Novel : Love You Mr. Arrogant! 8, 9

30 March 2011  
Kategori: Novel

69,074 bacaan 26 ulasan

Oleh : Aliesha Kirana

Bab 8

Zaara melangkah keluar dari butik mewah itu, usai memilih pakaian pengantin. Fikirannya asyik teringatkan gadis seksi tadi. Nak dibandingkan dengan dia, memang jauh langit dari bumi. ‘Tapi kenapa Irham tak kahwin dengan dia saja? Kenapa pilih aku?’ Zaara pandang wajah Irham yang lansung tak pedulikan dia di sisi.

“Kita lunch dulu, masih ada masa ni,” Irham bersuara tanpa menoleh walau sepicing pada Zaara. Zaara kerling jam tangannya. ‘Alamak, mana sempat! Dah pukul 1.45!’

“Eh tak boleh la, dah nak habis waktu lunch ni! Saya kena balik ofis cepat-cepat.”

“Tak apa, nanti aku cakap dengan bos kau yang kau masuk lambat sikit.”

“Ewah-ewah! Awak ingat tempat saya kerja tu, bapak awak punya syarikat ke hah?”

Zaara jegil matanya pada Irham. ‘Main sedap mulut je dia cakap. Huh!’

“Memang la bukan bapak aku punya syarikat. Tapi tu syarikat bapak aku punya client.” Irham ketawa dengan riaknya.

Zaara terkedu. ‘Cis! Kalah lagi aku!’

“Hello, Mr. Raymond. Ini Irham, itu CEO Irham Holding. You ada pekerja nama Zaara kan? Haaa… itu I punya tunang tau. Dia ada sama I sekarang. Nanti dia masuk ofis lambat sikit boleh ka? Oh boleh aaa. Thank you-thank you!”

Irham menekan punat merah selesai berbicara dengan pemilik syarikat Zaara, tak berkedip Zaara mendengar Irham berbual dengan big bossnya, punyalah selamba. Padahal Zaara punyalah takut dengan big bossnya itu, garang bukan main. Irham boleh pulak cakap-cakap macam kawan baik dia sejak zaman sekolah. Zaara hela nafas panjang.

“Dah, jom. Jangan bagi alasan lagi.” Irham terus menapak ke keretanya, meninggalkan Zaara mengekori dari belakang dengan perasaan sebal.

———————————————————————

Zaara terlopong melihat restoran mewah itu, tak pernah sekali pun dalam seumur hidupnya, menjejakkan kaki ke dalam restoran mewah sebegitu. Irham selamba saja berjalan macam dah selalu masuk ke situ.

Zaara cuma duduk senyap-senyap bila pelayan datang. Bukannya apa, tak tahu dia nak sebut menu kat dalam senarai menu tu. Boleh buat tergeliat lidah aje menyebutnya.

“Yes Sir, may I take your order please?”

“Yes please, I would like a black coffee decaf, a Bolognese meatball Spagetti, a roasted chicken chop, one garden salad, and one ice cappuccino.” Laju Irham bersuara tanpa bertanya pada Zaara.

“Awak tak tanya pun apa saya nak makan?” Zaara menyoal saat pelayan sudah berlalu.

“Tak payah tanya, kau bukan reti nak sebut pun menu-menu ni.”

‘Cis, berani dia merendahkan aku! memang la tergeliat lidah nak menyebut, tapi bukannya tak reti sebut, kurang asam jawa betul!’ Zaara bengang.

“Awak ingat saya tak sekolah ke hah? Dulu subjek English saya dapat A tau!”

“Ada aku kisah!”

“Huh!” Zaara berpaling ke arah lain. Malas layan Irham lagi, buat sakit hati aja.

“Your order, sir. Enjoy your meal!” seketika kemudian, dua orang pelayan membawa hidangan yang dipesan Irham.

Mata Zaara membulat melihat makanan yang tersedia. ‘Mak aih, bikin menggegar iman… tapi…’

“Mana nasi?” Zaara menyoal dengan rasa tak puas hati.

“Woi, kan aku order Western food, nak ada celah mana pulak nasi tu.” Irham mengomel sambil menarik hidangan chicken chop dekat padanya.

“Eii, tak puaslah makan tengahari tak ada nasi!”

Selera Irham terbantut mendengar omelan Zaara, pisau dan garfu yang sudah digenggamnya diletakkan kembali ke dalam pinggan.

“Habis tu, kau tak suka makanan ni semua?”

“Tak suka! Nak nasi campur!”

“Tak suka sudah. Sebab memang ni semua bukan makanan kau. Nah, ini aje kau punya.” Irham menolak mangkuk terisi salad.

“Eii, ape ni?” Zaara mencebik.

“Majlis dah nak dekat, diet la sikit. Kang gemuk, tak sepadan duduk sebelah aku.”

Zaara tarik muka empat belas, geram dengan perlian Irham.

“Sekarang ni kau nak makan ke tak nak makan ke, kau punya pasal. Yang penting aku nak makan.” Irham menyambung kembali menyuap kepingan ayam ke dalam mulutnya tanpa melihat Zaara lagi.

Zaara tenung mangkuk salad itu, tak membangkitkan selera lansung. Zaara kaut sedikit salad itu dengan garfu dan disuapkan ke mulutnya. ‘Yaiks! Tak ada rasa lansung.’

“Eii, tak sedap. Saya nak makan yang ni!” Zaara menolak mangkuk salad itu sebelum menarik spagetti ke arahnya. Irham cuma jeling tanpa mahu menghalang.

Zaara gagahkan dirinya untuk makan walaupun seleranya tak terbuka. Mulut orang melayu, memanglah tengah hari nak cari nasi jugak.

————————————————————————–

Zaara cepat-cepat mahu keluar dari kereta itu, saat Irham memberhentikan keretanya dihadapan tempat kerja Zaara usai mereka makan tengah hari. Zaara tidak mahu melengahkan masa lagi, yelah, asyik kena buli saja. Baik dia cabut cepat-cepat dari Irham.

“Eh nanti dulu.” Irham menahan sebelum sempat Zaara membuka pintu kereta.

Zaara berpaling memandang Irham.

“Apa?”

Irham menyelongkar sesuatu dalam beg bimbitnya sebelum mengeluarkan suatu benda. Telefon bimbit berwarna pink!

“Nah, ambil balik telefon cikai kau ni. Sekarang dah tak berguna dah bagi aku.” Irham bersuara sambil menghulurkan telefon nokia E72 milik Zaara kembali padanya.

“Wah!” Zaara menggapai telefon bimbit itu dengan wajah ceria. Rasa rindu nak menatap telefon itu kembali.

“Rindu rindu rindu!” Zaara peluk telefon itu erat-erat.

“Eh dah, tak payah nak buat jejak kasih kat sini. Dah-dah, keluar dari kereta ni. Syuh-syuh!”

“Huh!” Zaara menjeling pada Irham sebelum keluar dari perut kereta.

“Wah beb! Tunang bawak keluar lunch!” suara Fiz terus menyapa telinga Zaara saat dia melabuhkan punggung di tempat duduknya.

Zaara mengeluh panjang.

“Tunang hape macam tu.”

Fiz duduk menyandar pada dinding, menghadap Zaara.

“Eh orang lain bukan main suka dapat keluar dengan tunang. Yang kau ni monyok apehal?”

Zaara renung wajah Fiz.

“Sori tau tadi. Aku tak dapat lunch dengan kau. Mamat tu la, tetiba aje…”

“Takpe. Tapi kenapa monyok ni?” Fiz memotong, tak sabar nak tahu.

“Tak ada apalah. Keluar dengan dia, asyik kena buli aja. Geram aku.”

“Eleh. Geram-geram pun kau nak jugak kat dia kan.”

“Huh! Terpaksa.”

Fiz ketawa kecil melihat wajah masam Zaara.

“Macam-macam la kau ni Zaara….” Fiz segera berlalu ke tempatnya semula.

“Zaara!” suara Mr. Raymond bergema satu pejabat. Zaara yang baru saja nak sambung kerjanya terus bangun dari tempat duduk. Kecut perut dengar suara big bossnya itu. ‘Apa masalahnya pulak kali ni? Dia marah ke aku masuk lambat ni? Matilah kau Zaara!’

“Hahaha. Zaara, tahniah-tahniah. You tak bagitau ma, you tunang sama itu bos Irham Holding. Banyak ong aaa you. Bagus-bagus. Lepas ni boleh kasi syarikat ini pulak untung. Hahaha.”

Zaara terkedu dan cuma mampu tersenyum saat big bossnya yang garang gila itu mengucapkan tahniah padanya. Habis satu ofis terdengar kata-kata itu dek kerana suara Mr. Raymond yang tak ada pitching rendah. Fiz yang baru saja balik dari tempat Zaara kembali mencari Zaara semula setelah Mr. Raymond masuk ke dalam biliknya semula.

“Wah beb! Kau tak cakap, Irham tu bos Irham Holding yang terkenal tu.” Fiz terus menerjah dengan perasaan teruja setelah mengetahui siapa Irham yang sebenarnya.

“Perlu ke aku cakap lagi? kan dah sah-sah nama dia dan nama syarikat tu sama.”

Fiz tepuk dahinya.

“Aah la. Kenapa aku tak perasan selama ni. Adui, blur betul aku ni.”

“Haha. Tau tak apa.”

“Untung la kau beb. Cari la satu macam Irham tu untuk aku jugak.” Fiz tersengih.

“Kau sanggup ke nak layan karenah orang macam dia tu.”

“Aih sanggup! Kalau kau tak nak, aku sudi ganti. Haha.”

“Amboi, pasal harta, laju kau sanggup ya.”

Fiz ketawa mengekek.

“Aku gurau ajelah. Hahaha. Eh tapi memang untung la kau. Irham nakkan kau, bukan orang macam aku ni…”

Zaara mendengus.

“Tak ada maknanya untung dapat si Irham tu.”

Bab 9

Petang sudah larut, matahari kian tenggelam di ufuk barat, Zaara melangkah ke tempat keretanya diparkir dengan perasaan yang penat setelah seharian bekerja.

“Zaara…” suara yang memanggil dari arah belakang itu segera membuatkan Zaara menoleh. ‘Faisal!’ hatinya menjerit sendiri saat melihat jejaka itu kian menghampirinya. ‘Habislah aku!’

Zaara rasa cuak melihat jejaka itu, bukanlah kerana hatinya berdebar dek kerana perasaan yang menggebu sebaliknya cuak kerana tidak suka berhadapan dengan Faisal, segan ya amat.

“Err ada apa Faisal?”

Faisal kaku di hadapan Zaara, mata Zaara direnung dalam hinggakan Zaara naik segan. Cepat-cepat dia melarikan matanya dari pandangan jejaka itu.

“Saya dengar awak dah bertunang. Betul ke?” soalan yang terbit dari mulut Faisal membuatkan Zaara menelan liur. ‘Dari mana pulak dia tahu ni? Ah mesti sebab Mr. Raymond punya suara tu! Aduh!’

Zaara tersenyum nipis. Cuba untuk tidak menunjukkan perasaan cuaknya.

“Hmm betul. Minggu lepas saya bertunang.”

Faisal mengeluh panjang, membuatkan Zaara kian gusar.

“Kenapa awak terima pinangan tu Zaara? Kan awak tahu yang saya cintakan awak!”

“Err, errr. Tapi, saya tak pernah cintakan awak.”

“Zaara, awak tahu kan, cinta boleh dipupuk. Saya ingat, awak akan terima saya satu hari nanti. Sebab tu saya bersabar selama ni walaupun awak tak layan saya.”

Zaara terkedu. Ayat yang cuba disusun di dalam hatinya seolah sukar untuk diluah.

“Awak tahu Zaara, saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta, tapi sekali saya jatuh cinta, saya sangat susah nak lupakan orang tu.” Faisal menyambung.

“Faisal…” Zaara cuba mencari kekuatan dalam diri. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum matanya memandang tepat ke arah Faisal.

“Saya harap awak boleh lupakan saya, memang kita tak ada jodoh. Saya minta maaf, kalaupun saya belum bertunang, saya masih tetap takkan terima awak dalam hidup saya.”

Faisal menggelengkan kepalanya dengan riak wajah yang keruh.

“Tapi kenapa Zaara?”

“Saya tak ada jawapan untuk soalan tu Faisal, cuma hati saya tidak pernah mampu membalas cinta awak. Saya minta maaf.”

“Tapi…” Faisal merentap tangan Zaara.

“Kenapa dengan awak ni? Lepaskan saya Faisal!”

“Tolonglah terima saya Zaara! Putuskan pertunangan awak tu!” Faisal memaut erat lengan Zaara membuatkan Zaara meronta minta dilepaskan.

“Tolong Faisal, jangan buat saya macam ni. Lepaskan saya.”

“Tidak, selagi awak tak terima saya Zaara.”

“Don’t be childish Faisal. Kita dah sama-sama orang dewasa. Terima hakikat ni, dan teruskan hidup awak!” Zaara menjerit sambil cuba melepaskan dirinya dari cengkaman Faisal.

“No Zaara. Tak mungkin, saya takkan lupakan awak!”

“Zaara, kenapa ni?” Irham yang muncul entah dari mana, berdiri menghadap Zaara dan Faisal.

Pautan Faisal yang mula longgar membuatkan Zaara mampu meloloskan diri. Segera dia berlari ke arah Irham.

“Tak ada apa-apa. Encik tak perlu masuk campur, ini urusan saya dan dia.” Faisal menuding ke arah Zaara.

Zaara yang kecut perut menyorok di belakang Irham.

“Tapi urusan dia urusan saya jugak.”

“Kau ni siapa nak masuk campur hah?” Faisal membentak.

“Saya tunang dia.” Irham bersuara sambil membuka kaca mata hitamnya lalu menghampiri Faisal.

“Saya Irham, Zafriel Irham.” Irham menghulur tangannya untuk bersalam dengan Faisal.

“Huh,” Faisal mendengus.

Salam dari Irham tidak disambut Faisal, sebaliknya dia berlalu dengan wajah tidak puas hati.

“Saya akan tetap cintakan awak…” Faisal berbisik saat berselisih dengan Zaara semula membuatkan Zaara menelan liur.

Saat Faisal hilang dari pandangan, barulah Zaara mengalih pandangan ke arah Irham yang sedang bercekak pinggang memandang ke arah Faisal yang sudah berlalu.

“Sombong gila. Siapa dia tu?” Irham bertanya dengan rasa tidak puas hati kerana salamnya tidak bersambut.

“Kawan sekerja.”

“Macam psiko je mamat tu.”

Irham masih tidak beralih dari memandang arah Faisal tadi tanpa mempedulikan Zaara yang sudah berdiri di sebelahnya.

“Dah lah, lupakan saja pasal dia. Awak ni datang sebab apa? Nak pergi mana pulak ni?”

“Kau cintakan dia ke?”

Soalan itu membuatkan Zaara kematian kata. Wajah Irham dipandang dengan riak tidak percaya.

“Mana ada!” Zaara seakan menjerit.

“Iye ke?” Irham menjeling pada Zaara.

“Yelah! Dah jangan tanya lagi pasal tu. Kenapa awak datang sini?”

“Ikut aku.”

“Tapi nak pergi mana?”

“Jomlah cepat!” Irham tidak menjawab sebaliknya terus berlalu ke keretanya. Zaara kalut mengunci semula keretanya sebelum mengekor Irham ke kereta.

“Saya dah penat lah mengekor awak ke sana sini… nak kahwin pun susah. Tak payah kahwin la, boleh tak?” Zaara menyoal pada Irham dengan wajah meminta simpati saat dia sudah berada di dalam kereta.

“Dah, kau jangan nak mengada, kau dah janji kan. Jangan kau berani nak batalkan perkahwinan ni. Kalau tak, siap kau!”

Zaara mencebik, muak mendengar ayat Irham itu. keluhan berat dilepaskan sebelum dia melepaskan pandangannya keluar tingkap. ‘Nasib badan…’ Zaara berbisik sendiri.

Kereta Audi S4 berwarna biru itu meluncur laju membelah jalanraya.

————————————————————-

Zaara mengeluh panjang. Sudah dua hari dia bercuti dan pulang ke rumah keluarganya untuk membuat persiapan saat akhir, namun Zaara masih merasakan seolah dia sedang bermimpi.

Kenapalah aku takut sangat dengan ugutan dia tu? aku kan kuat? Kenapa aku tak melawan.

Sebab kau dah jatuh cinta dengan dia Zaara. Mengaku sajalah!

Jatuh cinta? Dengan Mr. Arrogant tu? ah tolonglah…

Jangan menafikan perasaan yang jelas kelihatan Zaara…

Tapi tak mungkinlah, takkanlah aku boleh jatuh cinta dengan dia?

Tiada apa yang mustahil Zaara…

Ah kau bohong!

Kau cintakan dia Zaara!

Aku tak cintakan dia! Fullstop! Tapi betul ke?

Zaara meraup-raup wajahnya. Barang hantaran yang sudah tersedia di dalam biliknya itu direnung satu-persatu. Semuanya dibeli saat Irham membawanya keluar tempoh hari. Hantaran itu semuanya diurus oleh Irham termasuklah soal menghiasnya, Irham sudah awal-awal lagi menempah gubahan hantaran yang ekslusif dari syarikat perancang perkahwinan.

“Kau akan jadi isteri orang Zaara… ingat tu…” Zaara bercakap sendiri macam orang gila. Wajah Irham sekali lagi menjengah dalam ingatan.

‘Aku tak suka dia! Aku tak suka dia!’ Zaara mengingatkan dirinya sendiri berulang kali sebelum dia berbaring di atas katil, cuba menutup mata, merehatkan dirinya yang sudah kusut memikir dan berdebar menanti hari-hari mendatang yang belum pasti ada sinar bahagia.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : Love You Mr. Arrogant! 8, 9”
  1. AsSalam semua!

    terima kasih sebab sudi mengikuti cerita ni. heeheh. sape2 nak ke blog AK boleh klik link AK kt nama AK ni yer. heheeh..

    tapi cerita kat blog dgn kt p2u lebih kurang je masa yg AK guna letak.. heheehe.. enjoy!

  2. nur haizum says:

    mana sambungan cerita ni lgi???puas da saya tunggu ni,,,

  3. OSHIN says:

    wt dlm naskah cik ALIESHA KIRANA,,,,BEST!

  4. anadz iyna says:

    x rugi sy bace mmg best,,,,

  5. Hanis says:

    Best gile cite nie x rugi saye bace….mmg best betul la…

  6. izzie says:

    best r novel nie..x puas baca wpn dh byk x baca..:-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"