Novel : Cinta kontrak 20

22 April 2011  
Kategori: Novel

127,663 bacaan 330 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

20

Selesai kuliah, aku terus ke keretaku bersama Firash. Pintu kereta dibuka luas. Tiba-tiba datang seseroang daripada belakang tubuhku dan menutup kembali pintu keretaku. Aku tersentak. Ni yang menyibuk dengan kreta aku ni pehal? Ada juga yang melayang kena sepak kang. Aku menoleh untuk melihat gerangan yang menutup pintu keretaku. Firash sudah berada di sisi seat pemandu. Dia menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat siapa yang berani menyentuh kereta kesayanganku ini.

“Kau nak apa?!” lantang suaraku. Geram! Tak makan saman betul budak ni. dah dikata jangan kacau, sibuk pulak mengekor mana aku pergi.

“Kau hutang aku something.” Farhan menadah tangan meminta sesuatu.

“Bila masa pulak aku hutang kau?” aku bertanya dengan pelik. Makan tadi, aku yang bayar. Bukan dia. Hutang apa pulak ni?

Telefon bimbit di tangan kananku dirampas kasar oleh Farhan.

“Hey! You’re being rude!” marahku. Mukaku yang putih sudah bertukar menjadi hijau! The Hulk sudah mari!!!

Farhan mendail nombor dari skrin Nokia C7 milikku. Aik mamat ni? nak pinjam telefon pon mintak la baik-baik. Ni tak. Main rampas je. Untuk seketika telefon bimbit Farhan berdering dari dalam poket seluarnya. Talian dimatikan.

“Nah.” Farhan memulangkan kembali telefon bimbitku. Aku terpinga-pinga.

“Nombor telefon kau, aku dah dapat. So, hutang kau dah selesai. And please be careful masa driving. Assalamualaikum.” Farhan melangkah pergi meninggalkan aku yang sedang terpinga-pinga. Dia amek nombor aku!!!! Guna cara licik pulak tu. Buaya darat punya budak. Segera aku masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Aku menunggu supaya enjin kereta panas.

“Gedik gila mamat tu! Tapi encem. I like!” ujar Firash. Kegedikan melampau dah tiba dalam diri Firash.

“You like, you turun sekarang. Jangan nak mengada naik kereta. Jalan kaki balik la asrama.” Gumamku. Geram dengan kata-kata Firash. Boleh pulak membela si buaya darat tu. Tiba-tiba telefonku berdering kuat. Nombor yang tidak aku kenali. Maxis!

“Assalamualaikum.” Ucapku.

“Waalaikumussalam. Kenapa you pakai Celcom? Mahal la I nak call you.” Suara Farhan kedengaran. Aku naik menyampah. Yeap. Ada idea!

“Yang kau telefon aku kenapa?” soalku. Tanpa mendengar hujahnya, aku meletakkan telefonku di seat belakang. Membiarkan Farhan membebel keseorangan. Radio dibuka kuat. Aku dan firash ketawa terkekek-kekek.

“I telefon you sebab I rindu you. Dah lama tak sembang dengan kau.” Ujar Farhan. Farhan menanti suara di hujung talian. Sepi. Hanya kedengaran radio berkumandang.

“Hello?” Farhan memanggil-manggil Airysha. Aku ketawa kecil. Injap kaki di tekan, lantas kereta bergerak menyusuri jalan menuju ke asrama Firash. Padan muka kau! Tidakkah kau tahu wahai putera katak, bahawa apabila line Maxis dan Celcom berhubung, bilnya naik melambung!!! Hamek kau.

Farhan mematikan talian. Dia ni saja nak kenakan aku! Alia, kenapa kau susah sangat nak balik kat aku? Sepatutnya dulu bila aku dah berjaya mendapatkan hati kau, aku menghargai cinta yang kau curahkan. Aku silap kerana memilih Sue. Sememangnya Sue seorang yang sangat baik. Dia lebih menyayangi kau, Alia.

“Sue. Hari ni, hari terakhir kita amek SPM. Aku nak cakap sikit dengan kau.” Ujar Farhan perlahan. Sumayyah yang sedang leka duduk di kantin untuk menanti Airysha turun dari dewan terkejut.

“Awal kau keluar. Senang, kan paper Fizik?” ujar Sumayyah ceria. Memang tidak dijangka, apa yang telah dia belajar bersama Airysha, semuanya keluar. Kerana itu setelah habis menjawab soalan-soalan Fizik dan setelah berulang kali memeriksa jawapannya, dia berpuas hati dan keluar dari dewan peperiksaan. Tak sanggup duduk dalam dewan lama-lama. Boleh tension ohh!

“Boleh la. Aku nak cakap dengan kau ni.” gesa Farhan. Sumayyah membulatkan mata.

“Apa yang penting sangat ni? cakap la.” Sumayyah sudah menanti kata-kata Farhan.

“Aku sukakan kau. Sebenarnya, dah lama aku sukakan kau. Tapi aku tak boleh cakap sebab Alia.” Terang Farhan. Sumayyah terkejut.

“Sebab Alia? So, sekarang kau dengar apa yang aku nak cakap pulak. Aku memang sukakan kau. Kau kawan aku. Kawan Airysh. Tapi untuk sukakan kau antara lelaki dan perempuan, aku tak boleh. Dan itu pun kerana Airysh. Kau tau Airysh cinta mati kat kau. Tapi kau buat dia macam ni. sampai nya hati kau.” Bentak Sumayyah.

“Aku terkejut waktu dia katakan dia sukakan aku. Memang waktu first time dia cakap macam tu, aku sukakan dia. Tapi bila lama mengenali kau, aku makin tertarik dengan kau. Kau dengan Alia tak banyak beza. Tapi hati aku yang membezakan korang berdua. Tanpa sebab aku sukakan kau, Sue.” Farhan sudah duduk di bangku hadapan Sumayyah.

“Berani kau cakap macam tu. Berani kau katakan kau sukakan aku sedangkan pada masa yang sama kau membiarkan Airysh menganggap kau sukakan dia?! Kau ni, kalau nak cakap pakai otak boleh tak? Sampai bila-bila pun, aku takkan sukakan kau. Kau bukan taste aku. Maaf. Airysh dah keluar dewan. Aku nak celebrate hari merdeka ni dengan dia. Sekali lagi aku ingatkan kau, jangan sesekali menyakitkan hati dia.” Sumayyah berlalu pergi apabila ternampak tubuh Airysha yang keluar dari dewan dengan wajah yang masam.

“Airysh! Kenapa kau ni?” sapa Sumayyah dari jauh. Farhan melihat tubuh dua orang gadis yang pernah dicintai dan sedang dicintainya beriringan.

“Fizik aku hancur!” aku mengalirkan air mata.

“Tak! Mesti okey! Aku yakin! Mesti okey. Trial boleh straight A, SPM mesti boleh!” Sumayyah memberi kata-kata semangat.

Sumayyah dan Alia Airysha.. kedua-duanya gadis yang ceria. Kedua-duanya bijak. Kedua-duanya cantik. Tapi kenapa hatinya boleh berbelah bagi? Farhan menumbuk meja dan terus berlalu menunju ke tempat parkir motosikalnya.

“Tong kayu kawan!” kata Firash di luar cermin kereta. Aku senyum sambil mengangguk. Tong kayu kau bagi? Belajar je bahasa inggeris. Nak sebut thank you pun susah. Ditukarnya thank you jadik tong kayu. Aku bagi tong besi kat kau kang!

“Esok kelas batal. Boleh teman aku beli barang tak? Sabun, ubat gigi, pencuci muka.. sume dah habis! Boleh tolong sik?” Ahh minah ni! Keluar dah bahasa Sarawaknya. Pandai pulak dia berbahasa Sarawak. Oh lupa! Roommate dia orang Sarawak.

“Kalau aku takde hal, berehh je. Kau calling-calling aku la bila kau nak keluar.” Kataku.

“Suami tak marah ke cik kak?” perli Firash.

“Nanti aku cakap la kat dia.” Aku menunjukkan isyarat okay dengan tanganku. Firash mengangguk dan terus berjalan memasuki asramanya. Sebelum meneruskan perjalanan, aku mencapai telefon bimbitku yang telah di campak di seat belakang. Haha! Padan muka kau, buaya darat. Mesti kredit kau habis. Maaf, sekarang Alia Airysha dah bertukar perangai. Jangan harap aku nak berlemah lembut dengan kau lagi. Takde guna aku nak berlemah lembut dengan kau. Buaya darat!

Kereta Exora dipandu di atas jalan raya menuju ke rumah. Kalau balik rumah ni, takde sape-sape pun! Mommy kat butik. Papa kat office. Danial pon kat office. Tanpa aku sedari, aku sudah berada dihadapan ‘istana kayangan’ yang menyaksikan bibit-bibit cinta aku yang baru berputik. Punat remote untuk pagar ditekan. Lantas pagar terbuka luas. Kereta dibawa masuk ke garaj. Aku mematikan enjin kereta dan membawa keluar buku-bukuku.

“Assalamualaikum!” laungku. Kasut ditanggalkan.

“Waalaikumussalam.” Jawab kak Ati. Aku tersenyum memandangnya.

“Buat pe, kak?” soalku.

“Enggak ngapain. Semua kerja udah diberesin.” Kak Ati menghulurkan tangan untuk menyambut buku-bukuku.

“Takpe kak. Airysh boleh angkat. Akak berehat la. Mesti penat.” Aku masuk ke dalam rumah beriringan dengan kak Ati.

“Airysh udah makan? Mak Som udah masak. Semua ada atas meja.” Terang kak Ati. Aku mengangguk. Setelah meletakkan buku-buku dan beg tangan di atas meja di ruang tamu, aku melangkah ke dapur. Tudung saji di buka. Hmm! Sedapnya bau! Ahh! Aku teringat sesuatu. Aku mengambil telefon bimbitku yang berada di dalam kocek baju kurungku. Nombor satu ditekan lantas di dail.

“Assalamualaikum.” Sapa Danial. Aku tersenyum. Dah mula berubah.

“Waalaikumussalam.” Aku menjawab.

“Apa?” soal Danial. Aik? Selalunya aku yang suka guna perkataan apa. Ni dah copy paste aku punya ayat ni kenapa?

“Dah makan?” aku bertanya. Jawab la belum! Belum! Belum! Aku berharap dalam hati.

“Tak keluar lunch pon tadi. Banyak kerja yang nak kena settlekan. Kenapa?” yes! Dia tak makan lagi.

“Bila nak makan?” soalku. Takut dalam masa terdekat ni dia nak keluar makan.

“Boleh tahan lagi. Balik nanti aku makan kat rumah je la.” Kata Danial. Wah! Kuat betul perut dia!

“Okay la. Aku call ni just nak bagitau, aku dah sampai rumah. Okay la, aku nak makan, nak solat, nak mandi.” Kataku.

“Silap susunan kau tu. Nak mandi, nak solat, baru makan.” Danial memperbetulkan. Aku tersenyum. Ye betul tu!

“Okey. Assalamualaikum.”

“Watashi wa sorehodo anata o aishite imasu. To watashi wa anata mo watashi no ai wa shitte iru. Waalaikumusalam.” Danial menutup kamus Jepun. Kertas di hadapannya yang tertulis perkataan Jepun sebiji-sebiji dibaca perlahan.

“La.. Bahasa Jepun pon kau boleh cakap? Apa aku nak reply ni?” aku bingung dengan ungkapan Danial. Sungguh aku tak faham maksudnya. Danial tersenyum. I love you so much. And i know you will love me too.

“Nanti beli kamus Jepun.” Kata Danial pendek. Aku menjungkit bahu dan terus mematikan talian. Tudung saji di sangkutkan di penyangkut yang tersedia. Aku mengambil beberapa bekas tupperware. Lauk-pauk dimasukkan ke dalam tupperware. Lantas aku mencari beg plastik yang sesuai untuk memasukkan bekas tupperware ini. Selesai menyusun tupperware-tupperware di dalam beg plastik, aku menutup semula tudung saji. Tidak dilupakan pinggan dan cawan berserta air Ribena yang telah dibancuh. Kaki melangkah ke bilik untuk mandi dan solat.

Danial mengurut leher beberapa kali. Lenguh! Alamak, konsert rock kapak dah start la pulak. Dah pukul empat! Solat dah selesai, kerja dah selesai, makan je belum selesai. Takpe la. Keluar makan kejap la. Danial terus bangun dari kerusinya. Kertas yang bertaburan dibiarkan. Kunci kereta diambil. Dia sudah berkira-kira untuk keluar dari pejabatnya. Tiba-tiba satu ketukan mengejutkannya.

“Hai sayang.” Sapa wanita bertubuh langsing di hadapannya.

“Maaf Encik. Saya dah cuba halang. Tapi cik Bella tak pedulikan.” Setiausaha Danial menunduk. Takut jika dimarahi.

“Takpe. Awak boleh pergi.” Arah Danial. Bella senyum mengejek ke arah setiausaha itu.

“Sayang, you buat apa?” soal Bella. Tubuh Danial dihampiri.

“Tengah berdiri. Buta ke?” kata Danial kasar. Bella ketawa sindir.

“Well… you kenapa selalu kasar dengan I? Dulu you okay je. Semenjak kawen dengan perempuan kampung tu, you jadik… agresif!” Bella cuba merangkul leher Danial, namun ditepis laju. Bella terkedu. Dia tepis aku? Unbelievable!

“Assalamualaikum.” Sapa satu suara dari luar bilik. Danial dan Bella terkejut. Pintu terkuak perlahan.

“Danial, aku…” aku terkejut apabila melihatkan dua tubuh yang duduk bersebelahan.

“Encik Danial..” sekali lagi setiausaha Danial cuba meminta maaf. Masa nak masuk tadi, gadis yang menjawat jawatan setiausaha itu hanya mengatakan bahawa Danial mempunyai tetamu. Tapi tidak dikatakan bahawa tetamu itu penting atau Danial tidak boleh diganggu. Aku pon main aci redah je la!

“What we have here, sayang. You’re wife!” Bella berkata girang. Seolah-olah, suka melihat aku menyaksikan adegan mereka. Plastik yang berisi makanan digenggam kuat.

“You can go now.” Arah Danial pada setiausahanya. Sabar Airysha! Sabar!! Tiada apa yang perlu dimarahkan. Kau seorang isteri tak layak untuk cemburu dengan suami kau. Hanya suami kau yang layak mencemburui kau dengan lelaki lain. Kerana lelaki berhak untuk berkahwin empat. Sedangkan, kau hanya layak bernikah dengan seorang lelaki! Aku masuk ke dalam pejabat Danial setelah dapat menenangkan hatiku. Ternyata Bella terkejut. Danial hanya terdiam. Aku tersenyum ceria.

“I ada bawak lunch! Jom makan sama. Mak masak. I pon belum makan lagi! Lapar la, sayang.” Aku menekan keras perkataan sayang sambil menghulurkan plastik yang berisi makanan. Danial terkedu. Tiba-tiba Danial ketawa kecil.

“I was waiting for you. Kenapa you lambat sangat? I lapar sangat ni. you suapkan, boleh?” Danial menyambut huluran beg plastik itu dengan senyuman lebar. Bella hanya mampu menonton. Tidak pecaya dengan babak senario yang bemain di hadapannya.

“Ulam ni sedap tau.” Aku membuka tupperware-tupperware yang telah diletakkan di atas meja kecil.

“Sayang! You don’t eat that thing, don’t you?” Bella seakan tidak percaya. Ulam? Danial tak makan makanan kampung!

“Say aaa…” aku cuba menyuap ulam kacang botor ke dalam mulut Danial. Aku tau Danial tak makan ulam dengan sambal belacan. Aku terkejut apabila Danial mengunyah hancur kacang botor yang disuakan. Aku tersenyum. Begitu juga Danial.

“Ah! Lupa pulak. Pinggan I bawak satu je. Cawan pon satu je. You makan dulu la.” Aku meletakkan nasi dan beberapa jenis lauk di dalam pinggan dan menghulurkan kepada Danial. Sudu dan garfu di lap bersih. Cawan dituangkan air. Bella masih berdiri kaku melihat aku dan Danial berlakon.

“Share?” idea nakal Danial mengejutkanku. Aku mengangguk setuju. Yang paling mengejutkanku, Danial bangun dari sofa dan menuju ke sinki untuk mencuci tangannya. Dia kembali ke sofa dan mengelap tangannya. Danial makan pakai tangan la! Woah! Patut aku rakam detik ni!! Bukan senang nak tengok Danial makan pakai tangan. Suapan demi suapan masuk ke dalam mulutku apabila Danial menyuapku. Bella merengus kaassar dan terus berlalu pergi. Pintu dihempas kuat. Kaki dihentakkan.

“Dia memang suka hentak kaki ke?” soalku kepada Danial. Danial menjungkit bahu. Ulam yang hancur dalam mulutnya tidak lagi dikunyahkan. Dia memuntak kembali ulam itu.

“Hentak! Hentak! Kerat kaki tu kang.” Aku berkata-kata biarpun Bella sudah pergi.

“First time makan guna tangan ni!” Danial berkata dengan bangganya.

“Ceh! Aku dah 19 tahun makan pakai tangan. Tak sedap ke ulam tu?” Selorohku.

“Tipu! Tipu! Waktu baby, mana kau makan guna tangan kau. Guna tangan mak kau. Aku tak suka la ulam la. Aku bukan ulat macam kau.” Kata Danial. Saje je nak menyakat aku! Sembelih jugak mamat ni kang.

“Apa-apa je la. Aku nak pergi toilet kejap.” Aku terus bangun dan berlalu pergi ke toilet. Tiada apa dalam hatiku. Sedikit cemburu pun tidak. Sebab Danial sanggup mengunyah ulam yang paling dibencinya, demi aku!

Danial menelan air yang sudah terisi di dalam cawan. Tak sedapnya ulam ni! pahit-pahit lemak. Danial bangun ke sinki untuk mencuci tangan. Makan guna sudu pulak! Drama dah habis. Danial terdengar telefon bimbit Airysha berbunyi. Mesej ke?

Danial menyelongkar beg tangan Airysha. Telefon bimbit diambil. Dia membaca mesej yang masuk ke dalam inbox.

From: Firash

Massage: Salam. Esk teman aq tw. Jgn lupe gtw husbnd kw. T susa plak lw dy ikat kau x bg kuar ngn aq.

Danial tersenyum. Dah plan nak keluar eak? Kelas batal ke? Apa-apa je la. Nanti tanya dia kemudian. Lantas Danial menekan nombor satu dan mendailnya. CICAK KOBENG. Herghhh?!!! Cicak kobeng kau simpan nama aku? Aku punya baik simpan nama kau elok-elok. Kau simpan nama aku, cicak kobeng??

Danial mula mengedit namanya. Menukarkan dari CICAK KOBENG kepada SAYANG. Kalau sayang, terlalu gedik la pulak. Tukar-tukar! Querida! Juga bermaksud sayang. Cuma dari bahasa Latin. Setelah menyimpan data-data yang telah diedit, Danial membuka galeri. Kosong! Minah ni tak bergambar ke? Derapan kaki dari luar membuatkan Danial terkocoh-kocoh menyimpan kembali telefon bimbit Airysha.

“Apa yang kau buat tu?” soalku menghampiri Danial.

“Ada mesej.” Kata Danial. Dia menghulurkan telefon bimbit kepadaku.

“Kau baca, eak?” serkapanku mengena! Danial buat muka bodoh. Aku merengus. Apa la yang dia sibuk sangat ni? aku membaca mesej dari Firash.

“Takde kelas ke esok?” soal Danial sambil membuntutiku duduk di sofa.

“Batal. Aku nak keluar teman Firash esok. Boleh?” soalku.

“boleh.” Kata Danial pendek. Aku senyum gembira.

“Tapi dengan syarat.” Sambung Danial.

“Syarat apa pulak kali ni?” aku mengeluh. Bersyarat pulak!

“Aku ikut.” Demi mendengar syarat yang dipinta, aku tenganga.

“Kau kan kena kerja.”

“Memang kerja. Kau keluar dengan aku lepas aku habiskan kerja aku. Okey?” Danial mengisyaratkan tanda okay. Aku mengeluh perlahan. Segera aku mendail nombor Firash.

“Assalamualaikum, Firash. Esok on. Tapi…” aku memandang Danial. Danial merampas telefon bimbitku.

“Tapi I kena ikut dia.” Sambung Danial. Firash terkejut.

“Siapa ni?”

“Suami dia a.k.a cicak kobeng.” Kata Danial sambil melirik mata ke aku. Aku terkedu. Ni mesti kes dia check phone aku ni!

“Danial eah? Okay! Bereh!!” Firash ketawa riang. Yey! Boleh tengok husband Airysha!!

“Kau selongkar phone aku, eak?” gumamku.

“Kau tu, cicak kobeng kau simpan nama aku? Dosa tau gelar orang pelik-pelik.”

“Sambung la makan kau tu!” aku merampas kembali telefon bimbitku.

“Nak I suap, sayang?” Danial mencapai sudu. Dia senyum mengejek. Aku memeluk tubuh. Geramnya! Aku gigit kang baru tau!

Bella menghempas tubuh di atas katil. Tak percaya dengan apa yang ditontonnya sebentar tadi. Dia meraup wajah yang bersih. Danial! Kenapa kau buat aku macam ni? kenapa perempuan kampung tu yang menjadi pilihan kau? Kenapa bukan aku? Kenapa? Kenapa?! Kasut tumit tinggi yang melekap di kakinya dibuka dan dibaling ke meja solek. Tepat mengena cermin soleknya. Berderai cermin itu kerana terkena tumit yang tajam.

“Bella! Kenapa ni?” Puan Harlina masuk ke dalam bilik anak daranya. Terkejut dengan bunyi bising yang didengarinya.

“Umi jangan bising kat sini la! Keluar!” jerit Bella. Bantal dilontarkan ke arah uminya. Puan Harlina menggeleng kepala. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

“Kenapa anak umi ni kurang ajar sangat? Umi dengan abi tak ajar pun Bella kurang ajar dengan orang tua. Umi malu ada anak yang tak berpendidikan agama macam Bella ni! puas umi mengajar agama, puas menegur, puas menghukum. Tapi Bella tetap nak jadi anak derhaka!” Puan Harlina memarahi anak gadisnya. Sabarnya sudah hilang.

“Senyap la! Aku kata keluar! Keluar!” jerit Bella tidak puas hati. Telinganya ditutup dengan tapak tangan.

“Keluar? Bella yang patut keluar dari rumah ni! selagi Bella di bawah tanggungan umi dan abi, selagi Bella tinggal dalam rumah ni, selagi tu la Bella kena ikut peraturan kami!” Puan Harlina merapati Bella.

“Baju kecik-kecik ni, mana dapat?! Terbelah sana sini! Nak jadi penghuni neraka ke?” baju Bella ditarik-tarik.

“Dosa aku, aku yang tanggung! Kubur sendiri-sendiri!” Bella membentak. Puan Harlina terkejut. Tidak disangka anak gadisnya yang sebelum ini sopan dengan tingkahnya, bersekolah di sekolah agama lagi. Boleh berubah sampai sebegini selepas menamatkan pengajian di luar negara.

“Memang kubur lain-lain! Tapi umi tak sanggup nak dengar tangisan Bella, rungutan Bella bila Bella mati! Jangan masuk mimpi umi untuk meraih simpati bila dihukum kat alam barzakh nanti!” Puan Harlina berlalu pergi. Hatinya terluka. Air mata jauh berderai.

Bella ditinggalkan sendirian. Terngiang-ngiang kata-kata uminya. Dia mengaku dalam diam, dirinya begitu berbeza dengan umi dan abinya. Nur Fatin Nabila. Dipanggil Bella kerana nafsu yang menginginkan populariti. Umi dan abi orang yang beragama. Begitu juga dengan Bella… suatu ketika dulu. Semuanya berubah apabila dia bergaul dengan rakan-rakan senegara yang turut menyambung pelajaran di luar negara. Dia mula berjinak-jinak dengan arak.

Bella terfikir sendiri. Dia teringat kata-kata ustaznya ketika dia berada di sekolah agama. Setitik arak bersamaan 40 hari ibadat kita tidak diterima Allah. Bukan hanya setitik arak yang mengalir dalam pembuluh darahnya. Sudah berbotol-botol. Entah mungkin sudah mencecah 40 tahun ibadatnya tidak diterima Allah. Ada ke ibadat yang aku lakukan? Rambut belum berani diwarnakan. Takut dihalau abi keluar dari rumah. Tapi kuku sudah hitam warnanya. Pakaian kecil hanya permulaan.

Bella menangis sendiri. Aku cuma nak dia cintai aku. Tak lebih. Aku kenal Danial dah lama. Semenjak belajar bersama di Belanda. Kerana Danial aku berubah. Kerana gadis yang mengelilinganya adalah gadis yang cantik, yang berpakaian seksi. Aku cuma menginginkan hati dia. Aku berubah 180 darjah. Tapi pilihan dia, adalah seorang gadis yang pernah aku miliki perwatakannya. Aku pernah bertudung labuh. Aku pernah berpakaian labuh. Aku pernah bersopan dengan tingkahku.

Tangisan Bella bersambungan sehingga dia letih. Dia terbaring lesu di atas katilnya. Aku perempuan kotorkah? Persoalan yang bermain di kepala Bella membuatkan Bella terbuai lena tapi ditemani dengan mimpi ngeri.

“Danial.” Panggilku. Tubuh yang kaku terbaring dihadapanku cuba digerakkan. Namun Danial tetap tidak bangun. Aku cuba menggoyangkan tubuhnya. Tetapi tetap kaku. Ohh! Tido eak! Aku menolak tubuhnya dengan kakiku sehingga berguling jatuh ke lantai.

“Sakit la! Aku nak tido pon kau nak kacau!” Danial memisat matanya. Lutut digosok. Sakit!

“Dah pukul dua belas. Cerita pocong dah start. Teman aku tengok jap.” Pintaku.

“Kau ni. Nak tengok cerita hantu. Tapi tak berani. Aku pulak yang jadik mangsa kena teman kau.” Bebel Danial. Dia bangun menuju ke pintu bilik. Aku memerhatikan langkahnya.

“Nak tengok ke tak nak?” Danial menoleh setelah perasan aku tidak mengekorinya. Aku tersenyum ceria. Aku berlari mendapatkannya dan melompat naik di belakangnya.

“Oi!” getus Danial. Terkejut dengan tindakanku.

“Kaki aku sakit la. Ahh.. sakitnya kakiku. Tolong bawak aku turun bawah.” Sengaja aku berlagak manja. Tujuan nak membuli sebenarnya. Danial merungut. Tapi tetap membawa aku ke ruang tamu. Aku mengambil kesempatan untuk mencekiknya ketika memeluk lehernya.

“Jangan la! Jatuh bergolek kang kat tangga ni!” marah Danial. Aku ketawa sendiri.

“Donkey! Jalan cepat! Ayuh kita menonton televisyen!” aku mengangkat tanganku seolah-olah nak melaungkan merdeka. Danial mencebik.

“Donkey?!” terus Danial berlari menuruni anak tangga. Aku yang ketakukan memeluk erat belakang tubuh Danial. Lantas tiba di sofa, tubuhku dihempas di atas sofa.

“Woi! Patah pinggang aku ni!” aku memarahinya.

“Padan muka.” Danial berlalu pergi.

“Eh! Nak gi mana?” soalku. Televisyen yang sudah menyala dibiarkan. Astro masih belum dibuka. Kang kalau tiba-tiba keluar siaran pocong, mana aku nak lari?

“Amek snek.” Aku mengekori Danial ke dapur. Setelah mangkuk berisi kacang gajus dan air bancuhan Ribena diletakkan di atas dulang, Danial mengangkat dan membawanya ke ruang tamu.

Aku menyaksikan cerita pocong bersama Danial. Apabila aku takut untuk melihat wajah ngeri si pocong tu, Danial yang menjadi mangsa.

“Kau ni! jangan la menyumbat je kacang tu!” aku memandang ke arah Danial. Tak berani nak pandang skrin televisyen. Mata Danial berlaga denganku.

“Jangan nak ubah topik! Kalau takut tu, cakap je la. Jangan nak membebel kat aku pulak. Kacang memang untuk dimakan. Bukan untuk ditengok. Kau pandang aku sebab tak berani nak pandang muka pocong tu kan?” alamak! Kantoi! Pandai la Danial meneka.

“Pocong dah takde.” Kata Danial perlahan sambil menyambung kunyahannya. Aku memandang ke skrin televisyen.

“Makkk!!” aku terus membawa wajahku ke dada Danial. Danial ketawa terkekek-kekek.

“Aku tak rasa macam tengok cerita hantu. Rasa macam tengok cerita lawak! Haha..” ketawa Danial bersambungan. Aku mengetap bibir. Geramnya!

“Kau yang nak tengok sangat tadi.” Kata Danial. Aku muncung sedepa. Ada je nak kenakan aku. Tapi memang malu bila dia buat macam ni. Cicak kobeng dah tau aku takut tengok cerita hantu. Memang aku takut. Bukan apa, kalau muka macam Maya Karin, memang sedap mata memandang. Tapi muka dah macam tongkang pecah, sesiapa pun takut tengok muka hantu tu!

————-
Novel ini sudah berapa di pasaran pada Jun 2011. Boleh dapatkan di pasaran mulai sekarang atau layari di www.karyaseni.my




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

330 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 20”
  1. lieyana lieya says:

    tolonglah sambung balik jalan ceritanya..
    saya membaca buku ini pada tahun 2013…
    plssssssss…
    best sangat ceritany

  2. evricka says:

    erm,novel cinta kontrak ne sampai episode 20 je ke.? novel ne best citernye,,tak habis saye baca,,saye nak tempah novel ne melalui internet,tapi bagaimana ye.? boleh bagitahu tak.?

  3. farah aryana says:

    plisss , sambung balik novel ni :/ heee , walaupon saya dah baca novel ni sampai habis , tapi sanggup baca balik ,sebab cita ni mmg best sangat
    kawan kawan pon cakap Cinta Kontrak novel plg best

  4. it's me !! says:

    novel cinta kontrak ni ada 41 bab.. mmg best crita ni.. terharu klau baca buki ni.. x)

  5. 1234 says:

    woi~ aku nk buku ni!!~

  6. lea says:

    alaaaa, smpai 20 jea? Nk kna beli nih!!

  7. ita says:

    SO SWEEETTT

  8. ynara says:

    ala tak best lau bca cerita gntung..
    nak beli la lau mcm ni…

  9. Hani says:

    Dah hbis stok ke kat Sabah buku nie.. Susahnya nak cari!!

  10. shasya says:

    nape novel ni sampai bab 20 je ?? sambung please sampai bab 41….PLEASE!!!! btw novel ni best sangat walaupon dpt bace setengah je..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"