Novel : Semalam dalam kenangan 1

4 April 2011  
Kategori: Novel

4,741 bacaan 2 ulasan

Oleh : Hani Zaidah

Prolog

Kalau memang itu takdirNya, aku enggan menyerah!

” Ain, Jumaat ini ada rombongan meminang kamu datang..” khabar mama tiba-tiba di waktu aku sedang menikmati sarapan. Aku yang sedang menghirup milo tersedak. Habis tersembur keluar milo yang aku minum.

“Kenapa minum macam budak-budak ni?” marah mama sambil menghulurkan tuala kecil kepadaku. Aku menyambut dengan cepat. Aku bergegas membersihkan sisa-sisa yang tertumpah dan segera berlalu. Aku tidak punya sebarang komen untuk kenyataan itu. Aku benar-benar terkejut dengan khabar yang tiba-tiba itu. Aku segera mencapai beg tangan, kunci kereta, fail persediaan mengajar dan berlalu ke muka pintu tanpa memandang mama lagi. Aku pantas menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan perkarangan rumah menuju ke sekolah.

Di sepanjang perjalanan itu fikiranku menerawang jauh. Siapa pulak pilihan mama kali ini? Aku benar-benar tidak menyangka mama benar-benar nekad memilihkan calon terakhir untukku setelah beberapa kali aku menolak. Tidak sangka kali ini, mama memilih untuk membiarkan rombongan itu datang terus. Mungkin mama sudah bosan mendengar alasanku yang kerap menolak itu. Aku bukan tidak mahu membuat pilihan sendiri tapi aku tidak punya waktu. Waktuku terbatas kerana aku mahu karierku sukses dulu. Professi sebagai seorang pendidik membuatkan aku lebih banyak meluangkan masa dengan membuat kajian dan merujuk buku.

Sedang fikiranku melayang jauh, aku tidak sedar lampu isyarat di hadapanku bertukar merah. Aku yang tidak sempat menekan brek tiba-tiba terempuh kereta mewah di hadapanku.

Bang!

BMW 5 series.

Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Cemas ada, takut pun ada. Enjin keretaku mati dengan tiba-tiba. Aku yakin, enjin keretaku ada masalah akibat hentakkan tadi. Aku tidak kisah dengan keretaku kerana kereta yang kupandu ni kereta abang. Masalahku sekarang, kereta depan!

Pemandunya sudah keluar. Aku pun sama. Aku melihat keadaan kereta yang kulanggar itu. Ada sedikit remuk. Aku memandang si pemilik. Wajahnya tegang dan mungkin sedang menahan marah. Aku menahan liur. Menggigit bibir. Aku tahu aku salah tapi aku enggan pula bersuara menuturkan kata maaf.

” Awak bawa kereta mata simpan dimana?” soalnya sinis dengan suara yang keras.

Aku menelan liur. Tidak tahu mahu berbuat apa.

” Saya tahu saya salah, saya akan bayar ganti rugi pembaikan kereta encik..” jawabku mengalah. Aku tidak mahu ada perbalahan yang panjang kerana banyak mata sedang memandang insiden itu.

Dia berpeluk tubuh. Memandangku sinis.

” Ini BMW..” ingatnya lagi.

Aku pantas mengangguk. Tidak mahu memprotes. Aku bukan bodoh untuk tidak faham atau mengetahui jenis kereta mewah itu. Aku tidak mahu berbasa-basi lagi kerana aku sudah agak lewat untuk ke sekolah. Aku ada kelas untuk dijaga. Mujur peperiksaan akan bermula jam 8.30 pagi. Masih ada 45 minit lagi. Pemilik kereta itu masih memandang. Aku menggigit bibir menanti dia berkata.

” Okey.. Ini kad saya..” hulurnya seraya berlalu ke keretanya semula.

Syed Ikhwan Hakim Syed Dato Azman. Pengarah Eksekutif Azman Holdings.

Aku pantas mencapai telefon bimbit menghubungi abang tentang kemalangan kecil dan kereta yang tidak mahu dihidupkan lagi. Belum sempat kumenekan punat hijau, ada seseorang menyapa.

” Kalau nak cepat, saya hantar awak ke tempat kerja. Pasal kereta ini, saya akan uruskan kemudian. Cepat ambil barang dan kunci kereta ni. Saya beri masa 5 minit sebab saya juga sedang mengejar waktu. Di dalam kereta nanti mungkin kita boleh berkenalan supaya awak tak lari dari kesalahan” panjang lebar pemuda yang memiliki kereta mewah itu berkata membuatkan aku terkejut dengan sapaan dan ceramah percuma itu. Aku tidak punya pilihan lain kecuali terpaksa menerima pelawaan yang berbentuk arahan itu. Aku segera mengambil barang dan berlalu masuk ke dalam keretanya. Aku diam tidak bercakap. Aku sedar sesekali matanya mengerling.

” Mana?” soalnya tiba-tiba. Lebih sopan dari mula-mula ia bersuara tadi.

” Sekolah menengah hujung traffic light tu..” jawabku teragak-agak tanpa memandang. Aku takut dengan panahan matanya. Sinarnya bagaikan masuk mencucuk-cucuk hatiku. Dia sekadar mengangguk dan aku diulit resah. Aku memandang jam tangan, masih ada 25 minit sebelum peperiksaan bermula.

” Nak cepat?” soalnya lagi. Aku hanya mengangguk sambil memandangnya sekilas.

” Saya ada kelas nak jaga. Ada exam!” jawabku dalam keresahan. Dia bagai mengerti segera menekan minyak menambah kelajuan. Beberapa minit kemudian, kereta mewah itu sampai ke perkarangan sekolah. Aku segera membuka pintu.

” Nanti balik macamana?” tanyanya.

Aku mengangkat bahu. Fikiranku tidak di situ. Otakku memikirkan anak-anak muridku yang akan menduduki peperiksaan sekejap lagi.

” Beri saya nombor dan kunci kereta, nanti tengahari saya datang ambil semula..” tambahnya lagi, tegas! Aku tidak membantah kerana aku tahu aku bersalah dalam hal ini. Kalau kemalangan itu tidak terjadi, aku yakin aku tidak akan disekat sebegini. Pastilah dia tidak akan melepaskanku begitu saja.

Usai menulis nombor telefon bimbitku, aku segera berlalu tanpa memandangnya lagi. Lututku terasa agak sakit dan penat namun aku tetap bergegas menuju ke perpustakaan untuk mengambil kertas peperiksaan lalu menuju ke kelas 5 Mawar. Mujur masih ada 15 minit lagi sebelum peperiksaan bermula. Aku membuka kertas soalan dan memberi mereka satu persatu. Aku duduk ke meja guru. Aku menukar profil telefon bimbitku ke punat silent. Keadaan yang sunyi itu membuatkan aku teringat semula dengan pemuda tadi. Sayang.. aku tidak mungkin ada peluang berkenalan dengan lebih jauh kerana dua hari lagi, aku akan ditunangkan!

Loceng berbunyi menandakan waktu kelas sudah tamat. Aku segera mengutip kertas-kertas jawpan mereka setelah mereka beredar keluar. Setelah selesai, aku menuju ke bilik guru dan memberikan kertas-kertas itu kepada guru subjeknya. Aku mengemas buku-buku dan bersiap-siap mahu pulang. Aku segera menuju ke tempat letak kereta. Aku masih tercari-cari kereta BMW 5 series yang kurempuh siang tadi tapi hampa. Di satu sudut, aku ternampak seseorang yang sedang berpeluk tubuh bersandar di sisi kereta Mercedez Benz hijau muda. Seperti mengenali susuk tubuh itu, aku segera menghampiri.

” Maaf.. lama awak tunggu..” pintaku bila mataku mula bertaut pada pandangannya. Dia sekadar mengangguk dan membukakan pintu kereta untukku.

” Belajar tunggu isteri..” jawabnya selamba namun memberi kesan di hatiku.

Memang kayalah lelaki ini. Tapi sayang, aku belum melihat senyumannya. Kalau senyum, aku pasti akan rebah kerana dia memang ada rupa! Aku tertawa sendiri bila terbayang akan hakikat itu. Aku banyak di pengaruhi movie korea, makanya aku senang membayangkan sesuatu yang aneh dan lucu!

” Kereta awak saya dah hantar pergi workshop, semua saya tanggung..” ucapnya memulakan bicara. Aku tersentak jadinya mendengar bicara itu tapi tidak mahu menjawab. Entah apa motifnya, aku pun tidak tahu.

” Yang saya tahu, cikgu ni kuat bercakap.. tapi hairan, kenapa cikgu sebelah ni pendiam semacam…” usiknya pula.

Aku tersenyum kelat, masih enggan bersuara.

” So, nama?” soalnya.

” Ain Humairaa” jawabku ringkas.

Kemudian, lama kami terdiam. Sesekali aku perasan dia mencuri-curi pandang hinggakan aku tidak tahan dengan situasi itu.

” Kenapa?” soalku.

” Nak balik rumah, alamat mana?” soalnya selamba.

Aku tersenyum sendiri. Benar juga. Aku yakin dia pasti tidak punya waktu yang lama. Maklumlah, orang bisnes. Aku pantas mencapai pen dan kertas lalu menulis alamatku dan memberikan kepadanya. Tangannya tiba-tiba tersentuh tanganku membuatkan aku tersentak. Cepat-cepat aku melarikan tangan dan membuang pandangan ke luar. Aku mengambil jalan untuk diam dan mendengar semua ceritanya hinggalah ayatnya yang terakhir menarik minatku.

” Tak sangka pula saya akan ditunangkan Jumaat ni..”

Pandangan segeraku ajukan kepadanya. Dia yang perasan dengan pandanganku segera membalas pandangan. Lama kami dalam keadaan begitu sehingga aku melarikan pandangan ke tempat lain.

” Kenapa?” soalnya.

Aku sekadar menggeleng. Takkanlah sama situasi pula! Aku tertanya-tanya sendiri.

” Awak tu sedang pandu kereta, so fokus. Jangan jadi macam saya.. Nanti kempunan bakal tunangan awak Jumaat ni..” jawabku cuba mengalih topik pertanyaannya. Dia kudengar mengeluh. Aku menarik nafas.

” Awak tak busy tengahari macam ni?” soalku ramah. Sengajaku cari topik supaya tidak tenggelam dengan situasi yang dia saling memandangku secara curi-curi.

” Kenapa?”

” Orang bisnes macam awak, time is money..” usikku lalu ketawa.

Dia berdehem dan itu menarik perhatianku. Aku mengajukan pandangan padanya, menanti kata yang akan diucapnya.

” Cikgu, saya memang sibuk tapi sebab saya dah janji, jadi mesti tunaikanlah..”

Aku terdiam dengan pengakuan itu. Ia sedikit sebanyak menyentuh hatiku. Entah jujur entah tidak, aku tidak tahu.

” Lagi dua hari majlis, awak tak buat persediaan? Kalau bakal tunang awak tahu awak dengan perempuan lain, mesti dia tuduh awak curangkan?” usikku lagi. Entah, aku tidak tahu kenapa aku selesa mengusiknya. Mungkin kerana dia tenang menerima usikan itu, maka aku lebih senang meneruskan niat mengusiknya.

Dia ketawa tiba-tiba.

” Kenapa?” tanyaku hairan.

” Dah charging nampak? Saya dah perasanlah yang awak ni mula membebel.. mesti best bila dah jadi ibu..” usiknya.

Aku menjelingnya geram. Lain yang mengusik, hati lain yang terusik.

” Malaslah nak cakap lagi!” rajukku lantas berpeluk tubuh. Aku sememangnya seorang yang kuat merajuk. Lagipun, dalam keluarga aku yang paling bongsu. Jadi, aku senang dimanja. Aku Cuma ada seorang abang, ada mama dan ada abah. Mereka semuanya suka memberi perhatian dan sebahagian dari jalan hidupku, dibimbing oleh mereka.

Keretanya sudah membelok ke simpang rumahku. Beberapa minit kemudian, keretanya berhenti di hadapan rumahku. Dia langsung tidak ada niat mahu memujuk atau memohon maaf. Malas melayan perasaan itu, aku bertindak keluar dari keretanya.Tiba-tiba wajah mama tersembul di muka pintu. Ada sedikit riak terkejut di wajahnya. Mungkin kerana mama terkejut melihat aku balik dengan seorang pemuda yang selama ini aku benar-benar payah untuk membawa ke rumah. Aku tahu, mama pasti sudah tersalah-sangka. Mungkin mama fikir aku memprotes dengan keinginannya hasratnya pagi tadi. Ikhwan keluar dari kereta dan segera menuju ke arah mama. Dia menghulurkan tangan kepada mama dan mama membalasnya. Namun pandangan mama sukar dimengertikan. Mama memberi isyarat kepadaku supaya masuk dan mempelawa Ikhwan sekali.

Aku mengeluh. Ah.. pasti mama akan berleter!

Bab 1

Telefon bimbitku berkali-kali berbunyi. Aku sudah tidak tahan lagi dengan bunyinya lantas mengambil keputusan mematikannya. Aku benar-benar tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Sejak peristiwa petang tadi, aku enggan bertegur dengan mama. Aku benar-benar tidak dapat terima apabila aku dimarahi mama di hadapan Ikhwan sedang aku tahu mama sudah punya pilihan bakal tunanganku Jumaat ini. Adakah patut mama kata aku sepertinya mahu menconteng arang ke muka keluarga jika aku bertindak untuk membatalkan majlis tersebut. Aku sudah memaklumkan pihak sekolah bahawa aku bercuti kecemasan esok dan inilah peluangku mengunci diri di dalam bilik.

” Ain, bukalah pintu ni..” pinta mama sambil mengetuk-ngetuk pintu bilikku. Aku menarik selimut hingga menutupi kepala. Aku benar-benar protes! Aku tahu umurku sudah menjangkau 25 tahun tapi itu tidak bererti aku harus dijodohkan dengan pilihan mereka.

Tiba-tiba pintu terbuka. Aku yakin mama pasti menggunakan kunci pendua. Mama pantas menepuk pahaku.

” Ain, mama minta maaf Ain.. Rupanya, Ikhwan itu yang akan jadi tunangan kamu. Mama betul-betul tak ingat mukanya….” pinta mama tiba-tiba membuatkan aku bergegas bangun.

Ikhwan bakal tunanganku?

Aku memandang mama dengan pandangan yang tidak percaya.

” Abah yang beritahu mama tadi. Menyesal pula bila mama marah kamu dan Ikhwan tadi..” sambung mama dengan muka sedih tapi aku masih terdiam. Bagaikan tidak percaya insan yang aku temui pagi tadi itu yang bakal mendampingi hidupku.

” Macamana boleh kamu kenal Ikhwan, Ain?” soal mama.

Aku menarik nafas sebelum memulakan cerita.

” Tadi pagi, Ain terlanggar keretanya mama..”

Belum sempat aku menghabiskan cerita mama sudah berleter panjang. Aku dimarah teruk oleh mama kerana kemalangan kecil. Aku tahu ada kesan bengkak di lututku dan mama mengarahkanku bersiap ke hospital. Aku tidak mampu membantah kerana mama memang benar-benar cerewet soal kesihatan anak-anaknya.

Di hospital itu aku diberi ubat penahan sakit dan ubat sapu untuk meredakan bengkak. Aku keluar dari bilik rawatan dan terpandang Ikhwan sedang duduk di sebelah abah. Abah dan mama segera meminta diri untuk pulang dan meninggalkan aku kepada Ikhwan.

Ikhwan memandangku dengan pandangan yang sukar kubaca. Dia pantas menarik tanganku dan membawaku ke keretanya. Aku hanya mengikut tanpa membantah. Aku tahu, Ikhwan pasti sedang menahan rasa marah. Mungkin marah kerana aku adalah bakal tunangannya, yang bakal menghancur hidupnya atau entah! Bermacam-macam andaian yang boleh aku gambarkan! Keretanya segera dipandu dan tiba-tiba ia berhenti di sebuah taman. Dia keluar dari kereta dan bersandar. Aku masih terpaku di dalam kereta. Agak lama. Lantas, aku mengambil keputusan mendekatinya.

” Saya..”

Ucapanku mati bila pandangannya mula tertumpu padaku. Aku menundukkan wajah. Hilang suara, hilang kekuatan untuk meneruskan kata-kata.

” Kenapa tak beritahu saya yang awak cedera pasal kemalangan tadi, Ain?” soalnya sedikit risau. Aku menelan liur. Bagiku, ia Cuma perkara biasa saja. Namun, aku terasa hati dengan caranya menegurku.

” Saya tahu, saya adalah permulaan kisah yang menyusahkan dalam hidup awak. Jadi, baik hentikan saja majlis tu..” jawabku sambil berpeluk tubuh.

” Awak nak malukan keluarga kita?”

” Saya tak bersedia, awak tahu tak?” marahku.

Dia memegang bahuku, memintaku membalas pandangannya.

“Ain, mungkin ini sudah takdir Ain. Kita ada jodoh pertemuan.. Mungkin ada jodoh lain juga Ain.. Fikirlah secara rasional..” pujuknya perlahan. Aku menolak tangannya.

” Saya mungkin akan dikatakan bodoh jika saya menolak awak untuk dijadikan isteri saya Ain..” sambungnya lagi membuatkan aku terdiam. Dia mencapai sesuatu di dalam koceknya dan menyarung sebentuk cincin emas putih ke jari manis kiriku.

” Be my wife, Ain..”

Aku terkejut dengan tindakan spontannya.

” Ikhwan, saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya. Jangan buat saya begini..” pintaku sambil berusaha melucutkan cincinnya namun dia pantas menghalang. Aku benar-benar rasa ingin menangis.

” Sekarang kita dah saling mengenali. Awak bakal tunangan saya dan saya bakal tunangan awak..” usiknya. Hatiku sedikit terusik dengan kenyataannya itu namun aku lebih senang berdiam dan mengalihkan pandangan ke tasik di hadapan. Aku melangkah longlai menuju ke pinggiran tasik yang dipagari pagar besi itu.

” Awak datang dengan tiba-tiba Ikhwan..” ucapku tak terluahkan. Aku yakin dia tidak akan mendengarnya. Aku sungguh-sungguh tidak bersedia. Ikhwan datang dengan tiba-tiba dalam hidupku.

” Ain.. apa yang membuatkan awak takut akan saya?” soalnya dekat di sisiku. Hatiku pantas berdebar kencang dengan bisikan itu. Aku mencoba untuk tidak menoleh. Aku tahu, jikalau aku menoleh pasti pipiku akan tersentuh bibirnya.

” Ikhwan.. jangan buat begitu..” pintaku perlahan.

Dia tertawa nakal.

” Awak macam ni, malu-malu, lagilah buat saya makin suka usik awak Ain..” tambahnya.

Aku menolak tubuhnya geram tapi dia hanya ketawa. Aku menjelingnya.

” Awak ada pilihan lain?” soalnya tiba-tiba serius.

Aku menarik nafas lalu menggeleng perlahan.

“Kalau ada, mama tidak akan buat keputusan mencarikan jodoh untuk saya..” jawabku perlahan, agak mendatar.

” Awak orang yang sentiasa sibuk dan selalu mengejar waktu. Seumur hidup saya, saya tak pernah terfikir untuk mendampingi orang seperti awak. Banyak yang saya takut kalau bersama dengan awak. Saya takut saya tidak dapat memahami prinsip dan cara hidup orang seperti awak. Saya takut nanti saya akan memprotes kerana awak tidak punya banyak waktu dengan saya dan keluarga yang bakal kita bina. Saya takut awak akan duakan saya kerana mengejar harta dan pangkat. Saya takut awak akan pilih orang yang awak sayangi kerana dalam situasi ini kita disatukan atas pilihan keluarga. Saya takut awak akan tinggalkan saya akhirnya. Saya takut Ikhwan… Benar-benar takut..” luahku sayu memandang tepat ke anak matanya. Ikhwan membalas pandanganku. Dapatku rasakan getaran yang pernah kurasakan sewaktu aku mencintai seseorang dahulu.

“Ain.. Saya pernah rasakan sakitnya kehilangan Ain.. kerana itulah saya nekad biarkan hidup ini ditentukan oleh ibu bapa saya.. tapi Ain, hari ini prinsip saya berubah. Saya mahukan awak Ain.. bukan kerana ia atas pilihan keluarga tapi hati saya tiba-tiba mahukannya..” luahnya sedikit beremosi.

Aku memejam mata. Cuba menyelami setiap kata-katanya jauh ke dasar hati. Tidakkah terlalu awal Ikhwan memperkatakannya?

” Dan.. saya tak akan biarkan rasa takut itu menghantui awak, Ain..” bisiknya di sisiku seraya mengenggam kedua belah tanganku erat.

Aku membuka mata. Mengetap bibir. Ikhwan.. tahukah kau erti takut yang kurasakan ini?

Mataku mula berkaca. Aku mencuba untuk tidak menangis kerana aku tidak mahu airmata ini mengalir disebabkan hal ini.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Semalam dalam kenangan 1”
  1. nurain says:

    wah best….cpat2 smbg….good luck….i like it..

  2. surayah bte hashim says:

    ermmm bgus gak awl2 dah tahu yng ikhwan tu bakal tunangnya..tak mcm cerita yng lain sebelom nie dah ending bru ler tahu …dah bosan citer mcm tu..meluat pun ada

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"