Novel : Cinta tak bersyarat 10

22 April 2011  
Kategori: Novel

7,004 bacaan 7 ulasan

Oleh : nufa shyairan

Bibirnya tersenyum tatkala cincin tersebut disarungkan ke jari manisnya. Dia menyalami lelaki yang berada di hadapannya itu. hari ini adalah hari kebahagiaannya. Hari yang ditunggu-tunggu olehnya dan lelaki tersebut. Akhirnya dia telah bergelar tunangan Muhd Haris Helmi. Dia benar-benar bersyukur. Inilah yang dia dapat setelah hampir dua tahun bercinta dengan lelaki ini.

” Abang tak sabar nak tunggu hari pernikahan kita.” Bisik lelaki itu. dia mencubit lengan lelaki itu.

” Abang?” soalnya.

” Nia kena panggil Ris abang mulai hari ni.” Ujar Haris. Dia hanya tersenyum. Menyetujuinya kerana itulah yang dia inginkan juga.

” Nia.”
Qyrina berpaling ke sebelahnya. Wajah ibunya. Ke mana Haris menghilang? Tadi dia merasakan Haris yang sedang tersenyum ke arahnya. Dia masih bermimpi. Terus berharap Haris akan datang dan menemuinya. Ya Allah, bantulah aku melupakan lelaki itu.

” Cantik anak ibu hari ni.” Puji ibunya. Qyrina melihat penampilan dirinya. Berkebaya serba putih. Hari ini hari pernikahannya dengan lelaki yang dia langsung tidak pernah menjangkakannya. Baju ini ialah baju pertunangannya dengan Haris. Masih elok dia menyimpannya kerana hari itu adalah hari bahagianya.

” Maafkan ibu sebab nak Nia kahwin tergesa-gesa macam ni. Banyak yang tak lengkap. Keluarga Riezq pun tak ada. Ibu minta maaf Nia. ” air mata Aminah mengalir. Qyrina menggeleng. Air mata ibunya di sapu lembut.

” Kebetulan keluarga Riezq masih kat luar Negara, bu. Nia tak kisah. Cukuplah ibu ada di sisi Nia saat ni.” Ujarnya. ‘walaupun perkahwinan ini bukan impian Nia tapi Nia lakukan semuanya sebab Nia sayangkan ibu’. Sambungnya di dalam hati.

” Ibu sayangkan Nia dan Aiman. Ibu gembira sangat Nia akan kahwin. Walaupun ibu tak berapa mengenali Riezq tapi ibu yakin dia jauh lebih baik dari Haris.” Dia tersenyum. Mungkin ini adalah takdirnya. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Kau yang bersalah Haris. Kenapa aku masih mengingati kau kalau aku hanya membenci kau? Ya Allah aku boleh jadi gila jika terus begini. Temukan aku dengannya kerana aku benar-benar ingin mengetahui mengapa aku ditinggalkan tanpa alasan yang diberi.

” Nia.” Panggilan Aminah mematikan lamunannya.

” Salam dengan Riezq, nak.” Ujar Aminah. Sejak bila lelaki ini berada di hadapannya? Salam? Maksudnya dia sudah sah menjadi isteri lelaki ini. Dia hanya memandang tangan yang dihulur Riezq. Bukan tangan lelaki ini yang dia ingin sentuh dan kucup. Air matanya tiba-tiba menitis.

” Salam tangan Riezq dulu Rina.” Arah ibu saudaranya, ibu Lina. Dia mencapai tangan lelaki itu. perlahan-lahan tangan itu dikucup.
Riezq tersenyum. Sejuk hatinya apabila bibir gadis itu menyentuh tangannya. Dia mengucup kening Qyrina.

” Riezq, duduk rapat-rapat. Aku nak ambil gambar kau dengan bini kau ni.” Riezq tersenyum mendengar kata-kata dari Ryzal. Akhirnya cadangan Ryzal itu telah menjadi kenyataan. Dia memaut bahu gadis itu.

” Pastikan gambar tu perfect Ryzal.” Ujarnya. Entah kenapa dia betul-betul gembira dengan perkahwinannya. Pelik

” Welcome to my life, Qyrina.” Bisik lelaki itu di telinganya. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Ini adalah permulaan hidupnya bersama lelaki ini, Tengku Syah Riezq.

” Nia nak tidur dengan ibu malam ni.” Ujarnya. Dia memeluk tubuh ibunya. Seram bila difikirkan dia akan bermalam dengan lelaki itu. walaupun ini bukanlah kali pertama tetapi kali ini adalah berbeza dari dulu. Kali ini dia telah sah menjadi isteri kepada Tengku Syah Riezq.

” hish, mana boleh macam tu. Nia kan dah jadi isteri Riezq. Tak baik tinggal suami tidur sorang-sorang.” Aminah mengusap kepala anak perempuannya.

“satu lagi ibu nak cakap dengan Nia ni. Bila dah jadi isteri orang ni besar tanggungjawabnya. Salah-satunya Nia kena jaga mahkota Nia ni. Ibu harap Nia boleh tututp rambut Nia lepas ni. Hanya suami kita je yang berhak melihat mahkota secantik ni.” Tambahnya. Qyrina terharu. Memang dia sudah berhasrat untuk bertudung dulu tetapi selepas berpisah dengan Haris tanggungjawab itu dibiarkan sahaja. Dia tahu sudah banyak dosa yang dia lakukan. Dia menghadiahkan senyuman kepada ibunya.

“Insyaallah, bu.” Semakin erat pelukan di beri.

“Ibu jangan tinggalkan Nia, ya. Nia tak boleh hidup tanpa ibu.” Sambungnya. Air matanya tumpah di bahu ibunya.

“Tak baik cakap macam tu Nia. Kalau ibu dah tak ada nanti Nia kan dah ada suami. Allah dah utuskan Riiezq untuk menjaga Nia nanti.” Ujar Aminah sebak. Perkahwinan ini bukan seperti yang ibu fikirkan. Maafkan Nia kerana permainkan harga sebuah perkahwinan ini.

“Dahlah tu. Nia pergi masuk bilik. Riezq dah lama tunggu.” Aminah tersenyum ke arahnya. Dia mengeluh.

“Baiklah, bu. Nia sayang ibu.” Kucupan singgah di dahinya. Syahdunya saat itu. kakinya melangkah perlahan menuju kamar biliknya. Seram sejuk seluruh tubuhnya. Pintu biliknya dikuak. Kepalanya terjengul-jengul mencari batang tubuh Riezq. Tak ada pun mamat ni. Pintu bilik ditutup kembali. Dia menarik nafas lega. Tubuhnya di hempaskan ke katilnya.

“Mana mamat ni pergi? Dia ingat aku nak terkam dia ke? Patutnya aku yang hilang.” Bebelnya sendiri. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Dia bingkas bangkit dari pembaringan.

“Awak nak apa masuk bilik saya ni? Dahlah tak ketuk pintu.” Ujarnya separuh marah. Rieza tersenyum.

“Bilik kita sayang.” Gurau Riezq. Dia geli hati melihat wajah Qyrina yang berubah.

“Awak…”

“Kenapa Rina? Salahkah? Awak nak saya tidur kat luar ke?” soal Riezq. Qyrina menggigit bibir. Geram dengan soalan bodoh lelaki itu.

“Tidur je dalam bilik ni. Erm, tapi kat bawah ye.” Ujarnya dan tersengih. Dia mencapai bantal dan selimut.

“Happy honeymoon, encik Riezq.” Dia tersenyum sinis. Siapa suruh kau kahwin dengan aku? padam muka. Riezq mengambil bantal dan selimut di tangan gadis itu. sakit hati melihat senyuman sinis Qyrina. Dia nak main-main dengan aku. Tak apa-tak apa. Kau tengoklah nanti. Bisiknya sendiri.

“Thanks sayangku.” Balasnya. Malam ini adalah permulaan Qyrina. Tak ada orang yang pernah tolak cinta aku. kau pun sama. Akan aku buat tidur kau tak lena tanpa aku nanti. Itu tekad aku. Egonya terasa jatuh di hadapan gadis itu. Dia betul-betul sukakan Qyrina. Itu adalah kata Ryzal. Apa pula kata hatinya? Adakah cinta untuk gadis yang bernama Rania Qyrina di hatinya?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Cinta tak bersyarat 10”
  1. Ayang Shah says:

    Pendek nya….hehe

  2. fatim says:

    dorang DAH KAWIN,,,bestnya,,nak lg

  3. impirika_08 says:

    cketnye…

  4. kelly says:

    dear writer..
    u ad blog x??
    best la cite ney…
    sal pndek jew n3??

  5. dijah says:

    hihihi..baru permulaan…
    mst nia dan riezq saling jatuh cinta…
    cuma bila akn terbuka pintu hati kedua-duanya..
    mst mcm2 yg berlaku dlm kehidupan mereka..

    tahniah kpd penulis..

  6. nufa says:

    dis is my blog….
    wanna-sehabisbicara.blogspot.com
    tq read my nvel

  7. stella says:

    blog ni xleh buka

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"