Novel : Cinta kontrak 19

15 April 2011  
Kategori: Novel

79,849 bacaan 53 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

19

Hubungan aku makin membaik dengan Danial. Adakalanya aku masih disakat dengan lawak bodohnya. Kini aku dah berada di semester satu di UIA. Aku berazam untuk meraih segulung ijazah. Kalau diberi peluang, takkan ijazah je? PhD pun aku nak sapu! Tetapi apa yang mengacau fikiranku, aku ditakdirkan untuk bertemu musuh ketatku! Muhammad Amir Farhan. Lelaki yang pernah menghancurkan hatiku satu ketika dulu. Kerana dia, aku tak dapat fokus dalam paper Fizik waktu SPM. Kerana dia, aku tak berani mempertaruhkan cinta aku untuk sesiapa sahaja. Tapi Allah Maha Berkuasa. Kini Danial berada di dalam hatiku. Itupun aku tak pasti jika dia benar untukku. Kenangan lama berputar ligat dalam kepalaku.

“Alia!” jerit Farhan memanggil dari belakang. Aku yang sedang melangkah untuk pulang ke rumah setelah tamat menjawab soalan Kimia, berhenti. Aku menoleh. Senyuman manis aku hadiahkan buatnya.

“Apa?” soalku.

“Aku nak cakap sikit dengan kau. Kau dah nak balik ke?” termengah-mengah Farhan.

“Baru nak balik. Cakap la.” Aku menadah telinga untuk mendengar kata-kata Farhan.

“Tepi pantai jom.” Pelawa Farhan. Aku mengangguk. Kami berjalan menuju ke tepi pantai. Angin yang meniup kadang-kadang membawa pasir masuk ke mataku. Aku menenyeh-nenyeh mataku kepedihan.

“Aku..” Farhan cuba mengatur kata. Aku masih bersedia untuk mendengar. Dia bukan pakwe aku. Tapi hanya teman tapi mesra. Tapi aku sangat sayangkan dia. Aku tak berani nak bercouple kerana aku pernah diberitahu bahawa couple itu haram dan boleh membawa kepada pelbagai jenis zina. Zina hati, zina mata, zina telinga, zina mulut, dan banyak lagi jenis zina.

“Aku tau kau sukakan aku. Dan aku pernah sukakan kau.” Ujar Farhan perlahan. Pernah? Apa maksud dia? Aku masih sabar menanti kata-kata seterusnya.

“Tapi kita tak pernah couple. Aku tak terikat dengan kau, kan?” Farhan memandangku meminta kepastian. Jantung aku berdegup laju. Terikat? Kau ingat kau tu lembu ke nak kena ikat?

“Hati aku.. hati aku dah berubah.” Sambung Farhan. Aku masih bersabar. Namun degupan di dada makin pantas.

“Maksud kau?” aku bertanya.

“Kau bukan makwe aku. Hati aku bebas untuk suka kat siapa pun.” Farhan memandang ke arah laut. Aku pula masih memandang wajahnya. Hampir gugur air mata. Tahan Airysha! Tahan!!

“Oh. Ye.” Jawabku perlahan. Aku dah tak tau nak cakap apa! Kelu. Lama kami menyepi menikmati deruan angin laut.

“Siapa yang kau suka tu?” aku cuba memaniskan muka bertanya.

“Sue.” Jawab Farhan lemah. Sue? Sumayyah?! Kawab baik aku sendiri?

“Oh.. kalau betul kau sukakan Sue, jangan sia-siakan dia. Jangan mainkan hati dia. Kau tau kan, dia kawan baik aku?” aku masih berlagak tenang. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tau betapa hebatnya tsunami, taufan, gempa bumi dan banjir yang boleh meranapkan hati aku sehingga berkecai berkeping-keping.

“Aku tau.” Suara Farhan mengendur. Dia masih tidak berani memandang wajahku.

“Aku nak balik dulu. Esok paper Fizik. Banyak lagi yang aku tak baca. Kau pun tau kan aku ni suka belajar last minute.” Setelah memberi salam, aku terus pulang ke rumah bersama linangan air mata.

Sedikit pun tiada rasa benci pada Sumayyah. Sumayyah sendiri tak tau Farhan sukakan dia. Aku memeluk bantal dakap erat. Buku Fizik tidakku baca. Perlu ke aku benci Farhan? Lagipun dia bukan curang. Tapi dia.. dia sukakan Sue. Dalam banyak-banyak orang, kenapa Sue? Sue cantik. Sue berharta. Sue pandai. Sue pandai agama. Aku? Aku tak cantik, aku tak berharta, aku tak pandai. Agama? Aku sendiri tak pasti.

“Airysh!” kedengaran suara di luar pintu bilikku. Lantas aku mengesat mataku yang berair. Aku mendapatkan bedak di atas meja dan menyapu sedikit di bawah mata. Takde la nampak bengkak sangat.

Pintu bilik dibuka sedikit untuk melihat siapa yang memanggilku. Sue?

“Eh Sue. Kau kenapa malam-malam datang rumah aku?” soalku pelik.

“Jom study sama!” Sumayyah mengangkat buku Fizik yang berada di dalam genggamannya. Aku tersenyum.

“Jom belajar kat beranda.” Aku memberi cadangan. Sumayyah mengangguk setuju. Aku mengambil buku-buku dan pen. Tidak dilupakan kertas kosong untuk dibuat peta minda. Tudung di sarungkan ke kepala. Meskipun hanya di beranda, tapi orang luar boleh nampak kami bila berulang-alik lalu di hadapan rumah.

Setelah mengambil tempat di beranda, aku membuka bab force and motion. Aku cuba menumpukan perhatian pada bacaanku. Namun aku tidak berjaya. Kata-kata Farhan masih segar di dalam ingatan. Masih berputar ligat di dalam kepala.

“Kau kenapa ni? Tak fokus. Senyap pulak tu.” Kata Sumayyah apabila dia mengesan aku senyap sepi.

“Aku tengah fokus la ni. Tu yang aku senyap.” Aku masih memandang muka surat dua puluh dalam buku rujukanku.

“Selalunya, kau belajar bukan macam ni.” kata Sumayyah. Pelik dengan cara aku belajar hari ini.

“Selalu aku belajar macam mana?” soalku memandang wajahnya. Cantiknya Sue. Patutlah Farhan terpikat. Tudung labuh yang melekat di kepala Sumayyah di betulkan apabila angin sesekali meniup lembut tudungnya.

“Kalau kau belajar, mesti kau bangun dan jalan ke hulu ke hilir sambil menghafal mind map yang kau buat. Tak pun, kau buat cerita tok sami naik jet la, cikgu Alias dalam inertia la, berat si debab Musliha kat bulan la. Ni tak. Kau senyap.” Ujar Sumayyah. Aku kagum dengan Sue. Dia hafal caraku. Aku ketawa kecil.

“Sempat ke nak buat mind map? Aku nak ambil tajuk mana yang penting je. Cikgu Alias cakap force and motion insya-Allah kuar SPM ni.” aku mengambil pen merah dan membulatkan tajuk force and motion.

“Mind map kau yang kau rangka waktu trial tu mana?” soal Sumayyah. Aiseh! lupa pulak aku. Jimat kertas kalau boleh digunakan semula. Aku terus berlari ke dalam bilik dan mengambil kertas-kertas A4 yang telah dilipat dengan baik yang tersimpan di dalam laci. Memang di khaskan untuk nota penting, laci ni. Senang nak refer!

“Ada! Yes. Aku lupa pulak aku pernah buat nota. Hahaha..” aku meletakkan beberapa keping kertas di atas lantai kayu itu.

“Tajuk radioactivity mana?” soal Sumayyah apabila menyemak kertas-kertasku.

“Oh, aku tak buat. Sebab bab tu simple. Malas aku nak tulis.” Bidasku. Memang pemalas nombor satu!

“Mana boleh macam tu. Kau buat sekarang. Kalau keluar esok, senang nak ingat.” Nasihat Sumayyah. Sumayyah memang teman yang baik. Aku mengambil sekeping kertas A4 dan mencoret beberapa point penting.

“Mula-mula, kau tulis maksud radioactivity.” Sumayyah melihatku menulis.

“Unstable electrons, right?” aku meminta kepastian. Sumayyah mengangguk. Tak payah tulis panjang-panjang. Ni bukan buku nota. Ni mind map. Nota ringkas. So, tulis dengan seringkas-ringkasnya.

“Isotopes is the same element. Have the same number of proton number. But different nucleon and neutron number.” Aku berkata-kata sambil menulis.

“Panjang sangat tu. Tak payah panjang-panjang. Tulis macam ni, isotopes. Lepastu kau bulatkan tajuk isotopes tu. Lepastu kau tarik satu anak panah. Bubuh simbol equal to. Then tulis element plus proton. Lagi satu arrow, kau buat simbol not equal to. Tulis nucleon plus neutron. Okey? Nama je terel maths, tapi nak guna simbol pon susah!” ujar Sumayyah panjang lebar. Sempat jugak nak perli aku!

“Yela makcik oi. Aku tau la kau terel AddMaths.” Aku mencebik. Lantas pipi gebuku di tarik Sumayyah.

“Atoiii! Sakit la nek kebayan!” aku mengusap lembut pipiku. Sakit tau tak.

“Nenek kebayan?! Kau ni kan!!” sekali lagi cubitan di pipiku membuatkan aku terjerit kecil.

“Aku kan, kalau dapat straight A’s, aku nak belajar overseas la.” Sumayyah dah mula pasang angan-angan.

“Bapak kau bukak kedai runcit. Tapi rumah kau dah kalah istana raja. Aku pelik la. Banyak duit ayah kau.” Aku menopang dagu melangut memandang Sumayyah.

“Mana ada istana. Biasa je. Ayah aku memang bukak kedai runcit. Bila ada duit lebih, ayah aku menabung. Dah lama ayah aku menabung. Banyak jugak la duit kat bank dia. Ayah aku selalu pesan kat aku. Dia kata selagi kita ada keinginan nak berjaya, apa kerja pun yang kita buat pasti akan mendatangkan hasil yang banyak. Tapi pastikan kerja yang halal la. Supaya diredhai.”

“Ayah aku, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Belum tiba rezeki kami agaknya.” Aku mengeluh perlahan.

“Jangan mengeluh. Kau baru 17 tahun. Kau tak tau apa yang nak jadik dalam dua tiga tahun akan datang. Mungkin kau kawen dengan anak raja. Harta menimbun. Haa! Time tu jangan lupa diri pulak.”

Aku ketawa terkekek-kekek. “Anak raja? Tak nak aku. Dah la aku tak suka colour kuning. Daulat Tuanku! Aku tak sesuai jadik permaisuri. Haru istana nanti.” Kami berdua terkekek-kekek ketawa. Aku lupa akan Farhan sementara.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Apabila keseorangan, Farhan berada di fikiran. Sebenarnya aku bukan takat sedih je. Benci dah mula timbul dari dalam diri.

Tanpa persiapan yang sempurna, aku mengangkat senjataku untuk berperang dengan soalan-soalan Fizik yang terdampar di hadapanku. Tulis! Tulis! Tulis! Jangan tinggal kosong. Alhamdulillah, apa yang aku belajar dengan Sue semalam, banyak yang keluar. Tapi yang harunya, aku tak ingat langsung bab electromagnetism! Hancusss!!

“Alia?” satu suara menyapaku ketika aku sedang menikmati sarapan pagi di kantin UIA. Aku menoleh demi melihat gerangan yang memanggilku. Terpana aku!

“Alia Airysha, kan?” suara itu ingin memastikan.

“Farhan?”

“A’ah. Aku dah dua sem kat sini. Kau bila masuk?” Farhan mengambil tempat di sisiku. Aku membiarkan.

“Baru je.”

“Aku tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Kau study apa?” soalnya teruja.

“Farmasi.” Perlahan aku berkata-kata. Suapan diteruskan. Firash di hadapanku hanya terdiam dan meneruskan makanannya. Tak nak masuk line.

“Aku study business.”

“Tak tanya pun.” Jawab aku acuh tak acuh. Farhan ketawa kecil.

“Aku excited giler jumpa kau. Kau pulak macam malas je.”

“Excited? Ahh!! Aku pon excited giler tengok kau!” sengaja aku buat macam perempuan gedik baru jumpa pakwe lama. Farhan tersengih.

“Makin cantik kau sekarang.” Puji Farhan. Kau tak tau ke? Aku dari dulu cantik tau! Miss Universe pon boleh kalah dengan aku. Ish! Airsyha. Semenjak kau kawen dengan Danial, makin perasan kau ni, kan?

“Aku ada kelas la. Lain kali jumpa lagi. Assalamualaikum.” Aku terus mengangkat punggun dari kerusi dan berkira-kira untuk pergi. Firash juga begitu.

“Alia!” panggil Farhan. Aku menghentikan langkah.

“Apa?”

“Ada nombor telefon?” soal Farhan malu-malu.

“Aku tak pakai phone. Aku orang miskin, mana nak pakai menda alah tu.” Aku hendak meneruskan langkah, tapi terhenti apabila telefon bimbitku menjerit dari dalam poket. Aiyakk! Kantoii!!! Farhan ketawa tidak percaya. Tipu aku?

Aku mengangkat Nokia C7ku. CICAK KOBENG.

“Assalamualaikum. Kenapa? Nak apa? Tak busy?” aku memberi salam dan soalan yang bertalu-talu.

“Waalaikumussalam. Kau ni macam peluru la. Terus-terus tanya macam-macam. Kau habis kelas pukul berapa?” soal Danial.

“Tiga.” Jawabku sepatah. Bukan aku tak suka Danial calling-calling aku. Tapi aku geram. Kenapa waktu ni jugak dia nak call aku? Kan dah pecah lobang.

“I’ll pick you up?” tanya Danial.

“Then, my car?” jangan lupa sayangku Danial. Aku bawak Exora ke kuliah la.

“Ohh.. lupa pulak. Takpe la. Jumpa kat rumah nanti malam.” Suara Danial kedengaran ceria.

“Tadi kata nak jemput pukul tiga. Alih-alih, jumpa malam pulak.” Rungutku. Peliks bin ajaib.

“Aku kata nak jemput kau je. Tak kata aku tak kerja. Lepas aku jemput kau, hantar kau balik rumah, aku balik office la.” Terang Danial. Kiranya dia ni sanggup jemput aku semata-mata nak hantar aku balik rumah je ke? Baiknya suami aku ni.

“Okey. Assalamualaikum.” Aku dah berkira-kira ingin menamatkan perbualan.

“Airysh.” Panggil Danial.

“Apa?”

“Estoy enamorado de ti.”

“Kali ni apa pula yang perlu dijawab?” soalku. Bahasa pelik-pelik la cicak kobeng ni.

“Yo tambien.”

“Okay. Yo tambien.” Lantas talian dimatikan. Apa maksud dia?

Estoy enamorado de ti – aku mencintaimu

Yo tambien – aku juga.

Farhan menghampiriku. Aku telan air liur. Apa alasan nak bagi ni?? apa? Apa? Apa? Ya Allah. Tolong la aku.

“Kata miskin, pakai Nokia C7. Aku pun pakai phone cokia(biasa) je. Kata miskin, berkereta lagi.” Sindir Farhan.

“Kalau aku dah kaya, kenapa? Kau nak dekat-dekat dengan aku? Nak kikis harta aku?” soalku kasar. Geram! Biar la kalau aku berharta. Bukan kacau kau pun.

“Aku tak dekati kau sebab harta kau. Harta aku pun dah cukup. First of all, aku nak mintak maaf pasal dua tahun lalu.” Keluh Farhan.

“Tak perlu mintak maaf pun. Aku tak peduli pun pasal menda tu sebenarnya. Chow.” Aku terus pergi meninggalkan Farhan yang tepinga-pinga. Tak peduli? Jangan tipu Alia Airysha. Aku masih boleh nampak getaran hati kau bila kau bersemuka dengan aku. Alia, aku akan dapatkan kau tak kira apa pun. Kau milik aku seorang. Kalau aku tak dapat, orang lain pun takkan dapat kau.

“Sape tadi tu?” soal Firash.

“Cikeding tu? Kawan lama aku. Dulu aku ada hati kat dia. Tapi sekarang takde dah.” Jelasku. Takde apa yang perlu diselindungkan. Orang kata, lagi kita berselindung lagi la banyak kebenaran yang bakal terbongkar. Menjadi seorang yang jujur adalah sebaiknya. Tapi bila datang part nak meluah cinta, aku takkan jujur! Meskipun suka, aku akan senyap.

“Yang telefon kau tadi?” Firash menyoal lagi.

“Yang tu?” aduh! Nak cakap apa ni? Suami? Orang tak tau aku dah berkahwin. Hanya pihak universiti yang tahu aku sudah berkahwin kerana ketika mengisi borang kemasukan, aku diminta untuk mengisi statusku.

“Aku cakap dekat kau, aku harap kau jangan bocor pulak.” Aku meletakkan lenganku di bahu Firash.

“Okey-okey!” beria-ia Firas berjanji.

“Aku cakap dengan cicak tadi.” Aku sengaja bagi saspen. Firash menolak tanganku dari memeluk bahunya dari sisi.

“Kau ni kan! Jangan la main-main.” Rajuk Firash.

“Betullah. Tak percaya?” aku mengeluarkan telefon bimbitku. Aku menekan call log. Dan mencari receive call. Aku menunjukkan kepadanya.

“Tengok. Terang-terang tulis CICAK KOBENG.” Aku ketawa terbahak-bahak.

“Ish kau ni kan! Sepanjang aku kenal kau, kau tak pernah serius. Belajar pun main-main.” Getus Firash.

“Haha.. okey-okey. Suami aku.” Jawabku perlahan. Firash terkejut. Memandang aku tidak percaya. Kenapa? Tak percaya? Haha..

“Bila masa kau kawen. Kau tak cerita kat aku pun!”

“Dalam tahun ni jugak.”

“Nak tengok gambar dia.” Pinta Firash. Gadis manja yang baru aku kenali ketika mula-mula masuk ke universiti. Dia juga sebaya denganku.

Gambar? Tak pernah pulak aku ambil gambar Danial. Ahh! Ada! Waktu dia tidur. Tapi, takkan aku nak tunjuk gambar suami aku tido kot? Aib! Aib! Aib ke?

“Aku baru pakai phone ni. aku belum upload apa-apa dalam phone ni.” aku memberi alasan. Firash muncung. Kecewa tidak dapat melihat wajah Danial.

“Lain kali aku kenalkan kau dengan dia. Okey?”

Firash menunjukkan isyarat okay. Kami berjalan menuju ke bilik kuliah bersama. Nasib dia sama course dengan aku. Senang nak berkepit! Sering kali aku menghantarnya pulang ke asramanya menaiki kereta. Budak malas nak jalan! Macam ni la. Aku je yang dapat kelonggaran untuk pulang ke rumah. Entah bagaimana Danial menguruskan. Pakai kabel(orang dalam) kot.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

53 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 19”
  1. diah says:

    citer nie mang best..
    smpi lunyai buku die aq bace manyk kali..
    thumbs up 2 d writer…..

  2. NAZA says:

    citer sal muslimah! mabruk2!(main hentam je) hehe..

  3. umi lana says:

    Hanya sampe bab 20 saja????

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"