Novel : Kunci Cinta Hatiku 1

27 March 2011  
Kategori: Novel

904 bacaan 3 ulasan

Oleh : SinarBulan

Aku memegang perutku yang masih lagi kempis. Senyuman manis menghiasi bibirku. Satu nyawa yang berharga mendiami rahimku kini. Akhirnya, satuan cinta abadi antara aku dan suami tercinta sudah membuahkan hasil setelah hampir lima tahun kami bersatu. Jika dahulu, seringkali sahaja aku memikirkan adakah aku yang bermasalah, kini sudah terbukti aku sempurna dan begitu jua suamiku. Aku memandang jam dinding yang tersergam indah di hadapanku. Menunggu dengan debar kepulangan suamiku dari bekerja. Hampir lima tahun menjadi suri rumah, aku tidak akan bosan lagi nanti. Hidup aku akan dihiasi dengan penyeri rumah tangga kami yang akan sentiasa menceriakan hidup kami nanti. Insyaallah.

Bunyi kereta melenyapkan khayalanku. Segera aku bangun dari sofa dan kakiku melangkah ke hadapan pintu. Rindu dengan suamiku yang sudah hampir sebulan tidak bertemu. Katanya, dia menghadiri kursus di Sabah. Panggilan telefon juga jarang dia lakukan. Aku pun tidak kisah kerana aku yakin bahawa pasti diriku sentiasa di dalam ingatannya setiap masa. Aku akui hubungan kami sudah sedikit hambar sejak kebelakangan ini. Tiada lagi bisikan cinta seperti dulu dan renungan manja yang menghiasi kehidupan seharian kami. Akan tetapi, zuriat yang sedang aku kandung ini pasti akan menyerikan kembali perkahwinan kami. Aku tersenyum lebar sebaik sahaja wajah manis suamiku terpampang di hadapanku. Dia sedang sibuk mengeluarkan bagasi dari but kereta. Lalu, aku segera menghampirinya dan tangannya secara automatik dihulurkan padaku. Segak dirinya memakai kemeja putih dan seluar slack hitam.

“Assalamualaikum, abang. Selamat pulang,” aku mencium tangannya dan ciuman kasih aku layangkan pada pipinya.

“Waalaikumsalam,” balasnya perlahan. Dia hanya tersenyum nipis dan memegang tanganku lembut.

Letih benar agaknya dia sehinggakan ciuman di dahi yang sering diberikan padanya untuk aku tiada pada hari ini. Aku memeluk lengannya dan kami bersama-sama masuk ke rumah. “Murni buatkan air ye,” aku berkata padanya setelah suamiku duduk di sofa. Suamiku, Faizal, hanya mengangguk lemah sambil dia menyandar di sofa dengan mata yang tertutup. Aku melangkah girang ke dapur dan segera menyiapkan teh panas untuknya. Minuman kegemarannya sejak dahulu. Hatiku sudah mula memikirkan cara untuk menyampaikan berita yang gembira ini untuk pengetahuannya.

“Abang. Ini airnya,” aku meletakkan cawan di meja dan segera aku melabuhkan diri di sebelahnya. Kepalaku disandarkan manja ke dadanya. Tangannya merangkul perlahan pinggangku. Bau haruman suamiku sungguh mendamaikan jiwa. Inilah saat yang paling sesuai bagiku memberitahunya. Aku bangun dari pelukannya.

“Abang, ada sesuatu yang Murni nak kongsikan dengan abang,” aku berkata padanya.

Faizal bangun dari sandarannya dan memegang erat tanganku. “Abang pun sama.”

Pelik aku melihatkan dirinya yang banyak mulut sebelum ini kelihatan diam dan terganggu. Namun aku sedapkan hati dengan menyakinkan diriku yang suamiku ini hanya letih.

“Kita buat macam dulu-dulu nak tak? Kita cakap sama-sama,” aku teruja apabila mengenangkan peristiwa dahulu ketika kami sedang hangat bercinta. Cuba menceriakan hatinya.

“Abang cuma minta Murni jangan terus melatah atas apa yang bakal abang ucapkan ini,” wajah Faizal serius dan aku rasakan seperti aku melihat orang yang asing, bukannya suamiku.

Aku mengerutkan dahi tetapi tetap aku mengangguk kerana hati ini sudah tidak sabar untuk memberitahu berita ini padanya.

“Okey, Murni cakap satu dua tiga, kita cakap sama-sama,” aku sudah teruja. Aku sudah dapat bayangkan wajah Faizal yang pasti gembira dan bahkan mungkin dia bakal melompat-lompat kegirangan. Alangkah indahnya!

“Satu, dua, tiga!”

“Murni mengandung.”

“Abang nak bercerai.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Kunci Cinta Hatiku 1”
  1. no_name says:

    menarik.. cpt2 smbg yer… writer ader blog x???

  2. dania says:

    permulaan yang bagus. buat pembaca tertanya-tanya apa kesinambungannya. diharap anda dapat menghasilkan jalan cerita yang menarik.

  3. minnieyzgurlz says:

    alahhh suspenye…cpat smbnggg…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"