Novel : Kampung Girl 5

19 April 2011  
Kategori: Novel

19,872 bacaan 17 ulasan

Oleh : Umi Kalsom

ASHRAF mundar-mandir dalam bilik. Jarum jam sudah menginjak ke angka dua pagi tapi matanya masih segar dan bugar lagi. Sungguhlah tidak tenang jiwanya di saat ini. Ya Allah… makin aku menjauh, makin mendekat nampaknya. Selepas persetujuan kahwin keluar dari bibir Ainnur, mulut mummy sudah sibuk merancang itu dan ini tanpa sedikit pun bertanyakan dirinya. Bila dia menyampuk hendak membantah, apa yang dia dapat…

“Jangan banyak bunyi! Ikut saja!” itu saja yang diulang-ulang untuk dodoian telinganya.

Ashraf nak duduk pun tidak senang rasanya apatah lagi nak melelapkan mata. Bila fikir yang dia diwajibkan untuk berkahwin dengan si budak kampung itu, dia menjadi serba tidak kena. Budak kampung dengan Ashraf Khairi, sangatlah tidak padan gandingannya. Desis Ashraf sendiri.

‘Tapi okey apa, budak kampung tu cantik kot!’ ada suara halus yang mengganggu konsentrasi mindanya.

‘Ah… cantik saja buat apa! Dia still budak kampung yang tak reti apa-apa!’ pantas saja Ashraf membidas sendiri.

Matanya berpaling pada pintu biliknya yang terkatup rapat. Nafasnya dihela panjang. Sepanjang hidup selama 28 tahun ini dia tidak pernah merasakan serabut sehingga ke tahap ini. Sebab, belum pernah dia disuruh untuk melakukan perkara yang dia tidak suka. Mummy dan daddy tidak pernah memaksa, langsung tidak pernah. Namun kenapa segalanya seakan tunggang terbalik semenjak dua menjak ini. Dia harus melakukan sesuatu agar penyakit serabut yang sedang berlegar di ruang mindanya berkurangan.

Untuk itu, dia sudah memutuskan sesuatu. Kakinya laju dihayun ke muka pintu, lalu tombol dipulas. Biasan cahaya dari celah pintu bilik di hadapannya membentuk kerutan di dahi. Aik! Takkan tak boleh tidur jugak kot? Dia menjadi pelik.

Ashraf kini berdiri betul-betul di depan bilik yang didiami Ainnur. Tangannya mula berkira-kira, perlu ke tidak dia mengetuk. Kalau aku ketuk, dia akan ingat aku teringatkan dia ke? Tak pun dia akan ingat aku nak minta maaf semula? Tak pun, dia akan cakap… belum sempat mindanya memikirkan ayat seterusnya, jeritan sudah keluar dari mulutnya.

“Mummy!!!” dalam pada beromong kosong dalam mindanya, Ashraf sekali lagi hampir pengsan kerana Ainnur sudah pun membuka pintu dari dalam. Namun kali ini, berbeza sedikit kerana Ainnur juga nyata terkejut dengan kelibat Ashraf yang sedang berdiri tegak sambil tangan diangkatkan gaya macam… nak ketuk pintu? Kening Ainnur bertaut.

“Hisy!!! Kau ni… kalau tak bagi aku terkejut tak boleh ke!!!” marah Ashraf. Ainnur menjeling tajam.

“Hoi pak cik!”Ashraf ternganga. Pak cik, dia panggil aku. Sungguh la kurang asam jawa si budak kampung ini.

“Awak tu yang berdiri depan pintu bilik Ain… ada hati pula nak marah-marah Ain. Sungguh la tidak logik!” Ashraf mencebik mendengar kata-kata Ainnur. Logik konon! Habis yang dia setuju nak kahwin dengan aku, logik ke? Perkara yang paling tak logik untuk abad ini. Gaya macam aku suka saja tiba-tiba kena kahwin dengan dia.

“Mengutuk, mengata dalam hati. Kalau berani cakaplah depan-depan,” tambah Ainnur lagi. Tersirap darah Ashraf yang mendengarnya. Amboi!

“Kau ni sejak bila yang suka melawan cakap aku? Tak reti hormat orang yang lagi tua ke?” ucap Ashraf dengan bengang. Dia tak suka macam ini. Dia tak suka bila dia dibidas oleh si budak kampung. Langsung tak boleh nak terima akan hakikat itu.

“Hormat orang tua? Abang Ash hormat Ain ke sampai Ain nak kena dengar semua cakap abang Ash?” balas Ainnur semula. Mungkin saja lelaki di depannya ini tidak tahu yang aku ini bekas debator sekolah. Kalau dia nak berhujah di sini, silap gayalah nampaknya. Aku akan pastikan telinga dia bernanah dengar hujah aku.

“Kau tu budak kecik. Aku tak perlu hormat kau,” Ainnur tersenyum sinis.

“Orang tua tak berakal. Umur saja meningkat tapi otak masih singkat. Bila kita nak minta sesuatu, maknanya kita kena beri sesuatu…konsep saling menghormati, pernah abang Ash dengar tentang benda tu?” Ashraf menjegilkan biji mata apabila terpukul dengan kata-kata Ainnur. Dalam hati dia berdesis lagi, boleh tahan juga mulut si budak kampung ini. Tadi kena pakcik, sekarang terus di upgrade jadi orang tua.

‘Ash… kalau kau berlama-lama dekat sini, confirm, kau akan jadi mayat hidup. Baik selesaikan tujuan dengan segera daripada nak menadah telinga dengar kuliah di pagi buta ni’ hatinya berkata-kata. Wajah Ainnur yang kelihatan serius itu direnungnya.

‘Cantikkan dia!’ Ashraf menelan liur dengan pujian yang dilagukan dalam hati. Aku gadaikan juga hati ni dekat pajak gadai. Main puji-puji si budak kampung bukan pujaan hati pula.

“Kau tak payah balik esok,” terus saja Ashraf memainkan ayat yang telah dirangka dalam pemikirannya.

“Kenapa pulak?” soal Ainnur pelik.

“Jangan banyak tanya! Esok keluar dengan aku…,” dan itu saja. Ashraf terus masuk ke bilik sebelum sempat Ainnur bertanya apa-apa. Dasar!!! Bentak Ainnur dalam hati… berlagak!

Ainnur yang tadinya berniat untuk membasahkan tekak di dapur terus saja terbantut niatnya. Dia kembali ke dalam bilik. Seketika kemudian, dia seperti tersedarkan sesuatu. Mulutnya melopong, pantas tangannya melurut ke kepala. Fuhhh!!! Nafas lega dihembuskan. Mati-mati dia ingat dah tak bertudung depan Ashraf sebab rasa ringan semacam pula.

Dengan rasa malas yang bertandang di hati, dia sudah menarik tudung di kepala dan disangkutkan pada ampaian. Badannya direbahkan ke atas katil. Tilam empuk. Bilik sejuk. Lampu sudah dimatikan. Tapi matanya masih tak dapat lelap. Kenapa? Entahlah…

Ingatkan esok dia sudah boleh beraman damai ke Kedah, nampaknya kena menurut kata-kata Ashraflah pula. Tapi hendak ke mana saja dengan orang tua tu? Eh… tapi dia siapa untuk aku ikut-ikut cakap dia. Pandai nak mengarah saja kan! Ainnur… apa kata kau balik saja esok. Biar padan dengan muka Ashraf Khairi! Biar dia kenal sikit perangai bakal bini dia yang sebenar.

‘Betul tu Ain… jangan bagi muka sangat pada anak murid macam Encik Ashraf Khairi tu, nanti dia tahunya pijak kepala orang saja’ sambut suara hatinya. Dalam pada memikirkan perihal Ashraf, tanpa sedar Ainnur sudah terlena akhirnya.

SEAWAL jam sepuluh pagi, Ashraf sudah mula bersiap. Awal sepuluh pagi! Awallah sangat kan. Dia sekadar mengenakan T-Shirt yang ringkas dipadankan dengan seluar jeans. Pemilihan gaya yang ringkas dan kemas seakan sudah sebati dengan dirinya sejak dulu lagi. Dia selesa berpenampilan begini.

Hari ini dalam sejarah juga, dia tidak akan memasuki pejabat waktu bekerja. Sebabnya hanya satu, hendak kasi ‘kursus’ kahwin pada budak kampung yang nak sangat berkahwin dengannya. Siap dia! Aku akan pastikan dia tarik balik ucapan ‘Ain akan kahwin dengan abang Ash’ dengan kadar seberapa yang segera.

Usai bersiap dan berpuas hati dengan penampilannya, dia melangkah keluar dari bilik. Daun pintu bilik yang bertentang dengannya terkatup rapat. Sunyi dan sepi juga. Walaupun hatinya ada juga dilimpahi rasa syak wasangka yang memuncak, namun cuba juga diabaikan untuk kepuasan hati sendiri.

Ashraf sudah mula mengatur langkah menuruni anak tangga. Kelihatan Puan Mazlin sedang seronok melayan Aiman yang ditinggalkan sementara oleh papa dan mamanya. Ashraf terus saja melabuhkan punggung di sofa.

“Kenapa tak masuk pejabat hari ni Ash? Tak sihat ke?” Ashraf mengerling ke arah Puan Mazlin yang mengajukan soalan. Biar benarlah mummy ni, dah nampak aku bersiap segak macam ini, takkan gaya sakit pula.

“Ash nak keluar dengan budak kampung tu,” jawapnya acuh tak acuh saja. Dalam kepalanya sudah dapat meneka riak Puan Mazlin yang akan dipamerkan padanya. Benarlah mengikut jangkaannya, dahi Puan Mazlin berkerut seribu.

“Nak keluar?” soal Puan Mazlin seolah tidak percaya.

“Iyalah mummy… nak keluar. Mummy sukakan, Ash nak ajak bakal menantu mummy keluar,” sengaja Ashraf menekankan perkataan bakal menantu itu untuk kesedapan ayat yang diucapkannya. Dilihat Puan Mazlin sudah tersenyum ceria. Nah! Tak susah nak buat mummy tersenyum suka dan untuk itu aku kena buat benda yang aku tak suka. Haish! Ashraf mengeluh dalam hati. Sungguh hamba tidak suka!

“Eh…Ash…,” panggil Puan Mazlin seketika kemudian. Ashraf mengamit pandangan mummy yang seakan mengingati sesuatu. Kenapa?

“Ain dah baliklah… kamu nak keluar macam mana?” membulat terus biji mata Ashraf. Balik?! Did my mummy just said about balik? How dare you kampung girl! Kau ingkar perintah aku ya. Ashraf sudah marah-marah dalam hati.

“Bila dia balik mummy?” soal Ashraf tidak sabar.

“Dah sejam dia keluar”.

Ashraf menghela nafas panjang. Panas! Budak kampung ini hanya membuatkan dia panas hati dengan tindakan sebegini rupa. Aku dah pesan jangan balik, dia balik jugak! Memang nak kena dah budak kampung yang seorang ini.

“Mummy, dia naik bas ke?”

“Takkan naik kereta kuda pulak!” Ashraf mengeluh. Oh my mummy… melawak pandai pula dia.

“Mummy, serius!”

“Naik bus, dekat Jalan Duta… kenapa? Nak buat filem Hindustan ke? Ala-ala hero kejar heroin… nak halang dia dari balik,” Ashraf terkedu lagi. Tinggi sungguh la imaginasi mummy, sampai boleh bayang scene cerita hindi pula. Nak aku lakonkan semula, no way! Tak selera aku nak ber-scene Hindustan dengan budak kampung tu.

“Ash… iya ke? Nak buat scene hindi? Mummy nak ikut…,” ucap Puan Mazlin teruja. Ashraf… menepuk dahi tanda pasrah. Mummy ni memanglah, peminat setia hindi dari era 60-an.

“Ash keluar dulu mummy,” tanpa menjawab pertanyaan Puan Mazlin, Ashraf sudah mencapai kunci keretanya.

“Nak kejar heroin ke?” sempat lagi telinganya menangkap suara Puan Mazlin yang diiringi tawa halus. Ashraf menggelengkan kepala. Pengaruh hindi sangatlah tak bagus. Mempengaruhi minda penonton dengan scene hero-heroin, kejar mengejar sebelum naik bus, naik kereta api dan paling tak boleh diterima dek akal, part naik flight. Boleh pula tengah-tengah flight nak berlepas ada orang masuk ke dalam cabin untuk buat scene melodrama. Hisy! Sungguh mengarut dan lagi karut. Tapi itu juga yang orang nak tengok, sampai meleleh air mata.

Enjin kereta sudah dihidupkan dan laju saja Ashraf menekan pedal minyak. Harap-harap sempatlah dia hendak ‘mengejar heroin’ sebelum bas bergerak. Aku tak mampu nak percaya, sebenarnya aku pun nak create scene hindi juga dalam hidup aku. Budak kampung, you’ll pay for this! Kau yang menyebabkan hidup aku huru-hara dengan benda yang aku langsung tak suka. Sempat lagi Ashraf mengomel dalam hati. Ada saja yang tak kena tentang Ainnur di pandangan matanya. Entah kenapalah boleh wujud manusia yang sangat aneh kelakuannya seperti Ashraf ini!

STESEN bas Jalan Duta kelihatan agak lengang sedikit dari biasa. Ashraf tergesa-gesa turun dari kereta. Sepanjang dalam perjalanan dia dah dapat bayangkan dirinya berlari-lari ala-ala mencari kekasih hati yang merajuk nak lari balik ke kampung. Macam itu ke scene hindinya? Kalau nak dimelayukan scene itu… rasanya buang part lari-lari macam nak hilang bini, kita gantikan dengan scene jalan kaki, maintain muka cool and steady. Hati Ashraf bersetuju sendiri dengan perancangan hati yang dia pun tidak pernah terfikir akan terjadi hari ini.

Dengan gaya macho habis, Ashraf berjalan dengan tenang. Kononnya. Berlagak tenang saja lebih. Sedangkan dalam hati dah gelabah gila, terfikir juga… kalau si budak kampung tu dah balik ke kampung, macam mana Ashraf nak cari peluang untuk bincang sekaligus membatalkan perancangan perkahwinan ini. Berbekal semangat yang memenuhi bekas hati, Ashraf menggagahkan diri untuk mencari kelibat budak kampung Yan itu.

Sudahlah dia pakai baju apa, warna apa, apa-apa pun aku tak tahu. Macam mana nak cari ni? Ashraf sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Langkahnya sudah mengundur beberapa tapak ke belakang. Bas-bas yang tersusun elok di depan mata hanya membuatkan di semakin pening. Bukan satu atau dua, dekat berapa biji bas yang ada depan mata ni! Susahlah.

“Auch!!!” kedengaran suara halus yang menyapa dibelakangnya. Ashraf yang begitu leka memerhatikan bas sampaikan tak sedar dia sudah melanggar orang yang sedang melintasi belakangnya.

Pantas saja Ashraf kalih pandang. Mulutnya juga tanpa dapat ditahan sudah mengucapkan sorry. Aik! Boleh pula kan dia cakap sorry. Semalam dengan Ainnur bukan main berat lagi mulut nak ucapkan perkataan itu.

“Cik… sorry ya, saya tak nampak,” ucap Ashraf dengan bersungguh-sungguh. Dilihat gadis yang berambut melepasi bahu itu tertunduk sambil mengosok bahu. Mungkin kuat sangat hentakan yang terjadi antara mereka.

“Cik…,” panggil Ashraf lagi apabila gadis itu terus tertunduk tanpa melihatnya.

Dan apabila wajah yang tertunduk itu mengangkat pandangan mata, Ashraf tersentak. Terkelu lidah.

[Bersambung :) ]




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Kampung Girl 5”
  1. fabn says:

    ni mesti ex si ashraf tu or pempuan yg pernah dy syg sstengah mati…

  2. budak sekolah says:

    huaaaa, cepat cepat sambung :D tak sabar2 nak bce bab yg strusnya. Hee

  3. zuri2667 says:

    suspen nie……cpt sambung tau…

  4. Ngacik says:

    suka suka…ni mesti dlm hati ada taman…
    kihkihkihkih ..chaiyok penulis :p

  5. cik says:

    perempuan berambut lepas bahu? Ain ke? ishhh..Ain kan bertudung…. suspen…suspen…..
    jgn lupa watak, dah le……..

  6. Alia says:

    Ni mesti exdye tu,,hehe,,suspen2

  7. aishah says:

    best gilerrrrrr cerita ni. Aku selalu baca sebelum tidur. 5 bintang!!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"