Novel : Love You Mr. Arrogant! 13

30 April 2011  
Kategori: Novel

68,787 bacaan 23 ulasan

Oleh : Aliesha Kirana

“Aku nak naik atas kejap, kau duduk aja kat sini.” Irham sempat berbisik ke telinga Zaara saat mereka usai bersarapan. Zaara terkedu, ini akan mendedahkan dia dalam situasi bahaya! ini bermakna dia harus melayani keluarga Irham dan menjawab soalan-soalan mereka sendirian. Mampus!

Wajah Irham direnung untuk meminta simpati namun Irham lansung tidak terjentik dengan isyarat dari Zaara itu. Menonong saja Irham meninggalkan Zaara di ruang makan.

Zaara pandang hadapan, Puan Sri Maryam dan kakak iparnya, Zafrina, sedang merenungnya dengan jelingan tajam.

“Dah lama kenal Irham?” Zaara sudah diserang Puan Sri Maryam dengan soalan, membuatkan dia menelan liur.

“Er, lebih kurang tiga bulan lepas.”

“Hah! Tiga bulan? Baru lagi…” Zafrina menjeling sambil memeluk tubuhnya.

“Apa niat sebenar kau hah?” Puan Sri Maryam menyoal lagi dengan wajah mencuka.

“Err, apa maksud mama?”

“Ah buat-buat tanya pulak. Macam la aku tak tahu, orang kebanyakan macam kau ni, mesti ada niat nak kikis harta keluarga aku kan…”

“Kan mama…” Zafrina menyokong kata-kata mamanya itu.

Zaara tergamam, tidak menyangka itu rupanya tanggapan Puan Sri Maryam dan Zafrina padanya.

“Saya tak ada langsung niat macam tu mama.”

“Dahlah, tak payah berlakon dengan aku. Aku kenal la semua perangai perempuan-perempuan yang nak rapat dengan Irham. Semuanya sebab harta, termasuklah kau.”

Zaara terkedu, tidak tahu mahu membalas apa. Dia tidak boleh menerangkan perkara sebenar pada Puan Sri Maryam, jadi apa lagi yang boleh dilakukakannya selain berdiam diri.

“Kenapa ni mama?” Irham muncul saat suasana kian menjadi tegang. Keadaan menjadi hening kembali, hanya jelingan tajam saja dilempar oleh Puan Sri Maryam dan Zafrina pada Zaara. Adus, kalaulah jelingan itu sebatang anak panah, pasti sudah buta mata Zaara jadinya.

“Kenapa ni sayang? Apa mama dan kak Rina sembang dengan Zaara?” Irham berkalih memandang Zaara pula sambil menyoal dengan mesra membuatkan Zaara terlupa kata-kata nista Puan Sri Maryam sebentar tadi, sebaliknya dia merenung wajah Irham dengan rasa tidak percaya.

Irham tersenyum sambil menolak dagu Zaara ke atas, cuba menutup mulut Zaara yang terlopong memandangnya.

“Er, mama.. mama cuma berkenalan dengan Zaara.” Zaara memberi alasan sebaik dia tersedar dari rasa terperanjatnya.

“Dah, jom ikut abang.” Irham menarik tangan Zaara supaya bangun dari meja makan itu.

“Abang?” Zaara menyoal dengan suara rendah supaya tidak didengari Puan Sri Maryam dan Zafrina, namun Irham tidak membalas apa-apa, sekadar menjeling saja.

“Mama, Irham bawa lari isteri Irham jap ye.” Irham meminta pada mamanya dan dibalas dengan anggukan perlahan dari Puan Sri Maryam, seolah tidak berminat dengan perkara itu.

Irham menarik Zaara hingga sampai ke ruang yang sedikit tersembunyi dari tempat lain. Mencari privasi untuk dia berbicara dengan Zaara.

Irham terhenti sebaik dirasakan tempat itu sesuai untuk dia berbicara dengan Zaara. Tubuh Zaara segera ditolak ke dinding, lantas wajahnya didekatkan pada Zaara.

“Apa mama tanya kau tadi?” Irham pantas menyoal.

“Err… err…” Zaara tergagap, tak mampu berfikir kerana wajah Irham terlalu hampir dengannya.

“Apa mama tanya kau?” Irham menyoal dengan nada lebih tegas.

“Dia.. dia tanya bila kita kenal. Saya jawablah tiga bulan lepas.”

“Lagi?”

“Er, yang tu je.” Zaara berselindung, tidak sanggup pula nak dedahkan kata-kata mama Irham terhadapnya sebentar tadi.

“Betul ni?” Irham kian merapati Zaara hingga hidung mereka berlaga.

“Bb…betul la!” Zaara sedikit menjerit lantas berpaling dari wajah Irham.

“Kau jangan nak cerita apa-apa pada mama pulak. Kalau aku tahu kau cerita apa-apa. Siap kau!” Irham memberi amaran sebelum menjarakkan wajahnya dari Zaara semula.

“Tahulah.” Zaara mencebik.

“Sekarang ikut aku ke depan. Ada tetamu datang.” Irham memberi arahan tanpa memandang wajah Zaara.

“Siapa?”

“Datuk Halim, abang papa, dan anaknya, Hadry, sepupu aku.”

“Sepupu awak yang papa nak serahkan harta kalau awak tak kahwin tu?” Zaara menyoal.

“Aah.”

“Eh tak mahulah. Seganlah saya.”

“Ikut ajelah!” Irham pantas memaut tangan Zaara erat.

“Eii najis!” Zaara menjerit sambil menepis tangan Irham.

“Najis? Najis apanya?”

“Najis mutawassitah.”

“Hah? Kau ingat tangan aku ni najis ke hah?”

“Perlu ke nak pegang-pegang tangan ni. Gelilah!”

“Kalau ikut hati aku ni, tak ingin pun aku pegang tangan kau. Tapi aku terpaksa. Nanti apa pula kata orang lain.”

“Eii, menyampah.”

Zaara mencebik, geram namun tak mampu membantah.

Irham cepat-cepat gapai tangan Zaara semula, digenggam kejap sebelum menarik Zaara mengikut langkahnya.

—————————————————————-

“Hadry! Lama tak jumpa.” Irham tersenyum pada sepupunya yang sedang membelakangi mereka di ruang tamu.

Hadry bingkas bangun lantas membalas senyuman Irham. Zaara terpegun seketika saat melihat Hadry, jejaka tampan itu segak mengenakan kemeja dan baju panas. Matanya kecil dan bundar, senyumannya manis sekali.

“Hai Irham. Nice to see you bro! Dah lama tak dengar khabar.” Hadry berbicara saat Irham dan dirinya berpelukan.

“Aah, dekat tiga tahun jugak la kan.”

“Yelah, terkejut aku. Balik-balik tengok kau dah kahwin.”

“Ala, aku kahwin baru beberapa hari lepas. Kau pulak bila balik dari London?”

“Semalam baru sampai.”

“Oh…”

“So inilah isteri kau ya?”

Hadry memandang Zaara yang sedang berdiri di belakang Irham.

“Yup, kenalkan Zaara. Zaara, ini Hadry.”

Hadry menghulur salam dengan senyuman terukir di bibir. Zaara cuma tersenyum tanpa mahu menyambut huluran salam itu, membuatkan Hadry menarik tangannya semula.

“Duduk sini kejap ya, aku ada hal nak bincang dengan papa dan uncle Halim.”

Irham segera berlalu, menegur Datuk Halim yang sedang asyik berbual dengan Tan Sri Zahir di ruang tamu utama, meninggalkan Zaara dan Hadry di ruang tamu kedua.

“Irham tu memang macam tu.”

Zaara terdiam saat mendengar Hadry bercakap padanya. Matanya memandang Hadry yang sedang merenungnya.

“Maksud saya, dia tu dari dulu, memang gila kerja, workaholic. Umur dah hampir tiga puluh pun masih tak mahu fikir pasal kahwin.”

Zaara mengangguk-angguk.

“Jadi saya memang tak sangka yang Irham dah bergelar suami orang, saat saya balik dari London.”

Hadry tersenyum penuh makna.

“Yang lebih peliknya, dia pilih awak yang tak pernah saya kenal sebelum ini. Padahal dia selalu akan cerita pada saya, tentang apapun.”

Zaara menelan liur. Adakah Hadry sudah dapat meneka yang Irham berkahwin dengannya untuk menyelamatkan harta dan syarikat Irham dari jatuh ke tangan Hadry?

“Tapi…” Hadry memandang Zaara atas bawah.

“Irham buat pilihan yang bijak kali ni. Awak nampak macam perempuan baik-baik, tak macam perempuan-perempuan lain yang selalu mengelilingi hidup Irham.”

Zaara cuma mampu tersenyum tawar, tidak pasti adakah itu satu pujian untuknya.

“Irham sangat bertuah, sebab dapat isteri macam awak. Kalaulah saya boleh jumpa orang macam awak, mungkin dah lama saya kahwin kot.”

Zaara tergamam mendengar kata-kata itu.

“Te…terima kasih.” Zaara tergagap.

Hadry bangun dan melangkah beberapa tapak meninggalkan Zaara sebelum berpaling kembali.

“By the way, nice meeting you Zaara. Saya harap kita boleh jadi kawan selepas ni.”

Zaara cuma mengangguk sambil melihat Hadry melangkah meninggalkannya. Wajah Irham yang sedang khusyuk berbual dengan bapa mertuanya, Datuk Halim dan Hadry direnung dari jauh. Suaminya itu kelihatan sungguh serius membincangkan sesuatu yang tidak didengari Zaara.

‘Haish, kenapalah Irham tak boleh cakap baik-baik macam Hadry tu eh? Dah lah kacak, berbudi bahasa pulak.’

Zaara mengeluh sendiri.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Novel : Love You Mr. Arrogant! 13”
  1. Erness Arumi says:

    Best giler novel nie. Daebak lh penulis ni. Keep it up! Irham tu eventhough kasar but still cute!!! ^_^

  2. kimmayurinerays says:

    Seru, tpi lebih pendek. Cerita ny…

  3. kimmayurinerays says:

    Seru,lanjut

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"