Novel : Puteri Ooh Puteri prolog

4 April 2011  
Kategori: Novel

296 bacaan 2 ulasan

Oleh : Mikkie Fanna

PROLOG

Papp!!!

Ternaik bahu Daniel dek kerana terkejut dengan aksi spontan Syila seelok sahaja lelaki itu menyatakan hal yang sebenarnya. Beg tangan yang dihempas oleh Syila dipandang gerun.
‘Janganlah Syila hempas aku macam dia hempas beg tu’ pinta Daniel dalam hati. Buat seketika Daniel cuba menenangkan diri. Pun begitu, entah kenapa sukar benar hatinya itu hendak diajar. Sudah disuruh bertenang pun masih berdebak-debuk juga. Adoi..siapa boleh tenang kalau berhadapan dengan wanita psikik sebegini ooii..

Sudah berbagai cara yang dia lakukan untuk memberitahu pada wanita itu yang dia tidak boleh menerima cinta yang dihulurkan tetapi dalam berbagai cara, satu pun tidak ada yang berkesan. Terus-terang, itulah yang disarankan oleh teman baiknya Irfan sejak dari mula lagi, tetapi entah kenapa perasaan takutnya melebihi dari had yang sepatutnya. Bukan apa, dia takut wanita senekad Syila itu naik gila. Pun begitu, apa yang ditakutkan berlaku juga.

Mungkin kalau sesiapa berada ditempatnya kini, pasti akan merasakan bibit sintom penyakit jiwa mula merebak didalam sel-sel darah. Apa tidaknya, hari-hari diganggu-gugat dengan bermacam-macam gangguan teknologi dari wanita bekerjaya ini.

Syila menarik nafasnya dalam-dalam kemudian dihembus keras. Tangannya menekan dada, cuba untuk bertenang. Dia mehempas tubuhnya disofa berhadapan dengan lelaki pujaan Malaya itu. Wajah lelaki berusia 27 tahun itu dipandang, lalu dia tersenyum walaupun jelas hanya sebuah senyuman plastik.

“Okay..okay.. look, I tak nak marah depan you.. okay..fine..I tak nak you tengok muka I bila marah..okay..I..I cuma nak tahu, why? Give a reason why u can’t love me? Hmm?” biarpun tunggang terbalik ayat yang terkeluar, Syila tak endah. Dia cuma ingin tahu mengapa lelaki yang hampir 3 bulan cuba dikejarnya itu tidak mahu membalas cintanya.

Daniel mengeluh berat. Payah perempuan ni. Tak pernah kenal erti putus asa agaknya. Hai, kalaulah perempuan sebegini dihantar kat negara-negara yang sedang berperang tu kan bagus, dengan jaminan dari Daniel, pasti tentera lawan akan berundur tanpa berfikir panjang.

“Sayang..I tanya you ni..” ujar Syila, kembali melantunkan suara yang lemak berkrim, disukai ramai. Tapi dalam ramai-ramai itu, bukan Daniel. Meluat lagi ada.

“Okay, listen to me carefully Syila. I tak cintakan you and I takkan jatuh cinta pada you. Sebab hati I ni, I tak pernah berikan pada you. Selagi hati I masih disini maksudnya I masih tak bertemu dengan perempuan yang I cinta kan.”

Syila menggaru kepalanya, pening seketika. Habis kalau hati Daniel tak ada pada lelaki itu, macam mana lelaki idaman kalbunya itu hendak hidup? Aduh, tak fahamlah. Syila..Syila..harap muka sahaja cantik, otak tu takat sekangkang kera jek panjangnya.

“Sayang, you ni gila ke? Kalau you cintakan someone, then you give your hearts to her, macam mana you nak hidup lepas tu? You ni, kelakar lah darling.” Gelak Syila. Sekali dengar macam unta menjerit, dua kali dengar dah macam kuda tercabut gigi pulak.

Naik menyampah tahap nak baling kasut sahaja Daniel dengar.

“I tak gila Syila. Malah pada I cinta tu bila hati I akan bersatu dengan hati kekasih I. Kami akan berkongsi semua rasa bersama. Cinta pada I, I bukan sahaja sanggup serahkan hati I, but also my life. And Syila, please. Leave me alone, jangan ganggu I lagi. I can’t fall into you. I’m done, so please. Get off from my office. I banyak kerja nak buat.”

Elok sahaja Daniel selesai memberi sepatah dua kata, terus Syila bangkit dari duduknya lalu melangkah laju kearah Daniel, berhenti betul-betul dihadapan Daniel lalu jari telunjuknya lurus dihadapan wajah kacak itu. Daniel memandang cuak. Dup..dap..dup..dap..

Tak semena-mena, Syila meleretkan jarinya diwajah Daniel. Daniel menelan liur.

“Sayang, you ni terlalu berani dengan I. Fine, it doesn’t matter to me, but honey..just mind you, you have to payback all of your words. And sayang, no matter what, sooner or later, by hook or by crook, I’ll get you. See yaaa…” ugut Syila lembut. Lembut tapi isinya mendalam.

Daniel terus-terusan tergam ditempat duduknya. Beberapa detik kemudian, barulah Daniel mampu menarik nafas lega. Gerun, sangat menggerunkan. Seram pun ada. Mahu tak seram, kalaulah si Syila tu tiba-tiba keluarkan sebilah pisau atau lebih dari sebilah lalu menikamnya bertubi-tubi atau menoreh pada wajahnya yang sangat kacak itu, macam mana? ohh..sempat lagi perasan.

“KANDA, perlukah kita melakukannya? Tidakkah ianya terlalu kejam buat puteri kita?” sukar benar Permaisuri Sri Melawati hendak menerima perintah suaminya, Raja Sanggar Mega . Mana mungkin anaknya yang hanya seorang itu hendak dipisahkan darinya? Permaisuri Sri Melawati membiarkan airmata yang jatuh terus ditadah oleh dayangnya.

Airmata dari keturunan Raja yang memerintah Kerajaan Sri Megah bukan sembarangan airmata sebaliknya airmata mereka sangat berharga. Jika setitik airmata itu jatuh diatas tanah, maka akan bertukarlah ia menjadi sebutir mutiara. Tiada satu pun kerajaan dikayangan dapat menandingi kehebatan Kerajaan Sri Megah. Kerana itu Permaisuri Sri Melawati dan Puteri Dahlia Sri Mewangi dilarang keras dari menangis. Kenapa Permaisuri Sri Melawati dan Puteri Dahlia Sri Mewangi sahaja dilarang? Laaa..Raja Sanggar Mega buat apa nak dilarang, dah tentu dia lelaki tambah pulak seorang pemerintah, takkanlah raja nak menangis tak tentu hala kan.

Raja Sanggar Mega menggeleng lemah, dia sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian.

“Kanda tidak tahu apa lagi yang harus kanda lakukan. Raja Mentari sudah nekad untuk memaksa puteri kita berkahwin dengan puteranya. Kanda bukan tidak mahu Puteri Dahlia berkahwin, tetapi dinda tahukan apa niat mereka? Mereka hanya ingin menguasai kerajaan kita memandangkan satu hari nanti kanda akan menyerahkan kerajaan ini kepada Puteri Dahlia. Apatah lagi mereka tahu akan kelebihan keturunan kita iaitu kuasa sakti yng sangat luar biasa. Kanda tidak mahu anak kita dipermainkan, dinda. Kanda tidak sanggup.” Keluh Raja Sanggar Mega. Dia kenal sangat dengan Raja Mentari iaitu pemerintah Kerajaan Sinar Suria itu. Seorang yang sangat tamak, kejam dan semua yang buruk-buruk belaka.

Pemaisuri Sri Melawati tersedu lagi. “Bagaimana hidup Puteri Dahlia tanpa kita nanti, kanda?” sayangnya Permaisuri pada anaknya yang hanya seorang itu tiada tandingannya. Apatah lagi puteri itu mewarisi pelbagai kelebihan dalam menguasai kuasa sakti dari keturunan Raja Sanggar Mega. Apa, kalau puteri tu takde kuasa sakti, tak sayang sangat lah?

“Tidak mengapa dinda, dengan kuasa sakti semuanya dalam kawalan kita. Ini, kita boleh melihat Puteri Dahlia dari cermin jendela sakti ini. Usahlah dinda gusar lagi ya.”
Cermin jendela berukir awang larat dibingkainya itu, disentuh perlahan. Wajahnya mengukir senyuman.

“Kalau begitu kata kanda, dinda ikutkan sahaja. Dayang, pergi simpan airmata beta.” Arah Permaisuri Sri Melawati pada dayang yang setia menadah airmatanya sejak tadi.
Seronoknya, airmata pun ada yang tolong tadahkan. Yela, airmata mutiaralah katakan. He he he!


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Puteri Ooh Puteri prolog”
  1. Lily Atieka says:

    prolog yg best.. i wonder to know the next stories..mmg best!

  2. mikkie Fanna says:

    to lily atieka,tnx yaa…
    ur cmment spported me to keep on writing..
    nk hrp kn org cmment at my blog,mmg xd la kn..
    ngeeee

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"