Novel : Be My Wife! 2

5 April 2011  
Kategori: Novel

31,133 bacaan 46 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada

2

Majlis akad nikah berlangsung dengan meriah. Sanak-saudara yang datang dari semua pelosok negeri berduyun-duyun untuk melihat pengantin perempuannya. Hannah hanya mampu memberikan senyuman plastik kepada tetamu yang hadir untuk majlis kahwinnya. Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu bertapa dia berat hati untuk meneruskan perkahwinan ini. Dengan hanya sekali lafaz, Hannah Damia rasminya menjadi hak milik Muhammad Elman.

Suasana hotel yang ditempah untuk mengadakan walimatulurus begitu sesak. Pelbagai jenis pakaian yang dipakai oleh tetamu kelihat begitu mewah.

“Hannah! Pandang sini! Nak tangkap gambar ni.” jerit Amalina dari jauh dengan kamera Nikon di tangan. Tudung labuh Hannah diperbetulkan sedikit. Baru Hannah ingin menggariskan sebuah senyuman, senyumannya terus mati apabila terlihat kelibat Arif dari jauh.

Arif yang segak berpakaian kemeja kotak berwarna biru hanya memandang sepi tubuh Hannah yang sedang berkepit dengan Elman. Pautan Hannah mula melonggar.

Berubah terus wajah Hannah apabila melihat wajah bengang Arif. Elman yang menyedari pautan Hannah mula melonggar, terus memandang isterinya itu. Arah mata Hannah menjadi tatapan Elman. Pemuda yang kaku berdiri jauh dari orang lain dipandang pelik.

“Siapa?” soal Elman perlahan di telinga Hannah. Terkejut Hannah dibuatnya. Terus Hannah mengalihkan pandangan ke tempat lain.

“Hannah nak pergi toilet kejap.” Terus Hannah menarik tangannya dan menggenggam sedikit kainnya yang meleret di lantai. Kakinya dipercepatkan ke bilik air.

“Hannah.” Panggil Arif yang mengekori Hannah.

“Arif?” Hannah segera menoleh apabila dia pasti suara itu milik Arif.

“Kenapa? Kenapa macam ni? Hannah sendiri yang suruh Arif tunggu Hannah tamat belajar baru nak fikir jawapan untuk Arif. Tapi Hannah tak sempat grad lagi, Hannah dah kawen dengan orang lain. Tak cukup ke tengok Arif terseksa lima tahun tunggu Hannah? Kenapa buat Arif macam ni?” rintih Arif.

“Maaf. Hannah terpaksa. Hannah terpaksa, Rif. Maafkan Hannah. Hannah sekarang milik orang lain. Lupakan Hannah.” Hannah terus bergerak laju ke bilik air. Arif tak mampu mengejar Hannah apabila terasa bahunya dicengkam.

Segera Arif menoleh untuk melihat siapa yang mencengkam kuat bahunya. Terasa sedikit kesakitan menerkam bahunya.

“Kau siapa?” soal Elman kasar. Arif terkejut. Lelaki ini yang dia nampak berdiri di sisi Hannah tadi. Mesti suami dia.

“Aku? Aku Arif. Lelaki yang sepatutnya berkahwin dengan Hannah.” Tegas suara Arif. Elman ketawa sinis.

“Sepatutnya? That’s sepatutnya. Sekarang ni dia wife aku. Jangan kau nak kacau pulak. Jangan cuba nak rosakkan rumah tangga orang.” Tegas juga suara Elman.

“Aku pasti, dia kawen dengan kau bukan sebab dia cintakan kau, sayangkan kau. Tapi dia ada alasan tersendiri. Dia tak cintakan kau!” getus Arif.

“Cinta or tak, she’s mine. Stay away from us.” Elman terus berlalu pergi apabila dia merasakan amarannya sudah sampai di dalam kepala otak Arif. Arif merengus kasar. Tangannya dikepal kuat.

Terus Arif melangkah keluar dari hotel itu. Honda CRVnya dipandu laju. Jantungnya berdebar hebat. Seakan dicarik-carik jantungnya hingga menjadi cebisan.

“HANNAH!” panggil Amalina yang berbaju kurung berwarna hitam berbunga putih. Hannah yang baru keluar dari bilik air dengan mata yang agak merah terus mendapatkan Amalina.

“Emily!” air mata yang cuba ditahan gugur jua apabila tubuhnya memeluk tubuh Amalina.

“Hey! Kenapa ni?” soal Amalina terkejut.

“Arif datang tadi.”

“Arif? Macam mana dia tau awak kawen hari ni?”

“Hannah tak tau. Tapi tadi dia datang. Hati Hannah sakit. Terlalu sakit.” Rungut Hannah. Air mata sudah meleleh hingga merosakkan mekapnya.

“Shuhsh! Jom masuk toilet kejap. Jangan menangis kat sini! Orang ramai. Malu la.” Amalina terus menarik lengan Hannah masuk semula ke bilik air.

“Now tell me! Macam mana awak boleh amek keputusan nak kawen dengan Elman sedangkan awak sayang Arif?” soal Amalina.

Lantas Hannah menceritakan dari A hingga Z tentang apa yang berlaku. Dia juga menceritakan tentang kemalangan Aiman. Hingga kini dia masih menyalahkan dirinya atas pemergian Aiman.

“Ya Allah Hannah! Bukan salah awak Aiman pergi! Yang awak termakan dengan kata-kata Elman kenapa?!” marah Amalina. Lengan Hannah dipukul kuat.

“Aiman mintak Hannah jadik part of their family. Hannah sayang Aiman…” Hannah menunduk.

“Tapi bukan bermakna awak boleh gelapkan masa depan awak! Awak ni bodoh, awak tau tak? Elman carik alasan untuk kawen dengan awak untuk dapatkan harta papa dia. Alasan tu dia boleh create sendiri la! Kenapa awak ni bodoh sangat?!” sekali lagi tamparan melekat di lengan Hannah.

“Tapi kalau betul?” Hannah menyoal.

“Hannah Damia!!! Awaklah perempuan yang paling kolot yang pernah saya jumpa! Belajar je tinggi-tinggi! Tapi satu habuk pun tarak!” gumam Amalina. Dia kesal dengan tindakan sahabatnya.

“Macam mana sekarang ni?” soal Hannah buntu.

“Macam mana apa? Teruskan je la jadik isteri solehah untuk suami awak tu! Nak sangat kawen dengan Elman, kan? Terima semua yang dia buat kat awak!” baran Amalina masih tak hilang.

“Emily!!” Hannah memaut lengan Amalina untuk membantunya.

“Nak tolong apa? Takde apa yang saya dapat tolong awak la. Awak tu, terlalu lemah! Lembut sangat! Sampai orang buli awak pun, awak tak perasan.”

“Sekarang ni, berdoa la yang Allah akan tolong rumah tangga awak.” Sambung Amalina. Air mata dikesat perlahan di wajah Hannah.

“Mekap dah teruk. Nasib baik mekap awak tak tebal, kalau tak dah macam rupa hantu dah. Meh saya touch-up sikit.” Amalina terus mengeluarkan beg kecil berisi barangan mekap di dalam tas tangannya.

MALAM tiba jua. Namun kunjungan para tetamu di rumah pula masih tak putus. Walaupun rumah Hannah dan Elman hanya sebelah-menyebelah, tapi Datin Hanani masih berkeras supaya Hannah tinggal dengan mertuanya untuk sementara waktu.

Hannah yang letih terus naik ke bilik setelah meminta izin dari semua orang yang masih sibuk bersembang di ruang tamu.

Pintu bilik Elman diketuk perlahan. Tiada sahutan. Hannah cuba memulas tombol pintu, namun terkunci. Dia mengetuk sekali lagi. Kali ini Elman menyahutnya
.
“Sabar la!” pintu bilik dikuak perlahan. Wajah sugul Elman yang hanya bertuala dipinggang mengejutkan Hannah. Terus Hannah menoleh ke belakang. Tuala kecil di tangan Elman masih bergerak mengelap rambutnya yang basah.

“Masuk je la.” Arah Elman lantas terus merebahkan diri di atas katil dengan masih bertuala. Hannah jadi malu untuk masuk.

“Tolong la pakai baju dulu sebelum baring kat katil. Nanti tilan tu basah.” Tegur Hannah. Pintu bilik ditutup lantas dikunci.

Tudung dikepala tidak ditanggalkan. Hannah mengambil baju-bajunya di dalam beg pakaiannya dan sehelai tuala serta sehelai kain batik untuk dibawa masuk ke dalam bilik air.

“Katil aku, suka hati aku la nak buat apa.” Elman memejamkan mata. Lampu bilik yang tidak terpasang hanya mendapat bantuan daripada cahaya yang memancar dari lampu bilik air yang terlapang.
“Suka hati abang.” Hannah lantas berlalu ke bilik air. Pintu bilik air ditutup perlahan. Elman membuka semula matanya apabila terdengar dentuman dari pintu bilik air. Perlahan-lahan Elman bangun dari katil.

Kakinya bergerak ke beg pakaian Hannah. Dipunggahnya baju-baju Hannah. Memang sengaja dia menyelongkar beg pakaian isterinya itu. Tangannya mengangkat sehelai pakaian dalam. Lama dia memerhatikan pakaian itu. Lantas dia membaling pakaian itu ke lantai.

Tangannya menyelongkar lagi beg itu. Matanya beralih ke beg tangan Hannah pula. dompet Hannah dibuka. Apa yang dicarinya pun dia tak pasti. Matanya tertacap pada sekeping gambar kecil.

Aiman! Gambar itu diambil ketika Aiman menyambut harijadinya yang kelima. Elman mengeluarkan gambar Aiman daripada dompet Hannah. Di belakang gambar tersebut tercatat dua ayat. Elman menyalakan lampu bilik untuk melihat apa yang tertulis.

Aiman, you’ll always in my heart. I miss you, adik.

Tersentap Elman membaca nota ringkas itu. Terus ingatannya teringatkan Aiman. Namun dengan segera Elman memasukkan gambar itu kembali ke dalam dompet Hannah. Lampu bilik ditutup semula.

Dengan serta-merta pintu bilik air terbuka luas. Hannah keluar dengan berpakaian lengkap dan tudung di kepalanya.

Membuntang mata Hannah terlihat pakaiannya bersepah di lantai. Elman masih berdiri berdekatan dengan begnya. Mata Hannah tertacap pada baju dalamnya di atas lantai. Baju dalam aku pun dia selongkar?!!!

“Apa semua ni?” soal Hannah yang masih cuba bertenang.

“Apa?” soal Elman semula dengan selamba. Dengan selipar bunniesnya di kaki, tuala dipinggang, tangan yang menggosok-gosok belakang kepala, sungguh! Nampak macam budak bodoh!

“Apa semua ni? Kenapa baju dalam Hannah terkeluar dari beg?” Hannah hampir-hampir meninggikan suara, namun dengan pantas dia beristighfar.

“Mana aku tau. Aku nak tido.” Elman terus mendekati almari pakaiannya. Sehelai boxer dikeluarkan.

Selesai memakai boxernya, tuala terus dicampakkan di kepala Hannah yang sedang mengemas semula pakaiannya. Padan muka kau!

Hannah cuba bersabar. Dia mengambil tuala yang melekat di kepalanya. Baju yang berterabur dimasukkan semula ke dalam begnya. Selesai mengemas, Hannah menyidai tuala Elman di penyidai yang tersedia.

Hannah mencapai telefon bimbitnya. Nombor Amalina didail pantas. Lama dia menanti Amalina untuk mengangkatnya. Elman hanya memerhatikan perlakuan isterinya dalam gelap.

“Assalamualaikum. Emily! Buat apa?” tanya Hannah.

“Waalaikumussalam. Baru nak tido. Kenapa?”

“Boleh tolong tak?”

“Apa dia?”

“Tolong bagitau Arif I’m so sorry.” Elman dengan pantas bangun dari katil dan merampas telefon bimbit Hannah. Hannah terkejut.

“Apa ni?” soal Hannah. Hampir meninggi nada suaranya.
Talian dimatikan Elman. Elman merenung Hannah. Jelik dengan tudung yang berada di kepala Hannah.

“Bukak je la tudung tu! Yang nak berkepit dengan tudung tu kenapa?” herdik Elman. Hannah memegang tudungnya. Namun dia tahu itu adalah satu arahan kepadanya. Perlahan-lahan dia melurutkan tudungnya. Cuba diikhlaskan hatinya.

Elman terkejut melihat anak rambut Hannah yang berjuntai di dahi. Rambutnya yang panjang melepasi bahu dipandang dengan kagum. Rambut Hannah agak bergulung dengan kemas. Cantik! Tak payah nak buat-buat rambut macam tu. Memang dah semula jadi. Cuma, rambut Hannah kelihatan perang sedikit seperti dulu.

“Bak balik telefon Hannah.” Hannah menyuakan tangannya.

“Jangan call orang tengah-tengah malam. Tau tak dah pukul berapa? Dah pukul satu pagi tau tak! Orang lain pun nak tido.” Elman terus bergerak semula ke katilnya. Sebelum merebahkan tubuhnya, Elman sempat menoleh dan memesan.

“Tido kat lantai.” Elman membaling sebiji bantal dan sehelai comforter kepada Hannah. Hannah hanya akur.

“Abang.” Panggil Hannah. Elman yang baru hendak melelapkan mata terus duduk di atas katil.

“Kenapa?”

“Lain kali jangan punggah barang orang sembarangan. Itu hak peribadi masing-masing. Jangan sentuh baju dalam Hannah lagi.” Amaran Hannah tidak diendahkan Elman. Hannah menghampar comforter di atas lantai bersebelahan dengan katil. Matanya yang memang keletihan terus terpejam rapat setelah beberapa saat berbaring.

Jarum jam menunjukkan pukul empat pagi. Tidur Hannah terganggu apabila tubuh Elman terjatuh dari katil dan menghempap dirinya.

“Abang! Sakit la!” rungut Hannah. Hannah segera menolak tubuh Elman ke tepi. Hih budak ni! Tido tak ingat dunia! Tido mati! Agak-agaknya, kalau ada bom tepi telinga pun dia tak bangun.

“Abang!” Hannah yang cuba menolak tubuh Elman masih tidak berjaya. Wajah Elman berada betul-betul di telinga kanannya. Hannah memejam mata.

“Abang, baik abang bangun sebelum Hannah tendang abang masuk bawah katil.” Hannah menahan sabar. Elman masih membatu.

Hannah cuba menolak lagi sekali tubuh Elman, namun tidak berjaya. Badan tough macam ni, kalau aku tolak memang tak bergerak!

Elman beralih ke kanan Hannah memberi ruang kepada Hannah untuk bernafas dengan sempurna. Tiba-tiba Elman merangkul pinggang Hannah. Hannah yang terkejut terus menolak bahu Elman.
Mata Elman masih terpejam, namun tenaga yang berada di dalam tubuh Elman tak pernah padam. Semakin kuat Hannah menolak, semakin kuat Elman menarik Hannah dalam pelukannya.
Hannah sudah tak berdaya. Akhirnya dia merelakan tubuhnya dipeluk orang yang menganggapnya sebagai pembunuh.

Malam merangkak pergi meninggalkan Hannah yang berada dalam pelukan Elman di atas lantai.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

46 ulasan untuk “Novel : Be My Wife! 2”
  1. mia says:

    Haha… Roman 2 mmang t’jtuh ke buat2 jtuh? Pandai amek ksmpatan.. HuHuhu…:-)

  2. Aliah Mohd Salleh says:

    Elman ni pandai taktik.Kesian Hanna. Ceriter makin menarik.

  3. najwa says:

    kahwin paksa lagi,,,layan je,,best juga ah citer nie,,,tpi perempuan tu polos sngat

  4. Wairah says:

    Citer best,Elman saje nak amik kesempatan kan Hannah

  5. shapletto says:

    klise.

  6. sharpletto says:

    klise.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"