Novel : Be My Wife! 4

19 April 2011  
Kategori: Novel

29,869 bacaan 43 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada

4

Hotel A Capell’ Art menjadi pilihan Elman untuk berhoneymoon. Hannah hanya menurut tanpa sebarang bunyi. Bilik yang agak sederhana luas dipandang sepi oleh Hannah. Elman sudahpun berbaring di atas katil bersaiz queen. Hannah perlahan-lahan menutup pintu bilik itu dan meletakkan beg yang dipegangnya di atas kabinet kayu. Hannah membuka tudungnya dan melepaskan rambut yang disanggul. Kakinya bergerak perlahan ke tepi tingkap kaca yang tinggi. Langsir diselak sedikit. Pandangan yang begitu indah menjadi santapannya.

Suasana yang sejuk membuatkan Hannah berpeluk tubuh. Salji yang termendap di jalan dipandangnya dari bilik penginapannya
.
“Lepas mandi, kita keluar.” Arah Elman malas. Hannah menoleh ke belakang.

“Pergi mana?”

“Jangan banyak soal. Ikut je.” Elman bergerak ke begnya. Beg itu diselongkar kasar untuk mencari tualanya.

“Abang.” Panggil Hannah.

“Apa?” Elman menghentikan langkah ke bilik air.

“Bagi Hannah mandi dulu.” Hannah mendekati Elman dan dengan beraninya dia merampas tuala dari pegangan Elman. Elman terkejut.

So, sekarang kau dah berani dengan aku? Satu perubahan besar. Senyuman tak percaya meniti di bibir Elman. Hannah sudah hilang dibalik pintu bilik air.

Elman duduk di katil. Lama dia menunggu Hannah untuk keluar dari bilik air. Eh minah ni? Lupa ke?

Dengan rambut yang basah, tuala yang menutupi dada hingga lutut, tubuh Hannah terkeluar separuh dari pintu bilik air.

“Can you help me?” pinta Hannah dengan wajah yang merona merah. Elman menahan tawa.

“What?”

“Tolong passkan …” Hannah dapat menangkap anak mata Elman yang merenung tubuhnya yang separuh terdedah.

“Your clothes?” sambung Elman.

“My bag.” Hannah membetulkan. Lantas Elman mengambil beg tarik Hannah yang agak berat untuk mendekati pintu bilik air.

“Thanks.” Ucap Hannah lantas menunduk untuk mengambil bajunya yang tersimpan kemas di dalam begnya. Elman hanya berdiri kaku di hadapan Hannah. Rambut panjang Hannah cuba dialihkan ke hadapan supaya menutupi dadanya yang agak terdedah.

Malu menerpa dirinya. Dia tidak pernah menganggap Elman sebagai suaminya. Tapi hanya abang. Seorang abang yang dia sayangi dari dulu. Sedang Hannah mencari-cari pakaiannya supaya memudahkan dia untuk menukar baju di dalam bilik air, Elman terlebih dulu membuka T-shirtnya dan terus masuk ke dalam bilik air.

Hannah kaget.

“Abang Elman!” Hannah meletakkan kembali bajunya di dalam beg lantas mengekori Elman yang sudah memasukkan kakinya ke dalam bath tab.

“What?” bath tab yang sudah dipenuhi dengan air suam dan buih sabun sudah menjadi milik Elman. Elman berbaring di dalam bath tab yang disediakan Hannah dengan hanya berboxer.

“Kan Hannah tengah mandi!” getus Hannah tidak puas hati.

“What mandi? You’re standing out from this bath tab.” Jawab Elman selamba. Buih yang banyak sengaja ditiup-tiup supaya menaikkan kemarahan Hannah.

“Abang Elman!” Hannah mula naik darah. Elman memandang Hannah tanpa riak.

“What? Wanna join me?” Elman membuang separuh buih ke lantai. Hannah menarik nafas. Dia cuba menenangkan dirinya.

“Abang Elman, boleh tak jangan buat macam ni! Hannah tak sempat nak bersihkan diri lagi!” sabun yang melekat di badan Hannah dipandang Elman.

“Then, come in. Join me.” Elman mengajak. Hannah menggeleng kepala lantas menukar tualanya kepada kain batik basah yang digunakannya tadi.

Hannah terus masuk ke dalam bath tab tadi. Elman terkesiman dengan tindakan Hannah yang boleh diklasifikasikan sebagai berani! Mana datang rasa berani dia ni? Hari ni baru Elman nampak sikap Hannah yang agak berani dengan dirinya.

Pili shower dibuka.

“Hoi! Tutup la!” marah Elman apabila air yang jatuh memercik-mercik ke mukanya. Hannah tidak memedulikan kata-kata Elman. Lantas tubuhnya dibersihkan dari sabun-sabun yang boleh membuatkan tubuhnya melekit.

‘Kalau dia cuba buat awak sakit hati, awak sakitkan hati dia balik. Jangan mengalah. Cara tu je untuk ajar dia. Dia dengan ego dia tu! Huh!’ suara Amalina bermain di kotak fikiran Hannah.

“Hoi! Kau dengar tak?” soal Elman. Air yang bertakung di tolak kasar ke arah Hannah yang berada di hujung kakinya. Hannah memerhatikan bentuk tubuh Hannah.
Hannah mendiamkan diri. Terus sahaja tubuhnya dibasahi air yang mencurah-curah keluar dari shower.

“Hannah!” jerit Elman. Hannah terus menutup pili air. Dia terus keluar dari bath tab dan mengambil tuala milik Elman yang dirampas tadi.

“Tolong kemas buih yang abang taburkan atas lantai tadi.” Hannah keluar dari bilik air. Tapi kini, dia tak rasa malu lagi. Rasa puas! Puas sebab dapat kenakan Elman! Lelaki ego yang kejam!

“Hannah!” panggil Elman kuat. Hannah sempat menoleh.

“Your body..” kata-kata Elman terhenti. Hannah terkesima. Kain batik yang melekat ditubuhnya sememangnya menampakkan bentuk tubuhnya. Lantas tuala yang berada di tangan menjadi bahan untuk menutupi tubuhnya.

“Funny.” Sambung Elman.

“What?” soal Hannah pelik.

“Body kucing aku pun lawa lagi daripada kau.” Perli Elman. Elman terus menarik tirai supaya menutupi bath tab. Hannah mengetap bibir. Kalau hari-hari macam ni, memang tension aku! Asyik kena perli dari pagi sampai malam!

“THIS is Chateau de Chillon.” Kata Elman rendah. Tasik yang indah dipandang sepi oleh Hannah. Sebuah istana yang bergelar Chateau de Chillon diperhatikannya.

“Cantik.” Puji Hannah.

“We’ve to bring pictures, us together back to Malaysia. Do give me coorperation.” Cermin mata hitam Elman digantung di leher baju. Hannah mengangguk.

“Abang Elman, penting sangat ke harta papa pada abang?” tanya Hannah tiba-tiba.

“Of course! Kalau tak, papa nak wariskan semua harta dia kat rumah anak-anak yatim. It’s nut! Isn’t?” Elman yang bersandar di pagar kayu yang berada di tepi jalan itu.

“Abang dah banyak berubah.” Hannah menghadap tasik itu semula. Tangannya diletakkan di atas pagar kayu itu.

“People’s change.”

“But if you change to the ugliness, there’s no use.”

“Don’t act like you’re innocent, Hannah.”

“What? You wanna remind me about Aiman’s death?” Hannah merenung tepat wajah Elman.

“Yes. I’m the one who killed him. So what are you going to do?” dengan berani Hannah mencabar.

“You..” Elman mengerutkan dahi.

“You wanna kill me? Wanna hit me by car? Do it.” Hannah memegang bucu tudung labuhnya yang melayang ditiup angin.
Elman menelan air liur. Kenapa budak ni jadiik berani sangat ni? elman turut membalikkan tubuhnya supaya menghadap tasik.

“There’s no use hitting you by car. Lebih baik seksa kau dengan marriange ni. Baru kau tau rasa terseksa macam mana.” Selamba Elman berkata. Hannah menggariskan senyuman nipis.

“Abang.” Panggil Hannah.

“Torture me. But don’t fall for me.” Hannah terus berjalan dengan sendirinya di tepi jalan. Elman terpinga-pinga. Langkah Hannah terhenti untuk seketika. Dia menoleh ke belakang. Dia melantangkan suaranya.

“Arif was my first love.” Hannah terus meninggalkan Elman yang masih terpaku. Entah ke mana kaki melangkah, Hannah tidak mempedulikannya. Elman langsung tidak menyekat langkah Hannah.
Entah kenapa hatinya geram bila mendengar pengakuan Hannah. Elman merengus kasar. Tayar kereta menjadi mangsa sepakannya.

“Adoi!” Elman terkinja-kinja dengan satu kaki. Kaki kirinya dipegang dan digosok-gosok.

Nak sangat jalan? Jalan la! Jalan sorang-sorang! Elman terus masuk ke dalam perut kereta yang disewanya. Terus kereta itu dituju ke Hotel A Capell’ Art.

Tubuh yang lertih direbahkan di atas katil besar. Butang kemeja lengan pendek dibuka satu persatu dengan perasaan geram bercampur marah. Terus Elman bangun dan menapakkan kaki ke dalam bilik air.

Elman leka di dalam bath tab yang diisi dengan air panas hingga tertidur. Solatnya terlepas entah ke mana. Waktu bumi Switzerland sudah menunjukkan pukul dua petang. Bermaksud, sudah masuk waktu Isyak.

Maghrib Elman tidak ditunaikan akibat terlena di dalam bath tab. Pintu bilik yang diketuk kuat dari luar membuatkan Elman terjaga dari tidur.

Elman memisat matanya dan mencapai tuala. Tubuhnya dilapkan terlebih dahulu sebelum menyarung sehelai bathrobe yang disediakan pihak hotel.

Kaki Elman melangkah malas ke pintu bilik. Pintu bilik dibuka perlahan. Kelihatan wajah lesu Hannah di muka pintu. Hannah berjalan terhinjut-hinjut masuk ke dalam bilik. Elman menjatuhkan pandangan pada kaki Hannah yang sudah tidak berkasut namun masih berstokin.

“Kenapa kaki kau?” soal Elman pelik.

“Jatuh.” Jawab Hannah. Hannah mengambil tempat di kerusi yang disediakan. Stokin dibuka. Pergelangan kaki dibelek. Digerakkan ke kiri dan kanan kakinya. Seketika, dia mengaduh kesakitan.
Elman menutup daun pintu dan menuju ke Hannah. Elman terus duduk di atas lantai berhadapan dengan Hannah. Kaki Hannah ditarik kasar.

“Sakit la!” marah Hannah.

“Duduk senyap-senyap!” Elman terus mengurut kaki Hannah yang terseliuh.

“Reti ke urut?” sinis kedengaran kata-kata Hannah.

“Kalau tak reti pun, aku urut je. Kang jenuh aku nak angkat kau ke hulur ke hilir.” Elman menumpukan perhatiannya pada kaki Hannah. Hannah sedikit terkesima dengan tindakan Elman.
Tudung di kepala dibuka. Elman mendongak untuk memandang Hannah yang keletihan.

“Dah solat?” soal Hannah.

“Belum.”

“Kenapa tak solat?” tanya Hannah.

“Cuti.” Selamba je Elman menjawab. Hannah mengetap bibir.

“Period ke?” sengaja Hannah menyoal lagi.

“A’ah.” Elman masih meneruskan urutan.

“Bila start period?”

“Hari ni.”

“Sakit perut tak?”

“Tak.”

“Ada bawak pad tak?”

“Ada.”

“Pad siapa?”

“Pad kau.”

“Curik orang punya!” Hannah meninggikan suaranya sedikit.

“Lantak la. Dah bocor, nak buat macam mana.”

“Abang Elman.”

“Apa?”

“Jamak la solat.”
Elman menghentikan urutan. Mamanya sendiri tidak berani menegurnya soal solat. Ni kan pulak seorang perempuan yang dianggap musuh dari kecil.

“Duduk diam-diam.” Elman meneruskan urutan. Entah di mana silapnya urutan Elman hingga membuatkan pergelangan kaki Hannah meletup. Sekalian Hannah menjerit kesakitan. Elman menggelabah.

“Kenapa? Kenapa?” soal Elman seolah-olah tidak tahu akan salahnya.

“Kaki Hannah makin sakit! Abang Elman berhenti urut!” Hannah menepuk-nepuk tangan Elman yang masih memegang kakinya.

“Okey tak ni?” Elman bangun dari lantai.
Hannah cuba bangun dari kerusi. Namun kakinya yang sakit tidak mampu menampung tubuhnya hingga membuatkan dia terduduk semula di atas kerusi.

“Ah!” Hannah terjerit kecil. Elman melarikan pandangan ke tempat lain. Dia mengembungkan pipi. Masalah betul!

“Diri pun tak boleh, macam mana nak jalan?” Elman berkata dengan nada tak puas hati.

“Abang punya salah la! Kalau abang tau urut, takkan meletup kaki Hannah ni tau!” Hannah memasamkan muka.

“So, what to do?” Elman memeluk tubuh.

“What? Tak payah do-do. Pandai la Hannah nak bangun pergi bilik air sendiri.” Hannah mencuba untuk bangun sendiri, namun dia terjatuh lagi. Elman menggaru kening. Dia menari nafas sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

“Nak pergi mana?” soal Elman acuh tak acuh.

“Bathroom.” Jawab Hannah perlahan. Lantas tubuh Hannah dicempung Elman. Hannah sendiri tak pasti samada Elman melakukan itu dengan ikhlas atau tidak.

“Later, don’t break your arm pulak! Jenuh aku nak suap kau makan!” Elman merungut sambil meletakkan Hannah di dalam bath tab.

“Tolong passkan kain basah tu.” Pinta Hannah sambil menunjukkan jarinya ke arah kain batik yang tersidai di penyidai. Elman mencapai kain itu.
Elman berdiri di sebelah bath tab. Hannah kaku. Matanya terkedip-kedip. Beberapa saat kemudian, Hannah mengerling Elman.

“Abang tolong keluar kejap. Hannah nak mandi.” Pinta Hannah. Elman yang tersedar memang silapnya terus berdehem dan keluar dari bilik air dengan segera. Hannah membuka pili air. Dia masih mampu untuk berdiri apabila dinding menjadi tempat untuk dia menampung tubuhnya.

Selesai membersihkan diri, Hannah terduduk sebentar di tebing bath tab. Macam mana nak keluar? Macam mana nak tukar baju? Menyusahkan betul la!!

“Hannah!” panggil Elman dengan ketukan di pintu bilik air.

“Ye!” Hannah menjerit.

“Dah sudah ke belum?”

“Dah.”

“Aku masuk tau.”

“Ye.”
Elman masuk ke dalam bilik air. Hannah masih dengan kain batik yang basah. Bathrobe diserahkan kepada Hannah.

“Pakai ni.”
Hannah menyambut bathrobe yang disuakan.

“Thanks.”

“Lepas dah pakai, panggil aku.” Elman keluar kembali ke bilik. Segera Hannah menyarung bathrobe dan menanggalkan kain basahannya.

“Abang Elman! Dah.”
Elman masuk ke dalam bilik air dah mencempung Hannah hingga ke katil.

“Kau nak tido ke?” soal Elman.

“Tak. Nak solat.” Hannah tahu, ia menjadi satu masalah untuk dia berwuduk kerana Elman perlu mencempungnya kembali ke bilik.

“Macam mana ni?” soal Elman terpinga-pinga.

“Takpe. Hannah try jalan.” Hannah bangun semula dari katil dan berjalan terhenjut-henjut sambil memegang dinding untuk membantunya berdiri. Elman menggaru kepala.

“Boleh tak? Jangan jatuh bergolek sudah.” Elman masih sinis dengan perkataannya. Namun Hannah tau Elman risau. Hannah hanya mampu tersenyum.
Solat Maghrib dijamakkan ke dalam Isyak. Hannah hanya solat secara duduk. Elman turut serta untuk solat. Tubuh Hannah yang keletihan diangkat ke katil. Lena Hannah tidak diganggu Elman walau sedikitpun. Elman merenung wajah Hannah lama.

Parut yang berada di dahi Hannah dipandang sayu. Maafkan abang, Hannah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

43 ulasan untuk “Novel : Be My Wife! 4”
  1. Lady Ixuna says:

    best rr , hehe . :)

  2. Aliah Mohd Salleh says:

    Chemistry tu ada tapi ego lebih .Kesian Hanna. Makin best ceriter ni.

  3. Merah says:

    best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"