Novel : Benci Tapi Rindu 19

8 April 2011  
Kategori: Novel

12,343 bacaan 40 ulasan

Oleh : NIERASHIDA

19

“Ya Allah, Ana!”, jerit Aqilah hampir melompat di situ juga. Kalau tidak difikirkan perasaan malu, sudah lama dia melompat. Silap hari bulan, boleh berjoget-joget lagi. Ishk, sempat lagi otaknya merapu.

“Ye Cik Aqilah oii. Opss, lupalah. Bukan cik, tapi puanlah. Hehehehe, rindu aku kat kau”

“Alololo, aku pun”, balas Aqilah terus memeluk sahabat baiknya. Pelukannya makin erat. Seolah-olah tidak mahu berpisah lagi!

“Rindu kau sangat-sangat”, luah Suzana untuk sekian kalinya. Hampir tumpah air matanya saat ini.

“Kau nangis ke?”, soal Aqilah lalu merenggangkan pelukannya.

Suzana pantas menggeleng. Namun, dia tidak dapat menipu Aqilah apabila air jernih menitis juga. Aqilah turut sayu. Laju saja dia menyeka air mata yang menitis di pipi Suzana. Dia tidak hiraukan lagi pelanggan yang sesekali memandang ke arah mereka.

“Ehem” Satu suara garau berdehem.

Aqilah tersentak. Ya Allah, dia terlupa pula ada hamba Allah yang sedang melihat drama ‘jejak kasih’! Aqilah tersengih-sengih.

“Ana, kenalkan. Ini Haikal. Suami aku”, bisik Aqilah di telinga Suzana.

“Owh, not bad”, balas Suzana dengan mata membulat besar. Memang handsome!

Menjegil biji mata Aqilah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Suzana. Rasa mahu dicubit-cubit saja mulut Suzana. “Abang, kenalkan…ini Suzana. Kawan baik Ila” Aqilah memperkenalkan Suzana kepada suaminya pula.

“Eh, duduklah”, pelawa Haikal cuba beramah.

“Eh, boleh-boleh. Encik Haikal dengan Puan Aqilah nak belanja ke? Lagi saya suka”, seloroh Suzana lalu ketawa kecil.

Aqilah sudah mencekak pinggang dengan matanya membulat besar. Haikal sekadar tersenyum. Hai, patutlah boleh jadi kawan. Rupa-rupanya, perangai sama je macam Ila. Macam-macam hal! “Boleh je, apa salahnya”, balas Haikal ikhlas.

“Tak apalah. Saya gurau je. Dah makan dah tadi. Duduklah Puan Qil. Eh, lupa lagi. Sorry, Puan Aqilah atau Ila” Suzana ketawa lagi. Mereka sudah pun mengambil tempat duduk masing-masing.

Aqilah sudah masam wajahnya. “Kau ni, tak perlulah panggil aku macam tu. Aku tengah merajuk ni” Suara Aqilah makin keruh.

“Lorh, kenapa pula kawan aku ni. cuba habaq sikit kat cek. Nak dengaq gak” Suzana cuba berjenaka dalam loghat Kedah.

Haikal sudah menahan tawanya. Rasa nak berbulu telinganya mendengar loghat utara yang situturkan oleh sahabat isterinya itu. Tak sedap langsung didengar! “Ila, abang ada kerja kena uruskan. Kalau Ila nak keluar dengan Suzana, pergilah. Abang faham, lama tak jumpakan? Nanti, kalau nak balik, call abang tau”, ujar Haikal sudah berdiri.

Mata Aqilah seakan bersinar-sinar dengan apa yang dikatakan oleh Haikal. tidak sangka Haikal dapat membaca apa yang terbuku dalam hatinya. Sayang abang! Hmm… Hai Ila, dah pandai berkata sayang nampak. Hehehehe….

“Betul ke abang?” Aqilah inginkan kepastian lagi sekali.

“Ishk, apalah kau ni. Betullah tu laki kau bagi green light”, celah Suzana mahu menyakat Aqilah.

Aqilah mula mencebik bibirnya. “Okey, nanti kalau nak balik, Ila call eak”, sahut Aqilah dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

“Okey, take care sayang. Assalammualaikum” Sebaik saja salamnya dijawab, Haikal terus melangkah pergi dengan hati yang berbunga. Ya, berbunga kerana isterinya memanggilnya ‘abang’. Lembut sekali nadanya. Kalau boleh, dia mahu selalu perkataan itu bermain di bibir Aqilah.

“Wauu, dia panggil kau sayang. Hai Ila, dah jatuh cinta ke?”, usik Suzana dengan senyuman nakal terlakar di bibir.

“Kau ni, teruklah” Laju lengan Suzana dicubit Aqilah.

“Oii, sakitlah”, marah Suzana lantas mengusap lengannya yang tampak merah. Perit nak mampus!

Aqilah mengangkat kedua-dua ibu jarinya. “Padan muka. Kau jangan tak tau, aku ni ratu segala ketam. Sakit ke? Kesian kat kau eak”, tukas Aqilah sudah ketawa besar. Pantas mulutnya ditekup dengan tangan. Hai, malu pula kalau orang tengok. Tak pasal-pasal dicop SEWEL!

“Kau ni, dah jadi bini orang pun tak ubah-ubah perangai tu. Cubalah kau insaf sikit Ila oitt”, tegur Suzana mula serius. Kali ini, matanya merenung lama wajah Aqilah yang sudah merah umpama cili itu. Jujur dia akui, Aqilah makin cantik sekarang. Cara pemakaiannya pula menampakkan kematangan. Mungkin Haikal sudah merubahnya menjadi seorang perempuan yang sopan dan matang!

“Kau makin cantik Ila”, puji Suzana secara tidak langsung. “Kau nampak makin matang sekarang. Pakaian kau pun dah tak menjolok mata”, sambung Suzana lagi.

Aqilah yang mendengar sekadar menggeleng-geleng kepala berkali-kali. “Itu apa yang kau nampak dari luaran Ana. Kau tak tengok dari dalaman lagi. Aku…”

“Kenapa Ila? Kau tak rasa ke bertuah sangat memiliki suami yang sekacak dan sebaik Haikal?”, cantas Suzana dengan pertanyaan. Matanya terus-terusan merenung wajah Aqilah yang semakin sayu.

“Mana kau tahu dia baik? Kau dah kenal ke hati budi dia Ana?”, soal Aqilah dengan kening terangkat sebelah. Tidak sangka terlalu cepat benar andaian Suzana terhadap Haikal!

“Aku faham Ila. Walaupun aku tak kenal Haikal, tapi aku nampak keikhlasan di matanya. Rugi Ila kalau kau tak mahu kenal hati budi dia. Pandangan aku untuk pertama kali pandang muka laki kau, aku dapat rasakan dia adalah orang yang sesuai dengan kau Ila”, tutur Suzana penuh yakin. Ya, dia mahu menyakinkan Aqilah. Haikal memang lelaki yang layak untuk Aqilah. Bukannya Saiful mahupun mana-mana lelaki sekalipun!

Aqilah menggeleng kepala berkali-kali. Dia mengeluh nafas panjang. “Kau tak faham perasaan aku Ana. Aku tak boleh lupakan…”

“Tak boleh lupakan Saiful? Macam tu?” Suzana memotong kata-kata Aqilah sekali lagi. Dia turut menghela nafas panjang. Sedaya upaya cuba mencari kekuatan untuk berkata-kata. “Aku faham perasaan kau Ila. Tapi, sampai bila kau nak tunggu Saiful? Entah-entah dia dah ada perempuan lain kat sana. Kita tak tahu hati budi manusia Ila. Lagi kau tak paksa perasaan kau terima Haikal, selagi itulah kau takkan lupakan Saiful. Ingatlah Ila, yang lepas tu lepaslah. Kau kena kuat! Aku yakin kau boleh” Suzana cuba memberi kata-kata pembakar semangat.

Aqilah menundukkan wajahnya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Suzana. Namun, bukan dia tidak mahu mencuba. Dia nak sangat. Tapi…Ah, banyak sangat tapi yang bermain dalam fikirannya! Aqilah, Aqilah….

“Dahlah. Kita buka topik lain boleh? Bosanlah asyik dengar kau membebel je”, protes Aqilah dalam gurauan.

Membutang mata Suzana mendenganya. “Aku nak nasihatkan kau je. Sebelum terlambat dan sebelum menyesal”, balas Suzana tidak puas hati apabila Aqilah bergurau begitu. Dia bukan main-main, dia serius!

“Ye, ye Cik Suzana. Aku faham. Yang kau tiba-tiba ada kat sini kenapa? Dahlah email aku pun jarang balas. Tau tak, aku menunggu kepulangan kau dengan….”

“Aku dengan Saiful? Macam tu? Please lah Ila. Jangan terlalu mengharapkan Saiful. Aku minta maaf sebab tak sempat balas email kau. Aku terlalu sibuk. Dan sekarang, aku dah habis belajar. Aku sentiasa ada di sisi kau sekarang. Memang aku dah ada di Malaysia selama 3 hari. Ingatkan nak buat kejutan kat kau dalam hujung minggu ni. Tapi, masa jalan-jalan, aku terserempak dengan kau. Apalagi, mana tahan rindu ni. Ala, tak payahlah nak merajuk. Aku sayang kau tau tak. Kaulah kawan baik aku”, kata Suzana lalu tersenyum lebar. Tangan Aqilah dicapai dan digenggam erat.

Makin muncung bibir Aqilah. “Aku dah maafkan. Tapi, boleh tak kau ubah perangai kau tu? Dari dulu sampai sekarang asyik nak potong cakap orang saja. Bagilah aku cakap habis dulu. Ini tak, main bedal je”, bebel Aqilah dengan berbakul-bakul geram terkandung dalam hatinya.

Eh, aku pulak yang kena? Nasib kaulah Ana…Suzana sekadar tersenyum lalu meletus juga tawa dua sahabat itu.

*****

Aqilah terasa dirinya seakan terbuai-buai. Mana tidaknya, Haikal sentiasa menggetarkan nalurinya. Seakan-akan dirinya berharga di mata lelaki itu. Sesekali terdengar juga pekerja memuji sikap Haikal yang sangat prihatin. Jadi, berkembang-kembanglah hati Aqilah apabila dipuji. Makin berbunga lagi apabila dia bertemu semula dengan sahabat baiknya. Siapa lagi kalau bukan Suzana!

Ini baru hari pertama dia bekerja. Belum lagi masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya. Kalaulah perangai Haikal makin positif pada dirinya, boleh jatuh hati pula gamaknya. Aduh, macam mana ni? Takkan laki sendiri pun aku tak nak? Hati kecil Aqilah mula berdialog. Otaknya mengimbas kembali perbualannya dengan Suzana.

‘….Lagi kau tak paksa perasaan kau terima Haikal, selagi itulah kau takkan lupakan Saiful….’

“Berangan apa?”, sergah Haikal tetap fokus pada pemanduannya. Raut wajahnya sentiasa tenang.

Aqilah tersentak. Baru sedar bahawa dirinya bukan lagi di tempat kerja atau pun berada bersama Suzana. Kini, dia berada di dalam kereta. Bersama Haikal!
“Penat ke?”, soal Haikal lalu menghulurkan senyuman lebar.

Aqilah tersenyum kecil. “Tak adalah. Biasa je. Rasa macam sekejap je masa berlalu kan?”

Terangkat kening Haikal mendengarnya. “Yeke? Jadi, memang seronoklah kerja dengan saya?” Haikal ingin tahu. Memang hatinya ingin tahu sangat. Jika benar Aqilah suka bekerja, dia mahu Aqilah bekerja dengannya. Alasannya hanya mahu Aqilah dekat dengan dirinya.

“Hmm, best. Tak ada kerja kosong lagi ke? Nanti, kalau setiausaha awak dah habis cuti, saya boleh juga kerja dengan awak. Lagi satu, saya seronok sebab dapat jumpa Ana. Rindu betul saya kat dia”, ujar Aqilah dengan wajahnya jelas gembira.

Makin lebar senyuman Haikal. Yes! Dia nak kerja juga dengan aku! Desis hati kecil Haikal.

Aqilah yang melihat senyuman itu, makin berkerut dahinya. Entah apa yang ada dalam fikiran suaminya tika ini, dia pun tidak tahu. Tapi, dia suka lihat senyuman yang terhias di bibir Haikal. Kacak!

“Insyaallah ada kekosongan. Saya akan cuba”, ujar Haikal pura-pura tenang. Padahal, hatinya sudah berbunga indah.

“Terima kasih awak”, ucap Aqilah lalu membalas senyuman Haikal.

“Awak…”, panggil Haikal perlahan.

“Ye?”, sahut Aqilah laju.

“Sampai bila kita nak hidup macam ni?”

“Maksud awak?” Aqilah mula tidak mengerti.

Haikal mengeluh. “Saya dah fikir masak-masak”, ujar Haikal perlahan. Nafasnya dihela perlahan-lahan. Sedaya upaya mengumpul kekuatan untuk meluahkannya. Dia tidak mahu menyiksa hati lagi. Biarlah segala-galanya diluahkan.

Aqilah mengangkat keningnya. Dadanya turut berkocak hebat. Dia diam saja. Mahu menunggu kata-kata seterusnya. Namun, dia makin terkedu apabila Haikal memegang sebelah tangannya dengan erat. Terasa seperti ada suatu aliran elektrik yang mengalir dalam tubuhnya.

“Saya nak kita hidup sebagai suami isteri yang sebenar”, luah Haikal tetap tenang.
Erk…suami isteri sebenar? Biar betul laki aku ni? Hati Aqilah mula bersoal sendirian.

Haikal mengangguk berkali-kali. “Saya nak awak, Ila. Saya tahu, mesti awak kata saya gilakan? Saya dah tak kisah apa yang awak nak cakap”, ujar Haikal lalu ketawa kecil. Ya, ketawa dapat mengurangkan rasa gugupnya.

Ya Allah, tenangnya aku dengar dia ketawa. Hati Aqilah bergetar dengan hebatnya. Dia jadi kaku. Ya, kata-kata Haikal begitu serius pada pendengarannya walaupun Haikal ketawa!

“Tapi…”

“Saya nak mulakan hidup baru dengan awak Ila”, potong Haikal mengeratkan lagi pegangan tangannya pada Aqilah.

Erkk…macam mana ni? Aqilah mula mengelabah.

“Habis tu…macam ma..mana dengan…Zu…Zurina?” Tergagap Aqilah menyoal.

Bibir Haikal masih lagi tersenyum manis. “Dia adalah kenangan saya Ila. Cinta saya padanya hanya tinggal sejarah”, ucap Haikal begitu yakin.

Arghh, lelaki. Semua sama. Semuanya sejarah! Habis tu, kenapa nama masih lagi letak ‘cintaku’? Macam ni ke lelaki eak? Menyampah! Marah Aqilah mula memasamkan wajahnya.

“Betul Ila, saya dengan dia dah tak ada apa-apa. Tak ada lagi ‘cintaku’ dalam list phone saya. Hanya perkataan ‘My Wife’ yang ada dalam list saya. Diri saya pun tak tahu macam mana saya boleh kalah dengan awak. Saya pun tak faham dengan hati saya. Yang saya tahu, awak adalah jodoh saya Ila. Hanya awak yang ada dalam hati saya. Setiap saat, minit, masa, fikiran saya tidak terlepas daripada memikirkan awak. Percayalah, saya hanya mahukan awak dalam hidup saya”, terang Haikal bersungguh-sungguh.

Aqilah menelan liur bekali-kali. Haikal tahu apa yang bermain di fikiran aku? Dia kehilangan kata-kata. Cuma, hatinya sahaja seakan disimbah air sejuk.

“Saya tahu awak tak sukakan perkahwinan ni. Saya akan tunggu awak Ila. Sampai pintu hati awak terbuka untuk terima saya sebagai seorang suami”, sambung Haikal lagi.

Aqilah terus-terusan diam. Memang dia tidak suka akan perkahwinan ini. Memang dia benci pada Haikal. Tapi, dalam benci, terselit juga rasa rindu dan kasihnya. Cuma, hatinya saja inginkan kepastian. Kepastian tentang hubungannya dengan Saiful!

“Tak menyesal ke awak tunggu saya?”, tanya Aqilah betul-betul bingung.
Haikal menggeleng berkali-kali. “Abang akan tunggu Ila. Sampai Ila terima abang”, ucap Haikal dengan muktamad.

Gulpp…Aqilah menelan liurnya. Abang? Oh, tidak! Dia dah mula guna abang.

“Abang nak hadiahkan lagu ni kat Ila. Abang harap Ila akan faham isi hati abang”, ujar Haikal lantas memasangkan lagu ‘If You’re Not The One’ yang dinyanyikan oleh Daniel Bedingfield.

If you’re not the one, then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one, then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine, then why does your heart return my call?
If you you are not mine, would I have the strength to stand at all?

I never know what the future brings
But I know you’re here with me now
We’ll make it through and I hope
You are the one I share my life with

I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?

If I don’t need you, then why am I crying on my bed?
If I don’t need you, then why does your name resound in my head?
If you’re not for me, then why does this distance name my life?
If you’re not for me, then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through and I hope
You are the one I share my life with

And I wish that you could be the one I die with
And I pray that you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life

Cause I miss your body and soul so strong
That it takes my breath away
And I breath you into my heart
And I pray for the strength to stand today

‘Cause I love you whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
And though my heart is by your side

I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?

Aqilah terkedu. Biar betul suami aku ni? Lirik ini amat bermakna sekali. Dia sendiri sangat teruja apabila Haikal sudi menghadiahkan lagu ini untuknya!

“Abang mula sayangkan Ila”, ucap Haikal setelah lama membisu. Lantas dia mengucup tangan Aqilah.

“Awak…saya tak bersedia..” Aqilah gugup. Tidak pernah dia melihat Haikal bersikap sebegini. Sungguh, hatinya tidak keruan.

“Syhh…abang tak paksa. Ambillah berapa banyak masa yang Ila nak. Abang akan tunggu. Sekurang-kurangnya, tak ada lagi bebanan yang abang tanggung” Haikal cuba bertenang. Dalam hatinya malu tidak terkira lagi.

“Bagi saya masa”, tutur Aqilah perlahan. Dia sudah berperang dengan perasaan sendiri!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

40 ulasan untuk “Novel : Benci Tapi Rindu 19”
  1. fatimah says:

    saya pon suke sgt cter nih.. cepat2 jadikan novel yerk.. sy akan beli!! x sabar..

  2. Mylia says:

    Suka citer ni, bila nak sambung lagi @ terus keluarkan novel, nak beli ni..tak sabar rasanya

  3. aqilah zulaika says:

    bila nk sambung cerita nie…lambat lagi ker..

  4. surayah bte hashim says:

    best btul cite nie…baiknya si suami tu…ada ker lagi suami yng baik mcm tu atas dunia nie…..apa pun terbaik….taniah penulis

  5. Idha Chunhyang says:

    bila nak sambung nie….???
    x sabar lagi nak baca cite selanjutnya…. :) :) :)

  6. adam hilmi says:

    bez cter ni,, ble nk smbung???????????????

  7. hafizah razak says:

    waaaaaa…tggu lame dh..ble nk sambong???? xpon novelnye ble nk kuar????

  8. ssa says:

    hafizah razak.. lame ye tgu.. kesian… tp cite mane ye smbgn dia.. nak bce lg :(

  9. nannataec says:

    lama jgak sambungan novel nie……x saba nak baca lagi….L:(

  10. NIERASHIDA says:

    Assalammualaikum…
    Maaf yang teramat sgt….sememangnya saya mahu menhabiskan kesemua bab dalam novel ini….
    Tekanan stdy menyebabkan novel ini tergantung…
    tapi, sya akan smbung secepat yang mungkin….
    novel pula sudah hampir siap…

    ~harap Maaf~

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"