Novel : Suami Aku Ustaz?! 16, 17

23 March 2011  
Kategori: Novel

39,400 bacaan 29 ulasan

Oleh : aku_dia

Aku melangkah masuk ke dalam kelas lebih awal daripada hari-hari biasa. Sampai awal pun sebab bergerak sekali dengan Ustaz tu. Dia yang berkeras sangat nak hantar dan ambil aku dari sekolah. Mujurlah sampai sekolah tadi, tak ada yang perasan aku naik kereta dengan Ustaz. Itu pun aku yang beriya-iya memujuk dia suruh turunkan jauh sedikit daripada perkarangan sekolah. Huh! Kalau aku naik motor, tak adanya aku nak kena jalan kaki yang lagi jauh daripada biasa tahu?

Baru menaiki anak tangga yang kelima, aku ternampak Joe yang baru sampai dengan motorsikal dia. Terasa jantung aku macam nak melompat keluar. Malam tadi lepas aku telefon dan mesej berulang kali, akhirnya Joe terus menutup handset dia. Aku perasan pun sebab bila aku cuba telefon dia, terus masuk ke ‘voicemail’. Nak kata bateri habis, macam tak logik sebab Joe lah orang yang selalu bising dekat aku kalau aku malas nak caskan bateri.

Aku memandang kelas yang masih gelap. Peliknya? Takkan tak ada seorang pun yang dah sampai? Dan macam pelik kalau aku yang menjadi orang pertama sebab ramai je lagi budak kelas yang yang tinggal lagi jauh daripada aku. Sambil menaiki tangga, aku memandang keluar. Mata menangkap susuk tubuh Joe yang sedang berjalan menuju ke arah tangga. Laju aku berkejar menaiki tangga untuk mengelakkan daripada berselisih dengan Joe. Aduh! Kaki sudahlah masih terasa lagi sengalnya. Ini pun nasib baik aku pakai bandage. Mengada-ngada kan? Kaki terkehel sedikit, terus nak pakai bandage bagai.

Sebaik sahaja tiba di kelas, aku menuju ke tempat duduk aku. Debaran dekat dada semakin menggila. Aduh…! Macam mana aku nak berdepan dengan Joe ni? Apa ayat aku nak cakap dekat dia? Perlu ke aku minta maaf dan ceritakan je semuanya? Tengah aku leka memikirkan pasal Joe, Joe dan melangkah masuk ke dalam kelas. Aku menelan air liur. Ah! Macam mana ni?

“Joe!” Laju aku memanggil Joe bila terpandangkan dia sudah bersedia nak keluar dari kelas. Joe mengangkat muka. Sebaik sahaja dia terpandangkan aku, riak wajahnya nyata berubah.

“Joe!!” Buat kali kedua aku memanggil dia.
Joe buat tak dengar. Dia dah berjalan keluar dari kelas. Aku menggigit bibir. Terasa nak menangis bila kawan baik buat aku macam ni.

“Johan!”
Akhirnya Joe menoleh. Nampak sangat dia tengah marahkan aku. “Apa dia?!”

“Pasal semalam…” aku terhenti bersuara. “Joe, aku nak mintak maaf. Sebenarnya, aku…”

“Huh!” Cara dia pandang aku, macam nak tak nak je. “Agaknya, kalau aku tak ada semalam, mesti sampai sekarang aku tak tahu kan?” keras dia bersuara.
Aku terdiam. Nafas aku tarik dalam-dalam. “Joe, takkan sebab benda ni kau terus buat aku macam ni?”

“Buat kau macam mana?” sinis dia menyoal.
Aku diam.

“Lepas apa semua yang aku tahu, kau nak aku treat kau tak ada apa-apa yang berlaku?!” Joe meraup muka dia dengan tapak tangan. “Aku minta maaf, Lisa. Perkara yang aku tahu ni buatkan aku tak boleh treat kau macam selalu.”

Aku memejamkan mata rapat-rapat. Ini baru Joe. Baru Joe. Baru Joe seorang… belum lagi Wati belum Pa’an lagi. Baru Joe seorang pun, penerimaan dia dah macam ni.

“Takkan sebab benda kecil ni kau terus nak sisihkan aku? At least, bagilah aku peluang untuk explain.”
Aku nampak Joe tersenyum sinis.

“Peluang? Explain?”
Aku memandang Joe tanpa sepatah kata.

“Kau dah lama sia-siakan peluang tu, Lisa. Let me guess, aku rasa aku orang pertama yang tahu kan?”
Aku terdiam.

“Hah! Baguslah, tu! Kau mengaku dekat semua orang, kitorang kawan baik kau. Bestfriend forever kononnya. Tapi benda besar macam ni, kitorang seorang pun tak tahu. Ini yang kau cakap bestfriend? Pergi matilah dengan BFF kau tu!”

Joe… kasarnya! Terasa mata dah mula bergenang dengan air mata. Ah! Kenapa tiba-tiba mood aku jadi sentimental sangat ni?

“Joe…” Aku cuba untuk memanggil dia.

Joe memusingkan badan dia membelakangkan aku. “Sudahlah Lisa. Aku frust sangat dengan apa yang kau buat. Pada aku kalau kau sendiri yang cerita awal-awal, aku masih boleh terima. Tapi dengan apa yang dah berlaku semalam, aku kecewa gila dengan kau.” Dia dah berjalan perlahan-lahan untuk keluar.

“Kau ingat aku suka sangat ke?” perlahan aku bersuara.

Joe terhenti melangkah. Kemudian dia menoleh ke arah aku.

“Kau ingat aku suka sangat ke bila kena paksa macam ni? Kalau tak kerana mak dengan ayah aku, tak ada maknanya aku nak sia-siakan hidup aku tau! Kau pernah tahu apa yang aku rasa? Kau pernah terfikir apa yang jadi pada aku kalau satu sekolah tahu? Apa pandangan diorang bila dengar cerita ni? Semua benda ni mengarut, kau tahu tak? Kau tak pernah berada dekat tempat aku, jadi tak adil kalau kau nak judge aku macam ni je. Kau ingat aku nak sangat ke hidup dengan dia? Kau ingat aku suka sangat ke dekat dia? Aku langsung tak terfikir semua benda ni tahu?” Laju aku menuturkan kata.
Aku lihat Joe bagaikan hendak bersuara. Baru dia hendak membuka mulut, matanya menjeling ke arah seseorang diluar.

Aku menarik nafas dalam. Ada orang datang, ke? Tanpa sepatah kata, Joe meninggalkan aku di dalam kelas seorang diri. Aku memberanikan untuk menoleh ke kiri. Mencari-cari siapa gerangan yang dah mendengar semuanya. Berubah terus muka aku bila terpandangkan Abang Hafiz tengah berdiri elok di pintu belakang. Damn it! Satu masalah tak selesai, dah timbul masalah lain.

“Err…”
Sekarang ni aku sudah tak tahu nak panggil dia abang ataupun Ustaz. Lidah aku terkelu bila aku lihat muka dia serius semacam. Abang Hafiz mengambil satu langkah ke hadapan. Tangannya meletakkan sesuatu yang berwarna hitam ke atas meja yang paling dekat dengan dia.

“You left this in the car,” dia berkata tanpa memandang aku. Sebaik sahaja meletakkan benda yang aku tertinggalkan itu, Abang Hafiz terus melangkah pergi tanpa bertanyakan apa-apa.
Aku mengigit bibir. Objek hitam itu aku perhatikan. Entah bila masa pula purse ni tercicir? Dan kenapa mesti hari ni yang purse tu nak tercicir? Ah! Aku cuba untuk mencari-cari bayang Abang Hafiz. Dia dah menghilang. Dia dengar? Dia dengar ke semuanya? Kalau dia tak dengar, dia tak akan menjadi pelik macam tadi! Aku ligat berfikir, mengingatkan kembali apa yang aku dah cakapkan sepanjang Joe ada dekat dalam kelas tadi. Ya Allah, Alisa… apa kau dah buat ni?

***

“Kau dengan Joe gaduh ke?” Wati bertanya apabila pelik melihat aku dengan Joe tak seperti selalu.
Aku hanya mendiamkan diri. Kalau aku mengaku, memang sah-sah Wati akan mengorek sampai dia dapat tahu apa yang membuatkan aku dengan Joe tak bertegur sapa. Ok, bukannya aku yang tak menegur Joe. Tapi Joe yang langsung buat aku tak wujud dekat depan dia.

“Tak adalah.” Akhirnya itu je jawapan yang aku dapat berikan. Bukan setakat dengan Joe je macam ni. Dengan Ustaz tu belum kira lagi. Aduh! Malang bertimpa-timpa betul aku hari ni. Kalaulah tadi aku tak ikutkan sangat perasaan aku.

“Iya ke?”
Aku mengangguk.

“Suka hati kaulah, Lisa. Kalau aku tanya banyak kali pun belum tentu kau nak cerita dekat aku.”
Bagaikan merajuk sahaja Wati bersuara. Aku buat tak faham.

“Wati…”
Wati menoleh. Aku teragak-agak mahu bercerita. Perlu atau tidak? Cerita atau diamkan sahaja?

“Ada apa?” Wati bertanya bila aku tidak mengeluarkan suara.

Aku menggeleng. Belum lagi… belum masanya. “Tak ada apalah!”

Tajam mata Wati memandang aku. Aku dah mula rasa serba tak kena.”Aku tahu kau ada sorok benda daripada aku.”

Aku buat-buat terbatuk bila Wati berkata seperti itu. Setelah berdehem dua-tiga kali kononnya, aku bersuara. “Err… kalaulah aku memang ada sorokkan something daripada kau, apa kau buat?”
Wati memusingkan badannya. Kali ini, dia sudah duduk berhadapan dengan aku. Tangan kanan dia memegang tangan kiri aku. Gaya aku dah macam orang kena tahan je. Tak bagi pergi mana-mana.

“Cerita.” Dia mengarah.

Aku menarik nafas dalam-dalam.

“Aku cakap kalau. Bukannya aku ada rahsiakan apa-apa pun,” kataku cuba untuk mencari ruang untuk menyelamatkan diri.
Wati mengeluh. “Suka hati engkaulah, Lisa. Kalau kau nak rahsiakan sampai bila-bila pun, rahsiakanlah. Tapi kalau kau rasa aku ni kawan baik kau, kau ceritalah. Aku tak nak memaksa.”
Aku rasa macam kena penampar dua kali daripada Wati. Kawan baik, huh? Sebab perkataan kawan baik itulah aku dengan Joe jadi macam ni. ‘… tapi kalau kau rasa aku ni kawan baik kau, kau ceritalah…’ Aku menggosok-gosok tengkuk yang terasa sedikit lenguh. Bukan aku tak anggap kau orang semua kawan baik aku, cuma aku yang tak bersedia nak berkongsi benda ni dengan kawan baik aku.

***

Seharian di sekolah hari ini tidak seceria seperti hari-hari sebelumnya. Joe dengan sikap dingin dia, Wati yang tak berapa banyak berbual dan Pa’an pula yang mengambil langkah untuk tidak mahu mengambil tahu. Entah kenapa, aku dapat rasa yang Wati macam dah tahu semua benda. Takkanlah Joe dah cerita semuanya? Pelik juga kalau Joe yang bercerita sebab dia tu bukan jenis yang suka bawa mulut.

Aku duduk di perhentian bas sementara menunggu Abang Hafiz datang jemput. Jam dipergelangan aku jeling sekilas. 6.00 petang. Pelajar tingkatan lima kebanyakannya sudah pulang ke rumah masing-masing. Aku masih menunggu Abang Hafiz yang tak kunjung tiba. Lambat pula lah dia ni. Aku dah naik penat duduk dekat perhentian bas ni, tak buat apa-apa. Tak lama kemudian, kereta Abang Hafiz berhenti betul-betul di hadapan aku. Erk! Tiba-tiba aku terasa takut nak masuk ke dalam kereta bila teringatkan insiden pagi tadi. Harap-haraplah hati Abang Hafiz dah ok.

Aku bangun daripada duduk. Buku teks di sebelah aku capai. Sebelum masuk ke dalam kereta, aku menjeling sekali lalu ke arah tempat yang aku duduk tadi. Takut-takut ada barang tertinggal.

“Assalamualaikum…” Aku memberi salam buat dia yang berada di dalam.

Dia hanya mendiamkan diri. Aku rasa je lah salam aku dia jawab dalam hati. Suasana dalam kereta hanya sunyi sepi. Aku dah pening memikirkan idea untuk ajak berbual. Berbual? Aku rasa selama ni Abang Hafiz yang banyak bersuara daripada aku.

“Abang.” Aku memanggil.
Abang Hafiz tak memberikan apa-apa reaksi.

“Abang?”
Akhirnya dia menyahut.

“Err…” Aduh! Sekarang aku pula yang terkial-kial nak mencari topik untuk bercakap.

“Esok Lisa nak pergi rumah Afrina ye? Ada kenduri. Boleh?”

“Hrm…” Itu je jawapan dia? Kalau sebelum ni, mesti ada saja yang dia akan tambah. Aduh! Mak! Menantu mak merajuk betul ni. Macam mana Lisa nak handle ni mak?

———————————-

Handset di tangan aku main lambung-lambung. Sesekali aku buka phone book dan mencari nama Wati. Abang Hafiz, lepas solat Isyak tadi kata dia nak pergi rumah Ustaz Awang. Tak cakap pula nak buat apa. Nak pergi ambil air untuk lembutkan hati aku kut. Isk! Aku tengok jam sekilas sebelum mata kembali memandang ke arah handset. Nak call ke, tak? Tanpa sedar, ibu jari menekan button hijau. Bila terdengar suara Wati di hujung talian, laju aku mendekatkan handset ke telinga.

“Tengah buat apa?” aku bertanya. Aku rasa nada suara aku macam orang malas nak bercakap je.

“Kau salah call orang ke?” dia pula yang bertanya lepas terdiam sekejap bila mendengar soalan aku tadi.
Dahi aku berkerut. “Kenapa pulak?”

“Call aku, tiba-tiba tanya tengah buat apa. Ingatkan kau nak call Joe tapi tercall aku.”
Ceh! Ada pula ke situ. “Aku sedarlah sekarang aku tengah bercakap dengan siapa. Kau tengah buat apa? Aku nak kacau sikit ni.”

“Tengah isi goodies bag untuk kenduri esok. Apahal?”
Aku menarik nafas dalam. Tangan bermain dengan bantal kat atas katil.

“Wati, macam mana nak pujuk orang yang merajuk?” Lepas bertanya, aku gigit bibir aku. Kenapa payah sangat nak berterus-terang ni?

“Siapa? Joe? Hah! See! Aku dah agak dah kau dengan Joe bergaduh. Apa cerita ni?” bersemangat pula Wati bertanya.
Aku mencebik. Tak habis-habis dengan Joe. Aku dah tak kisah dah kalau dia merajuk ke apa ke, sebab sekarang yang aku risau Ustaz seorang ni tengah merajuk.

“Dengan Joe tu, aku malas nak kisah dah. Ni dengan orang lain.”

“Siapa?”
Terkelu sekejap lidah aku nak menjawab. Tangan menggaru kepala yang tak berpa nak gatal.

“Err… Kalau aku cakap, ada benda yang aku tak cerita dekat kau, kau rasa apa dia bendanya?”
Wati terdiam di hujung talian. “Kau couple dengan Joe.”

Ternganga sekejap aku mendengar ayat yang keluar daripada mulut Wati. Aku? Couple? Joe? Euw! Sebab itu je ke yang Wati ala-ala nak merajuk dengan aku sebab tak cakap yang aku kononnya dengan Joe? Ah sudah! Ni kalau dia tahu aku dengan Ustaz, memang matilah aku. Aku melangkah keluar bilik. Kaki dihayun ke arah dapur. Pintu belakang aku buka lalu aku duduk di belakang rumah.

“Err… taklah! Kalau aku couple, of course kau orang pertama yang tahu!” Aku menelan air liur. Cuma pasal aku isteri orang je kau lambat sikit. Mianhae chinguu! *Sorry kawan!

“Habis tu? Pasal apa?”

“Err… sebelum aku cakap, aku nak kau letak dulu apa-apa barang yang kau tengah pegang.”

“O…kay.”
Aku tarik nafas dalam-dalam. “Sebenarnya, Ustaz merajuk dengan aku.”

“Hah?” Wati dah pelik. “Ustaz mana pulak ni?”

“Ustaz Hafiz.” Pendek aku menjawab.

“Eh? Apahal pulak dia nak merajuk bagai ni dengan kau?”
Erk! Soalan membunuh tu! Ya Allah, kau sejukkanlah hati kawan aku ni.
“Wati… sebenarnya kan, aku sekarang duduk serumah dengan Ustaz!”

“Maksud kau?”

“Aku duduk sebilik dengan dia.”
Wati terdiam. “Kau gila?!”

“Wati, aku mungkin kena sehidup semati dengan dia.”
Mungkin sebab bukan tentu kitorang mati sama-sama kan? Boleh terima tak alasan tu?

“Lisa, don’t tell me…”

“Wati, aku minta maaf sangat sebab tak story dekat kau. Sebenarnya before mak ayah aku pergi hari tu, kitorang dah… err…”

“Kau dengan dia dah kahwin?!” suara Wati tiba-tiba meninggi.

“Eheh. Yup!” Teragak-agak aku nak menjawab.

“Ek eh! Sampainya hati kau! Langsung tak nak cerita dekat aku!” Wati dah ala-ala merajuk dengan aku. Tapi aku rasa bukan ala-ala lagi, ni memang dah merajuk betul!

“Wati, kau marah?” Aku bertanya dengan mata memandang langit yang tak berbintang. Macam hati aku je, tak ceria.

“Tak adalah. Tapi terkilan jugaklah kau langsung tak cerita kat kitorang. Kawan baik sendiri mengaku dah kahwin tapi tak ajak, siapa yang tak bengang?”
Aku terdiam. Dia marahlah tu. Bengang dengan marah tu pada aku sama je makna dia.

“Lisa, serius ke kau dengan Ustaz dah kahwin?”
Aku mengangguk tanpa sedar. “Hrm…” perlahan je aku menjawab.

“So, kau dengan dia pernah err itu lah…?”
Muka aku terasa panas. “Bodohlah kau ni! Tak ada benda lain ke nak tanya?!”
Isk budak-budak zaman sekarang ni. Nampak sangat kalau kahwin mesti fikirannya ke situ. Teruk betul! Wati tergelak bila aku marah dia. Sengal betul!

“Wati, serius ke kau tak marah aku?” Aku bertanya bila dengar dia macam lepak je dapat tahu benda ni.

“Marah.” Pendek je jawapan dia. “Marah jugaklah. Tapi, kesianlah dekat kau kalau aku marah. Dengan Joe terasa hati lagi dengan kau. Eh? Sekejap. Joe dah tahu ke benda ni?”

“Hrm…”

“Serius ah? Weh? Apasal aku orang last yang tahu ni?” Dia dah mengungkit.

“Kau bukan orang lastlah. Kau orang first yang aku beritahu tau! Joe tahu pun sebab kebetulan.”

“Lah! Patutlah dia merajuk dengan kau. Eh, Kau tahu tak dia suka kau?”
Terbatuk sekejap aku dengar soalan Wati. Joe suka aku?

“Tak” sengaja aku nak buat nampak innocent sikit.

“Serius? Hari tu beriya-iya dia cakap dengan Pa’an dia nak confess dekat kau.”

“Oh!” Itu je aku mampu jawab. Agaknya dia nak confess masa kitorang angkat buku pergi bilik guru tu kut. Itu yang dia tanya soalan luar silibus tu.

“Hrm… agaknya sebab kau dah kahwin kut, dia merajuk. Kesian dia. Hah, yang pasal Ustaz Hafiz ni kenapa pulak?”
Aku mengetap gigi. “Aku cakap benda yang aku tak patut cakap, and he heard it.”

“Bila?”

“Tadi kat sekolah. Masa aku nak pujuk Joe.”

“Kau pujuk Joe?” Nada Wati meninggi. “Kau cakap apa sampai Ustaz terasa hati dengan kau ni?”
Aku mengurut-urut dahi perlahan. “Entahlah. Aku pun tak ingat.” Malas aku nak cerita panjang-panjang.

“Apa aku nak buat ni? Macam mana aku nak mintak maaf ni?”
Aku terdengar Wati menarik nafas dalam. “Macam ni lah. Kau tengah online tak?”

“Tak.”

“Aku cadangkan kau online. Kau search cara-cara romantik nak minta maaf.”
Tersedak air liur aku dibuatnya bila dengar idea gila Wati. “Kau bengong apa? Perlu ke sampai nak romantik segala bagai? Kau ingat aku tengah bercinta dengan dia ke?”

“Ek, eh budak ni!” Wati dah menyampuk. “Kalau tak bercinta dengan dia, dengan siapa lagi? Joe?”
Aku mencebik. “Tak adalah.” Aku dah mula lenguh pegang handset dekat telinga.

“Dah tu? Cubalah. Kalau tak, kau minta maaf depan-depan macam selalu.”
Aku tergeleng perlahan. “Tak boleh…”

“Kenapa?”

“Aku takut.”

“Sejak bila pandai takut nak minta maaf ni?”
Aku terdiam. “Sejak aku kahwin dengan dia?” jawabku.
Wati ketawa. “Dah dah. Aku tengah buat kerja ni. Tak berjalan kerja aku kalau berbual dengan kau. Lagipun aku dah bagi idea kan dekat kau? Tinggal kau jelah nak pilih.”

Dahi aku berkerut. Idea apa je? Idea yang boleh pakai tu satu je. Minta maaf macam biasa. Yang lagi satu tu? Tunggu aku belajar bercinta baru aku buat. Ingat status aku dengan Ustaz ni, macam status dia dengan Pa’an agaknya?

“Iyalah… iyalah!” Akhirnya aku mengalah juga.

“Wati, thanks sebab memahami.” Memahami aku dengan tak buat bodoh pada aku.

“Kalau ikutkan hati, tak adanya aku nak layan kau.” Serius je Wati bersuara.
Aku menelan air liur. Erk!

“Tapi kau kawan aku kan… Aku buat macam mana pun, kau dah kahwin. Kenduri nanti, kalau tak cakap awal-awal memang kita putus sahabat!” Dia mengugut.
Aku tersenyum sumbing. Insya Allah, aku ajak Ustaz datang sekali masa bagi kad. Tapi itupun kalau aku dengan Ustaz dah ok. Kalau macam sekarang ni gayanya, nak pandang muka dia pun aku takut! Talian diputuskan selepas dekat 10 minit berbual. Kesian juga dekat Wati yang tengah sibuk dengan kerja dia. Esok nanti lagilah sibuk.

“Jangan kecoh-kecoh dekat sekolah eh? Malulah beb!” Sempat aku pesan pada dia sebelum talian mati.

***

Aku terdengar bunyi enjin kereta Abang Hafiz masa mata tengah ralit membaca cara memohon maaf dekat internet. Ok, tajuk artikel ni sebenarnya, 10 Cara Romantik Untuk Meminta Maaf. Cis! Aku tak tahu kenapa aku ikut juga idea gila Wati ni. Masa aku baca artikel ni, aku dah tahu aku tak boleh langsung nak ikut apa yang diorang duk cadangkan. Gila apa? Takkan aku nak hantar bunga dekat bilik guru sebab nak minta maaf? Itu mencari masalah namanya.

Nak bagi coklat? Yang aku tahu dia suka makan gula-gula je. Bagi kad? Apa aku nak tulis dalam tu. Kalau aku pandai buat pantun ke, syair ke, puisi ke memang idea ni aku guna pakai. Lagu? Menyanyi pun pitching lari memanjang, ada hujan lebat nanti. Masak makanan favourite dia? Ada terbakar dapur dibuatnya. Imbau kenangan manis? Aku rasa banyak kenangan masam-kelat je dengan dia ni. Bagi mesej atau e-mail lawak? Tunggu aku apply masuk Raja Lawak dulu tengok aku ni kelakar ke tak. Ah! Senang cakap, memang tak ada langsung benda yang aku boleh pakai daripada artikel ni. Tak membantu langsung!

Abang Hafiz menolak pintu yang sememangnya tak rapat. Aku pandang dia, dia pandang aku tapi sepatah perkataan tak keluar. Aduh! Ada aku mati disebabkan kebosananan melampau kalau dia terus-terusan macam ni. Tapi, memang salah aku at the first place kan? Siapa suruh tak mengaplikasikan peribahasa Melayu dalam kehidupan seharian? Kan orang-orang dulu selalu cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Ada bagusnya nasihat orang-orang tua ni.

Aku bangun dan melangkah ke bilik air. Terasa nak buang air kecil bila duduk lama-lama atas simen ni. Sejuk! Laptop dibiarkan di atas meja. Tak kuasa nak tutup lepas tu buka balik. Lepas ni boleh tengok dekat mana-mana forum cari cara nak minta maaf dekat suami.

“Tengah online ke? Nak cek e-mail sekejap?”
Belum sempat aku nak tutup pintu, terdengar Abang Hafiz bersuara. Ek eh? Abang Hafiz bercakap dengan akulah! Wah…! Lega sikit rasa walaupun cara dia bercakap macam cakap dengan student dia dekat kelas.
Aku hanya mengangguk.

Sebaik sahaja aku keluar daripada bilik air, Abang Hafiz dah tak ada dalam bilik. Malas nak fikir dia ke mana, aku kembali duduk di hadapan laptop. Lagipun esokkan cuti, malas pula aku nak beriya-iya sangat buat kerja sekolah. Mood honeymoon masa form 4 tak hilang lagi ni.

Terpandangkan skrin laptop, mata aku membulat. Ya Allah! Aku tak tutup ke browser ni tadi? Artikel 10 Cara Romantik Untuk Meminta Maaf masih elok terpampang di skrin. Aku menepuk dahi. Confirm Ustaz ni perasan tadi. Aduh! Rasa nak pergi lompat masuk laut sekarang juga. Tiba-tiba aku rasa macam nak biarkan je semua ni. Let the time heals everything. Kalau dalam keadaan sekarang ni, nak minta maaf pun rasa malu gila! Argh! What a stupid act you have done, Alisa!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

29 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 16, 17”
  1. eida says:

    best2….
    cepat sambung2….

  2. farisya ajis says:

    sangat menarik. tapi, kenapa lambat sangat sambungannya??

  3. anis says:

    best3x…
    xsabar2 nak tggu next episod…

  4. Ila says:

    Best gila.. tak sabar nak baca episod seterusnya.

  5. nur asikin says:

    enjoy sgt bce novel nie..cpt lah next episode

  6. Siti Soleha Yahaya says:

    hehehe…best sangat

  7. hana_nazeri says:

    bestnya . apa tajuk lagu nie eh ? jiwang baca novel nie XD

  8. ainnur suhaida says:

    novel ni best sngt2

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"