Novel : Bukan Aku Tak Cinta 1

4 April 2011  
Kategori: Novel

12,037 bacaan 4 ulasan

Oleh : Qash Irdina

“Ada hantu dalam kereta awak.”

“Hantu? Oh, please Tengku Dania. Mana ada hantu dalam kereta saya tuan puteri oii. Jangan buat lawak malam-malam buta boleh tak?”

“Ada…”pendek sahaja Tengku Dania menjawab. Semakin dekat tubuhnya dengan tubuh lelaki tersebut. Dia sebenarnya sangat takut. Bagi dia, hantu ada di mana-mana kecuali masa bulan puasa. Sebab tu agaknya dia suka bulan puasa. Hehe.

“Mana? Meh tunjuk kat saya mana hantu tu? Biar saya pukul dia. Cepat tunjuk kat saya,”

Tengku Dania penasaran. Dia sudah jatuh cinta pada lelaki power rangers yang ditemuinya di dalam lif. Dia benci lelaki itu. Kerana lelaki itu sering membuatkan pipinya merah menahan malu yang teramat.

Zaharul Ashriq keliru. Siapa dia Tengku Dania yang menjadi sebutan semua pekerja Mega Holdings. Mega Holding bergegar kerana Tengku Dania. Siapa dia? Ah, perempuan. Semak kepalanya otak ini memikirkannya.

Prolog

Tak pernah terlintas hatiku untuk pergi sejauh ini darimu. Bukanku tak merelakan ikatan suci ini. Bukan juga kerana tak cinta dan sayang lagi pada dirimu, sayang.

Sungguh aku bersumpah hadirnya dirimu adalah anugerah termanis dari Ilahi. Hadirmu juga sememangnya takdir yang telah terlukis indah di Loh Mahfuz. Tak tertanggung rindu ini saat aku mula melangkah pergi dari dirimu. Apatah lagi tanpa melihat wajahmu di hari-hariku yang kosong ini. Hanya tuhan yang tahu betapa aku merinduimu di setiap sujudku padaNya.

Aku cuma ingin mempertahankan sebuah kejujuran. Adakah wajar tindakanku ini dalam mempertahankan maruahku sebagai isteri disisimu? Sampai bilakah kita harus memendam kerinduan dan dendam cinta yang membara ini?

Sayang, carilah diriku. Kejarlah daku. Jangan biarkan aku sendiri lagi…

1

“Amboi! Dia ingat company ni bapak dia yang punya ke? Suka hati nak datang pukul berapa? Suka hati nak ambil MC? Suka hati nak ganti dengan orang lain. Hah, kau pun jadi balaci dia la kan?” marah Tengku Rania sambil membeliakkan biji matanya.

Nana menelan air liurnya. Hampir gugur jantungnya mendengar tengkingan Tengku Rania yang bersuara ala-ala Fasha Sanda itu. Fuh, free-free sahaja aku kena marah sebab Nia. Hampeh betul. Kurang asam punya Nia. Jaga kau!!! Aku bagi kau makan asam boi lepas ni. Tak cukup asam boi, asam jawa pun boleh.

“Erk, memang company ni ayah Tengku Dania yang punya, Tengku Rania.” Jawab Nana pendek. Takkan dah lupa kot yang Nia adalah adik Tengku Rania juga. Sudah tentulah sebapa dan seibu. Darah daging sendiri kut.

“Argh!!!” Tengku Rania menjerit lagi. Terkeluar suara Fasha Sandha lagi. Sangat membingitkan. Tengku Rania menarik nafasnya panjang-panjang. Geram sungguh dengan adiknya yang perangai tak macam orang. Huh, turun naik nafasnya kini. Sabar, Rania.. sabar. Dania, ini kali terakhir kau buat hal macam ini. Akak akan pastikan!

“Cik Nana, saya nak awak cari Dania sampai dapat. Sekarang juga!”arah Tengku Rania tegas.

Nana seperti ingin menangis. Dania atau Rania. Memang boleh bikin dia naik gila. Dania ni dah tahu kakak dia garang macam singa, masih boleh buat lawak antarabangang yang paling bangang bila dengan selamba pergi bercuti ke Bali saat syarikat mereka sedang bertarung nyawa menyelamatkan tender syarikat yang hampir melayang ke syarikat lain akibat kelalaian Dania sendiri.

“Masalahnya Tengku Dania kat Bali. Macam mana saya nak cari dia sampai dapat? Call pun tak angkat, apatah lagi mesej. Nanti kalau saya tak dapat cari dia sampai dapat, Tengku Rania juga yang marah,” Nana memandang Tengku Rania dengan perasaaan gerun. Namun dia tetap meluahkan isi hatinya. Yelah, kalau memang dah mencari Dania sampai dapat adalah misi yang sememangnya mustahil, untuk apa dia menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk? Kalau dah sampai jadi begini, baik dia berterus terang lebih awal. Tengku Rania ni pun satu, ingat aku ni balaci adik dia ke? Ops. Nasib baik soalan itu bergema dia dalam hatinya.

Tengku Rania mengangkat keningnya. Selepas itu, wajah jelita itu mula mengukir senyuman. Apa lagi ni Tengku Rania, oiiii. Jangan pandang aku dengan renungan penuh makna tu boleh tak?

“I hantar you pergi sana. Cari Dania sampai dapat. Then, you angkut dia bawa balik sini as soon as possible. You mesti balik dengan dia. Jangan sesekali balik tanpa dia!” Tengku Rania terus menyambung kerja-kerjanya yang berlambak. Air mukanya serius menandakan Tengku Rania tidak ingin menyambung bicara.

“Tapi Tengku Rania, saya mana larat nak pikul Tengku Dania bawa balik sini. Dia bukan budak kecil yang boleh kita piat telinga dan ikut kehendak kita. Tengku Dania tu dahlah kepala batu,” Nana merenung takut-takut ke arah Tengku Rania yang tekun menandatangan surat-surat yang berada di atas meja kerjanya.

Tengku Rania memandang setiausahanya sekilas pandang. Kemudian dia menyambung kerja-kerjanya semula. Tanpa memandang Nana, dia menjawab persoalan dari setiausahanya.

“Naim dan Mus akan follow you pergi sana. Now, you can go.”

Amboi! Menghalau nampak. Sabar, Nana. Sabar. Nana menarik nafasnya pula panjang-panjang. Adik dengan kakak sama sahaja.

Dania, oh Dania. Aku tak pernah jumpa perempuan degil macam kau. Aku tak pernah jumpa perempuan sengal macam kau. Eii Dania ni. Kau tu dahlah baru habis belajar. Terus je dapat kerja dengan kompeni bapak kau. Eh, ingat senang ke nak dapt kerja zaman sekarang ni? Sudahlah dapat kerja, dapat jawatan Vice President of Laxamana Holdings. Memang patut pun Tengku Rania mengamuk sakan. Orang kuat nombot 2 syarikat main-main bila buat kerja. Beza macam langit dengan bumi antara Rania dengan Dania. Rania yang kuat bekerja, serius, tidak banyak berkata-kata, cemerlang dalam pengurusan syarikat dan terlalu berbeza dengan Dania yang kaki enjoy, menghabiskan duit Tengku Mikael dan Tengku Rozana, pemalas dan suka menyusahkan aku. Namun persamaan antara mereka berdua adalah kecantikan yang dimiliki. Bertuah sungguh badan dikurniakan wajah yang cantik, putih mulus, dan mempunyai lesung pipit yang menyerikan wajah mereka setiap kali tersenyum. Namun Tengku Dania lebih cantik kerana sikapnya yang mudah tersenyum dan tidak lokek dengan senyuman. Tengku Rania? Jangan haraplah nak tengok dia senyum. Bergegar bangunan 40 tingkat Laxamana Holdings kalau Tengku Rania tersenyum.

Nana mula mencari Naim dan Mus. Bodyguard Keluarga Tengku Mikael. Hai, habislah kau Dania kalau Naim dan Mus ikut bersama. Memang kau takkan ada peluang nak mengakal aku lagi.

Dania melunjurkan kakinya di atas katil empuknya. Mak oii, penatnya rasa hari ini. Dia berguling-guling ke kiri dan ke kanan. Dia tergelak seorang diri. Bukan sebab dia dah gila. Cuma teringat akan tender syarikat Mega Holdings tempoh hari. Hahaha. Mesti Rania mengamuk sakan dengan dirinya. Ah, malas mahu memikirkan tentang amukan Rania. Teringat akan perangai wakil dari syarikat Mega Holdings sendiri sudah cukup menyakitkan hati . Setiap kali dia teringat akan peristiwa semalam, hatinya pasti menjadi panas.

“Saya harap segala urusan syarikat kita akan berjalan dengan lancar selepas perbincangan kita tadi.” Ujar Tengku Dania sambil tersenyum manis ke arah Adam Hazri, wakil syarikat Mega Holdings. Dia menarik nafas lega kerana dia telah membentangkan proposal syarikat mereka dengan sebaik mungkin sebentar tadi. Tangannya dihulurkan kepada Adam Hazri.

Adam Hazri menyambutnya. Sungguh wajah Tengku Dania pasti akan menjadi mainan tidurnya setiap malam. Cantik sungguh anak gadis Tengku Mikael. Tangannya juga lembut. Kulitnya yang putih mulus seperti gadis Korea sangat menggoda hati lelakinya.

Tengku Dania menarik tangannya dari pegangan Adam Hazri. Tangannya diramas-ramas ketika bersalaman dengan lelaki itu. Kurang ajar. Muka Tengku Dania sudah mula kemerah-merahan menahan malu.

“Terima kasih atas usaha yang ditunjukkan oleh pihak Laxamana Holdings. Syarikat kami amat berpuas hati dengan proposal yang dibentangkan sebentar tadi.” Adam Hazri mula memetik jarinya. Para pekerja Mega Holdings yang lain bagaikan memahami isyarat yang diberikan oleh Adam Hazri. Mereka semua mula keluar dari bilik mesyuarat meninggalkan Adam Hariz dan Tengku Dania berdua sahaja.

Tengku Dania mula tidak sedap hati. Baik aku pun keluar dari bilik ini secepat mungkin sebelum apa-apa yang buruk berlaku.

“Saya minta diri dulu, Encik Adam.” Ujar Tengku Dania lalu mula bergerak mahu meninggalkan Adam Hariz. Namun tangannya direntap oleh Adam Hariz. Tengku Dania tersentak. Dia memandang Adam Hariz yang mula memandangnya dengan pandangan menjijikkan. Kurang ajar!

Tengku Dania menampar wajah Adam Hariz dengan belakang tapak tangannya. Sengaja dia menampar dengan belakang tangannya agar cincin besar yang dipakainya dapat dijejakkan ke muka Adam Hariz yang gatal dan kurang ajar itu. Tidak cukup dengan itu, stiletto yang dipakainya dibuka lalu dijunamkan ke bahagian badan lelaki tersebut. Adam Hariz sudah jatuh menyembah lantai cuba menyembunyikan wajahnya dari terkena pukulan stiletto Tengku Dania. Bibirnya sudah berdarah terkena tamparan maut dari cincin Tengku Dania.

Tengku Dania keluar dari bilik mesyuarat Mega Holdings dengan stiletto merah miliknya masih di tangan. Dia membuka sebelah lagi kasut stiletto miliknya lalu berjalan dengan berkaki ayam menuju ke meja penyambut tetamu Mega Holdings. Kedua-dua belah kasutnya diletakkan di atas meja penyambut tetamu tersebut. Terpinga-pinga penyambut tetamu yang sedang menempek bedak di wajah itu.

“Hah! Tolong cakap dengan bos korang, saya Tengku Dania binti Tengku Mikael, dengan bangganya menghadiahkan stiletto saya ni kepada Mega Holdings. Stiletto saya ini sebagai peringatan untuk lelaki bernafsu binatang kat dalam Mega Holdings. Juga sebagai harga proposal yang saya cadangkan untuk syarikat Mega Holdings. Terima kasih!” pesan Tengku Dania dengan panjang lebar lalu beredar meninggalkan meja penyambut tetamu yang masih tercengang-cengang dengan terjahan mengejut dari Tengku Dania. Tengku Dania menuju ke arah lif. Butang lif ditekannya beberapa kali menggambarkan hatinya yang sedang menahan geram saat itu.

Pintu lif pun akhirnya terbuka. Tengku Dania merempuh masuk tanpa menunggu mereka yang sedang berada di dalam lif keluar terlebih dahulu. Tubuh seorang lelaki yang agak tegap dilanggarnya dengan sekuat hati hingga menyebabkan Tengku Dania sedikit terhantuk ke dinding lif. Mak ai, lori langgar ke? Getus hati Tengku Dania sambil menoleh wajahnya ke arah lelaki yang dilanggarnya.

Seorang lelaki yang bertopi keledar hitam dan berjaket kulit berwarna coklat turut menoleh ke arahnya. Eh, perempuan ni. Badan kecik cekeding, langgar aku macam badan dia ala-ala Malik Noor pulak. Amboi, main jeling-jeling pulak tu.

Tengku Dania merenung lelaki bertopi keledar tersebut. Apahal pakai topi keledar dalam bangunan Mega Holdings ni? Gila ke ape? Dahlah tu cermin topi keledar warna hitam pekat. Sampai tak nampak muka lagi. Ini mesti sengaja nak skodeng perempuan kat dalam lif agaknya. Ah, dasar lelaki buaya. Mega Holdings memang dipenuhi dengan buaya agaknya. Tengku Dania menekan butang G berkali-kali. Hatinya menyumpah pintu lif yang seakan-akan tidak mahu tertutup itu. Pandangan matanya masih terarah pada lelaki bertopi keledar yang berdiri menghadap wajahnya di hadapan lif. Lelaki itu terpaku di hadapan lif. Sebelum pintu lif pun tertutup Tengku Dania sempat menghadiahkan jelingan maut buat lelaki bertopi keledar tersebut.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Bukan Aku Tak Cinta 1”
  1. fatim says:

    ok lah,,keliru sikit baca cerita ni

  2. yaya says:

    wah, novel nie best lar…nk smbungn…^^

  3. wanny says:

    xbrape nk fhm intronye tp blh di ketegorikan best r bila bce lma2

  4. hani says:

    xde ep 2-9 ke?
    jln cite nvl ni best….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"