Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 1

4 April 2011  
Kategori: Novel

8,691 bacaan 9 ulasan

Oleh : Tinta Biru

Bab 1

“Eh macam mana Fiz, dengan budak tu. Ok tak” Ikmal menuding jari ke arah sekumpulan siswi yang sedang menjamu selera di medan selera Fakulti Sastera.

“Yang mana satu ni. Kan ke ramai awek kat situ” Hafiz terpinga-pinga memandang ke arah kumpulan tersebut. Lebih kurang 4 orang siswi di situ. Yang mana satu menjadi idaman Ikmal pun dia tak tahu.

“Laa.. tu haa, yang pakai baju kurung biru laut tu.. Kau rasa ok tak budak tu?” soal Ikmal lagi. Sejak pertama kali memandang wajah Mia Sarah hatinya telah terpikat. Inilah yang dinamakan cinta pandang pertama fikirnya.

“Eh biar betul kau ni. Budak kampung tu yang kau minat. Dah hilang akal apa kau ni. Punya berlambak perempuan cantik-cantik kat sini, kenapa dia pula yang kau suka. Lagipun kau kan ke ramai awek, tak kan tak cukup-cukup lagi” Hafiz meneguk milo ais sambil meratah wajah hensem Ikmal.

“Tapi dia tu lain lah. Macam ada daya tarikan yang menyebabkan aku suka kat dia. Comel apa muka dia aku tengok. Aku nak try tackle dia lah” Ikmal bersungguh-sungguh.

“Ntah lah, pada aku tak cantiklah dia tu. Tapi cantik tu kan ke subjektif. Tak taulah aku tang mana yang kau nampak dia tu cantik. Alaaa, kau ni petik jari berpuluh yang datang. Setakat perempuan macam tu, aku rasa senang je kau nak kenen. Kacang goreng je.”

“Aku tau lah. Tapi ntah lah, aku nampak dia tu macam hard to get lah” Ikmal membalas kata-kata Hafiz.

“Belum cuba belum tau. Lagipun yang hard to get tulah yang best. Hahaha”

“Iye lah tu. Tapi aku tak suka. Aku suka yang easy to get, sebab aku ni tak sabar orangnya. Tak kan tak faham-faham kot” Ikmal menoleh sekilas ke arah Mia Sarah sambil tersenyum lebar.

Kelihatan gadis itu sedang tergelak-gelak kecil bersama kawan-kawannya. Mia Sarah merupakan pelajar tahun satu yang tinggal di Kolej Tiga. Mengambil jurusan Perancangan Bandar. Walaupun kalah jika dibandingkan kecantikannya dengan makwe-makwe Ikmal yang lain, namun Mia Sarah memiliki kecantikannya yang tersendiri. Wajah ayunya cukup manis walaupun tanpa mengenakan sebarang alat solek. Memang kecantikan yang semula jadi. Di samping itu, penampilannya yang sentiasa menutup aurat membuatkan Ikmal tertarik. Berbeza dengan perempuan lain yang dengan bangga menayangkan aurat kepada yang bukan muhrim. Perempuan seperti inilah yang Ikmal cari sejak sekian lama.

“Aku faham sangat dengan kau ni. Anak Datuk Kamarul, apa yang kau nak semua kau dapat kan. Tak ada yang tak dapat nya. Bertuah betul jadi anak orang kaya macam kau ni. Perempuan keliling pinggang, hmmm aku jugalah yang melopong”

“Ek eleh kau ni, melopong apa ke bendanya. Kau tu pun anak orang kaya. Makwe bertukar ganti. Lagi kata nak melopong” Ikmal membuat mimik muka ke arah Hafiz.

“Hahahaha. Tapi ayah aku tak sekaya ayah kau. Ayah kau tu title Datuk. Ayah aku ni bilalah nak dapat Datuk. Kempunan juga aku nak jadi anak Datuk ni”

“Aku tau bila ayah kau jadi Datuk”

“Bila tu?”

“Bila kau dah ada anak nantilah. Automatik kau jadi anak Datuk time tu. Hahaha” Ikmal tergelak kuat.

“Cis, aku cakap betul-betul. Kau main-main pulak” Hafiz tarik muka kelat. Tapi kemudian dia turut tergelak sama. Nasi berlauk yang terhidang disuap ke dalam mulut.

“Walau apa pun yang terjadi aku akan pastikan kau akan jadi milik aku. Milik aku seorang, untuk selama-lamaya. Dan aku akan pastikan kau bahagia dengan aku” janji Ikmal sendiri. Anak matanya masih tidak lari dari memerhatikan Mia Sarah.

“Ehh, Mia. Cuba kau tengok mamat yang dekat meja hujung tu. Dari tadi aku perhatikan, asyik usha sini je. Usha siapa haa. Usha aku ke?” Liza mula buat-buat perasan.

Serentak Mia, Linda dan Hani menoleh ke arah yang diperkatakan oleh Liza tadi. Sebaik mereka menoleh kelihatan Ikmal tersenyum manis ke arah mereka semua.

“Betullah tu, dia pandang group kita. Pandang siapa haa. Kalau pandang aku, best juga tu” Hani pula bermain perasaan.

“Dah, tak payah nak berangan lah. Dia tu buaya besar kat sini tau tak” terang Linda.

“Eh, ye ke. Buaya bukan duduk dalam air ke. Apasal dia duduk kat darat pula. Masuk U pula tu. Educataed sungguh buaya tu ye” Mia buat lawak bodoh. Serentak mereka semua tergelak kuat.

“Alaa, nak hairan apa. Buaya kan ke haiwan 2 alam. So tak kisahlah dia nak duduk dekat air ke, dekat darat ke. Tapi dia tu memang playboy kat sini. Aku selalu nampak sekejap-sekejap dengan perempuan ni, nanti dengan perempuan lain pula, esok lusa dengan makwe baru pula. Tapi kalau korang nak merasa dipermainkan hati dan perasaan, haa bolehlah masuk line” ujar Linda panjang lebar.

“Banyak betul kau tau pasal dia tu. Kau pernah masuk line ke?” Liza menyampuk.

“Isshhh, mengarutlah kau ni. Masuk line apanye. Kakak aku lah cerita. Kakak aku satu kuliah dengan dia tu. Takkan kau tak cam muka dia. Ikmal nama dia kalau aku tak silap. Alaa, masa haluansiswa dulu, bukan main garang lagi dia tu. Asyik nak marah-marah saja” Linda melepaskan geram sambil menyuap mee goreng ke mulutnya. Teringat peristiwa dia ditengking Ikmal gara-gara lambat sampai ke dewan dulu.

“A’aaa betullah tu. Baru aku ingat. Memang garang macam singa kan dia tu. Saja je kot, nakkan perhatian lebih” ujar Mia pula sambil melirik ke arah Ikmal.

Muka boleh tahan, hensem, bermata bundar, berbibir nipis, berkulit cerah, badan taff pula tu, berkening lebat, pendek kata memang hensemlah. Iras-iras pelakon Nazim Othman pun ada. Kalau mana-mana perempuan tengok memang boleh jatuh tangga ni.

“Ahhh, jatuh tangga ke, jatuh tergolek ke, tapi tujuan aku datang sini bukan nak bercinta. Ok tu Mia, ingat baik-baik. Tujuan kau datang sini adalah nak belajar. Nak balas jasa nenek kat kampung tu. Bukan nak menggatal dengan jantan tak tentu hala kat sini” Mia mengingatkan dirinya sendiri.

Memang niat hatinya ingin belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang sudah tua di kampung telah banyak berkorban demi untuk melihatnya berjaya. Tambahan pula dari kecil lagi dia telah tinggal dengan neneknya apabila ibu dan ayahnya telah bercerai sewaktu dia dilahirkan. Bertambah malang bila ibu dan ayahnya turut berkahwin lain. Sejak dari kecil lagi dia telah hilang kasih sayang seorang ibu dan ayah. Bertambah rumit bila ibu yang melahirkannya begitu membenci dirinya kerana dia adalah anak yang lahir dari perkongsian hidup antara ibu dan ayah.

“Tapi kan, dia tu memang hensem kan. Sebab tulah ada pakej nak jadi buaya. Kalau muka sekupang tu memang tak layak dah nak jadi playboy” kata-kata Hani menyedarkan Mia dari lamunan. Jauh benar dia membawa perasaan.

“Hahahaha” keempat-empat mereka tergelak lagi.

Mereka merupakan 4 sekawan yang sentiasa bersama. Kebetulan pula mereka turut mengambil bidang yang sama di Universiti Malaya. Perkenalan semasa haluansiswa dulu menjadikan persahabatan mereka semakin akrab. Linda dan Hani tinggal di Kolej Dua manakala Mia dan Liza di Kolej Tiga.

“Eh, dah dekat pukul 11 lah. Jom cepat, nanti bising pula Prof Zaini tu” Mia menghabiskan saki-baki soya ais di gelas.

Keempat-empat mereka telahpun mengatur langkah kaki menuju ke dewan kuliah. Mereka turut melintasi meja yang diduduki oleh Ikmal dan Hafiz. Mia memandang sekilas ke arah Ikmal. Berdesup jantungnya apabila Ikmal sememangnya merenung dirinya.

“Dah sah memang buaya ni usha-usha akulah. Tapi kenapa pula. Takkan nak jadikan aku ni makwe dia pula. Ishh, mengarut betullah kau ni Mia. Takkan orang yang hensem macam tu nak tersangkut dekat kau pula. Jangan perasan ok. Lagipun ingat sikit niat kau datang sini ok” bisik hati kecil Mia sambil melangkah menuju ke dewan kuliah.

———

“Opppsss, sori. Tak sengaja” Ikmal memungut buku dan fail Mia yang telah terjatuh.

Tak sengajalah konon padahal memang Ikmal buat-buat terlanggar kan Mia tadi. Saja dia buat-buat tak nampak, taktik pertama dia nak memulakan perkenalan.

“Tak apa. It’s ok” balas Mia perlahan sambil mengambil buku dan failnya yang dihulurkan oleh Ikmal.

“Takkan lah tak nampak. Kalau buta tu, lainlah cerita. Dah sah-sah aku lalu kat depan dia tadi. Lagipun mata dia dari tadi duk pandang aku. Macam sengaja je nak langgar aku ni, tapi kenapa pula?” Mia tertanya-tanya. Malas hendak fikir banyak langkah kaki diatur cepat meninggalkan Ikmal. Hari ini dia sendirian tanpa teman.

“Ehh, awak. Tunggu kejap” Ikmal mengejar Mia perlahan.

“Ada apa lagi” Mia tak kuasa hendak melayan lelaki di depannya ini.

“Saya betul-betul minta maaf tadi. Memang tak sengaja” Ikmal berbasa-basi.

“Kenapalah kau ni manis sangat. Tak tahan aku tengok. Rasa nak saja aku peluk-peluk kau sekarang ni” Ikmal memberontak di dalam hati sambil meratah ke dalam anak mata Mia.

“Kan saya dah cakap tadi, tak apa. So tak payahlah nak minta maaf lagi. Ok lah saya nak balik dah ni” Mia tak mahu menunggu lebih lama. Lagipun dia tak biasa berbual-bual dengan lelaki seperti itu.

“Ehh, nantilah dulu. Janganlah balik lagi. Saya nak kenal-kenal dengan awak ni. Nama saya Ikmal Datuk Kamarul” Ikmal memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Sengaja dia menekankan perkataan Datuk itu.

“Oooo anak Datuk rupanya. Eleh, ingat aku ni hairan sangat dengan title Datuk tu. Menumpang kesenangan orang tua, bolehlah” omel Mia.

“Saya Mia. Oklah, saya memang kena pergi sekarang. Assalamualaikum” Mia terus berjalan pantas meninggalkan Ikmal.

“Waalaikummussalam” balas Ikmal perlahan sambil melihat huluran tangannya yang tak disambut.

“Memang hard to get betullah kau ni. Tapi tak apa, aku nak tengok setakat mana kau boleh lari dari aku”.

———

“Mal, kenalkan ni Julia. Jue ini kawan Fiz, Ikmal. Dan yang itu Zura” Hafiz memperkenalkan Julia kepada rakan-rakannya.

“Wah, ada bunga baru nampak. Cantik pula tu. Budak mana?” soal Ikmal ketika Zura dan Julia sedang asyik bermain bowling.

“Itu budak junior tu. Fakulti Sains. Tapi ada cerita best tentang dia” Hafiz memandang Ikmal penuh makna.

“Cerita best, apa tu. Kalau bermanfaat dekat aku, aku nak dengar”.

“Memang bermanfaat sangat-sangat ni. Kalau kau nak tau, Julia tu tinggal kat Kolej Tiga”.

“Itu saja. Tak ada apa yang menarik pun” Ikmal mencebik.

“Dengarlah dulu. Bukan setakat tinggal kat Kolej Tiga saja, tapi dia tu roomate Mia. Budak kampung yang kau gila-gilakan tu”.

“Serius !!!” Ikmal teruja mendengar penjelasan Hafiz. Maknanya dia ada harapan untuk memikat Mia Sarah.

“Serius lah. Takkan aku nak main-main pulak. Haa, excited kan. Hahaha” Hafiz tergelak kecil.

“Maunya tak excited. Excited gila dah ni. Nasib baik aku tak gila macam orang kat Tanjung Rambutan tu. Hihi. Eh, tapi kau pun agak-agaklah. Asyik panggil Mia tu budak kampung je. Aku tak suka tau” marah Ikmal. Sakit pula hatinya bila Hafiz memberi gelaran sedemikian pada gadis idaman hatinya.

“Ye la, aku tak panggil dia budak kampung dah. Tapi itu kenyataan, ok. Kau tak boleh nak nafikan”.

“Hmmm” Ikmal membalas sepatah.

“Wahhh, meriahnya berborak. Cerita fasal apa ni” soal Zura sambil mengelap peluh kecil di dahi. Dia lantas mengambil tempat duduk di sebelah Ikmal.

“Biasalah, cerita fasal dunia lelaki” Ikmal tersenyum manis ke arah Zura. Perempuan yang ntah ke berapa keluar dengan dia, Ikmal sendiri tak pasti.

“Emmm, Julia ni roomate Mia ye. Yang ambil course Perancangan Bandar tu. Dia pun first year juga” Ikmal merenung Julia inginkan kepastian.

“Ikmal kenal dengan Mia ke. A’aa, betullah tu. Dia roomate Jue” hairan pula Julia, macam mana Ikmal boleh kenal dengan roomatenya.

“Kalau macam tu bagus sangatlah tu. Emm, ada nombor phone dia tak. Bolah bagi kat Mal” Ikmal begitu berharap. Di kala ini Zura cuma memandang dengan perasaan cemburu.

“Dia tak ada telefonlah. Dia tu susah sikit, orang miskin. Mana ada duit nak pakai telefon bimbit ni” balas Julia lagi. Tak segan silu dia menceritakan tentang roomate yang amat dibencinya.

“Alaaa’ susahlah macam ni. Tak pe lah, nanti aku kasi duit untuk kau beli telefon ye Mia. Senang aku nak kontek kau. Ni tak ada telefon susahlah. Takkan nak utus-utus surat macam zaman budak-budak dulu. Alahaiii” bisik hati Ikmal.

“Kalau macam tu, tak apalah. Nanti kirim salam rindu kat dia ye” balas Ikmal lagi.

“Ok” kirim salam rindu konon. Macam budak sekolah saja. Nak muntah aku dengar. Bebel Julia sendiri.

—————–

“Kenapa ni, masam je Mal tengok” Ikmal memicit perlahan hidung mancung Zura. Selepas bermain bowling tadi, Zura lebih banyak mendiamkan diri.

“Kenapa Mal buat Zura macam ni” nada rajuk Zura kedengaran.

“Buat macam ni. Buat macam mana pula” Ikmal menoleh sekilas ke arah Zura sambil meneruskan pemanduannya.

“Ye la. Tu budak junior mana pula yang Mal sukakan tu. Zura sakit hatilah. Cemburu tau”.

“Isshhh, nak cemburu kenapa nya pula. Kita ni bukannya pasangan kekasih pun. Dari dulu lagi Mal dah cakap kan, Zura bebas nak keluar dengan mana-mana guys yang Zura suka, dan Mal pun boleh keluar dengan mana-mana girls yang Mal suka”.

“Tapi!!!. Zura cintakan Mal. Cinta sangat-sangat. Tolong jangan buat Zura macam ni. Lagipun dah lama kita kenal. Takkan Mal sikitpun tak cintakan Zura”.

“No… tak ada istilah cinta dalam kamus hidup Mal ok. Tolong jangan ungkit lagi soal itu. Mal tak suka” suara Ikmal agak keras. RX7 nya dipecut laju.

“Please lah Zura, tolong jangan nak kongkong hidup aku. Walaupun kau lebih cantik dari Mia, tapi aku anggap kau seperti kawan saja. Cinta… aku rasa aku dah jauh cinta. Tapi bukan dengan kau. Tapi dengan Mia Sarah” fikir Ikmal.

“Takkan lah sekelumit perasaan sayang pun tak ada Ikmal. Zura tau, Mal tu playboy. Tapi nak buat macam mana, bila hati ini terus-terusan menyimpan perasaan cinta dan sayang pada Mal. Memang nampaknya Zura terpaksa menjeruk rasa seumur hidup. Oh tuhan” tangis Zura di dalam hati.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 1”
  1. MARISSA says:

    Best, akak suka. Rasa kembali muda…tahniah.

  2. Lily Atieka says:

    Best la..gatal betul la ikmal tu..memang dasar buaya,haha.x sbr nk tau citer seterusnya..

  3. TinTa Biru says:

    Tq kak so much kak Marissa….. hihihi… :) ;)

  4. TinTa Biru says:

    tq Lily… Ikmal tu memang gatal,, dah nama pun buaya.. hihi :)

  5. kusyi03 says:

    best sangat!!! excited gler mse bace! hehe..truskan ok? anyway..ad blog x?hehe

  6. TinTa Biru says:

    tq kusyi…
    http-tintabiru-emi.blogspot.com
    terjah2 ye..

  7. kusyi03 says:

    thanx kq tinta!!!! hehe..

  8. TinTa Biru says:

    ur welcome kusyi… :) :)

  9. lisa says:

    plez kuarkn novel ni..mls la ari2 nk bce msti kne connect intrnet dulu..
    kalo novel kn sng..amik novel trus bce..x yh ssh2..
    kuarkn la novel nye

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"