Novel : Be My Wife! 3

12 April 2011  
Kategori: Novel

32,961 bacaan 44 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada

3
Telefon bimbit Hannah yang memang telah disetkan untuk melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat, terus berbunyi nyaring di tepi telinga Elman. Elman yang sedang lena tetap tidak terjaga meskipun telefon bimbit betul-betul di tepi telinganya. Mata Hannah segera terbuka. Telefon bimbitnya cuba dicapai, namun tangannya tidak sampai untuk mencapai di belakang kepala Elman. Wajah Elman yang tepat memandang wajahnya diperhatikan lama.

Dahi Hannah dipegang lembut. Dia masih ingat dengan kejamnya Elman menolaknya hingga terpacak kaca di dahinya. Sehingga meninggalkan parut yang mampu mencacatkan wajahnya!

“Abang.” Panggil Hannah lembut. Pelukan Elman masih tak lepas dari empat pagi tadi!! Elman tidak menunjukkan tanda-tanda ingin bangun.

“Abang!” panggil Hannah lagi kuat.

Sepi.

Terus Hannah menggigit leher Elman kerana hanya kawasan itu yang mampu dia capai. Menyeringai kesakitan Elman. Debaran di hati Hannah terus ditahan.
“Sakit la!” rungut Elman. Matanya masih terpejam. Cuma tangan kanannya memegang leher yang basah digigit Hannah.

“You’re hugging me.” Kata Hannah perlahan. Terus mata Elman terbuka besar. Terkejut melihat wajah Hannah yang dekat sangat dengan wajahnya.
Elman kaget. Namun jantungnya berdegup laju. Bertambah laju apabila rambut yang terselak dari dahi Hannah menampakkan parut lama.
Rasa ingin marah bertukar hiba apabila parut itu menjadi santapan paginya. Elman cuba menyentuh parut itu. Hannah masih kaku. Tiba-tiba Elman tersedar dari lamunan.
Tubuh Hannah ditolak jauh.

“Kau pesal peluk-peluk aku?!” marah Elman. Dia terus bangun dari pembaringan.

“Siapa yang peluk siapa? Abang yang peluk Hannah. Abang yang baring atas lantai sebelah Hannah.” Terang Hannah perlahan. Telefonnya segera dicapai untuk mematikan bunyi azan.
Elman memandang sekeliling. Malu menerpa dirinya. Namun kesan gigitan Hannah masih terasa
sengalnya.

“Kenapa leher aku?” soal Elman seraya memegang lehernya yang terasa sakit.

Hannah teragak-agak untuk memberitahu. Kalau aku bagitau, dia naik angin tak? Apa yang dia akan buat kalau aku bagitau? Tapi tak sepatutnya aku rahsiakan.

“Hannah gigit leher abang tadi. Sebab Hannah gerak abang, abang tak nak bangun pun.” Hannah menunduk. Bersedia untuk dimarahi.
Mata Elman membulat. Gigit?! Terus tubuh Hannah diraih merapatinya. Rambut yang menutupi leher Hannah dialihkan. Lantas leher Hannah menjadi mangsa. Bukan hanya digigit! Tapi turut ditinggalkan kesan. Lovebite!

Terpana Hannah dengan tindakan Elman. Elman tersenyum. Dia dapat merasakan hatinya benar-benar puas melakukan itu. Hannah menelan air liur.

“That one for bitting me.” Elman bangun dari lantai dan mengambil tualanya di penyidai. Hannah masih kaku di atas comforter. Lehernya dipegang. Dia mengelap lehernya yang basah dengan air liur Elman.

Elman yang baru hendak masuk ke dalam bilik air menghentikan langkah.

“Don’t forget to wear your tudung bila turun kang.” Pesanan Elman membuatkan wajah Hannah merona merah. Sekali lagi dia memegang lehernya.

Elman yang masuk ke dalam bilik air terus membelek lehernya yang digigit Hannah. Kesannya masih kelihatan! Macam mana nak sorok kesan ni?

Elman cuba membasuh kesan gigitan itu, namun tidak berjaya. Elman membaling tuala di lehernya ke lantai. Dia keluar semula ke bilik.

“Kau! Meh sini!” Elman mengacukan jari telunjuknya kepada Hannah yang sedang mengemas katil. Hannah hanya menurut.

Kemudian, tubuh Hannah ditarik semula ke katil. Apasal suami aku ni? Tadi suruh aku pergi kat dia. Sekarang tarik aku ke katil balik. Baik dia datang kat katil je terus. Menyusahkan!

Elman menarik nafas dalam. Punggungnya dihenyakkan di atas katil. Hannah yang masih berdiri kaku di hadapannya dipandang tajam.

“Buat lovebite kat kesan kau gigit tadi. Cepat!” arah Elman. Hannah terpinga-pinga.

“Hah?!”

“Cepat la!”

Hannah teragak-agak untuk melakukannya. Dia cuba berdalih.

“Buat apa?” soal Hannah.

“Kau nak orang tengok kesan kau gigit ke? Daripada gigit, baik lovebite! Kalau kau tak malu, takpe. Aku boleh turun dengan kesan kau gigit. Nampak kau lebih wild!” Elman menekankan perkataan wild. Senyuman sinis meniti dibibir.

Hannah menarik nafas sedalam-dalamnya. Kepalanya ditunduk sedikit untuk memandang Elman yang duduk di hadapannya.

Hannah merapatkan wajahnya ke leher Elman. Lama dia mendaratkan bibirnya di leher Elman. Elman merasakan dengupan jantungnya bertambah laju. Lantas tubuh Hannah diraih dalam pelukan dan dia membaringkan dirinya.

Tubuh Hannah tersorot jatuh di atas tubuh Elman. Dengan pantas Hannah menokak tangan supaya dapat menjauh dari tubuh sasa Elman.

“Apa perasaan kau bila kau dapat tau adik aku meninggal?” soal Elman tiba-tiba. Hannah kaget.

“Takut.” Jawab Hannah tepat ke wajah Elman.

“Kenapa kau takut?”

“Sebab Hannah takut kehilangan Aiman.”

“Kau cintakan Arif?” soalan Elman jauh dari topik. Hannah memandang pelik ke arah Elman. Hannah sudah merasakan seolah-olah dirinya dipermainkan. Terus dia cuba berdiri. Namun pelukan Elman yang melonggar tadi diperketatkan.

Hannah terdorong jatuh semula ke atas tubuh Elman. Bibir Hannah dan Elman bertemu! Pintu yang telah dibuka sikit oleh Elman ketika hendak ke bilik air tadi diketuk Datin Faridah. Secara tak langsung, pintu itu terbuka luas.

“El, Hannah….” Datin Faridah yang baru menapak masuk terlihat Hannah menindih tubuh Elman. Terus Datin Faridah menoleh. Hannah yang menyedari kehadiran ibu mertuanya, terus menarik kasar lengan Elman yang memautnya.

“Mama.” Hannah terus berdiri di sisi katil. Dia mengetap bibir. Datin Faridah tersengih.

“Maaf. Mama nampak pintu terlapang. Dah solat subuh?” soal Datin Faridah.

“Belum.” Jawab Hannah. Elman dengan selamba bangun dan terus masuk ke bilik air. Dengan hanya berboxer, dia melangkah masuk ke bilik air. Mata Datin Faridah tertacap pada leher Elman yang berbekas.

“Lepas solat, turun bawah. Kita makan ramai-ramai.” Datin Faridah terus mendekati menantunya. Tangan dihulur oleh Datin Faridah supaya Hannah menyalamnya.

Hannah menyambut tangan tua Datin Faridah dan mencium tangan itu penuh shahdu. Apabila dia berdiri betul semula, mata Datin Faridah menyorot kepada leher Hannah yang juga berbekas. Hati Datin Faridah berbunga riang. Boleh ada cucu tahun ni.

“Mama turun dulu.” Datin Faridah terus pergi meninggalkan Hannah yang mesih malu. Bibirnya diketap.

“CUTI semester ni, Hannah ada plan apa-apa ke?” soal Dato’ Faris. Hannah hanya menggeleng. Malunya pada ibu mertua masih bersisa.

“Kalau macam tu, pergi la honeymoon dengan El.” Cadang Dato’ Faris. Hannah menghentikan kunyahannya. Elman yang sedang menyuap nasi goreng ke dalam mulut dipandang sekilas.
“El.” Panggil Dato’ Faris.

“Yes?” jawab Elman.

“Pergi la honeymoon.”

“Okay.” Elman seperti tidak mengambil peduli apa yang berlaku. Dia meneruskan pemakanannya. Hannah merenung Elman yang berada di sebelahnya.
“Kenapa pandang abang macam tu?” soal Elman yang perasan Hannah memandangnya macam nak telan!

“Nothing.” Hannah meneruskan kunyahan.

“Bila nak bertolak ke honeymoon?” celah Datin Faridah.

“Esok.” Putus Elman. Hannah ternganga.

“GILA ke abang ni? Mana nak dapat tiket secepat tu?” Hannah duduk di birai katil. Elman yang sedang mengemas beg pakaiannya hanya mengepi.
“Abang.” panggil Hannah.

“Shut up and pack your things.”

“Nak pergi mana ni?”

“Switz.”
Macam nak tercopot jantung Hannah mendengar nama tempat yang bakal dituju mereka. Hannah menggeleng-geleng kepala.

“There’s one thing I’ve to do here.” Kata Hannah perlahan. Elman menoleh melihat isterinya di birai katil yang sedang mengepal-ngepal tangan.

“What? Apologize to Arif?”

“Abang Elman!” Hannah mula hilang sabar.

“What?!” Elman melapangkan tanganya.

“Stop it.”

“It is, right?”

“Yes. No! I mean no.” Dalih Hannah. Kali ni, dia terpaksa berbohong.

“I know when you lie.”

“It’s not.”

“You’ve feeling for him, right?”
Hannah menunduk. Tak mampu untuk bersuara.

“You love him.”
Statement yang tepat wahai abang Elman!!

“Yet you’ve to marry me cause of Aiman.” Elman mula mendekati Hannah yang sudah membisu.

“He will never get you.” Elman memandang tepat wajah Hannah.

“Do you know what is pain?” sambung Elman.

“You don’t? I’ll teach you what is pain.” Elman meneruskan kerjanya mengemas baju-bajunya semula. Hannah memandang belakang tubuh Elman.

“Abang Elman.. Hannah sayang abang macam abang kandung Hannah sendiri. Macam mana kasar pun abang Elman pada Hannah, Hannah tetap akan bersabar. Memang Hannah tau punca benci Abang Elman pada Hannah.

Hannah yang menyebabkan Aiman pergi meninggalkan kita semua. Hannah tak pernah lupa semua tu. Hannah tak pernah berhenti menyalahkan diri Hannah. Hannah nak mintak maaf dengan abang Elman.

Hannah tau abang Elman rasa kehilangan. Kalau Abang Elman nak seksa Hannah sampai abang puas, Hannah terima. Hannah terima, bang. Hannah sendiri tak pernah maafkan diri Hannah sendiri.” Air mata jatuh berjurai dari mata Hannah.

Elman yang mendengar hanya menelan air liur. Nota yang tertulis di balik gambar Aiman terimbau kembali.

“Cepat la kemas barang kau.” Elman terus keluar dari bilik.

“Abang!” panggil Hannah sambil mengesat air matanya. Kaki Elman terhenti.

“Apa?”

“Benci la Hannah sebanyak mana pun yang abang nak. Hannah terima.” Hannah terus mengemaskan baju yang berada di dalam beg bajunya. Elman hanya memerhatikan Hannah yang sibuk melipat baju.

“Aku kawen dengan kau sebab harta papa. Jangan salah tafsirkan apa yang aku buat. Sampai bila-bila pun, kau tetap seorang pembunuh pada aku.” Elman terus meninggalkan Hannah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

44 ulasan untuk “Novel : Be My Wife! 3”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Zalimnyer Elman ni. Apapun ceriter makin mencabar.

  2. nurliyana says:

    best la citer ni.saya suka nonel ni.kisah yang menarik

  3. atin says:

    citer nie best giler la..sy da baca bnyk kali tp x bosan pown..

  4. atin says:

    Sezalim-zalim elman itu tapi dia punya hati dan perasaan dan perasaan itu ditujukan kpada Hannah..Sweet gilerla diorang tu..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"