Novel : Cinta kontrak 18

8 April 2011  
Kategori: Novel

80,571 bacaan 54 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

18

Entah bila masa aku sampai rumah pun aku tak pasti. Alih-alih dah ada atas katil. Tapi yang parahnya, kenapa aku boleh dengar deruan nafas Danial? Aku cuba bergerak sedikit ke hadapan. Namun tidak berjaya. Pautan lengan Danial yang melekat di pinggangku menyentapkan diriku. Boleh pulak dia peluk aku?! Ni nak kena kuntau(silat) ni! Aku tidak berani menoleh ke belakang. Takut jika wajah kami berlaga. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan Danial jauh dari pinggangku.

“Emmm…” rengek Danial. Terkejut aku! Ingat dah bangun. Danial mengeratkan pelukan. Cicak kobeng ni kan! Nak kena tau! Aku cuba sekali lagi untuk meleraikan pelukan. Yes! Berjaya. Aku cuba bangun dari pembaringan.

“Nak pergi mana?” soal Danial dengan mata tertutup sambil memegang pergelangan tanganku. Aiseyman! Batman! Ultraman! Superman! Dia tak tido lagi ke? Nak aku dodoi baru nak tido?

“Lepas lah. Aku tak hingin tido tepi cicak kobeng.” Aku menarik lenganku kembali. Namun pautan Danial terlalu kuat. Lantas dengan sekali tarik, aku sudah berada dalam pelukannya. Aku kaku! Danial memeluk erat. Kakinya diletakkan di atas kakiku. Tangannya sudah memelukku erat. Bukan satu tangan, tapi kedua-dua belah tangannya! Mati aku. Tak dapat nak lari lagi dah ni. Aku lemas berada dalam pelukannya yang sememangnya ketat! Oksigen! Oksigen! Meh cini, aku dah nak mati tercepit sesak nafas ni.

“Lepas lah!” bentakku.

“Baa..baa.. black sheep.. have you any wool..” serak suara Danial menyanyikan lagu ba ba black sheep. Nafas ditarik beberapa kali untuk menyanyikan lagu itu. Hoi! Ingat aku budak ke nak nyanyi lagu tadika ni?

“Kau tak lepaskan aku, aku tumbuk kau!” bentakku lagi. Danial makin mengeratkan pelukannya. Kakinya dah macam peluk bantal dakap! Ni nak patahkan tulang rangka aku ke ni? Peluk bukan main kuat.

“Yes sir… yes sir… three bag full..” Danial tetap meneruskan nyanyian. Tiada tempat lain boleh aku labuhkan pandangan jika bukan dadanya. Danial memandang aku sepi. Aku membalas pandangannya. Dia menarik nafas lagi. Nampaknya malam ni, pokok tak keluarkan oksigen kot. Sebab tu aku dengan dia dah macam orang nazak mintak udara. Dia memelukku kembali. Ya Allah! Danial. Cukup lah! Aku dah nak lemas ni.

“One for the master… one for the dame… and one for the little boy… who lives down the lane.” Danial menyambung nyanyiannya lagi.

“Danial! Aku tak nak kau nyanyikan lagu budak-budak tadika supaya aku tido. Aku nak kau lepaskan aku sekarang jugak! Okey! Okey! Aku janji aku takkan tumbuk kau kalau kau lepaskan aku.” Aku menyerah kalah. Sungguh aku lemas sangat!

“Tunggu sekejap.” Danial berkata-kata. Pelukan dieratkan. Aku tak mampu untuk melawan lagi. Berulang kali aku menolak tubuhnya juga, aku tidak akan berjaya. Tu la kau, Airysha. Dulu ibu suruh makan banyak-banyak, kau tak nak. Cuba kalau saiz kau macam hippo, dua jari pon kau dah boleh buat cicak kobeng ni terpelanting. Aku lemas dan aku penat. Akhirnya aku membiarkan tangannya memeluk erat tubuhku. Hmm.. aku rasa… rasa macam .. macam .. selamat. Aku terlena dalam pelukannya dek kerana kepenatan berlari di tepi pantai dan kepenatan untuk menolak tubuh gagah Danial.

Laungan azan yang kuat membuatkan aku terjaga. Naik lenguh badan ni dek dipeluk Danial terlalu lama. Aku memisat mata yang terasa berat untuk dibuka. Wangian Georgeo Amani menusuk batang hidungku. Patut la mahal perfume dia, 24 jam gerenti wangi beb! Tapi ni dah lebih 24 jam.

Ya Allah, dia yang berada di hadapanku kini adalah suamiku. Seorang lelaki yang berjaya menarik perhatianku dengan gerak-gerinya. Dengan pertuturannya. Dengan gaya macho made in Belandanya. Seorang lelaki yang berjaya menarik semua perhatian wanita yang lalu di sebelahnya adalah suamiku, Ya Allah. Wangiannya, dakapannya.. menitis air mataku. Aku sayangkan dia. Tapi aku tak pasti, adakah dia milikku?

Perlahan aku meletakkan tapak tanganku di dadanya. Merasa degupan jantungnya. Dup.. dup.. dup .. degupan yang normal bertukar kencang. Aku terkejut lantas menarik kembali tanganku dan mengesat air mataku. Aku melihat wajahnya. Keadaan yang sama semenjak malam tadi tidak berubah posisi walaupun seinci.

“Jangan pegang dada aku kalau kau nak tengok aku mati cepat.” Ujar Danial. Pelukan dirungkaikan. Lantas Danial bangun dan mengambil tuala dari penyidai dan bergerak terus ke bilik air. Aku terkejut.

Danial meletakkan tapak tangannya di dada. Jantung macam nak racing! Punya la laju. Dia bersandar di balik pintu kayu yang sudah terkatup rapat. Perlahan-lahan dia terduduk. Aku nyatakan cinta, aku malu. Tapi untuk biarkan dia berteka-teki, aku tak sanggup! Aku mungkin cintakan dia, tapi dia tak pernah tunjukkan rasa cintanya kat aku. Aku tak nak bertepuk sebelah tangan. Kalau aku cakap I love you, nanti dia ketawakan aku if she didn’t like me. Or, dia mungkin lari dari aku. Aghh! Danial berjalan menuju ke shower. Air dingin yang mencurah di tubuhnya tidak dapat menyejukkan hatinya yang sedang dibakar bara cinta. Aiseyman! Jiwang karat betul.

Aku.. aku .. aghh! Airysha! Wake up!! Dia tak mungkin sukakan kau. Lantas telekung, baju-bajuku dan tuala diambil dan aku berlari menuruni anak tangga untuk mandi di bilik air bawah. Aku sesak nafas dalam bilik tu!

Aku memulakan kerjaku seperti biasa di butik. Tidak banyak kerja yang perlu aku lakukan. Sesekali kak Yati sibuk bersembang denganku.

“Korang ni kan, kak Yati yang plan nak kawen dulu, tengok-tengok korang yang bersanding dulu.” Celoteh kak Yati. Aku hanya ketawa kecil.

“Eceh! Tak suka konon. Sekali tengok? Dah seminggu lebih rasmi jadik anak Dato’.” Perli kak Yati. Aku hanya mencebik.

“Oi minah! Takde suara ke?” kak Yati menyikuku. Aku mengeluh perlahan.

“Kak tau tak, akak cot-cet cot-cet dah macam ikan nak kena siang tau.” Aku terus pergi ke bahagian baju yang lain. Ikan? Ikan mana keluarkan suara! Kak Yati tidak berpuas hati. Mainkan aku yek! Kak Yati mengekoriku.

“Kenapa ni? Macam ada problem je.” Kak Yati mengambil tempat di sebelahku.

“Kak! Orang pelik la.” Gumamku.

“Pelik ke bendanya?” soal kak Yati.

“Akak la.”

“Kenapa dengan akak?”

“Akak ni, kalau tak duduk diam tak sah, kan? Akak tak penat ke bercakap 24 jam?” perliku. Aku tau sindiranku kasar dan tajam, tapi aku tak boleh nak cakap berlapik dengan kak Yati. Mungkin sebab dah terbiasa.

“Mulut akak ni gatal la kalau duduk diam. Kalau tak bercakap, akak cium Rysh je la!” kak Yati memelukku dan mencium kedua belah pipiku. Naik lemas! Naik rimas!

“Akak!” aku terjerit kecil sambil ketawa. Sempat pulak buat lawak minah sekor ni. aku masuk dalam washer machine kang baru tau!

“Rysh.” Panggil Datin Aleeya lembut.

“Mommy.” Aku menolak perlahan tubuh kak Yati. Kak Yati mengundur. Sedikit senyuman dihadiahkan buat majikan tersayang.

“Meh. Mommy nak cakap sikit.” Datin Aleeya menarik lenganku supaya mengikutinya ke dalam pejabatnya. Aku hanya akur.

Setelah pintu pejabat ditutup rapat, aku mengambil tempat di hadapan Datin Aleeya. Aku duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Datin Aleeya duduk di kerusinya.

“Mommy dengan papa dah berbincang.” Permulaan ayat yang mengejutkanku. Bincang apa pulak ni?

“Mommy tak tau bila lagi roh akan terpisah dari jasad. Tapi mommy harap, sebelum apa-apa berlaku.. mommy nak mintak seseorang dari Rysh.” Jantung aku berdegup laju. Seseorang? Apa ni?

“Mommy muda lagi la. Jangan la risau apa-apa. Selagi amal kita lakukan dan tinggalkan larangan Allah, Insya-Allah.. Allah memberi kesempatan kepada kita untuk beribadat.” Suaraku dikendurkan. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku cakap. Apa aku melalut ni?

“Mommy tau. Tapi hidup ni, kita tak tau bila akan berakhir. Yang hidup pasti akan pergi, kan?” Datin Aleeya menggenggam jemariku. Aku terpinga-pinga. Jangan la buat drama, mommy. Nanti malu la aku kalau aku ternangis!

“Kenapa ni mommy?” soalku perlahan. Air mata cuba ditahan.

“Mommy just ada seorang je anak laki. Dan mommy harap sangat.. untuk mendapat seorang cucu.” Jantung seakan berhenti berdegup. Sinaran dari mata Datin Aleeya menusuk kalbu! Mak aiih. Baru seminggu lebih kawen dah nak cucu? Bukan tak boleh. Boleh. Boleh sangat-sangat. Tapi kalau Danial mencintai aku. Tapi aku baru umur 19 tahun! Tapi aku belum masuk U. Tapi aku belum capai cita-cita aku. Aih! Berapa banyak punya tapi daa?

“Mommy.. Airysh belum sambung belajar. Airysh baru 19 tahun. Tak terlalu cepat ke untuk mendapat seorang anak?” aku dengan sedaya upaya untuk mengelak.

“Ye. Mommy tau awal. Tapi boleh Rysh janji dengan mommy? Lepas Rysh berjaya masuk menara gading, umur Rysh mencapai dua puluh satu tahun, Rysh lahirkan seorang anak untuk mommy? Boleh?” Datin Aleeya memandangku meminta jawapan. 21 tahun? Bererti 2 tahun dari sekarang?

“Kalau ada rezeki, insya-Allah mommy.” Setelah lama berfikir, mencongak itu dan ini, aku memberi kata putus yang samar-samar namun diterima baik oleh ibu mertuaku.

“Hello?” sapa suara dihujung talian. Danial terkejut apabila mendengar suara dihujung talian. Suara yang telah lama hilang. Suara yang sentiasa menjadi pembuai tidurnya satu ketika dahulu.

“Hello.” Jawab Danial acuh tidak acuh.

“Sayang..” Bella merengek manja.

“Don’t sayang-sayang me. I’m married. I’ve wife.” Kata Danial keras.

“Wife? Psstt!” Bella ketawa menyindir.

“I mungkin percaya dengan perempuan kampung tu. Tapi I tak percaya dengan you.” Kata Bella mengejek. Danial geram. Perempuan kampung?!

“Hey perempuan! Kau tak tau ke? Otak kau lembap kot. Perempuan kampung dengan perempuan bandar tu bezanya macam langit dengan bumi. Kalau dibandingkan kau dengan isteri aku yang kau panggil perempuan kampung, kau tak layak! Perbandingan harta? Dia lebih kaya daripada kau. Bukti? Kain dia menutupi seluruh tubuh dia tanpa cela. Kau pulak? Macam mahal sangat nak beli kain. Terbelah sana sini. Sendat pulak tu. Entah reti atau tidak pakai seluar. Baju paras paha, tapi seluar hilang. Kecantikan? Pandang muka dia membuatkan aku tenang. Dia tak perlu kikis duit aku nak beli mekap mahal-mahal. Takat wuduk dah boleh hadirkan cahaya dari muka dia. Kau? Mekap mahal-mahal. Tebal seinci. Kau tau tak? Orang pandang kau bukan sebab kau cantik dengan mekap kau. Tapi gerun tengok muka kau yang dah macam pontianak.” Balas Danial panjang. Tergamam Bella dibuatnya. Kenapa dia berubah 180 darjah?

“Sayang. What ever it takes, you will be mine. If I couldn’t get you, that kampung girl also won’t get.” Bella memberi amaran keras. Nekad untuk merebut Danial.

“If she didn’t get me, you won’t.” Kata-kata Danial menaikkan kemarahan Bella. Muka Bella dah merah bak epal. Asap panas dah keluar dari telinga macam keretapi. Lantas punat merah ditekan kasar. Tak guna punya Danial! Tengok je la. I boleh melangkah lebih jauh daripada apa yang you bayangkan. Kalau disebabkan kewujudan perempuan kampung tu kat dunia membuatkan you tak boleh pilih I, I’ll make sure she left you and this cruel world. Bella ketawa lantang. Kalau pontianak dengar Bella mengilai, rasanya pontianak pun letak jawatan jadik pontianak!

Danial menumbuk meja dengan kasar. Adeh! Sakit pulak tangan ni. Bengkak tak? Usya sikit! Okey lagi ni. Danial menggosok-gosok tangannya yang dikepal. Meja kayu ke meja batu ni? Bella dah muncul balik. Setelah sekian lama dia menghilangkan diri, kenapa sekarang dia balik? Waktu aku kawen dulu aku ada nampak dia datang. Tetamu tak diundang. Tapi dia tak menegur aku. Dia just sibuk bersembang dengan Airysha. Tapi entah apa yang dibincangkan sehingga muka Bella dah macam udang hangus dan terus berlalu pergi sambil mengentak kaki.

Danial meneruskan pekerjaanya. Takde apa yang perlu dirisaukan. Macam mana pun, Airysha dah dapat tempat kat hati aku. Cuma aku je yang perlu masuk menyelinap dalam hati dia.

Aku merengus kasar. Boringnya. Takde kerja nak dibuat. Takat lepak-lepak je dengan kak Yati mendengar celoteh kak Yati pasal persediaan perkahwinan dia. Customer yang datang pun bukan calang-calang orang. Semua nak jumpa dengan Datin Aleeya. So, kitorang yang kuli ni, duduk melangut je la. Takde apa yang boleh dibantu bila pelanggan VVIP nak dilayan oleh Datin Aleeya je. Leceh! Gedik-gedik betul dorang ni.

Alunan Speak Now mengejutkanku. Kalau dah lagu ni yang muncul, tidak lain tidak bukan si cicak kobeng pencuri hati la! Aku menekan skrin menjawab dan menekapkan telefon ke elinga dengan malas.

“Assalamualaikum.” Sapa suara dihujung talian. Wah-wah! Dah pandai bagi salam la. Cicak kobeng bagi salam wokk! Pandai betul cicak bagi salam.

“Waalaikumussalam.” Jawabku malas. Malas! Malas! Malas! Tapi rindu.

“Buat apa?” soal Danial sekadar berbasi-basi.

“Buat pandai. Buat kerja la, pergi tanya pulak.”

“Busy?”

“Agak la. Busy menadah telinga dengar kak Yati membebel.” Satu cubitan hinggap di pahaku. Mak oiih!! Boleh biru paha gebu aku. Kak Yati ni! Dengar sesi perbualan VIP aku pulak.

“Sakit la kak! Tau la kaki orang gebu menawan, marvelous, cantik menarik aku memang debom!” laju aku berkata-kata sambil mengusap paha yang dicubit sambil menjeling ke arah kak Yati.

“Huih! Laju cakap macam jet nak pergi bulan je.” Gurau Danial.

“Kak Yati ni haa. Jeles dengan paha orang.” Aku mencebik ke arah kak Yati. Kak Yati hanya tersenyum. Tak nak ganggu! Nanti kena kuntau!

“Jom lunch sama.” Pelawa Danial. Aku menimbang-nimbang sebelum bersetuju.

“I’ll pick you up at one.” Danial terus mematikan talian. Aih? Tak dengar kata putus aku lagi. Baik tak yah tanya kalau dia sendiri yang menjawab soalan yang ditanya. Aku memandang jam dipergelangan tangan. Nasib ada jam tangan. Kalau takde, aku dah gantung jam dinding kat leher. 12:45? 15 minit je lagi. Takpe lah. Tunggu je.

Lima minit kemudian, Danial tiba di butik. Awal sepuluh minit! Syabas! Setelah meminta kebenaran dari mommyku, aku dan kak Yati keluar untuk makan tengah hari. Kak Yati dengan buah hati pengarang jantung dia tu la. Takkan nak keluar menyibuk dengan aku pulak? Datin Aleeya keluar lunch dengan kawannya. Setelah pintu butik dikunci dan diletakkan tanda LUNCH, aku , Danial dan Mini Coopernya bergerak menuju ke Alamanda.

Sebenarnya aku masih malu dengan apa yang terjadi subuh tadi. Ditambah pulak dengan permintaan mommy yang aku sendiri tak pasti boleh dtunaikan atau tidak. Masing-masing sepi. Hanya muzik yang berkumandang memenuhi Mini Cooper milik Danial. Aku meninggalkan Exora di hadapan butik. Datin Aleeya pergi dengan kereta temannya.

Kejadian subuh tadi mengunci mulut aku untuk berkata-kata. Bila difikir-fikir, aku macam menolak dia dari aku. Ditambah dengan masalah Bella yang tak cukup kain tu. Kusut! Kusut! Danial mengeluh perlahan.

“MacDonald okey?” soal Danial.

Aku sekadar mengangguk. Mana-mana je la. Asalkan perut aku diisi dengan makanan. Kereta memasuki Alamanda.

Aku berjalan beriringan dengan Danial. Ramai jugak orang.

“Duduk dekat dengan aku. Nanti kau hilang, jenuh aku nak carik kau. Dah la kecik.” Lantas Danial membawa tanganku dalam genggamannya. Aku kaku.

“Tangan kau sejuk. Kau demam ke?” Danial memberhentikan langkah di tengha-tengah Alamanda dan meletakkan tapak tangannya di dahiku. Merasa kepanasan tubuhku.

“Aku okey la.” Aku menolak tangannya dari dahiku.

“Okey.” Danial meneruskan langkahnya. Genggaman masih kemas.

“Danial.” Panggilku.

“Apa?” Danial menoleh ke arahku.

“Aku nak mintak maaf pasal pagi tadi.” Merona merah wajahku. Aku malu dengan apa yang terjadi. Tapi aku perlu meminta maaf atas kejadian yang berlaku. Mungkin dia marah denganku. Tapi persoalan yang bermain dalam benakku, kenapa jantung dia berdegup laju?

“Pagi? Aku tak ingat lah. Dah la, tak payah pikir. Aku lapar. Jom makan.” Kata Danial ceria. Aku turut tersenyum. Dah macam kanak-kanak riang kitorang ni. Berjalan beriringan. Saling menggenggam tangan masing-masing. Senyuman tak lekang dari bibir kami berdua. Sungguh! Aku tak ingin semua ini berakhir dengan penceraian.

“Airysha.” Danial berkata perlahan. Hampir tenggelam suaranya dek bunyi bising yang ada di dalam Alamanda.

“Aku tak dengar la.” Aku memeluk lengan Danial supaya dapat mendengar dengan lebih jelas.

‘I love you’ kata Danial di dalam hati.

“Apa kau nak cakap tadi?” soalku menggesa.

“Je t’aime.” Kata Danial kuat. Aku blur. Bahasa apa yang dia guna ni? bunyik macam Perancis. Tapi aku tak paham!

“Aku tak paham la.” Ujarku jujur. Danial tersenyum

“Kau kena jawab, moi aussi.” Danial membalas. Aku pelik.

“Oh? Ye ke? Okay. Moi aussi.” Aku tersenyum memandangnya.

Je t’aime maksudnya I love you, sayang. Moi aussi bermaksud kau juga cintakan aku. Biarpun kau tak tahu apa yang kau katakan, cukuplah aku yang memahami. Danial mengemaskan genggaman. Dimana hendak diserbu? MacDonald! Perut berkeroncong dah buat konsert rock kapak!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

54 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 18”
  1. cahaya nur says:

    best sgt,, :D

  2. nor hafizah ahmad says:

    Mcm mne nk dptkn novel nie??

  3. hidayah says:

    best sgt novel ni. dah bace sampai habis pun xx suke sgt !

  4. farahidayah says:

    Citer nie sy da khatam berpuluh kali da’mmg best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"