
Cerpen : It’s Official Perfect Proposal!
17 April 2011
Kategori: Cerpen
19,230 bacaan 114 ulasan
Oleh : Liya Zafrina & Akira Bita
“Hello? Ada orang tak? Hello??” Maya dan Hannah yang sedang sibuk mengira stok barangan pengantin yang baru sampai di bahagian belakang kedai tersentak.
“Siapa pula manusia terpekik-pekik kat depan tu? Apa guna kita beli loceng letak kat kaunter kalau tak guna? Dahlah aku hias comel-comel loceng tu.Siap ada reben lagi.” Maya membebel sendirian. Hannah hanya menggeleng melihat.
“Biarlah aku pergi tengok.” Hannah mengalah lalu menapak ke kaunter di hadapan. Kalau biarkan Maya membebel, memang mati kering lelaki yang terjerit-jerit dekat depan tu.
Selalunya mereka mempunyai pembantu yang menjaga di bahagian kaunter, tetapi hari ini kaunter kosong tak berpenghuni kerana penjaganya mengambil cuti kecemasan. Jadi, Hannah dan Maya pula tak cukup tangan menguruskan butik yang telah diusaha bersama selama lima tahun itu.
Walaupun butik mereka kelihatan ringkas. Tapi Butik The Perfect Proposal milik Maya dan Hannah tu sudah mendapat tempat di hati pelanggan tak kira dari orang biasa-biasa sehinggalah berpangkat Datuk ataupun Datin.
“Ye encik? Boleh kami bantu?” Hannah bertanya sambil menekan suara sedikit. Karang tanya kasar-kasar lari pula pelanggan. Sabar Hannah, duit mari! Kemudian Maya pula keluar cuba membantu kawannya di hadapan.
‘Erk!!’
“Mana bos?!” lelaki itu bertanya kasar sambil pandang Hannah dan Maya dari atas ke bawah. Maya dan Hannah sudah berpandangan. Sudahlah rempuh kedai orang lepas tu nak tengking-tengking pula! Ini yang buat teman hangin!
“Nak buat apa jumpa bos?” Hannah bertanya mendatar. Masih mengawal tone suaranya dari naik.
“Adalah! Yang korang sibuk bertanya macam korang pula bos ni kenapa?” lelaki itu masih lagi menjeling jelik kepada Hannah dan Maya. Sudahlah kena paksa dengan Mummy datang sini, diorang ni pulak banyak songeh.
“Sebab, kami lah orang yang encik cari.” balas Maya pula. Hai, kalaulah cekik orang sampai mati tak dikenakan sebarang hukuman, dah lama aku cekik batang leher yang putih melepak itu. Muka dah handsome tapi perangai.. erk! Tarik balik! Tak handsome! Tak handsome! If your personality is ugly, then you’re not attractive!
“Huh?!! Jangan nak buat lawak pulak kat sini? Bos butik pengantin terkenal gaya macam ni ke?” bidas lelaki itu balik sambil menunding jari kepada dua tubuh milik Hannah dan Maya.
Dua gadis itu mengepal penumbuk. Pakaian di tubuh dilihat. Salahkah pemilik butik pengantin pakai macam ni? Hannah dengan kemeja lusuh dengan jeans besar dilengkapi dengan tudung bawal hitam biasa. Manakala Maya pula dengan baju T longgar di dalam dan disalut pula dengan kemeja butang bebas di luar. juga ditemani jeans dan tudung bawal biasa.
Apa? Salahkah pakaian macam ni? Macam mana kami tak pakai macam ni? Hannah tu dah namanya Wedding Planner. Mestilah sibuk nak pergi jumpa supplier sana sini. Maya pula Photographer, juga senang nak gerak sana sini dengan pakaian macam ni.
“Encik, cakap baik-baik sikit boleh? Karang ada yang tersungkur depan pintu tu jugak nanti.” Hannah memberi amaran. Pantang betul datuk moyang aku ada yang kutuk cara aku dengan kawan aku berpakaian.Yang penting bukan cara kita berpakaian tapi tengok hati ni dulu.Lihat situasilah dulu sebelum berkata-kata!
“Whatever..” angkuh lelaki itu membalas. “Hah! Mana bos?!” Dia bertanya lagi. Malas dia nak layan dua orang manusia yang menjadi mangsa fashion ni tapi baru sahaja Maya dan Hannah mahu membalas, seorang lagi manusia masuk ke dalam kedai.
“Tengku Nazran!” Oh mak oi! Garang giler! Hannah dan Maya dah tersentak. Dan sah-sah lelaki angkuh nak mati tu telan air liur yang terasa seperti pasir.Takut! Padan muka hang! Maya dan Hannah tersengih.
***
“Makcik mintak maaf lah ye Hannah, Maya? Dia ni memang! Kalau dekat rumah dia buat perangai macam ni,memang makcik terus rebus dia je!” kata seorang wanita yang sangat bergaya seperti Datuk Siti Nurhaliza. Hannah dah mengangguk sambil tersenyum manis kepada wanita di hadapannya, tapi bila matanya bertembung dengan mata Tengku Nazran yang sedang duduk bersilang di atas sofa jauh dari mereka, terus aura perempuan shir dikeluarkan.
Maya yang keluar dari belakang sambil menatang dulang air turut tersenyum kepada wanita yang sangatlah lemah-lembut berbanding anak lelakinya itu. Ini mesti jururawat dekat hospital tu salah tukar anak ni! Maya pasti! kemudian dia menjeling tajam ke arah lelaki itu.
“Minum Datin.” huu~! Datin tu. jangan main-main. Tapi tak lah berlagak macam anak lelaki dia yang angkuh tak sudah tu. Datin Mira hanya mengangguk sambil menyambut huluran dari Maya.
“Panggil makcik je Maya. Macam tak biasa!” kata wanita bergaya itu lembut. Alahai~ untungnya dapat mak macam ni. tapi kesian Datin sebab dapat anak macam tu! Fikir Maya sambil mengerling tajam lagi kepada Tengku Nazran.
“Sebenarnya, makcik datang sini ada hajat.” kata Datin Mira selepas menghirup kopi buatan Maya tadi. Hannah mengerutkan dahi. setahu aku, orang yang cakap ‘ada hajat’ ni selalunya nak meminang kan? Jangan dia kata nak pinangkan aku untuk anak dia yang tak serupa manusia itu udah! Erk! Apa daa kau merapu ni Hannah?!
“Hajat apa Datin?” tanya Maya tak sabar-sabar dan perkataan Datin itu tetap digunakan. ternyata dia pun terfikir benda yang sama seperti Hannah fikir. Nauzubillah!
“Kamu pun nampak kan perangai ego dan angkuh Naz ni kan?” tanya Datin Mira. Maya dan Hannah sudah mengangguk bagai burung belatuk.
“Mummy! Naz dengar okay?” laung Tengku Nazran sedikit. Mummynya mengumpat pasal dia bukan main rancak lagi, macam dia salah satu patung yang ada di dalam butik ni pula.
“So what? Mummy memang nak kamu dengar pun. Dengar tak? Ke nak mummy ulang balik?” sinis Datin Mira membalas. Terus terdiam Tengku Nazran sambil menarik muka geram.
“Jadi? Datin nak kami tolong apa?” tanya mereka berdua hampir serentak. Datin Mira hanya menarik nafas panjang. Hannah dan Maya pula suspens.
Dup! Dup! Dup!
**
‘Slurrpp!’
Maggi kari itu dimakan dengan penuh selera. Langsung tak peduli dengan Hannah yang sibuk dengan kertas kerja di tangan. Pensel kayu sudah diselit ke tepi telinga. Rambut yang paras bahu pula sudah diikat ekor kuda.
‘Slurrp! Slurrpp!’
Hannah menahan geram. Kertas di tangan hampir keronyok kerana digenggam geram. Maya yang masih lagi fokus pada makanan di hadapan dipandang kecil besar kecil besar saja sekarang ni.
‘Sluurr…’
“Woi!!” bentak Hannah sambil menghentak meja sikit. Terpelanting chopstic kayu di tangan Maya akibat terkejut. Bahkan bukan itu sahaja, terbatuk-batuk gadis itu kerana tersedak. Pantas gelas berisi air diminum rakus. Hannah dijeling geram.
“Kau nak bunuh aku ke Hannah?” marah Maya. Kemudian niat di hati mahu mengambil semula chopstic yang terpelanting tadi untuk menyambung menyantap, tapi pantas dihalang oleh Hannah.
“Kau nak aku banned kan makanan segera dalam rumah ni selama setahun tak?” ugut gadis itu. Maya menelan air liur. Mana boleh! Sehari pun tak sah kalau tak jamah makanan segera!
“Yela-yela! Apanya yang kau bertungkus-lumus sangat ni?” Maya sentap. Kemudian dia mendekati Hannah dan kertas-kertas plan yang berterabur diambil dan dibaca fokus. Hannah dah menekan pelipisnya. Pening kepala den!
“Pasal permintaan Datin la!” keluh Hannah. Maya hanya mengangguk dengan muka tak bersalah. Hannah geram kemudian bahu kawannya itu ditolak geram.
“Kau tak rasa tertekan ke?” tanya Hannah bengang.
“Huh? Nak tertekan kenapa? Dah nama pun kau Wedding Planner. Bukan aku. Aku photographer je.” dengan selamba ayat itu dikeluarkan.
Pap!
“Aduh!” peha bekas tamparan Hannah digosok lembut.
“Owh! Time-time macam ni tahu pulak aku ni planner! Bila untung tahu pulak half-half!” sembur Hannah sinis, walaupun dia tahu walau prospek kerja mereka berbeza, mereka akan bantu satu sama lain. Maya sudah tersengih bagaikan kerang busuk.
O nul do mong ha ni ha nul man bo da,
Ne ol gu rul ga man hi gur yo bwa so,
Ne ip sul ne nun dong jak ka ji,
Da sa rang su ro wo o nul ta ra do.
Tiba-tiba telefon bimbit Hannah berbunyi. Lagu Soyu Sistar – Should I Confess Playful Kiss Ost itu sedang berbunyi riang. Berdasarkan deringannya mereka berdua tahu siapa yang sedang telefon. Maya sudah mengangkat kening nakal.
“Pakwe kau call tu!” usik Maya dengan tergelak kecil. Hannah menjeling geram kepada sahabatnya itu.
“Bukan pakwe aku lah!” bantah Hannah. Telefon hendak diambil di atas almari. Maya hanya mencebik sambil merampas chopstic dan mula mahu menyantap. Tiba-tiba..
Eonjebuteo yeonneunji neoreul bon sunganbuteo,
I bun i chomada niga jakku saenggangna,
Neoneun mueolhaneunji..
Oh no.. jigeum eodiinneunji, Ooh baby..
Giliran Hannah pula tersenyum sinis apabila nada dering dari telefon bimbit Maya pula berbunyi. Dan berdasarkan lagu G.Na – Kiss Me Playful kiss Ost juga mereka berdua tahu siapakah gerangan di hujung talian sana. Memang mereka berdua minat drama itu.Seung Jo sangat cool!
Segala pergerakan Maya mahu menyuap terhenti. Senyuman sinis dan pandangan mengusik dari Hannah dipandang geram pula. Telefon bimbit dicapai bengang.
“Pakwe kau pulak call!” Selesai mengucapkan ayat itu Hannah berlari masuk ke dalam bilik dengan telefon di tangan.Selagi tak diangkat, selagi itu jejaka itu akan menelefonnya.
“Bukan pakwe aku lah!” laung Maya kuat kemudian mengetap bibir. Kemudian panggilan itu dijawab. Bagi Hannah dan Maya, walaupun mereka bergayut sehingga tengah malam, tapi permintaan Datin masih lagi bermain di fikiran.
‘Macam mana nak buat eh?’
**
Sofia memandang semula di selekoh satu bangunan selepas terasa diri diekori. Selepas memastikan tiada siapa di sebalik selekoh itu, dia meneruskan semula perjalanannya. Kemudian dia menuju dan masuk ke sebuah butik. Butik tudung miliknya.
“Aww! Aww! Maya! Kau pijak kaki aku!”
“Aww! Aww! Hannah! Siku kau tajamnya!”
Serentak mereka berkata dan serentak juga mereka bergerak dari terus menyakiti masing-masing. Mereka mengaduh, mana taknya, tengah syok-syok duk ekori Sofia boleh pulak hampir terkantoi! Kelam-kabut menyorok. Mana tak terlanggar antara satu sama lain?
“Sayang?” kata dua lelaki serentak mengejutkan dua gadis itu. Pantas Maya dan Hannah mendongak dan mengeluh. Dua jejaka hangat-hangat suam ni lagi.Okey tipu! Memang jejaka terhangat pun.Macam mana diorang boleh jumpa kami ni…
Tanpa mempedulikan dua lelaki itu, Maya masih fokus memetik DSLRnya kepada Sofia. Manakala Hannah sibuk memerhatikan Sofia dan menulis segala kegiatan Sofia di buku nota kecilnya.
“Kenapa ada kat sini? Dengan pakai baju macam tengah hujan ribut je?” tanya Harraz Rifqi kepada kesayangannya, Maya. Mana taknya, Maya memakai sweater yang dinaikkan kolar, topi Winter warna putih dan cermin mata hitam dan berbingkai penuh.Hannah pula memakai kot labuh berwarna hitam, topi Winter sama macam Maya dan juga bercermin mata hitam.Sekali pandang dah nampak macam alien.Orang tengah panas, boleh pulak diorang pakai baju yang tebal-tebal macam ni.
“Kami ada missionlah.” Jawab Maya masih lagi khusyuk menangkap gambar.Sekejap dia mengubah posisi ke sebelah kiri, sekejap dia mengubah posisi ke sebelah kanan.Harraz yang berdiri di sebelahnya beberapa kali ditolak kerana menganggu tugasnya.
“Awak pun, Hannah?” Soal Adam Irfan pula sambil menyandarkan tubuhnya di kereta yang menjadi tempat persembunyian Maya dan Hannah.
“Yup! Ada chance tak kami jadi Charlie Angels?” Hannah mengekek ketawa.Bahu Maya ditepuk kuat.Maya hanya menjeling geram.Dah kena sampuk ke apa Hannah ni? Hannah masih lagi ketawa.Dia pun tak tahu kenapa dia happy sangat secara tiba-tiba.Sebab jumpa Adam ke? Erk…tak ada maknanya!
“Korang spy siapa ni?”24
“Tu!” Mulut Maya dijuihkan ke arah sebuah butik tudung.Harraz dan Adam memandang butik tersebut sebelum mulut masing-masing terlopong.
“Kami yang hensem lagi bergaya ni korang tak nak, tapi korang nak dekat..err..apa ni?!” Harraz tiba-tiba membentak sambil bercekak pinggang.Adam pulak memandang Hannah yang masih lagi menulis di atas buku nota kecilnya.
“Apalah korang ni?! Kami bukan macam tu lah! Suka fikir negatif.Ni untuk pelanggan kamilah.Dia nak lamar pemilik butik tu.Namanya Sofia Qistina.Kami tengah menyiasat pasal dialah!” Balas Maya geram.Hannah masih lagi menulis.Malas nak melayan dua orang jejaka di hadapannya sekarang.
Tiba-tiba buku notanya ditarik oleh Adam.Mencerlung mata Hannah menikam anak mata Adam yang berwarna hazel.Bengang betul orang kacau masa aku tengah buat kerja!
“Bak sini buku tu!” Hannah hulur tangan meminta Adam supaya mengembalikan bukunya.
“Kalau saya tak nak bagi, awak nak buat apa?” Tanya Adam sambil tersenyum.Dia memasukkan buku nota Hannah ke dalam poket seluarnya.
“Saya buat ni…”Terus Hannah memukul lengan Adam menggunakan pen di tangannya.Berkali-kali jugak lengan sasa itu menjadi mangsa.Walaupun guna pen je tapi kesakitannya boleh tahan jugak.
“Yelah..yelah.Ambiklah buku awak ni.Nanti kahwin je dengan buku ni” Adam menyindir sambil menyerahkan buku nota kepada Hannah.
“Korang ni takde kerja kan hari ni?” Maya bertanya sambil mengangkat kening.Bibirnya mengukir senyuman nakal.Kepalanya dah mula merencana sesuatu untuk Harraz dan Adam.Dia mengenyit mata ke arah Hannah.Hannah yang seolah-olah memahami apa yang difikirkan oleh Maya mengenyit matanya jugak.Dia tergelak kecil.
“Kalau kami duduk sini, maknanya kami tak kerjalah.” Jawab Harraz.Pelik melihat senyuman di bibir Maya dan Hannah.Menggerunkan pun ada.
“Korang duduk sini.Tolong spy cik Sofia.Apa-apa laporkan dekat kami.Ada banyak kerja dekat Perfect Proposal sekarang ni.Tolong ye.Okey, assalamualaikum…” Maya menyangkutkan DSLR miliknya di leher Harraz manakala Hannah pula menyerahkan buku notanya kepada Adam sambil tersengih.Tadi beria sangat berebut ke buku tu tapi alih-alih dia bagi balik dekat Adam.
“Kami pergi dulu! Jangan curi tulang ye.Buat kerja tu biar betul dan ikhlas.Jangan sampai Sofia nampak korang tengah spy dia.Kang naya kita! Dan yang paling penting, pastikan maklumat tu betul.Kalau tak…habislah Perfect Proposal! Okey? Daaaaa….” Maya segera menarik tangan Hannah dan mereka berlari secepat mungkin meninggalkan Harraz dan Adam yang tercengang.Sempat lagi mereka melambai-lambai sebelum Maya memandu kereta Perodua Vivanya berlalu dari kawasan tersebut.
“Waalaikumussalam.” Harraz dan Adam saling berpandangan.
**
“Mummy! Kita tanya yang pro lah! Butik ni Naz tak yakin lah!” kata Tengku Nazran sambil dipaksa melangkah masuk ke dalam Butik The Perfect Proposal milik Hannah dan Maya.
Mana tak yakin? Butiknya malap saja. Tuan punya butik pun berpakaian macam tak pernah kenal apa itu fashion. Itu yang nak tolong aku? Buat malu saja!
Tapi, Tengku Nazran terlopong seketika apabila melihat hiasan dalaman butik itu yang lain dan berbeza sangat dari sebelum ini yang dia nampak. Butik itu tampak mewah dengan chandelier berlampu kuning yang menerangi seluruh butik.
Lampu itu pula menyerlahkan pula setiap deretan baju dan gaun perkahwinan putih mahupaun yang berwarna-warni yang bersangkut. Kemudian, di hujung butik ada sebuah cermin besar dan ditepinya ada satu langsir tebal dan besar, yang merupakan bilik persalinan.
‘Ini butik yang samakah?’ Hati Tengku Nazran bertanya.
“Datin? Dah sampai?” tanya Hannah formal. Wajah melopong Tengku Nazran juga dikerling dengan ekor mata. Hah! Tau terbeliak kau! Itulah, siapa suruh serang masa butik belum dibuka sepenuhnya? Mana nak nampak gahnya kalau lampu belum dipasang pun kau dah masuk!
Sekali lagi Tengku Nazran melopong apabila melihat Hannah yang menyambut manis dengan berbaju kurung moden yang tampak eksklusif dengan manik-manik bertaburan di hujung lengan. Kemudian disempurnakan dengan tudung mewah yang dipin cermat.
“Sila duduk Datin.” Sengaja Hannah menjemput Datin Mira seorang. Malas mahu menjemput jejaka yang perasan bagus tu. Kemudian keluar Maya dengan satu pasangan yang sudah mengucapkan terima kasih kepada gadis itu.
Sejurus Maya menghampiri Datin Mira dan Tengku Nazran, sekali lagi lelaki itu terpaku. Maya turut berbaju kurung moden cuma kosong tanpa manik seperti Hannah, tetap nampak cantik dengan corak abstrak. Juga memakai tudung mewah dan dipin sempurna.
Maya dan Hannah hanya tergelak dalam hati melihat ekspresi muka lelaki itu. Sebenarnya, itulah pakaian rasmi mereka apabila bertemu dengan pelanggan. Tetapi kalau melakukan kerja seperti berjumpa dengan supplier atau menangkap gambar, mereka lebih selesa bert-shirt atau berkemeja dan berjeans ringkas.Lebih senang nak bergerak.
“Okay, Datin. Ini kertas kerja yang kami berdua sediakan. Datin tengok dulu dan nanti apa yang datin tak setuju atau tak puas hati boleh suarakan pada kami. Dan insyaAllah kami akan ubahkannya mengikut citarasa Datin.” Lembut sahaja Hannah berkata.
Yelah, dengan mak mithali macam Datin Mira ni kena lembut-lembut. Tapi kalau dengan Tengku yang sombong tu kau nak jerit-jerit atau tengking-tengking pun boleh. Tak lama sangat Datin Mira melihat kertas kerja itu kerana dia sangat berpuas hati.
“Good job! Saya pun tak pernah fikirkan idea macam ni. Ehm.. saya yang lembut ni pun tak dapat fikir, apatah lagi hati kayu macam dia ni.” Ujar Datin Mira sambil menjuihkan bibir kepada anak lelakinya.
“Mummy..!” tekan Tengku Nazran. Sebenarnya apa yang dikatakan mummynya itu benar belaka. Dia pun tak dapat fikir idea begini romantik. Pandangannya mula berubah pada dua gadis di hadapannya ini.
“Jadi, kamu rasa lamaran ini Sofia akan terima tak?” tanya Datin Mira. Itulah permintaan yang memeningkan kepala Hannah dan Maya dua tiga hari ini.
Mereka membuka butik yang lebih menitikberatkan soal perkahwinan. Tapi apa yang Datin Mira minta sudah jauh menyimpang, ada ke minta kami setkan satu perjumpaan lamaran kepada gadis yang dicintai Tengku Nazran? Walaupun nama butik mereka adalah Perfect Proposal tetapi jarang sekali mereka melakukan pakej untuk melamar.Kebanyakannya hanyalah untuk acara perkahwinan.
“Insyaallah, kalau Tengku pandai menawan hati Cik Sofia, dia pasti terima.” Kata Maya dalam diam menyindir. Dengar tu Tengku! Kalau kau angkuh tak bertempat dengan perempuan, janda pun tak nak kau tahu tak?
Sofia Qistina, gadis yang menjadi dambaan lelaki angkuh a.k.a Tengku Nazran. Bahkan bukan sahaja dambaan Tengku Nazran tapi menantu pilihan Datin Mira juga. Hebat sungguh gadis itu kan?
“Okay! Kalau macam bila nak jalankan sesi lamaran ni?” tanya Datin Mira teruja. Bukan Datin saja, lelaki angkuh tu pun sama nampak riak teruja di wajah. Hannah dan Maya tersenyum apabila kertas kerja mereka diterima tanpa banyak soal.Tak sia-sia lah tak berapa lena tidur malam semata-mata nak menyiapkan kertas kerja ni.
“Malam esok juga Datin!” kata mereka berdua yakin.
“Hmm..sempat ke?” tanya Datin Mira kurang yakin.Dalam masa sehari, sempat ke Maya dan Hannah menyelesaikan semua ni? Berdasarkan idea yang dibentangkan oleh mereka, bukan senang nak menyediakan semua ini.Mengambil masa yang agak lama jugak.
“InsyaAllah sempat, Datin.Asalkan kita berusaha!” jawab Hannah sambil tersenyum.Maya pun turut menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata Hannah.
Tengku Nazran tersenyum kecil.Dia kagum dengan dua orang gadis di hadapannya sekarang.Sanggup menyamar semata-mata untuk mencari maklumat mengenai Sofia.Memang betul cakap mummy.Mereka berdua memang antara yang terbaik dalam bidang ini walaupun umur mereka masih lagi muda.
“Sayang! Macam mana dengan info semalam? Confirm betul kan?” Tiba-tiba Harraz dan Adam muncul dari belakang kedai sambil tersengih.Mereka berdua bersalaman dengan Tengku Nazran sebelum menunduk hormat kepada Datin Mira.Muka Maya dan Hannah dah mula pucat.Nak-nak bila tengok senyuman sinis Tengku Nazran.
“Err…Datin, Tengku…ni saya perkenalkan Harraz dan Adam.” Maya memperkenalkan Adam dan Harraz apabila jejaka dua orang tu mula tersengih-sengih macam kerang busuk.Maya dan Hannah tahu yang mereka saja bercakap kuat macam tu tadi.Sengaja nak menunjukkan yang mereka yang bersusah payah mengintip Sofia.
“Maknanya diorang nilah yang cari maklumat pasal Sofia ye? Bukan korang berdua?” Tengku Nazran bertanya sambil tersenyum sinis.Apabila melihat senyuman tawar Maya dan Hannah, dia mula ketawa.
“Dah agak dah.Kerja macam ni selalunya lelaki yang buat.” Sambung Tengku Nazran lagi.Adam dan Harraz hanya tersengih.Dapat jugak nama kerana menyumbangkan tenaga dalam kerja ni.
“Hish, apalah kamu ni, Naz?! Bukan senang kerja jadi wedding planner dengan photographer ni tau! Idea yang Maya dengan Hannah fikirkan ni pun superb! Tak pernah lagi mummy dengar idea yang macam ni.” Cepat-cepat Datin Maya menyokong Maya dan Hannah.Maya dan Hannah mula tersengih.Yay! We love you, Datin!
Muka Tengku Nazran mencuka mendengar mummynya menyokong gadis-gadis tersebut.Siapa anak mummy sebenarnya? Aku ke diorang?
“Hmm..kalau macam tu kami balik dululah ye.Terima kasih Maya dengan Hana sebab fikirkan idea ni untuk Naz.Mak cik suka sangat idea kamu berdua ni.Memang terbaik!” Ucap Datin Mira sambil mengenggam tangan Maya dan Hannah.
“Sama-sama, Datin.Patutnya kami yang berterima kasih dekat Datin sebab sudi pilih kami jadi planner untuk Tengku Nazran.” Balas Maya disokong oleh Hannah.
Maya dan Hannah melambai tangan ke arah Datin Mira sehingga kereta yang dipandu oleh Tengku Nazran meninggalkan perkarangan butik mereka.
“Err…kami balik dulu ye.Jumpa pagi esok.Assalamualaikum…” Harraz dan Adam mula berjalan menuju ke belakang kedai.Berhajat nak larikan diri mengikut pintu belakang.
“Tunggu!” Jerit Maya dan Hannah serentak sambil bercekak pinggang.Segera mereka mencapai hanger kayu.Bersedia untuk menyerang dua orang jejaka yang telah menyebabkan mereka disindir oleh Tengku Nazran.Pekerja-pekerja yang lain hanya mampu menggeleng kepala melihat tingkah laku bos-bos mereka.
Harraz dan Adam menelan air liur.
“Sorry!”
Serentak mereka berdua berlari menjauhi Maya dan Hannah yang semakin dekat.Akhirnya bermulalah aksi kejar-mengejar antara mereka di dalam butik tersebut.Naik riuh rendah suara mereka.Yang dua orang sibuk meminta maaf, yang dua orang lagi menjerit marah.Dan yang jadi mangsa adalah pekerja-pekerja.Nak buat macam mana lagi, sabar jelah!
**
“Arrrgghhh!!!” Sofia menjerit apabila tangannya ditarik seseorang yang tiba-tiba muncul di sebalik dinding depan lorong yang gelap dan sunyi. Gadis itu menelan air liur cemas.
“Tolong jangan apa-apakan saya! Kalau nak duit ambil lah! Tolong…” rayu Sofia sambil membaling beg tangannya ke tanah.
Tangannya menggigil melihat dua tubuh lelaki yang sasa itu. Muka dua lelaki itu cuba dilihat, tapi kepekatan malam dan topeng Power Rangers yang boleh beli di pasar malam tu melekat di muka penculik menyebabkan penglihatannya terbatas.
“Kami tak nak duit. Kami nak kau!” kata seorang yang memakai topeng berwarna hitam. Seorang lagi yang memakai topeng topeng bewarna merah turut mengangguk menyebabkan Sofia bertindak mahu melarikan diri.
Tapi baru sahaja dia mahu berpusing dan melangkah, tangannya sekali lagi ditangkap dan dipegang kejap. Meronta-ronta gadis itu cuba melepaskan diri tapi tetap gagal kerana tenaga wanitanya tetap tak mampu menandingi tenaga lelaki itu.
“Tolong!!! Tolong!!!! To…!” suara Sofia menjerit meminta tolong terus terdiam apabila mulutnya diikat dengan tuala dan matanya turut ditutup menggunakan tuala hitam. Yang dia rasa hanyalah tubuhnya ditarik masuk ke dalam kereta dan kenderaan itu mula bergerak. Ke mana dia langsung tak tahu.
‘Ya Allah! Bantulah aku! Nazran…..’ bisik hati kecilnya. Tiba-tiba hatinya sayu mengenangkan lelaki itu.
***
Penculik itu menyuruhnya diam dan dia segera mengangguk kepala tanda akan menuruti.Bimbang diapa-apakan oleh mereka.Sebaik sahaja ikatan di matanya dibuka, dia terlihat pisau di salah seorang tangan penculik itu. Air liur ditelan beberapa kali sambil dalam hati tak henti-henti menyebut nama Allah.
“Jangan cuba-cuba nak lari kalau tak nak rasa pisau ni terhiris kat kulit kau!” ugut si penculik bertopeng merah. Sofia yang ketakutan mengangguk laju. Kemudian tubuhnya ditolak ke hadapan.
Tiba-tiba Sofia menjerit ketakutan apabila lampu yang menerangi tadi ditutup tapi dia tergamam apabila suasana diterangi dengan cahaya dari kelip-kelip yang diletakkan dalam botol kaca dan diletakkan di merata tempat.
“Ikut sahaja kelip-kelip kalau kau nak tahu jawapannya.” Kata si penculik betopeng hitam pula. Kemudian mereka menghilangkan diri dalam kepekatan malam. Sofia yang bingung hanya menuruti. Kakinya yang masih lemah kerana ketakutan dilangkahkan satu persatu di atas lantai kayu di sebuah tasik.
Sofia perasan setiap botol kaca berisi seekor kelip-kelip dan diletakkan memanjang seperti sebuah laluan untuknya. Cantik sangat! Walaupun kagum dengan kecantikan itu tapi hatinya masih was-was dengan perkara yang berlaku keatasnya.
“Takkan penculik nak culik aku lepas tu siap susun lagi botol kaca cantik-cantik macam ni? Baiknya penculik ni?” bisik Sofia sendirian. Namun kaki tetap dilangkah. Tapi langkahnya mati tatkala sampai ke satu gazebo yang cantik dihias.
Mulutnya sedikit terlopong melihat gazebo tersebut.Dihias cantik menggunakan reben putih dan ungu yang merupakan warna kegemarannnya.Ros berwarna putih dan merah yang disusun di sekelilingnya membuatkan Sofia tersenyum.Bunga kesukaannya!
Cahaya daripada lilin berwarna putih dan merah yang meliang-liuk membuatkan suasana di gazebo itu sangat menyenangkan dan romantis. Di setiap ruang udara di gazebo itu pula penuh dengan kelip-kelip bercahaya indah. berterbangan bebas ke sana sini menambahkan lagi cahaya di gazebo itu selain daripada cahaya lilin.
Hilang terus perasaan takutnya tadi.Siapa yang melakukan semua ini? Dia menyentuh sekuntum bunga mawar berwarna merah yang diletakkan di atas meja.Sekeping kad comel yang turut diselitkan di atas bunga mawar itu dibaca oleh Sofia.
I never want to be without you.
-Nazran-
Sofia terkedu sebaik sahaja melihat nama Nazran di kad tersebut.Macam mana nama Nazran boleh ada dekat atas kad ni? Sofia terpinga-pinga.
“If you be my star, i’ll be your sky.You can hide underneath me and come out at night.I live to let you shine…so Sofia, I’m asking you now.Would you be my star?”
Sofia berpaling ke belakang sebaik mendengar suara yang amat dikenalinya.Tengku Nazran yang segak memakai tuxedo berwarna putih sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis.Perlahan-lahan Tengku Nazran menghampiri Sofia yang menekup mulutnya.Dia dapat melihat mata gadis kesayangannya itu berair.
“Hei…kenapa menangis ni?” Tanya Tengku Nazran risau.
“Awak ke yang buat semua ni?” Sofia menyoal tanpa menjawab soalan Tengku Nazran.Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan.
“Err…awak tak suka ke?”
Sofia cepat-cepat menggeleng sambil mengelap air matanya.Dia memandang Tengku Nazran yang dah berkerut dahinya.Mukanya pun nampak macam risau.Sofia ketawa kecil.
“Ulang balik apa awak cakap tadi.” Pinta Sofia lembut.
“Hah? Yang mana?”
“Yang star, sky tu.”
Tengku Nazran tersenyum.Perlahan-lahan dia melutut di hadapan Sofia. Dia merenung dalam-dalam anak mata Sofia yang kelihatan bercahaya.
“If you be my star, i’ll be your sky.You can hide underneath me and come out at night.I live to let you shine..so Sofia, I’m asking you now.Would you be my star?”
Tengku Nazran mengeluarkan kotak cincin dari poket seluarnya dan membukanya perlahan-lahan di hadapan Sofia.Sekali lagi air mata Sofia kembali mengalir laju.Air mata kegembiraan.
“Awak tahu tak dah lama saya tunggu ayat awak ni dari mulut awak.And of course I do!” Balas Sofia sambil tersenyum gembira.Tengku Nazran mengeluarkan cincin bertatahkan sebutir berlian dari kotaknya dan menyarungnya di jari manis Sofia.Cantik terletak di jari runcing gadis tersebut.
“Saya pasti dua orang lelaki tadi tu bukan penculik kan? Dan bukan kita berdua je dekat sini.Ramai lagi…betul tak?”
Perlahan-lahan Tengku Nazran mengangguk sambil tersenyum.Sofia ketawa kecil.Dia dah agak!
“Naz…” Sofia memanggil lembut nama Tengku Nazran.
“Ya?”
“Awak tahu tak masa saya kena culik tadi.Saya takut sangat.Saya takut lepas ni saya tak boleh jumpa mama, papa dan jugak awak.” Luah Sofia sambil memandang Tengku Nazran.
“Sorry sebab menakutkan awak.” Tengku Nazran berkata dengan kesal.Sepatutnya dia tak ikut idea gila yang tu.Tapi dengan penuh yakinnya Maya dan Hannah menyuruh dia memberikan sepenuh kepercayaan terhadap mereka berdua.
Sofia menggeleng.” Tak perlu minta maaf.Saya happy sekarang ni.Thanks for everything!”
Hannah yang bersembunyi di sebalik belukar bersama-sama Maya tersengih sambil menepuk lembut bahu Maya.Berpuas hati kerana semuanya berjalan lancar.Harraz dan Adam yang baru sahaja menghampiri mereka turut tersenyum.Topeng di muka masih belum ditanggalkan.Maya pula sibuk mengambil gambar.Dia turut tersenyum senang.Bila hati senang, gambar yang dihasilkan pun turut menjadi cantik.
Maya mengangkat tangan kepada pekerja-pekerja yang dari tadi bersedia untuk menerima arahan supaya menyiapkan apa yang patut.Makan malam perlu dihidangkan kepada Tengku Nazran dan Sofia sebagai penutup untuk acara malam ni.
“Romantiknya!” Ucap Hannah perlahan.Dia berpaling ke arah Harraz dan Adam yang masih belum menanggalkan topeng mereka.Maya yang masih khusyuk menangkap gambar dicuit.
“Apa?”
“Cuba kau tengok Harraz dengan Adam.” Bisik Hannah perlahan sambil mengekek ketawa.Tak tahan sebenarnya tengok muka Harraz dan Adam.
“Dekat mana korang rembat topeng power rangers tu? Tak ada topeng lain ke? Lagi satu, pisau apa kat tangan korang tu? Pisau mainan eh?” Tanya Maya turut ketawa.
“Eh! Kira okeylah ada topeng ni.Apa korang ingat kami ni penculik professional ke beriya nak ada topeng hitam tu.Ni pun nasib baik kami sempat pergi pasar malam semalam tau! Lagi satu mestilah guna pisau mainan.Takkanlah nak guna pisau yang real tu.Terluka karang bakal tunang Tengku tu.” Balas Harraz bengang. Dahlah suruh kita buat kerja jahat, alih-alih kena perli pulak.Mana tak sentap.
Maya dan Hannah ketawa kecil.Suka mengacau dua orang jejaka di hadapan mereka sekarang.
“Janganlah marah-marah.Nanti takde siapa pun nak kahwin dengan korang.” Usik Hannah sambil mengenyit matanya.
“Korang ada! Kita kahwin nak?” Adam membalas kenyitan mata Hannah.Dia tersenyum nakal. Harraz pun turut mengukir senyuman nakal sambil mengangguk mengiyakan kata-kata Adam.
Maya dan Hannah mencebik.Tak kuasalah! Dahlah tak romantik! Ajak kahwin macam nak ajak main masak-masak! Huh!
***
Tiga bulan kemudian…
“Dijemput pengantin untuk ke hadapan bagi sesi memotong kek.” Jemput pengacara bagi majlis resepsi perkahwinan Tengku Nazran dan Sofia Qistina di taman besar di tempat yang sama Sofia dilamar dahulu!
Meja makan bulat tetamu dilapik dengan kain putih gading diletakkankan di atas rumput hijau dengan berbumbungkan langit yang agak cerah dengan cahaya bulan di samping dibantu dengan cahaya lilin dan sedikit lampu neon. Kelip-kelip yang turut terbang bebas di majlis resepsi itu menambahkan lagi keanggunan majlis itu.
Ramai tetamu yang memuji konsep majlis yang diadakan pada malam itu. Terasa unik kata mereka. Dan yang kembang mestilah pemilik The Perfect Proposal! Tengku Nazran dan Sofia yang memakai sepersalinan putih juga gembira apabila majlis kahwin impian Sofia dapat direalisasikan.
Tapi, satu je yang membuatkan Maya dan Hannah pelik. Sofia meminta supaya majlis diadakan di tempat yang sama dia pernah dilamar. Dan apabila dicadangkan agar dibuat berhampiran gazebo yang menjadi tempat Tengku Nazran melamar dirinya, pantas pula gadis itu menolak. Pelik! Lantas, majlis hanya dibuat di tempat yang sama. Cuma jauh dari gazebo yang jauh sedikit di dalam dan dibuat di padang rumput yang luas. Orang banyak duit, majlis di bulan pun boleh buat.
Maya yang dari tadi sibuk ke sana sini dengan DSLR kesayangannya terus menapak dan mengambil tempat di hadapan pengantin untuk mencari syot terbaik bagi kenangan kedua mempelai yang baru selamat bernikah semalam.
Selepas sesi potong memotong kek setinggi tiga tingkat itu, tibalah sesi suap menyuap pula. Tersenyum sendirian Maya melihat Sofia yang malu-malu disuap oleh si suami. Tiba-tiba rasa nak kahwin pulak!
“Jom kahwin?” tersentak gadis itu apabila mendengar satu suara garau di tepinya. Macam tahu-tahu saja apa yang ada dalam fikirannya. Kemudian dia menarik muka apabila melihat wajah jejaka yang suam-suam panas itu.
Harraz hanya tersenyum simpul di sisi gadis yang dah lama bertapak di hatinya. Bukan dia tak nampak bagaimana manisnya senyuman Maya apabila melihat keromantikan pengantin di hadapan.
“Boleh tak jangan nak menepek kat sini? Rimas tahu?” bebel Maya sambil tangan ligat memetik kamera lagi. Tiba-tiba dia terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. Terkejut beruk Maya dibuatnya.
“Maya…” sayu lagi menyedihkan suara lembut dibelakangnya. Pantas Maya menarik nafas lega apabila yang memeluknya ialah Hannah. Dibuatnya Harraz yang peluk dia tadi, ada juga muka yang pecah kena balun dengan DSLR!
“Kenapa ni?” tanyanya prihatin.
“Penatnya!! Dah lah tu, Adam asyik ikut aku je ke mana aku pergi!” Maya hanya tergelak besar mendengar masalah kawannya. Tapi pantas tawanya mati. Aku pun menghadapi masalah yang sama!
“Kau ni, macam tak biasa pula! Kau balun je jejaka diorang tu!” cadang Maya membeliakkan mata kedua jejaka yang baru menghampiri mereka. Harraz yang tadi pergi mendapatkan Adam hanya mencebik. Sampai hati sayang aku cakap macam tu!
“Awak! Kita sanggup tukar shift flight dengan kawan semata-mata nak tolong awak tahu! Tapi awak cakap macam ni pulak!” rajuk Adam.
Bukan main dia dan Harraz memujuk rayu kawan-kawan juruterbang yang lain agar dapat menggantikan tempat mereka semata-mata mahu menolong kekasih hati yang kelihatan penat sekali!
Sepatutnya sekarang dia berada di Mauritius selama seminggu manakala Harraz sepatutnya berada di Perth empat hari. Tapi demi Hannah dan Maya yang sudah seminggu tak cukup tidur kerana membuat persiapan, ditawarkan tenaga lelaki mereka.
Hannah hanya membuat muka apabila mendengar kata lelaki itu. Walaupun muka ditarik masam, tapi dalam hati dia sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran dan pertolongan dan Adam dan Harraz. Terasa ringan sedikit bebannya dan Maya. Yelah, persiapan bagaikan Wedding Of The Year! Dari Tan Sri, Datuk, artis sampailah orang biasa, semua datang memeriahkan majlis. Tak ke penat?
Adam yang hanya simple hanya memakai kemeja biru laut, seluar slack hitam dipadankan dengan kasut kulit berkilat dan butang kemeja atas dibuka sedikit, dipandang. Walau ringkas tapi tetap membuatkan Hannah rasa berdebar tiba-tiba.
Pantas dia memandang ke tempat lain. Tak mahu lelaki itu tahu dirinya mula terpikat. Kalau dia tahu, mahu Adam buat majlis kesyukuran juga nanti. Kemudian organizer di tangan dibelek. Dipaksa otak mencari kerja walhal badannya sudah lembik kepenatan.
Seketika kemudian wajah Maya yang merenung Harraz tanpa lelaki itu sedar, dipandang pula. Sudah! Perempuan seorang ni pulak dah jatuh tergolek! Dipandang anak teruna orang itu lama! Hannah tergelak kecil.
Walau mata pada kamera di tangan, tapi Maya masih lagi curi-curi melihat kepada Harraz yang pada hematnya amatlah kacak pada malam itu. Tadi masa mula-mula persiapan, Harraz dan Adam datang selekeh je. Bila tukar baju dan bersiap walaupun ala kadar, alamak! Cair pula rasanya.
Harraz sedang khusyuk menumpukan perhatian pada acara di hadapannya. Sekali sekala tawa lelaki itu terluah dan kadang-kadang tangan tegap itu pula menepuk gamat. Sama saja perlakuannya dengan Adam. Tapi pandangan Maya lebih terkunci pada Harraz yang memakai kemeja putih di dalam dan vest kait berwarna coklat di luar. Kacaknya!
Tiba-tiba lagu Marry You nyanyian Bruno Mars melatari suasana mengejutkan dua gadis itu. Serentak Hannah dan Maya menepuk dahi. Kerja tak habis lagi dah sibuk duk telek anak teruna orang! Pantas Maya bergerak dengan DSLR dan Hannah pula dengan organizer. Banyak kerja perlu disudahkan!
“It’s a beautiful night, We’re looking for something dumb to do. Hey baby, I think I wanna marry you.” Tapi baru sahaja Hannah nak gerak, kedengaran suara Adam sayup-sayup di sebelahnya mengikut rentak muzik lagu yang sedang berkumandang. Tersentak pun ada. Tapi pantas diselambakan wajahnya.
“Is it the look in your eyes, Or is it this dancing juice? Who cares baby, I think I wanna marry you..” giliran Harraz pula mencari pasal. Sengaja dibisikkan rangkap lagu itu rapat di sisi Maya yang turut tersentak. Bibir menguntum senyuman. Tapi…
Dush! Dush!
“Aduh!” kedua-dua lelaki itu mengaduh kuat. Harraz mengusap perutnya yang terasa senak apabila terkena penangan dari DSLR kesayangan Maya manakala Adam sudah terasa macam nak patah tulang bahunya apabila organizer yang tebal dan berkulit keras milik Hannah dipukul di bahunya. Mereka berdua mengeluh.
“Jangan nak main-main boleh tak? Banyak kerja lain tengah tunggu korang berdua dari sibuk menyanyi kat sini.” Kata Hannah yang turut disokong Maya yang ralit mengelap DSLRnya dengan kain yang sentiasa dibawanya.
Adam dan Harraz mencebik. Baru nak beromantika sikit, dah kena belasah. Kemudian Hannah dan Maya berjalan pergi meneruskan kerja yang tergendala dek dua suara sumbang tadi. Konon je sumbang padahal hati dah separuh cair dengar. Tu tak boleh bagi dorang nyanyi lebih-lebih. Ada jugak jadi puteri lilin kat sini karang.
Yang pasti, Maya dan Hannah dapat tersenyum lebar kerana permintaan Datin Mira dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Riak bahagia di wajah Sofia, Nazran dan lebih-lebih lagi di wajah Datin kesayangan turut membahagiakan Hannah dan Maya. Dari lamaran sehinggalah majlis kahwin. Semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Mission Accomplished!
***
“Maya! Hannah! Boleh ikut mak cik sekejap?” Maya dan Hannah yang sedang mengemas berpaling ke arah Datin Mira yang berdiri di belakang mereka.Dahi masing-masing berkerut.Nak ke mana malam-malam ni?
“Pergi mana, Datin?” Tanya Maya sambil menepuk tangannya untuk membuang habuk.Hannah turut melakukan perkara yang sama.Harraz dan Adam menghilang entah ke mana.Curi tulang agaknya tu! Kedua-duanya bangkit lalu menghampiri Datin Mira.
“Jomlah…” Datin Mira menarik tangan Maya dan Hannah supaya mengikutnya.Maya dan Hannah mula tercengang.Datin nak bawak pergi mana ni? Banyak benda belum kemas lagi ni.
Namun kaki mereka tetap juga melangkah mengikut Datin Mira yang sudah menuju ke sebuah kawasan lapang berhampiran dengan gazebo.Gazebo yang menjadi tempat Tengku Nazran melamar Sofia kelihatan cantik walaupun dihias ringkas.
Sofia sendiri yang mahukan supaya gazebo itu dihias tetapi permintaanya kali ini agak pelik kerana dia mahu Maya dan Hannah menghiasnya mengikut cita-rasa masing-masing.Malah Sofia menyuruh mereka supaya menutup seluruh gazebo itu dengan menggunakan tirai.Pelik…pelik! Kenapa perlu dihias gazebo ini sedangkan Sofia sendiri tidak mahu mengadakan sebarang majlis di sini? Tapi apa hak mereka untuk menidakkan, angguk sahaja lah kepala mengiyakan segalanya.Customer always right!
“Err…Datin, kita nak buat apa dekat sini?” Tanya Hannah sambil membetulkan kemeja lusuhnya.Selepas tamat majlis perkahwinan Tengku Nazran dan Sofia, dia dan Maya segera menyalin pakaian baju kurung mereka kepada pakaian yang lebih kasul.Lebih senang untuk bergerak-gerak ke sana sini.Lagipun, banyak benda yang perlu dikemaskan sebelum masing-masing berangkat pulang ke rumah.
“Nah!” Datin Mira menghulurkan sebuah beg kertas kepada mereka berdua.Maya dan Hannah tercengang.Dahi masing-masing berkerut.
Perlahan-lahan Maya mengambil beg kertas tersebut dari tangan Datin Mira.Dia menjenguk isi di dalam beg tersebut.Yang ada hanyalah koyakan kertas.Nak buat apa dengan kertas ni? Maya memandang ke arah Datin Mira dengan pandangan memohon penjelasan.Hannah yang berdiri di sebelah turut menjenguk isi beg kertas yang dipegang oleh Maya.
Datin Mira tersenyum.
“Mak cik nak Maya dengan Hannah susun kertas dalam beg tu.”
“Susun kertas ni?”
“A’ah.Buat cepat-cepat tau.Nanti lambat balik pulak.” Kata Datin Maria sambil tersenyum lagi.
Hannah memandang Maya yang hanya menjungkit bahu.Akhirnya mereka duduk di atas rumput sambil mengeluarkan kesemua kertas dari beg.Satu-persatu kertas ditilik dan disusun.
“Aku rasa kertas ni kena duduk dekat sinilah.” Kata Hannah sambil melihat kertas-kertas yang telah disusun.
Maya cepat-cepat menggeleng.
“Mana kau tahu kertas tu kena duduk dekat situ? Takde kerusi pun kat situ!” Maya berkata sebelum menjelir lidahnya.Hannah mencebik.Loyar buruk ye kau?
“Maya…kita ni duduk bersila atas rumput.Apa kaitan dengan kerusi? Duduk atas rumput pun boleh tau!” Balas Hannah sambil tersengih apabila melihat muka Maya yang terkulat-kulat.
“Err.. good point! Tapi tak semestinya kertas tu kene duduk situ.. mana tau dekat sini ke?” Bidas Maya lagi.
“Kan kan kan? Aku memang selalu bagi point yang bagus! Hahaha…sbb aku tgk kertas ni cantik je letak dekat sini.”
Maya menggeleng lagi.
“Jangan nak bangga! Aku cakap good point je pun! Sejak bila pula kena tengok kertas tu cantik letak kat mana ni? Eh! belakang ni ada nombor lah?” Maya membelek di bahagian belakang kertas tersebut.Tertera nombor 12.
“Sejak aku cakap cantik letak kat situ.Err..ada apa dengan nombor, Maya oi?”
“Jangan nak loyar buruk boleh tak? Tulah kau! Orang berseni macam aku je tahu maksud nombor-nombor ni.. Okay tengok, elok cantik je dia tulis nombor.Mestilah nak kita ikut turutan! Eh, mcm ku kenal je tulisan ni?!” Dahi Maya berkerut.Memang tulisan ini seperti pernah dia tengok.
“Meh sini aku tengok.” Hannah mengambil kertas dari tangan Maya.Dia mengamati tulisan tangan tersebut dengan penuh khusyuk.
“A’ahlah! Macam pernah tengoklah.Siapa punya tulisan ni, hah?”
Maya mendiamkan diri.Dia cuba mengingati siapa yang mempunyai tulisan tangan macam ni.
“Jangan-jangan…”
“Jangan-jangan siapa?!” Soal Hannah tidak sabar.Main berhenti-henti bercakap pulak dah.
“Datin, siapa yang bu…”Maya berhenti berkata-berkata sebaik sahaja berpaling ke belakang.Perlahan-lahan dia bangkit lalu berjalan ke arah tempat di mana Datin Mira berdiri sebentar tadi.Hannah yang turut terpinga-pinga dipandang.
“Mana Datin?”
Maya menjungkit bahu.Dia pun tak tahu ke mana Datin menghilang.Kertas yang masih belum disusun ditenung lama.Pantas dia menarik tangan Hannah untuk duduk bersila balik di atas rumput.
“Aku rasa kita kena susun kertas ni sampai siap.Lepas tu baru kita tahu jawapan dia.”
Hannah memandang Maya dengan pelik sebelum mengangguk.Kertas-kertas yang masih berterabur disusun elok-elok berdasarkan nombor yang terdapat di belakang kertas tersebut.Selepas 20 minit berlalu, barulah kertas-kertas yang dikoyak tadi menjadi satu helaian kertas yang besar.
“Soulmates are people who bring out the best in you, they are not perfect but are always perfect for you..” Maya dan Hannah membaca serentak.
“Apa maksud kata-kata ni? Aku blur…”Ucap Hannah sambil berulang kali membaca kata-kata yang ditulis di atas susunan kertas tadi.
Maya hanya mendiamkan diri.Dia pun tak faham sangat.Tapi yang lebih penting, dia sudah dapat mengagak siapa dalang semua ni.Tiba-tiba dia dapat mendengar petikan gitar.Dia mencuit Hannah yang masih lagi berfikir mengenai kata-kata tadi.
“Apa?”
“Kau dengar tak bunyi gitar?” Soal Maya sambil melihat sekelilingnya.Bunyi petikan gitar itu semakin kuat.
“Ada…Wei Maya, aku takut!” Hannah dah memeluk lengan Maya.Dahlah malam sangat ni.Seram!
Tiba-tiba mata mereka disilaukan dengan cahaya yang datangnya dari arah gazebo.Maya dan Hannah mengecilkan mata mereka cuba melihat apa yang telah berlaku.Hannah mula bengang sebaik sahaja ternampak kelibat Harraz dan Adam sebaik sahaja tirai yang menutupi gazebo tadi diturunkan dan cahaya terang yang menyilaukan tadi mula berkurangan.Drama sembilu kasih apa pulak diorang nak buat kali ni?
Tapi mulut Maya dan Hannah terus terlopong luas sebaik sahaja melihat Harraz dan Adam yang sedang memetik gitar sambil duduk di atas kerusi.Masing-masing saling berpandangan.Terkejut! Diorang main gitar?
“You’re one in a million… Oh.. Now..” Adam memulakan nyanyiannya. Hannah sudah menekup mulut dengan tangan kanan.
Walaupun baju kemeja biru laut yang tadinya kemas dipakai oleh Adam berubah menjadi selekeh apabila butang dibuka dan terserlah baju T putih di dalamnya, kancing dibuka dan lengan sudah dilipat sehingga ke siku, rambut yang tadi elok terpacak menjadi sedikit serabut, tapi tetap kelihatan menarik di matanya.
“You’re one in a million.. Oh.. Now…” penuh perasaan pula Harraz menyambung. Giliran Maya pula terpaku lagi terkaku. Vest kait lelaki itu juga entah kemana. Cuma tinggal kemeja putih yang lengannya sudah dilipat ke siku.Sekali tengok dah macam Prince Charming!
“Sometimes love can hit you every day. Sometimes you can fall for everyone you see..” sambil menuturkannya, Adam memandang terus ke mata gadis yang disayanginya sejak dahulu lagi.
“Only one can really make me stay. A sign from the sky. Said to me..” Harraz menyampuk sambil tangan ligat memetik tali gitarnya. Sesekali senyuman nakal dihadiahkan kepada Maya yang pasti menjadi patung cendana seperti Hannah.
“You’re one in a million. You’re once in a lifetime. You made me discover one of the stars above us. You’re one in a million. You’re once in a lifetime. You made me discover one of the stars above us…” bahagian korus itu dinyanyi Adam dan Harraz bersama-sama. Dan lirik yang dinyanyikan kedua lelaki itu betul-betul menyentuh hati Hannah dan Maya.
“I’ve been looking for that special one. And I’ve been searching for someone to give my love . And when I thought that all the hope was gone. You smile, there you were and I was gone.” Hannah tersenyum saat bahagian itu dinyanyikan Adam kepadanya.Ceh! Tersenyumlah pulak.
“I always will remember how I felt that day. A feeling indescribable to me. Yeah.. I always knew there was an answer for my prayer. And you, you’re the one, the one for me..” Harraz bangun dari kerusi dan berjalan perlahan kearah Maya yang sudah bergenang air matanya. Sampai di hadapan Maya, lirik itu diucap penuh kasih.
“I was cool and everything was possible..” Adam mula bangun turut menyertai Harraz yang berdiri sambil mula nyanyi bahagian rap.
“They tried to catch me but it wasn’t possible.” Harraz menyampuk sedikit. Maya dan Hannah sudah tergelak kecil apabila lelaki yang dikenali mereka bertukar menjadi sebegini sampaikan sanggup menyanyikan bahagian rap.
“No one could hurt me it was my game. Until I met you baby and we’re the same. And when you……” Adam berhenti seketika. “….. didn’t want me, I wanted you.” Harraz menyambung selebihnya. Bunyi gitar masih melatari suasana.
Tiba-tiba Hannah dan Maya tersentak pada rangkap itu. Rasa bersalah pula apabila sentiasa bersikap acuh tak acuh pada setiap luahan perasaan lelaki itu pada mereka walaupun berjenaka tapi mereka tahu, Adam dan Harraz serius.
“Because the finer thing about it was I like the show.” Mata Adam memandang ke atas pada langit yang hitam pula. Hannah yang berada di hadapan Adam tersenyum sahaja melihat telatah Adam itu.
“I like it when its difficult. I like it when it’s hard. You know it’s worth it that you found your heart..” Maya hanya menarik muka apabila lirik itu seakan kena pada batang hidungnya dan juga Hannah. Tahulah kami ni susah didekati. Tapi hanya seketika cuma, Maya kembali tersenyum manis sambil menahan air mata dari jatuh.
“You’re one in a million. You’re once in a lifetime. You made me discover one of the stars above us. You’re one in a million. You’re once in a lifetime. You made me discover one of the stars above us…” sambil menyanyikan rangkap itu, Adam menolak gitarnya yang tersangkut di tubuh tegapnya ke belakang badan. Matanya menikam lembut ke dalam mata gadis itu. Harraz masih lagi membunyikan gitarnya.
“You’re one in a million.. Oh.. You’re one in a million..” Harraz turut berhenti dan menolak gitar ke belakang badan, juga memandang lembut kearah Maya yang sudah mengalir sedikit air matanya dek terharu. Rangkap terakhir itu diluahkan sepenuh perasaannya.
Maya dan Hannah memandang dua orang jejaka di hadapan mereka dengan linangan air mata.Tak sangka rupanya diorang ni romantik jugak.Walaupun cara mereka tidaklah sehebat Tengku Nazran, tetapi bagi Maya dan Hannah…inilah yang paling hebat dan romantik!
“Err…ni tisu.” Adam menghulurkan tisu kepada Maya dan Hannah.Tak tahan tengok banyak sangat air mata yang dikeluarkan oleh mereka.Rasa macam nak menangis sekali pun ada.
“Cepatlah cakap! Confess cepat!” Tiba-tiba suara Datin Mira kedengaran kuat.Cahaya flash dari kamera yang dipegang mengejutkan mereka berempat.Maya dan Hannah segera menjenguk kepala ke belakang dua orang jejaka tadi dan memandang ke arah Datin Mira yang tersenyum sumbing.Rupanya Datin Mira bersembunyi di belakang gazebo sejak dari tadi.Patutlah hilang tanpa dapat dikesan! Tengku Nazran dan Sofia serentak menepuk dahi.
“Sorry menganggu.Kami pergi tempat lain dulu ye.” Tengku Nazran dan Sofia segera menarik tangan Datin Mira berlalu dari situ.Tengku Nazran hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah mummynya tadi.Sempat lagi, beberapa keping gambar ditangkap oleh Datin Mira sebelum dibawa pergi oleh Tengku Nazran dan Sofia.
“Err…ehem..ehem” Harraz berdehem membetulkan suaranya.Tiba-tiba gugup pulak nak bercakap.Maya yang masih memandangnya dikerling menggunakan ekor mata.Pandangan mata Maya yang lembut dah cukup membuatkan dia cair.Comel!
“Kami ada benda nak cakap dengan korang.” Adam bersuara sambil menyebak rambutnya ke belakang.Dia memandang Hannah dengan muka yang merah.Malunya nak cakap!
“Apa dia?” Soal Maya dan Hannah serentak.
“Err…” Harraz dan Adam menggaru kepala yang tak gatal.Tadi bukan main diorang berlatih, tetapi sekarang habis hilang semua idea.Haihlah! Wajah kedua-dua orang gadis di hadapan mereka dipandang.
“Err apa?” Maya bertanya sambil memeluk tubuh.
“Mula-mula sekali kami nak bagitahu, jangan pukul kami tau.Ini serius….sama macam dalam Wonder Pets!” Jawab Adam dengan muka yang bersungguh-sungguh.Harraz mengangguk mengiyakan kata-kata Adam.Memang serius gila ni!
“Ye…ye.Apa dia?” Kali ni Hannah pula bertanya.
“Korang dah makan?”
Erk? Harraz menekup mulut.Lain yang nak dicakap, lain pulak yang keluar dari mulutnya.Maya dan Hannah mula memandangnya dengan pelik.Adam pula menggigit bibir sambil menggeleng kepala.
“Bukan ke tadi korang pun makan dengan kami?” Balas Maya perlahan.Hannah yang berdiri di sebelah Maya cuba menahan gelak.Entah kenapa tiba-tiba dia rasa kelakar dengan situasi mereka sekarang.Kelam kabut semuanya!
“Ehem..ehem…” Harraz membetulkan suaranya sebelum memandang Maya.Dia menarik nafas dalam-dalam.Jantung dah rasa macam nak pecah! Perlahan-lahan dia melutut dengan menggunakan sebelah kaki.Tawakal jelah!
“Love is never about finding the hand perfectly fits yours.it’s about finding that one person who is willing to hold hands no matter how unfit it may be.Maya…I want to be your person.The person who is willing to hold your hands no matter how unfit it may be.Would you marry me?” Ucap Harraz akhirnya dengan lembut.Berjaya juga dia meluahkan rasa hatinya pada Maya.Kini dia hanya menanti jawapan yang bakal keluar dari bibir Maya.Please say yes!
Maya kemudiannya duduk bersila di hadapan Harraz sambil memandang jejaka di hadapannya dengan tajam.Perlahan-lahan dia mula tersenyum.Nak ajak aku kahwin sampai tertanya pasal makan pulak ye? Hahaha..comel betul dan semestinyalah dia akan terima! Gila tak nak terima?
“Saya tak sangka awak boleh jadi sweet macam ni.”
“Err…ya ke?” Balas Harraz gugup.
“Yelah.Awak kan suka main-main je selama ni..And of course, saya terima lamaran awak.Takde siapa pun yang sesuai untuk memegang tangan saya walaupun saya tahu tangan saya ni tak secantik tangan orang lain kecuali awak.” Balas Maya lembut sambil mengangguk tanda setuju..Mukanya merah.Malunya! Mula-mula macam tak suka sangat dengan Harraz tapi sekarang memang dah cair habis!
“Yay!” Harraz menjerit kegembiraan sambil mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket seluarnya.Dahi Maya berkerut.Kotak apa tu?
“Dulu, awak pernah cakap dekat saya…awak nak bakal suami awak bagi awak sesuatu yang simple tapi bermakna kan?”
Maya mengangguk.Memang dia pernah cakap macam tu dekat Harraz tidak lama dulu.Kalau tak silap, tak lama selepas Tengku Nazran melamar Sofia.
Perlahan-lahan Harraz membuka kotak tersebut dan mengeluarkan sesuatu dari dalamnya.Seutas rantai silver yang berloketkan sebiji kristal berbentuk hati yang terukir H & M di atasnya.
“Ni untuk awak.” Ucap Harraz sambil meletakkan rantai tadi di atas tapak tangan Maya.Maya menggigit bibirnya menahan sendu.Rantai ni! Macam mana Harraz tahu dia nak sangat beli rantai ni?
“Macam mana awak….”
“Saya tahu macam-macam benda pasal kesayangan saya.H and M forever?” Harraz mencelah sambil tersenyum.Maya menyeka air matanya yang hampir-hampir ingin mengalir sebelum mengangguk kecil.Dia tersenyum gembira.
Hannah yang memerhatikan Harraz dan Maya tersenyum kecil.Romantiknya Harraz! Namun, dia segera menoleh ke arah Adam apabila mendengar jejaka di hadapannya berdehem perlahan.
“Awak…” Adam memanggilnya dengan suara yang perlahan.
“Hmm?”
Adam memandang mata Hannah sambil menarik nafasnya.Bibirnya digigit perlahan cuba mengumpulkan kekuatan.
“I’m no knight in shining armor.I’m no Prince Charming nor am I some perfect fairytale character.I’m just me.and all I can be is your happy ending.Hannah…saya nak sangat jadi happy ending awak.Would you marry me? Sorry,I’m not good with words macam Harraz.Dia lebih romantik daripada saya.Saya…” Adam menunduk kepalanya.Terasa seperti lamarannya tidak cukup memberi kesan di hati Hannah.
“Tak romantik awak cakap?! Seriously, kalau perempuan lain dengar pun cair tau.I’m no knight in shining armor, I’m no Prince Charming but guess what?!”
Adam mengangkat muka memandang Hannah yang sedang tersenyum.
“Dari dulu lagi saya anggap awak Prince Charming saya.Kalau diikutkan masa kita mula-mula jumpa dulu.Saya mengaku saya agak jahat dengan awak.Suka buli awak, marah awak sampai awak merajuk.Tapi saya saja je buat semua tu.Saya suka usik awak sebab awak nampak comel bila merajuk.Jadi saya rasa agak mustahil untuk saya menolak lamaran daripada seorang yang saya dah anggap sebagai Putera Idaman dalam hidup saya.Betul tak?” Sambung Hannah lagi sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.Macam malu pulak nak tengok muka Adam.
Adam yang masih tercengang mula mengukir senyuman.Dan senyumannya semakin lebar apabila melihat pipi Hannah yang merah.
“Saya pun ada something nak kasi dekat awak.” Kata Adam sambil tersengih.
“Apa dia?”
“Saya tak tahu awak suka ke tak dengan benda ni.Tapi….nah!” Adam mengeluarkan sesuatu dari poketnya..Dia memandang Adam yang mengukir senyuman manis.
“Suka?”
“Comel sangat! ” Handphone strap comel yang dipenuhi manik-manik kecil berwarna ungu dan putih itu digenggam erat oleh Hannah.
“Saya tahu awak suka handphone strap ni.Tapi awak tak jadi nak beli masa hari tu sebab ada budak kecil yang nak kan? Err…saya try cari kut-kut ada yang serupa tapi takde.Jadi saya buat sendiri.Sebab tu nampak lain macam sikit. Mula-mula saya ingat nak bagi cincin kat awak tapi dulu awak pernah cakap yang awak tak nak cincin masa awak kena lamar.Jadi saya bertekad nak buat handphone strap ni untuk awak.Saya susun manik tu jadi nama kita.A Love H.Awak suka tak?” Ujar Adam menggaru kepalanya sambil memandang Hannah yang masih menggenggam erat handphone strap buatannya.
“Saya terharu sangat.Terima kasih sebab susah payah buat benda ni untuk saya.” Balas Hana perlahan sambil mengelap air matanya.
“Hei…janganlah nangis.Saya tak suka tengok awak nangis.Senyum sikit.” Perlahan-lahan Hannah mula menarik senyuman manis.
“Sekarang ni aku dah tahu kenapa Sofia tak nak buat majlis kahwin dia dekat gazebo tu, Hannah.Sebab dua orang jejaka ni dah cop dulu kan?”
Harraz dan Adam ketawa kecil sambil mengangguk.Bersusah payah diorang pujuk Tengku Nazran dan Sofia semata-mata nak dapatkan gazebo tu.Sebabnya Maya dan Hannah pernah cakap yang diorang suka sangat dengan gazebo tu.Cantik katanya.
“It’s official lah kan?” Tanya Harraz sambil tersenyum nakal.
“Official? Official apa?” Dahi Maya dan Hannah berkerut.
“It’s official yang lamaran kami tadi telah berjaya membuatkan hati pemilik-pemilik The Perfect Proposal cair.” Jawab Adam turut tersenyum nakal.
“Oh main-main ye.Ala, koranglah yang dah cair dengan kami.” Hannah mula mengejar Adam yang awal-awal sudah berlari menjauhinya.Kalau ada organizer di tangannya sekarang, memang dah kena Adam ni!
“Ala mengaku jelah.Korang cair kan tadi.Kalau tak, takkanlah sampai nangis.” Kata Harraz pula turut berlari menjauhi Maya.Maya bercekak pinggang geram sebelum turut mengejar Harraz.
“Siaplah korang!” Maya dan Hannah masih lagi sibuk mengejar dua orang jejaka yang secara rasminya telah menjadi raja di hati masing-masing.Dalam marah, sempat lagi mereka bergelak ketawa.Tengku Nazran, Sofia dan Datin Mira yang memerhati gelagat mereka dari tadi tersenyum kecil.Sesekali Datin Mira turut menangkap gambar Maya dan Hannah yang kelihatan sangat gembira.Seronok apabila orang bersusah-payah untuk mereka akhirnya telah menemui perfect proposal yang diidamkan.
“Happily ever after, InsyaAllah…” Bisik Sofia perlahan sambil membalas pelukan suaminya di pinggang.
“Ye sayang.Kita doakan ye…” Balas Tengku Nazran lembut sambil mencium ubun kepala isterinya.
Tengku Nazran memandang pula ke arah mummynya yang masih lagi menangkap gambar menggunakan DSLR Maya yang entah bila diambil olehnya.Dia mengukir senyuman gembira apabila melihat wajah mummynya yang kelihatan sangat ceria.
“Lepas ni kita pergi lagi Perfect Proposal tau?” Tiba-tiba Datin Mira bersuara.
“Hah? Nak buat apa lagi, mummy? Kalau nak jumpa Maya dengan Hannah, ajak jelah datang rumah.Kan senang?” Balas Tengku Nazran dengan dahi yang berkerut.
“Ala, senang sikit mummy nak berbincang nanti.Kamu dah kahwin dah, lepas ni giliran mummy pulak.Mummy pun dah lama menjanda ni.” Selamba Datin Mira berkata-kata sambil tersengih.Suka melihat muka anaknya yang dah berubah pucat.
“Erk? Ye ke mummy?”
Kali ni terus Datin Mira tergelak besar.
“Mummy gurau jelah.Daddy kamu tetap di hati mummy ni.Tak ada dua, tak ada tiganya.” Datin Mira tersenyum.
Baginya, walaupun lamaran yang diterima Sofia, Hannah dan Maya sangat romantik tapi lamaran barwah suaminya dulu tetap paling dikenangi.Datin Mira hanya tersenyum sayu.Tapi yang penting sekarang, semua orang yang dia sayangi gembira.Harap semuanya berkekalan sampai bila-bila.InsyaAllah.













Best giler..sweettt sgt!!
mmg bestlah…romantiknya…
Romantiknya !!
Teringin nak kena lamar macam maya and hanna .. Hee ~
wahh..citer pling sweet yg prnah saye bace..
keep it up writer..hehe..
i love this…