Novel : Cinta kontrak 17

1 April 2011  
Kategori: Novel

75,352 bacaan 67 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

17

Aku terjaga apabila azan subuh berkumandang. Sakitnya pinggang tidak terkata! Manakan tidak, semalaman tidur di sofa panjang. Patutlah leher aku rasa macam nak patah, rupanya aku bersandar kat Danial. Televisyen masih terpasang. Siaran masih ada. Al maklum lah, astro tak pernah tido! Melihatkan posisi Danial yang tidur menegak sambil tangannya menopang dagu di kanan sofa, membuatkan aku serba salah. Satu ciuman hinggap ke pipi Danial. Lantas aku bangun dari sofa dan menuju ke bilik. Usai mandi, aku membentang sejadah. Dua rakaat solat aku tunaikan. Habis memberi salam ke kiri dan kanan, aku berzikir dahulu sebelum memulakan doa. Adalah lebih baik berzikir dahulu. Tidak perlu cepat-cepat untuk berdoa.

“Ya Allah, andai Danial betul untukku.. aku mohon, Ya Allah. Tolong dekatkan hatinya dengan hatiku. Tapi andai bukan dia untukku, janganlah Kau jauhkan hatinya dengan hatiku, tapi berilah aku kekuatan untuk bersedia sewaktu kami berpisah nanti. Bukan kehendakku untuk menggoncang Arash-Mu dengan penceraian. Sehabis tenaga akan aku cuba selamatkan rumah tanggaku. Namun jika takdir bukan untuk kami, aku pasrah dan berserah kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perjalanan hidup kami. Aku tak mampu untuk menunjukkan rasa cinta dan sayangku pada Danial. Kerana aku sendiri tidak yakin apakah dia juga mempunyai rasa yang sama denganku. Setiap kali aku mengeluarkan kata-kata kepadanya, aku lebih selesa dengan perkataan aku yang agak brutal tu. Sebelum ini, dengan mana-mana lelaki sekalipun, akan aku jaga tutur kataku. Berlemah lembut ketika berbicara. Namun aku pelik dengan tingkahku sendiri. Sejak kejadian pertama yang menemukan aku dengannya, aku tidak pernah sekali pun berlembut dengannya ketika kami berdua-duaan. Adakah rasa selesa ini menunjukkan kepadaku bahawa dia memang untukku? Ajal maut, jodoh pertemuan, semuanya sudah Kau aturkan untuk kami hamba-Mu. Aku tidak pasti jika Danial adalah jodohku. Dengan sikapnya yang sering menyakitkan hatiku, namun kadangkala sering membuatkan aku tertawa, aku betul-betul tidak pasti, Ya Allah. Adakah ini hanya perasaan seorang remaja yang bakal menjadi dewasa? Bagaikan perasaan yang muncul ketika aku di tingkatan lima. Ketika aku mula-mula jatuh hati dengan seorang pria. Cinta monyet itu membuatkan lukaku berparut, Ya Allah. Namun dengan kekuatan yang Engkau berikan kepadaku, aku mampu menghadapinya. Alhamdulillah syukur kepada-Mu. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepadaku. Aku mohon. Mustajabkan doaku Ya Allah. Makbulkan doaku Ya Allah.” Aku menyapu muka. Doa yang panjang aku akhiri dengan selawat ke atas Nabi. Ni doa belum cukup panjang berjela tau. Kalau time nak tunggu result SPM tu, 3 hari tiga malam bersambung-sambungan. Dah macam cerita bersiri aku berdoa. Punya cuak!

“Tak kejut aku pun.” Danial sudah muncul di hadapan pintu bilik. Aku mendapatkannya dan menyalamnya. Kucupan halus hinggap di tangan Danial. Kepalaku disentuh lembut.

“Aku nak mandi and solat kejap. Lepas ni, kita keluar. Okay?” aku mengangguk tanda setuju. Ciuman hangat hinggap di dahiku. Aku terpana!

Aku mengeluarkan sardin dari peti sejuk dan memanaskannya sekejap supaya sardin itu mudah disapukan di atas roti. Aku mengambil roti dan menyapukan sedikit buttercup. Timun yang sudah dikupas kulit, aku potong. Begitu juga dengan tomato. Macam tak complete la! Aku membuka peti sejuk dan mencari-cari benda yang aku cari. Ahh! Nasib kau ada dalam peti sejuk ni. Salad dikeluarkan dan dicuci. Aku memotong sikit salad itu supaya tidak terlalu besar. Susah pulak nak makan kang.

Setelah selesai menyediakan sandwich, aku sengaja menyapu sardin untuk mommy dan papa. Tidak ketinggalan, Mak Som dan yang lain. Boleh la dorg merasa masakan aku. Walaupun tak seberapa, tapi kira lepas jugak lah kalau Danial tinggal berdua dengan aku kat rumah. Takde la mati kering dia nanti.

Seperti yang diarahkan Danial, aku memasukkan tupperware berisi sandwich ke dalam bakul yang diperbuat daripada rotan. Cantik! Dua botol Coke aku capai bersama dua biji cawan dan memasukkannya ke dalam bakul. Begitu juga dengan keropok dan strawberry. Aku mengangkat bakul itu dan memasukkannya ke dalam kereta. Alah, letak kat seat belakang je la. Tak payah masuk bonet. Bukan ada orang nak tumpang duduk belakang ni. Aku berseloroh sendirian.

Danial tiba dengan segulung tikar. Tikar diletakkan di dalam bonet kereta. Enjin Exora putih mutiara sudah pun dihidupkan. Kalau dilihat Danial dari bawah ke atas, ada satu yang tak lengang dari dia. Cermin gerhana dia tu! Peliks! Muka dah hensem, kalau ditutup dengan speck gerhana tu, terlindung kemachoan dia.

“Dah siap?” soal Danial dari cermin kereta yang diturunkan.

“Kejap. Amek barang kejap.” Jawabku. Lantas aku berlari ke atas untuk mengambil tas tangan. Handphone? Check! Charger nak kena bawak ke? Tak payah la. Nak cucuk kat mana nanti? Lubang hidung Danial? Lagipun bateri masih penuh. Perfume belum pakai. Lantas aku mencapai Noa di atas meja mekap dan menyemburnya di pergelangan tangan, leher dan bajuku. Apa lagi? Novel? Check! Jam? Check! Okeh bebeb! Siap semua. Aku membelek wajah sebelum turun. Baju labuh berwarna pink yang tersangkut ditubuhku di tepuk sedikit bagi menghilangkan debu. Tudung labuh dibetulkan supaya tersusun cantik. Stoking hitam yang sudah sedia tersarung dipandang dengan perasaan puas. Lengkap. Alhamdulillah. Aku menuruni satu persatu anak tangga. Sebelum keluar, aku sempat singgah ke dapur untuk bersalaman dengan Mak Som.

“Mak, Airysh ada siapkan sandwich bawah tudung tu. Mak makan lah. Untuk semua orang dalam rumah ni. Airysh pergi dulu. Tak sempat nak salam dengan mommy, abang Danial dah tunggu dalam kereta tu. Nanti bising pulak dia.” Aku menyalam tangan tua Mak Som yang kedinginan dek air paip.

“Nak pergi mana pagi-pagi buta ni? matahari lambat lagi nak naik.” Kata Mak Som.

“Danial nak bawak pergi mana pun orang tak tau. Nanti dah sampai tempat tu, Airysh call rumah, okey?” aku segera mencium pipi kiri dan kanan Mak Som. Sama seperti yang aku lakukan kepada ibuku. Mak Som mengangguk. Lantas aku beredar menuju ke kereta.

Kasut comelku disarungkan ke kaki. Lawa pulak kasut baru ni. Mentang-mentang kasut baru, kau puji melambung eak, Airysha? Aku berlari ke kiri kereta dan masuk ke dalam perut kereta.

“Buat apa? Lambat la.” Soal Danial.

“Bagitau mak kita nak keluar.” Jawabku. Danial mengangguk. Lantas remote pagar yang tersedia ada di dalam kereta dipicit. Apabila pagar terbuka luas, Exora berlari laju di jalan raya.

Aku menoleh ke kiri dan kanan jalan. Hampir cerah. Lebuh raya kini lengang. Radio yang dari tadi terpasang tidak dapat menghiburkan hatiku. Lagu boring semua! Dengan segera aku menekan punat scan untuk mencari Redfm. Danial hanya membiarkan.

“Jiwa barat betul kau ni.” tegur Danial setelah 30 minit kami menyepi.

“Jiwa masih timur. Taste je kebaratan. Tapi ciput je. Tak banyak. Setakat lagu, takkan tu pun dah dikira kebaratan?” Aku memandang wajahnya dari posisi kananku. Danial memandang ke kiri. Aku tersentap.

“Tak. Cuma, aku ingat kau ni kampung sangat.” jawabnya perlahan.

“Orang kampung tu bukan berdosa kalau dorang tinggal kampung pun. Apa yang peliknya kalau kekampungan? Orang kampung la yang banyak etika, adab, adat, budaya. Tak macam orang bandar. Kejar duniawi. Kalau kat kampung, tenang je nak beribadat.” Jawabku. Geram pabila soal kampung ditimbulkan.

“Bukanlah. Tapi selalunya, kalau orang kampung pergi bandar, dorang senang ditipu. Bila keluar ke shopping complex, macam tak pernah tengok isi dalam complex tu pulak.” Bidas Danial. Aiseyman! Ni nak perang ni.

“Oi pakcik! Bukan tak pernah tengok. Kagum je. Iya lah, kitorang yang duduk kampung ni, hari-hari ngadap Al-Quran. Hari-hari berjamuan kat surau atau masjid. Orang bandar pulak, hari-hari ngadap komputer, berjamuan pulak dekat party-party. Ye tak?” sengaja aku menyindirnya. Aku pun tak pasti perbandingan yang aku buat. Macam tak kena. Hentam je la!

Danial senyap. Lagu Speak Now yang dinyanyikan Taylor Swift kedengaran dicorong radio.

I am not the kind of girl

Who should be rudely barging in

On a white veil occasion

But you are not the kind of boy

Who should be marrying the wrong girl

Aku menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak dan lirik lagu itu. Danial juga menyanyi kecil. Aku memandangnya. Pandangan kami bertaut apabila Danial juga memandangku.

“Pandang jalan. Jangan pandang aku. Nanti silap-silap kau pandang kain kafan.” Selorohku. Naik bulu roma aku! Sebut kain kapan, takut aku dibuatnya. Maklum je, tak cukup amal lagi ni. Mekah belum jejak lagi. Jangan nanti aku mati kempunan tak dapat tunaikan haji. Haji tak dapat, umrah pun cukup la.

“Kau ni kan, mulut tu boleh tak bagi berinsurans sikit?” getus Danial. Minah ni, kalau ye pun nak cakap soal kapan-kapan ni, tunggu la kereta berhenti. Kecut jugak aku dengar.

“Aku lupa bayar insurans la. Nanti kau tolong bayarkan eak.” Jawabku selamba.

“Ada je. Aku lapar la. Bawak keluar strawberry. Jap gi panas, strawberry dah tak elok.” Pinta Danial. Aku bangun sedikit dan mengambil bekas strawberry dari dalam bakul. Nasib kau ada kat sini, kalau kau duduk belakang, mampus aku nak amek kau. Selamat aku dah cuci strawberry ni kat rumah. Tupperware berisi strawberry itu dibuka.

“Mmm!! Nyum-nyum!” setelah membaca basmalah, buah itu dimasukkan ke dalam mulut. Nikmatnya!

“Aku yang mintak, kau yang sapu dulu?” seloroh Danial. Mulutnya dah macam nak meleleh ayaq liuq (air liur)!

“Say aaa…” Danial membuka mulutnya. Buah strawberry aku rapatkan ke mulutnya. Namun aku menyuapnya ke dalam mulutku.

“Oihh!” bentak Danial. Aku ketawa lucu.

“Nak?” soalku.

“Aku tak makan buah, aku makan orang kang. Cepat la.” Danial mendengus kasar.

“Camne aku nak suap kalau kau pun tak sebut bismillah?” sindiran ku tepat mengena batang hidung Danial.

“Ye! Ye! Bismillahirahmanirrahim! Aaa…” Danial membuka mulut mengharapkan buah itu masuk ke dalam mulutnya. Aku menyua buah itu ke mulutnya, tapi tarik kembali dan masuk ke dalam mulutku. Danial hilang sabar.

“Tunggu kau nak suap aku, alamatnya sampai langit runtuh pun aku tak dapat makan.” Danial mencapai sebiji strawberry dan menyuap ke dalam mulut. Lega! Takde la kempunan aku nak makan strawberry.

“Buruk perangai.” Kataku.

“Awak lagi buruk. Main-main dengan makanan.” Bidas Danial. Aik? Aku yang kena? Ye la suamiku sayang, aku yang salah.

Lagu berganti lagu. Boring dengan lagu inggeris, aku tukar ke saluran yang menyediakan nasyid. Lagu permata yang dicari oleh dehearty menyentap sanubari kami.

Hadirnya tanpa ku sedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi

Cinta yang bertamu dihati, tanpa aku sedari. Biar ku tepis, ia tetap kembali. Aku bersyukur dengan kurniaanMU kerana mempertemukan aku dengan Danial. Bisik Airysha di dalam hati.

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Meskipun agak kasar bahasanya denganku, namun aku menemukan kelembutan dalam tingkahnya. Kesopanannya amat aku kagumi. Di saat jiwa aku resah, dialah pengubat. Danial berkata-kata di dalam hati.

Ya allah jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikan hatiku dengan ketentuanMu

Ya Allah, ayat yang sama pernah aku pinta dariMU. Aku mohon, dekatkan hatinya denga hatiku. Aku merintih sayu.

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan ku miliki

Ya Allah, aku mohon denganMU, supaya jadikan Airysha milikku. Dia telah menjadi pelengkap hidupku. Mengisi ruang yang sudah kosong lamanya. Hidup aku bagaikan puzzle yang kehilangan kepingan-kepingannya. Dan secara tidak langsung, setelah Airysha hadir dalam hidupku, baru aku menemui kepingan yang telah lama hilang.

Tidak sekali di nodai nafsu

Akan ku batasi dengan syariatMu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuanMu

Aku merelakan takdir hidupku bersama yang lain jika bukan dia pendampingku. Namun aku mengharapkan bahawa dialah yang menjadi pendampingku. Aku menoleh ke luar tingkap.

Ya allah

Engkaulah tempatku bergantung harapanku

ku harap diriku

sentiasa dibawah rahmatMu

Dialah permata yang dicari

selama ini baru ku temui

tapi ku tak pasti rencana Ilahi

adakah dia kan ku miliki?

Danial mengusap wajahnya. Aku pula hanya memandang pohon-pohon hijau yang segar di tepi-tepi jalan. Adakah diakan ku miliki? Persoalan yang sama bermain di dalam hati aku dan Danial.

Perjalanan sepi dengan dendangan nasyid-nasyid yang lain. Nasyid yang membuai perasaan. Aku begitu asyik mendengar lirik sehingga mataku terasa berat. Makin lama, makin kabur pandanganku sehingga aku terlena dibuai angin pagi.

“Airysha. Airysh! Ohh Rysh! Oit minah!” terkejut aku mendengar perkataan minah. Ek ena .. aku ingat aku mimpi orang panggil nama aku. Aku memisat-misat mataku. Dah sampai ke?

“Panggil minah baru nak bangun. Kesat air liur tu. Dah meleleh.” Danial menyua tisu kepadaku. Ah? Meleleh? Tindakan refleks! Aku mengesat dengan tanganku. Takde pon! Danial ketawa kecil.

“Ish! Suka mainkan orang. Dah sampai ke?” soalku sambil memandang kiri dan kanan.

“Ye sayang. Dah sampai. Turun cepat.” Pintu kereta sudah dibuka untukku. Danial yang dari tadi menyapaku di cermin tingkap sudah berlalu ke pintu belakang untuk mengambil tikar dan bakul yang dipenuhi makanan.

Aku menarik beg tangan ke bahu. Pintu kereta dikatup rapat. Aku berjalan mengekori jejak langkah Danial. Tikar dibentangkan apabila Danial berpuas hati dengan spot yang sesuai.

“Kat mana ni?” soalku.

“Baca tu.” Danial menunjukkan signboard yang terpapar di tepi sebuah pokok besar.

“Morib?” aku ternganga. Dari KL ke Morib?

“Lalat bagi salam tu. Tutup sikit mulut tu.” Perli Danial. Danial duduk di atas tikar yang telah dibentangkan. Aku segera mendapatkannya. Aku membuang kasut sebelum duduk di atas tikar.

“Jauh tak dari rumah?” soalku lagi.

“Kenapa?” Danial membalas dengan soalan juga.

“Takut nanti kau tinggal aku. Penat aku nak jalan balik rumah.” Aku mengeluarkan makanan daripada bakul.

“Kalau aku nak tinggalkan kau, aku bawak kau nun jauh ke Indonesia tu. Duduk la kau kat situ.” Danial sudah mula berbaring sambil menopang pipinya.

“Eleh, macam la aku tak boleh balik.” Getusku perlahan. Danial hanya terdiam. Tempat yang Danial pilih agak terlindung dari cahaya matahari. Bawah pokok! Alhamdulillah! Aku memandang ombak yang pecah di pantai.

“Datang pagi-pagi macam ni, panas la.” Kataku.

“Panas? Jom.” Danial terus bangun dan memasukkan kembali makanan ke dalam bakul. Aku terpinga-pinga. Kenapa ni? cicak kobeng merajuk? Aih! Nak buat apa ni? panggil bomba? Panggil polis? Oh tak sesuai. Panggil doktor? Panggil nurse? Dia bukan sakit. Nak buat apa ni?! Tikar pun sudah digulung.

“Danial! Maaf.” Aku berkata perlahan. Langkah Danial terhenti.

“Kenapa?” soal Danial hairan.

“Kau marah ke aku cakap panas?” soalku bodoh.

“Aku nak kita duduk tempat redup.” Balas Danial. Ohh! Ingat nak mengamuk. Aku segera memakai kasutku dan masuk ke dalam kereta.

“Kita masuk chalet dulu eak.” Cadang Danial. Aku mengangguk.

Dari pagi hingga lah petang, aku dan Danial menghabiskan masa bersembang di dalam chalet. Entah apa yang dibualkan, aku sendiri tidak pasti. Yang pastinya, hati aku cukup terhibur dengan lawak jenaka Danial. Sandwich sudahpun habis dimakan. Sambil bersembang, memang sedap mengunyah. Twisties pun habis! Coke je tinggal sebotol. Zohor dan Asar dapat aku lakukan jemaah bersamanya.

“Matahari dah nak tukar shift, jom pergi pantai.” Danial sudah berkira-kira hendak keluar. Aik? Ayat aku tu. Aku segera mencapai tudungku. Danial tak habis-habis dengan cermin matanya.

Aku berjalan beriringan dengan Danial. Senyap je. Tak nak cakap ke? Dah puas bersembang dalam bilik tadi kot.

“Airysha.” Panggil Danial. Fullamak beb! Mamat encem panggil nama aku la! Hahaha! Baru ku dengar suara merdu dia memanggil namaku.

“Apa?” tanyaku.

“Tak habis-habis dengan apa.” Getus Danial.

“Yela-yela! Gapoh(Apa)?” soalku. Danial menggeleng. Aku pon boleh kecek kelantan!

“Apa-apa je la.” Aik mamat ni, tadi aku ingat dia nak tanya aku apa-apa. Haish. Nak panggil nama je ke? Hmm..

Matahari dah tak terik la! Aku berjalan di gigi air. Kasut telahpun dibuka. Stoking nak basah pun, aku tak kisah. Stoking ni agak nipis, cepat je kering nanti. Sedang aku leka bermain air, jemariku sudah berada di dalam jemari Danial. Aku menoleh.

“Main air! Jap gi basah jangan naik kereta.” Bebel Danial. Aku memandangnya pelik. Dia pegang tangan aku. Tangan aku melekap dalam genggaman dia lah!

“Tak boleh naik kereta?” entah kenapa timbul idea dalam kepala. Satu bonus dia memegang tanganku. Lantas aku menarik tangan Danial masuk ke dalam laut. Habis lencun bajunya. Nasib Danial terlepas pegangannya. Kalau tak, dengan aku-aku sekali terhumban dalam laut.

“Orang basah kena tinggal. Adios amigos!” segera aku berlari dan mencapai kasutku yang terjatuh ketika Danial memegang tangan kananku.

“Airysha!” jerit Danial. Aku berlari ke pinggir pantai. Danial mengejar. Aiseyman. Dah macam cerita hindustan gamaknya main kejar-kejar. Sekali tubuhku diraihnya, Danial tidak melepaskan peluang untuk membalas dendam. Tubuh kecilku dibawa sekali masuk ke dalam laut.

“Pakcik! Lepas la. Abeh basah badan orang!” marahku. Namun Danial masih mengemaskan pelukannya.

“Biar basah sama-sama.” Danial berbisik.

“Ohh .. sama-sama eak?” aku menggigit lengan Danial. Danial melepaskan pautan. Aku menolak air sehingga terpercik ke Danial. Danial membalas.

Aku memerhatikan matahari terbenam bersama Danial. Basah! Basah! Basah! Terpaksa tunggu sekejap supaya boleh kering sikit baju ni. Danial la ni.

“Matahari dah nak terbenam.” Kata Danial memecah sunyi.

“Bukanlah. Matahari tukar shift.” Ujarku selamba.

“Yela Airysha oi.” Danial mengaku kalah. Aku memandang Danial.

“Kenapa baru sekarang kau nak panggil nama aku?” soalku pelik. Pelik bin ajaib! Aku tak pakai mandrem apa pun supaya dia panggil aku dengan nama aku.

“Kenapa aku panggil nama kau?” soal Danial kembali.

“Aku bukan radio rosak yang nak ulang-ulang cakap aku.” Gerutuku.

“Sebab…” tanpa sempat Danial meneruskan kata-kata, aku memintas. “Ah! Aku lupa telefon mak bagitau kita dah sampai. Handphone dalam bilik! Jom balik. Nanti mommy risau lah.” Aku segera mencapai kasutku.

“Adeh..” keluh Danial. Aku menarik tangan Danial. Danial hanya akur dan mengekoriku.

“Baju basah macam mana?” soal Danial. Aku berhenti. Melilau mataku mencari-cari gerai yang mungkin menjual pakaian.

“Ah! Tengok tu! Ada orang jual baju-baju. Carik baju kat situ je la. Yang penting call mak dulu.” Aku meneruskan langkah dan mendail nombor rumah. Setelah menerangkan segalanya, aku melangkah menuju ke gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan.

“Baju ni lawa!” aku memandankan t-shirt itu ke tubuhku. T-shirt hitam yang serupa denganku dipadankan pula ke tubuh Danial.

“Dua saiz M.” Kataku kepada makcik yang menjual.

“Saiz M besar sangat untuk cik. Apa kata amek saiz S.” Cadang makcik itu.

“A’ah. You pakai saiz S la sayang. M besar sangat untuk you. Untuk I sesuai la.” Kata Danial.

“You, ni t-shirt biase. Kalau I amek saiz S, kecik sangat. Tak labuh. Aku menerangkan kepada Danial.

“I lupa.” Danial ketawa kecil. Makcik itu juga memahami dan membungkus dua helai baju itu. Baju dah ada. Seluar pulak. Aku mencari seluar yang sesuai. Namun semuanya tidak menepati ciri yang aku inginkan. Akhirnya aku mengambil sehelai blouse labuh yang berwarna putih hitam dan Danial mengambil sehelai track.

Sehelai selendang sudah berada di dalam peganganku. Cukup la. Yang lain, adik dan kakak, anda tidak akan diganti. Harap maklum.

Setelah usai mandi dan mencuci sedikit adik dan kakak yang terendam dalam air garam tadi, aku berkemban sebentar sementara menunggu baju-bajuku kering. Danial yang dari tadi menunggu giliran untuk mandi terkejut melihatkan keadaanku yang tidak sempurna.

“Apa tengok-tengok? Pergi mandi sana!” aku memberikan arahan. Malu sebenarnya! Keadaan aku tidak sempurna macam ni, macam-macam boleh berlaku. Danial terus menuju ke bilik air. Oi oih! Baju-baju aku! Lagi malu! Aku sidai kat dalam bilik air. Hadeh. Biarlah.

Telekung yang disediakan pihak chalet di pakai dan aku terus menjalankan kewajibanku untuk memenuhi tiga rakaat. Usai solat, aku masih membiarkan telekung di tubuhku. Jangan dibukak! At least macam ni, selamat sikit.

Danial keluar dengan baju hitam yang baru dibeli tadi bersama sehelai towel. Nasib dia membawa kain pelekat. Dia menunaikan solat sambil diperhatikanku. Ahh! Mengantuk pulak. Aku berbaring sebentar. Sepi!

“Airsyh. Bangun. Solat isyak.” Danial menggerakkanku. Aku dengan malas bangun dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Adik kakak masih basah. Lambat la kalau macam ni. Aku keluar dengan adik dan kakak yang aku sorokkan di bawah telekung.

Aku hampiri board sterika dan menyeterika adik dan kakak. Danial mesti tertanya-tanya apa lah yang aku buat. Namun aku dengan sedaya upaya melindunginya. Selesai satu kerja. Nasib kering.

Aku menunaikan solat Isyak dan menukar pakaianku di dalam bilik air. Selendang yang telah diseterika dililitkan menutup dada. Nak beli tudung, mahal. Tudung berlambak kat rumah. Lagipun malam, duduk dalam kereta lagi. Takde orang nampak. Danial juga telah bersiap-siap. Aku tak amek tau pulak kalau adik dia basah ke tidak.

Barang dikemas dan Danial sudahpun check out sementara aku menunggu di dalam kereta. Perjalanan dari Morib pulang ke rumah membuatkan Danial beberapa kali menguap.

“Mengantuk?” soalku.

“Mm..” balas Danial.

“Go! Go! Go! Ale! Ale! Ale! We we go! Ale! Ale! Ale!” jeritku di dalam kereta. Lagu bola aku dendangkan. Terkejut beruk Danial dibuatnya.

“Oih! Terkejut aku. Duduk senyap la kalau nak selamat. Jangan berjoget dalam kereta.” Marah Danial. Dah gaya macam bapak marah anak. Aku muncung sedepa.

“Nanti aku tertido.” Jawabku.

“tido lah. Aku okay.” Muzik dipasang deras. Aku mengangguk. Kerusi dibaringkan sedikit. Aku lena setelah beberapa minit baring.

Minah ni, kalau tak tido, tak sah. Tido je keje. Hmmhh.. tidurlah Airysha. Danial memegang jari jemari Airsyha sambil tersenyum. Thanks Kimi. Rancangan kau berjaya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

67 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 17”
  1. inarina says:

    citer nie best…sangat…tapi saya paling x suke komen cikbunga.Kalau dah x suke sudahlah…saya x tau lah dah berapa banyak komen cikbunga yang sama.Tapi ape2 pon keep it up utk penulis…:)

  2. anna says:

    well 4 me this story not so bad… but ada beberapa perkara yang memang kena penelitian semula… as a writer kita tak boleh ambik mudah, fakta, jalan cerita semua kena double or triple or billion check coz tak nak lah bila dah siar benda tu akan jadi ilmu sonsang or fahaman sonsang untuk org yang membaca.. coz writer nie bukan hanya menulis apa yang di suka atau rasa.. but mereka sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam mempengaruhi orang lain.. if orang yang membaca tu jenis yang kurang ilmunya or pengalamannya, mereka akan terima bulat2 idea or imaginasi penulis and menganggap ia adalah kebenaran or rialiti… so walaupun saya rasa ada pembaca yang sangat setia menyokong penulis… but saya harap penulis tidak berkecil hati atas kritikan yang mungkin menyakitkan hati tapi anggap ia sebagai satu yang berguna untuk memperbaiki kelemahan dan buktikan pada pengkritik anda mampu hasilkan novel yang lebih baik dan mantap dari novel ini pada masa akan datang….

    p/s : tiada rugi mendengar kritikan orang lain kerana orang lain ibarat cermin bagi kita… tidak ada guna jika menulis tapi tiada yang baca… dan sudah tentu jika ada yang membaca pasti akan ada kritikan-kritikan… so think positive and good luck…….

  3. Qaireena Airysha says:

    tahniah kpd penulis!! byknye babak romantik and sweet! keep itup!

  4. Fatyna Arieyna says:

    Best sangat2 citer ni…..

  5. pencinta novel says:

    boleh la cite nie..keep it up..but kbanyakan malay novels storyline dy pasal kawen paksa n kontrak..i think it should be different in romantic comedy novel…i hope someday i found it..

  6. eyfa ashifa says:

    aiiyy..best giler novel nihh…sy ska watak danial franz..msty danial segak n ensem giler2…ahhh !! sy ska sgt2

  7. Cik Yana says:

    tahniah aleeya natasya.. pejam kan aje mata utk org yg bagi komen negative ni. ape pun cite ni mmg best. tukang komen pun gunalah budi bahasa sikit klu na komen tu.. bukan mencari pasal dengan penulis pulak ok.. keep up a good work..
    tiada manusia sempurna…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"