerita siri korea full house bila Lee Young Jae ada idea nakal untuk kenakan isteri kontraknya Han Ji Eun, ha! Macam tu lah senyuman nakal dua sahabat karib ini.

Kesyareena dan Ayu berkongsi makan roti arab yang dibeli pagi tadi selepas kak Ani beredar dari pantry.

“Kau dah dengar apa kata pakar rumahtangga tadi kan?” Ayu memulakan perbualan. Kesyareena mengangguk-ngangguk macam belatuk.

“tak salah kita mencuba Kesya. Lagipun itu dah memang seratus peratus direstu keluarga. Give it try dear.apa yang kau takut sangat. Boyfriend? Setahu aku kau mana ada boyfriend. Tak tau la pulak kalau kau ada boyfriend senyap-senyap.” Ayu cuba provokasi.

“mana adaaa.. kau sendiri pun tau aku ni penakut.” Balas Kesyareena

“kalau dah macam tu tak payah kau nak pening kepala. Terima ajelah. Senang.Bercinta selepas kahwin. Banyak pahala oooo… daripada dosa” tambah Ayu siap dengan mimik muka. Kesyareena tersenyum penuh makna.

“kau kenapa tiba-tiba sengih ni?” Ayu kehairanan.

“ooo… kau selalu la buat dosa ye dengan Taufik?”

“ish! Mana ada, kau ni Kesya, cakap tu berlapik sikit. Karang ada yang kena tenyeh dengan tulang ayam ni.” tulang ayam yang sedang di digigit-gigit di tunjukkan kepada Kesyareena.

“abis tu, kenapa muka kau dah merah?” Kesyareena tersenyum nakal. ‘padan muka kena balik.kuikuikui…’ nakal hati Kesya berkata-kata.

“mana ada. Aku tak buat benda tak senonoh la. Aku still waras. Tapi kalau pegang tangan tu ada la.” Ayu termalu sendiri.

“kan senang kalau kau mengaku, tak payah nak dolak dalik. Tunggu apa lagi. Kahwin je la. Tak payah tunang lama-lama” Saja Kesya kenakan Ayu.

“Mangkuk la kau ni Kesya, kita tengah berdebat pasal kau, apasal hal aku bertunang lak jadi isu.”

“aik, aku pulak.”

“apa-apa pun, kau fikirlah pasal hal kahwin tu. Aku nak tengok kau bahagia.” Ayu cover malu. Padan muka asyik kenakan orang sekarang diri sendiri yang terkena.

“Aku pun tengah fikirkan hal ni juga. Eh! Dahlah… nanti tak buat keje lak.turn kau basuh pinggan ni.” Kesyareena bangun dari kerusi menuju ke sinki membasuh tangan dan keluar meninggalkan Ayu keseorangan untuk membasuh pinggan makan mereka.

“tak salah kita ikut kehendak orang tua, kalau ada jodoh kekal sampai akhir hayat. Kalau takde maknanya tiada jodoh kita” Hati Kesyareena berkata-kata sendiri.Minda Kesya sentiasa memproses input dan informasi yang diterima dari pelbagai sudut baik dan buruk, bahagia atau tidak kalau diterima cadangan perkahwinan tersebut. Kesyareena menarik nafas panjang dan dilepaskan, kembali menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pejabat.
**********************************************************************

Kahwin Lagi? No Way – Part 3

Dua minggu berlalu sejak perkhabaran perkahwinan di antara Kesyareena dan Hakimi bakal suami Kesyareena dibincangkan. Sejak dari itu, Kesyareena selalu mengasingkan diri daripada ahli keluarganya. Kalau boleh kesyareena tidak mahu terlibat dengan sebarang akitiviti persiapan perkahwinanya, tetapi apakan daya, marah macamana pun, protes macamana pun apabila melihat babah dan mama bersusah payah menyediakan sesempurna yang boleh untuk majlis perkahwinanya, hati mana yang tidak tersentuh.

Tersenyum sendiri Kesyareena sambil mengadap monitor komputer. “hari ni hari Jumaat, esok Sabtu, ulala… cuti. Best-best” berkerut dahi Kesyareena tiba-tiba memikirkan sesuatu, keriangan menyambut cuti ke esokan hari seperti diragut. PAP! Dahi sendiri ditampar. “alamakkkk! Esok kena teman mama beli barang kahwin. Tak best-tak best” Muncung cipan Kesyareena keluar tanpa dipaksa. Berkerut-kerut muka kesyareena bila teringatkan pesanan mamanya semalam mengajak dia membeli barang-barang perkahwinan pada hari Sabtu.

“jangan memandai buat temujanji lain pula. Mama dah cop kamu dulu. Nahas kamu mama kerjakan nanti kalau kamu mungkir” terngia-ngia amaran mamanya.

“Masak aku, tak boleh lari lagi ni.” Berubah air muka Kesyareena bila teringatkan pesanan dan amaran mamanya. ‘ ni semua kau punya pasal’ Kesyareena mengomel sendiri.

“Kesya kenapa muka kerut seribu ni? Tegur Puan Anum, Senior Accountant syarikat. Kus semangat” Kesyareena urut dada kerana terperanjat apabila ditegur secara tiba-tiba.

“tak..takde apa-apa puan, ni ha, Kesya tengah pening baca tulisan bos. Menatang ape la yang dia tulis ni.” Fhuhh!! Nasib baik ada alasan kalau tak kantoi beb. Kesyareena buat muka blur. Sememangnya Kesyareena blur dengan memo bertulisan tangan milik Hakim.

“Poyos punya bos PA sendiri ada aku jugak disuruhnya. Dah tu tulisan mengalahkan tulisan doktor. tulisan doktor pun aku reti baca. ni bukan tulisan doktor ni cakar ayam” sempat lagi kesyareena mengumpat bos sendiri tapi dalam hati sajala nahas kalau Puan Anum dengar.

“bak sini biar saya tengok.” Kesyareena menghulurkan kertas yang seperti kad kepada Puan Anum. Puan Anum membelek-belek kertas tersebut. Berkerut dahi Puan Anum membaca isi kandunganya.

“betulkan apa yang saya cakap, puan pun susah nak baca.” Kesyareena bersuara apabila dilihat raup wajah Puan Anum juga berkerut seperti dirinya.

“ini bukan kad kahwin kamu ke Kesya?” tanya Puan Anum.
Glup!! “Macamana boleh terlepas pula?”. Kesyareena telan liur. “eh, salah, bukan yang itu, yang ini hehehehe….” Kesyareena segera menghulurkan kertas yang betul. Tersengih kesyareena menahan malu. Tergeleng-geleng kepala Puan Anum melihat Kesya menggelabah.

“Kesya-kesya, kalau ye pun kamu gabra nak kahwin jangan la sampai tersasul salah bagi. Nasib baik saya, buatnya bos , lagi parah kamu. Tapi nama pengantin lelaki tu…” ayat Puan Anum mati disitu sahaja.

“Kenapa puan? Puan kenal ke dengan bakal suami saya?” tanya Kesyareena hairan.

“takde apa-apa.” Jawab Puan Anum tenang.
Puan Anum kembali membaca ayat-ayat yang tertulis diatas kertas ditanganya “mmm…saya pun pening dengan tulisan bos ni. Takpe, kebetulan saya nak jumpa bos bolehlah saya tanyakan sekali. Kertas ni saya ambil dulu nanti saya pulangkan.” terang Puan Anum. “Kesya-kesya kalau dah gabra. Apa-apa pun boleh terjadi.” Puan Anum berkata sebelum beredar pergi menuju kearah bilik Hakim. Kesyareena memerhati kelibat Puan Anum berlalu pergi sambil tersengih malu.

“alahaiiii.. kenapa la terkantoi kad kahwin pulak. Hai la kad nape la ko punya color sama dengan kertas bos. malu den tadi tau.”Ngomel Kesyareena manja. Macam la kad tu tahu apa yang dikatakan. Tidak lain dan tidak bukan blur si Kesyareena dah start.

“Hakimi Bin Azman” dilafaz nama yang tertera pada kad tersebut. Berkerut-kerut Kesyareena memikirkan apa yang menarik sangat dengan nama tersebut sehingga menarik minat Puan Anum. Tiba-tiba mulut Kesyareena bulat bersama dengan matanya.
Dicapai pen dan kertas nota lalu dicatat sesuatu.
-Hakimi Bin Azman // Hakim Bin Azman-

“OH NO!!” Kesyareena seperti tidak percaya dengan apa yang ditulis dan jawapan rambang yang terlintas difikiranya “TWIN??”. Teka-teki yang belum ada jawapan. Siapa nak jawab ni??
******************************************************************

“Kesya, bos panggil.” Kak Ani terjengol didepan meja kerja Kesyareena tanpa sebarang isyarat membuatkan Kesyareena terkejut dengan terjahan yang tiba-tiba. Kesyareena sibuk memasukkan data-data dan nombor pada accounting system syarikat terus terbantut konsentrasinya dengan sergahan tersebut.

“kenapa kak? Report yang saya buat tu salah ke? Adussss parah.” Kesyareena sudah mula menggelabah. Belum apa-apa sudah menggelabah.

“taklah. Bos panggil ada hal lain dia nak minta tolong.” Kak Ani sudah tersengih masak benar dengan sikap menggelabah Kesyareena tapi bila sampai time bagi nasihat memang tidak dapat di jangka ayat-ayat power lagi bernas boleh keluar dari bibir comelnya.

“Apa akak ni!”. Kesyareena dah berdiri sambil memeluk pembaris panjang. “Orang takut dah paras suku mati ni, dia boleh tersengih-sengih pulak.” Kesyareena dapat merasai telapak tanganya sudah bertukar sejuk. Ketawa kelucuan Kak Ani.

“sudah jangan nak gabra tak tentu pasal. Takde apa-apa pun pergi cepat nanti bising pula bos kat dalam tu.” Arah Kak Ani.

Dengan cemas Kesyareena menuju ke bilik Hakim diikuti oleh Kak Ani dari belakang. Dihadapan pintu bilik Hakim,Kesyareena meneliti tag nama dipintu kayu nyatoh “Hakim Bin Azman”, spontan Kesyareena teringat catatan dikertas yang dibuatnya.Pelbagai persoalan timbul tanpa diminta tapi sekarang ada yang lebih penting. Kesyareena menarik nafas panjang,”walawei, sejuk gile tangan aku ni.” diramas jari-jemari yang sejuk.

Perlahan-lahan pintu diketuk. “masuk” arah suara dari dalam. Kak Ani sudah mengekek ketawa dari tempatnya sambil menujukkan thumb up ‘good luck’, suka benar melihat Kesyareena gabra dan panik. Comel betul . Kesyareena sempat berpaling melihat Kak Ani sambil mengecilkan mata tanda protes ‘jaga akak’.

Perlahan-lahan pintu dibuka dan memunculkan diri. Dengan menunduk sedikit kepala serta tangan digenggam erat Kesyareena menapak menuju kearah meja kerja Hakim. Terpacak tegak Kesyareena dihadapan Hakim. Hakim memerhati kesyareena.

“Duduk.”arah Hakim. Kesyareena duduk di kerusi yang bertentangan dengan Hakim masih lagi menunduk tidak berani bertentang muka dengan bosnya. Selama dia bekerja di situ hanya beberapa kali sahaja dipanggil masuk ke bilik bos itu pun berteman samada dengan Puan Anum atau pegawai lain dari bahagian kewangan, almaklum Kesyareena hanya pembantu akauntan dengan kata lain kerani akaun. Hakim membiar Kesyareena bertenang sambil mata tidak lepas daripada memandang gadis dihadapanya.

“Kesya, saya nak minta tolong awak gantikan tempat puan Ani minggu depan. Dia bercuti ikut suami ke Korea.” Akhirnya Hakim bersuara.

Seperti kilat Kesyareena memandang Hakim sambil berkelip-kelip matanya. “s.ss..sssyaa.. g..ga.ganti tempat kak Ani.” Dah gagap la pula si Kesyareena.Parah!! angin kus-kus dia dah attack. “Relax-relax jangan tersembam kat lantai sudah.”Kesyareena sempat bermonolog sendiri.

“hmmm…” balas Hakim pendek. Nama Kesyareena Binti Aziz berputar-putar di mindanya kala itu.

“tapi bos, saya mana ada pengalaman PA.” Terang Kesyareena perlahan. Hakim bersandar santai sambil sebelah tangan memegang dagu seperti di tongkat dagu tersebut. Gerun Kesyareena dengan renungan mata Hakim.

“lawa sangat ke aku ni dari tadi asyik dok tenung aku je” Bisik hati Kesyareena hairan.

“takde pengalaman kena la cari pengalaman. Takkan nak jadi kerani sampai bila-bila.” Tungkas Hakim tajam tiba-tiba. Merenung wajah Kesyareena membuatkan hati Hakim berdetik.

“cis!.. dia kenakan aku balik.” Kesyareena sudah panas punggung. “saya tak mau nanti saya buat salah kena tengking pulak.” Jawab kesyareena agak keras.

“Lawan nampak” Hakim angkat kening. Kesyareena terkejut dengan kata-katanya sendiri. “Fuyoo…. berani gaban kau Kesya kejap lagi sure kena smack”Keysareena telah liur. Bulat mata Hakim apabila Kesyareena membalas kata-katanya.

“takpe, kalau salah buat pembetulan, saya tak makan orang. Tapi saya accept kesilapan yang kecil but not major mistake.” Hakim berdiplomasi. Kesyareena diam.

“Ada apa-apa yang awak nak tanya? Kesyareena geleng kepala. “okay.. awak boleh keluar sekarang.” Arah Hakim. Kesya mengatur langkah keluar dari bilik tersebut tetapi sempat melemparkan jelingan maut kepada Hakim. Untuk apa jelingan tersebut, hanya Kesyareena sahaja yang tahu. Hakim kembali mengadap laptop.

Usai menutup pintu bilik bosnya, Kesyareena tersandar mengatur nafas yang sudah separuh sesak. Kalau lama lagi didalam sah dia mati kejang sebab gabra. “ish, apa punya bos. Punya la ramai pegawai dia,aku yang kerani cikai dicarinya. Nak kena kak Ani ni.” Kesya dah start muka tiada perasaan sambil menyingsing lengan baju blouse tangan panjangnya dan terus menuju ke arah meja kerja Kak Ani. Kak Ani tekun menaip fail bertanda merah. Apabila menyedari Kesyareena menghampiri, fail tersebut di tutup dan di terbalikkan. Aik? dengan aku pun ada rahsia ke? Fikir Kesyareena

“Akak.. akak ni memangla nak bunuh saya.” sergah Kesyareena ala-ala gangster gitu.

“apanya sampai nak bunuh kamu.” tanya kak Ani terkejut

“kenape la akak pergi holiday jauh-jauh, korea tu. Nape tak cari orang lain ganti tempat akak kenapa saya?..why?why?whyyyy???” Kesyareena buat muka sedih.

“hahahahah… ingat kan apa la tadi.ala.. saja je akak suggestkan nama kesya. Bos bukan kenal pun yang mana satu kesya. Dia hanya tau signature arnab je kat semua report yang kesya buat. So, dia nak tau la siapa si arnab tu.hahahahah..” kak Ani ketawa lagi.

“adus, parah macam ni. Mana saya tau kerja-kerja PA ni kak. Biar saya je yang ganti akak pergi holiday dengan family akak.”

“kau dah hilang akal kesya. Itu family akak yang kau nak ganti tu.” Terjerit Kak Ani bila dengar kesyareena berkata begitu

“eh.. salah ek.” Kesya menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil tersengih dan berlalu pergi.

“Kesya-kesya, kalau tak gabra bukan kesya la namanya.” Tergeleng-geleng kepala Kak Ani lucu melihat telatah Kesyareena yang cepat gabra dan menyambung kembali kerja yang tertangguh sebentar tadi.

Kesyareena seperti tidak percaya dengan arahan yang diterima sebentar tadi. Masih terngia-ngia suara Hakim memberi arahan menyuruh dia menggantikan tempat kak Ani yang akan bercuti. “masak aku, mana la aku reti kerja-kerja PA ni. Nak transfer line telefon pun terkial-kial ni nak buat shorthand lagi la tak reti.Kalau buat report tu aku terror la.” Kesyareena membebel sendiri sambil berjalan menuju ke workstationnya.

“kau kenapa? cakap sorang-sorang, dah start sewel ke?” tanya Ayu yang kebetulan mahu berjumpa dengan Kesyareena.

“kau diamlah, aku tengah pening unta ni” Kesya duduk dikerusi sambil merenung skrin monitor. Ayu pelik melihat Kesyareena cakap seorang diri. “teruk sangat ke nak kahwin ni?” fikir Ayu sendiri.

“Kesya, kau demam ek?” Ayu masih tidak puashati lalu merasai dahi Kesyareena dengan belakang tanganya. Kesyareena menepis.”mana ada” jawab Kesyareena pendek. “dah tu aku berdiri kat sini dari tadi kau boleh buat tak nampak je” protes Ayu. “aku nampak tapi buat masa sekarang kau tak penting. Ada yang lebih penting daripada tu. Ni pasal hidup dan mati aku minggu depan.” Jawab Kesyareena masih lagi memandang skrin komputer. Ayu juga turut melihat arah yang sama. Kosong je, skrin saver ada la. “teruk ni sampai hal hidup dan mati pun ambil port” fikir Ayu lagi.

“hidup dan mati kau minggu depan? Eh! Kau dah nak kena kahwin ke minggu depan? Biar betul, dalam kad tulis bulan depan kalau betul sah kau memang nak mati. Mana sempat beb nak buat semua. Minggu depan tu tiga hari aje lagi.”

“oit!! Apa kau melalut ni.” Kesyareena berkata kuat.

“dah kau kata hidup mati kau minggu depan” Ayu pula blur.

“adus, parah minah kepoh ni. Minggu depan aku kena jadi PA bos. Bos kegemaran kau. Kak Ani cuti pi holiday. Tadi bos panggil dan bagitau aku kena ganti tempat Kak Ani next week. Ada faham sekarang.” Terang Kesyareena panjang lebar sambil membeliakkan mata bulatnya. Ayu sudah tersenyum nakal. “aha…. aku faham. Eh! Best la dekat dengan bos.” Kata Ayu bersemangat. “best? Kau dah mengong ke ape?.dah la..aku blur sekarang. Kalau kau nak more info.kau pergi terjah kak Ani. Aku no komen” Kesya seperti keletihan memikirkan hal PA untuk minggu depan.

“relax la beb, tak matinye kau jadi PA En.Hakim. Paling teruk pun dia baling paper work tu depan kau. Kuang-kuang-kuang” Ayu mengelak bila Kesyareena cuba mencubitnya.

“kurang asam punya member. nyah kau dari depan mata aku sebelum aku bertukar jadi hulk” getus Kesyareena.

“hahahahahaah…” Ayu berlalu pergi sambil ketawa.

“mangkuk tingkat, sudu, senduk,garpu punya member. Bukan nak pujuk saja bakar hati member.” Kesyareena mengomel sendiri. Kesyareena keresahan walaupun tugas memangku kerja-kerja PA akan berlaku minggu hadapan tetapi bahangnya telah dirasai oleh Kesyareena saat dan ketika itu. Masak la kau Kesyareena.

******************************************************************

Kesyareena tersenyum manis apabila lelaki itu mendekati dirinya. Handsomenye! Fikir Kesyareena. Lelaki itu menggenggam tangan Kesyareena diulas lembut tanganya lalu dibawa hampir ke bibir merah chup! Satu kucupan singgah ditanganya. Siapa lelaki itu? Kenapa aku tidak nampak dengan jelas wajahnya? Lelaki itu melepaskan tangan Kesyareena dan pergi meninggalkanya seorang diri. Tungguuuu!! Jerit Kesyareena. Aik? Kenapa suara perempuan pulak yang aku dengar?” fikir Kesyareena “bangun-bangun-bangun sayang solat subuh” Kesyareena menghayati suara tersebut. Ceh! Kerut dahi Kesyareena.

“bangun-bangun-bangun sayang solat subuh” Kesyareena terpisat-pisat mata mencari handphone yang sedang mengalunkan suara Ayu ala-ala seksi. “ish..dia ni memekak je pepagi. Aku baru nak tidur kau dah menjerit suruh bangun.”Omel Kesya. Hilang semua mimpi indah sebentar tadi.

“bangun-bangun..bangun sayang solat subuh” buat kali ketiga alarm handphone Kesyareena berbunyi.

“yelah-yelah nak bangun la ni. Herkhh!!! tak boleh tengok orang senang.” Kesyareena turun dari katil selepas mematikan alarm handphone.Dicapai tuala lalu keluar menuju bilik air. Terserempak dengan Kusyireena yang baru keluar bilik air.

“dah bangun pun. Pukul berapa tidok semalam?” tanya Kusyireena.Kesyareena menunjukkan bilangan 4 jarinya kepada Kusyireena sambil mata separuh tutup.

“4am? Are you nut’s sis?” Kusyireena tidak percaya Kesyareena mampu berjaga sepanjang malam. “hmm..belum gila baru nak start sewel” jawab Kesyareena selamba.

“tu takde keje lain la tu chatting je.” Kusyireena membebel. “hmmm.. chatting ler. Takkan nak keluar merambu pulak. Nak kena hempuk dengan babah.dah la, akak nak mandi ni. Syairi dah bangun? Pi tengok kalau belum bangun kejutkan.nanti lambat pula nak solat berjemaah, bising babah nanti” Kesyareena masuk dalam bilik air selepas berkata demikian.Solat berjemaah adalah rutin utama keluarga Encik Aziz sebelum memulakan aktiviti harian.

“Kesya, hari ni takde planning apa-apa kan?” Puan zaiton bersuara semasa semua ahli keluarga sedang bersarapan.

“tak mama, nape?” tanya Kesyareena pelik .”pelik pula mama pagi ni. Bukan dia ajak aku pi shopping hari ni ke?” fikir Kesyareena.

“mama nak ajak pi beli cincin dan ukur baju pengantin sekali. Kita buat sederhanalah. Ikut kemampuan kita.” Puan Zaiton menerangkan kepada semua yang ada. Tersedak kesyareena sehingga tersembur air milo yang sedang diminum.

“akak ni tak senonoh la. Habis tersembur air kat muka Syari.” Gumam Kusyari sambil mencapai kotak tisu. “Sorry la bukan sengaja. Mama tu buat akak terkejut ultraman” Kesyareena bangun dari kerusi dan menghampiri Kusyairi dilap air yang masih melekat di muka dan baju yang dipakai kusyairi.

“tak senonoh betul la Kesya ni minum air sampai tersembur dekat muka orang. Ni adik kamu nanti esok-esok tersembur dekat keluarga mertua kamu lagi susah..” Mama dah start enjin bebel. Kesyareena seperti biasa tarik muncung cipan.

“ok-ok, mama jangan start engin nanti semua tak lalu nak makan. Mama masak sedap ni mihun goreng.” Kusyireena memujuk. Kesyareena kembali mengadap bihun goreng kegemaranya. Senyap dan sunyi hanya terdengar sudu berlaga dengan pinggan. Masing-masing melayan perasaan.

“babah, boleh Kesya tanya?”

“apa dia Kesya, tanya la.” Encik Aziz bersuara

“Kesya kan tengah study lagi. Final semester sekarang ni. Kalau dah kahwin macamana pula. Kesya takut tak boleh tumpu pelajaran. Sekarang ni pun Kesya masih kelam kabut pagi pergi kerja, malam pergi kelas.” Semua yang ada diam menanti jawapan daripada ketua keluarga tersebut. “cancel kahwin, cancel kahwin.” doa Kesyareena dalam hati.

“babah dah inform Uncle Azman dan Aunty Khadijah, dia orang tak kisah, Hakimi pun tak kisah. Hakimi benarkan Kesya habis belajar” terang Encik Aziz.

“Tapi babah, babah sepatutnya bagi Kesya masa fikirkan hal penting macam ni. Kesya nak juga atur hidup Kesya”. Kesyareena cuba membela diri untuk kali keberapa dia sendiri tidak ingat.

“kamu jangan nak memandai Kesya, kami carikan calon suami untuk kamu yang baik dan sempurna. Apa lagi yang kamu nak bantah. Hakimi tu budak baik, sopan, ada pelajaran, kerja bagus. Apa lagi yang kamu cari. Takkan kamu masih terhegeh-hegehkan boyfriend yang tinggalkan kamu dulu.” Puan Zaiton membidas kata-kata Kesyareena. “kamu jangan nak memandai buat keputusan sendiri Kesya, kamu tu masih bawah tanggunjawab kami. Bila kamu dah kahwin esok. Itu ikut suka kamulah nak buat apa pun” PAP! Kesya tampar dahi sendiri. Kena lagi aku! .Kusyireena dan Kusyairi ketawa perlahan. Suka la tu kakak kena berleter. Mangkuk tingkat punya adik.

“suka hati mama lah. Nanti kalau apa-apa terjadi pada perkahwinan kesya. Mama kena bertanggungjawab.” Kenapa Kesyareena asyik berfikir benda negatif, sememangnya Kesyareena tidak sedap hati dengan perkahwinan tersebut. Kenapa erk?

“apa yang nak jadi? Kamu toksah dok pikir yang bukan-bukan. Kalau semua orang fikir sama macam kamu fikir, alamat ramai yang tak sanggup kahwin.” Bising Puan Zaiton

“suke hati mama lah.” Kesya meniru gaya pelakon madu tiga P.Ramlee.

“Kesya, kami tak mungkin nak aniayai kamu darah daging kami sendiri. Insyaallah Kesya akan bahagia. Kalau betul benda tak baik yang akan terjadi, babah janji babah akan bertanggungjawab” Akhirnya Encik Aziz bersuara selepas menjadi pemerhati dua beranak bertikam lidah. Semua yang ada diam. Encik Aziz lebih bersifat memujuk berbeza dengan Puan Zaiton lebih tegas dan memaksa. Kesyareena sebak.
It’s sad, so sad;
It’s a sad, sad situation.
And it’s getting more and more absurd…..

*******************************************************************
[Sorry kepada pembaca yang sabar menunggu sambungan cerita ini. Insyaallah akan menyusul part 4 nanti. Harap sudi beri komen/pendapat untuk pembaikan. Saya budak baru belajar. Peace!]




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Kahwin Lagi? No Way!! 2, 3”
  1. myda says:

    citer best…tapi kalau boleh bila dah sampai pertengahan jangan la sama dengan citer novel yang lain,sebab biasanya penulis akan tulis citer lepas dah kawin and bertengkar?saya nak baca novel ni biar lain dari yang lain.

  2. nur says:

    ai..penulis ad blog x? best la citer ni..sempoi je..smbung2..hehe

  3. DonUnmarried says:

    nice~really something going with it.. :)

  4. cahaya says:

    best la citer nie.. sempoi jew! cpat la sambung, xsabo nak baca..

  5. jasmine_neza says:

    tq-tq all …. insyaallah menyusul part 4 n 5 .
    klau ada idea jln cite yg best leh share2. toink-toink

  6. amirah says:

    sambung cpt2…xsabar nk bace ni….hehe

  7. Miss ShaL says:

    love it!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"