Novel : Antara Cinta dan Kawin Kontrak 1

11 April 2011  
Kategori: Novel

13,689 bacaan 17 ulasan

Oleh : Syamiraa Akiim

Inilah kali pertama Maya Mayesa menjejak kaki ke Nis’s Interprise Holding sebagai seorang pengurus kewangan.Pada hari pertama,Maya dikenalkan oleh Pengurus Syarikat Nis’s Interprise Holding iaitu Datuk Ismail kepada para kakitangan di syarikat tersebut.Ramai kakitangan yang suka dengan Maya dengan sikap peramah,lemah lembut dan budi bahasanya.Maya bukan sahaja cantik dan gadis berlesung pipit,Maya turut bertudung seperti mana gadis melayu yang beragama Islam yang lain.

Maya ialah anak saudara tunggal Datuk Ismail.Datuk Ismail pula ialah abang tunggal kepada ibu Maya,Sofea.Sejak kematian ayah Maya iaitu Yusof,Datuk Ismail dan isterinya,Datin Nerisa tempat Maya bermanja kerana anak tunggal mereka iaitu Farriel Izzumi tiada di Malaysia.Farriel menyambung pelajarannya di luar negara dan akan pulang selepas mendapat ijazah tertinggi.Selepas pulang ke Malaysia,Farriel akan menggantikan tempat Datuk Ismail sebagai pengurus syarikat Nis’s Interprise Holding.Sofea pula masih meneruskan kerjayanya sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

“Macam mana Maya?”.Soal Datuk Ismail kepada Maya.Maya hanya tersenyum melihat pemandangan di dalam bilik kerjanya.Memuaskan.

“Thanks pak long .Maya tak tahu nak cakap macam mana”.Jawab Maya teruja.Sungguh dia teruja dengan hiasan bilik tersebut,dengan sofa berwarna biru air,dinding dicat dengan warna biru campur putih.Cermin kaca dan pelbagai lagi cukup memuaskan hati Maya.

“Pak long tahu Maya suka warna biru dan putih”Ujar Datuk Ismail.Maya hanya tersenyum.

“Kalau macam tu,pak long keluar dulu”.Sambung Datuk Ismail.Maya terus berpaling ke arah Datuk Ismail yang berjalan ke arah pintu.

“Baik Tuan”.Datuk Ismail hanya tersenyum dan mengeleng kepalanya.

Maya mengambil tempat dikerusi.Di atas mejanya ada sebuah komputer jenis Acer dan beberapa helai kertas.Bunga-bunga turut di hias di atas mejanya.Maya tersenyum lagi.Kali ini dia berdiri dan mengambil tempat di tepi tingkat cermin yang boleh melihat pemandangan di bandar Kuala Lumpur.

“Nak buat apa ya?”.Soal Maya,lebih kepada diri sendiri.Maya kembali ke tempat duduk lalu membuka komputer tersebut.

“Check kewangan dulu lah”.Sambung Maya lagi.

Tok!Tok!Tok!
Maya tersentak tetapi cuba berlagak selamba.Maya menyuruh orang tersebut masuk.Siapa yang nak kacau aku ni?Bisik Maya.Matanya masih lagi berada di skrin komputer.

“Assalamualaikum”.Suara garau memberi salam.

“Waalaikumusalam”.Jawab Maya.Tangannya berhenti menaip manakala matanya pula beralih dari skrin komputer dan memandang susut tubuh orang yang berada didepan matanya.

“Ada apa?Boleh saya tolong?”.Tanya Maya kepada lelaki tersebut.Lelaki itu tersenyum.

“Kalau iya pun,tak nak jemput duduk ke?Kalau pelawat yang datang tadi,nak biarka saja berdiri macam tiang?”.Tanya lelaki tersebut dengan sindiran.Muka Maya merona merah.Maya hanya mempu tersenyum dan menyuruh lelaki tersebut duduk.

“So ada apa encik…”.

“Saya Nazim.Nazim Ikmal”.Sambung Nazim lalu menghulur tangan kepada Maya.Maya hanya memandang tangan Nazim.Mana boleh sentuh kalau bukan muhrim.Haram!Bisik Maya dalam hati.

“Maya.Maya Mayesa”.Sambung Maya.Dia terus memandang ke arah skrin komputer dan berpura-pura menaip sesuatu.Nazim hanya tersengih lalu menarik semula tangannya.Lupa,dia ni kan alim.Pakai tudung tutup likup.Mana boleh main sentuh je.Bisik Nazim dalam hati.

“Tahniah sebab dah berjaya melangkah masuk ke dalam Nis’s interprise Holding”.Ujar Nazim.Maya menghentikan penaipannya lalu memandang ke arah Nazim.

“Thanks a lot”.Balas Maya dengan senyuman yang berlesung pipit di dua belah pipinya.

“Hurm,boleh saya tahu.Apa kerjaya encik Nazim dalam syarikat ni?”.Soal Maya.Nazim ketawa kecil sebelum menjawab soalan Maya.Maya pula terpinga-pinga.Entah apa yang merasuk Nazim.

“Saya pengurus pemasaran”.Sambung Nazim.Maya hanya mengangguk.

“Berarti saya kena panggil Boss Nazim lah ye”.Ujar Maya sambil tersengih.

“Kenapa pulak?”.Soal Nazim.Pelik!

“Iyya la.Saya ni kan pangkat rendah daripada Boss Nazim”.Jawab Maya.Nazim hanya tersenyum.

“Tak payah la,panggil Nazim aje”.Ujar Nazim malu-malu.

“Mana boleh.Saya kena hormatlah orang berpangkat dari saya.Saya panggil encik Nazim je la”.Tegas Maya.Terkejut Nazim tapi cuba berlagak selamba.Nazim mengangguk kecil.

“Tapi kalau kat luar dari office jangan panggil saya Encik.Tapi Nazim je”.Nazim memberi pengingatan kepada Maya.

“Oke Boss”.Maya memberi tanda hormat kepada Nazim,tak ubah seperti polis yang sedang memberi hormat kepada Bos Besarnya.

“Okey lah.Saya ada banyak kerja lagi ni.So saya keluar dulu”.Tutur Nazim lalu berdiri.Maya turut berdiri.

“Thanks Encik Nazim sebab lawat bilik saya”.Ujar Maya sambil bengun dari kerusi.Nazim hanya memberi senyuman lalu meninggalan Maya.

Maya menepuk pipi gebunya.Jangan Maya,tumpukan perhatian pada kerja kau.Malu sikit aje!Bisik Maya dalam hati.Maya kembali duduk lalu meneruskan kerja taip-manaipnya.Entah apa yang ditaip,kerja dipejabat belum lagi berada di tangan Maya.Mungkin Maya sedang berlatih manaip laju kot.

***

Maya melangkah keluar dari biliknya.Dia memandang sekitar ruang di bangunan tingkat 4.Tiada sesiapa,mungkin diorang sedang rehat.Bisik Maya.Dia melihat jam di tangannya,menunjukkan pukul 1 tengah hari.Patutlah tiada sesiapa yang berada di tingkat 4.Maya melangkah menuju ke lif tetapi belum sempat dia sampai,ada suara menegurnya.Nazim!

“Hye”.Sapa Nazim.Maya menghentikan langkahnya lalu memandang ke belakang.Maya memberi senyuman kepadanya.

“Hye”.Balas Maya.Nazim mendekati Maya.Maya cuba memandang muka Nazim tapi Maya terpaksa mendongak sedikit kerana tingginya dengan Nazim hanya paras dagu Nazim.Nasiblah badan.

“Nak lunch ke?”.Soal Nazim.Maya mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam lif yang sudah terbuka luas.Nazim mengekori Maya.

“Nak makan kat mana dan dengan siapa?”.Soal Nazim lagi.

“Tadi uncle saya nak ajak makan sama-sama tapi tiba-tiba dia dapat panggilan,so saya nak makan dekat restoran sorang-sorang la”.Jawab Maya selamba.

“Oouh.Jom lunch sama-sama”.Beria-ria Nazim mengajak Maya makan bersama.Maya pula rasa serba salah,dia dari dulu tak pernah percaya cakap lelaki.Tetapi Nazim ialah kawan sepejabatnya.Nazim juga lelaki.Dengan rasa berat hati Maya terpaksa menerima pelawaan Nazim.Nazim menjerit keriangan dalam hati.

“Dipersilakan Princess”.Ujar Nazim kepada Maya sambil membuka pintu kereta Honda City berwarna birunya.Maya hanya tersenyum walaupun senyuman itu pahit sekali.Hari pertama bekerja dah keluar dengan lelaki.

“Thanks Encik Nazim”.Ujar Maya selepas Nazim sudah berada di tempat duduk pemandu.Nazim yang sedang memakai tali pinggang hanya tersenyum.Maya turut melakukan hal yang sama.

“Kita nak makan kat mana?”.Soal Nazim selepas kereta yang dipandu sudah berada di atas lebuh raya.

“Kat mana-mana je”.Jawab Maya selamba.

“Kalau macam tu,kita makan seafood nak?”.Soal Nazim lagi,cuba bermesra dengan Maya.Maya pula tak selesa dengan keadaan berdua-duaan dengan Nazim di dalam kereta bercermin hitam.

“Ikut suka encik Nazim la”.Jawab Maya lagi.Nazim mengangguk.

“Awak dah lupa janji ke?”.Soal Nazim tiba-tiba buat Maya berkerut dahi.Lupa janji?Aku janji apa dengan dia?Bisik Maya dalam hati.Dia menoleh ke arah Nazim yang hanya selamba.Nazim turut membalas pandangan Maya.

“Yang awak nak panggil saya ‘Encik’ dalam office je”.Jawab Nazim.Maya pula masih berkerut dahi.Bila masa aku cakap?

“Ouh.Baik lah encik…”.Belum sempat Maya menghabiskan ayatnya,Nazim telah berdehem kuat.Maya terus menekup mulutnya.Luculah Maya ni,bisik Nazim dalam hati.

***

Kereta Suzuki Swift berwarna putih memasuki ke dalam pintu pagar rumah teres dua tingkat.Sofea menjenguk keluar rumah.Dah balik pun.Bisik Sofea dalam hati.

“Assalamualaikum”.Maya memberi salam selepas Maya keluar dari perut kereta.Sofea menjawab salam lalu berpeluk tubuh bersandar di pintu.

“Macam mana hari pertama kerja?Oke?”.Soal Sofea kepada anak tunggal kesayangannya.

“Oke aje.Tapi ada sorang mamat tu nak rapat je dengan Maya”.Adu Maya kepada ibunya.Sofea hanya tersenyum lalu memeluk bahu Maya membawa masuk ke dalam rumah.

“Ala,bagi je la ruang untuk dia.Mana tahu dia suka kat Maya kot”.Ujar Sofea.Maya mencebik.

“Masalahnye ibu,dia tu…Tak nak la ngumpat pasal dia”.Maya menampar bibirnya.Mana boleh kutuk orang,berdosa.Sofea mengeleng melihat gelagak anaknya.Memang dari dulu diajar supaya tak mengumpat orang.Berdosa namanya.

“Ibu dah makan?”.Soal Maya.Sofea mengeleng.

“Bagus.Jom makan.Lapar lah”.Ujar Maya sambil mengusat perutnya.

“Iyye ke?Tak makan dengan lelaki yang nak rapat dengan Maya tu?”.Soal Sofea dengan sindiran.

“Makan.Tapi tak kenyang,tak selera pun nak makan.Takut juga..”.Jawab Maya selamba.

“Hurm,ibu pergi hidangkan makanan.Maya tu pergilah bersihkan diri dulu,buang tudung dulu.Solat magrib tak lagi ni?”.Soal Sofea kepada Maya yang sudah mula melangkah menaiki tangga.

“Nak solat la ni ibu”.Jerit Maya dari atas.Maya,Maya.Perangai sama macam ayah,tak ubah-ubah.Bisik Sofea dalam hati.

Maya memang ikut perangai ayahnya,Yusof.Tak mudah untuk percaya seseorang.Yusof dulu selalu memilih kawan.Macam Maya juga,walaupun di pejabatnya ramai perempuan yang ingin berkawan dengannya,tetapi ada juga yang tak begitu ikhlas nak kawan dengan Maya.

“Tadikan ibu,lelaki yang Maya maksudkan tu nak salam dengan Maya”.Maya memulakan perbualannya dengan Sofea.Terbeliak mata Sofea mendengar cerita Maya.

“Tapi ibu jangan risau.Maya pandai uruskan”.Sambung Maya lagi.Sofea terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.Hatinya sedikit lega mendengar sambungan cerita Maya.

“Siapa nama lelaki tu?”.Soal Sofea.Maya menghentikan kunyahannya lalu menjawab pertanyaan ibunya.

“Nazim.Nazim Ikmal”.Jawab Maya lalu mengunyah makanan yang ada di dalam mulutnya.

“Mesti orangnya kacakkan?”.Teka Sofea.Maya yang mendengar mengangkat kening.

“Ada la juga.Muka dia tu macam Shaheizy Sam.Tapi Shaheizy Sam hansome lagi”.Jawab Maya selamba.Sofea hanya menggeleng kepalanya.Minat sangat dengan Shaheizy Sam.Bisik Sofea dalam hati.

“Baguslah kalau macam tu.Kalau Shaheizy Sam Maya tak dapat,dapat Nazim yang muka macam Shaheizy tu pon jadi la”.Sampuk Sofea.Tersedak Maya yang sedang minum air.Sofea menepuk belakang Maya.

“Apalah ibu ni.Nazim tu kan baru Maya kenal”.Sambung Maya.Muncungnya sudah panjang,kalah itik jiran sebelah arwah tok aki nya.

“Lama-lama kenal nanti boleh lah ibu dapat menantu”.Sambung Sofea selamba.

“Tak de maknanya”.Perlahan Maya membalas walaupun di dengari oleh Sofea.

Selepas makan,Sofea dan Maya sama-sama menonton televisyen di ruang tamu.Drama apa lagi kalau bukan Asmara 2 yang bersiaran di tv3.Sedang asyik mereka menonton lakonan Shazle Shahz dan Faezah Elai di televisyen,bunyi telefon bimbit Maya mengejutkan mereka berdua.Sofea yang berada berdekatan dengan Maya mengambil telefon itu lalu diberikan kepada Maya.Sempat juga dia melihat nombor tanpa nama yang diterima.

“Kejap eh ibu.Nanti ibu cerita apa jadi dengan Asmara oke”.Ujar Maya lalu berdiri menuju ke luar rumah dan mengambil tempat di buaian.Tak da orang ke ni?Main terjah je.Bisik Maya sambil tangannya memegang kepala yang tak bertudung.

“Hello.Assalamualaikum”.Maya memberi salam kepada si pemanggil.

“Waalaikumusalam warah matullah hiwabarakatuh”.Si pemanggil menjawab salam Maya panjang lebar.Maya hanya selamba.Macam tak ikhlas je.Bisik hati Maya.

“Siapa ni?”.Soal Maya selepas beberapa saat si pemanggil berdiam diri.

“Saya…”.Belum sempat Maya mendengar jawapan si pemaggil,bunyi hon kereta kedengaran.Maya terus mematikan telefonnya.Sofea yang bertudung dikepala sudah menjenguk keluar rumah.Maya yang melihat susut tubuh lelaki terus berlari anak masuk kerumah lalu menyarung tudung dikepala.

Siapa pula yang datang malam-malam ni?Soal Maya separuh berbisik.Sempat lagi memikirkan kehadiran tetamu yang tak diundang itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Antara Cinta dan Kawin Kontrak 1”
  1. http://gadisinginfamous.blogspot.com

    bce crite selanjutnye tentang Maya Mayesa,Haziq Hazreen{FARRIEL IZUMI-dah tukar nme] dan Heizy Shahz[Nazim Ikmal-dah tukar nme]

    srta yg lainnye….

  2. jue says:

    kenapa perlu gunakan nama2 yg sama seperti dlm watak novel lain ataupun nama2 artis untuk menulis novel sendiri… penggunaan nama2 yg mudah utk disebut ataupun nama 2 biasa juga mampu utk membuat cerita kita nampak menarik andai kita pandai menggarap cerita tersebut mengikut gaya tersendiri tanpa dibayangi oleh jln cerita dari novel2 yang pernah ada dipasaran (cliche).

  3. mell says:

    yup…i aree wif jue….

  4. Aleeza says:

    Ok apa! Cepat smbong ceritanya dah tak sbar nak tahu jln cerita seterusnya
    Good luck!!!!!!!!!!

  5. sorry sangat2 sbb gne nme artis dan yg lain…..xsempat nk ubah nme dan salah antar karya ni..

  6. Munibah says:

    emm.. seorang wanita Islam mcm Maya nie sepatutnye klau keluar ke halaman rumah pon mest pakai tudung @ menutup aurat. x kisahlah sama ada malam @ siang. =)

  7. nurul says:

    ok tpi bnyak prlu di teliti.. but why slap hntr syamiraa?? truskn la mengarng…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"